Oleh
: Aspan
Alias
Isu Suaram dengan tuduhan
terhadapnya mendapat bantuan dana asing hebat dimainkan oleh pihak BN. Selepas
ini tidak tahu apa pula yag akan dihadapi oleh Suaram dan NGO-NGO yang lain
yang tidak sebulu dengan pihak yang berkuasa. Najib berkata biarkan pihak yang
berkuasa melakukan penyiasatan. Katanya, lagi kurang kita bercakap lagi baik.
Tindakan berkuasa terhadap Suaram
bukanlah satu isu mengejutkan kerana Suaram membuatkan ada pihak yang ‘mandi
tak basah dan tidur tidak lena’ dibuatnya. Suaram ada isu yang besar yang
diketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu
komisyen pembelian Scorpene yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan
pembunuhan Altantuya Shaaribu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan
dengan pemimpin besar negara kita.
Isu Altantuya tidak dapat tidak
terpaksa dibongkar. Isu pembayaran komisyen Scorpene dan Altantuya itu kait
mengait dan kedua-dua isu itu tidak dapat dipisahkan jika kita mahu menyiasat
salah satu darinya. Siasat satu akan melibatkan lagi satu isu dan kedua-dua isu
itu merupakan isu yang akan membabitkan tindakan jenayah pihak-pihak tertentu
yang berada di atas persada kuasa negara kita.
Jika isu penyaluran dana asing itu
benar-benar salah ia mestilah ada peruntukan yang menunjukkan yang penerimaan
itu salah mengikut undang-undang kita. Saya bukan seorang peguam dan saya tidak
tahu untuk membuat komen terhadap isu penyaluran dana asing itu.
Tetapi Suaram mesti teruskan
meneliti tentang penyaluran wang rakyat terhadap penerima rasuah dan kroni
kepimpinan yang terlibat seperti yang disebut-sebut bukan sahaja oleh kita
tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. Isu Scorpene dan Altantuya ini juga
satu penyaluran dana dari kantung rakyat kepada kumpulan yang tamak haloba yang
sanggup menjahanamkan wang rakyat yang bersusah-payah membayar cukai kepada
perbendaharaan negara.
Jika Suaram menghadapi isu ini, ia
adalah disebabkan tindakannya untuk membongkar penyelewengan dan jenayah
negara. Malahan isu yang dibawa oleh Suaram sehingga ke negara Perancis, negara
yang membekalkan kapal selam Scorpene itu adalah lebih penting, apatah lagi jika
ia membabitkan isu kehilangan nyawa seorang wanita yang berkait dengan
pembelian kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat menyelam itu.
Orang ramai merasakan oleh kerana
ketelusan pentadbiran kerajaan Perancis itu maka tidak ada apa-apa yang akan
dilindungi dan ia akan membolehkan kita menyelami segala isu-isu yang
berbangkit tentang jenayah yang berlaku dalam skandal besar ini.
Rakyat jangan terbawa-bawa dengan
tindakan pihak berkuasa di sini kerana tindakan terhadap Suaram itu tidak lain
dari isu hendak memalingkan pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu yang
sangat sensitif ini.
Kita dapati Suaram mendapat sokongan
moral dari banyak NGO-NGO tanahair kerana Suaram begitu berani untuk membongkar
isu Scorpene ini hingga ke akar umbinya. Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang
menyebabkan isu ini timbul dan kenapa sampai ada nyawa yang melayang kerananya.
Pembunuh kepada Altantuya telah pun
mendapat keputusannya ia itu, mereka dijatuhkan hukuman mati, tetapi apa yang
tidak langsung disebut dalam perbicaraan itu ialah ‘motive’ pembunuhan itu.
Kita mahu tahu apa sebenarnya yang
berlaku.
No comments:
Post a Comment