DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, May 3, 2011

BEKAS MENTERI TEMPELAK PEGUAM NEGARA TIDAK CEKAP : KES PKFZ DITANGGUH

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

May 03, 2011

KUALA LUMPUR, 3 Mei . — Tun Dr Ling Liong Sik yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hari ini secara terbuka berkata tidak harus ada sebarang kelewatan dalam perbicaraan sehingga menyebabkan tertuduh ‘menderita’.

Justeru, bekas menteri pengangkutan ini menuding jari ke arah Jabatan Peguam Negara atas penagguhan terbaru kes beliau sehingga awal Ogos ini.

Dr Ling 67, bekas presiden MCA mendakwa ketidakcekapan agensi itu tidak sewajarnya menyebabkan pihak lain menderita.

“Anda tidak boleh membiarkan seseorang itu menderita hanya disebabkan anda tidak cekap,” kata Dr Ling kepada pemberita di pekarangan mahkamah hari ini.

Kesnya ditangguhkan sehingga 1 Ogos.

Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dari pasukan pendakwaan berkata, pihaknya telah mengenal pasti 23 dokumen mesyuarat Kabinet, bertarikh antaar 24 Mac 1999 dan 4 Julai 2007, tetapi memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran daripada pelbagai kementerian bagi mengklasifikasikan semula dokumen-dokumen berkenaan.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang tidak puas hati dengan hujah itu mengingatkan pasukan pendakwaan bahawa penagguhan kali ini adalah yang terakhir.

“Sembilan bulan sudah berlalu. Saya kecewa (pasukan) pendakwaan belum bersedia lagi, sembilan bulan dan mereka masih belum dapat membekalkan dokumen-dokumen yang saya perlukan untuk membela diri saya.

“Apabila kali pertama saya dituduh Julai tahun lalu, saya dikenakan tuduhan yang dirangka dengan baik... saya fikir mereka mempunyai dokumen-dokumen yang (mereka gunakan) untuk mengenakan tuduhan,” kata Dr Ling.

Dokumen-dokumen itu termasuk minit mesyuarat Kabinet, jawatankuasa Kabinet dan pasca-Kabinet mengenai projek PKFZ diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, dokumen-dokumen itu akan dikeluarkan pada pertengahan Januari 2011.

Seterus baca DISINI

KOMEN :

Begitulah golongan BABI DAN GOLONGAN SYAITAN berkerja. Tidak ada bukti, tangkap dulu dan dakwa di mahlamah. Tangguh sekejab untuk mereka-cipta bukti. Direkalah bukti-bukti palsu bagi menyokong hujah-hujah palsu di mahkamah. Mahkamah pun mengiakan kerana ada arahan dari atas. Golongan yang ada di pejabat AG (bukan semua) adalah golongan paling celaka. Mereka pakar undang-undang, dan mereka juga pakar untuk memanipulasikan undang-undang bagi mengenakan orang yang tidak sehaluan dengan Najib dan UMNO, bukan berdasarkan keadilan dan kebenaran.

Dalam kes yang melibatkan Dr.Ling Liong Sik ini, orang-orang di pejabat AG ketika ini sangat sibuk menguruskan kes Anwar Ibrahim. Mereka bertungkus lumus mencari hujah-hujah bagi memenjarakan semula Anwar Ibrahim dan mencari jalan di bawah undang-undang mana Anwar Ibrahim boleh didakwa di mahkamah berhubung tuduhan dalam video seks made in Thailand itu. Itu sebab kes Dr.Ling ditangguhkan kepada 1 Ogos ini.

Begitu juga dulu, ketika mahkamah dunia sibuk membicarakan tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Putih, AG kita sibuk turun naik mahkamah majestrik di Kuala Terangganu bagi memastikan dua orang penyokong PAS dipenjarakan. Mereka ditembak oleh seorang pegawai polis dan pegawai polis itu diangkat sebagai Wira. Akhirnya, Malaysia berputih mata, Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singgapura kerana AG dan orang-orangnya sibuk bermain politik untuk menjaga kekuasaan UMNO.

"NYAKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

1 comment:

Amuraria said...

MEMANG MEREKA DIPEJABAT PEGUAM NEGARA CELAKA-CELAKA WALAU TAK SEMUA, MEREKA TAKUTKAN UMNGOK@APCO-BN DARI TAKUTKAN ALLAH ! HUKUM ALLAH TOLAK TEPI FITNAH DAN NAYAKAN ORANG YANG TAK SEBULU DAN PEMBANGKANG ADALAH KEUTAMAAN MEREKA !