DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, January 22, 2011

ZAMAN NAJIB ZAMAN KEPUANAN MELAYU

Dalam Facebook, disebarluaskan kata-kata seorang kawan. Menurut kawan itu, di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, ketuanan Melayu sudah tak ada. Zaman Najib ialah zaman kepuanan Melayu.

Saya memohon maaf kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana sebelum ini saya underestimate kehebatannya. Saya tak pernah terfikir dia mampu mempergunakan kedudukannya sehebat yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin. Rupa-rupanya kehebatan Khairy mempergunakan kedudukan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri terlalu kerdil jika dibandingkan dengan kehebatan Rosmah menggunakan kedudukan suaminya, Najib.

Benarlah kata Mamak kawan saya itu, zaman Najib ialah zaman kepuanan Melayu. Ketuanan Melayu sudah tak ada di zaman Najib.

Hidup kepuanan Melayu! Hidup Rosmah!Tu fasal kepuanan Melayu. Kedua, oleh kerana hari ini adalah hari penamaan calon pilihan raya kecil Tenang, nak tulis sikit fasal pilihan raya kecil itu.

Antara perkara bersejarah yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin parti kepuanan Melayu dalam kempen pilihan raya kecil itu ialah menghina Islam.

Kita semua tahu, ketika bercakap kepada wartawan pada 20 April 1983, presiden parti kepuanan Melayu hari ini kata, "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".Kata-kata Najib itu menghina Islam.

Dalam kempen di Tenang, pemimpin parti kepuanan Melayu terus menghina Islam. Walaupun cakap-cakapnya ditujukan kepada PAS, tetapi yang sebenarnya menjadi sasaran ialah Islam.

Islamlah yang menetapkan hukuman potong tangan (lihat Surah al-Maidah, ayat 38).Dalam berita bertajuk "Johor MB: Extremism is why you shouldn't back PAS", Malaysiakini 21/1/11 memetik Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata:


"So what will happen when PAS comes to power? PAS has already come to the Felda areas, saying it wants to establish an Islamic state."They say they want laws that will get your hands chopped off for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang".


Setakat ini Abdul Ghani belum mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini kerana berita itu.Kepada orang Cina, parti kepuanan Melayu kata PAS hendak menegakkan negara Islam. Kepada orang Melayu pula, parti kepuanan Melayu kata PAS sudah tidak mahu menegakkan negara Islam kerana takut kepada DAP.

Katakanlah memang benar apa yang Umno kata bahawa PAS tak mahu lagi menegakkan negara Islam kerana takut kepada DAP. Katakanlah memang sungguh apa yang Umno kata itu.

Walau begitu sekalipun, sekurang-kurangnya saya tak pernah dengar mulut pemimpin PAS menghina atau mempersendakan hukum Islam, hukum Allah s.w.t.Kalau dari mulut pemimpin Umno, bukan berita lagi dah kalau depa menghina atau mempersendakan hukum Islam.

Saya pernah kata, memilih parti mana yang kita boleh undi di negara ini hakikatnya adalah usaha untuk memilih mudharat yang lebih ringan. Kerana kelaku masing-masing, kesemua parti yang ada di negara ini adalah mudharat kepada rakyat. Kalau dah terpaksa pilih antara dua mudharat, kaedah fiqh suruh kita pilih mudharat yang lebih ringan. Kalau nak boikot pilihan raya dan tak nak pilih, nanti menang pula mudharat yang paling berat.

Bagi saya, parti kepuanan Melayu atau Umno yang lancang sangat mulut mereka menghina hukum Islam adalah mudharat yang paling besar, paling berat. Tak mudharat terbesar apanya kalau dah ketagih sangat menghina Islam, menghina Allah sebegitu rupa!


Sumber :
Penaribeca.blogspot.com

UMNO DERHAKA LAGI

TARMIZI MOHD JAM


Kengganan dan sikap berbelit-belit Umno Selangor untuk tidak mahu menyokong usul pindaaan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang akan dibongkar dalam Ceramah Rakyat "Umno Derhaka Lagi" Rabu, 26 Januari ini.

Menurut Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam, ceramah rakyat ini akan disampaikan oleh Timbalan Speaker Dun Selangor, Haniza Talha yang juga Adun Tamn Medan, bersama penganalisa politik terkenal, Ahmad Subky Abdul Latif (bekas Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Ann Wan Seng (bekas Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat). Program bermula jam 9.30 malam di Dataran Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.

Mengulas isu ini, Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari terkejut dengan jaminan BN Selangor, Adun-adun mereka akan hadir ke sidang Dun 24 Januari ini, tetapi tidak akan mennyokong usul pindaan perlembagaan negeri yang akan dibentangkan.

Sebelum ini, BN mencanangkan akan memboikot sidang tersebut tetapi apa yang melucukan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno negeri, Dato' Noh Omar, yang jelas tidak faham dan mengelirukan. Katanya, Noh mempertikaikan pindaan yang kononnya menunjukkan perkongsian kuasa antara Sultan dan Menteri itu mengengkari janji Pakatan Rakyat sendiri.

"Noh kena faham apa yang dikatakan pindaan itu sebenarnya mengembalikan peruntukan yang asal. Ertinya Noh tak baca peruntukan asal sebelum ia dipinda oleh Mike Tyson (Muhamad Muhd Taib) pada 1993 (yang memadam kuasa Sultan terus). Yang kedua Noh dan Umno tak faham konsep raja berperlembagaan di mana dalam proses perlantikan SUK ini tak siapa ada kuasa mutlak, baik Sultan maupun Menteri Besar," tegasnya.

Dalam peruntukan asal - yang hendak dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah Sultan bertindak sebagai agen semak dan imbang yakni menerima cadangan suruhanjaya tentang calon SUK dan dalam masa yang sama mendengar nasihat Menteri Besar dalam isu itu. Jelas Aziz lagi, semua ada bahagian dan peranan serta proses ini baik untuk menjaga dan mempertahankan kedudukan berkecuali dan profesional perkhidmatan awam.

"Ini yang Noh tak faham atau sengaja tak mahu faham. Noh masih tak mahu mengaku yang Umno mencuri kuasa Sultan tanpa pengetahuan raja kerana hendak membodek Tun Mahathir yang ketika itu meminda peruntukan imuniti Raja-raja Melayu. Umno tersepit. Kini cuba mengelak dari isu pokok yang sebenar yang mendedahkan tembelang mereka," ujar beliau.

Menurut Aziz, nasihat Menteri Besar penting kerana ia prinsip pokok demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. "Soalnya apakah Agong tidak perlu menerima nasihat Perdana Menteri? Jelas Umno tidak konsisten dan tidak faham perlembagaan. Undang-undang negeri dan Persekutuan prinsipnya sama. Nampaknya Umno tidak mahu Menteri Besar memainkan peranan hanya kerana ia tidak lagi menguasai Selangor. Ini pelik," tegas pensyarah kanan di UIAM itu.

Katanya, sikap dolak dalik dan memilih-milih undang-undang ini juga kelihatan dalam isu kerusi Dun Pelabuhan Kelang; seperti di Dun Kota Siputeh, Umno jelas takut menghadapi tindakan rakyat yang melihat sikap malas Adun mereka.


"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

LEBIH BAIK ROSMAH SAJA JADI PM

Oleh :Ahmad Lutfi Othman


Kolumnis terkemuka, A Kadir Jasin mengulas beberapa respons dalam blognya, mengenai pembabitan aktif isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, terutama dalam lawatan terbaru ke Asia Barat (kunjungan empat hari ke Oman). Rosmah ke sana bukannya kerana mengiringi Najib Razak. Ini bukan kali pertama Rosmah bertindak atas kapasitinya sebagai "First Lady", yang sebenarnya tiada diperuntukkan dalam sistem pemerintahan di negara kita.

Melalui blognya, kadirjasin.blogspot.com, terdapat pembahas yang mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Menurut Kadir, seorang bekas menteri kanan yang diketahui cukup akrab dengan Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

"Rosmah sudahpun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de facto dalam sistem pemerintahan negara melalui projek Permata Negara yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam Belanjawan 2011. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media," tulis Kadir.

Selepas memperincikan kemunculan begitu ramai isteri sebagai pengganti suami dalam lanskap politik dunia, Kadir sempat mengusik: "Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya."Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau.

Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan."Saya turut bersetuju andaikata Rosmah berhasrat untuk terlibat aktif dalam politik, termasuk bertanding dalam pilihan raya umum dan bersedia menggantikan Najib nanti.

Situasi menjadi lebih keliru jika benar beliau sekarang bertindak di sebalik tabir dalam proses pembuatan dasar dan juga penganugerahan projek-projek. Keadaan hampir menyamai era Abdullah Ahmad Badawi apabila menantunya, Khairy Jamaluddin dikatakan menentukan keputusan-keputusan penting negara.

Biar rakyat membuat penilaian, sama ada seorang wanita bersedia dipilih rakyat sebagai Perdana Menteri, daripada membiarkannya menjadi dalang yang tidak boleh dipertanggungjawabkan, 'kan? Apatah lagi lawatan glamournya itu menghanguskan wang rakyat yang begitu banyak.

Bayangkan saja kos penginapannya di sebuah hotel di Dubai didakwa mencecah RM140,000 semalam!Lebih daripada itu, Rosmah cukup licik mempergunakan kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri, sehingga banyak pihak rimas dengan "kuasanya" yang melampaui batas. Segalanya mahu disentuh Rosmah, kadang-kadang mengalahkan menteri yang mengetuai potfolio tertentu.


KOMEN :


Saya sangat bersetuju. Rosmah ganti Najib sebagai PM Malaysia ke-7 selepas PRU ke-12 nanti. Pada ketika itu, Najib hanya layak sebagai tukang angkut bag Rosmah. Lebih baik lagi hanya tinggal di Seri Perdana sahaja menjaga anak-cucu, di samping menonton dan membaca. Urusan Negara serahkan kepada Rosmah. Relexkan.


Amat malang nasib rakyat di Negara ini. Dapat PM Pak Lah, Khairy jadi hantu raya. Dapat Najib kena ‘Queen Control’ .


Persoalannya di sini “bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri” tanpa mengiringi Najib sebagai PM yang sah pada ketika ini.


New Straits Times pada 12.11.2010 menyatakan i:

“NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.

However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

"TOLAKLAH UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

Friday, January 21, 2011

UMNO – PEMBERSIHAN MELIBATKAN NAJIB?

Buatlah apa sahaja perubahan polisi dan lakukan apa sahaja untuk rakyat, selagi diri berbau dan tidak nampak bersih semua itu dikatakan muslihat politik. UMNO dalam delima sekarang ini. Banyak isu yang tidak dapat diselesaikan dan menambah burukkan keadaan dan reputasi UMNO. UMNO perlu diselamatkan demi untuk orang Melayu tetapi kalau orang Melayu sendiri khususnya ahli UMNO tidak mahu menyelamatkan diri maka UMNO akan tersungkur, ditalkinkan dan Melayu akan jadi hamba di negara sendiri.


Najib sendiri hari ini menjadi di lantik menjadi Perdana Menteri yang mempunyai banyak misteri. Dari Altantuya hinggalah kepada kes Rosmah dan akhirnya jet pejuang yang hilang yang mana Najib sewaktu itu Menteri Pertahanan. Najib sekarang sudah tersepit. Nama sudah tidak lagi bersih dan mungkin tidak lama lagi menjadi liabiliti kepada UMNO. UMNO tidak nampak bersih, nampak menipu dan mempergunakan kuasa untuk kepentingan diri, habis macam mana nak dekati rakyat. Najib sendiri sekarang ini dinampakkan bermasalah dan kalau beliau buat kerja untuk rakyat pun ia akan tetapi dikatakan muslihat politik. Begitulah buruknya UMNO. Begitulah hakikatnya UMNO.


Patutkan kita biarkan perkara itu – sebab individu menjadikan UMNO hancur lebur, berkecai seperti mana Altantuya di bom. Macam mana nak percaya sekiranya kes-kes besar tidak dapat diselesaikan. Kita baca
www.themalaysianinsider.com – mereka tulis kekecewaan besar abad ini ialah Pak Lah jadi Perdana Menteri dan yang memalukan untuk abad ini adalah perebutan Perak – menunjukkan UMNO terdesak. Semua ini mempengaruhi rakyat. Namun banyak lagi yang boleh dilabel – memalukan tahun ini – isu kematian Teoh Beng Hock, memalukan tahun ini – pengakuan Balasubramaniam dengan pendedahan penglibatan adik Najib untuk merasuah beliau menutup kes penglibatan Najib dengan Altantuya, memalukan tahun ini adalah kehilangan enjin jet pejuang. Semua ini memalukan dan nama Najib hadir dalam semua kes kecuali kes Teoh Beng Hock.


UMNO nak cakap apa lagi. UMNO kena mula duduk berbincang sesama di peringkat bahagian – kaji semula bukan duduk fikir bagaimana nak tendang orang itu dan ini untuk cari jawatan. UMNO perlu cari jalan bagaimana nak berdepan dengan rakyat dan menguatkan diri dengan perubahan kritikal bukan kosmetik. UMNO perlu sedar bahawa kehadiran mereka penting tetapi kalau segelintir kepimpinan gagal tetapi tidak ada tindakan ke atas mereka maka UMNO turut akan gagal.


Kalau itu berlaku – kalau UMNO terus di cemuh maka UMNO akan PASTI HILANG dalam PRU 13 nanti.


Sumber : Selamatkanumno.blogspot.com/

PERINGATAN UNTUK NAJIB: KEJAHATAN DAN KEZALIMAN YANG DILAKUKAN PERLU ADA HADNYA

Hampir dua tahun kerajaan katak bertahan di Perak. Misteri kematian Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berakhir dengan keputusan "open verdict" selepas 18 bulan. Kini, Selangor pula dilanda krisis perlembagaan, di mana "perisik" diletakkan secara terang-terang dalam kerajaan negeri. Ketiga-tiga kejadian ini menjurus kepada satu persoalan: Apakah Najib Razak masih layak sebagai Perdana Menteri?


Dalam kejadian pertama, kerajaan yang ditubuh dengan undi rakyat tumbang kerana ADUN katak. Sultan sebagai simbol dalam sistem raja berperlembagaan enggan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri. Maka terbentuknya kerajaan palsu di negeri Perak, yang dijayakan ADUN katak.


Dalam peristiwa kedua, untuk "mengorek kesilapan" kerajaan negeri Selangor, SPRM sanggup menyoal-siasat seorang saksi bernama Teoh Beng Hock selama 11 jam, dalam kes pembelian bendera yang melibatkan kos hanya RM2400. Jentera negara telah meragut nyawa - Sama ada membunuh, tersalah bunuh ataupun bunuh diri kerana tekanan. Namun, tiada orang yang memikul tanggungjawab politik, pentadbiran, jenayah sekian lama peristiwa ini berlaku - cuba lepas tangan dengan satu penghakiman "open verdict".


Dalam kes ketiga, kerajaan negeri langsung tidak dirunding ketika perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) yang bertindak di bawah arahan kerajaan negeri. Ia seolah-olah ibu mertua yang memilih pembantu rumah anda - mestilah kecoh satu rumah selepas itu. Lebih-lebih lagi, negeri Perak mempunyai pengalaman yang perit dengan SUK sebelum ini. Bagaimana kita boleh diyakini bahawa kerajaan negeri akan beroperasi dengan sewajarnya selepas ini?


Kini, untuk menekan kerajaan negeri Selangor, hulubalang UMNO pula mengheret institusi Raja, meniru apa yang dilakukan ketika rampasan kuasa Perak pada tahun 2009. UMNO cuba menjadikan sistem kita dari sistem raja berperlembagaan kepada sistem raja mutlak.


Adolf Hitler mungkin contoh yang jauh untuk kita. Hitler bangkit dengan undi, malah dilambung sokongan rakyat. Tetapi, adakah beliau sesuai untuk menjadi Ketua Kerajaan? Apabila seorang demi seorang rakyat Jerman mempertikaikan tindakan jenayah ditaktor ini terhadap demokrasi, apakah Jerman hancur berkecai dalam medan peperangan kemudiannya?


Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon pada tahun 1972 mungkin lebih dekat dengan kita. Beliau terpilih sebagai Presiden AS dengan peratusan undi yang mencecah kira-kira 60%, satu catatan yang agak tinggi mengikut kayu ukur Amerika Syarikat. Mengapa beliau perlu meletak jawatan untuk memohon maaf ke atas kesalahannya dalam skandal watergate? Kerana negara demokrasi tidak membenarkan kerajaannya untuk menyalahgunakan jentera negara untuk menyerang musuh politiknya.


Seterusnya baca di
sini
Sumber : MalaysiaReviews


"TOLAK UMNO, DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT"

RAKYAT WAJIB TUMBANGKAN UMNO DALAM PRU KE-13

Sepanjang pemerintahan Najib, rakyat bawahan cukup merana dan tersiksa dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini.


Tahun 2010, harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Petrol RON97 telah dinaikan beberapa kali. Harga petrol RON97 dinaikkan pada 1 Disember 2010 sebanyak 15 sen dan terahkir pada 6 Januari lalu dari RM2.30 kepada RM2.40. Jika rakyat tidak memprotes dari awal, tahun 2011 ini akan menyaksikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang membimbangkan. Sudah tersenarai ynag akan dinaikkan ialah harga minyak masak. Oleh itu rakyat perlu disedarkan segera supaya gejala kenaikan harga barang dapat dibendung.


Medan yang paling berkesan menghukum UMNO adalah pada PRU ke-13 nanti. Rakyat telah menunjukkan buktinya. Tekanan kuat kepada kerajaan (baca; UMNO) pada tahun 2008, memaksa UMNO terpaksa mengaku kalah. Pada 4 Jun 2008, kerajaan Pak Lah selepas mengalami tsunami politk telah mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel masing-masing daripada RM1.92 kepada RM2.70 dan RM1.58 kepada RM2.58 berkuatkuasa serta merta iaitu selepas tengah malam 4 Jun 2008. Dengan erti kata lain pada 12.00 tengah malam 5 Jun 2008 harga minyak petrol dan diesel akan dijual mengikut harga baru dengan kenaikan RM0.78 sen dan RM1.


Kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 40 peratus itu adalah besar dan menjejaskan sosio-ekonomi rakyat. Rakyat bawahan yang semakin gelisah dengan situasi itu menjadi bertambah tertekan dan terus tertekan. Dalam suasana ketidakstabilan politik yang berlaku ketika itu, memaksa UMNO akur dengan tekanan rakyat, harga minyak diturunkan.


Apa yang amat menghairan ialah slogan yang digunakan Najib ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ merupakan omongan kosong. Tradisi membelakangkan rakyat, kroni dibela terus dilaksanakan. Sebagai contoh keuntungan sebelum cukai yang diperolehi syarikat Independent Power Produser (IPP) pada tahun kewangan 2006/2007 adalah sejumlah RM7,630,629 juta. Tetapi, nilai subsidi yang disumbangkan kepada syarikat itu adalah sejumlah RM35,695 juta setahun.


Nilai ini berdasarkan harga jualan gas kepada syarikat itu, sebanyak 70% lebih rendah daripada harga pasaran. Subsidi tersebut hanya akan dikurangkan 5% setiap tahun mulai Julai 2008 sehingga dihapuskan sepenuhnya 15 tahun dari sekarang.Dengan keuntungan yang begitu besar serta diberikan ganjaran subsidi yang begitu tinggi (70%), jelaslah UMNO memelihara kroni-kroni melalui syarikat IPP itu. Manakala 27 juta rakyat marhein pula terpaksa menanggung kesan kenaikan harga petrol berikutan tindakan kerajaan menarik semula subsidi akibat langkah penstrukturan subsidi bahan api itu.


“MARI SAMA-SAMA TOLAK UMNO, PASTIKAN RAKYAT SEJAHTERA”

PROJEK TUMBANG S'GOR


Krisis besar telah sampai ke Selangor. Sekali pandang ia datang secara tiba-tiba seperti banjir melanda kerana empangan pecah. Apakah betul bencana ini sampai dengan tiba-tiba? Apakah betul ia sampai kerana setiausaha kerajaan Selangor yang lama ingin bersara dan yang baru perlu dilantik? Tidak. Di belakang semua ini ada perancangan licik. Ada wayang pak dalang.

Umum mengetahui, sesiapa yang belum tahu, sesudah membaca tulisan ini akan tahu bahawa negeri Selangor adalah yang terkaya di Malaysia. Malah antara yang terkaya di Asia Tenggara, setaraf dengan Jerman, United Kingdom atau Korea Selatan. Belanjawan tahunan untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya sahaja lebih banyak daripada belanjawan tahunan kerajaan negeri Kedah. Ini fakta sahih.

Selama lebih daripada 50 tahun warga Selangor merasa mereka telah ditipu. Pada 8 Mac 2008 dahulu warga Selangor tidak mahu lagi dibodohkan, justeru mereka telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat dan menghumbankan kerajaan BN yang dikepalai oleh United Malays National Organisation. Berdasar fakta sejarah, ini adalah kali kedua warga Selangor mengambil sikap sedemikian. Kali pertama pada tahun 1969 dahulu.

Sikap pintar dan kesedaran warga Selangor ini telah menjadikan United Malays National Organisation hilang punca. Sesudah 8 Mac yang lalu gerombolan yang selama ini merompak dan mengganas di Selangor, telah kehilangan peti emas. Penyamun yang memiliki nombor pin akaun bank tiba-tiba dapati angka pin ini berubah. Ini samalah seperti Raja Bersiong yang menjaga bank darah tiba-tiba dihalau ke hutan.

Untuk memahami apa yang berlaku di Selangor hari ini, kita wajib melihat kembali apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 dahulu. Kini, sedikit demi sedikit, umum telah mula mengetahui bagaimana pada malam 8 Mac 2008 yang lalu Khir Toyo telah didakwa membuat beberapa panggilan telefon untuk bersubahat dengan beberapa anasir dalam PAS untuk mengagalkan terdirinya pentabiran kerajaan baru di Selangor. Ini bukan desas-desus. Ini fakta sejarah.

Kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana ada benggolan-benggolan yang telah hilang kuasa tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah hilang kuasa. Dalam masa yang sama ada pula benggolan-benggolan yang bercita-cita untuk menjadi menteri bersar yang baru. Kepentingan kuasa ini telah mengikat dua anasir yang bermusuhan ini untuk bekerjasama. Kini babak sejarah malam 8 Mac 2008 itu telah tesebar untuk menjadi cerita-cerita rakyat yang boleh ditokohtambah dengan Ajinomoto.

Apa yang jelas, awal-awal lagi, pada malam 8 Mac itu lagi United Malays National Organisation sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa di Selangor. Bukan kerana gerombolan ini ingin meneruskan khidmat suci mereka. Tidak. Hilang Selangor daripada kawalan bermakna United Malays National Organisation akan hilanglah punca pencarian. Selama ini Selangor adalah tempat para gerombolan mencari makan. Selangor lombong emas mereka.

Taktik, perangkap

Ingatkan kembali kisah legenda seorang penjaga pintu laluan keretapi, seorang yang tidak ada pelajaran dan ilmu pengetahun telah menjadi kaya-raya kerana dipilih oleh United Malays National Organisation untuk menjadi ADUN dan ahli Majlis Perbandaran Klang. Ini satu contoh kecil. Bagaimana pula dengan projek mega pelabuhan Klang yang dananya dikatakan lesap berbilion-bilon ringgit? Malah amat banyak lombong emas Selangor kini di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru apa yang jelas di sini ialah United Malays National Organisation akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali Selangor. Gerombolan ini sanggup bersekongkol dengan siapa sahaja asalkan Selangor kembali di bawah naungan mereka.

Bayangkan hari ini banyak program gerombolan terbengkalai kerana putus duit. Limpahan fulus yang biasanya datang dari kerajaan Selangor telah kering. Lubang-lubang kontrak telah tertutup. Duit komisyen sama ada jual projek atau melobi untuk mendapatkan projek kini tidak ada lagi. Kering dan kontang.

Ingat? Bagaimana heboh riuh gempita di pertengahan tahun lalu kerana pelancaran kempen “Tawan Selangor”. Diberitakan Mat Ezam, Noh Omar dan Khir Toyo gila berkempen ke hulu ke hilir dengan road show mereka. Lepas tiga empat ceramah, tayar pancit, semua 'potong stim'. Tak ada sesiapa berminat untuk datang mendengar kempen Mat Ezam atau Khir Toyo. Untuk menambah sedih dan pilu - ahli-ahli gerombolan kalau tak ada fulus tak akan mengalihkan punggung mereka ke mana-mana. Selesai.

Asas dan latar belakang semua ini ekoran kenyataan Ketua Perhubungan Umno Selangor Najib Razak yang telah berkata: Selangor wajib diambil kembali. Ini adalah satu arahan untuk melakukan apa sahaja demi memastikan kerajaan Pakatan di Selangor akan jatuh. Justeru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat seolah-olah menjalankan pelbagai bentuk operasi untuk menyusahkan ADUN atau ahli-ahli majlis Pakatan Rakyat.

Pelbagai taktik dikatakan telah dijalankan. Taktik perangkap dengan duit telah dijalankan. Seorang ADUN PKR telah tewas dan berpaling tadah. Perangkap lendir yang berjaya digunakan di Perak telah juga digunakan di Selangor. Tetapi gagal. Akhirnya perangkap siasat pembantu politik telah dijalankan. Semua ini adalah taktik dan strategi untuk menumbangkan kerajaan Selangor.

Selaras dengan operasi SPRM ini juga – kacau bilau kecil terus diadakan. Mengheret kepala lembu, membuat laporan polis kiri dan kanan, menyebar fitnah di sana-sini menjadi sebahagian dari perang saraf puak gerombolan. Sayangnya walau pun songkok yang gerombolan dipakai tinggi mengawan dan lilitan serban mereka tebal membuncit tetapi tidak banyak warga Selangor yang tertarik dengan puak gerombolan ini.

Musuh dalam selimut

Akhirnya penasihat yang digaji oleh Najib Razak telah mencadangkan satu taktik baru perlu dijalankan di Selangor. Politik dalaman Palestin menyaksikan Abbas dari Al-Fatah dipilih menjadi pemimpin, walhal yang menang dipilih oleh warga Palestin ialah parti Hamas. Taktik pecah dan perintah seperti inilah yang sedang dijalankan oleh Najib Razak terhadap kerajaan Pakatan di Selangor.

Kerajaan Pakatan secara rasmi telah menemuduga calon-calon baru untuk dijadikan setiausaha kerajaan. Nama calon yang dipilih telah dihantar ke pihak berwajib untuk disahkan. Tiba-tiba Sultan Selangor dikatakan telah membuat pilihan. Ini betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku di Palestin. Rejim Zionis tiba-tiba memilih Abbas dan mengenepikan Hamas yang dipilih rakyat.

Di sini umum wajib disedarkan bahawa Sultan dan Raja di Malaysia ini bukan Sultan dan Raja di zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Itu 600 tahun dahulu. Hari ini mereka hanyalah Raja Perlembagaan. Zaman apa sahaja Sultan dan Raja buat adalah betul telah lama berlangsung.

Umum juga perlu diingatkan bahawa United Malays National Organisation pada tahun 1993 telah meminda perlembagaan. Pindaan perlembagaan tahun 1993 ini membawa banyak perubahan dalam segi pemikiran orang Melayu terhadap sistem Raja Perlembagaan.

Hari ini, 18 tahun selepas pindaan itu, rakyat Malaysia terutama orang Melayu sama seperti warga Selangor tidak mahu lagi di tipu oleh sesiapa pun. Rancangan untuk menimbulkan perbalahan antara kerajaan Selangor dan Sultan ini akan berterusan. Kes Khusrin Muwani ini dilihat sedang dijadikan peluru untuk menimbulkan kacau-bilau. Ini adalah penerusan strategi untuk merampas kembali Selangor dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Warga Selangor wajib berhati-hati dan berwaspada. Harus dingatkan anasir–anasir yang pernah ditelefon oleh Khir Toyo pada malam 8 Mac 2008 dahulu pasti sedang mencari-cari peluang. Musuh-musuh dalam selimut sedang berkeliaran mencari peluang untuk mendapat pangkat dan kuasa.

Gerombolan amat senang dikenali tetapi musuh dalam selimut ini tak tahu bila akan menikam kita. Di mana akhirnya krisis ini? Semuanya terpulang kepada warga Selangor sendiri. Jika mereka ingin membawa perubahan maka mereka akan terus menyokong Pakatan. Jika mereka ingin terus ditipu dan diperbodohkan, tidak ada siapa yang dapat menolong. Hingga hari ini masih belum ditemui lagi satu suntikan yang mujarab untuk mencerdikan mereka yang suka dibodohkan dalam sekelip masa.

"TOLAKLAH UMNO, DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT"