DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, September 25, 2011

MAMPUS KAU NAJIB-SELURUH DUNIA TAHU AKAN DIKAU SEBENARNYA

Peguam Scorpenes di London 30 Sept: Najib bom berjalan untuk Umno
Oleh : Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

September 30 adalah hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan penasihat beliau akan tanda pada kalendar mereka. Ia merupakan hari di mana peguam Perancis akan memberi perkembangan terkini mengenai kes rasuah Scorpenes, pembina kapal DCN, Najib, rakan rapat beliau Razak Baginda dan penterjemah Mongolia yang telah dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Cynthia Gabriel, pengarah Suaram, mengesahkan tarikh dengan Malaysia Chronicle, sambil menambah bahawa seorang peguam Perancis terkemukaYusuf Breham akan mengetuai pembentangan yang akan dibuat pada majlis makan malam mengumpul dana di London.

"Ada dua sebab mengapa London telah dipilih. Satu adalah untuk mendekati rakyat Malaysia di sana kerana kami perlu mendapatkan lebih banyak dana untuk membayar perbelanjaan undang-undang yang akan meningkat apabila perbicaraan bermula. Yang kedua adalah keselamatan. Selepas Bourdon dikeluarkan dari Kuala Lumpur, siapa yang akan berani untuk datang ke sini? Najib sekarang adalah PM, ini adalah wilayahnya, ibarat masuk kandang singa, " ujar satu lagi sumber dari Suaram kepada Malaysia Chronicle.

Suaram merupakan NGO Malaysia yang memfailkan aduan di mahkamah Paris, memohon siasatan terhadap DCN, sebuah firma Perancis yang dituduh membayar komisen yang menyalahi undang-undang kepada Najib dan beberapa orang pegawai tinggi Malaysia di atas jaminan perjanjian RM7.3 bilion untuk kapal selam. NGO itu menuntut bahawa sogokan itu telah meningkatkan harga pembelian yang dibayar oleh rakyat Malaysia, dan tawaran sampingan yang mencurigakan di dalam pakej pengambilalihan perkhidmatan bernilai RM570 juta atau 114 juta euro dan kontrak yang diberikan kepada firma Perimekar, yang dikawal oleh Razak Baginda.

Kandang singa dan tangan kuat

Seorang lagi peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, William Bourdon, telah dihantar pulang oleh Kerajaan Malaysia apabila dia datang ke Malaysia untuk memberi tiga pembentangan semasa majlis makan malam pada bulan Julai lepas. Beberapa jam sebelum pembentangan kedua, Bourdon telah dihantar pulang ke Paris; pada hari yang sama Najib telah bergegas balik ke Malaysia seraya memendekkan percutian beliau di luar negara,.

Peguam itu dikatakan bercakap tentang 'orang ketiga' yang misteri yang telah bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya ke Macau semasa rundingan dengan pihak DCN. Disyaki bahawa 'orang ketiga' ini ialah Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan dapat dipastikan dengan bukti dokumen seperti tiket penerbangan dan butir tempahan. Ini sudah pasti akan merealisasikan kejatuhan Najib apabila semua ini sudah disahkan. Beliau telah mengangkat sumpah dihadapan Al-Quran bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya, jadi apa-apa percanggahan dengan sumpahan ini akan menuntut peletakan jawatan beliau sebagai pemimpin di sebuah negara Islam.

Selain daripada komisen yang diterima secara rasuah daripada DCN, Najib dikatakan telah menjalin hubungan dengan Altantuya sebelum memperkenalkannya kepada Razak Baginda, yang juga menjadi kekasih wanita itu selepas beliau. Empat tahun selepas perjanjian itu, Altantuya telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006, setelah cuba mendapatkan bahagian komisyennya dari Razak Baginda. Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dihukum gantung untuk kematiannya.

Razak Baginda juga dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi dia telah pun dibebaskan melalui cara yang agak kontroversi. Walaupun banyak bukti menunjuk kepada Najib, yang telah meluluskan pembelian kapal selam dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Pertahanan pada ketika itu, layaknya seperti ada kuasa besar yang telah memanipulasi mahkamah Malaysia untuk menyekat apa-apa keterangan yang boleh 'menjatuhkan' Najib, dan dengan itu beliau masih boleh berjaya mendapatkan kerusi Perdana Menteri pada tahun 2009.

Kejatuhan politik

Dengan percubaan kedua di London yang juga di luar kawalan jib, tidak banyak yang beliau boleh lakukan untuk menghentikan maklumat 'sensitif' dari disebarkan. Dan ini akan memburukkan lagi keadaan apabila perbicaraan bermula di Paris, kemungkinan besar pada bulan Oktober. PM Malaysia yang prestasi buruk itu juga mengalami kejatuhan dalam parti Umno itu sendiri dan tangan yang kuat yang membantu beliau semasa kes pembunuhan Altantuya pada tahun 2007 dan 2008 tidak lagi begitu mesra dengan beliau. Kemungkinan tinggi mereka ini pula akan menggunakan maklumat tersebut untuk menjatuhkan Najib dari jawatan presiden dan mengukuhkan kedudukan mereka.

Populariti Najib susut dengan begitu membimbangkan kepada 6 peratus pada bulan Ogos yang lepas dan terdapat satu paduan suara yang semakin meningkat dalam Umno dan kerajaan campuran BN mendesak Najib untuk meletak jawatan sebelum pilihan raya umum diadakan. Dan ini adalah salah satu sebab utama mengapa Najib, yang pernah memilih untuk menangguhkan pilihan raya sehingga tarikh terakhir, kini bergegas untuk melaksanakannya pada bulan November. Penantian hanya akan memberikan saingan beliau lebih banyak masa untuk menyingkiran beliau.

"Najib kini merupakan liabiliti kepada Umno dan BN kerana kesalahan yang beliau lakukan dari masa lalu. Disebabkan beberapa skandal, beliau ibarat bom berjalan dan boleh membawa bencana kepada Umno dan BN. Penurunan populariti hanyalah sebahagian kecil daripada itu, "beritahu pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kepada Malaysia Chronicle.

"Terdapat juga pengurusan ekonomi yang salah, perhimpunan Bersih, perbicaraan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim, pemansuhan ISA yang diragui dan desakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi sebuah tanah jajahan. Semua isu-isu ini telah memakan mereka sediri manakala skandal peribadinya telah tersebar luas termasuk skandal dengan firma media antarabangsa, cincin berlian isterinya dan perjalanan luar negara yang mahal menggunakan wang kerajaan. Semua ini menunjukkan bahawa masanya dalam Umno dan sebagai PM kini sangat terhad "

Sumber : Malaysia Chronicle

PAKATAN BINCANG ISU HUDUD

HUDUD ZALIM PANDANGAN UMNO BABI NEGARA-INI ULASANNYA

TAHNIAH PEMUDA PAS LAWAN GOLONGAN BABI DAN ANJING UMNO

Ceramah: Penyokong PAS, PERKASA bergaduh




SYABAS : JANGAN BIARKAN GOLONGAN BABI DAN ANJING INI BERMAHARAJALELA LAGI

Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.

Bukan anti-PAS

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui,” katanya.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan:

Sekalung tahniah diucapkan kepada pemuda PAS yang mulai bangkit melawan golongan babi dan anjing (PERKASA). Sudah sampai masanya pemuda Pakatan (PAS, PKR dan DAP) bersiap saga melawan dan menentang golongan babi dan anjing ini dan golongan yang seangkatan dengannya secara kekerasan. Masa untuk berlembut sudah berlalu.

Sampai bila kita hendak hulurkan kepala kita untuk diinjak-injak oleh golongan ini selamanya. Lawan secara kekearasan jika mereka juga mula kekerasan. Mereka menjual kita sanggup membelinya walau pun dengan harga paling mahal. Lagi pun mereka yang mencari kita, mereka menceroboh kawasan kita. Bukan kita yang menceroboh kawasan mereka, kita berhak melawan dan mempertahankan hak kita.

Wahai pemuda PAS, PKR dan DAP bangkitlah menentang golongan babi dan anjing ini. Jangan biarkan mereka bermaharajalela. Bersikaplah sebagai anak jantan.