DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, March 22, 2011

KITA HENDAK TENGOK APA TINDAKAN POLIS SELANJUTNYA

Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan hubungan seks dengan seorang wanita Cina telah membuat laporan polis di Balai Polis dang Wangi dan pihak polis telah pun menubuhkan sebuah Jawatankuasa khas bagi menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar itu.


Cukup mudah bagi pihak polis untuk menahan dan menyiasat Datuk T ini kerana secara terbuka beliau menayangkan video itu dihadapan para wartawan media UMNO. Sudah tentu para wartawan yang hadir dan menonton video tersebut dapat membantu pihak polis menahan Datuk T tidak sampai 24 jam. Berbanding pihak polis bersusah payah mengesan beberapa orang blogger yang menulis menentang regim Najib dan beberapa isu yang dikatakan menghina Raja.


Datuk T secara jelas melakukan kesalahan melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.


Kita tunggu tengoklah apa akan terjadi seterusnya. Sekiranya Datuk T tidak ditahan dalam masa terdekat ini bagi tujuan penyiasatan, maka sahlah seperti tudahan Anwar dan persepsi rakyat bahawa ini satu lagi permainan politik kotor regim Najib dan kuncu-kuncunya.

"NYAHKAN UMNO, BUAT PERUBAHAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT"

No comments: