Kartun Zunar kaitkan Umno sebagai "United Myanmar & Nepal Organization"
Karya terbaru Zunar yang mengkritik dasar kerajaan BN yang memberi kerakyatan sebagai warga asing bagi tujuan politik hangat diperkatakan di ruang maya.
Dalam kartun paling terus terang dan berani itu, Zunar melukis logo parti-parti komponen BN dan mengaitkan dengan dasar tersebut antara lain menafsirkan Umno sebagai "United Myanmar and Nepal Organization."
Tinjaun dalam laman facebook kelab peminat Zunar menunjukkan sambutan yang begitu hangat, malah ada yang memberi komen sebagai kartun terbaik untuk tahun ini.
"Seperti biasa saya menafsir isu-isu politik dari otak kartun saya dan tekanan berterusan dari kerajaan mungkin membangkitkan idea yang lebih baik," kata beliau kepada Harakahdaily.
Tekanan kerajaan membolehkan Zunar menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning dan terbaru anugerah hak asasi dari Yayasan Hellman/Hammett.
Selain itu, mulai Oktober ini dia akan berada di Sepanyol selama tiga bulan sebagai artis jemputan sebuah yayasan kesenian di Bilbao serta membuat pameran kartun di sana.
Kerana itu, Zunar akan mengadakan satu majlis bersama peminat pada hari Sabtu, 24 Sept di padang depan Amcorp Mall, Petaling Jaya dari jam 5 hingga 7 petang. Turut diadakan jualan buku-buku koleksi beliau.
"Saya berharap peminat-peminat akan datang ke majlis ini kerana ini adalah program terakhir saya sebelum keluar negara untuk tempoh yang lama," kata beliau.
Sumber : Harakahdaily
Ulasan :
Sebahagian besar rakyat sedar bahawa SPR dan JPN adalah 2 organisasi yang menjadi anjing kepada UMNO. 2 organisasilah yang berkerja keras sekarang untuk memanipulasikan (menunggang terbalikkan) daftar pemilih agar dengan melakukan berbagai penipuan, pemalsuan, mereka-cipta data dan menyelewengkan fakta seperti yang didedahkan kepada umum agar UMNO kekal menguasai Negara ini dalam tempoh yang lebih lama lagi.
Sekalung tahniah buat saudara Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Johor dan merangkap Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS yang tidak pernah jemu-jemu melaksanakan tugas yang diamanahkan memantau kerja-kerja jahat 2 organisasi anjing ini dan mendedahkannya kepada masyarkat umum.
Teruskan usaha saudara bersama-sama dengan teman-teman lainnya menelanjangkan wajah sebenar 2 ekur anjing ini. Nampaknya anjing-anjing ini terasa keletihan kerana setiap penipuan dan pemalsuan mereka lakukan dengan mudah dihidu oleh saudara Suhaizan dan teman-temannya.
Sindrom penafian adalah permainan politik mereka selama ini dapat mengikiskan kepercayaan awam terhadap 2 organisasiini. Mereka tidak semudah dulu lagi untuk menipu dan memanipulasikan daftar bagi member kemenangan mudah kepada UMNO. Setiap strategi dan taktik penipuan mereka dengan pantas dapat dihidu dan didedahkan.
No comments:
Post a Comment