DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, May 6, 2011

RAKYAT MALAYSIA HIDUP DALAM SEBUAH NEGARA PENCURI

Oleh : Tun Telanai

Kadar inflasi Malaysia telah meningkat kepada 2.8 peratus pada bulan April 2011 berbanding akhir Disember 2010 hanya 1.8 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan dan komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010.

Kadar adalah istilah ekonomi yang merujuk pada perubahan indeks harga. Kadar inflasi suatu negara dinilai berdasarkan tahap kenaikan harga untuk tempoh masa yang tertentu.Kadar inflasi mempengaruhi kuasa beli penduduk dan mampu mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Dalam bahasa mudahnya, semakin tinggi kadar inflasi di Malaysia contohnya, nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil.

Sebagaimana yang kita tahu, kegiatan ekonomi yang lancar merupakan tunggak kekuatan dan kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, banyak dasar dan keputusan ekonomi negara tidak dibuat dengan teratur serta banyak melibatkan kepentingan kroni. Akibatnya, harga barangan asas terus menaik yang menjejaskan majoriti rakyat.Kuasa beli rakyat semakin rendah sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Ini akan membawa kepada peningkatan inflasi yang seterusnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah.Sebarang peningkatan kadar faedah akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Dan sekiranya inflasi lebih tinggi daripada kadar simpanan, maka kita akan melihat simpanan kita terhakis.

Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 sebagai contoh (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank.

Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.



Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.

Kegagalan Besar UMNO Dalam Mengurus Ekonomi Negara

Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun. Harga petrol jenis RON97 telah beberapa kali dinaikkan dalam tempoh yang 2010-2011 telah menyebabkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

Kerajaan (baca :UMNO) berbelanja sebanyak RM2.05 bilion untuk membayar kepada 27 syarikat kroni bagi menyekat kenaikan harga tol. RM2.05 bilion pampasan tersebut adalah duit rakyat dan perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi.


Statistik ini menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215 (kaum Cina? Tidak payahlah mereka lebih tinggi-buat malu aja) lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan kaum bumiputera hanya menikmati RM2,522 sahaja. Ini jelas menunjukkan UMNO telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 54 tahun memerintah.

Dalam situasi ini, Mufti Perlis amat perlu meneliti fakta-fakta ini dan seterusnya akan dibincangkan di bawah sebelum menuduh PAS adalah penghalang kepada penyatuan ummah dan telah melakukan satu dosa besar. Orang-orang Melayu-Islam boleh bersatu dengan syarat UMNO dinyahkan dalam arus politik perdana Negara kerana secara jelas UMNO telah gagal memertabatkan agama, bangsa dan Negara yang ia 54 tahun diberi amanah mentadbir Negara ini.


Bagi UMNO (yang kini menghadapi berbagai penyakit kronik yang sukar diubati) mereka percaya hayat parti ini semakin singkat. Parti kolot ini tidak lagi diterima oleh majoriti generasi muda Melayu. Generasi tua dan yang jahil dan buta sejarah sahaja yang tidak dapat memahami mudus operandi politik merepek yang dilakonkan oleh UMNO. Selama 54 tahun, rakyat Malaysia yang celik akal-budi dapat menyaksikan pesta bercanda pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah dan membaham harta negara yang kaya dengan megah dan dilindungi oleh undang-undang Negara kerana kita ada manusia-manusia seperti Ketua Hakim Negera (sehati dan sejiwa dengan UMNO), bekas KPN dan Peguam Negara (dajal UMNO) yang mudah dijadikan perkakas UMNO untuk terus kekal berkuasa memerintah Malaysia.

UMNO bukan sahaja berjaya meMEGAkan dengan projek-projek mewah, malah berjaya membangunkan negara yang penuh dengan pondok toll di lebuhraya, ditambah dengan toll yang tidak berpondok iaitu rasuah ( Corruption exacts a huge toll on our economy – Razaleigh.com). Setiap ringgit wang rasuah adalah kos tambahan yang perlu dibayar oleh rakyat termasuk petani, nelayan dan buruh kasar .

Menurut Tengku Razaleigh rasuah adalah aktiviti mencuri public fund.

“ Corruption is a form of theft. But it is a form of theft that also damages what is not stolen. This is because corruption involves the capture of decisions involving public funds. Corrupt decisions mis-allocate public resources and cause tremendous waste in the expenditure of public money. Public money is poured down the drain when projects are selected not because of the value they deliver to the public but because of what can be skimmed from them” - razaleigh.com

Beberapa Fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:

Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
Blok L dan M - RM 380 billion
Sime Darby - RM 1.6 billion
Pos Malaysia - RM 546 juta
Felda - RM 8 Billion.

Kejayaan UMNO yang boleh dibanggakan ialah mewujudkan sebuah negara ‘pencuri’ perlu dirayakan secara besar-besaran supaya rakyat boleh sedar dan mengubah persepsi mereka untuk PRU13 nanti. 54 tahun mereka hidup dalam kemiskinan dan papa kedana kerana negara yang penuh dengan pencuri; dari curi dan ragut di jalanan, rompak dan pecah rumah. Curi harta awam seperti besi penutup longkang, besi pengadang jalan, kabel TM, TNB, tong-tong sampah keluli hingga enjin Jet, Komisen kapal selam serta projek MAS (yang mengalami kerugian tidak kurang RM 8,000,000,000 yang tidak mahu disiasat, walaupun cukup dengan bukti) dan lain-lain projek yang tidak terkira banyaknya. Ia sudah menjadi darah daging pemimpin UMNO dan menjadi barah kepada ekonomi negara yang akan melumpuhkannya pada bila-bila masa.

Ia benar-benar parah dan serius, rendah dan tidak bermaruah. Apa yang sedang melanda UMNO tidak mungkin dapat dipulihkan lagi. Seperti barah yang sedang menyerang segala organ menyelinap masuk ke sum-sum tulang. Dari Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pendidikan hinggalah Jabatan Agama Islam. Kata Tengku Razaleigh rasuah dari pucuk hingga ke akar umbi.

Cara pemberian rasuah ini juga pelbagai termasuk “aktiviti main kalah” di padang golf semata-mata untuk melicinkan pembayaran rasuah ini. Menurut Ku Li :

“No domain seems safe. The humble school canteen is the domain of Umno branch chiefs. The golf course become a favoured way to pass the cash over. We can place bets for RM5000 a hole. For some reason one party keeps losing. And there are 18 holes. Money thus obtained is legal. It can be banked.

“Government servants have to face pressure from politicians who expect to be given these contracts because they need money for politics. This corruption is justified because the party’s struggle is sacred. The civil servants can either join the game or be bypassed.”- razaleigh.com.

Justeru, tidak mungkin untuk UMNO bangkit dan memulih dirinya dari penyakit ini kerana menipu dan mencuri sudah jadi darah daging. Seluruh organ parti dan kerajaan sudah hancur dan musnah termasuk SPRM. Inilah Jin pakai tocang yang dimaksudkan oleh P.Ramli dalam filem Pendekar Bujang Lapuknya.

Jauhi UMNO untuk masa depan yang lebih sejahtera. Lakukan perubahan sekarang!

No comments: