OLEH:
IZA SURAIYA
Perhimpunan
BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah berjaya menghimpunkan
hampir tiga ratus ribu orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama, umur malah
gender. Perhimpunan duduk-dan-bantah itu menghimpunkan orang awam yang mahukan
sistem pilihan raya yang bersih menggantikan permainan kotor UMNO-BN. Mereka
hadir ke perhimpunan tersebut kerana mereka tahu dan jelas apa objektif
yang ingin dibawakan.
Beberapa
hari lalu, UMNO-BN cuba menarik perhatian anak-anak muda dan belia dengan
menganjurkan program yang namanya Himpunan Jutaan Belia 1Malaysia. Anak-anak
muda belia itu telah dihidangkan dengan persembahan artis-artis terkenal yang
juga merupakan daya penarik untuk memastikan kehadiran anak muda pada
perhimpunan tersebut.
Berbeza
dengan BERSIH 3.0, himpunan propaganda UMNO-BN itu telah menggunakan wang cukai
rakyat kerana ia dianjurkan oleh kementerian dan agensi kerajaan persekutuan.
BERSIH pula lahir daripada semangat sukarelawan rakyat Malaysia yang
mengeluarkan wang untuk membeli t-shirt, tambang bas atau LRT serta membeli
minuman dengan wang saku sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
BERSIH
milik siapa?
BERSIH
3.0 bukan milik mana-mana parti politik. Ia wujud atas kesedaran rakyat
Malaysia yang prihatin. Ia tidak menerima peruntukan kerajaan atau wang cukai
rakyat, malah Pakatan Rakyat atau BN tidak terlibat sama sekali dengan pucuk
pimpinan jawatankuasa BERSIH.
Rakyat
hanya mahu menyuarakan bantahan terhadap amalan pilihan raya kotor kerajaan
UMNO-BN. Pada 28 April lalu, himpunan yang dijadualkan hanya akan berlangsung
selama dua jam di Dataran Merdeka tetapi ia telah ditolak permohonannya oleh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengikut telunjuk tampuk kuasa Putrajaya di
pada saat-saat akhir. Kononnya dikhuatiri akan berlakunya keganasan atau
tercetusnya kekecohan di tengah-tengah bandar raya.
Walau
bagaimana pun, sebenarnya hal ini juga sudah pastinya dijangka terjadi, tetapi
sebagai rakyat Malaysia yang cintakan ketelusan dalam pentadbiran dan
terutamanya semasa pilihan raya, ia sebenarnya tidak langsung mematahkan
semangat generasi muda terutamanya untuk memperjuangkan tuntutan lapan perkara
untuk pilihan raya yang adil, bebas dan bersih. AMat jelas sekali matlamat
BERSIH walau ia cuba dikotorkan oleh kerajaan UMNO-BN yang sudah biasa dengan
politik kotor.
Himpunan
siapa punya?
Hal
tersebut tidak berlaku dalam Himpunan Jutaan Belia 1Malaysia yang jumlah
kehadiran tidak ada kena-mengena dengan perkataan “juta”, mereka tidak
diperjelaskan tujuan utama ia diadakan. Seolah-olahnya anak muda yang
dijemput hadir untuk mneikmati acara hiburan yang dipersembahkan kepada mereka
dengan semuanya ditanggung oleh pembayar cukai Malaysia, dan kemudian dipropagandakan
kepada mereka supaya mengundi BN dalam pilihan raya akan datang!
Dengan
menyalahgunakan amanah wang rakyat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa segan-silu telah mempergunakan
acara himpunan belia itu untuk meminta mereka mengundi BN. Difahamkan, ramai
juga belia di himpunan tersebut yang diberi t-shirt percuma “I Love PM”.
Berapa
puluh juta ringgit agaknya wang cukai rakyat dikorbankan untuk kempen pilihan
raya UMNO-BN yang menyamar sebagai himpunan belia? Mengapa Suruhanjaya Pilihan
Raya membisu dengan penyalahgunaan kuasa ini di mana kempen pilihan raya BN
yang diadakan sekarang?
“Kerajaan
BN boleh menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini,” kata Najib kepada
anak-anak muda yang seronok dengan nyanyian artis dan persembahan lumba kereta
drift, termasuk yang terbabas dan mencederakan ramai belia.
Apa
mesejnya?
Lapan
tuntutan BERSIH adalah:
1.
Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Mudah,
jelas dan mampu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang berijiwa rakyat,
beramanah dan telus. Hanya kerajaan yang zalim sahaja akan menolak tuntutan
hasil iltizam rakyat sendiri.
Manakala
himpunan beliau anjuran BN yang menyalahgunakan wang cukai rakyat pula adalah
kempen politik untuk memujuk, menekan dan memaksa golongan muda mengundi BN.
Perbezaan
yang amat ketara jelas di antara perjuangan rakyat dan politik gila kuasa
UMNO-BN. Bagi BERSIH, ia adalah reformasi politik yang melibatkan rakyat jelata
manakala bagi UMNO-BN, ia sanggup menyalahgunakan wang rakyat serta
undang-undang untuk mengekalkan kuasa bila mana rakyat semakin hilang keyakinan
terhadap pimpinan kerajaan.
Sumber–
Roketkini.com
No comments:
Post a Comment