Benarlah
kata-kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, bukan setakat Sabah dan Sarawak
kini goyang dek kemaraan Pakatan Rakyat, bahkan di negeri tiang seri Umno pun,
perubahannya sudah semakin kuat dirasakan.
Malam
tadi, satu ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Dataran PAS Parit Yaani, dalam
parlimen Sri Gading yang diwakili oleh ahli parlimen yang terkenal dengan
'peluru kosong' di parlimen, Mohamad Aziz.
Merasakan
tergugat dengan sambutan hebat penduduk sekitar, seorang pemimpin setempat
dipercayai pemimpin Umno cawangan tiba-tiba meluru dan cuba menyerang ke arah
penceramah yang sedang berucap.
Menurut
Pengarah Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan, tindakan
pemimpin Umno peringkat akar umbi ini tidak menggambarkan sikap demokratik
mereka.
"Bagi
saya, Umno ketika ini sangat tertekan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah
dan program-program yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga
mengganggu ceramah dan program-program yang dianjurkan Pakatan Rakyat.
"Mereka
mengganggu ceramah yang dianjurkan semalam apabila pemimpin mereka cuba untuk
merampas mikrofon ketika mana ceramah dijalankan. Ini menunjukkan mereka
langsung tidak demokratik", ujar beliau lagi ketika dihubungi.
Tambahan
beliau lagi, selain ceramah yang diganggu, Umno juga telah menganggu program
edaran sumbangan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Teluk.
"Mereka
juga turut mengganggu program edaran bantuan kepada mangsa banjir yang kami
lakukan. Saya bersama Yang DiPertua PAS Kawasan Sri Gading, Hasim Jusoh cuba
dihalau sedangkan kami sudah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak Ikatan Relawan Rakyat (RELA) untuk
hadir ke sekolah terbabit bagi menyampaikan sumbangan"
"Saya
melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Umno ini. Sepatutnya mereka harus lebih
terbuka kerana kita menyampaikan sumbangan kepada orang-orang susah yang sangat
memerlukan bantuan ketika ini. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa
pemimpin Umno bersikap tidak rasional sebagai pemimpin masyarakat di
sini", jelas beliau lagi.
No comments:
Post a Comment