DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, January 12, 2012

LETUPAN: LAPORAN UTUSAN SATU SPEKULASI, KATA POLIS


Polis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membuat spekulasi mengenai identiti dalang tiga letupan buatan sendiri dekat kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta Isnin lalu, sejurus selepas keputusan kes Liwat II diumumkan Isnin lalu.

Semalam akhbar Utusan Malaysia milik Umno menyiarkan laporan muka depan yang memetik satu sumber polis yang menyatakan bahan letupan itu dibawa masuk oleh peserta perhimpunan 'Bebas Anwar 901 '.

Ditanya mengenai laporan tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata ia hanya spekulasi media.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan berita seumpama itu kerana ia akan menimbulkan perasaan tidak senang.

Bercakap kepada media selepas satu majlis di ibunegara, beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya, motif di sebalik pemasangan alat letupan itu juga tidak dapat dipastikan sehinggalah suspek ditangkap.

Bagaimanapun, kata Mohamad, secara umumnya polis merasakan kejadian letupan itu bertujuan menimbulkan huru-hara pada hari berkenaan. Empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

No comments: