DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, March 29, 2012

SELEPAS INI BANYAK LAGI PERKARA ANEH-ANEH AKAN MUNCUL KERANA UMNO HAMPIR MATI

"Impeach" atau pecat? Najib cuma takutkan perdebatan rasional dengan Anwar

Written by N Surendran

Saya merujuk kepada kenyataan oleh peguam Umno Shafee Abdullah dan Senator BN S Nallakaruppan pada 28 Mac bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dicabar oleh Parlimen kerana 'salah laku'.

Mereka bergantung dan merungut tentang tuduhan lama yang sama salah laku seksual yang direka oleh kerajaan BN terhadap Anwar Ibrahim, dengan kerjasama polis dan Peguam Negara.

Rakyat tidak pernah percaya pembohongan yang memalukan ini, dan telah memberikan sokongan, kepercayaan dan simpati mereka terhadap Anwar Ibrahim dan gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat yang diketuai beliau.

Kejahilan terlampau biasa bagi Umno dan BN

Kenyataan Shafee dan Nalla juga menunjukkan kejahilan terlampau mengenai prosedur pemecatan dan parlimen di Malaysia dan Komanwel. Tiada peruntukan atau pendahuluan bagi pemecatan di Dewan Rakyat.

Di England, prosedur pemecatan kali terakhir digunakan lebih 200 tahun lalu dalam kes Lord Melville

dan kini ia lapuk. Rasional penyelesaian pemecatan tersebut adalah untuk memegang Menteri dan Eksekutif yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara.

Untuk mencadangkan bahawa ia akan digunakan terhadap Ketua Pembangkang menunjukkan salah faham yang besar tentang proses pemecatan. Dengan evolusi usul tidak percaya, jawatankuasa pilihan dan diteliti dengan mendalam oleh parlimen dan disoal siasat,mekanisme pemecatan lama telah ketinggalan zaman.

Jatuh kembali ke dalam politik kotor

Contoh Shafee ialah pemecatan Bill Clinton yang menunjukkan dia tidak memahami mekanisme pemecatan di Amerika, di mana pemecatan digunakan sebagai satu kaedah untuk mengeluarkan ahli-ahli kerajaan Persekutuan seperti Presiden.

Ia adalah tidak munasabah dan pelik bagi Shafee dan Nalla untuk mengancam Ketua Pembangkang dengan proses pemecatan yang purba dan telah digantikan .

Sekali lagi, kita dapat melihat ketidakupayaan lengkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN untuk melibatkan diri dalam perbahasan dan perbincangan rasional bersama pembangkang.

Sebaliknya, Najib dan Umno terus bergantung kepada serangan peribadi yang cetek dan tidak berasas oleh orang-orang seperti Nallakaruppan dan sekutu beliau, yang jelas dilaporkan dalam media elektronik dan cetak yang dimiliki Umno.

Wednesday, March 28, 2012

HUMBANKAN NAJIB DALAM PRU KE-13-RAKYAT DAN NEGARA PASTI SELAMAT

Layakkah PM Najib terus lakukan seumpama ini?

Dr Dzulkefly Ahmad, 29 Mac 2012

Hutang Kerajaan Pusat Melebihi 55% KDNK?

Soalan lisan saya kepada Menteri Kewangan bersabit jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dan ‘contingent liabilities’ (tanggungan pinjaman dijamin) kerajaan Pusat, pada tarikh 26 hb Mac baru saya terima secara bertulis di parlimen sehari lalu.

Berikut adalah jawapan Kementerian berserta dengan ulasan saya berhubungan dengan cara Kerajaan Persekutuan mengurus kewangan dan khazanah kekayaan Negara.

Hutang Kerajaan Persekutuan sehinggaDisember 2011 adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK). Daripada jumlahter sebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilionatau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilionatau 4.0% merupakan hutang luar negeri.

Juga disebutkan bahawa hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).

Kerajaan dari semasa kesemasa memberikan jaminan kepada badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan diberikan di bawah Akta Jaminan Pinjaman 1959.

Sehingga 31 Disember 2011, jumlah ‘contingent liability’ Kerajaan Persekutuan iaitu baki pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan adalah sebanyak RM116.76 bilion terdiri dari RM109.14 bilion (93.5%) dan pinjaman luar RM7.62 bilion (6.5%). Dikatakan bahawa pinjaman melibatkan 2 badan berkanun dan 26 syarikat berkaitan Kerajaan.

Pertama-tamanya hutang kerajaan Pusat telah melonjak dari RM146 bilionpada 2002, RM242 bilion pada tahun 2006 dan kini RM 456.1 bilion pada hujung 2011.Dalam 5 tahun sahaja, hutang Kerajaan Pusat telah melonjak hampir 100%.

Paling merunsingkan pelbagai pihak analysts, adalah perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’.

Tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Pusat telah menerbit pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan.Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap sebagai hutang kerajaan Pusat. Inilah hutang yang telah meningkat ke paras RM116.76 bilion dari paras RM84.3 bilion dalam tahun 2009 –meningkat lebih 15%.

Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan mencecah 65% KDNK. Dengan kata lain, Kerajaan Pusat telah melanggari Akta Pinjaman(Local) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan (1983).

Contoh terbaik yang menjadikan pertikaian Laporan Ketua Audit Negara ialah jaminan pinjaman yang diberikan kerajaan Pusat kepada badan berkanun PTPTN yang meminjam RM17.0 bilion dan Syarikat Prasarana Negara Berhad sebanyak RM9.1 bilion. Senarai termasuk jaminan kepada MAS, 1-MDB, Sime-Darby dll.

Dengan berlatarbelakangkan beban hutang yang tertera di atas termasuk ‘contingent liabilities’, persoalan besarnya ialah apakah layak dan wajar PM Najib antara lainnya:

(i) Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta setelah Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya?

(ii) Membebankan Kerajaan Pusat dengan lebihan perbelanjaan RM3.4 bilion ketika membuat satu keputusan ‘flip-flop’ ketika kembali kepada Skim Baru SSM (kos RM6 bilion), setelah SBPA (kos RM2.6 bilion) termeterai dan dilaksanakan hampir 3 bulan dan telah membabitkan pembayaran kepada 580,000 pesara dan yang lainnya?

(iii) Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu yang setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan?

Apakah ini caranya PM Najib selaku Menteri Kewangan mahu meyakinkan rakyat dan pembayar cukai (tax-payers) bahawa beliau layak diberi mandat untuk mengurus kewangan negara dan khazanah kekayaan Negara?

Jelasnya beliau secara konsisten mengutamakan Kroni-kroni dan Membebankan Rakyat! Malang buat rakyat!

Dr Dzulkefly Ahmad,

Ahli Parlimen Kuala Selangor

28 Mac 2012

PR tak puas hati JK Parlimen perbaharui pilihan raya

adab dalam jamaah-Satu Kiasan.

Sejarah Pemecatan keahlian Pas

Negara Islam /Negara Berkebajikan.

Jangan Terperangkap dgn isu Murtad