Wednesday, November 28, 2007

UMNO: PARTI AUTOKRASI DAN DISKRIMINASI_SIRI 2[AKHIR] Proses Pilihanraya Adalah Satu Pembaziran

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt



Kita telah memilih demokrasi sebagai cara memerintah negara dan sistem ini digunapakai oleh banyak negara-negara maju terutamanya di barat. Prinsip asas kepada demokrasi ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat. Dengan kata lain, setiap rakyat berhak memilih siapa dan
parti apa untuk memerintah mereka melalui proses pilihanraya. Siapa yang mendapat sokongan majoriti dialah yang menjadi pemerintah selama mana yang diperuntukkan oleh perlembagaan sebuah negara itu.


Di dalam sesebuah negara demokrasi, rakyat dibenar dan digalakkan untuk bebas bersuara serta memberi pendapat secara terbuka. Demokrasi membenarkan rakyat berpersatuan untuk memperjuangkan kehendak dan kemahuan ahli-ahli. Rakyat bebas berhimpun secara aman untuk menyuarakan hasrat dan cita-cita masing-masing, tetapi mesti ikut peraturan dan undang-undang Negara. Kerajaan yang menghadapi situ
asi yang tertekan setelah memerintah kerana kegagalan memenuhi harapan rakyat yang memberi undi di dalam pilihanraya, rakyat wajib diberi hak untuk memberi pandangan dan menilai dalam situasi tersebut.Rakyat mesti diberi hak bersuara dan mengadakan perhimpunan serta demonstrasi bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan supaya kerajaan sedar dan memperbaiki kelemahan tersebut. Rakyat ada hak menuntut pemimpin yang mereka pilih dahulu supaya meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada pilihanraya yang baru diadakan.


Pihak keselamatan khususnya pasukan polis hanya berperanan menjaga dan megawal keamanan, keselamatan dan keteteraman awam. Tidak lebih daripada itu. Pasukan polis dalam Negara demokrasi tidak hak sama-sekali bertindak menghalang dan menyekat hak rakyat untuk mengadakan tunjuk rasa dan perasaan demi mengikut arahan parti yang memeritah yang dayus. Apatah lagi diberi lesen untuk bertindak ‘ganas’ macam anjing yang patuh arahan tuannya tanpa menggunakan fikiran sebagai seorang insan yang mulia dengan melepaskan gas pemedih mata, pancutan air kimia, mengejar mangsa macam binatang, memukul, menendang, menumbuk, menangkap, menahan, dilokapkan, didakwa dan dihukum. Ini budaya ‘beruk’ bukan budaya demokrasi.


Selain dari itu, rakyat bebas untuk mengamalkan agama masing-masing serta dilayan sama rata dan saksama. Yang dipilih pula menghormati kumpulan minoriti. Keadaan seumpama itu merupakan demokrasi yang tulen, ala Westminster Abby. Walau bagaimana pun sistem demokrasi tidak semuanya mengikut ala Westminster Abby di England, contohnya di Malaysia demokrasi ala Westminster Abby telah diganti dengan system demokrasi berasaskan “Autokrasi dan Diskriminasi” ker
ana para pemimpin yang berkuasa mahu mengekalkan kuasa buat selama-lamanya. Dalam erti kata lain, model demokrasi kategori ini ‘kerajaan dan para pemimpinnya gila kuasa’ dan tidak rela kuasa terlepas ke tangan pihak lain. Bagi mereka hilang kuasa, hilanglah dunia ini [kiamat].


Dengan kuasa itu, golongan elit politik UMNO, anak-menantu, kroni dan kenalan rapat akan menguasai segala-segalanya yang terdapat dalam Negara ini terutama dalam bidang ekonomi dan politik. Mana-mana golongan yang tidak sependapat dengan parti pemerintah, iaitu UMNO, maka golongan tersebut dianggap musuh dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekali pun, tanpa memperdulikan berapa kos yang terpaksa dibelanjakan. Golongan ini tidak dapat menikmati apa yang pi
hak berkuasa dan kroni-kroninya menikmatinya. Golongan akan tercicir dan ketinggalan jauh ke belakang dalam berbagai sector, lebih-lebih lagi dalam sector ekonomi dan perniagaan.


Politik “Autokrasi dan Diskriminasi” tidak memperkayakan semangat demokrasi itu, malah politik ‘kebinatangan’ ini menghacurkan semangat demokrasi tersebut. Nilai-nilai agama, akhlak dan moral tidak ada tempat dalam system politik jenis ini. Pemimpin yang menentukan samada dia akan menjadi Perdana Menteri satu penggal atau dua tiga penggal. Rakyat tidak ada hak menentukannya. Walaupun, pilihanraya diadakan setiap 5 tahun sekali, tidak pernah ketingalan seperti kata Zainudin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia [Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/74623]. Pilihanraya berat sebelah, sama seperti tiada demokrasi [Rujuk kenyataan ini : http://www.malaysiakini.com/opinionsfeatures/74950 http://anakbapa.blogspot.com/2007/11/demokrasi-bukan-sekadar-pilihanraya.html].


Oleh itu tepat apa yang diperjuangkan oleh BERSIH yang didokong oleh semua rakyat dari pelbagai kaum dan fahaman politik.


Rakyat Malaysia pada umumnya [kecuali rakyat Melayu yang tinggal di luar Bandar yang dibutahurufkan oleh UMNO] sudah faham erti demokrasi yang sebenarnya. Demokrasi bukan sekadar pilihanraya 5 tahun sekali, tetapi ia mesti mencakupi seluruh sector kehidupan rakyat seperti tahap kebebasan bersuara, tahap kebebasan media, keluhuran perlembagaan, hak asasi manusia dan tahap kebebasan sivil. Apa yang berlaku di Malaysia hari ini adalah sebaliknya.


Media yang dikuasai oleh UMNO dan kerabatnya dalam BN atau proksi mereka telah menggunakan seluas-luasnya ruang komunikasi yang ada untuk samada memburuk-burukkan calun dan dasar parti pembangkang dan memperbesar-besarkan serta kehebatan kerajaan pimpinan UMNO, tanpa memberi ruang kepada parti pembangkang untuk membela diri atau berkempen. Padang "permainan" media yang tidak rata ini akan menyekat pengundi daripada membuang undi berdasarkan maklumat yang tidak tepat dan kebiasaannya akan menguntungkan UMNO. Inilah system demokrasi Autokrasi dan Diskriminasi yang diamalkan oleh Malaysia.


Suruhanjaya Pilihanraya @ Suruhanjaya Penipu Rakyat [SPR] menjadi alat kepada UMNO untuk terus menang dan mengekalkan kuasa memerintah. SPR telah diprogramkan oleh UMNO untuk menjalankan kerja-kerja penipuan, menyelewengkan data-data, mencipta undang-undang dan peraturan yang gila-gila yang tidak demokratik untuk menyukarkan pihak lawan bermain di padang yang sama rata. SPR bukan pengadil yang adil dan saksama. SPR menjadi pengadil yang sudah dibeli oleh UMNO dan berkerja untuk UMNO. Peranan SPR bukan untuk menghidup suburkan demokras, sebaliknya peranan SPR ialah mensuburkan system Autokrasi dan Diskriminasi di dalam Negara ini.


SPR sebenarnya telah diprogramkan untuk memenangkan UMNO melalui peruntukan masa kempen pilihanraya semakin pendik [Rujuk laporan ini :
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-utama/bersih-terus-desak-kempen-pilihan-raya-diadakan-selama-21-hari.html] berbanding dengan masa kempen diawal kemerdekaan. SPR mneyediakan daftar pemilih bertindih, kewujudan pengundi warga asing, buku daftar pemilih yang berbeza di dalam dewan dan di luar dewan mengundi, persempadanan pilihanraya yang tidak mengikut Pelembagaan yang sepatutnya berdasarkan kepada dua faktor, iaitu taburan penduduk dan jumlah pengundi di setiap negeri. Jumlah pengundi selalunya di sesebuah negeri sepadan dengan jumlah penduduk dalam negeri tersebut. Sebaliknya, SPR menggunakan kaedah gerimender, istilah yang digunakan yang bermaksud pengubahan sempadan pilihanraya yang digunakan apabila persempadanan baru bagi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN dibuat supaya menguntungkan parti pemerintah.


SPR bertindak dengan sewenang-wenangnya menyerap dan memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain sesuka hati tanpa alasan perundangan yang kukuh bagi memperkuatkan UMNO di kawasan yang ia lemah. Contohnya di Parlimen Lim Kit Siang [Ipoh Timur] dan ADUN Sekinchan, Selangor, Ng Swee Lim


Rujuk link-link berikut:



http://www.malaysiakini.com/news/68269
http://www.malaysiakini.com/news/74860 http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8581&Itemid=85 http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8881&Itemid=85 http://www.malaysiakini.com/news/70294 http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2021&mode=&order=0&thold=0
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-utama/atas-dakwaan-mengingkari-peraturan-pas-pahang-kemuka-bantahan-kepada-spr.html.


Semuanya ini berlaku kerana dalangnya ialah UMNO yang mendapat kerjasama erat daripada SPR bersama-sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Perkara ini diakui oleh Setiausaha SPR, Kamaruzzaman Hj Mohd. Noor mengenai terdapatnya Penolong Pegawai Pendaftaran tentunya daripada kalangan ahli dan penyokong UMNO [seperti yang berlaku pada PRU ke-11 lalu, Putri UMNO diambil bertugas di SPR sebagai Kerani Sementara], menyalah guna kuasa dengan memindahkan nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran.


Abdul Rashid Abdul Rahman merupakan orang yang paling lama berkhidmat dengan SPR akan disambung perkhidmatannya selama setahun lagi sehingga tahun 2008 [sepatutnya Rashid tamat tempoh kontraknya pada 31.12.2007 ini pada umur 65], tetapi Menteri di JPM A.Nazri Aziz telah membentangkan rang undang-undang bagi meminda Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi menaikkan umur persaraan wajib anggota Suruhanjaya Pilihanraya dari 65 tahun sekarang ke 66 termasuklah Pengerusinya. Pengerusi dan anggota SPR menurut Perkara 114 (1) dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-raja. Dan menurut Perkara 114 (3) mereka berkhidmat sehingga umur 65 atau ditamatkan perkhidmatannya atas apa-apa sebab sebagaimana terkandung dalam peruntukkan tersebut.


Rashid perlu kekal disitu bagi memastikan agenda UMNO untuk menang dan kembali berkuasa serta berjaya menguasai 2/3 Parlimen dalam PRU ke-12 nanti tercapai. Rashid banyak membantu UMNO mengekalkan kuasa memerintah dan beliau paling pakar dalam hal ehwal menipu dalam proses pilihanraya di Malaysia. Oleh itu, beliau tidak pernah mahu mendengar dan mengambil tindakan terhadap UMNO yang banyak melakukan kesalahan dan melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.


Beliau buat pekak badak dan membisu seribu bahasa apabila terdapat bantahan dan laporan mengenai salahlaku yang dilakukan oleh UMNO. Apa yang si Rashid tahu hanyalah hanya
menyalah pihak pembangkang. Rashid tidak memperdulikan apabila UMNO menggunakan politik wang [politik pembangunan] sebagai budaya beruk yang dbawa oleh UMNO untuk membeli undi. SPR juga mendiamkan diri apabila UMNO tanpa segan-silu menyalahgunaan kuasa menggunakan bangunan, pegawai dan jentera-jentara kerajaan [seperti pasukan polis, Rela dan sebagainya] dan kemudahan awam untuk berkempen.


Seorang penulis daripada Kajang Selangor menulis dalam Laman Marhaen [Rujuk :http://www.marhaen.net/06/mar_a_veteran_prihatin01.html] menyebut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia yang tersiar dalam Berita Minggu [19 November 2006] supaya semua anggota Jabatan Penerangan menjalankan tugas menerangkan dasar dan kempen kerajaan yang berkaitan dengan RMK9 termasuklah resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas.


Beliau seterusnya secara sinis berkata : Kita sering melihat setiap kali musim pilihan raya tiba ratusan juta wang kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Penerangan telah digunakan untuk menjalankan kempen pilihan raya atas nama projek kerajaan. Selain dihamburkan untuk merasuah para pengundi melalui pemberian subsidi, bantuan dan wang saku termasuklah membayar elaun kakitangan Jabatan Penerangan yang menjalankan kempen pilihan raya. Ini baru Jabatan Penerangan tak termasuk lagi peruntukan pilihan raya yang disalurkan kepada agensi berikut:


1. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),

2. Jabatan Perpaduan Negara,

3. Biro Tatanegara,

4. Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA),

5. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain Jabatan lagi.



Pendek kata sebahagian besar jentera kerajaan telah digembleng semahu mungkin daripada segi tenaga kerja dan sumber kewangan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang pilihan raya. Berbeza dengan parti politik yang lain kerana mereka terpaksa berhempas pulas menggunakan jentera parti sendiri (tenaga kerja dan kewangan yang terhad) untuk memenangi hati pengundi bagi memenangi kerusi pilihan raya. Tentu sahaja pengundi akan terpesona dengan ”kemewahan” yang ditayang oleh jentera kempen UMNO dan BN kerana tugas kempen pilihan raya UMNO/BN telah diswastakan kepada jentera kerajaan dengan menggunakan wang rakyat [Rujuk :http://www.marhaen.net/06/mar_a_veteran_prihatin01.html]


Amin Iskandar dalam Malaysiakini.com [
http://www.malaysiakini.com/columns/68234] menyalahkan SPR membiarkan Radio Televisyen Malaysia [RTM] , sebuah media negara yang seharusnya bebas dan adil, memainkan peranan sebagai mesin propaganda parti pemerintah dan seringkali menyiarkan program-program propaganda anti-pembangkang menjalankan kempen jahat terhadap pembangkang. RTM juga katanya hanya akan menyiarkan maklumat yang memihak kepada parti-parti pemerintah. Manakala akhbar-akhbar arus perdana pula seperti Utusan Malaysia ]milik Umno], Berita Harian, New Straits Times [NST] dan The Star [milik MCA], memihak kepada UMNO dan hanya memberikan sedikit liputan untuk parti-parti pembangkang dan biasanya laporan-laporan yang bersifat negatif.


RTM mulalah menjadi alat UMNO menjual ideologi kepada rakyat dan memperkecil dan memperlekehkan PAS. UMNO telah mempergunakan segala jenis manusia dari kalangan ulama, cendiakawan, budayawan sehinggalah ke rakyat bawahan yang tidak tahu apa-apa. PAS diserang disetiap sudut, tetapi segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin UMNO tidak disentuh langsung seolah-olah UMNO itu sebagai sebuah parti politik yang suci bersih tidak ada setitik dosa ke atasnya. Perkataan yang keluar dari pemimpinnya terutama Mahathir seolah-olah wahyu yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Rakyat mesti menerimanya.


RTM terus memainkan peranannya untuk menghina, memperlekeh dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin-pemimpin PAS khususnya Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul AM PAS. Klip-klip video ceramah Nik Aziz dipotong-potong dan disiarkan. Timbullah cerita-cerita seperti tuhan mencarut, tuhan samseng, isu barua, Kelantaan Gerhana dan sebagainya lagi. Rakyat tidak tahu hujung pangkal dakwaan tersebut. Inilah matlamat Zam untuk mengelirukan rakyat supaya membenci PAS dan menyokong UMNO yang di dakwa kononnya UMNO itu bersih, bersikap rasional dan bertolerensi serta mementingkan pembangunan dan keamanan untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini.


Perunding kempen pilihanraya UMNO ialah sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Amerika Syarikat, yang juga merupakan perunding kempen pilihanraya parti Likud di Israeil. Syarikat itu bernama Saachi & Saachi yang digunakan pada pilihanraya 1986,1990 dan 1995. Oleh itu, jangan hairanlah apabila UMNO menjalankan kempen jahat ala Yahudi-Isreal untuk meraih kemenangan. UMNO sanggop bersekongkong dengan perunding Yahudi yang bertindak sebagai perancang kempennya sehingga kadang-kadang kempennya dalam bentuk iklan [klip video, gambar, banner dsb] yang disiarkan itu melanggar kod etika kewartawanan dan menyerang peribadi tokoh-tokoh tertentu bukan terbatas soal perbezaan kefahaman politik.


Contohnya dalam PRU pada tahun 1990, isu pemakaian tengkolok bertanda salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh Hamzah telah dijadikan bahan kempen jahat UMNO mengambarkan Ku Li pemimpin Melayu yang anti Islam kerana berpakat dengan Joseph Pairin Kitingan yang memimpin PBS di Sabah, ketika itu ku Li sebagai Presiden parti SM46 juga berkerjasama dengan PAS dan DAP di Semananjung


Dalam PRU ke-10 tahun 1999, satu iklan yang disiarkan di RTM berulang-kali yang menggambarkan pertentangan pendapat di antara Dato' Mohd. Fadzil Noor (Allahyarham) dengan Lim Kit Siang berhubung dengan penubuhan Negara Islam yang merupakan matlamat perjuangan PAS sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim [tidak mengambil bahagian pun dalam pilihanraya itu dan duduk dalam penjara Sungai Buluh] pening kepala. Iklan ini pada orang-orang Melayu Islam yang beriman kepada Allah benar-benar menghina kesucian Islam [kerana peranan yang dimainkan oleh perunding Yahudi itu] itu sendiri kerena memperlecehkan undang-undang yang ada yang terkandung dalam Al-Quran mengenai penubuhan negara Islam. Mengambarkan Islam dan penganutnya itu ganas dan melampau, tidak suai dijadikan panduan kehidupan manusia di zaman global ini. RTM menyiarkan ‘kempen jahat’ seperti : “jika undi pembangkang, negara akan huru-hara”.


Dalam PRU ke-11 tahun 2004, ditunjukkan pula klip video anti kerajaan oleh para pendokong reformasi di Malaysia, di Indonesia dan lebih-lebih lagi di Afghanistan yang melibatkan golongan Taliban yang berkuasa satu ketika dulu, klip video dalam bentuk dokumentari ini ditayangkan untuk mengambarkan PAS dan BA sebagai ‘ Taliban Malaysia’.


Keadilan pula [kini PKR] dituduh menimbulkan keadaan huru-hara, ditayangkan aksi-aksi emosinal demontrasi pada tahun 1998 – 2001 dan diselang seli dengan keadaan demontrasi di Indonesia. Ditunjukkan juga gambar Fadzil Noor dan Nik Aziz yang hadir di muktamar PAS dan diselang seli dengan tayangan kekacauan dan huru-hara serta seorang wanita yang dihukum di padang bola oleh pihak berkuasa Taliban. Klip video itu berakhir dengan berkata “ anda tentu tidak mahu sebuah kuasa asing datang untuk mengebom negara ini bagi membebaskan wanita dan rakyat yang tertekan dan tertindas oleh golongan militan”.


Belum lagi dikira stesen-stesen TV swasta dan akhbar-akhbar arus perdana yang dimiliki oleh parti pemerintah yang kempen dan propaganda memburuk-burukan pembangkang. Semuanya media ini akan memainkan peranan untuk menyiarkan laporan-laporan yang baik untuk parti pemerintah dan yang negatif mengenai parti-parti pembangkang. Maka sebab itulah imej “jahat” parti pembangkang berjaya diwujudkan oleh media, terutamanya kepada masyarakat Melayu di luar bandar yang tidak mendapat maklumat daripada saluran kedua khususnya daripada media-media alternatif dan internet. Gaya pemberitaan seperti ini yang dikehendaki oleh Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia yang paling bodoh dan dungu yang menunjukkan Negara ini adalah Negara demokrasi, beliau tidak boleh menerima laporan yang berbeza format yang ditetapkan oleh kerajaan autokratik pimpinan Abdullah Ahmad Badawi ini. Oleh sebab itu secara bebal, beliau marah sangat terhadap laporan yang dibuat oleh Al-Jazeera yang tidak menyebelahi kerajaan dalam peristewa 10 November lepas [Rujuk :
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/zam-maidin-vs-al-jazeera-transkrip-yang-memalukan-negara.html]



Siaran-siaran seperti ini adalah melanggar undang-undang peraturan kempen pilihanraya dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Rashid dan SPR mendiamkan diri dan membiarkan UMNO bermaharalela menodai amalan berdemokrasi. Dalam undang-undang pilihanraya di Indonesia contohnya, kempen jahat seperti ini diharamkan dan mana-mana calon atau parti politik yang menggunakan cara ini untuk menjatuhkan sesuatu calon atau parti politik yang lain, boleh dilucutkan daripada bertanding. Tetapi di Malaysia, media negara RTM menyiarkan kempen jahat untuk melemahkan parti pembangkang dan SPR tidak berbuat apa-apa.



Malaysia yang mengamalkan system Autokrasi dan Diskriminasi tidak mampu membeli kebebasan minda. Sebaliknya, rakyat masih merasa terjajah oleh sistem demokrasi terpimpin, mereka tak mampu bersaing dalam pengembangan idealisme, mereka tak ada ruang dan peluang yang memberi keselesaan dan keseimbangan dalam penyebaran maklumat dan proses pentarbiahan umat. Tragedi pemasungan demokrasi ini begitu memberi kesan yang membimbangkan kehidupan rakyat. Pemusatan kekuasaan hanya didominasi oleh segelintir elit politik, yang menguasai segala sumber maklumat. Jika minda rakyat telah dikuasai melalui monopoli media massa, maka samalah ertinya menyemai sikap prejudis rakyat terhadap golongan lainnya. Majunya satu bangsa dan peradabannya harus dilihat dari perspektif global. Kemegahan fizikal dan infrastruktur satu negara tidak menjamin kehidupan politiknya yang demokratik dan harmonis. Realiti semasa kehidupan rakyat yang tertekan jiwa dan minda mereka jelas terserlah di beberapa negara kaya di bawah sistem pemerintahan autokrasi. Rakyat bangun bangkit menentang pemerintah yang rakus dengan kuasa.


SPR telah dijadikan batu loncatan oleh UMNO. Budaya samseng dan ganas yang dibawa oleh UMNO tidak dipedulikannya, asalkan pembangkang tertekan dan tidak berupaya untuk melakukan serangan balas kerana ada campur tangan pihak polis yang senantiasa menjaga keselamatan UMNO. Hal ini berlaku sama ada dalam PRU dan bertambah-tambah lagi dalam PR kecil yang menjadi tumpuan seluruh Negara. Ini terbukti semasa kempen pilihan raya kecil yang berlaku di Indera Kayangan, di Perlis dan pilihanraya kecil di Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit, di Permatang Pasir, di Machap dan di Ijok.


Kempen yang UMNO lakukan sangat dashat, berlagak samseng dan brutal. Di Indera Kayangan contohnya, 10 kes melibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda pihak pembangkang telah dilaporkan kepada pihak polis, tetapi sehingga kini satu pun tidak disiasat dan diambil tindakan. Satu kes yang amat mencemarkan amalan demokrasi yang SPR berdiam diri ialah kes ketika kempen sedang hangat berjalan di pilihanraya kecil di Indera Kayangan, Perlis di mana Ketua Pemuda PAS pusat ketika itu, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena dan Ketua Pemuda PAS Perlis, Zulkarnain Abidin yang juga ADUN Santan telah dikepong oleh segerombolan ahli-ahli dan penyokong UMNO/BN menghalang mereka berdua dan rombongan untuk memasuki ke kampong Bakau berjumpa pengundi serta berceramah di situ. Kes ini dibangkitkan di DUN Perlis pada 17 April 2002 oleh YB Zulkainain dan dijawab oleh MB, Shahidan Kassim yang mengaku ketika kejadian itu berlaku, beliau dan Menteri Kebudayaan dan Pelancungan Dato’ Kadir Shaik Fadzil ada di situ, beliau berpakaian baju melayu berwarna kuning bersama-sama dengan pemuda UMNO mengusir Mahfuz dan Zulkarnain keluar dari kampong itu.


Kes yang sama berlaku di Machap dan di Ijok. Rujuk link ini :


http://www.malaysiakini.com/news/65476
http://www.malaysiakini.com/news/65433http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=3798http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7456&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7495&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7339&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7353&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7422&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7424&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7471&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7467&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7476&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7480&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7489&Itemid=28http://www.malaysiakini.com/news/66269http://www.malaysiakini.com/news/66395http://www.malaysiakini.com/news/66419http://www.malaysiakini.com/news/66424http://www.malaysiakini.com/news/66460http://www.malaysiakini.com/news/66498http://www.malaysiakini.com/news/66589http://www.malaysiakini.com/news/66604http://www.malaysiakini.com/news/66621

Sila rujuk kesalahan-kesalahan yang paling serious yang dilakukan oleh UMNO [MIC dan MCA bertanding, UMNO yang berlebih-lebihan] dalam di pilihanraya kecil di Machap dan di Ijok yang melibatkan rasuah membeli undi, rasuah pembanguan, penggunaan jentera-jentera kerajaan dan menyalahgunaan kuasa, tetapi Rashid dengan SPRnya seronok menonton peristewa-peristewa ini tanpa mengambil sebarang tindakan untuk membaikinya. Rashid takut untuk menghadapi UMNO bagi menjaga kepentingan peribadinya-kedudukan, pangkat dan kekayaan. Amat menghairan perangai Rashid ini, kenapa marah sangat apabila BERSIH berdemontrasi pada 10 November lalu dan menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong? :


PR kecil di Machap, Melaka :

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7132&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7128&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7138&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7189&Itemid=28http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d809d953-cabec5bb-154de0b0-66b43761http://www.malaysiakini.com/news/65611http://www.malaysiakini.com/news/65744http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7097&Itemid=28http://www.malaysiakini.com/news/65764http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=3798http://www.malaysiakini.com/news/65831http://www.malaysiakini.com/news/65861

PR kecil di Ijok, Selangor :


http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7306&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7337&Itemid=28http://www.malaysiakini.com/news/66122http://www.malaysiakini.com/news/66304http://www.malaysiakini.com/news/66544http://www.malaysiakini.com/news/66363http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7456&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7495&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7498&Itemid=28


Rashid adalah pembohong besar dan seorang yang sangat gemar berdolak-dalik. Sikap Rashid yang suka menyalahkan pihak lain samalah amalan yang dimainkan oleh para pemimpin UMNO. Rashid, sekiranya seorang yang ada maruah dan harga diri sudah sewajarnya beliau meletakkan jawatan. Beliau tidak perlu mencabar sesiapa, SPR dibawah pengurusannya telah dibuktikan di mahkamah bahawa SPR bertindak tidak mengikut Perlembagaan dan beliau sendiri lembab untuk mengembalikan imej SPR supaya dilihat oleh rakyat bersih, adil, saksama, tulus, mempunyai intergreti dan amanah serta ada akauntibiliti. Rujuk laporan ini :


http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/bersih-mahu-pengerusi-spr-henti-main-wayang-dengan-rakyat.htmlhttp://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/kenyataan-rashid-angkuh-dan-memalukan-keadilan.htmlhttp://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama_lead/penghakiman-petisyen-pilihan-raya-layakkan-rashid-letak-jawatan.htmlhttp://www.harakahdaily.net/bm/index.php/terbaik-dari-harakah/wujudkah-pilihan-raya-adil-jika-pengerusi-spr-nyanyuk.htmlhttp://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-liputan-khas/terbabit-dalam-penipuan-langgar-undang-undang-pilihan-raya-berhentilah-tan-sri.html



Suasana yang saya gambarkan di atas adalah mustahil bagi UMNO untuk membuat reformasi seperti yang dituntut oleh BERSIH. Semenjak memorandum BERSIH diperssembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, ianya hilang lenyap tanpa berita. Apa yang kita tahu seluruh pemimpin UMNO/BN mengatakan negara ini adalah negara demokrasi kerana setiap 5 tahun sekali diadakan pilihanraya olok-olok. UMNO memang mahukan sistem ini terus berjalan selama-lamanya kerana ia menguntungankannya. Selagi UMNO berkuasa, SPR dan pilihanraya tidak mungkin dapat berjalan secara adil dan jujur.


Oleh itu, mengikut kata Mohd Sayuti Omar [http://malaysia-today.net/blog2006/sayuti.php?itemid=9018] menyertai pilihanraya bermakna bersubahat dengan SPR membentuk sebuah kerajaan yang HARAM dan tidak sah dari segi amalan demokrasi dan dari segi hukum agama. Kerajaan tersebut tidak ada maruah mendapat kuasa secara haram dengan mengunakan kaedah penipuan, menyeleweng, rasuah dan menyalahgunaan kuasa seperti dalam PRU ke-11 lalu. Kerajaan yang dipimpin oleh Abdullah sekarang adalah sebuah kerajaan yang HARAM dan tidak sah.


Lagi pun, masuk pilihanraya di Malaysia merupakan satu pembaziran kewangan, masa dan tenaga kerana kemenangan untuk UMNO telah disetkan oleh SPR terlebih dahulu, sebab itu tarikh bubarkan Parlimen dan tarikh mengundi dirahsiakan bagi menjamin UMNO benar-benar sudah bersedia dan dijamin menang besar. Kalau UMNO belum bersedia dan kedudukan 50:50, pasti pilihanraya tidak diadakan.


Kita ada 222 jumlah kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN di seluruh Malaysia. Jika, seseorang yang hendak menjadi calon pilihanraya dikehendaki mendepositkan wang tunai sebanayak RM10,000.00 bagi calon Parlimen dan RM5,000.00 bagi calon DUN. Parti-parti pembangkang yang ketandusan dana tentu tidak mampu mencabar satu gagasan politik yang kaya raya seperti UMNO yang mendapat dana daripada taukeh-taukeh judi, korporat-korporat gergasi dan daripada berbagai sumber lain. Golongan inilah yang banyak membiayai dana pilihan raya UMNO/BN yang dianggarkan berjumlah RM3.5 billion pada pilihan raya umum ke 11 yang lalu [termasuk perbelanjan makan-minum, upah pekerja pilihan raya dan barang-barang pilihan raya seperti poster, banner, payung dan berbagai lagi cenderahati sebagai umpan pilihan raya kepada pengundi-pengundi].



Untuk jumlah kerusi DUN sahaja, parti-parti pembangkang terpaksa mengeluar wang tunai berjumlah RM2,800,000.00 dan untuk Parlimen RM2,220,000.00. Jadi, semuanya berjumlah RM5,020,000.00 dan ini tidak termasuk perbelanjaan-perbelanjaan pilihanraya yang lainnya. Wang sebanyak RM5.020 juta itu merupakan satu pembaziran yang nyata dalam suasana demokrasi di Malaysia yang dihimpit dan dikekang setiap masa oleh pemerintah sehingga parti-parti pembangkang tidak dapat bebas bersuara, bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti menemui rakyat.



Hasilnya tidak berbaloi. Dalam pilihan raya umum yang lalu, UMNO/BN mendapat 198 kerusi Dewan Rakyat, 7[PAS], 12[DAP], 1[PKR] dan 1[Bebas]. Di peringkat DUN pula UMNO/BN mendapat 452 kerusi, 36[PAS] 15[DAP] dan PKR tidak mendapat sebarang kerusi. Berdasarkan pencapaian ini, masuk bertanding dalam pilihan raya di Malaysia hanya menghabiskan wang-ringgit, masa dan tenaga sahaja, dan secara tidak langsung memberi sumbangan untuk UMNO menambah ego dan kesombongannya dapat mengekalkan kuasa dengan memperbodohkan rakyat. Adalah lebih baik wang, masa dan tenaga sebanyak itu dicurahkan ke tempat lain yang boleh mendapatkan faedah kepada rakyat.



Semenjak zaman berzaman, tiap bangsa atau kaum itu dizahirkan oleh Allah swt manusia-manusia yang berperangai iblis dan syaitan, yang memegang tampuk kekuasaan dan berlaku angkuh dan sombong, bukan sahaja kepada sesama manusia, malah kepada Allah swt yang menciptanya. Nabi Ibrahim a.s. terpaksa berdepan dengan syaitan bernama Namrud yang menjadi pemerintah pada zamannya. Nabi Musa a.s. berdepan dengan Fir’aun yang kesombongannya mengatasi segala bentuk kesombongan yang belum pernah dilakukan oleh manusia. Dan Nabi Muhammad saw terpaksa berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang menjadi pemerintah Kota Makkah pada zamannya.



Demikianlah sunnahtullah yang berlaku – sebuah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran terpaksa berdepan dengan penentangan dari para syaitan dari kalangan manusia yang menjadi pemerintah dan mereka ini sangat keras dan kejam sekali dalam menentang para pejuang kebenaran tersebut. Dan sudah menjadi sunnahtullah juga bahawa perjuangan menegakkan kebenaran itu, meski pun terlalu pahit untuk ditempuh pada mulanya, tetapi akan beroleh kemenangan jua akhirnya.



Saya tidak mahu menyentuh terlalu banyak kisah-kisah manusia kejam dan zalim yang menjadi pemerintah di merata tempat di seluruh dunia ini. Namun sejarah telah membuktikan bahawa walau segagah mana sekalipun kekuatan yang dimiliki oleh para syaitan yang menjadi penguasa itu [maksudnya UMNO kini], namun kuasa rakyat akhirnya dapat menjatuhkan mereka [dengan izin Allah], sekalipun untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin zalim tersebut akan memakan korban rakyat yang tidak terkira banyaknya.



Suatu kisah kekejaman sebuah pemerintahan diktator yang paling kejam dalam abad ini dan memegang tampuk kekuasaan selama 2500 tahun di Iran, telah tumbang pada bulan Februari 1979. Itulah Shah Iran-Shah Reza Phalavi, manusia kejam berhati syaitan yang memerintah Iran dimana masih segar diingatan kita bagaimana Shah Iran ditumbangkan oleh rakyat Iran dalam bulan Februari 1979 dahulu.Sebelum Shah Iran tumbang, rakyat Iran telah membayar harga perjuangan yang tidak ternilai mahalnya. Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini, Bapa Perjuangan Rakyat Iran, telah mengambil masa berpuluh tahun untuk menanamkan benih-benih perjuangan di dalam dada rakyat Iran terbanyak. Hasilnya, beliau telah berjaya melahirkan berjuta-juta rakyat yang sedia berkorban dan sanggup mati dalam perjuangan suci tersebut. Di sebalik kekuatan yang dimiliki oleh Shah Iran dengan dokongan dan sokongan Amerika, namun kekuatan rakyat Iran yang berlandaskan kesucian dan kesatuan akidah telah berjaya menjatuhkan manusia terlaknat tersebut dari takhtanya buat selama-lamanya.



Untuk menumbangkan diktator Shah Iran, Imam Khomeini dan rakyat Iran terpaksa mengorbankan berjuta-juta nyawa. Peristiwa paling ngeri dalam perjuangan mereka ialah apabila tercetusnya Tragedi Black September 1978 dimana tentera Shah telah menembak dan membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Iran yang melancarkan demonstrasi menuntut beliau turun takhta. Walaupun Tragedi Black September 1978 telah mengorbankan begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, namun untuk berjaya dalam perjuangan itu, rakyat Iran merelakan nyawa mereka melayang, demi memastikan generasi anak cucu mereka bebas dari belenggu perhambaan manusia yang tidak layak dipanggil manusia tersebut. Dan tragedi tersebut jugalah yang telah membawa kepada jatuhnya Shah Iran dan naiknya kemenangan rakyat Iran dalam apa yang dinamakan Revolusi Islam Iran pada 1979 dahulu.


Itu kisah rakyat Iran kira-kira 30 tahun lalu. Dan berhampiran kita, Suharto, manusia paling lama memerintah Indonesia iaitu selama 32 tahun, telah membuatkannya lupa daratan dan lupa segala perhitungan dan pertimbangan demi mengekalkan kekuasaannya. Kekejaman, kezaliman dan segala bentuk kejahatan sudah tidak menjadi kudis kepada Suharto tersebut. Kegilaan merompak dan menyamun harta rakyat atas nama pembangunan dan kemakmuran negara membuatkannya lupa langit itu tinggi atau rendah. Segala kejahatan dan kezaliman dipertahankan demi memastikan kekuasaan berkekalan, seolah-olah dia akan hidup menongkat langit. Penderitaan rakyat dipersetankan. Keadilan dan kebenaran ialah apa yang menguntungkan diri dan kroni serta membuncitkan tembolok sendiri. Darah dan air mata rakyat umpama air hujan yang tidak bernilai langsung.



Akibat selalu bermimpi untuk menongkat langit selama-lamanya, Suharto lupa bahawa selama ini beliau sedang bermain api dan tidak menyedari bahawa kerakusannya membolot kekayaan negara untuk diri sendiri dan para kroni telah mencetuskan api kebencian dan dendam di dalam hati rakyat terbanyak. Maka tercetuslah bara Reformasi Total meledak membakar segala keangkuhan manusia bernama Suharto tersebut pada bulan Mei 1998. Untuk menumbangkan Suharto, rakyat Indonesia bukan sahaja menggempurnya dari seluruh pelusuk kota Jakarta, malah para pelajar universiti pula keluar di jalan-jalan raya untuk mencetus dan membakar semangat rakyat. Kemuncak kepada penentangan terhadap Suharto ialah dengan terkorbannya tiga orang penuntut Universiti Trisakti dimana inilah titik tolak yang telah memaksa si diktator Suharto turun dari takhta kekuasaan 32 tahun.



Saya percaya bahawa UMNO-Abdullah-Khairy-Kamaruddin tidak akan dapat ditumbangkan selagi kita masih belum sanggup mengorbankan nyawa-nyawa kita-rakyat yang kental ini, untuk menjadi titik tolak kepada kegoyahan kekuasaan yang dimiliki mereka seperti mana Shah Iran dan Suharto, UMNO-Abdullah-Khairy-Kamaruddin juga ‘memerlukan’ darah rakyat untuk ditumbangkan. Inilah rahsia besar untuk menumbangkan mana-mana diktator–DARAH RAKYAT. Untuk mencapai “Kemerdekaan Kedua” ini, kita tidak lagi boleh mengharapkan hamparan permaidani merah kerana antara penjajah British dan penjarah UMNO-Abdullah-Khairy-Kamaruddin, amat jauh bezanya.


Untuk mencapai kemerdekaan kedua dari UMNO-Abdullah-Khairy-Kamaruddin, kita MESTI sanggup menghamparkan “permaidani darah” supaya dengan darah itulah mereka akan tergugat dan akhirnya akan tumbang. Percayalah, selagi kita masih belum bersedia untuk mengorbankan nyawa dalam perjuangan ini seperti mana rakyat Indonesia dan Iran, agak sukar untuk kita menjatuhkan regim Autokrasi dan Diskriminasi ini. Seakan sudah tersurat bahawa mana-mana regim diktator [juga autokrasi] mesti ditumbangkan melalui darah rakyat. Dan saya percaya bahawa mereka juga akan tumbang apabila polis-polis yang menjadi anjing-anjingnya sanggup menembak dan membunuh rakyat yang mengadakan demonstrasi kelak, seperti mana apabila tentera Indonesia menembak dan membunuh tiga penuntut Universiti Trisakti.



Hipotesis saya ini bersandarkan fakta sejarah dan pemerhatian khusus terhadap sebahagian besar regim-regim diktator di seluruh dunia. Kesemua mereka jatuh dan dijatuhkan oleh rakyat melalui pengorbanan darah rakyat sendiri. Selagi tiada rakyat yang terkorban nyawa, memang liat untuk menjatuhkan seseorang diktator. Lihatlah apa yang mereka telah lakukan terhadap kita apabila kita bangkit bangun mendemontrasi menentang kenaikan harga minyak, gas masak, elektrik, air dan barangan serta perkhidmatan[tahun 2008, harga minyak, tol dan elektrik akan dinaikkan]. Pancut air kimia, gas pemedih mata, sepak, terajang dan sumbat ke dalam lokap. Seolah-olah ianya menjadi sesuatu yang rutin setiap kali ada demonstrasi. Dan kita pula diperlakukan seperti kucing kurap seolah-olah mereka itu terlalu bangga dapat menumpaskan rakyat yang berdemonstrasi.



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pejuang keadilan dan kebenaran sekelian supaya merenung kembali samada perjuangan kita untuk menumbangkan regim UMNO-Abdullah-Khairy_Kamaruddin tersebut dalam keadaan mereka mempunyai segala kekuatan dan keupayaan, telah berhasil menggugat kekuasaannya? Saya mahu mengajak seluruh rakyat supaya kita mencari suatu alternatif drastik dan dengan penuh keberanian. Sesungguhnya untuk mendapat kejayaan bagi sesuatu perjuangan itu memerlukan harga yang teramat mahal untuk dibayar. Peristewa 10 November merupakan satu titik permulaan. Harus diingat, PRU ke-12 nanti akan dipenuhi dengan berbagai strategi dan taktik untuk menipu, rasuah, menyeleweng, menyalahgunaan kuasa, keganasan dan sebagainya lagi yang tidak terbayang difikiran kita sekarang akan berluasa kerana disokong oleh SPR dan pasukan polis.


Jadi, apa persiapan kita untuk memprotes ketidakadilan yang wujud itu?


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam bishshawab. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Tuesday, November 27, 2007

BABI HUTAN DI DUN KELANTAN

SIDANG DUN KELANTAN TERCEMAR, NOZULA TENDANG ZAKI IBRAHIM!
Oleh : Nyza Ayob
daripada Harakahdaily.net
:
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama_lead/sidang-dun-kelantan-tercemar-nozula-tendang-zaki-ibrahim.html


KOTA BHARU, 27 Nov (Hrkh)- Persidangan kali ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke empat Dewan Undangan Negeri Kelantan mencatat sejarah terburuk apabila Dato' Nozula Mat Diah(BN-Paloh) bertindak menendang Mohd Zaki Ibrahim(PAS- Kelaboran) sewaktu sesi soal jawab dalam sidang DUN semalam.


Kejadian memalukan itu berjaya dirakamkan selama hampir dua minit dan aksi biadapnya boleh ditonton oleh semua pihak di
laman web yang sentiasa menyiarkan perkembangan secara langsung Sidang Dun Kelantan.


Insiden bermula apabila Dato' Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia , Zulkifli Mamat terhadap soalan yang dikemukakannya mengenai perkembangan projek Afta City Rantau Panjang bahawa projek tersebut telah dibatalkan.


"Permasalahan sekarang ialah kerajaan ingin memperbetulkan kenyataan bahawa ada exco yang hadir dalam perasmian tersebut. Kita ingin memperbetulkan kenyataan yang menyebabkan tuduhan daripada pihak YB (BN).
"Kita tidak mahu YB yang dipilih,kutip bawa cerita tepi jalan dan bawa naik ke dewan. Adakah hendak perbetulkan ini salah, "kata Zulkifli yang diikuti ketukan di meja oleh beberapa Adun.


Nozula tendang Zaki

Kata-kata Zulkifli itu menimbulkan kemarahan Nozula yang bangun dan menyifatkan jawapan Zulkifli itu sebagai 'tidak cerdik' dan menganggap pihak kerajaan negeri menuduh pihak pembangkang bodoh dan tidak mempedulikan teguran speaker supaya beliau duduk.


Keadaan menjadi semakin panas apabila Nozula mengambil serius kata-kata usikan daripada Zaki Ibrahim yang menimbulkan kemarahannya.


"Bagi peluang aku keccek lepas ni,"kata Nozula dengan nada yang keras.


Kata-kata Zaki supaya Adun Paloh itu meminta maaf kepada dewan dan meyatakan beliau bersikap kurang ajar menyebabkan Nozula bertindak diluar jangkaan.


"Mu yang kurang ajar," katanya sambil bertindak menyerang Zaki.


Tindakan Nozula itu cuba dihalang oleh beberapa Adun termasuk Saufi Deraman(BN-Galas) dan Abdul Halim Abdul Rahman(PAS- Chetok) yang berada bersebelahan Zaki.


Walaupun dihalang Nozula sempat melepaskan tendangan terhadap Zaki. Suasana dewan menjadi sedikit kecoh dan terpaksa ditenangkan oleh Speaker.


Sebelum ini, pada persidangan Dun 21 November, Nozula digantung sementara daripada menyertai persidangan pada hari tersebut yang mana Speaker menggunakan peraturan 51(3) bagi menggantung anggota Dewan Negeri yang enggan mematuhi arahan dan melakukan tindakan melampau-lampau semasa permesyuaratan berlangsung


Sila lihat klip video ini :
http://globalmediachannel.tv/viewvideo/9/DUN_KELANTAN_Attempt_Physical_Attack___full_/


KOMEN :


Apa pandangan anda semua sebagai seorang insan apabila menonton klip video yang disiarkan di atas?

Pada pandangan Tun, Nozula Mat Diah adalah seekor babi hutan yang terlepas ke dalam DUN Kelantan. Nozula adalah haiwan berwajahkan manusia. Haiwan ini tidak boleh disentoh kerana ia najis sangat besar, apatah lagi untuk dimakan dagingnya. Itu gambaran yang boleh diberi terhadap syaitan ini. Syaitan ini hanya layak duduk di tangki najis. Gelaran datuk yang diterimanya, amat malang pemberinya. Binatang ini tidak dapat menilaikannya. Ia suai ditembak dan bangkainya dicampak ke laut dalam. Binatang di daratan tidak boleh makan bangkainya kerana terlalu busuk, gemuk dan muka seperti babi hutan. Cuba perhati betul-betul. Kaki samseng dan gedebe.

Nozula, namanya sudah macam binatang. Maka perangai dia pun ikut binatang.
Bagi, saya budaya samseng yang berlaku dalam UMNO bukan satu yang pelik, tetapi apabila ia berlaku dalam dewan yang mulia, maka orang itu teruk daripada perangani binatang, syaitan dan iblis. Jadi, si Nozula lebih jahat, lebih laknat daripada iblis dan syiatan.

Kalau orang kawasan Paloh masing pilih lagi babi ini, maka orang di Paloh lebih teruk daripada si gemuk babi hutan ini.Atau memang orang kawasan paloh ini dah 'gila' dah tidak otak lagi untuk berfikir.

Kita berharap sangat orang macam binatang ini mampus cepat dipanah petir.
teguk badan gemuk gedempul pun sudah benci dan meluat untuk dilihat. Muka macam babi hutan.Mampuslah cepat.

Sunday, November 25, 2007

BADAN KEHAKIMAN DIREPUTKAN OLEH UMNO

dlwnjOLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN
DIbawa Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,


Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Suffian semasa merasmikan Persidangan Undang-Undang Malaysia pada 10 Oktober 1991 antara lain menyatakan :" Our judiciary in our country is supposed to be independent.. Well you know what the position is today regardless of what individual judges think and feel -and they are honest man. Public confidence in judiciary has been seriously eroded and it will take a whole generation before the damage done can be remedied."

( Terjemahan : Badan Kehakiman di negara kitasepatutnya bebas. Tapi kamu semua tahu keadaannya padamasa ini tanpa mengira mana-mana hakim fikirkan ataurasakan - dan mereka ( para hakim ) adalah orang-orangyang jujur. Keyakinan masyarakat terhadap badankehakiman telah terhakis secara serius dan iamemerlukan satu generasi sebelum kerosakan yangberlaku dapat dibaiki semula" )


Episod terbaru yang menyaksikan perbualan telepon antara Dato' V.K Lingam dan Ketua Hakim Negara ( Tun Ahmad Fairuz ) secara jelas mengesahkan semula apa yang dinyatakan oleh Tun Suffian di atas. Satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan adalah segala kerosakan terhadap badan dan sistem kehakiman berlaku di zaman BN memerintah. Ini bermakna hujah yang menyatakan insiden ini berlaku dalam zaman Mahathir adalah tidak relevan. Mahathir dan Abdullah Badawi adalah pemimpin UMNO.


Jika Mahathir mungkin boleh dikaitkan sebagai tokoh yang merosakkan badan dan sistem kehakiman Abdullah pula tidak boleh lari dari tuduhan sebagai tokoh yang merestui kerosakkan sistem kehakiman tersebut. Kita tentu masih ingat bagaimanana Kerajaan Abdullah secara angkuh menolak saranan mengkaji semula kes Tun Salleh Abas meskipun didesak oleh Majlis Peguam. Tidakkah ini menunjukkan bahawa Abdullah Badawi merestui pemecatan Tun Salleh Abas meskipun seluruh dunia tahu pemecatan tersebut tidak sah dan dipengaruhi oleh unsur politik.


Hatta semasa Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan berada di dalam kabinet Mahathir beliau juga enggan bertemu rombongan beberapa badan antarabangsa ( yang terdiri daripada International BarAssociation ( IBA ), Centre for the Independent ofJufges and Lawyers of the International Commission ofJurists ( CIJL ) , the Commonwealth Lawyer'sAssociation ( CLA ) dan Union Internationale desAvocats ( UIA ) ) yang ditugaskan untuk membuat kajian terhadap kebebasan kehakiman.


Hal ini dinyatakan secara jelas di dalam laporan misi tersebut yang bertajuk "Justice in Jeopardy : Malaysia 2000 ". Laporan itu menyatakan " repeated attempts were also made to arrange meeting with ...Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Deputy Prime Minister , but without sucesss."Penubuhan Jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Haidar untuk mengkaji video tape perbualan telepon antara V.K Linggam tidak boleh sama sekali dilihat sebagai satu usaha rejim Abdullah untuk membaiki sistem kehakiman yang dah terlalu reput tersebut.


Bagi rakyat Jawatankuasa tersebut hanyalah ibarat harimau tua yang tidak bergigi dan bertaring yang lebih menyerupai harimau mainan. Abdullah memikul tanggungjawab untuk menyiasat antara lain kes -kes berikut yang secara jelas melemahkan integriti dan menghakis keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman di megara ini.


a. Kes surat Dato Ahmad Idid yang mengandungi tuduhansalah laku dan rasuah beberapa orang hakim. Surat tersebut ditulis pada tahun 1996. Surat tersebut mengandungi 112 tuduhan yang terdiri daripada 39 kes tuduhan rasuah, 21 tuduhan salah guna kuasa dan 52 tuduhan salah laku ( misconduct ) dan amalan tidak bermoral. Meskipun Peguam Negara pada masa itu pada mulanya bersungguh berjanji kepada rakyat untuk mendakwa penulis surat tersebut tapi pada 9 Julai 1996 apabila Peguam Negara mengumumkan keputusan penyiasatan polis tersebut beliau hanya menyatakan hakim yang menulis surat tersebut telah meletakkan jawatan . Peguam Negara juga menyatakan bahawa beliau tidak akan mendakwa hakim tersebut. Di dalam sidang akhbarnya Peguam Negara mengakui bahawa terdapat keterangan yang mencukupiuntuk mendakwa namun bagi beliau persaraan hakim tersebut sudah mencukupi sebagai satu hukuman ke atas hakim tersebut.


b. Kes Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar yang mengakui berjumpa dengan Tan Sri Loy di pejabatnya ketika mana kes yang melibatkan syarikat Tan Sri Loy masih dalam pendegaran rayuan di Mahkamah Agung dan Tun Hamid adalah salah seorang hakim yang terlibat mendengar permohonan intelokutori syarikat Tan Sri Loy dan memberikan keputusan memihak kepada Tan Sri Loy.


c. Kes Ayer Molek ( iaitu kes Ayer Molek Rubber Co Bhd v Insas Bhd ) yang juga melibatkan peguam V.K.Linggam. Fakta kes ini antara lain adalah pada 10 hb April 1995 pihak Plaintif telah membuat permohonan secara ex parte ( sebelah pihak ) dan mendapat satu perintah injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perintah itu memaksa Defendan untuk mendaftar perpindahan saham syarikat Ayer Molek Rubber Co.dan seterusnya mengeluarkan sijil saham yang baru ke atas nama Plaintif dalam masa dua hari bekerja selepas menerima sijil saham tersebut.


Meskipun menjadi amalan permohonan seperti yang dipohon oleh Plaintif itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Bahagian Dagang ( commercial division) namun dalam kes ini Plaintif melanggar amalan tersebut dengan memfailkan permohonannya di Bahagian Rayuan Dan Kuasa-Kuasa Khas .


Perintah injunksi telah diserahkan kepada Defendan pada 11 hb April 1995 dan pada 12 hb April 1995 Defendan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah tersebut yang sepatutnya didengar pada 13 hb April 1995. Namun pada 13 hb April 1995 Mahkamah Tinggi telah menangguhkan pendengaran permohonan Defendan tersebut kepada 27 hb April 1995 .


Ini mengakibatkan Defendan terpaksa melakukan perpindahan saham tersebut dan permohonan Defendan untuk menggantungkan perintah injunksi tersebut telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggii iaitu Dato' Azmeel Ma'moor ( kini Hakim Mahkamah Rayuan ).


Plaintif telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Hakim N.H.Chan yang mmberikan penghakiman bertulis telah mengkritik secara keras tindakan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut dengan kata-kata berikut :- " This is a case about injustice which has been perpetrated by a court of law . This is also a case about abuse of the process of the High Court.."


(Terjemahan : Ini adalah kes di mana ketidakadilan dilakukan oleh Mahkamah sendiri dan ini juga adalah kes tentang penyalahgunaan proses Mahkamah Tinggi.. ).


Hakim N.H. Chan juga menyelar V.K Linggam sebagaipeguam yang tidak beretika dan menyatakan tindakan beliau memfailkan permohonan anakguamnya di bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas dan bukannya di bahagian Dagang mewujudkan satu persepsi bahawa terdapat amalan" judge shopping" ( membeli -belah hakim ).


Hakim N.HChan juga menukilkan kata-kata Shakespeare di dalam Hamlet iaitu " something is rotten in the State of Denmark" yang secara tersirat merujuk kepada Wisma Denmark di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terletak pada masa itu.


Tindakan Hakim N.H Chan yang menyelar Hakim MahkamahTinggi dan peguam V.K Linggam bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Tun Eusoff Chin, Ketua Hakim Negara ketika itu yang secara jelas membela tindakan Hakim Mahkamah Tinggi dan peguam V.K Linggam. Meskipun sepertimana yang dijangkakan Tun Eusoff Chin pasti membela VK. Linggam di dalam kes tersebut ( bukankah mereka berdua bergambar dengan tangan berpelukan di New Zealand ) beliau sebagai Ketua Hakim Negara bagaimanapun telah melalukan satu kesilapan yang memalukan apabila membenarkan Hakim Mahkamah Tinggi ( yang tidak layak untuk menjadi penel hakim Mahkamah Persekutuan ) untuk menjadi anggota Panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan anakguam V.K Linggam tesebut . Ini secara jelas bercanggah dengan Perkara 122 ( 2 ) Perlembagaan Persekutuan. Bayangkan bagaimana seorang Ketua Hakim Negara tidak mengetahui perkara asas Perlembagan Persekutuan.


d. Kes Percutian Tun Eusoff Chin dan V.K Linggam.Sehingga kini laporan Bowlan yang menunjukkan bukti-bukti kuat tentang hal tersebut tidak diketahui nasibnya. e. Kes arahan Tun Eusoff Chin kepada Hakim Dato'Mohammad Kamil Awang untuk menolak petisyen pilihanraya Likas. Hal ini dinyatakan secara jelas oleh Hakim Mohammad Kami Awang dalam penghakimannya ketika membenarkan petisyen pilihanraya yang membatalkan keputusan pilihanraya Likas yang penuh dengan tuduhan pengundi hantu.


BERJUANGLAH MENENTANG UMNO UNTUK AGAMA DAN BANGA

"SELAMAKAN RAKYAT DAN SELAMATKN NEGARA.
"PROTES SAMPAI TURUN

Sekian. Term Kasih

KECEMERLANGAN PAK LAH, FAKTA ATAU MAINAN?

Oleh Dr Fikrah
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=4770
DiBawa Oleh : Tun Telanai
Assalamu'akikm w.wr,


Benarkah apa yang didakwa oleh Berita Harian, yang menyatakan bahawa Merdeka Centre telah membuat kajian yang menunjukkan bahawa kepimpinan Pak Lah mendapat penarafan tinggi? Segala persoalan ini akan dijawab di dalam penulisan ini, bagaimana cara yang digunakan oleh mereka boleh dikatakan mendapat penarafan tinggi? Tetapi, sebelum kita memahami penipuan wayang kulit ini, mari kita kaji dahulu apa yang ditulis dan dinyatakan oleh Berita Harian, siap dengan muka Pak Lah mengcover hensem lagi tu. Berita Harian

s
Kaji selidik menunjukkan kepemimpinan BN dapat penarafan tinggi KUALA LUMPUR: Penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Barisan Nasional (BN) untuk tempoh setahun sejak Oktober 2006 berada pada tahap stabil iaitu purata 71 peratus.

Kaji selidik Merdeka Centre, sebuah pusat penyelidikan tempatan mendapati, penarafan tertinggi dicatat di kalangan orang Melayu dengan peningkatan empat peratus kepada 84 peratus berbanding tahun lalu, manakala masyarakat India turut menunjukkan perubahan positif apabila angka 62 peratus tahun lalu meningkat kepada 79 peratus.

Pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam dan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan wilayah di Selatan, Utara dan Pantai Timur Semenanjung membantu meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada pemimpin negara itu. Pengarah firma Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata janji Abdullah kepada rakyat sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2004 untuk rakyat bekerja bersama beliau juga antara faktor yang meningkatkan tahap kepercayaan umum kepada kebolehan serta kepemimpinannya

Berdasarkan kaji selidik itu, secara purata tahap penerimaan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN semakin meningkat, bermula dari 70 peratus pada Oktober tahun lalu. "Jumlah responden yang bersetuju bahawa Abdullah masih berkuasa sebagai Perdana Menteri meningkat daripada 59 peratus kepada 61 peratus, manakala 62 peratus responden bersetuju Presiden Umno itu membuat keputusan yang boleh memberi kesan berkaitan isu penting, iaitu meningkat tiga peratus berbanding setahun lalu.

"Pelbagai isu yang timbul sama ada berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan wakil rakyat serta isu perkauman seperti diperkatakan sepanjang Perhimpunan Agung Umno tahun lalu termasuk isu penggunaan keris oleh Pemuda Umno, tidak banyak memberi kesan kepada Perdana Menteri secara peribadi.

"Sebaliknya, tahap keyakinan masyarakat kepada beliau dalam melaksanakan pentadbiran kerajaan kekal positif," katanya ketika ditemui di Bandar Baru Bangi. Tinjauan pendapat itu dijalankan dengan kerjasama The New Straits Times Press (M) Berhad membabitkan 1,024 responden berusia lebih 21 tahun yang mendaftar sebagai pengundi.

Ia bertujuan mendapatkan pandangan umum mengikut perspektif ekonomi, keselamatan awam, isu semasa dan kepemimpinan nasional, selain pendapat mengenai pilihan raya umum akan datang. Responden yang dihubungi serta dipilih secara rawak antara 20 Oktober hingga 6 November itu membabitkan 55 peratus penduduk bandar dan 45 peratus dari luar bandar, yang masing-masing dengan latar belakang pendidikan berbeza.

Ibrahim berkata, sebanyak 77 peratus responden orang Melayu berpuas hati dengan keberkesanan Perdana Menteri dalam membuat keputusan penting, iaitu peningkatan lima peratus sejak April lalu, begitu juga bagi kaum India yang menunjukkan peningkatan 18 peratus untuk tempoh sama. "Orang Melayu dan India memberi pandangan sama berkaitan kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri apabila responden yang mewakili kedua-dua masyarakat itu mencatatkan 76 peratus iaitu paling tinggi bagi kaum India dengan peningkatan 26 peratus," katanya.

Beliau berkata, isu lain seperti kenaikan harga barang, terutama kenaikan harga petroleum sebanyak 30 sen pada Februari 2006, selain minyak masak dan gula yang turut meningkatkan kos hidup serta masalah pengangguran, juga diketengahkan untuk perhatian kerajaan. Ibrahim berkata, kajian itu mendapati Abdullah yang juga Presiden Umno mendapat sokongan padu orang Melayu dan dihormati sebagai individu menjadi simbol kepemimpinan negara Islam dan parti yang memperjuangkan masa depan mereka.

"Kepercayaan rakyat kepada beliau (Abdullah) tidak dapat disangkal, malah kaji selidik itu juga mendapati di kalangan ahli pembangkang juga dapat menerima beberapa pandangan dan rancangan pembangunan yang diilhamkan beliau," katanya. Ulasan Di dalam berita ini, telah diboldkan beberapa hasil kajian yang dikemukakan, dan telah diitalickan hasil kajian yang tidak diperincikan. Baca dengan teliti dan fikir dengan akal yang waras dan professional. Jangan bertindak melulu di dalam membuat keputusan.

Beberapa pertikaian berkenaan kajian Merdeka Center juga akan disenaraikan di sini.

1. Kaji Selidik hanyalah sebuah kajian Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah pusat penyelidikan tempatan, yang telah diketuai oleh Ibrahim Suffian, hanyalah sebuah kajian yang seketul, dan tidak boleh diletakkan sebagai satu keputusan umum.

Ini kerana, di Malaysia sahaja, bukan hanya terdapat sebuah pusat penyelidikan, dan hasil-hasil kajian mereka berkenaan dengan politik tidak pernah didedahkan di dalam akhbar. Satu ketika dahulu, ketika Mufti Perak mengumumkan bahawa sebuah kajian berkenaan bilangan orang murtad, sudah mencapai ke tahap yang memeranjatkan semua pihak termasuk kerajaan Hadhari sendiri.

Lalu, dengan bangganya mereka mempertikaikan bahawa Mufti Perak telah membuat satu kesilapan, sedangkan beliau telah memaklumkan terlebih dahulu bahawa ia adalah satu kajian. Hari ini, seketul kajian, yang dijumpai di dalam banyak-banyak kajian yang menunjukkan kemerosotan pimpinan Pak Lah, telah dinaikkan, seolah-olah ia merupakan sebuah fakta yang sebenar. Walaupun seribu lagi kajian yang menolak kepimpinannya sebagai PM, ia tidak perlu didedahkan, "yang seketul inilah yang penting".

2. Kajian dibandingkan dengan "tahun lalu" Telah dinyatakan di dalam berita tersebut bahawa ia dibandingkan dengan tahun lalu, bukannya dibandingkan dengan zaman pemerintahan Mahathir lagi. Apa yang masih diragui di sini ialah, kenapa membandingkan dengan tahun lalu, dan terus membuat keputusan bahawa kepimpinan Pak Lah sebagai sebuah kepimpinan yang cemerlang? Kemungkinan boleh diandaikan dengan mengatakan bahawa, sewaktu permulaan kepimpinan Pak Lah, Malaysia mengalami sebuah kemerosotan (yang tidak dinyatakan di dalam kajian tersebut) yang cukup memalukan, dan sejak akhir-akhir kepimpinan Pak Lah, menjelang pilihanraya, barulah mereka tergesa-gesa membuat itu dan ini, melancarkan itu dan ini dan sebagainya.
3. Siapakah 1024 yang telah berdaftar sebagai pengundi itu? Di dalam berita tersebut dinyatakan bahawa ia telah dipilih secara rawak. Benarkah? Perkara ini tidak boleh disahkan melainkan dinyatakan dan didedahkan per-individu. Sekiranya semua yang mengundi tersebut telah dirujuk kep

Berkemungkinan, boleh juga dikatakan bahawa 1024 itu kesemuanya ahli UMNO, dan di dalam kesemua mereka yang totok UMNO, hanya 61 peratus sahaja yang bersetuju untuk mengekalkan Pak Lah menjadi PM dan selebihnya berkemungkinan menyokong Najib, ataupun PAS sendiri. Logikkan?

4. Bukan pengundi yang sama Kenapakah dikatakan bahawa pengundi-pengundi tersebut dihubungi dan dipilih secara rawak di antara 20 Oktober hingga 6 November? Bagaimanakah keputusan perbandingan dengan tahun lepas boleh dikeluarkan. Penjelasannya begini, sekiranya kajian ini dibuat untuk membandingkan dengan tahun lepas, kenapakah ia baru dipilih sekarang

Ini menunjukkan bahawa pengundi-pengundi tersebut adalah berbeza. Boleh sahaja dikatakan bahawa untuk menampakkan gimik kecemerlangan UMNO, pada tahun lepas telah dipilih secara rawak sebagai pengundi dan hasilnya agak merosot. Pada tahun ini, telah dibuat pilihan baru, yang berkemungkinan dipilih berdasarkan keahlian UMNO, lalu menampakkan keputusan peningkatan, sedangkan ia hanyalah wayang!

5. Kajian berdasarkan tahun atau bulan? Perkataan " sejak April lalu, bagaimanakah boleh dikatakan bahawa kajian tersebut mengikut bulan sedangkan ia dibandingkan dengan tahun lalu? Dan semua pengundi yang dikatakan berdaftar tersebut dipilih secara rawak pada 20 Oktober sehingga 6 November, sedangkan ketika April siapakah yang membuat undian? Bagaimanakah keputusan ketika April boleh dikeluarkan?

6. Ahli pembangkang turut mengundi? Bagaimanakah mereka tahu yang si pengundi tersebut pembangkang? Berkemungkinan besar, ramai sahaja totok UMNO yang boleh menyamar. Apa yang tidak dipersetujui di sini ialah ia merupakan satu kenyataan yang tidak berasas dan lari daripada fakta. Persoalannya "tahu mana dia tu pembangkang?" Sekiranya dipilih secara rawak, bagaimakah pula boleh dipastikan bahawa mereka yang dihubungi tersebut merupakan seorang pembangkang?

Berkemungkinan besar, sekiranya kajianini benar, tetapi telah ditipu, dan ia menjadi kebanggaan Ibrahim Suffian sendiri yang bakal menjadi proksi Pak Lah. Kesimpulan Kaji selidik yang dijalankan dan dilaksanakan tersebut, masih tidak boleh diletakkan sebagai fakta, tetapi ia cuma mainan wayang si UMNO untuk mengelirukan rakyat Malaysia. Kajilah sendiri, siapakah Ibrahim Suffian itu? Sebarang kajian boleh ditipu, tetapi fakta yang terdedah di hadapan mata, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

Berjihadlah menentang UMNO

"SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TUFUN"

Sekian.Wassalam.

SAYA PANTANG DICABAR

OLEH : ABDUL ZARIN MOHD YASIN [SANG KELEMBAI]
BEKAS SETIAUSAHA UMNO,
BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK
http://sangkelembai2006.blogspot.com/2007/11/saya-pantang-dicabar.html


Assalamu'alaikum wm.wrt,


Setelah anak menantu dia berucap penggulungan di Perhimpunan Pemuda UMNO dan meminta Polis menangkap mereka yang terlibat dalam perhimpunan halal yang diharamkan pada 10hb November 2007, Abdullah Hj Ahmad pula melanjutkan dalam ucapan penggulungan di dalam Perhimpunan Agung UMNO dengan mengatakan bahawa “Saya pantang di cabar”.

Jika dia berkata “Undang-undang jangan dicabar” mungkin sesuai kerana yang melaksanakan undang-undang diluluskan oleh Parlimen kebiasaan banyak dibebankan kepada Polis terutama undang-undang yang ada kaitan jenayah, ketenteraman awam dan keselamatan Negara.

Inilah yang menjadi asas sehingga seorang Duta Pertubuhan Ekonomi Eropah bercakap dengan beraninya bahawa Malaysia sebuah negara yang diperintah oleh undang-undang Darurat dan masih dalam Darurat.

Kerana kurang cekapnya sama ada penasihat JPM atau penasihat keselamatan yang sepatutnya menasihatkan Abdullah Hj Ahmad supaya jangan bercakap soal apa-apa akan Perhimpunan halal yang diharamkan oleh Polis di dalam Perhimpunan Agung UMNO, supaya Polis boleh bertindak atas undang-undang yang melindungi dia bertindak. Maka bila dia bercakap dengan nada “Saya pantang di cabar” menjadi tindakan Polis pada masa Perhimpunan halal yang diharamkan itu sudah tidak profesional kerana Polis sudah mengikut arahan orang politik atau Perhimpunan Agung UMNO yang terdiri dari anak menantu dan bapak mentua. Dan ini bukan yang dimaksudkan oleh Tun Razak bila mengujudkan Dasar Parti Menguasai Kerajaan.

Maka berkata setengah pihak bahawa Perhimpunan, Demonstrasi atau Tunjuk Perasaan itu bukan budaya kita. Memang benar bahawa semuanya itu bukan budaya kita tetapi budaya manusia sejagat dari asalnya Adam menduduki planet bumi ini. Tidak ada satu bangsa ini yang mengambil hak milik atau mendaftarkan sebagai harta intelek perhimpunan, demonstrasi dan tunjuk perasaan sebagai kebudayaan mereka [menjadi budaya UMNO ketika Dato' Onn Jaafar ajak seluruh orang Melayu lawan Malayan Union, Dr.Mahathir Mohamad [UMNO Baru] lawan Raja-raja 1981 dan 1993 dan Raja Beruk Khairy sendiri berdemo menentang Setiausaha Luar US-Pendapat Tun Telanai]

Dalam Sejarah Melayu Moden dan dimulakan oleh Frank Swettenham, telah memperakui bahawa orang Melayu mempunyai sikap tunjuk perasaan dan segi kaca mata Frank Swettenham bahawa tunjukkan perasaan orang Melayu dimulakan secara perseorangan yang di kenali “amuk” yang dari segi mitos dimulakan oleh Hang Jebat bagi membela Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Sultan kerana fitnah ada hubungan sulit dengan gundik raja.

Kemudian banyaklah tunjuk perasaan dan demonstrasi orang Melayu yang berakhir dengan kekerasan dan peperangan, Perang Saudara di Selangor, Pemberontakan Dato Bahaman di Pahang, Peristiwa Tok Janggut di Kelantan dan Rahman Limbong di Terengganu dan banyak lagi peristiwa-peristiwa Perhimpunan, Demonstrasi dan tunjuk perasaan sampailah ke penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union. Bukankah ini sudah menjadi satu budaya di Malaysia . Cerdik pandai di IPTA/S yang belajar Sejarah, Kebudayaan dan Sains Sosial sesuai membuat tutur kepada Menteri Penerangan Malaysia yang tidak pernah melaksanakan “Pembelajaran Sepanjang Hayat”.
Dalam terminologi ilmu politik tunjuk perasaan atau demonstrasi dikenal sebagai satu bentuk penglibatan politik. “analisis sistem politik” yang dipelopori oleh dua orang sarjana sains politik Amerika ia itu Gabriel Almond bersama David Easton telah mengkategorikan demonstrasi sebagai bentuk penglibatan atau penyertaan politik non-konvensional.

Almond hanya membezakan apa yang dipanggil penyertaan politik konvensional hanya seperti membuang undi untuk memenangkan calon parti atau perseorangan, diskusi politik atau berkempen, atau membentuk dan bergabung dalam kelompok kepentingan, seperti tertubuhnya Perikatan dan Barisan Nasional atau juga Barisan Alternatif dan akhirnya berkomunikasi secara individual dengan orang politik termasuk pemegang jawatannya.

Begitu juga terminologi bahawa tunjuk perasaan adalah “demonstrasi protes” dan kalau dipinjam kategori menurut teori Michael C. Hudson dan Charles Lewis Taylor menyatakan bahawa demonstrasi sebagai satu bentuk konflik politik yang paling lembut atau tidak terlampau keras di antara bentuk konflik politik lain yang mungkin terjadi.

Maka bila anak menantu yang kelulusan hebat dan belajar sains politik tidak memahami istilah demonstrasi atau perhimpunan, bagaimana pula bapa mentua yang hanya berkelulusan pengajian Islam setelah gagal dalam pelajaran ekonomi.

Jika dua beranak ini termasuk yang di belakang tabir (pinjam ayat Zainudin Maidin) menjadikan Malaysia sebuah Kerajaan Tiga Beranak memahami demonstrasi atau perhimpunan dari konteks peristilahan itu, maka sebenarnya demonstrasi atau perhimpunan sebenarnya merupakan bentuk keberadaan politik yang sepatutnya dilakukan amalan politik di mana pun.

Malah UMNO sendiri pernah mengaturkan beberapa banyak demonstrasi semenjak 60 tahun kewujudan dia dan pada tahun lepas anak menantu Perdana Menteri mengetuai demonstrasi di hadapan KLCC dalam Mesyuarat Asean, membantah penglibatan Amerika di Lebanon sehingga memaksa ahli-ahli Pemuda UMNO memakai gelang berwarna oren.

Kalau dilihat perbandingan dari segi teori dan falsafah, Eric Hoffer adalah rujukan yang terbaik di mana beliau mengatakan bahawa gerakan demonstrasi atau perhimpunan sebagai gerakan yang dicirikan oleh terbangkitnya kerelaan pada para anggotanya untuk berkorban sampai mati; kecenderungan untuk beraksi secara bersatu padu; dimiliki fanatik, semangat, harapan berapi-api, kebencian, in toleransi, kepercayaan buta dan kesetiaan tunggal.Menurut Hoffer, gerakan demonstrasi digerakkan oleh kaum kecewa yang fanatik, atau diistilahkan oleh Hoffer sebagai “the true believers”.

Dalam konteks inilah demonstrasi atau perhimpunan yang dipanggil sebagai “parlimen jalanan” atau “aktiviti ekstra parlimen”, mengingat sifatnya yang menjalan fungsi pengimbangan kekuasaan dari luar parlimen’Dan hari ini demonstrasi atau perhimpunan yang dibuat oleh mereka luar dari Parti Pemerintah di anggap sebagai satu ancaman.

Bagaimana pun Kerajaan Tiga Beranak kena belajar betul-betul akan apa yang berlaku di Australia , bukan sahaja Parti Pemerintah boleh dikalahkan tetapi yang terpenting Perdana Menteri pun hilang kerusi Parlimen.

Sang Kelembai: Dengan menggunakan dwifungsi Polis sebagai pendukung Abdullah Hj Ahmad, rakyat mesti bersama memberikan kemenangan kepada pembangkang bagi tujuan menumbangkan kerakusan tembolok Abdullah Hj Ahmad dan keluarganya. Jangan fikir soal mencukupi UMNO ini sebagai Parti orang Melayu tetapi sebenarnya fahamilah seperti dialog filem Ringgit Kesorga; Siapa yang bahagia? Dia dan keluarganya! Melayu melopong.
Berjihadlah dengan nama Allah swt menumpaskan UMNO dalam PRU ke-12. Jika UMNO berkuasa lagi rakyat bertambah miskin dan merana.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
Sekian.Wassalam