Shahrul, lelaki di belakang Kelantan Fiesta 2010
KUALA
LUMPUR: Rupa-rupanya
pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S Ambiga semalam adalah CEO
Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival
Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.
Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora Danish.
"Dia pendajjal yang membela golongan murtad dan LGBT (Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)," Shahrul didengar bertempik di depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum menyerahkan memorandum.
Sebelum ini, satu persatu Harakahdaily mendedahkan siapakah di belakang penyerang rumah Ambiga.
Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu.

(Kelantan
Fiesta 2010 yang gagal selepas diserang ribut)
Nama
Shahrul Nasrum yang memimpin satu NGO yang bernama 'Gerakan Belia Gagasan
1Malaysia' mula timbul selepas 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' gagal dan
memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Program yang dibuat pada tahun 2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu.
Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur.
Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana.
Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja.
Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu.

LAPORAN
BERKAITAN
Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk'
Tauke 'Sekinchan' baik jaga restorannya dari kacau Ambiga

Lihat pula U Tube ini :
No comments:
Post a Comment