DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 3, 2012

HASAN ALI JADI AYAM JANTAN BERKOKOK SANA SINI

Hasan Ali = IMR. Pakatan Rakyat = IMRB

Hasan Ali ke hulu ke hilir berkata dia memperjuangkan IMR - Islam, Melayu dan Raja.

Kalau kita rujuk Buku Jingga, kita akan jumpa:

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.


Ertinya Dasar Bersama Pakatan Rakyat adalah:

Islam.
Melayu.
Raja.
BAHASA MALAYSIA

Dengan kata lain, Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari IMR Hasan Ali kerana Hasan Ali tidak memperjuangkan kedudukan Bahasa Malaysia. Hanya 3 perkara. Sedangkan Pakatan Rakyat memperjuangkan 4 perkara.

Sekaligus ini juga membuktikan perjuangan Hasan Ali tidak releven kerana Pakatan Rakyat jauh ke hadapan di dalam memperjuangkannya.

Sumber : Tulang Besi

Anda mungkin juga meminati:

· Kalau Hasan Benar, Mengapa Hasan Ali Tidak Mahu Bertemu Dengan AJK2 PAS Pusat?

· Rakaman Pengkhianatan Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat

· Rakaman Hasan Ali Menyebarkan Fitnah UMNO (Siaran Ulangan)

· Hasan Ali Akhirnya Buktikan Kebenaran Tulang Besi (serta rakan2)

· Penerangan Hasan Ali Tidak Menyakinkan PAS Pusat

No comments: