DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, September 23, 2011

KITA - KETUANYA KEHULU AHLI-AHLINYA KE HILIR.

Parti KITA sedang menghadapi masalah dan krisis yang agak besar tetapi parti ini merupakan parti yang masih kecil dan belum lagi mempunyai apa-apa ‘consequence’ kepada politik negara kita. KITA adalah parti lama yang diperbaharui namanya dan ianya diketuai oleh Zaid Ibrahim yang kita semua kenal.

Saya dijemput untuk menghadziri majlis pelancarannya di Sime Darby Convention Center tahun lepas dalam satu upacara yang agak gemilang dan ‘impressive’ penampilannya. Parti yang bernama baru itu baru setahun jagung umurnya dan masyarakat belum lagi melihat parti ini sebagai parti yang mendapat perhatian rakyat. Parti ini hanya dikenali sebagai parti yang sinonim dengan Presidennya yang terkenal itu, Zaid Ibrahim.

Saya adalah orang yang agak ‘familiar’ dengan wajah-wajah dan individu dalam parti ini termasuklah Presidennya sendiri Datuk Zaid Ibrahim yang saya kenali sejak 40 tahun dahulu. Dari awal lagi saya melihat KITA adalah parti yang seolah-olah kepunyaan Zaid Ibrahim sendiri dan telahan saya yang parti ini akan menghadapi masalah sekarang menjadi kenyataan.

Saya sudah mengagak yang KITA akan hanya menjadi parti Zaid Ibrahim dan perlembagaannya adalah perlembagaan Zaid Ibrahim dan cara mentadbirnya adalah cara Zaid Ibrahim. Saya pernah bertanya kepada salah seorang yang rapat dengan saya baru-baru ini sebelum berlakunya perbalahan di dalam parti ini samada KITA telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi atau apa-apa nama yang diberikan kepada barisan pimpinan parti itu.

Saya diberitahu TIDAK ADA. Dengan jawapan itu saya sudah mengagak yang parti ini belum lagi dikendalikan secara sebuah parti yang dipunyai ahli-ahlinya. Parti ini hanya bergerak mengikut kemahuan dan kehendak Presidennya sahaja iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

Tetapi kita lupakan isu KITA tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh sebuah parti, tetapi yang lebih penting lagi Presiden dan ahli-ahlinya tidak sehaluan dalam pandangan dan arah tuju politik masing-masing.

KITA dianggotai oleh ahli yang tidak sebulu dengan parti-parti pemerintah. Ramai di antara mereka adalah bekas ahli PKR yang menyokong Zaid Ibrahim dan sekarang mempunyai ahli seramai 600 orang dan bukannya sebagaimana yang diberitakan seramai 3000 orang oleh pejabat KITA.

Tetapi perkembangan terakhir kini Presidennya telah bermain politik apologetic terhadap BN malahan Zaid telah memohon maaf daripada Najib kerana kononnya beliau tersilap anggapan yang Najib tidak akan berani memansuhkan ISA. Pemansuhan ISA merupakan alasan yang ‘expedient’ bagi Zaid untuk kembali rujuk terhadap kepimpinan kerajaan yang pernah beliau sertai dan ditinggalkannya dahulu.

Zaid mempunyai hak untuk mengalih dan menganjak pendirian beliau tetapi beliau tidak boleh lupa yang parti pimpinannya ada ahli-ahli dan beliau tidak pernah merujuk dan bertanya kepada ahli-ahli partinya sebelum mengalih dan menganjak pendirian dan pandangan beliau maka sekali lagi Zaid meninggalkan orang-orang yang menyokongnya dan pandangan rakan-rakan beliau sendiri percaya yang Zaid hanya main politik peribadi yang menebal.

Sekarang saya hampir percaya seperti apa yang diadukan oleh beberapa ahli senior parti itu yang beliau menganngap yang KITA itu adalah parti peribadi beliau dan betullah cerita yang saya dengar beliau pernah berkata kepada pemimpin-pemimpin parti itu, “This is my party, you do the way I ask you to do”.

Kalau benar kata-kata ini terluah dari mulut Zaid, maka kita boleh nilailah Zaid ini samada beliau ada semangat ‘team work’ yang sangat diperlukan oleh parti politik lebih-lebih lagi parti yang begitu kerdil dalam politik negara ini.

Usaha ramai di antara ahli-ahli parti ini untuk mendesak beliau meletakan jawatan itu adalah isu yang tidak memeranjatkan sesiapa lagi. Bagi saya Zaid tidak mempunyai ‘future’ lagi dalam politik kecuali orang yang melobi untuk beliau (Zaid) kembali menyertai Kabinet itu berjaya melakukannya.

Ulasan :

Parti ini akan terkubur selepas PRU ke-13 ini tanpa meninggalkan batu nisan. Sekiranya ia masuk bertanding dalam pilihan raya, ia akan hilang banyak deposit pilihan raya. Di mana ia kan mencari wang yang banyak kerana dia tahu yang dia tidak akan menang satu kerusi pun.

Jadi, ia terpaksa menelan air ludahnya kembali menerusi berbaik-baik dengan Najib BN, kalau-kalau lah Najib teringin untuk ambilnya sebagai calon. Hendak masuk BN namapaknay terlalu sukar kerana ia mesti mendapat restu semua parti yang bergabung dalam BN.

Zahid pun species dengan Ibrahim Ali.

No comments: