Terlalu
sukar untuk memulihkan imej pasukan polis selagi UMNO/BN memerintah kerana
telah menjadi budaya UMNO bergayut kepada Jabatan/Agensi kerajaan seperti PDRM,
SPRM, JPN dllnya untuk mengekalkan kuasa. Buktinya seperti kata Musa Hassan
meceroboh tapak ceramah adalah satu kesalahan, tetapi pihak polis mendiamkan
diri terhadap serangan samseng UMNO di Gombak Utara pada 4 Disember lalu.
Bukan
sekali dua samseng UMNO menceroboh, menyerang, menganggu dan melakukan
keganasan di tapak-tapak ceramah PR terutama yang melibatkan DSAI yang paling
berpengaruh di Malaysia kini yang menjadikan Najib dan UMNO tidak boleh tidur
lena. Mimpi ngeri sering melanda kehidupan Najib dan UMNO takut hilang kuasa.
Jadi,
banyak tempat DSAI pergi seperti di Johor, di Melaka, di Pahang dsbnya,
tempat-tempat ceramah-ceramah tersebut diceroboh dan diganggu, yang hairannya
PDRM tidak pernah mengambil tindakan, malah ia membiarkannya berlaku. Sudah
tentu ini adalah arahan Menteri Dalam Negeri seperti yang didedahkan oleh Musa.
Ceroboh tapak ceramah
suatu kesalahan – Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang
diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu
bentuk pencerobohan.
“Apabila ada satu pihak menceroboh masuk,
tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia
masuk, jangan benarkan,” katanya tanpa menyebut Pemuda Umno pada forum
‘Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’ hari ini.
Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada
ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera
tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala
akibat dibaling pasu.
Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti
pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam
premis persendirian.
“Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada
permit. Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan. Sebelum
berlaku, cegah dulu,” katanya.
“Polis kena adil jalankan tugas. Adakah
timbulkan keadaan tak tenteram. Kita tak mahu orang berceramah bersebelahan.
“Tugas polis untuk tentukan keselamatan orang
awam. Bukan bertembung dan bergaduh. Keselamatan penting. Malu bila tengok
politik bertikam,” katanya.
Pada sidang media pula, Musa sempat berpesan
supaya polis tidak perlu menghantar pegawai Cawangan Khas (SB) bagi mengekori
pergerakannya.
“Tak payahlah ikut-ikut saya. Banyak kerja
lain yang boleh dibuat pihak berkuasa. Saya hanya minta betulkan,” katanya
merujuk teguran dibuatnya kepada Menteri Dalam Negeri.
Minggu lalu, Musa mendedahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga
sepupu Perdana Menteri, campur tangan dalam institusi polis ketika pasukan itu
diketuai beliau.
No comments:
Post a Comment