DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, September 18, 2011

RAKYAT MAHU DENGAR SULTAN SELANGOR BAGI KULIAH


KALAU orang alian semua tak betul apa kata kita sebagai rakyat Selangor yang dahagakan ilmu di masjid dan surau, kita mahu Sultan Selangor sendiri bagi kuliah. Amacam setuju tak?

Ini bukan pendapat saya tetapi sahabat kita Muhammad Rafaei…. Rasa macam kenal kawan saya nama Rafaei juga tetapi Ahmad Rafaei.

Kata beliau teringin nak tgk SULTAN SELANGOR sendiri bg ceramah, kuliah atau mengajar agama sbb sultan adalah ketua agama islam.pemimpin islam..betul tak?

apa slhnya org politik bg ceramah? kbyknya org2 politik dr PAS ramai yg berkelulusan agama..mcm ni..minta paderi atau rusmah jelah yg bg ceramah kalau org politik berpendidikan agama dihalang..tindakan ini sgt mengecewakan..

Beliau mengulas laporan Malaysiakini Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS.

Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik.

Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik".

"Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri.

"Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan.

"Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan.

Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik.

Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

"Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau.

"Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah.

"Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya.

Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman.

Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan.

"Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam.

"Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya.

Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Sumber : DISINI

Ulasan :

Saya syorkan dan amat bersetuju sebagai Ketua Agama Islam dan turut menjaga kesucian Islam (sudah tentu baginda hebat dengan ilmu dan nilai-nilai akhlak dan moral bertaraf ulama 5 bintang) baginda Sultan Selangor perlu mencemarkan duli turun ke disemua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor.

Kalau semua orang (kecuali tok-tok imam dan pegawai-pegawai agama atau golongan tertentu sahaja yang diberi tauliah) tidak boleh mengajar, bercakap-berbincang, malah hatta baru hendak buka mulut hendak bercakap tentang Islam, pun… tidak dibenarkan, maka menjadi tanggung Sultan yang menjaga Agama turun serta mengajar agama Allah ini kepada seluruh rakyat jelata.

Seluruh rakyat sama ada di Selangor khasnya dan di Malaysia amnya ingin melihat Sultan sendiri turun mengajar agama di masjid-masjid dan surau-surau dan jadikan ianya sebagai teladan untuk Sultan-sultan dan Raja-raja lain mengikuti jejak langkah Sultan Selangor (selari dengan tugas utama Sultan menjaga Islam) kerana zaman kini kebanyakan orang tidak boleh dan tidak layak mengajar atau bercakap tentang Islam, maka Sultan dan orang-orang yang terpilih sahaja wajar turun ke padang mengajar.

Sedangkan dalam Islam, setiap orang yang mengakui yang ianya Islam, maka menjadi kewajipan mengamalkan amal-makrof nahi mungkar walaupun dengan sepatah ayat.

Sedikit nasihat dari hamba yang kerdil ini, yang miskin, lagi papa kedana. Nasihat ini umpama anjing menyalak bukit. Tak apalah, di sisi Allah saya terlepas dari tanggungjawab sebagai orang Islam. Bahawasanya kekuasaan itu berada di tangan Allah, dan Dia beri kepada siapa sahaja yang Dia mahu. Kebetulan Sultan-sultan dan Raja-raja yang ada kini bernasib baik adalah warisan turun-menurun. Jadi, janganlah terlalu megah dan bangga dengan kemewahan yang dimiliki. Di zaman Nabi Ibrahim, Raja Namrud juga diberikan kuasa oleh Allah, begitu juga dengan Firaun, Qarun dan Haman dianugerahkan Allah dengan kuasa dan kekayaan melimpah ruah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Lebih berpuluh kali ganda lagi apa yang tuanku-tuanku nikmati. Manusia merancang, Allah juga merancang,tetapi Islam dan ajarannya tetap akan berkembang sehingga akhir dunia ini

No comments: