DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, November 27, 2009

ULAMA DUNIA ADALAH ULAMA CARI MAKAN


KUALA LUMPUR: Umat Islam disaran mentaati ulil amri iaitu golongan pemimpin dan pentadbir, malah melawannya dihukumkan haram, kata Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Uthman El-Muhammady[rujuk gambar kiri-rupa macam hantu].Menurutnya, haram melawan ulil amri dalam sebarang bentuk termasuk melalui komentar di media seperti tulisan dalam surat khabar.“Kalau mengeji dalam akhbar, masya-Allah, haram. Ulil amri bukan ada pada zaman nabi saja, bahkan zaman sekarang pun ada.


“Kita kena taat dan hormatinya di mana kita berada,” katanya pada pentas diskusi Al-Kulliyyah, TV3, di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, malam tadi. Beliau seorang daripada tiga ahli panel dalam perbincangan bertajuk Satu Akidah, dipengerusikan Mohd Fauzi Mustaffa. Dua ahli panel lain Prof Madya Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr Fauzi Deraman dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Hadir sama menyaksikan diskusi itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.Uthman menegaskan, golongan pemerintah dan pentadbir yang dilantik dan dipilih adalah sah dalam Islam dan perlu diikuti, bukannya membelakangkan mereka.

“Jika ada yang dirasakan tidak betul, kita boleh memberikan nasihat dengan cara yang baik, bukannya secara biadap dan tidak beradab.“Kalau kita kata ulil amri ini tidak sah, macam mana dengan imam atau kadi yang dilantik dan menikahkan kita, anak kita, apakah tidak sah nikah itu, apakah anak yang dilahirkan anak haram, macam mana pula dengan pembahagian harta pusaka dibuat mereka, apakah menjadi harta haram?” katanya.

Beliau turut melahirkan perasaan kesalnya dengan gelagat sesetengah pihak yang ketawa apabila membincangkan isu perbezaan dalam mazhab seperti ibadat tawaf dan zakat dalam aliran Imam Syafie yang berbeza dengan beberapa mazhab lain.

Katanya, umat Islam juga harus menyesuaikan diri dengan arus perdana di negara ini iaitu mengikuti ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukannya aliran lain daripadanya.Beliau juga mengingatkan semua pihak khususnya tokoh agama berkelayakan tidak melakukan sesuatu seperti mengeluarkan kenyataan dalam media hanya kerana mengejar populariti seperti selebriti, sebaliknya dengan niat yang ikhlas kerana Allah.“

Adab intelektual Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak membuat kenyataan sensasi pada awam yang akhirnya tidak juga mencapai penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, Fauzi berkata, Islam agama yang satu, bahkan semuanya satu, iaitu satu akidah, satu syariat, satu rasul dan satu kiblat, cuma umat Islam susah hendak bersatu.“Apabila masing-masing tahu tak sempurna, perlu saling melengkapi. Orang awam harus diberi pengajaran dan dorongan yang betul,” katanya.Selain itu, katanya, umat Islam juga perlu kepada satu adab untuk memurnikan akidah, antaranya adab menghormati pandangan, iaitu bersangka baik dengan pendapat orang lain walaupun berbeza.


Ulama Dunia Adalah Ulama Cari Makan

Malang bagi umat Islam hari ini apabila ada para ulama yang menggunakan ilmunya untuk mendapatkan habuan dunia yang sedikit ini. Para ulama ini digunakan oleh pihak pemerintah untuk memberikan pandangan yang berpihak kepada pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Para ulama dunia yang berada di sekeliling pemerintah ini akan digunakan untuk terus menjadi mata tombak kepada pemerintah bagi membenarkan setiap tindakan yang dilakukan oleh para pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Salah satu darinya adalah kenyataan seperti yang di utarakan oleh Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Uthman El-Muhammady di atas.


Ya, beliau membacakan ayat al-Quran namun malangnya penafsiran dan pemahaman yang disampaikan hanyalah sekadar untuk membenarkan realiti sekular yang ada pada hari ini. Wahai umat Islam! Renungilah penjelasan surah an-nisa’ ayat 59 ini sebagai suatu muhasabah. Allah SWT memerintahkan orang beriman untuk taat kepada ulil amri. Ayat itu juga menegaskan, adanya ulil amri tidak lain adalah demi untuk menegakkan syariat Islam. Ini adalah kerana, perintah untuk wajib taat kepada ulil amri tersebut mengiringi perintah taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Oleh kerana itu, mewujudkan ulil amri yang menegakkan syariat Islam hukumnya wajib dan meninggalkannya jelas maksiat dan berdosa. Sebaliknya, mewujudkan ulil amri yang menghalang tertegaknya syariat Islam, atau sebaliknya menegakkan dan mengekalkan sistem sekular peninggalan penjajah sebagaimana hari ini, bererti membawa masyarakat dan negara untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT, bukannya taat kepada Allah dan RasulNya. Ini ternyata haram kerana tindakan tersebut secara nyata melakukan apa yang dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT. Kerahmatan Islam sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah juga hanya akan terserlah apabila syariat Islam dilaksanakan secara kaffah, menyeluruh dan konsisten.


Pemimpin negara yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya sudah pasti akan memimpin negara dan masyarakatnya dengan melaksanakan syariatNya dengan penuh ketaatan. Oleh kerana itu, ketua negara di dalam sistem Islam berbeza dengan ketua negara di dalam sistem sekular walaupun kedua-duanya dipilih oleh rakyat.

Dalam sistem sekular, ketua negara dipilih oleh rakyat untuk melaksanakan kedaulatan rakyat, dalam erti kata rakyatlah yang berhak membuat undang-undang, maka ketua negara wajib melaksanakan undang-undang yang dibuat oleh para wakil rakyat itu meskipun ianya bertentangan dengan syariat. Dengan kata lain, ketua negara dalam sistem sekular wajib memimpin negara dan mengurusi urusan rakyat dengan undang-undang sekular, bukannya dengan syariat Islam.

Dalam Islam, oleh kerana yang berhak membuat hukum hanyalah Allah SWT, maka para pemimpin yang dipilih oleh rakyat wajib melaksanakan hukum Allah dengan menerapkan syariat Islam yang bersumber dari al-Quran dan al-Sunnah yang dinilai sebagai pendapat terkuat untuk dijadikan undang-undang negara dan dengan undang-undang itu ketua negara mengurus segala kepentingan masyarakat. Dengan demikian, ketua negara di dalam sistem politik Islam merupakan manifestasi dari kekuasaan di tangan rakyat yang bertujuan untuk mewujudkan kedaulatan syariat, bukannya kedaulatan rakyat sebagaimana yang berlaku hari ini. Maka mana mungkin umat Islam itu secara membabi buta diwajibkan mentaati pemerintah yang tidak menerapkan Islam sebagaimana yang kita saksikan hari.


Wahai ulama dunia! Tinggalkan habuan dunia yang sedikit itu dan rebutlah pahala untuk menjadi penghulu syuhada sebagaimana saidina Hamzah yang syahid di medan Uhud. Sabda Rasulullah SAW: “Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata dihadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. [HR al-Hakim].


Maklumat Tambahan:


Bukan setakat itu sahaja, pemimpin yang mengamalkan rasuah dan menyalagunaaan kuasa untuk mengekalkan kuasa, kedudukan dan mengumpul kekayaan yang jadi milik rakyat untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni serta menyeleweng amanah yang rakyat berikan adalah berdosa besar disisi Allah swt. Apa hukumnya pemimpin yang menunjukkan kemewahan dan kekayaan yang dia miliki melebihi berpuluh kali ganda daripada yang dimiliki oleh rakyat bawahan yang ia pimpin?


Contohnya banyak yang kita boleh senaraikan nama-nama para pemimpin UMNO yang berada dalam kedudukan kemewahan yang melampau. Rebutlah [mengumpul kekayaan] selagi peluang yang ada dihadapan kamu, semasa kamu berkuasa. Kuasa [kekayaan] hanya akan datang sekali seumur hidup kamu. Prinsip ini telah menjadi rujukan dan amalan keseluruhan pemimpin yang berjuang dalam UMNO. Oleh sebab itu, setiap kali ada pemilihan dalam UMNO rasuah politik berlaku berluasa kerana mengejar kedudukan, kuasa dan kekayaan, bukan untuk membela rakyat yang melarat. Itukah yang diajar oleh Islam?


Sayang, hal ini tidak disentuh oleh Dr.Uthman kerana beliau cintakan kedudukan, darjat, pangkat dan sedikit kekayaan peribadi untuk memenuhi hawa nafsunya yang kurop. Allah ada menyatakan dalam al-Quran dan umat manusia diperingatkan oleh Nabi saw dalam al_Hadith bahawa ulama seperti Dr.Uthman akan banyak muncul di akhir zaman kelak akan bangkit mempertahan pemerintahan yang zalim lagi kurop. Wahai umat manusia, awasilah pojokan syaitan berwajahkan manusia seperti Dr. Uthman ini yang membawa manusia ke lembah kehancuran.


Dalam majlis diskusi tersebut, beliau hanya menyentuh satu aspek sahaja iaitu soal ketaatan kepada pemimpin. Bagi beliau taat kepada pemimpin adalah mutlak seperti yang dihujahkannya itu. Beliau diarahkan ke situ itu mempertahankan pemerintah, yang UMNO menjadi tunggak pemerintahan dalam Negara ini. Jadi, jelas Dr.Uthman adalah ulama upahan yang ditugaskan untuk mempertahankan pemerintah yang kurop dengan memberi tafsiran al-Quran dan al-Hadith diterbalikkan untuk kepentingan pemerintah yang melantiknya.


Sebagai umum ketahui, taat kepada pemimpin bukanlah mutlak sepertimana kita diperintahkan untuk mentaati Allah swt dan Nabi Mohammad saw. Taat pemimpin ada hadnya, tidak kira sama ada ia daripada parti UMNO atau PAS atau daripada mana-mana parti atau NGO atau individu tertentu, sekiranya ia melanggar perintah Allah, maka pada saat itu kita dibenarkan menentangnya secara lembut, tetapi kaedah itu didapati tidak berjaya, dicuba pula melalui kekerasan dengan kudrat yang ada atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang melalui proses pilihan raya untuk mendapatkan kuasa dan dengan kuasa itu kita dapat menumbangkan pemerintah yang zalim, pemerintahan yang mengamalkan double standard dalam perundangan, mengamalkan diskriminasi di antara rakyat sesama rakyat yang berlainan ideology dan perbezaan fahaman politik, di antara negeri dengan negeri dan di antara kerajaan sama dengan kerajaan. Melakukan demontrasi untuk tunjuk rasa ketidakpuasan hati terhadap gaya pemerintahannya supaya pemerintah yang ada membolehkan ia bermuhasabah.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

1MALAYSIA: MEMBUDAYAKAN AMALAN RASUAH

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt
,

Pertama sekali penulis memohon maaf daripada pembaca blog ini kerana dari 14 hingga 26 November 2009, blog ini tidak di’up-date’kan kerana dalam tempoh itu penulis berada luar kawasan dan disibukkan dengan tugas-tugas rasmi. 26 hb baru penulis balik ke kampong halaman untuk menyambut Hari Raya AidilAdha.


Penulis sempat membelek akhbar Siasah keluaran 22 – 28 November 2009. Terkejut penulis di muka depan akhbar itu dimuatkan laporan Indeks Persepsi Rasuah [CPI]. Amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia kepada dunia, apabila CPI kita jatuh ranking paling teruk dalam CPI dunia. Kita hanya memperolehi 4.5 mata, iaitu di bawah paras 5 mata, berbanding 5.1 mata bagi tahun 2008. Malaysia berada ditangga ke 56 daripada 180 negara yang dinilai dan ke tiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.


Pada tahun 1995, Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28 mata. Di kalangan negara Asia, Singapura menduduki tempat terbaik dengan 9.3 mata di tangga kelima, iaitu 0.4 mata di belakang negara terbaik Finland yang mendapat 9.7 mata. Hong Kong memperolehi 8.0 mata di tangga ke-16, Jepun [6.9 mata] di tempat ke-24 dan Taiwan menduduki tangga ke-35 dengan 5.6 mata.


Tanda aras yang digunakan ialah skor CPI yang diguna pakai oleh Transparency Internasional ialah dari 1.0 hingga 10.0. Skor di bawah 1.0 mata merupakan yang skor yang paling terburuk, manakala skor 10.0 mata merupakan yang terbaik. Transparency International adalah sebuah pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan yang diasaskan pada 1993 untuk membanteras rasuah dan menggalakkan urus tadbir yang baik. CPI mula diperkenalkan pada 1995 bagi menilai darjah perbuatan rasuah yang dianggap berlaku di kalangan kakitangan awam dan ahli politik.Kajian CPI dilaksanakan oleh 12 institusi bebas termasuk Forum Ekonomi Dunia dan Bank Dunia.


Trend yang dihadapi oleh negara kita amat membimbangkan kerana ia menyerlahkan amalan rasuah telah berakar umbi dalam masyarakat. Kajian menunjukkan sektor politik merupakan sektor yang banyak dicemari dengan amalan rasuah. Rasuah politik diasaskan dan pelopori oleh UMNO untuk mengejar 3K, iaitu kedudukan, kuasa dan kekayaan. Rasuah di Malaysia amat sukar dihapuskan kerana kerajaan pimpinan tidak keazaman politik yang kuat, hanya sekadar slogan dan angan-angan kosong sahaja. Ikan-ikan bilis sahaja yang kena, jerung-jerung besar yang terdiri daripada kalangan pemimpin UMNO dibebaskan dan dibersihkan oleh SPRM, PDRM, Peguam Negara dan mahkamah.


Ditambah lagi amalan rasuah yang diamalkan oleh UMNO ini telah diterima pakai oleh sebahagian besar masyarakat [terutama orang-orang Melayu yang berotak udang dan tidak mengamalkan Islam sepenuhnya] sebagai satu budaya baru. Contohnya, mana-mana diadakan pemilihan parti dalam UMNO, politik wang wajib wujud. Nama-nama seperti seperti Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, Isa Samad, ADUN Bagan Pinang, Mohamad Mohd Taib, Rafidah Aziz, Khairy Jamaluddin, ketua pemuda dan ramai lagi adalah senonim dengan amalan politik wang. SPRM, PDRM dan Peguam Negara hanya lihat sahaja gelagat amalan rasuah politik yang bermaharajalela dalam UMNO. Macam mana amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa hendak dihapuskan kerana para pemimpin hidupanya dikelilingi oleh wang rasuah.


Bagi UMNO tafsiran politik wang bukannya RASUAH. Sebab itu bagi penganut parti rimba dan kuno itu politik wang adalah halal dan rasuah adalah harus. Politik wang dan rasuah dibenarkan dalam UMNO.Kalau masuk UMNO amalan politik wang dan rasuah tidak berdosa. Politik UMNO bukan ada kena mengena dengan agama. POLITIK SUKU AGAMA SUKU. Bermaksud politik tidak boleh campur dengan agama.


Oleh sebab itu, walaupun pada masa yang sama UMNO mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap amalan rasuah, tetapi rasuah terus meningkat dengan rancaknya. Pembelian beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah berunsur rasuah kerana mereka yang belot ini ditawarkan jutaan ringgit dan akan dibebaskan daripada tuduhan rasuah di mahkamah dan kemuncaknya dengan rampasan kuasa di Perak dengan memperalatkan dan memperkudakan istana yang lebih cintakan dunia daripada rakyat.


Rasuah di Malaysia tidak dapat dikawal disebabkan negara ini dipimpin oleh UMNO yang diketuai oleh Najib Tun Razak dan para kabilahnya mengangkat rasuah sebagai satu budaya dalam berpolitik. Saya katakan tadi rasuah dalam UMNO merupakan amalan yang suci, halal dan tidak berdosa [hanya terpakai untuk UMNO dan rakan-rakannya dalam BN sahaja] dan telah diterima umum oleh rakyat. Tafsiran ini tidak dipanjangkan untuk kemudahan orang lain seperti para permimpin Pakatan Rakyat dan kakitangan awam. Jadi, juak-juak UMNO boleh buat apa saja yang ia mahu kerana kedudukan mereka mengatasi undang-undang negara.


Bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan penjawat awam, mereka akan diserang habis-habisan, disiasat, dicari dan diselidiki apa-apa sahaja kesilapan dan kesalahan yang pernah dibuat secara sengaja atau tidak akan dicari sehingga ke lubang cacing, sungguh pun kesalahan tersebut sebesar hama, berbanding apa yang dilakukan para pemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh melakukan amalan rasuah, menggunakan kedudukan dan menyalahgunaan kuasa melibatkan nilaian jutaan ringgit, malah ada yang mencapai nilaian berbillion ringgit akan dibiarkan tidak disiasat, kalau disiasat pun hanya sekadar mengikut formaliti sahaja.


Sudah berlori-lori laporan polis dan kepada SPRM [dulu BPR] dibuat berserta dengan bukti-bukti sekali, namun kebanyakannya akan hilang lenyap begitu sahaja dan bagi menunjuk-nunjuk yang ia ada intergriti akan dikeluarkan kenyataan untuk menutup fail dengan alasan ketiadaan bukti kukuh untuk dibuat pendakwaan. Pihak Peguam Negara, polis dan SPRM ingat semua rakyat Malaysia bodoh-bodoh belaka, dengan sehelai kertas bersaiz A4 satu perenggan, mereka harap mereka boleh tutup cerita dan rakyat boleh ditipu bila-bila masa yang dikehendaki. Kesan dari sikap dauble standard dan diskriminasi ini, maka orang luar menilai kita, kita merapu dan mempermainkan undang-undang untuk menutup amalan kita [baca: pemimpin UMNO] yang mengamalkan rasuah.


SPRM yang ditubuhkan khas berperanan [dari persepsi rakyat] adalah untuk membersihkan UMNO [juga para pemimpinya] daripada sebarang tuduhan mengamalkan rasuah dan menyalahgunaan kuasa. Politik wang dan taburan duit jutaan ringgit serta projek mee segera di setiap kali pilihan raya diadakan [nanti di pilihan raya kecil Kota SiPuteh kita dapat saksikan bersama] tidak dianggap rasuah, malah dianggap sebagai habuan, imbuhan dan telah menjadi tradisi turun-temurun yang perlu dipertahankan.


Di samping itu, SPRM diberi peranan mencari, menyungkil, menyusup, menyamar dan melakonkan watak pencuri bagi merangkap mangsa dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penjawat awam. Di kepala otak para pemimpin UMNO rasuah merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas untuk menapak ke takhta kuasa dan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul kekayaan secara pantas dan cepat tanpa perlu berusaha.


Kesan daripada itu Malaysia tidak ada harapan untuk memperbaiki ranking dalam CPI dunia selagi dasar double standard ini terus dilakukan. SPRM juga akan hilang kredibiliti, tidak dihormati malah dibenci oleh rakyat kerana ia dianggap sebagai proksi UMNO. Setakat ini SPRM gagal dalam misinya [kecuali tindakan terhadap beberapa pemimpin UMNO yang tidak ada nilai, pemimpin Pakatan dan penjawat awam] untuk bertindak tegas tanpa takut terhadap beberapa skandal profil tinggi termasuk kematian mengejut Teoh Beng Hock di ibu pejabatnya sendiri, skandal RM12.5 billion PKFZ, skandal rakaman video Lingam manipulasi badan kehakiman Negara.


Nasihat saya [mewakili golongan rakyat prihatin] kepada SPRM hentikanlah siasatan terpilih yang disasaran terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang berbaur politik , manakala pemimpin UMNO/BNyang mampu memiliki mahligai-mahligai besar dan hidup kaya raya penuh dengan kemewahan tidak tersiasat. Jikalau badan pencegah rasuah utama negara kita tidak dapat memberi jaminan untuk berfungsi secara cekap, telus dan saksama, maka tidak hairan Malaysia terus merosot dan akan menjadi lebih teruk lagi, dalam gejala rasuah.


Malu, malu…malu bagi orang-orang yang ada maruah dan berpegang pada prinsip agama menghadapi keadaan ini, negara bukan muslim dan rakyatnya juga bukan Islam boleh bebas dari rasuah, tetapi kita Negara, Negara Islam, rakyatnya Islam dan para pemimpinnya juga majoritinya Islam boleh menjadikan negara ini negara rasuah.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Friday, November 13, 2009

UM DAN BH : AKHBAR SUARA IBLIS

Pada 10 November lalu, akhbar UM dan BH telah menyiarkan seorang tua warga emas yang diringi oleh pegawai polis [ditahan] kerana membunuh isterinya. Cerita selanjut sila ke link ini:


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20091109233752/Article/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm


Yang menariknya, gambar payong di UM tidak ada lambing dacing mengambarkan BN yang dikepalai oleh UMNO dajal laknatullah, tetapi di BH ada lambing dacing.


Apa perkara ini boleh berlaku. Mari kita sama-sama berfikir.

Jadi, betullah apa yang dikatakan kedua-dua akhbar ini menyambung 'lidah iblis dan syaitan' untuk menyesatkan manusia [menyesatkan fikiran rakyat, yang hak dikatakan bathil, yang halal dikatakan haram, yang kaki rasuah [macam Isa Samad dikatakan bersih-fitrah]

“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

BALA DEDAH DITAWAR RM5 JUTA

Sumber : MerdekaReview :
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10440

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.


Klip video ini disiarkan dalam
Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.


Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.


Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.


Balasubramaniam ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.


Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.


Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.


Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah.


PENDAPAT PENULIS:


Di Malaysia kita amat bertuah kerana ada seorang manusia bernama Raja Petra Kamaruddin, seorang penulis blog yang berani mendedahkan berbagai keburukan yang ada pada iblis yang bertopengkan manusia menyamar dikalangan para pemimpin UMNO dan ketua institusi-institusi kerajaan.


Terbaru dalam video klip dalam laman yang beliau kendali memuatkan perakuan Balasubramaniam a/l Perumal mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar beliau menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya. Kini, Musa Hassan, Abdul Ghani Patail, Ahmad Said Hamdan dan Zaki Tun Azmi pening kepala, memikirkan bagaimana hendak uruskan pendedahan si Bala ini.


Dulu, mudah sikit. Ugut, ancam dan beri RM5 juta hilangkan diri. Sekarang macam macam mana, mereka tengah berfikir sakan. Alih-alih, alasannya serupa dengan kes penutupan kes video klip Lingam ‘tidak ada tindakan lanjut’ kerana saksi itu [Balasubramaniam] bercakap tidak ada fakta kerana sebelum ini, semasa dan akan datang Najib tetap kata yang beliau tidak kenal Altantuya.


Tunggulah 4 iblis ini bermesyuarat dan akan keputusan dan keputusan itu akan akan dibaca oleh A.Nazri Aziz. Kita sudah dapat meramalkannya, Cuma sekarang kita hendak tahu susunan ayatnya sahaja, bagaimana bunyi ayatnya untuk menyedapkan pendengaran rakyat yang Najib ini bersih, sebersih-bersihnya bak kain putih. Tidak ada setitik noda pun. Najib diturunkan dari langit untuk memerintah rakyat Malaysia.


Malaysia Boleh


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

SELANGOR PERTIKAI PUSAT TIDAK SALUR DANA

Sumber : Malaysiakini.com[ http://www.malaysiakini.com/news/117057]

Tindakan kerajaan persekutuan mengurangkan peruntukan kepada kerajaan Selangor dipertikai sedangkan negeri itu menyumbang hasil sebanyak RM16 billion kepada kerajaan pusat, kata menteri besar ketika mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk Bajet 2010.

"Jika 20% daripada jumlah tersebut (RM3.2 bilion) dipulangkan kepada negeri Selangor, ini akan menjadikan peruntukan yang boleh diterima daripada kerajaan persekutuan lebih dua kali ganda daripada bajet semasa," kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan bajetnya di sidang DUN hari ini.

Beliau juga berkata pemberian daripada kerajaan persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober tahun ini hanya berjumlah RM408.26 juta. "Jumlah ini merupakan 16.6% daripada Bajet 2009 jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2008 menunjukkan penurunan peratusan penerimaan sebanyak 21.65% daripada keseluruhan Bajet 2008 dan 17.64% daripada Bajet 2007," katanya.

Turut dipertikaikan adalah amalan baru menjalankan projek-projek persekutuan secara terus oleh Pejabat Pembangunan Negeri melalui Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri.

"Sebelum ini, projek-projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan mengambil kira kesesuaian projek berdasarkan keperluan penduduk dan daerah masing-masing."Kini ia terus dilaksanakan oleh ICU selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

Malahan, pembangunan projek-projek ini sekarang tidak lagi dilaporkan kepada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan ataupun pejabat daerah walaupun projek ini sepatutnya untuk tujuan pembangunan negeri," katanya.Khalid juga berkata, jumlah projek yang semakin berkurangan dan penyaluran peruntukan yang turut merosot menunjukkan kerajaan pusat bersikap tidak adil dalam menyalurkan peruntukan ke negeri itu.

Jelasnya, kerajaan persekutuan juga bertindak meluluskan kenaikan Pemberian Bayaran Perkhidmatan kepada kakitangan kerajaan negeri yang terlibat melaksanakan projek-projek Persekutuan.Jelasnya, perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada 25 Ogos lepas. "Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, iaitu apabila kakitangan diberi insentif untuk melaksanakan projek-projek (kerajaan) Persekutuan sahaja sebaliknya tiada insentif untuk melaksanakan projek-projek negeri Selangor," katanya.

Khalid juga berkata, kerajaan pusat tidak mengambil kira jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat Selangor.

"Sebaliknya, dengan sikap mengabaikan pemberian bantuan kepada negeri-negeri tertentu dalam Persekutuan Malaysia, ternyata kerajaan persekutuan melanggar prinsip federalisme yang besar kemungkinan melembapkan ekonomi dan pembangunan negara secara menyeluruh," katanya.

Tambahnya, ini akan dibimbangi akan menyebabkan "ketidakseimbangan nasional apabila kapasiti pertumbuhan maksimum tidak dapat dicapai.".


PENDAPAT PENULIS:

Sudah sampai masanya kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan [pusat] dalam system federalisme perlu dikaji semula. Sampai bila Kerajaan-kerajaan Negeri [yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat] hendak menjadi hamba abdi kepada Kerajaan Persekutuan [KP]. KP senantiasa membuli kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah selain daripada UMNO. KP wujud kerana ada kerajaan negeri, tanpa negeri, KP tidak wujud. Begitu juga dengan system beraja, ia wujud kerana adanya rakyat, tanpa rakyat raja tiada.

Apa kata sekarang, kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat cuba berpakat buat undang-undang sendiri [walaupun tidak sah] sekat jangan salurkan sebarang hasil negeri ke kantong KP. Bukan salah kita, UMNO yang menguasai KP bertindak kurang ajar terlebih dahulu dengan membelakangkan Perlembagaan Negara. UMNO tetap bersifat celaka selama-lamanya.

Contoh, KP yang dikuasai UMNO dajal itu mengutip hasil daripada negeri Selangor berjumlah RM16 billion dan dipulang kembali ke kerajaan negeri hanya sebanyak RM RM408.26 juta sahaja. Kerajaan Negeri Kelantan sepatutnya menerima royalty minyak 5% setahun sejumlah RM2 billion semenjak dari tahun 2005 [setahun Kelantan berhak terima sejumlah RM400 juta], tetapi Kelantan tidak dibayar satu sen pun dari hasil minyak tersebut, semua dibolot oleh UMNO celaka di peringkat persekutuan.

Kini, Najib Tun Razak tukar royalty kepada wang ehsan seperti Mahathir lakukan terhadap Terangganu semasa PAS perintah. Wang ini akan disalurkan kepada Ketua-ketua Bahagian UMNO melalui ICU. Para pemimpin UMNO dan kumpulannya akan kenyang dengan wang ehsan ini, rakyat dari parti lain akan hanya menjilat jari.

Bagaimana pula dengan Kedah dan Pulau Pinang? Pulau Pinang saya menjangkakan KP mengutip hasil yang lumayan dan tidak dipulangkan kepada negeri, saya jangkakan UMNO lakukan seperti yang ia lakukan terhadap Selangor.

Kita perlu bertindak mengikut undang-undang kita sendiri, kalau ikut undang-undang yang sedia ada, kita akan kalah selama-lamanya. Undang-undang dalam genggaman kita, sila gunakan secara bijaksana.

Mari bersama-sama kita berjuang memusnahkan UMNO. Perjuangan menuntut keadilan, menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO selama ini adalah sebahagian suruhan agama. Orang yang melarikan diri daripada menentang UMNO adalah orang-orang yang sesat, orang tidak beragama.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Saturday, November 7, 2009

SKANDALN PKFZ : BEKAS PM DIBAWA MASUK

Sumber: Neo Chee Hua
[
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10427]

Kedua-dua bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi diheret ke dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), apabila mereka didakwa mengetahui apa yang berlaku dalam projek tersebut.


Pendedahan ini dilakukan oleh bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang ketika menghadap prosiding yang dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), menurut laporan PAC terhadap projek pembangunan PKFZ.


Ling menyebut nama Mahathir


Menurut laporan prosiding pada 15 Julai 2009, Ling Liong Sik memaklumkan bahawa kos tanah dan kuasa menentukan nilai tanah tidak berada dalam bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, tetapi pada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Valuation and Property Services Department) di bawah Kementerian Kewangan.


"Saya ingat, kami melalui banyak perbincangan berhubung harga tanah ini. Saya amat jelas dengan ini. Saya memberitahu kepada kabinet banyak kali, kami di Kementerian Pengangkutan hanya untuk menyatakan bahawa kami mahu tanah itu," jelasnya.


Mantan Menteri Pengangkutan ini menyambung,"berhubung dengan kos, penilaian harga, itu bukan fungsi Kementerian Pengangkutan. Kami tidak mempunyai Jabatan Penilaian. Kos dan penilaian adalah masalah yang perlu diselesaikan oleh Kementerian Kewangan. Mereka mempunyai Jabatan Penilaian, kesemuanya diuruskan di sana, bukannya di Kementerian Pengangkutan."


Malah, Ling Liong Sik terus menyebut nama bekas PM Mahathir Mohamad, selaku Menteri Kewangan dan orang yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.


Ling berkata, "saya rasa Mahathir yang mempengerusikannya (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta), pada masa yang sama juga seorang Menteri Kewangan. Beliau sangat jelas keadaannya. Ini kenyataan dalam kes ini." (I think Tun Dr. Mahathir who chaired it, and he was the finance minister also. He saw it very clearly. That was the facts of the case.)


Menurut laporan PAC, seandainya tanah PKFZ dibeli dengan Akta Pengambilan Tanah 1960, maka projek ini akan menjimatkan RM645.87 juta. Bertitik tolak daripada itu, kos PKFZ (tidak termasuk faedah) seharusnya berjumlah RM442.13 juta, dan bukannya RM1.088 bilion. Pada masa yang sama, laporan juga menunjukkan bahawa tanah itu ditukar tangan dengan RM47.76 sekaki persegi, 67% lebih tinggi daripada anggaran Jabatan Penilaian.


OC Phang menuding jari kepada Abdullah, Chan


Selain itu, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang ketika menghadiri prosiding PAC pada 2 September 2009, memaklumkan bahawa bekas PM Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri Pengangkutan, Chan Kong Choy yang meluluskan agar PKFZ dibangunkan dengan hanya satu fasa (Single Phase). Sementara pembelian tanah itu dijalankan di bawah arahan Ling Liong Sik.


PC Phang berkata, Abdullah dan Chan Kong Choy memberi arahan sedemikian (membangun dengan Single Phase) kepada LPK setelah dicadangkan oleh Jebel Ali Free Zone International (Jafza).


Menurut OC Phang, PKFZ dibangunkan dengan dua fasa mengikut rancangan asal. Fasa pertama melibatkan tanah seluas 500 ekar. Tugas asal LPK adalah untuk membangunkan tanah yang seluas 500 ekar ini, disusuli dengan fasa kedua kemudiannya. Namun, PM dan Menteri Pengangkutan pada ketika itu (Abdullah dan Chan) memberi arahan kepada LPK pada 3 Mac 2004, membangunkan 1000 ekar tanah sekaligus mengikut cadangan Jafza.


OC Phang: Saya amat gusar


Selain itu, PC Phang berkata kesemua kementerian yang terlibat mengetahui hal ini, malah kabinet telah meluluskan untuk membeli 1000 ekar tanah secara "willing sell willing buy" dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd.
,br>
"Kerajaan mengetahui segala-gala ini. Kementerian Pengangkutan tahu, Kementerian Kewangan tahu, agensi pusat... Saya amat gusar (I ' m quite annoyed), kes pembelian tanah ini ditujukan kepada saya. Saya menganggap saya mempunyai hak untuk gusar..."


Sebagaimana yang diketahui, Kementerian Kewangan pernah mengarahkan agar tanah ini dibeli dengan Akta Pengambilan Tanah, agar harganya lebih murah. Tetapi LPK pula membeli dengan harga RM25 sekaki persegi, harga satu kali ganda lebih tinggi daripada KDSB.


OC Phang menjelaskan, LPK menjalankan pembelian ini setelah menerima surat arahan daripada Ling Liong Sik..

Catatan :

Skandal sebenar ini telah dijadikan satu lakonan wayang kulit yang mana para pelakonnya terdiri daripada para pemimpin UMNO dan MCA, yang diiringi gesekan biola dan tari menari oleh SPRM, PDRM, Peguam Negara dan bagi indah lagi lakonan ini masukkan sedikit adegan mahkamah.

Sedih, kita menjadi rakyat Malaysia, duit kita berbillion hangus dirompak oleh para lanun negara yang dilesenkan. Kita ternga-nga sampai meleleh air liur, berkerja sampai pencen pun tidak boleh kumpul wang untuk bersenang-senang untuk hari tua. Dari remaja sampai ke mati berkerja bersawah,menoreh, berkebun dan sebagainya membanting tulang 4 kerat, tidak sesen dalam simpanan. Bawa ke kebur kain putih.

Untung jadi pemimpin, nasib diri dan keturunan akan menjadi lebih baik dan lebih beruntung, berbanding rakyat marhaen yang bodoh-sombong tidak makan nasihat memilih pemimpin jenis ini. Hulur sekupang dua, mata jadi kelabu, otak jadi biul, tidak boleh berfikir lagi. Mereka boleh cengkau kekayaan negara semahu-mahunya. Mereka boleh merompak duit rakyat dan jadikan khazanah negara harta mak-bapak mereka. Mereka ada imuniti dan mengatasi undang-undang.


“UMNO HANCUR: RAKYAT SELAMAT,DUNIA SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Friday, November 6, 2009

GANTUNG POLIS DAHULU

Sumber: Raja Petra Kamarudin
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/10/raja-petra-gantung-polis-dahulu.html


Marilah kita melihat kembali ke sejarah. Bagaimanakah USSR dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Shah dari Iran dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Saddam dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Sukarno dan Suharto dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimana regim ini dapat mengekalkan kuasa mereka dalam sejarah 5,000 tahun yang lepas, ya, anda akan menemui satu
persamaan diantara mereka.

Persamaan itu adalah bagaimana polis untuk menolong regim itu untuk mengekalkan kuasa mereka, sama ada ia sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.Inilah situasi yang berlaku di Malaysia hari ini.Kemudian kita lihat bagaimana regim ini dijatuhkan. Hanya ketika pihak polis menukar laluan sokongan mereka ataupun berlaku adil, barulah regim ini akan dijatuhkan. Iaitu apabila pakatan yang haram diantara polis dan regim berkecai barulah regim dapat dijatuhkan.

Tiada apa cara lagi, sejarah telah membuktikannya. Regim tidak akan jatuh kecuali sokongan polis terhadap mereka retak. Jadi untuk menjatuhkan regim, polis harus diubah terlebih dahulu.Perkara yang berlaku di Dewan Undangan Perak semalam merupakan jejak terakhir polis. Tindakan ganas polis terhadap Pakatan Rakyat merupakan paku terakhir untuk sebuah keranda.Saya bukannya tidak tahu sehingga mana keganasan yang dilakukan oleh polis. Saya telah menjadi "tetamu" mereka lebih daripada sekali dan anak saya sering dipukul di Penjara Sungai Buloh di tangan polis. Setelah beberapa insiden "pembunuhan kedaulatan undang-undang" di Malaysia, sekiranya anda masih sangsi bahawa polis tidak bertindak diluar undang-undang, saya tidak tahu apa contoh yang lagi untuk anda.

Najib Tun Razak yang boleh dipenjarakan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konspirasi penutupan cerita di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh polis. Siapa lagi sekiranya bukan IGP sendiri, Musa Hassan untuk menutup kes ini. Hal ini telah diceritakan kepada saya secara peribadi oleh Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Datuk Syed Alhabshi Rahman. Dia memberitahu saya bahawa dia telah memberikan Musa Hassan segala bukti tetapi bukti itu telah dikuburkan dan tidak dibenarkan untuk muncul dalam perbicaraan pembunuhan di mahkamah.

Biarlah saya membuat penjelasan disini. Faktor Perdana Menteri Najib tidak dipenjarakan kerana Musa Hassan dan polis Malaysia. Selain itu, Musa Hassan juga menganas terhadap pembangkang. Dan apa yang berlaku di Perak dapat meyakinkan lagi sekiranya anda masih tidak percaya dengan situasi sebenar yang berlaku.Musa Hassan harus dihantar ke penjara. Dia tahu dia akan dihantar ke penjara sekiranya Barisan Nasional ditempatkan dalam situasi yang paling sukar iaitu menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

Jadi Musa Hassan akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Dan dia akan melakukan apa pun untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.Ada orang yang cuba mengatakan saya melarikan diri untuk "mengelakkan" hukuman saya kerana mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Itu yang mereka mahu anda percaya. Ia langsung tiada kena mengena dengan kesalahan yang didakwa dalam perbicaraan saya mengenai hasutan. Aku telah melarikan diri kerana aku tahu mereka akan menahan saya di bawah Internal Security Act (ISA) tanpa sebarang perbicaraan untuk menghentikan saya untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut tentang cara polis menutup fakta-fakta di sebalik pembunuhan Altantuya.

Namun fakta ini tidak akan disemubuyikan lagi. Sebelum sambutan Natal tahun ini akan wujud fakta-fakta tersebut. Malaysia akan diberitahu kebenaran yang berlaku di sebalik pembunuhan Altantuya. Malaysia akan dapat melihat diri sendiri bukti-bukti bagaimana Musa Hassan dan polis Malaysia memastikan bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri daripada dipenjarakan dengan konspirasi menutup kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

Sudah terlambat bagi mereka untuk menghentikan saya sekarang. Bahkan sekiranya saya masih menghilangkan diri sendiri, ia tidak akan menghalang fakta daripada daripada dikemukakan. Setelah lapan bulan saya melarikan diri, saya tidak menghabiskannya dengan sia-sai. Fakta-fakta telah dikumpul. Saya telah mengumpulkan semua fakta yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia.

Dan, apabila ia dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia, semua orang akan melihat bagaimana peranan Musa Hassan dan polis untuk menutup kes pembunuhan Altantuya untuk menyelamatkan orang-orang dalam pembunuhan itu daripada dihantar ke penjara.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyesalkan bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, marah kerana polis di negara ini dan membantu rejim haram yang dianggap oleh Mahathir untuk menjalankan tugas. Ini adalah pandangan Mahathir. Dan ini menjadi pandangan saya juga. Dan saya menolong Mahathir dalam perkara ini.

Saya akan membantu Mahathir untuk membuktikan apa yang dia katakannya itu benar. Mahathir harus membuktikan juga bahawa apa yang dia katakan adalah benar iaitu Malaysia adalah negara polis dan polis membantu regim haram untuk mentadbir negara [polis dan mahkamah-kes Perak].Tidak mengapa sekiranya Najib dan kumpulannya masuk penjara atau tidak. Yang saya prihatin ialah Musa Hassan akan menjadi orang yang pertama untuk dihantar ke penjara.

Beliau harus dihantar ke penjara kerana beliau merupakan Ketua dalam kerja menutup kes pembunuhan Altantuya. Kemudian yang lain boleh dimasukkan penjara. Polis di Malaysia merupakan sekumpulan gangster berseragam. Mereka sebenarnya lebih teruk daripada gangster. Bahkan gangster memiliki etika. Jika anda pernah bercampur dengan mereka, anda akan tahu apa yang saya maksudkan.

Gangster yang berseragam tidak mempunyai etika sama sekali. Lebih teruk lagi, gangster berseragam ini sembahyang lima kali sehari dan menghala ke Mekah dan membayangkan diri mereka sebagai umat pilihan Allah yang telah dijanjikan sebuah tempat di Syurga , walaupun mereka tidak peduli apa pun dosa dan kejahatan yang mereka telah lakukan.Saya telah dipenjara dulu.

Penjara adalah satu tempat untuk mengumpul pelbagai jenis orang dan sampah masyarakat. Tapi banyak kali mereka yang disebut sebagai sampah masyarakat telah terbukti mereka adalah lebih baik daripada gangster yang berseragam. Saya telah, pada kenyataannya, telah diberikan perlindungan 24 jam oleh orang-orang yang akan anda anggap sebagai sampah masyarakat. Mereka berdiri di luar sel sementara saya tidur didalam demi memastikan bahawa tiada sebarang ancaman datang kepada saya supaya saya boleh hidup untuk meneruskan perjuangan untuk Malaysia.

Ya, apa yang ironi. Orang yang dianggap sampah masyarakat oleh kita telah menjadi penyelamat kepada saya ketika saya berada dalam penjara daripada orang-orang berseragam. Inilah pengajaran saya ketika dalam penjara. Ini telah membuat saya lebih mempercayai mereka sekiranya saya berada di tangan gangster, perampok dan penculik berbanding berada di tangan orang-orang berseragam.Bukan apa lagi.
Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diubah sebelum kita dapat menurunkan satu regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengubah Polis. Musa Hassan harus menjadi orang yang pertama. Sekiranya kita memisahkan kepala dari lehernya maka regim akan runtuh. Dan hanya selepas itu orang-orang di balik pelbagai pembunuhan dapat dibawa ke mahkamah.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”