Oleh : Aspan
Alias
Himpunan
Hijau ke Putrajaya di Alor Setar malam tadi adalah perhimpunan raksasa dan yang
hampir sebesar perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April yang lalu.
Himpunan Hijau itu telah menunjukkan kepada rakyat seluruh negara bahawa
kedatangan lebih daripada seratus ribu pengunjung perhimpunan itu membayangkan
manifestasi keseluruhan rakyat benar-benar serius untuk ke Putrajaya selepas
PRU yang akan datang ini.
Himpunan
anjuran PAS ini sangat berjaya kerana orang ramai sudah memenuhi stadium dari
pukul 4 ptg semalam. Orang ramai bukan sahaja telah memenuhi semua tempat duduk
Stadium Alor Setar itu tetapi juga meliputi padang stadium tersebut dan juga di
luar stadium. Ramainya peserta himpunan ini menunjukkan bahawa rakyat serius
dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan sambutan itu sudah cukup untuk
memberikan gambaran sebenar akan kemahuan rakyat keseluruhannya.
Kejayaan ini
amat membanggakan kerana mereka datang dengan sukarela dari seluruh negara
tanpa dibayar tambang atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan
perkhidmatan ribuan bas percuma seperti yang dilakukan oleh UMNO. Bayangkan
jika UMNO menganjurkan perhimpunan tanpa wang, topi dan T-shirt serta tempat
penginapan tidak akan ada siapa pun yang akan hadir kerana pergerakan UMNO dan
ahlinya memerlukan tolakan dengan wang ringgit.
Jika UMNO
hendak megadakan perhimpunan sebesar ini secara ‘conservative’nya ia akan
memakan belanja sekurang-kurangnya RM15 juta. Itulah sebabnya saya dan ramai
yang lain selalu berkata UMNO (baru) tinggal sejarah sahaja setelah wujud sejak
24 tahun yang lepas.
Kalaulah
begini keadaannya saya tidak nampak bagaimana UMNO boleh bertahan di seluruh
negara dan apatah lagi untuk kembali mengambil alih kerajaan Kedah itu. UMNO
tidak berani untuk menunjukkan kepada media keadaan himpunan sejuta belia yang
baru berlalu itu. Kementerian Belia dan Sukan telah berbelanja puluhan juta
ringgit untuk membawa artis-artis dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan
kehadiran yang sejemput itu.
Sebaliknya
ratusan ribu yang datang ke Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar malam
tadi tidak perlu membawa artis Korea dan Jepun dengan pakaian-pakaian seksi dan
mengiurkan tetapi perhimpunan itu hanya didatangi oleh Uztaz Azhar Idrus
sahaja. Uztaz Azhar Idrus tidak datang dari Korea atau pun Jepun dan tidak pula
berpakaian seksi atau pandai menari dan berjoget. Uztaz Azhar Idrus hanya
datang dari Terengganu sahaja.
Enam puluh
peratus daripada ratusan ribu yang hadir itu adalah dari golongan muda mudi,
kelompok terbesar di antara rakyat negara ini. Himpunan ini merupakan pemaparan
manifestasi sebenar rakyat di negara ini. Mereka mahukan perubahan. Untuk
kemajuan masa depan kita perlukan perubahan. Mereka mahu menolak kerajaan
rasuah melalui peti undi dalam pilihanraya yang akan datang. Itu sahaja.
Jika dinilai
daripada keadaan tekanan terhadap kerajaan hari ini tidak salah jika kita
cadangkan supaya UMNO mengangkat bendera putih sahaja dan menyerahkan sahaja
pentadbiran kerajaan kita kepada pihak alternatif kali ini.
Kita tengok
sahajalah, apa yang UMNO perlu buat selain dari mengaku kalah sahaja. UMNO
sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi sebenarnya. Hanya yang tinggal pada UMNO
ialah ego dan keras kepala mereka sahaja.
Bagaimana
pula reaksi Rais Yatim kali ini berhubung dengan jumlah peserta perhimpunan
ini. Agak-agak Dato' Seri, jumlah kehadiran perhimpunan hijau ini sampai tak
2,000 orang? Kita hendak bertanya kepada Dato' Seri, kerana dalam ramai-ramai
rakyat di negara ini hanya Dato' Seri sahaja yang pandai mengira. Kita semua
ini semuanya buta, tuli dan bodoh-bodoh belaka.
Tetapi
gambar-gambar ini dengan sendirinya memberitahu Rais Yatim jumlah sebenarnya
kehadiran peserta Himpunan Hijau ke Putrajaya itu. Dato' Rais, kigho boto-boto.
No comments:
Post a Comment