Betul
cakap Musa Hassan tu. Orang ramai dah hilang kepercayaan terhadap pasukan
polis. Tanyalah kepada rakyat apa persepsi mereka terhadap pasukan polis. Nanti
jawapan mereka, pasukan polis kita adalah alat dan perkakas yang mudah diperkudakan oleh UMNO sejak dari pentadbiran
Mahathir lagi sehingga ke era Najib sebagai PM semakin teruk.
Bukti dan
dalilnya sangat banyak.Kita ambil contoh satu dua cukuplah. Rujuk BERSIH
2.0-rakyat dikepung dan ditangkap diseluruh Negara. Sesiapa saja ada pakaian
dikuning ditangkap. Arahan siapa ni. Tentunya dari Menteri Dalam Negeri seperti
Musa Hassan sebutkan itu. Begitu juga dengan BERSIH 3.00, keganasan polis
angkara siapa. Tentunya arahan datang dari orang politik juga pastinya. Bagi
pasukan polis kerja-kerja begini menyekat ceramah dan aktiviti pembangkang, mereka pun tak suka kerana mereka
pun manusia juga ada fikiran. Najib dan gengnya, 24 jam boleh hentam pembangkang
melalui pelbagai saluran, pembangkang hanya ada saluran ceramah yang disering
diganggu oleh samseng-samseng UMNO yang diupah.
Lagi bukti
yang pasukan polis kita ni alat UMNO ialah berapa banyak laporan dibuat terhadap
kegiatan samseng UMNO, berapa banyak kerosakan, gangguan, gugutan, ancaman dan
sebagai( terutama yang menimpa DSAI)-pasukan polis buat tak tau saja, tetapi
apabila kena batang hidung UMNO, pasukan
polis bertindak paling cepat, mencarinya sampai ke lubang cacing. Contohnya
anak muda yang memijak gambar Najib, riuh seluruh Negara dan akhirnya pemijiak
ditangkap. Ni yang pijak dan kencing gambar Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar, Lim
Kit Siang dan Lim Guan Eng, tak ambil apa-apa tindakan.
Jadi,
kesimpulannya memang benar dan sah bahawa pasukan polis kita adalah kuda
tunggangan UMNO.
Sebab
itulah Musa kata macam ni :
Kalau tidak
diperbetulkan, negara akan rosak - Tan Sri Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa
Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan
sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah
semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .
"Perkara ini saya nak
dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini
sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang.
"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Manurut Musa , sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu.
"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."
"Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," katanya.
Tambah Musa, tidak menjadi kesalahan bagi Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa KPN.
"Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja.
"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau dipetik dari Sinar Harian Online.
Dalam laporan pagi ini, Musa mempertahankan dirinya tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya, Datuk Ramli Yusuff seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.
Musa memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.
"Saya tidak ada lakukan kesalahan," kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, "Kalau ada salah, biar SPRM siasat."
Sumber : TheMalaysiaInsider
Baca pula kenyataan ini :
Rakyat Malaysia tolak budaya politik samseng Umno
SAYA mengecam sekeras-kerasnya
tindakan provokasi dan budaya samseng yang dilakukan oleh Pemuda UMNO bagi
mengganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Parlimen Gombak. Program ini
berlangsung malam tadi, 4 Disember 2012 di Dataran Shaharudin Batu 8 1/2
Gombak.
Beberapa
hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa
terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda UMNO
Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung. Justeru itu,
kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah membuat satu laporan polis pada 3
Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini
berlaku.
Malangnya
lebih 100 orang Pemuda UMNO hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu
ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di
hadapan tapak ceramah. Rempuhan yang dibuat serta tindakan membaling batu yang
dimulakan oleh Pemuda UMNO ini menggambarkan sifat dan budaya samseng yang
telah lama berakar dalam UMNO. Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan
Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam.
Saya
sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya politik
samseng serta mahu Pemuda UMNO Malaysia bertanggungjawab di atas kejadian yang
berlaku lewat malam tadi. Kejadian yang berlaku jelas adalah jenayah politik
yang menjelikkan dan bukti keterdesakan UMNO untuk mempertahankan kekuasaan.
Justeru saya mahu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) segera menjalankan
siasatan dan mengambil tindakan ke atas penjenayah politik yang berkenaan.
Kami
percaya rakyat Malaysia khususnya di Gombak sudah muak dengan budaya politik
samseng dan khianat yang cuba mengganggu ketenteraman dan keharmonian
masyarakat. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, menganjurkan dasa-dasar yang membela
rakyat dan sentiasa bersedia untuk berhujah termasuk kesediaan Dato' Seri Anwar
untuk berdebat dengan Dato' Sri Najib demi kemaslahatan rakyat. InshaAllah,
saya tetap komited dan yakin bahawa rakyat sudah sedia melakukan perubahan dan
akan menolak UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
YB
Amirudin Shari
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor
Timbalan Ketua Cabang
KEADILAN Gombak
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor
Timbalan Ketua Cabang
KEADILAN Gombak
Benar kata Musa Hassan kerajaan Najib mengalakkan budaya politik samseng kerana Najib tiada ada kekuatan untuk berhujah-perangai Najib cukup buruk semacam kata Mahathir:
Musa Hassan: Tak lama jadi k'jaan jika biar politik ganas
Mantan
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran bahawa kerajaan yang
membiarkan keganasan politik berleluasa mengundang risiko digulingkan melalui
cara yang sama.
Katanya, beliau berkata demikian atas perhatiannya bahawa situasi politik pada masa ini "mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng".
"Kalau awak (kerajaan) menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.
"Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng.
"Ini saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku," katanya dalam satu forum di Shah Alam hari ini.
Menurut pemerhatiannya lagi, ini berbeza dengan keadaan politik semasa pilihan raya sebelum ini.
"Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta semua keluar bersama-sama.
"Pihak pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan tak ada masalah. Sekarang tak boleh," katanya.
Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.
"Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti sekalipun, bina negara ini sama-sama," katanya.
Ingatan itu disampaikan Musa pada forum "Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita" yang berlangsung di Auditorium Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Shah Alam petang tadi.
Katanya, beliau berkata demikian atas perhatiannya bahawa situasi politik pada masa ini "mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng".
"Kalau awak (kerajaan) menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.
"Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng.
"Ini saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku," katanya dalam satu forum di Shah Alam hari ini.
Menurut pemerhatiannya lagi, ini berbeza dengan keadaan politik semasa pilihan raya sebelum ini.
"Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta semua keluar bersama-sama.
"Pihak pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan tak ada masalah. Sekarang tak boleh," katanya.
Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.
"Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti sekalipun, bina negara ini sama-sama," katanya.
Ingatan itu disampaikan Musa pada forum "Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita" yang berlangsung di Auditorium Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Shah Alam petang tadi.
No comments:
Post a Comment