PETALING
JAYA 21 SEPT : Bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) terus menerajui Selangor,
PKR Selangor akan melancarkan kempen “Jelajah Selangor Tawan Malaysia” yang
akan bermula pada 14 Oktober depan.
Ketua
Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei berkata program gerak gempur yang bertemakan
‘perkukuhkan kemenangan rakyat dan tawan Malaysia’ itu akan memfokuskan kawasan
tumpuan.
Antaranya,
kawasan Parlimen Selayang, Pandan, Bandar Tun Razak, Kuala Langat, Kapar, Sabak
Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan dan
Subang.
Kawasan
DUN yang terbabit adalah Kuang, Rawang, Sementa, Kota Anggerik, Batu Tiga,
Batang Kali, Permatang, Sri Muda, Sri Andalas, Batu Caves, Bukit Antarabangsa,
Ijok, Melawati, Seri Setia, Taman Medan, Bukit Lanjan, Dengkil, Semenyih,
Kajang dan Pelabuhan Klang.
Beliau
berkata PKR akan berbincang dengan DAP dan PAS sekiranya mereka ingin dengan
PKR dalam program itu.
“Selain
mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya 2008, parti itu juga akan
menawan kerusi Parlimen dan DUN milik Umno-BN.
“Salah
satu misi pilihan raya umum ke-12, PKR Selangor menyasarkan sebanyak 11 kerusi
Parlimen untuk dimenangi.
“Berdasarkan statistik terkini kami mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan lapan kerusi Parlimen sedia ada dengan tambahan tiga kerusi milik BN iaitu Sabar Bernam, Pandan dan Hulu Selangor.
“PKR
juga akan mempertahankan 14 kerusi DUN dan menawan tujuh kerusi DUN milik
Umno-BN iaitu di kawasan Batang Kali, Permatang, Kuang, Semenyih, Dengkil,
Sementa dan Pelabuhan Klang,” katanya.
Shuhaimi
berkata PKR juga yakin majoriti kemenangan akan meningkat berdasarkan kajian
dilakukan parti itu.
“Parlimen
Selayang, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan
Kuala Langat kita yakin jumlah majoriti akan bertambah.”
Ketika
ini Pakatan memperoleh 35 daripada 56 kerusi DUN manakala BN sebanyak 20 dan
seorang Adun Bebas.
Di
peringkat kerusi Parlimen pula PR memperoleh 17 daripada 22 kerusi di Selangor.
Sementara
itu, dalam perkembangan lain, mesyuarat agung tahunan AMK Cabang PKR akan
bermula pada 22 September hingga 13 Oktober depan.
Ia
akan melibatkan 22 kawasan cabang PKR.
No comments:
Post a Comment