DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, March 27, 2012

VIDEO PANAS (DI BAWAH), MASYARAKAT CINA BENCI MCA.

Ini adalah Video panas yang membuatkan umnoapco semakin lega, diharap pilihanraya dapat diadakan secepat mungkin berdasarkan sokongan kaum cina sudah kembali kepada MCA.

Apa yang dipaparkan didalam video dibawah adalah sambutan hangat yang diberikan oleh Masyarakat cina kepada Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Wee Ka Siong dari MCA yang hadir dalam satu perhimpunan di kajang semalam.

Sila lihat video dibawah, Penyokong tegar Umno diharap dapat senyum hingga telinga

Ramai bukan hadirin yang hadir dalam perjumpaan tersebut, sudah pasti Wee Ka Siong dapat merasakan kehangatan itu,kehangatan sambutan itu bukan setakat dirasakan nya bila dia dikerumuni ramai sehingga rela dan polis terpaksa memastikan lancar perjalannya, malah telinga timbalan menteri itu juga pasti merah menyala, belum lagi muka yang merah padam kerana malu.


Lihatlah betapa masyarakat cina sendiri berlaku adil, mereka tidak suka kepada kerakusan kerajan Barisan Nasional, jika menteri itu pun orang yang sebangsa dengan mereka, mereka tidak berpura-pura menyokong, sebaliknya mereka tegas, kerana itu la menteri dari MCA itu di "Boo" bukan kerana dia ahli Umno, tapi kerana masyarakat cina nampak kegagalan kerajaan Barisan Nasional

Masyarakat cina kembali menyokong MCA.. itu cuma mimpi ahli politik UMNO.... BN pasti Tumbang pada PRU13 nanti.
Yang masih tak tahu siapa betul BN atau PR.... kenapa masih mahu pilih BN jika sudah ramai pilih PR?

ii-HISHAMMUDIN BUAT LAWAK WOI...BACA LA

Gara-Gara Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siong hampir ditumbuk dalam satu perhimpunan di Kajang semalam, Hishammuddin keris mengeluarkan kenyataan kelakar.


Kata Hishammuddin keris, "ahli politik di negara ini diminta melaporkan kepada pihak polis sekiranya merasakan diri mereka terancam."

Adoi................, yang buat "tukanglawan" rasa sikit "terkesima" bila tiba-tiba sahaja Hishammuddin keris yang dah lama berdiam diri itu bersuara, bersuara pun bila ahli Parlimen BN tiba-tiba hampir ditumbuk.bersuara untuk jamin sekali keselamatan pemimpin pakatan rakyat.

Mengapa semasa Nurul Izzah Hampir ditumbuk ahli Umno baru'a anak didik apco, tak pulak Hishammuddin keris bangun dan keluar kenyataan begini, mana pula pegi Hishammuddin keris bila kereta Anwar diserang di Johor tak lama dulu."tido" agaknya.

Semua itu Hishammuddin keris buat-buat tak nampak, tapi bila Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong 'diserang' di perhimpunan pendidikan Cina di Kajang semalam, laju saja Hishammuddin beri jaminan keselamatan.


"Polis adil memastikan keselamatan mereka (ahli politik).. ketua pembangkang, anak kepada ketua pembangkang sekalipun, jika rasa tidak selamat mereka boleh memohon sendiri kepada polis, saya sendiri memberi jaminan."kata menteri keris itu.( tukanglawan sedang gelak)

Baiklah kita lihat sejauh mana jaminan Hishammuddin itu, jangan cakap saja, kita lihat samada polis akan menembak tepat gas pemedih mata kepada pemimpin pakatan seperti yang berlaku pada himpunan BERSIH yang lalu. atau polis akan menghalang Anwar hadir ke ceramah (itu juga satu keadaan yang mengancam keselamatan)

Hishammuddin Keris yang baru tersedar itu nampaknya cuba menyelamatkan pemimpin umno dari jadi mangsa kemarahan "rakyat", baru sekarang nak jamin keselamatan pemimpin. apasal tidak seminggu lepas, atau sebulan lepas?, atau Hishammuddin sendiri rasa dirinya terancam sekarang? kerana BN sudah hampir pada kuburnya.


"Kita akan buat apa yang sepatutnya selepas ini bagi memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang. Kita sedia maklum perkara ini akan berlaku dalam konteks ceramah masing-masing (kerajaan dan pembangkang)," kata Hishammuddin keris itu.

Kah..kah..kah, boleh percaya ke wei kata-kata menteri ni?. "tukanglawan" takmo percaya, korang terpulang lah..

No comments: