DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, March 31, 2011

JEMBALANG: TAK PAYAH KOMEN, BODOH SANGAT

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.

"Tak payah komen la...bodoh sangat.

"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.

Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.

Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.

"Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.

Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam.

Sumber : Harakahdaily.net

KOMEN:

Mahyuddin kata para pemimpin golongan Pakatan Rakyat macam hantu dan jembalang. Tapi, golongan UMNO/BN lebih teruk lagi, mereka persis macam golongan BABI. Suka menyondol apa sahaja yang terlintas. Suka makan benda-benda yang kotor-kotor. Tindak kira halal-haram. Dirembat semahu-mahunya selagi kuasa ada di tangan. Jika kuasa tiada lagi, semua golongan BABI ini akan mati mulut ternganga dan mata terbeliak kerana tidak dapat lagi memeluk kemewahan dan kekayaan duniawi yang melalaikan bagi orang-orang yang tidak beriman seperti golongan BABI ini

Permainan politik Najib lebih jahat dan zalim. Hitler dirakam dalam sejarah sebagai seorang dictator yang kejam. Najib pula nanti akan dirakam sebagai seorang pemimpin yang rakus dengan kuasa. Pemerintahan Najib pula dipenuhi dengan pembohongan dan penipuan.

APA SELEPAS INI NAJIB DAN GOLONGAN BABINYA AKAN LAKUKAN…….

Siasatan Polis Bermotif Politik Ke Atas Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Dato' Seri Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN,
YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.


Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.


Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini jelas bermotidkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan,menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Kerajaan Rakyat: Hi Najib!! yang hendak diubah bukan hak Melayu lah...

Kerajaan Rakyat: Hi Najib!! yang hendak diubah bukan hak Melayu lah...: "` Inilah mahligai bangsa Melayu yang diperjuangkan oleh Umno. Dasar Umno haramjadah. Hak Melayu, hak rakyat dirakus hangus oleh pemimpin ..."

AGEN DSAI....: Doa Untuk DSAI...!!(video)

AGEN DSAI....: Doa Untuk DSAI...!!(video): "YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz: Doa Khusus Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim"

Wednesday, March 30, 2011

DI MANA RASIONALNYA VIDEO SEKS PALSU?

Oleh : Kim Quek (Keadilandaily.com)

Ada satu cara mudah untuk mengetahui sama ada video porno ‘Datuk T’ yang memapar wajah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah tipu helah iaitu dengan memasuki akaun facebook Anwar sendiri.

Dan, cari data entrinya pada saat video berkenaan dirakam iaitu antara 10.23 hingga 10.45 malam 21 Februari lalu.

Saya dapati entri yang dibuat Anwar pada hari berkenaan ialah pada jam 10.40 pagi, 10. 49 malam, 10.50 malam, malah beliau menerima sembilan komen, 17 komen, lapan komen setiap satu entri.

Selepas itu, Anwar membuat tujuh entri lagi sehingga jam 11.28 malam. Fakta menunjukkan beliau sebenarnya menulis mesej di facebook sekali gus membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak mungkin melakukan ‘aksi’ dalam video itu.

Secara berseloroh, seperti yang dinyatakan Anwar pada sidang akhbar 21 Mac lalu: “Bagaimana beliau boleh melakukan aksi seks dan menaip di komputernya pada masa sama?”

Jelas, ‘Datuk T’ lalai dan terlupa untuk meneliti facebook Anwar sebelum melancarkan bahan pornonya itu.

Jangka masa yang dipersoal

Pada tahap teknikal semata-mata, satu pertanyaan lain yang membingungkan ialah bagaimana terdapat begitu banyak aksi dalam tempoh 22 minit rakaman video itu?

Wartawan yang menonton mengatakan aksi persetubuhan berlangsung selama 17 minit. Ini bermakna, lima minit selebihnya adalah aksi normal yang perlu berlaku:

Aksi pra-seks:

Wajah mirip Anwar (Mr X) masuk ke bilik dengan konduktor memberi arahan kepada pelacur yang sudah sedia menunggu di situ. Konduktor itu meninggalkan bilik. Pasangan membuka pakaian.

Perempuan masuk ke bilik mandi dan mandi serta mengelap kering badan dengan tuala (bahagian membuka baju dan bilik mandi dalam video itu dilangkau ‘Datuk T’, tapi dia mengatakan wanita itu mandi).

Aksi selepas seks:

Mr X mengelap bahagian bawahnya dengan tisu dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri termasuk mencuci dan mengelap kering dengan tuala. Mr X keluar dari bilik mandi, berpakaian dan berjalan keluar dari bilik.

Jika seseorang mengira waktu yang sepatutnya bagi semua keperluan aksi itu, jumlah masanya akan jauh melebihi lima minit. Konflik jangka masa ini menjejaskan lagi kredibiliti klip video berkenaan.

Plot yang tidak masuk akal

Kata ‘Datuk T’, pelakuan seks itu berlaku di sebuah spa yang menyediakan seks di Kuala Lumpur.

Siapa akan percaya, pemimpin seperti Anwar – selepas dihentam pelbagai bentuk penganiayaan politik yang kejam dan tidak adil selama 13 tahun lalu, malah dicap sebagai musuh nombor satu – akan memasuki lokasi seumpama itu pada waktu puncak dan mengadakan seks dengan seorang pelacur di tempat beliau hampir dikenali semua orang?

Tidakkah ‘Datuk T’ dan dalang-dalangnya melampaui imaginasi mereka jika mereka berfikir bahawa rakyat akan menelan saja cerita seperti itu?

‘Datuk T’ juga mendakwa Anwar menghantarnya ke bilik untuk mencari jamnya yang
hilang. Jika Anwar melanggan pelacur dalam bilik itu, bukankah terlalu bodoh untuk menghantar seseorang ke bilik itu untuk mencari jam tangannya?

Siapa yang akan percaya, Anwar akan lebih menghargai jamnya, lebih daripada keluarganya sendiri, kerjaya politiknya dan nasib negara dan rakyatnya?

Pemerintah selama ini tanpa kenal erti penat mahu menganiaya Anwar tetapi gagal menghasilkan sedikitpun bukti terhadap salah laku politik atau moral Anwar seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Jika Anwar tidak menunjukkan mana-mana kelemahan sedemikian, mengapa rakyat Malaysia harus mempercayai ‘Datuk T’ berbanding Anwar.

Lebih-lebih lagi ‘Datuk T’ tidak mempamerkan ‘apa-apa’ langsung melainkan tindakan bodoh melakukan pembunuhan karakter yang memperlihat rancangan jahat tuan politiknya?

“NYAHKAN UMNO, PASTINYA RAKYAT SEJAHTERA”

AZMIN PERSOAL CERAMAH POLITIK MUHYIDDIN DI AMPANG

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoal tindakan polis membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berceramah di Kampung Pandan, dekat sini malam tadi.

Sedangkan katanya, ceramah anjuran KEADILAN yang diadakan di Taman Melawati, Gombak Jumaat lalu, dihalang polis.

“Saya bertanya mengapa polis beri permit ceramah politik (kepada Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) di Kampung Pandan malam tadi?

“(Sedangkan) Kelulusan oleh IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) yang sama. (Tetapi mereka) Tak boleh jawab,” lapor Azmin dalam twitternya selepas memberi keterangan di IPD Ampang Jaya, pagi ini.

Azmin mendakwa, dua laporan polis yang dibuat terhadapnya, dilakukan oleh pihak polis sendiri. Satu daripadanya, dibuat di bawah Akta Hasutan.

Malah, pegawai polis yang merakamkan keterangannya, ASP Dr Vasu dikatakan masih belum lagi melihat laporan tersebut.

“Baru saya dimaklumkan bahawa ada dua laporan polis terhadap saya. Satu lagi ialah di bawah akta hasutan kerana ajak rakyat bawa perubahan,” kata Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Menurutnya lagi, 18 soalan yang dikemukakan kepadanya disediakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Soalan semua disiapkan oleh IPK Selangor. Hebat!” kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu hadir di IPD Ampang pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang diadakan di Gombak, Isnin lalu.

Turut hadir memberi kenyataan kepada polis ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari.

Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen ‘Tolak Fitnah’ anjuran KEADILAN di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja, sebelum mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir.

Selasa lalu, sepasukan polis ‘mengepung’ rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut.

Sumber : Keadilandaily.com

KOMEN:

Kenapa begitu teruk sekali UMNO takut dengan gerakan perubahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Apapasal Azmi Ali didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mengajak rakyat agar buat perubahan dengan menukarkan kerajaan UMNO/BN dengan kerajaan Pakatan Rakyat melalui peti undi. Bukan mengajak rakyat berperang menggunakan senjata. Salah ke?

Demokrasi mengajar begitu. UMNO juga buat kerja macam itu menghasut rakyat supaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah,Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Kerja-kerja UMNO itu tidak salah malah diizinkan dalam amalan demokrasi.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat mengajak rakyat mengulingkan UMNO melalui pilihan raya. Sama sahaja dengan hasrat UMNO. Apa bezanya?

Susahlah macam itu. Pandangan kerajaan dengan pembangkang tentunya berbeza. Masing-masing hendak menunjukkan kelebihan dan kekuatan masing-masing dan memburukkan lawan dihadapan rakyat agar rakyat membuat pemilihan yang tepat. Yang mana satu pilihan hati sama ada UMNO atau Pakatan Rakyat. Biar rakyat tentukan.

Perkara yang paling fundalmental dalam amalan demokrasi pun hendak disekat, apa lagi yang tinggal. Hapuskan sahajalah demokrasi dan ganti dengan satu sistem yang membolehkan UMNO berterusan memerintah,

Kalau takut kalah dalam perlawanan bola sepak, mainlah seorang seorang. Tak usah masuk bertangding. Adat pertandingan tentu ada kalah-menangnya.

Kalau macam itu :

“NYAHKAN UMNO, PASTINYA RAKYAT SEJAHTERA”

AGEN DSAI....: DSAI : Rakyat Sarawak Mampu Bangkit Tamatkan Perin...

AGEN DSAI....: DSAI : Rakyat Sarawak Mampu Bangkit Tamatkan Perin...: "TVSelangor09 30032011 Rakyat Sarawak Bakal Ikut Semangat Mesir,Tunisia"