Gunakan “Bots” untuk tipu Twitter? Najib dan BN ditakuti
akan musnahkan kredibiliti Malaysia
Written by Maria Begum, Malaysia Chronicle
Najib
nampaknya Perdana Menteri Najib Razak sudah semakin terdesak apabila beliau
bukan sahaja terpaksa menggunakan gambar yang sudah edit tambah malah juga
gunakan ‘bots’ untuk menipu rekod twitter. Ini semuanya adalah kerana semakin
dekat pilihanraya semakin galak beliau ditikam dari belakang oleh ahli-ahli
UMNO sendiri.
Walaupun
Menteri Penerangan Rais Yatim membuat kenyataan bahawa 3.6 juta tweet ucapan
tahniah kepada Najib telah direkodkan pada 31 Ogos melalui #Merdeka55, pihak
Twitter tidak memberi sebarang komen.
Sekiranya
benar “record dunia” itu telah dipalsukan, ini akan menjadi suatu yang
memburukkan lagi imej Malaysia yang sememangnya sudah tercalar dek kegagalan
reformasi polisi termasuk penggunaan Najib terhadap beberapa agensi PR yang
menyangsikan.
“Rekod dunia” yang boleh disangsikan tetapi “penipuan yang berani”
sesuatu yang sudah biasa
Pengkritik
Najib sudah lali dengan penipuan-penipuan yang sering dilakukan oleh BN demi
mencipta gambaran palsu mengenai kekuatan politik Najib dan pada masa yang sama
mendiskriminasi pihak pembangkang menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat
biasa untuk kembali menyokong BN.
“Tahap
hipokrit dan “double standard” mereka semakin menjadi-jadi. Apabila penyokong
Umno membaling kasut kepada pemimpin pembangkan Anwar Ibrahim di dalam sebuah
masjid, tiada tindakan yang di ambil untuk menahan atau menghukum mereka yang
terbabit. Namun pihak polis boleh sahaja menggunakan Akta Hasutan secara salah
untuk menahan remaja dan belia kerana memijak gambar PM,” ujar Mahfuz Omar
kepada Malaysia Chronicle.
Menurut
penyelidikan yang dibuat oleh Politweet, sebuah badan yang menyelidik media
sosial, mereka mula mengesan #Merdeka55 di Twitter pada 28 Ogos dan apabila
Rais mengumumkan Putrajaya mensasarkan 1 juta tweet untuk tweet yang dihantar
dalam masa satu jam dari pukul 8.15 pm ke 9.15 pm pada 31 Ogos.
Sehingga
kini, Twitter tidak membuat sebarang pengumuman di blog mereka mengenai
#Merdeka55. Juga tiada menyebut #Merdeka55. Juga tiada yang menyebut mengenai
rekod online #Merdeka55 daripada mana-mana website penjejak yang lain,” lapor
Politweet.
“Tanpa
pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet itu agak mencurigakan.
Menggunakan ‘Bots’
Sememangnya
dakwaan pecah rekod BN itu dengan segara dipersoalkan oleh pengguna Twitter di
Negara dan ramai yang menuduh penganjur menggunakan ‘bots’ untuk menjana
publisiti palsu.
“Bots
membuat retweet 4 ribu kali dan kemudian kamu pula berbangga mempunyai berjuta
tweet?” Malaysian Insider melaporkan pengguna dengan nama @Amir_Shari menulis
awal minggu ini. ‘Bots’ adalah program computer yang direka untuk menghantar
respon secara automatik terhadap satu-satu perkhidmatan.
Seorang
lagi pengguna Twitter @cyrildason telah mengeluarkan tweet menyatakan bahawa
#Merdeka55 mempunyai status online: 1500 tweet yang menghasilkan 493, 610
impression dan sampai kepada 184, 482 pengikut dalam masa 24 jam dan ini jelas
menyangkal rekod yang mereka dakwa.
Pemerhatian
daripada pengguna Twitter yang kurang yakin dikukuhkan lagi oleh laporan
Politweet. Sewaktu masa yang disebutkan itu, Politweet melaporkan bahawa mereka
telah mengesan sesuatu yang ganjil menggunakan live stream di mana banyak
tweet-tweet yang sama dihantar pada waktu yang sama.
Menurut
mereka lagi, tweet yang menggunakan #Merdeka55 adalah hamper kesemuanya di
Malaysia sahaja dan hanya 5 daripada luar Negara – Myanmar, Switzerland,
Britain, Indonesia dan Singapura.
“Siasatan
lanjut mendedahkan bahawa sekumpulan kecil pengguna bertanggungjawab ke atas
banyak tweet. Semua pengguna ini mempunyai cirri-ciri yang sama misalnya tarikh
buat akaun, gambar profil, lokasi dan pengikut serta siapa yang diikuti serta
hubungan. Kesemua tweet mereka yang sama ini dihantar menggunakan Tweetdeck,”
lapor Politweet yang menyebut tweet-tweet ini sebagai klon.
Konspirasi politik
Pada
awal minggu ini, Najib telah dimalukan oleh media kerajaan dengan meletakkan
pada muka hadapan gambar semasa majlis rumah terbuka beliau yang telah di
photoshop. Gambar ini seolah-olah menunjukkan bahawa ramai yang menghadiri
rumah terbuka beliau.
Bernama
telah membidas dakwaan tersebut akan tetapi tidak ramai rakyat yang percaya
akan gambar itu kerana keganjilan yang wujud dalam foto itu.
“Najib
telah dituduh menggunakan Bernama untuk merubah gambar raya itu seolah-olah
100, 000 yang hadir pada rumah terbuka beliau. Sudah tentulah ini akan
membuatkan musuh-musuhnya dalam Umno melompat!” ujar timbalan presiden PKR Chua
Jui Meng.
Bukan
sahaja pihak pembangkan telah mengukuhkan kedudukan mereka tetapi mereka juga
dijangkan akan menang pada pilihanraya ke 13 kelak yang telah dibayangkan oleh
Najib akan diadakan pada November ini. Akan tetapi wujud pula kini gerakan yang
sedang berupaya untuk menjatuhkan Najib dan menggantikannya dengan Muhyiddin
Yassin.
Muhyiddin
dikatakan sebagai mendapat sokongan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.
Sumber
: Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment