CAP TANGAN NAJIB dalam skandal penipuan tanah Kem Pertahanan
Oleh : Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Oleh : Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Suka
atau tidak, cap jari Perdana Menteri Najib Razak berada di segenap skandal
rasuah terbaru Umno yang bakal didedahkan - penipuan Kementerian Pertahanan
yang melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah, peniaga
permaidani, Deepak Jaikishan, dalam penswastaan tanah untuk mendirikan pusat penyelidikan
pertahanan yang dicadangkan tetapi masih belum siap serta tanah bernilai RM400
juta pada harga semasa.
Deepak
yang berusia 40 tahun merupakan kawan baik isteri Najib, Rosmah Mansor,
bertukar menjadi 'wisel blower' pada pasangan tertinggi Negara itu apabila
firmanya Astacanggih Sdn Bhd mendapati telah "ditipu" atas sebahagian
tanah yang dibeli dari Awan Megah (M) Sdn Bhd milik Raja Ropiaah. Tanah itu
telah diswastakan oleh Kementerian Pertahanan kepada firma Ropiaah.
"Tanpa
kebenaran Najib, Raja Ropiaah tidak akan dianugerahkan kontrak itu oleh
Kementerian Pertahanan," Deepak memberitahu Malaysia Chronicle.
Memintas Kabinet
Menurut
Deepak, Najib mengabaikan Kabinet apabila dia meluluskan permintaan Ropiaah
untuk memindahkan hak milik tanah daripada Awan Megah kepada syarikat nomini
supaya memudahkan penjualan kepada Astacanggih.
"Ini
adalah satu fasal yang luar biasa kerana tanah itu adalah milik kerajaan, Najib
sepatutnya meminta kelulusan Kabinet. Tetapi dia mengarahkan kakitangannya
untuk mengeluarkan surat kelulusan bagi membenarkan geran dipindahkan kepada
Cebur Megah Pembangunan Sdn Bhd (firma penama). Anda boleh katakan bahawa dia
telah menyalahgunakan kuasanya, "kata Deepak.
Untuk
menyokong tuntutan itu, Deepak menunjukkan salinan surat dan laporan polis yang
telah dibuatnya terhadap Raja Ropiaah dan syarikatnya. Diantara surat itu,
salah satu merupakan dari Awan Megah bertarikh 25 Sept 2006, yang
ditandatangani oleh Ropiaah sebagai pengerusi firma dan dialamatkan kepada
Najib sebagai Menteri Pertahanan. Dalam surat ini, Ropiaah memohon kebenaran
untuk memindahkan geran kepada Cebur Megah, yang diberi jaminan adalah 100%
milik Awan Megah.
Tindakan
awal Najib merupakan arahan kepada Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu
Abu Bakar Abdullah yang dapat dilihat dengan jelas pada surat - En Abu Bakar,
TKDU, Saya tiada halangan ke atas permintaaan ini. Sila uruskan secara rasmi.
Kementerian
Pertahanan, melalui Abu Bakar mengeluarkan kelulusan bertulis kepada Awan Megah
melalui surat bertarikh 6 November 2006.
"Semua
ini merupakan maklumat awam. Kami menyaman Awan, Megah, Kementerian Pertahanan
dan para pegawai Pejabat Tanah dan Galian dan semua dokumen-dokumen ini telah
difailkan di mahkamah. Tiada persoalan tentang pelanggaran kerahsiaan, hanya
banyak perkara yang luar biasa dilakukan sesetengah pihak," tambah Deepak
lagi.
Tiada tender terbuka, hanya 20% siap
Malah,
keseluruhan perjanjian tidak jelas. Pertama, walaupun Ropiaah kekurangan
pengalaman dalam hal-hal pertahanan, firmanya telah dianugerahkan projek
RM100mil untuk membina Puspahanas atau Pusat Pengajian Pertahanan Nasional pada
tahun 2005.
Menurut
Deepak, tiada tender terbuka telah dibuat oleh Kementerian Pertahanan yang
diketuai oleh Najib pada masa itu.
"Anda
tidak boleh menganggap Ropiaah memenangi kontrak. Tiada tender telah dibuka.
Awan Megah dianugerahkan kontrak itu walaupun tidak mempunyai apa-apa
pengalaman dalam penyelidikan pertahanan," kata Deepak.
Puspahanas
bertujuan menjadi sebuah pusat penyelidikan yang serupa dengan MI5 di Britain.
Di bawah rancangan penswastaan, Awan Megah akan membina pusat itu dan sebagai
pertukaran, Kementerian Pertahanan akan memberikan firma itu 3 bidang tanah di
Bukit Raja, Selangor bernilai kira-kira RM72 juta atau RM7 satu kaki persegi.
Walau bagaimanapun, sehingga kini, hanya 20% sahaja daripada Puspahanas telah
dibina.
Najib
pada masa itu juga merupakan Timbalan Perdana Menteri pada masa Abdullah Badawi
menjawat jawatan Perdana Menteri.
Sedarlah Najib, Deepak akan bongkarkan kesemuanya
Firma
Deepak, Astacanggih yang telah membuat perjanjian untuk membeli kesemua 3
bidang tanah dari Ropiaah pada RM12 setiap kaki persegi atau kira-kira RM120
juta – merasa telah dikhianati kerana kontrak itu "terbengkalai" dan
menghalangnya untuk membangunkan tanah seperti yang telah dirancang.
Menurutnya
lagi apa yang lebih teruk, Ropiah telah menjual salah satu bidang tanah kepada
pihak lain iaitu Guppy Unip Sdn Bhd untuk RM2 juta dalam bentuk wang tunai dan
RM16 juta dalam bentuk kemudahan overdraf sebagai sebahagian daripada
"usahasama" dengan firma pembuatan plastik itu.
Deepak
berkata, dia pada mulanya merayu kepada Najib untuk campur tangan dan
mempercepatkan pemindahan hakmilik. Tetapi kerana Najib bersikap "tidak
bertanggungjawab" dan "tidak melakukan apa-apa", dia terpaksa
membuat laporan polis pada bulan Julai.
"Saya
akan mendedahkan lebih banyak maklumat apabila ia sudah sedia. Bagi Najib,
perkara yang terbaik harus dilakukannya adalah untuk memberi penjelasan tentang
perkara itu kerana dia terlibat secara langsung," kata Deepak, yang juga
menuduh ahli keluarga Najib mengambil keuntungan berjuta-juta ringgit sebagai
‘komisyen’ untuk membenarkan penswastaan.
Firma
Deepak juga menyaman Kementerian Pertahanan, para pegawai di Pejabat Tanah dan
Galian, Raja Ropiaah dan Awan Megah bagi tindakan spesifik, tidak melepaskan
geran dan "mencuri tanah".
Deepak
enggan mendedahkan berapa banyak kerugian yang telah ditanggung olehnya
sepanjang perjanjian penswastaan itu, tetapi menurut sumber-sumber yang arif
dengan transaksi itu, dia mungkin telah kerugian sebanyak RM30 hingga 40 juta
disebabkan oleh firma Raja Ropiaah.
"Dia
mendapat habuan sebanyak 30 hingga 40 juta daripada wang Deepak," sumber
itu juga mendakwa.
Rasuah dan skandal menghantui pemimpin wanita Ummo yang glamor
Pemimpin
Wanita menonjol yang dikenali dengan pakaian glamornya itu enggan mengulas
lanjut tetapi menegaskan bahawa dia akan merujuk perkara itu kepada peguamnya.
"Pada
ketika ini, saya tidak ingin mengulas tetapi akan membiarkan peguam saya
mengendalikan perkara itu. Deepak telah mencanangkan banyak perkara. Kami mahu
tahu apa tuduhannya dan akan mengambil langkah seterusnya dari sana," kata
Raja Ropiaah kepada Malaysia Chronicle.
Pada
bulan April, Ropiaah dilantik sebagai Senator oleh Najib yang juga presiden
Umno, di tengah-tengah kemelut tekanan untuk memecat ketua Wanita, Shahrizat
Jalil, yang juga kehilangan jawatan sebagai Menteri Wanita selepas dituduh
rasuah secara besar-besaran melibatkan RM250 juta dalam skandal lembu dan
kondominium NFC.
Untuk
beberapa bulan, sayap wanita Umno, yang kini melangsungkan kongres tahunan di
Kuala Lumpur, sedang sibuk dengan cakap-cakap bahawa Ropiaah bakal menggantikan
Shahrizat. Walaupun selepas pemilihan, perwakilan Wanita yang mengundi secara
tradisinya akan mengikut kehendak kepimpinan tertinggi parti seperti yang
dihasratkan oleh sayap utama.
"Raja
Ropiah, sama sahaja seperti mentornya Shahrizat Jalil. Perbezaannya ialah
Shahrizat tidak meletakkan namanya atas apa-apa pun, tidak seperti
Ropiaah," kata Deepak.
Baca
ini pula :
'BOM' DEEPAK: Raja Ropiaah 'curi' tanah sementara keluarga Najib raih jutaan ringgit
Sumber
: Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment