PAS Johor mempersoalkan mengenai "layanan kelas pertama" kepada sekumpulan pekerja asing untuk menghadiri "kursus keusahawanan" sedangkan permit kerja pertanian tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan di negara ini.
"Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan,sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.
"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita?
"Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata Suhaizan dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mendakwa, pada peringkat awal, pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM).
Bagaimanapun, dakwanya, di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju sebuah pusat peranginan di Bangi.
"Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," tambahnya.
Suhaizan mendakwa, perjanjian dengan pemandu bas ialah perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari
Rabu 12 Oktober 2011, yang menurutnya menunjukkan kursus itu adalah selama lima jam - dari 8 pagi hingga 1 tengahari - sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.
"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik dari Johor Bahru ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Bahru sahaja.
"Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," tambahnya.
Sumber : Malaysiakini
Ulasan :
Nasihat rakyat Malaysia-kalau nak berbohong juga-berbohonglah berpada-pada jangan terlampau. Nanti rakyat naik meluat dan menyampah.
1 comment:
MEREKA MEN'DAJJAL'KAN NEGARA MALAYSIA DENGAN PELBAGAI TUDUHAN,TUDUH CURI TANAH,SEKSA AMAH,ROGOL AMAH(HIKHIKHIK),DEMO KAT KEDUTAAN,BAKAR BENDERA,UGUT PELAJAR MALAYSIA DENGAN BULUH RUNCING DAN BERBAGAI-BAGAI KERJA LAHANAT TAPI MENGAPA KERAJAAN UMNO@APCO LAYAN MACAM ANAK EMAS ? AWAT TAKUT ATAU ADA AGENDA TERSEMBUNYI ? RAKYAT KINI TAK BODO WO !
Post a Comment