DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, December 2, 2011

SPR SEDIA GUNA DAKWAT KEKAL JIKA DILULUS MAJLIS FATWA


TIGA EKUR 'TAN SRI' (GHANI, MUSA DAN RASHID) INILAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBATALKAN DAKWAT KEKAL PADA 8 MAC 2008.JASA MEREKALAH UMNO MASIH BERPELUANG MEMERINTAH WALAUPUN TANPA MAJORITI 2/3

SPR BERHATI-HATI DENGAN CADANGAN PENGGUNAAN DAKWAL KEKAL TAKUT-TAKUT UMNO TIDAK BOLEH MENGUNDI DUA KALI BOLEH MENGECILKAN PELUANG UMNO UNTUK MENANG MUDAH


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Setiausaha SPR Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan kepada kami bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah,” kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat ahli-ahli parlimen DAP bersama Kamaruddin selama hampir sejam di Puitrajaya hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi ahli parlimen DAP, Teresa Kok yang hadir bersama sidang media itu, berkata Kamaruddin memberitahu mereka bahawa cadangan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi sebagai pengundi tidak hadir masih dikaji dan tidak akan dikasanakan segera.

Kedua-dua syor penggunaan dakwat kekal dan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi adalah antara sepuluh cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat, minggu ini.

Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan.

Sementara itu, mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, beliau bersetuju dengan cadangan dakwat kekal digunakan bagi mengelakkan tohmahan berlaku penyelewengan dalam pilih raya.

“Dunia Islam lain dah terima. Mereka juga ada ulama dan ilmuan agung. (Jadi) setuju sangat agar tohmahan dihilangkan dan setara keadilannya,” katanya dalam sms ringkas kepada Malaysiakini.

Menurut beliau penggunaan dakwat kekal bukan sesuatu yang baru tetapi telah juga di beberapa negara, termasuk Bangladesh dan Indonesia.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Mencarut merupakan bahasa yang paling lembut apabila berbicara dengan SPR yang sepatutnya bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak dalam urusan pengundian, tetapi malangnya SPR (seperti lain-lain agensi seperti pasukan polis, JPN, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah) bertindak seolah-olah mereka itu biro atau cawangan UMNO. Ini kerana mereka berkerja dan berusaha dengan berbagai kaedah (termasuk menipu) bagi membantu UMNO mencapai kemenangan dalam setiap pilihan raya.

Satu lagi tipu helah SPR melalui kenyataan Setiausaha SPR, Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan kepada rombongan ahli-ahli parlimen DAP bahawa SPR sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah.

Itulah adalah merupakan satu pembohongan dan ia akan dijadikan sebagai alasan tidak menggunakan dakwat kekal dalam PRU ke-13 nanti kerana Fatwa Penggunaan Dakwat Kekal Telah Wujud Sejak 2007 Lagi.

Tulang Besi dalam ulasannya yang beliau tidak faham mengapa SPR menggunakan alasan menunggu Fatwa Majlis Fatwa dalam penggunaan dakwat kekal. Ini kerana fatwa mengizinkan penggunaan dakwat kekal telah wujud semenjak tahun 2007 lagi.

Apa lagi alasan SPR aka Biro UMNO untuk menguntungkan UMNO. Kita tunggu sahaja. CUma yang Tulang Besi tahu, semua kerajaan diktator di Timur Tengah jatuh setelah rakyat hilang kepercayaan dengan sistem pilihanraya masing-masing.

Di bawah Tulang Besi bawa salinan fatwa dari laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk tatapan kita bersama.

Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia

Keputusan:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.

Keputusan (English):


The Ruling On Using Indelible Ink In Malaysia Election.

Decision:

The Special Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 8th August 2007 has discussed on the ruling on using indelible ink in Malaysia General Election. Based on explanation and research conducted by experts in chemistry together with evidences brought by the members of the Committee, the Committee has decided that the indelible ink does not contain impure substances that are prohibited according to Islamic law, nor it brings harm to the health and does not impede water to get onto the skin when used. Hence, the use of indelible ink is permissible according to Islamic Law as it does not bring problem to Muslims ritual activities.

However, the Committee has decided that the level of permeability of the indelible ink is limited to the amounts that have been tested by the experts.

Keterangan/Hujah:

Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi. Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .

Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum.

Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari. Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam.

Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.

Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak.

Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.

Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah :

تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح

Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.

Petikan dari MalaysiaWaves

No comments: