Muktamar PAS kali yang ke-58
memberangsangkan Rakyat. Muktamar kali ini merupakan muktamar yang terakhir
sebelum PRU di adakan jika pilihanraya benar-benar akan di adakan. Muktamar di
Putik Kelantan ini amat memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan
kerana tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya.
Semasa menyampaikan ucapan dasarnya,
Tok Guru Hj Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh
dan mampan serta sangat penting untuk di ikuti dan di tarbiyah secara
menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan PAS
sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat.
Yang menariknya ucapan itu juga
telah menyentuh tentang apa yang bakal dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi
PRU itu nanti. TGHA telah meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal
parti supaya menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi
ombak pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion
ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk mendapatkan
sokongan dan dukungan rakyat secara sukarela dengan perjuangan sudah tidak
wujud lagi di dalam UMNO dan BN.
UMNO akan menggunakan wang yang
banyak untuk membeli undi dan ia akan memakan jumlah yang besar dan wang itu
tentulah datangnya dari sumber rasuah. Wang rakyat sendiri yang telah di curi
secara sistematik oleh pimpinan UMNO. UMNO sudah tidak ada sokongan, maka parti
itu terpaksa membeli perasaan dan jiwa orang Melayu khususnya. Wang jugalah yang akan digunakan untuk
menyatukan ahli-ahlinya semasa PRU itu nanti kerana UMNO akan mula berpecah
diperingkat bawahan sejurus calon-calon mereka diumumkan.
TGHA juga menyentuh tentang
pentingnya PAS bersedia dengan media massa alternatif yang efektif seperti
Harakah dan Harakah on line. Untuk menafikan fitnah dan cemuhan yang akan
dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Utusan serta kumpulan New Straits Times yang
berpihak kepada parti kerajaan secara tidak beretika selama ini.
Presiden PAS itu juga telah menelah
yang UMNO akan memainkan isu perkauman dengan hebat sekali kerana UMNO kini
sudah begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO sedar yang
rakan kongsinya MCA tidak lagi dihormati oleh bangsanya sendiri yang kini
sedang memberikan sokongan yang padu kepada PR.
TGHA juga telah memperbaharui azam
PAS untuk bersama-sama PR untuk menjayakan cita-cita pembaharuan untuk negara
ini. UMNO dan BN akan berterusan untuk memisahkan di antara parti-parti yang
ada di dalam Pakatan Rakyat kerana itu sahajalah yang tinggal harapan BN untuk
terus mendapatkan mandat bagi menyambung kuasa yang tinggal hanya beberapa
bulan sahaja lagi ini.
UMNO tidak akan ada sempadan dalam
tindakan mereka mempertahankan kedudukan mereka. Ia akan melampaui batas
undang-undang serta etika berpolitik secocok dengan sebuah negara yang mengaku
sebagai negara demokrasi.
UMNO akan sanggup untuk menjadikan
negara ini kucar kacir asalkan mereka dapat mempertahankan kuasa mereka.
Sebutkan apa sahaja, mereka akan lakukan. UMNO tidak dapat menyerapi unsur
demokrasi di dalam pemikiran mereka. Bagi mereka demokrasi itu adalah
kemenangan untuk mereka sahaja. Jika mereka kalah dan tidak mendapat mandat itu
bukanlah demokrasi bagi mereka.
Tidak ada ruang di dalam artikel ini
untuk memberikan ulasan secara ‘detail’ terhadap ucapan yang mantap TGHA ini
tetapi cukup bagi saya memberikan gambaran yang ucapan telah menyentuh bidang
ekonomi sebagai sebuah negara berkebajikan yang menjadi tuntutan agama itu.
TGHA juga telah menyentuh tentang isu sosial yang mendesak untuk di selesaikan
serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.
TGHA telah berkata dengan terang dan
jelas yang PAS sudah bersiap sedia untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan
dalam Pakatan Rakyat dan tidak mempunyai masalah untuk membuktikan kepada
rakyat yang PR mampu untuk membuktikan kelainan dalam pentadbiran baru negara
nanti.
Di dalam muktamar ini juga PAS telah
menerima permohonan dari seorang bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tuan Haji
Nahwari Hashim sebagai ahli PAS dan ini merupakan lanjutan kepada tindakan
ramai bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini PAS nampaknya
semakin jelas merupakan parti pilihan bagi orang Melayu seperti juga
parti-parti lain dalam Pakatan dan ini adalah pemangkin kepada PAS untuk
menjadi parti yang mendapat sokongan setiap lapisan rakyat yang berbilang kaum
ini.
Sempena muktamar ini juga telah di
adakan Himpunan Rakyat yang sangat besar kehadirannya di stadium Sultan Mohamad
ke-empat. Seramai 30,000 ribu rakyat jelata telah membanjiri stadium itu untuk
menunjukkan kepada ramai yang rakyat benar-benar serius untuk melakukan
perubahan kali ini. Mereka ini datang tanpa dibayar dan diberi makan karipap
dan sebagainya, jauh sekali untuk diberikan baju T atau topi dan
perkara-perkara yang lain seperti yang terpaksa di adakan oleh UMNO jika hendak
membuat perhimpunan mereka. Satu-satu perhimpunan yang hendak dilakukan oleh
UMNO akan memaksa parti itu berbelanja berjuta-juta ringgit untuk
menjayakannya.
PAS yang di fahamkan akan bertanding
di 70 kawasan parlimen akan memenangi jauh lebih banyak kerusi dari yang mereka
dapati semasa PRU 2008 dahulu. PAS tidak syak lagi akan menjadi parti yang
dominan dalam pentadbiran baru nanti dan saya secara peribadi tertunggu-tunggu
‘ambience’ politik yang baru itu.
PR akan membuktikan yang mereka
lebih baik dari pentadbiran BN. Seperti biasa dalam politik penilaiannya adalah
secara relatif. Tetapi PR pasti merupakan ‘coalition’ yang lebih baik dari BN.
Seperti yang saya sebutkan selalu,
‘the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan
Nasional’. Yang ‘perfect’ hanya ada kepada Maha Pencipta, Allah SWT sahaja.
No comments:
Post a Comment