DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, September 15, 2012

SIKAP HISHAMUDDIN LEPAS TANGAN, POLIS JADI MANGSA CERCAAN RAKYAT


Oleh:  WFAUZDIN NS
BEGITU mudahnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin menjawab persoalan kekacauan dan tindakan samseng-samseng yang memburu ke mana sahaja DS Anwar dan rombongannya pergi.  Wajarkah Menteri itu berkata, terpulanglah kepada rakyat Johor kerana ini politik, politik ada risiko seperti yang beliau katakan di dalam Malaysiakini semalam.


Setakat mana beliau boleh ketawa? 

Bas dan kereta disimbah cat, di baling batu dan jalanraya ditaburkan paku.  Inikah budaya politik dan transformasi Najib?  Di dalam Islam sendiri, ketika berperang dengan tentera-tentera Kafir pun Allah melarang membunuh atau sengaja mencederakan kuda/unta tunggangan pihak musuh.  Apa yang berlaku sekarang bukan peperangan tetapi perlaksanaan amalan demokrasi yang dunia luar banyak melaksanakannya secara penuh bertamaddun.


Aku tidak tahu ada atau tidak di negara-negara lain yang bertamadun termasuk negara Komunis sekalipun Menterinya berfikiran seperti Hishamuddin ini.  Kita tidak peduli samada kenyataannya itu menunjukkan dia bengap atau bodoh, tetapi kita amat simpati yang akan menjadi mangsa adalah pihak keselamatan iaitu pihak Polis.  Rakyat lebih mudah untuk menuduh pihak Polis tidak bersikap adil daripada melihat Menterinya yang tidak tahu bekerja secara profesional.

Justeru itu, sudah sampai masanya seluruh warga keselamatan Polis dan tentera untuk berubah dari terus diperlakukan sedemikian.  Tentukan Umno akan tumbang di dalam PRU akan datang untuk kamu menyaksikan di manakah ceruk dan lubang cacing yang pak-pak Menteri seperti ini akan lari.  

Bagi kita, sehebat mana pun kezaliman mereka ianya tetap akan menambahkan lagi semangat kita untuk menguburkan Umno/Bn.  Melayu bergaduh sesama Melayu dan Islam angkara menteri yang tidak bertanggungjawab seperti ini.  Jangan dituding kepada DAP atau MCA mahupun Gerakan dan MIC.  Mereka tidak seperti puak tersebut yang bagaikan anjing liar memburu ke mana sahaja rombongan DS Anwar berada.  

Kalaupun Najib terlalu takut untuk berdebat dengan DS Anwar, jangan jadikan pasukan keselamatan sebagai pelindung kebaculan beliau.  Najib mesti tunjukkan bahawa beliau anak jantan sejati walaupun untuk beberapa minit berdepan dengan Ketua Pembangkang kami

No comments: