DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, April 3, 2012

KALI INI BERJUANG BETUL-BETUL JANGAN BIARKAN UMNO DAN SEKUTUNYA (SPR, SPRM, PDRM, MEDIA DSB) MENIPU LAGI

Kisah penipuan Umno BN menjelang pihan raya

Oleh : Majdan Dagang

Penipuan Umno-BN untuk dalam pilihan raya bukanlah perkara baru. Setiap kali Pilihan Raya Umum berlangsung, pelbagai cerita didengar dan pelbagai kaedah penipuan dilaksanakan. Sama ada cerita itu memang berlaku atau sebaliknya, hanya yang terbabit sahaja yang mengetahuinya.

Namun dalam-dalam banyak cerita itu, saya berpeluang mengetahui salah satu pembohongan tersebut. Peristiwa ini berlaku dalam pilihan raya umum 1986. Selepas pembubaran parlimen, kesemua parti yang bertanding berkempen untuk menarik perhatian pengundi. Ketika itu saya bersekolah menengah tetapi bukanlah orang yang jahil tentang perkembangan semasa.

Seperti biasa, Umno-BN yang merupakan kerajaan sebelumnya telah menggunakan segala media yang ada untuk berkempen bagi pihak mereka. Setiap hari akan dipaparkan dikaca televisyen cerita orang keluar parti pembangkang lalu menyertai Umno. Setiap hari beratus orang telah meninggalkan perti pembangkang. Cerita ini sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada perti dan penyokong pembangkang.

Kaedah ini memberi kesan dalam beberapa kali pilihan raya terutama ketika semua media dikuasai secara mutlak oleh Umno-BN.

Dalam banyak-banyak berita itu, ada satu berita tiba-tiba menarik perhatian saya – “Haji Malik (bukan nama sebenar) telah keluar daripada parti DAP bersama 40 orang pengikutnya dan menyertai Umno”. Bukan saya seorang sahaja yang terkejut, tetapi ramai lagi rakan-rakan sebaya dan penduduk kampung turut terkejut. Berita yang mengejutkan itu akhirnya jadi bahan ketawa.

Berita itu menjadi bahan ketawa bukan kerana ada unsur-unsur lawak tetapi kerana nilai kesahihannya berada pada tahap kosong, malah lebih rendah daripada itu.

Saya mengenali Haji Malik, isteri dan anak-anaknya sejak saya kecil, malah beliau dan isterinya mempunyai hubungan persaudaraan. Saya dan anak-anaknya adalah rakan sepermainan sejak kecil.

Walaupun pada ketika itu saya masih muda dan masih di bangku sekolah, namun berita itu tidaklah terlalu sukar untuk ditafsir. Yang pertama, berita itu menunjukan kepada saya bahawa suatu penipuan telah berlaku. Kenapa pihak media yang menyiarkan berita itu tidak menyiasat sebelum menyiarkan sesuatu berita.

Penyelewengan berita yang pertama ialah, Haji Malik bukanlah ahli DAP tetapi ahli PAS. Beliau memang sudah tidak aktif dengan parti sejak beberapa tahun sebelumnya kerana krisis peribadi dengan ahli lain. Yang kedua, beliau tidak ada seorang pengikutpun, mungkin yang dimaksudkan dengan 40 orang itu ialah empat (4) orang ahli keluarganya – dua orang anak dan dua orang isteri.

Peristiwa ini banyak memberi pelbagai pengajaran dan persoalan. Adakah berita mengenai kemasukan ahli parti lain ke dalam Umno-BN, juga tidak benar seperti yang berlaku di kampung saya itu? Apakah, dakwaan yang mengatakan wujudnya pengundi hantu dalam setiap kali pilihan raya juga benar? Adakah manipulasi terhadap undi pos juga benar?

Jika ketika itu pun Umno-BN sudah menipu untuk mengekalkan kuasanya, adalah tidak mustahil mereka melakukan perkara yang sama dalam pilihan raya sebelumnya dan selepasnya. Maka, tidak mustahil dakwaan yang mengatakan bahawa berlaku manipulasi undi pos, pengundi hantu dan sebagainya benar-benar berlaku.

Bagi saya, dari segi moralnya, adakah kemenangan yang didapati daripada menipu, apabila sudah mendapat kuasa mereka tidak melakukan penipuan? Kebiasaannya, orang yang naik dengan cara menipu ini, akan terus-terusan menipu. Begitulah yang terjadi kepada Umno-BN pada hari ini. Oleh sebab kemenangan yang diperoleh melalui cara yang tidak halal, maka mereka tanpa segan silu merompak harta rakyat.

Oleh sebab itu, sudah lebih 54 tahun rakyat ditipu dalam pelbagai sudut. Mungkin pada awalnya hanya menipu dalam hal yang kecil-kecilan, tetapi apabila sudah lama dan biasa menipu, tentulah tipunya lebih besar dan banyak pula. Siakap, senohong, gelama, ikan duri; bercakap bohong, lama-lama mencuri!

Baca juga artikel di bawah :

PSC Pakatan harapan terakhir PRU bersih

Kami tolak laporan PSC tambah baik p'raya

Tolak laporan minoriti, cubaan tutup daftar pemilih kotor

Insiden di Dewan Rakyat memalukan - Mahfuz

Jika tidak percaya, MP perlu pilih Speaker baru

No comments: