DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 21, 2011

BERSIH 2.0 UNTUK KEBEBASAN DAN DEMOKRASI

Islamic Renaissance Front (IRF) ingin menyatakan dengan jelas bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang adalah dipelopori oleh masyarakat madani tanpa sebarang perintah daripada mana-mana parti politik.

Pengarahnya, Dr Ahmad Farouk Musa berkata tuntutan telah pun disampaikan yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta demokrasi liberal yang tulen.

“Untuk bertahun lamanya kita telah melihat pengaturan undi dan penentuan sempadan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada pihak tertentu (gerimander),” katanya kepada Harakahdaily.

Tidak lupa juga, katanya liputan media yang berat sebelah dan mendiamkan sebarang kritikan ke atas parti pemerintah.

Tam bahnya, tidak pernah ada ‘lapangan permainan’ politik yang sama rata dan kita telah lelah melihat pelbagai gangguan politik dan amalan rasuah yang menjijikkan begitu tersebar luas sehingga seakan-akan telah membudaya di dalam masyarakat.

“Inilah masanya untuk perubahan, dan biarlah Bersih 2.0 menjadi pemangkin kepada perubahan itu,” katanya lagi.

Katanya, keputusan pilihanraya terkini di Sarawak jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil seperti yang dijanjikan.

“Dengan itu, kami telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebejatan sistem yang ada sekarang adalah dengan mengadakan satu perhimpunan aman,” ujarnya.

Menurutnya, hak untuk berhimpun adakah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (Artikel 20) dan Konvensyen Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21).

Katanya, kepada saudara Muslim yang berniat untuk terus berkecuali dan tidak mahu ambil peduli dengan tindakan angkuh yang tidak menghormati prinsip-prinsip demokrasi, pihaknya ingin mengingatkan bahawa tindakan berdiam diri hanya akan memperkukuhkan pemerintahan kuku besi yang korup, dan tiada perubahan akan dapat dilihat dengan hanya berdoa untuk perubahan tanpa sebarang usaha.

Beliau berkata, sekiranya demokrasi itu mencambahkan “semangat penentangan”, maka sebenarnya ia telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah dan budaya umat Islam.

“Kita adalah pewaris kepada tradisi ini, yang membekalkan umat Islam hari ini dengan khazanah idea-idea yang demokratik,” katanya.

Tambahnya,rejim kuku besi haruslah diajar bahawa cukuplah apa yang telah mereka lakukan selama ini.

“Ayuh hadir pada 9 haribulan Julai, baik lebatnya hujan ataupun teriknya mentari, kita akan berada di sana, berarak untuk kebebasan dan demokrasi,” katanya lagi.

Sumber : Harakahdaily.net

Ulasan :

Yang ini yang UMNO tidak mahu. Kalau pilihan raya di Negara ini dijalankan secara adil dan bebas seperti Negara-negara maju yang lain, sudah lama UMNO masuk ke dalam neraka jahanam.

Untuk selamatkan diri UMNO melakukan berbagai penipuan menerusi SPR. Rasuah bermaharajalela dalam setiap pilihan raya, menyalahgunaan kuasa, guna kemudahan rakyat untuk berkempen dan berbagai lagilah, tetapi SPR pejamkan mata dan pekakkan telinga.

No comments: