DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, October 30, 2011

MCA TIDAK LAGI MEMILIKI SEMANGAT BARISAN NASIONAL?

Oleh: Iskandar Zulfi

Biro Latihan Pusat MCA dilaporkan berkata bahawa akan ada perlawanan sengit di dalam PRU akan datang antara BN dan PR di 88 kawasan di mana terdapat lebih 30% pengundi Cina. MCA juga begitu terbuka bahawa mereka tiada keyakinan untuk menarik kembali sokongan pengundi cina.

Umum tidak begitu mengendahkan kenyataan tersebut kerana telah sedia maklum bahawa MCA seolah-olah tidak berusaha langsung untuk menang dalam pilihanraya.

Walaupun parti itu telah menerima kritikan demi kritikan berkenaan kurangnya komitmen mereka terhadap BN, kita masih tidak melihat usaha untuk berubah jauh sekali memperbaiki diri.

Kelihatannya seolah-olah MCA sudah kehilangan semangat Barisan Nasional kalaupun tidak kehilangan arah terus.

Parti itu kini tenggelam dalam tuntutan yang pentingkan diri dan tidak berkesudahan oleh masyarakat Cina manakala di masa yang sama, terikat dengan kontrak sosial yang dimaterai atas semangat memberi dan menerima serta toleransi. Sehingga kini, MCA masih tidak cukup kuat untuk meyakinkan kaum cina bahawa memastikan semua tuntutan mereka dipenuhi tidak bererti mereka menang. ‘Menang’ hanya akan bermakna jika negara kekal aman dan stabil.

Sentimen perkauman juga amat kuat di dalam MCA di mana dalam banyak isu parti itu kelihatan hanya menjadi kakak tua kepada DAP. Sementara mereka mengutuk setiap usaha, kenyataan dan tindakan setiap individu, parti atau NGO yang membela Melayu sebagai rasis dan bertentangan dengan semangat 1Malaysia, kedua-dua MCA dan DAP terus berpegang kepada negara asal nenek moyang mereka dalam setiap aspek kehidupan mereka, yang mana, bertentangan terus dengan semangat Malaysia.

Sifat angkuh dan chauvinis ini tidak akan membawa MCA ke mana-mana dalam PRU akan datang dan ramai yang percaya bahawa MCA menyedarinya.

Mungkinkah MCA sengaja tidak menunjukkan prestasi yang baik kerana ingin memaksa kepimpinan memenuhi lebih banyak tuntutan kaum cina? Mungkinkah MCA bersikap bagai seorang budak yang enggan membuat kerja rumah hanya kerana bapanya enggan membelikannya mainan video baru? Apakah ini permainan ugut-mengugut?

Jika benar, maka rasmilah sudah bahawa MCA itu adalah sama rasis sahaja dengan DAP.

MCA tidak berusaha menanam semangat 1Malaysia yang sebenar di dalam diri masyarakat cina dengan menyeru mereka menobatkan, berbangga, menyintai dan menerima bahasa dan budaya rasmi Malaysia, yang mana tidak dapat dielakkan adalah berasaskan penduduk asal. Sebaliknya, MCA bersama-sama dengan DAP berjuang agar bahasa dan budaya negara asal mereka dinobatkan di negara ini.

Dan MCA tidak pernah menyeru masyarakat cina agar menghargai dan bersyukur dengan perkongsian lebih 70% dari kek ekonomi negara. Sebaliknya MCA bersama-sama dengan DAP inginkan lebih dan lebih lagi – dengan memperjudikan kestabilan dan keamanan, mengabaikan golongan yang kurang berkebolehan dan kurang bernasib baik yang mana majoritinya bukan terdiri dari bangsa mereka.

Jelas, MCA telah gagal membentuk minda kaum cina agar sejajar dengan visi dan misi negara. MCA juga semakin lemah dengan setiap serangan dan provokasi yang dibuat oleh pelampau cina. Dalam ertikata lain, MCA telah gagal untuk memimpin, ia hanya menurut atas nama kaumnya.

Apa nak dikata…pemimpin yang dipimpin tidak akan dihormati, dan pasti akan jatuh jua.

Jadi, jika MCA menyangka yang ia kehilangan sokongan kerana kegagalan memenuhi segala tuntutan, fikirlah sekali lagi.

Mungkin, kepimpinan BN harus mengambil maklum bahawa MCA sebenarnya tidak berminat untuk berjuang untuk BN. Parti itu hanya berminat untuk berjuang demi kaumnya dan untuk itu terlebih dahulu ia perlu memastikan UMNO, Perkasa atau sesiapa sahaja tidak akan sekali-kali berjuang untuk kaum lain, terutama Melayu.

Jika MCA gagal memperbaiki prestasinya dalam PRU akan datang, walaupun BN tetap menang, maka biarlah tiada satu kerusi pun yang mewakili mereka di kabinet. Jika BN kalah disebabkan ketiadaan komitmen dari pihak MCA, maka kita semua, terutamanya kaum Cina haruslah bersedia untuk menghadapi masa depan yang tidak menentu dari segi ekonomi, dan juga hala tuju kerana cukup-cukuplah BN memenuhi tuntutan MCA selama ini.

Sementara itu, mungkin MCA harus diingatkan bahawa di dalam negara bermasyarakat majmuk, pihak yang menang tidak mungkin membolot segala-galanya tanpa berhadapan dengan risiko kehilangan segala-galanya juga.

No comments: