DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, November 24, 2007

BIBIT-BIBIT KEMUSNAHAN NEGARA

Analisis Terbuka 11 Orang Budak Hitam Yang Merosak Imej dan Menyusahkan Abdullah Selaku PM
Petikan daripada
Blog Merah Tinta Oleh :MSO
Daripada: Laman M@RHAEN
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_merah_tinta16.html


Assalamu’alaikum wm.wrt,
Saya amat takut dan merasa amat bimbang selagi UMNO khususnya Abdullah Ahmad Badawi masih lagi berkuasa selepas PRU ke-12 nanti. Agama, bangsa dan Negara dalam kedudukan amat membimbangkan. Sila baca rencana yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar ini :


MUNGKIN disebabkan terlalu sibuk maka Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat hendak membuat penilaian dan pemerhatian sendiri secara jujur dan tepat mengenai orang-orang yang boleh merosakkan kerjaya politiknya dan memburukan imej pentadbirannya selaku Perana Menteri.


Sedangkan beliau tidak dapat menolak hakikat bahawa di sekelilingnya kini terdapat berbagai manusia yang boleh dan telah mecemarkan imejnya dan menyusahkan beliau sebagai perdana menteri. Gara-gara orang atau tokoh berkenaan yang comoti dan pelbagai masalah maka cemarnya terkena juga ke atasnya.


Hari ini seharian kerana kebetulan tidak ada urusan yang mendesak dan hal lain lebih penting saya cuba membuat kajian ringkas mengenai tokoh-tokoh yang menjadi liabiliti kepada Abdullah. Menghimpun komen dan kritikan orang ramai dari berbagai sumber, hasilnya terdapat sekurang-kurangnya 11 orang atau individu utama yang telah menjadi sokong membawa rebah ataupun menjadi setitik nila yang merosakan susu sebelanga dalam pentadbiran Abdullah selaku PM.


Di bawah ini disenaraikan menurut markah (ranking) paling tinggi mereka yang boleh merosak dan membawa imej buruk kepada Abdullah sebagai perdana menteri.


No: 1. Khairy Jamaluddin - Menantu lelaki sulong Abdullah. Tentang Khairy orang melihat beliau telah menggunakan kedudukan dan pengaruh Abdullah untuk kepentingan dirinya mendapat peluang perniagaan dan kontrek Kerajaan. Imej bersih Abdullah ini juga tercalar kerana imej Khairy yang ego dan sombong terutamanya ketika mengeluarkan ulasan dan serangan balas politik.


No: 2. Zainuddin Maidin - Menteri Penerangan. Serangan beliau kepada pembangkang menerusi media massa pro kerajaan, pemanipulasi berita untuk kepentingan dirinya serta membela Abdullah dalam kes-kes tertentu yang dilakukan dengan penuh kesombongan dan bersikap dialah yang bijak menyebabkan orang ramai meluat dengan gelagat itu dan kesannya terheret kepada Abdullah.


No: 3. Abdul Rashid Abdul Rahman - Pengerusi SPR. Kenyataan, sikap dolak dalih serta mulut celuparnya yang mencabar pihak-pihak yang mendakwa beliau (SPR) menipu agar kemukakan bukti menyebabkan orang marah kepada Rashid. Cara beliau mempertahankan dirinya dan SPR seolah beliau turut sama bersubahat membentengi kerajaan BN. Apa lagi Abdullah tidak pernah memberi jaminan untuk memperbetulkan perjalanan pilihan raya yang diurus tadbirkan oleh Rashid.


No: 4. Musa Hassan - Ketua Polis Negara. Pergeseran beliau dengan Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Ramli Yusuf sehingga membawa kepada pendakwaan Ramli menjadikan orang meragui akan tugas dan tindakan Musa selaku orang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara. Tuduhan mengatakan beliau menerima rasuah juga menjadikan orang meragui akan integritinya selaku ketua poilis negara. Abdullah menerima kesan itu apabila menyambung kontrek Musa selama setahun lagi.


No: 5. Ahmad Firuz Abdul Halim - Ketua Hakim Negara, pendedahan klik vido percakapan VK Linggam yang didakwa kononnya dengan beliau telah menimbulkan rasa kurang percaya orang ramai kepada tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara.


No: 6. S Samy Vellu - Menteri Kerja Raya, kenyataan-kenyataannya berhubung masalah dalam JKR yang sering ditunding kepada pihak lain dan enggan bertanggungjawab, menjadikan orang ramai merasakan dia seorang menteri yang lucu (babok). Kenaikan konsesi tol setiap tahun dilihat kegagalan beliau selaku menteri yang tidak berusaha membantu rakyat. Abdullah menerima tempias ini kerana tidak menukar kedudukan Samy Vellu sebagai menteri JKR.


No: 7. Jeanne Abdullah - Isteri Abdullah. Kemesraan melampau dan berlebihan yang ditunjuki oleh Jeanne yang selalu mengekori Abdullah ke majlis-mahlis Kerajaan dan beberapa kali kerap ke luar negeri dan penampilannya sering berpakaian sedondong dengan Abdullah, menyebabkan orang merasakan Jeanne mengada-ngada dan lebih teruk berbanding dengan Allahyarhmah Endon. Jeanne juga mula diperkatakan telah cuba menggunakan kedudukannya untuk kepentingan keluarganya.


No: 8. Kalimullah Hassan - Bekas Ketua Pengarang NST, hubungannya dengan Khairy dan membentuk rangkaian perniagaan dengan menantu PM itu dilihat sebagai orang yang mengatur dan menguruskan Khairy dalam politik dan menjadi dalang kepada agenda politik peribadi Abdullah. Tindakan itu secara langsung menjadikan orang menuduh Kalimullah Hassan sebagai agen yang ingin menjualkan Malaysia kepada Singapura.


No: 9. Ahmad Zahid Hamidi - Timbalan Menteri Penerangan, dakwaan beliau terlibat dalam memukul dan membelasah duda dari Kelantan Amir Bazli sehinggakan penyek dahi, pecah tengkorak dan kabur mata mencemarkan imej Abdullah dan orang beranggapan Kabinet Abdullah memiliki seorang kaki pukul nombor wahid yang berselindung di sebalik wataknya sebagai ahli politik yang berakhlak dan beragama.


No: 10 Mohamad Khir Toyo - MB Selangor, layanannya kepada setinggan, melarang masjid dari mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan menyebabkan beliau dilihat sebagai anti agama. Hadiah penyapu kepada PBT yang gagal mencapai prestasi menunjukkan beliau tidak tahu menghormati orang lain dan seorang menteri besar di era Abdullah yang tidak memiliki sahsiah keMelayuan tulen.


No: 11 Mohamad Nazri Aziz - Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kononnya lulusan undang-undang dan arif mengenai Perlembagaan negara tetapi kadang kala menunjukkan sikap jahilnya mengenai hal itu. Lagak dan sifatnya yang pongah ataupun berkuasa menyebabkan orang ramai meluat dan sering geram dengan kenyataan yang dikeluarkannya. Kesan sikap menteri yang berwajah kassanova itu ialah kepada Perdana Menteri yang lemah lembut.


Itulah 11 indivdu atau tokoh yang pada masa ini memberi damage kepada Abdullah sebagai Perdana Menteri. Orang atau individu ini sangat dibenci oleh pembangkang pada waktu ini, kebencian itu pula melarat kepada Abdullah. [wm.kl. 7:30 pm 24/11/07]


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum wr.wb

Thursday, November 22, 2007

UMNO: PARTI AUTOKRASI DAN DISKRIMINASI-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Menjelang pilihanraya umum ke-12 [PRU Ke-12] tidak menjanjikan satu perjalanan proses pilihanraya yang mudah dan bersih bagi parti-parti pembangkang dalam mengharungi lautan politik tanahair. UMNO [bermaksud : 13 parti yang bergabung membentuk Barisan Nasional @ BN] mempunyai unsur kekuatan luaran amat ketara perbezaannya berbanding unsur dalamannya yang lemah. Sekali pun beberapa aspek kekuatan itu telah kelihatan mulai terongkai, namun penggunaan sistem pilihanraya secara autokrasi dan diskriminasi menjejaskan peluang parti-parti pembangkang untuk melebarkan jaringan kekuasaannya di peringkat negeri [DUN] mahupun diperingkat pusat [Parlimen].


Sistem pemerintahannya adalah berasaskan parlimen yang dipilih menerusi pilihanraya ala-diktator dengan pelbagai parti [diikat dengan berbagai undang-undang hutan] yang diadakan secara berkala. Parti pembangkang [maksud : PAS, PKR dan DAP] giat bertanding dalam pilihanraya yang telah diadakan namun tidak berupaya melepasi halangan parti pemerintah UMNO yang telah memegang tampuk negara selama lebih 50 tahun. Pilihanraya Umum yang diadakan pada Mac 2004 [PRU ke-11] lalu dilaksanakan secara samseng@lanun-lanun jalanan menyebabkan pihak parti pembangkang mendakwa bahawa pihak UMNO telah menyalahgunakan kuasa mereka sebagai parti yang memerintah.


Pihak pembangkang telah memenangi 10 peratus atau 23 kerusi daripada 222 daripada kerusi parlimen yang dipertandingkan di samping mengekalkan penguasaan ke atas sebuah kerajaan negeri, iaitu negeri Kelantan oleh PAS, manakala negeri Terangganu yang dikuasai PAS telah dapat ditawan kembali oleh UMNO melalui stategi membawa pengundi luar mengundi di Terangganu. Selebihnya ialah UMNO memenangi 199 kerusi. Kemenangan yang besar ini menjadi sejarah pilihanraya di Malaysia. Perancang-perancang strategi dan taktik penipuan, penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa juga tidak menjangka [di luar jangkaan] yang UMNO boleh membentuk kerajaan sejumlah ¾ menguasai Parlimen.


Dilihat pada angka ini sahaja, dunia luar sudah menganggap negara ini bukan negara demokrasi tulin. Di mana-mana negara pun yang mengamalkan demokrasi tulin tidak akan memenangi sebesar yang UMNO menang itu. Di Amerika Syarikat dan di Britain [contoh negara yang mengamalkan demokrasi tulin], setiap pilihanraya, parti yang berkuasan tidak pernah mencapai kemenangan melebihi 60 peratus. Kemenangan besar ini hanya dimenangi oleh negara-negara yang mengamalkan demokrasi-autokrasi-diskriminasi seperti di Indonesia di bawah pemerintahan Suharto, di Filipina ketika Ferdinand Marcos memerintah, di Iran ketika Shah Iran menjadi Raja dan di Iraq di bawah Sadddam Hussein.


Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kebebasan pada badan kehakiman. Namun tindakan daripada pihak kerajaan, pindaan perlembagaan dan undang-undang serta beberapa faktor lain telah melemahkan kebebasan badan kehakiman di samping memperkasakan lagi pengaruh badan eksekutif ke atasnya. Rakyat dan orang luar pada umumnya mengetahui bahawa badan kehakiman di negara ini sudah tidak lagi bebas dan telus dalam membuat sebarang keputusan terhadap sebarang penghakiman. Hal ini adalah disebabkan terdapat campurtangan daripada badan pelaksana atau eksekutif iaitu anggota kabinet pemerintahan. Implikasinya, banyak kes berprofil tinggi mengalami campurtangan yang serius daripada badan eksekutif tersebut menyebabkan ada pihak yang meragui ketelusan dan keadilan badan kehakiman tersebut.


Sementara itu, kini timbul isu-isu lama yang dibangkitkan semula ekuran pendedahan DS Anwar Ibrahim mengenai klip video menunjukkan VK Lingam sedang berbual [kononnya] dengan Ahmad Fairuz Syeikh Abdul Halim untuk menentukan pelantikan hakim-hakim kanan "yang sehaluan" dengan kerajaan. Dalam satu forum undang-undang bertajuk, "Krisis Kehakiman-Bagaimana hendak membetulkannya?" anjuran Institut Kajian Dasar [IKD] di Federal Hotel, Kuala Lumpur pada 18 November lepas, Tun Salleh Abbas [yang dipecat pada tahun 1988] telah bercakap mengenai isu-isu kehakiman khususnya selepas pendedahan video rakaman perbualan VK Lingam kepada para peserta forum.


Pendedahan tersebut turut mengimbau kenangan lalu berhubung penglibatan Ketua-ketua Hakim terdahulu iaitu Abdul Hamid Omar, Eusoff Chin dan kini Ahmad Fairuz [baru bersara pada 31 Oktober lalu]. Hamid pernah didakwa terlibat dengan rasuah oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang ketika era akhir 80an dan awal 90an, Wee Choo Keong seperti melibatkan diri dalam perniagaan Syarikat Seri Azha Sdn Bhd, kekayaan melebihi dari kelayakan, menjual kereta mercedes benz 280SE no.plat WBD 1 kepada presiden @ cheif executif MBF Loy Hean Hong dan pertemuan dengan Loy pada jam 10.00 pagi di Supreme Court yang mana kes Loy masih lagi berjalan melawan MP Bukit Bintang itu. Malangnya tidak sebarang tindakan diambil terhadap Hamid, sebaliknya laporan polis dan laporan kepada BPR yang dibuat oleh Wee Choo Keong dianggap oleh Peguam Negara [ketika itu Mohktar Abdullah] sebagai laporan palsu dan Wee Choo Keong dihukum oleh Mahkamah Tinggi penjara dua tahun akibat laporannya itu membabitkan Hamid dianggap menghina mahkamah.


Hamid dilantik oleh Dr.Mahathir Mohamad sebagai pemangku Ketua Hakim Negara [selepas Salleh direhatkan menanti hukuman dipecat] dan beliau bertindak melantik Hakim-hakim yang lebih rendah kedudukannya dari Salleh dan Hamid bertindak sebagai Pengerusi pada tribunal bagi memastikan rancangan pemecatan Tun Salleh Abbas berjaya dan pada prinsip undang-undang Hamid tidak layak kerana beliau mempunyai kepentingan diri dalam kes ini. Dan akhirnya mengikut Perlembagan perkara 125(3) pada 8.8.1988 Salleh dipecat melalui sepucuk surat bertarikh 6.8.1988. Inilah merupakan sejarah seorang Ketua Hakim dipecat dan Mahathir mengukir namanya disitu.


Begitu juga ketika Eusoff Chin menjadi Ketua Hakim Negara beliau melanggar kod etika yang digubal oleh Abdul Hamid Omar seperti menurut perintah pihak eksekutif khususnya Dr. Mahathir agar semua kes yang bersangkutan dengan kerajaan [UMNO] supaya memihak kepada kerajaan. Umpamanya kes pengundi hantu di Likas yang mana Hakim Mohd.Kamil Awang menyebut orang atas [pastinya Eusoff Chin] menyuruh beliau membuang kes itu. Laporan polis dibuat, tetapi tidak ada siasatan dibuat dan Peguam Negera menyepi. Dalam waktu yang sama, mengikut pendapat Dr.Hussain Ali menjelaskan kemungkinan besar juga Eusoff Chin menyuruh Hakim Augustine Paul menolak petisyen yang dibuat oleh Dr.Jayakumar di Parlimen Sungai Siput, Perak.


Satu peristiwa yang paling mencemarkan imej institusi ini ialah peristiwa percutian Eusoff Chin bersama keluarga, Mokhtar Abdullah, V.K. Lingam bersama keluarga dan Vincent Tan di Itali pada 10 hingga 22.12.1994. Berita percutian ini disiarkan oleh akhbar Asian Wall Sreet Jounal [AWSJ] oleh Raphael Pura. Percutian ini dianggap oleh akhbar itu sebagai percutian memilih hakim. Perlu diingatkan bahawa ketika itu Ketua Eksekutif Berjaya Group Berhad Vincen Tan menyaman MGG Pillai, Hasan Hamzah, Soh Eng Lim dan V. Thavannesan berpakat menyiarkan empat artikel yang kononnya berusurkan fitnah yang disiarkan dalam Malaysia Industri sebuah majalah niaga bulanan dan MGG.Pilai juga ada menulis satu artikal yang bertajuk " Malaysian Justice On Trial In International Commercial Litigation" disiarkan oleh AWSJ yang dianggap mefitnahkan dan menjejaskan imejnya sebagai seorang tokoh korporat terkenal dan menuntut ganti rugi.Pada mulanya Hakim Dr. R.K. Nanthan menolak permohonan Vincen Tan. Peguambela Vincen Tan ialah VK Lingam [yang terlibat dengan isu klip video yang memanaskan punggung Abdullah Ahmad Badawi] tidak puas hati dan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.


Lingam mempunyai hubungan rapat dengan Eusoff dan Mohtar. Hasil percutian ini Hakim Mokhtar Siding ketika itu hakim Mahkamah Rayuan dan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Peguam-peguam dipilih mendengar rayuan Vincen Tan itu. Hakim Mokhtar mengarahkan tiga penulis termasuk MGG Pillai membayar kepada Vincen Tan sebanyak RM10 juta. Amat malang dan mendukacitakan bahawa kes keputusan oleh hakim ini dipinda, dipadam dan ditaip di pejabat VK Lingam sebelum dihantar kepada Mokhtar Siding untuk membaca keputusannya.


Itu kisah lama yang dimainkan semula ekuran klip video Lingam yang didedahkan oleh media massa. Matlamatnya ialah untuk membuktikan bahawa DS Anwar Ibrahim tidak bersalah. Ia hanya satu konspirasi jahat yang dimainkan oleh pihak polis, Peguam Negara [rujuk surat Manjet Singh Dhillon [penguambela Nallakarupan dalam kes senjat api] bertarikh 12.10.1998 kepada Mokhtar Abdullah sebagai Peguam Negara berkaitan Abdul Ghani 4Tahil ketika itu sebagai Pendakwaraya mengugut akan mengenakan hukuman mati di bawah seksyen 57 ISA sebagai alat tawar menawar untuk mendapatkan bukti terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang menghadapi perbicaraan terpanjang dan bersejarah di dunia] dan mahkamah melalui hakim-hakim yang mudah dibeli seperti Hakim Augustine Paul dan Hakim Ariffin Jaka bagi memastikan Anwar bersalah, sebab itu Mahathir perlu memecat Anwar daripada parti dan kerajaan. Konspirasi ini tidak akan berlaku sekiranya Anwar dengan rela hati berundur dan mengambil sikap tidak membuat penentangan terhadap Mahathir seperti yang dilakukan oleh Daim Zainuddin dan Abu Hassan Omar.


Bersambung siri ke 2/-“Proses Pilihanraya Dalam Negara Autokrasi dan Diskriminasi Adalah Satu Pembaziran “


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Wednesday, November 21, 2007

RASUAH : SAHABAT KARIB UMNO

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Rasuah merupakan suatu
jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan [favours] dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.


Rasuah pasti ada pengamalnya. Ia bukanlah merupakan suatu bidang pekerjaan tetap si pengamalnya. Rasuah pernah dikatakan sebagai salah satu profesion sambilan manusia. Jika dibandingkan dengan gelagat manusia, rasuah sudah setua dengan kegiatan pelacuran. Pernah seorang sosiologi Barat menyatakan: "Dimana ada pelacuran, di situ ada rasuah". Rasuah berlaku kerana adanya “kuasa”, tanpa kuasa rasuah tidak mungkin belaku.


Ada kuasa adalah rasuah. Sejak era Yunani, Roman, kebangkitan Renaissance di Eropah, kesemuanya ada bibit-bibit rasuah. Rasuah tidak dapat dielakkan. Fenomena rasuah banyak bergantung kepada kuasa. Sekiranya kuasa itu dikawal menerusi bidang pencegahan yang ketat akan meminimalah rasuah itu. Tetapi sekiranya makanisme pengawasannya longgar seperti yang diamalkan di Malaysia sekarang ini, maka bolehlah diibaratkan ianya seperti "peraturan buang sampah" yang mendenda pembuang sampah RM1,000 jika sabit kesalahan, tetapi, paling lucu, di bawah papan tanda "Jangan Buang Sampah Di Sini Denda RM1,000", di situlah sampah bertaburan dengan banyaknya.


Rasuah boleh menyebabkan penyalahgunaan kuasa. atau. Umumnya rasuah bererti pemberian material atau khidmat atas sesuatu yang sepatutnya tidak diberi dalam pentadbiran negara atau negeri. Bagi yang memberikan itu, hasratnya supaya apa yang diidam-idamkannya itu dapat dengan segera, yang menerima pula tahu, ia ada kuasa, maka dilambat-lambatkannya atau disusahkannya sehingga duit atas khidmatnya itu tiba ke poketnya.


Konsep rasuah ini bersifat multifaceted, melibatkan berbagai-bagai unsur dan bentuk. Secara umum ia dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan, awam dan tidak kurang juga swasta, bagi keuntungan persendirian. Ia lebih cenderung berlaku apabila individu menganggap kedudukan yang diperoleh sebagai satu peluang untuk membuat keuntungan peribadi dan bukan sebagai tanggungjawab dan amanah beberapa pihak yang perlu dipikul dan dipenuhi. Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi penekanan. Ini termasuk rasuah pentadbiran [administrative corruption], rasuah dalam urusan perolehan awam [public procurement corruption] dan rasuah dalam bentuk `penawanan' beberapa institusi negara [state capture].


Rasuah pentadbiran merujuk kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenang peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang berkuatkuasa oleh kakitangan awam bagi tujuan memperolehi keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur dengan berbagai-bagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang diperoleh. Lagi berat undang-undang dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu dibayar.


Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi penting rasuah yang melibatkan agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan. Ia kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan.


Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara [state capture corruption] merupakan beberapa tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan (decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan.
Dalam semua keadaan, amalan rasuah melibatkan kos sama ada dalam bentuk peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran sumber, peningkatan dalam kos urus niaga, pengurangan dalam keluaran, kemerosotan dalam kualiti infrastruktur dan perkhidmatan dan sebagainya.


Dewasa ini gejala rasuah telah menjadi suatu budaya baru yang dibawa dan dikembangkan oleh UMNO. UMNO dan rasuah tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu atau seperti kencing dan berak. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan salah satu daripadanya, sumbanglah kejadian semulajadinya. Keseluruhan organisasi dan para pemimpin UMNO diselimuti dengan najis rasuah dan menyalahgunaan kuasa untuk mengejar kedudukan, pangkat dan harta kekayaan. Politik wang berlaku secara berluasa dalam pemilihan UMNO di berbagai peringkat [rujuk dalam pemilihan UMNO tahun 2005]. Begitu juga rasuah berlaku disetiap pilihanraya yang diadakan. Proses pembelian undi, pengundi disogokan dalam bentuk kewangan dan peruntukan pembangunan mee segera disalurkan untuk menang dalam pilihanraya dan mengekalkan kuasa [rujuk PRU ke-11 , PR kecil Batu Talam, Machap dan Ijok].


Kini, seluruh institusi di negara telah dicemari dengan amalan rasuah. Bermula dengan Institusi tertinggi negara, iaitu Institusi Parlimen dipenuhi dengan wakil-wakil rakyat [Ahli Parlimen] yang korup, tidak berilmu, tidak berpandangan jauh dan lebih lepada ‘yes man’. Undang-undang digubal bermatlamatkan mengimunitikan kerajaan, bukan untuk kepentingan rakyat. Institusi eksekutif tidak perlu lagi kita bincangkan, penuh dengan najis rasuah. Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah [BPR] sendiri, Zulkipli Mat Noor dilaporkan telah terlibat dalam rasuah, gangguan seksual dan salah guna kuasa jutaan ringgit. Begitu juga dengan Ketua polis Negara, Musa Hassan dituduh menerima rasuah jutaan ringgit daripada kaki-kaki samseng. Manakala Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Mohd. Johari Baharom didakwa menerima sogokan 5 juta ringgit bagi membebaskan tiga penjenayah yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat begitu juga berbakul laporan dibuat yang melibatkan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dengan rasuah.


Beliau mendakwa, terdapat banyak kes polis melepaskan orang yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat tanpa pengetahuan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN). Beliau turut mempertikaikan kredibiliti polis kerana mendakwa banyak kes seperti itu dilepaskan tanpa pengetahuan KKDN [UM 5.3.2007]. Tuduhan yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar pada bulan Ogos lalu bahawa 40% daripada pegawai polis senior boleh ditangkap kerana korupsi tanpa melalui penyiasatan lanjutan kerana gaya hidup yang ditunjukkan mereka. Dalam pada itu, laporan Suruhanjaya Polis Diraja pada bulan Mei 2005 yang mendapati bahawa “korupsi masih tersebar dengan luasnya di kalangan personel polis” [p 9], di mana terdapat satu kes dari seorang pengadu bahawa seorang pegawai polis senior yang mengisytiharkan asetnya berjumlah RM 34 milion. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Ramli Yusof didakwa di mahkamah kerana dituduh terlibat dengan rasuah. Semua orang yang terlibat telah dibebaskan oleh Peguam Negara, Abdul Ghani 4Tahil yang bertindak sebagai pendakwa, peguambela dan hakim.


Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang paling malang, apabila isu klip video ditimbulkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pada 19 September lalu mengeruhkan lagi system keadilan di dalam Negara ini. Sistem kehakiman adalah tempat terakhir rakyat mengadu untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan. Dalam isu klip video ini mengambarkan peguam VK Lingam sedang berbual melalui telfon dengan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang ketika itu Fairuz ialah Hakim Besar Malaya. Topik yang dibincangkan ialah yang berhubung pelantikan hakim-hakim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Kemudian, Fairuz dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 2003 dan bersara pada 31 Oktober lalu [kontrak untuk perlanjutan perkhidmatannya selama dua bulan tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-raja].


Kita terkejut beruk, apabila adik Lingam sendiri, Thirunama Karasu Kandar Veluppillai, 49, telah membuat laporan polis sebanyak dua kali. Pertama, di balai polis Kelana Jaya pada 16 Mac lalu dan di balai polis Brickfields pada 19 Mac yang. Dalam laboran tersebut, Thirunama mendakwa berlakunya rasuah dalam badan kehakiman serta mendedahkan maklumat mengenai hubungan abangnya dengan hakim-hakim berjawatan tinggi. Thirunama telah mendakwa, Lingam telah "memperalatkannya" untuk merasuah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah, seorang bekas ketua polis dan beberapa hakim kanan. Panel bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat isu ini gagal mencapai matlamatnya dan akhirnya kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk mengambilalih peranan panel bebas untuk menyiasat kes ini selanjutnya.


Keadaan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia boleh diumpamakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Umum mengetahui bahawa kes di atas hanyalah secebis dari ratusan kes rasuah yang dilaporkan seperti kes-kes melibatkan Rafidah Aziz, Khir Toyo, Khalil Yaakob, Abdul Rahim Tamby Chik, A.Nazri Aziz, Azalina Othman Said, Zakaria Md Deros, S.Samy Vellu, Dr. Ling Leong Sik dan banyak lagi yang melibatkan pemimpin UMNO dan BN. Ini tidak termasuk ribuan kes lagi yang tidak dilaporkan. Apa yang berlaku itu hanyalah membenarkan suatu kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 [40%], RM1,501 - RM3,000 [31%] dan kurang RM1,500 [18%] [BH 6.3.2007].


Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah negara. [http://www.finfacts.com/corruption.htm]. Laporan ini membuktikan bahawa gejala rasuah adalah semakin buruk di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bernard Dompok sendiri tidak menyangkal indeks ini [UM, 13.2.2007].


Walau apa yang dilaporkan sekalipun, bukanlah kerja kita untuk melihat dari segi kuantiti dan seterusnya berbangga jika indeks negara Malaysia semakin baik. Sebagai seorang Muslim, kita wajib melihat isu ini dari perspektif Islam, yang mana Islam memandang bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah dan meraih keredhaanNya semata-mata.


Justeru itu, ukuran perbuatan kita di dunia di dalam meraih redha Allah adalah diukur dengan indeks halal dan haram dan bukannya diukur dengan indeks selain dari ini. Inilah di antara perbezaan mendasar di antara Ideologi Islam dengan Ideologi Kapitalis yang memandang bahawa tujuan hidup di dunia ini adalah untuk meraih sebanyak-banyak manfaat [samada berupa wang ringgit, harta-benda atau lain-lain] tanpa mengira halal atau haram yang menjadi pegangan para pemimpin elit dalam UMNO.


Inilah juga sebenarnya yang telah menjadi punca kehinaan umat Islam di mana mereka telah mencampakkan Ideologi Islam dan mengambil serta mengamalkan Ideologi Kapitalis di dalam kehidupan mereka. Halal dan haram tidak lagi menjadi pegangan, tetapi manfaatlah yang dijadikan ukuran di dalam setiap perbuatan. Oleh itu, jika dengan memberi atau menerima rasuah akan beroleh manfaat, maka mereka terus melakukannya, tanpa mengambil kira lagi aspek keharamannya dan tanpa rasa takut akan dosa dan azab yang bakal menanti.
Namun begitu, di Malaysia, masih banyak pihak tidak yakin dengan tindakan kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dalam usahanya memerangi rasuah secara serius. Abdullah sebaik sahaja memegang tampok kuasa, beliau telah mencanang ke seluruh negara untuk mencegah dan seterusnya membasmi amalan rasuah di kalangan masyarakat di negara ini.


Abdullah dengan gaya pengurusan ala Syarikat Sdn.Bhd terlibat dalam gejala buruk ini, merumitkan lagi system dan merongkai kepercayaan rakyat terhadap usaha memerangi rasuah. Sebenarnya, kerajaan tidak serius dalam mengutamakan agenda memerangi rasuah ini. Sebaliknya, kerajaan melalui Umno dan BN telah mendahulukan pelbagai bentuk rasuah dalam kempen-kempen pilihanraya di negara ini. Memang jelas, mereka mengamalkan rasuah untuk membeli undi dan mengungut pengundi.


BPR sebenarnya tidak diberikan kebebasan yang lebih luas untuk bertindak. Sebagai contoh insiden yang terjadi ke atas bekas Pengarah BPR, Shafie Yahya adalah bukti betapa BPR tertakluk terus di bawah kuasa Perdana Menteri yang memerintah Malaysia. BPR tidak ada imuniti untuk menentang arahan seorang PM, sebaliknya akur dan ikut apa sahaja kemahuan Sang PM, sekalipun kemahuannya itu jelas satu "lembaga rasuah" yang sepatutnya dibanteras oleh BPR. Hakikatnya, BPR dibina oleh Abdullah, diberi rezeki oleh Abdullah dan dididik oleh Abdullah untuk mendengar, menuruti dan mematuhi apa sahaja perancangan dan keinginan PM.


Seperti juga Peguam Negara, BPR tidak ubah seperti komputer yang telah diprogramkan mengikut agenda tuannya atau pengprogramkomputerannya. Sudah tentulah, apa yang diinstall dalam programming komputer itu, acuan yang telah disemak yang boleh mendatangkan untung kepada tuannya tadi. Walaupun BPR menjadi badan bebas, akhirnya kebali merujuk kepada Peguam Negara. Jika Peguam Negara tidak memilih untuk mendakwa, habislah kes itu dari dibahaskan. Soalnya, di negara kita hari ini, hanya seorang pendakwa sahaja iaitu Peguam Negara. Ini tentulah suatu yang amat bahaya kepada perjalanan sisitem kehakiman dan pendakwaan dalam sebuah negara yang berakhlakkan demokrasi. Ia ibarat "leher botol" yang sempit untuk aliran bebas.


Inilah sisitem yang dibuat di Israel. Tetapi tidak di Singapura kerana menteri-menterinya tidak berani menjalankan tindakan sesuka hati kecuali terlebih dahulu merujuk kepada kabinet. Di Amerika, pendakwa raya umum memang banyak dan ia boleh dilantik oleh Jawatankuasa Senat pada bila-bila masa sahaja. Cara ini membolehkan kita mendakwa seorang menteri yang dituduh terbabit dengan rasuah maka seorang pendakwa khusus dilantik oleh jawatankuasa khas tentang rasuah. Namun begitu, ianya tidak berlaku di Malaysia yang Peguam Negara dan BPRnya berada di bawah ketiak politik kepartian dan seorang Perdana Menteri.


Rais Yatim pernah berkata sebelum beliau menyambung balik jambatan yang dibakarnya dulu: "Rekod kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad untuk membanteras rasuah tidak begitu meyakinkan. Ramai tokoh yang terpalit dengan dakwaan rasuah masih dibiarkan bebas. Kewibawaan BPR tetap dipersoalkan kerana ia tertakluk di bawah telunjuk eksekutif, manakala Peguam Negara pula boleh memilih untuk mendakwanya ataupun tidak."


Selagi mana BPR di bawah telunjuk PM, kuasa menteri tidak dibataskan, media terus dikongkong, wibawa Peguam Negara terus dipersoalkan, rasuah tetap akan terus membarah. Apa lagi yang hendak ditegaskan, kalau rasuah itu memang jelas agen penjahanam bangsa dan negara. Ia tidak boleh dinafikan. Asas kepada perjuangan anti-rasuah ialah Islam, agama yang suci, yang mengajar umatnya berbuat baik dan menolak kemungkaran seumpama itu.


Kesimpulannya, negara yang bebas rasuah, akhirnya akan menolak demokrasi dan dalam negara seperti ini, demokrasi boleh dipajak dan dibeli, tidak lagi mengamalkan kesederhanaan dalam ekonomi; siapa yang kaya, yang berkeupayaan, ia boleh membeli apa sahaja khidmat sekalipun. Inilah yang membahayakan kita dan inilah yang diakui oleh Mahathir tentang rasuah. Baginya, rasuah dan kuasa politik tidak boleh dielak. Ia pasti akan terjadi dan terjadi. Perhimpunan rakyat 10 November lalu adalah tepat pada masanya. Kembalikan demokrasi, rasuah boleh dihapuskan.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
”PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalam.


Thursday, November 15, 2007

SPR MELAKUKAN KERJA-KERJA IBLIS


'PENGUNDI MISTERI' DIKESAN DI DUN DAP DI SEKINCAN
Malaysiakini.com : http://www.malaysiakini.com/news/74860

Suruhanjaya Pilihanraya Selangor (SPR) hari ini mengadakan siasatan awam terhadap bantahan lima penduduk Sekincan berhubung 49 'pengundi misteri' yang dikesan dalam senarai pemilih terbaru.

Siasatan tersebut diadakan selepas mereka membuat laporan berasingan berhubung senarai pemilih, mempersoalkan kelayakan 49 'pengundi misteri' tersebut.

Lima orang saksi - terdiri daripada tiga pengadu dan dua 'pengundi misteri' - memberi kenyataan kepada Pengarah SPR Selangor, Jailani Abdul Majid (kiri) yang bertindak sebagai pendaftar SPR dalam siasatan tersebut.

Dua orang pengadu lagi tidak dapat menghadiri siasatan tersebut kerana urusan keluarga.

Tidak diketahui berapa ramai 'pengundi misteri' yang dipanggil menghadiri siasatan hari ini, tetapi menurut Jailani, tidak terdapat peruntukan di bawah undang-undang untuk memaksa sesiapapun menghadirinya.

Siasatan tersebut bermula jam 11 pagi dan berjalan selama empat jam di ibu pejabat SPS di Shah Alam. Jailani dijangka memaklumkan kepada para pengadu keputusan siasatan itu esok.

Menurut Johari, siasatan tersebut diadakan mengikut Seksyen 17 Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

‘17 tinggal di salun’

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Swee Lim (kanan), beliau mula-mula mengesan 'pengundi misteri' itu ketika memeriksa rang daftar pemilih tambahan untuk suku tahun ketiga tahun ini.

Rang daftar pemilih tambahan tersebut mengandungi senarai penuh pengundi baru yang ditambah kepada senarai pemilih utama.

Ng memenangi DUN Sekincan dalam pilihanraya umum lalu dengan menewaskan calon MCA dengan majoriti tipis 344 undi.

Bulan lalu, pihaknya mengesan di dua lokasi - Jalan Radin and Sekinchan Kawasan C - yang mempunyai pemilih-pemilih yang berdaftar di alamat yang sama.

“Di Jalan Radin, 16 orang menukar alamat mereka ke sebuah rumah kedai yang menempatkan sebuah salun rambut. Seorang lagi yang didaftar di alamat tersebut merupakan pengundi baru," kata Ng yang ditemani oleh tiga penduduk Sekincan di siasatan tersebut.

Di Sekinchan Kawasan C pula, kata Ng, terdapat 12 pengundi baru yang didaftarkan di alamat sebuah rumah kayu setingkat yang kini didiami oleh sebuah keluarga empat orang. Tujuh pengundi lagi menukarkan alamat mereka ke rumah yang sama.

Selain dua lokasi tersebut, terdapat 13 lagi 'pengundi misteri' ditemui, didakwa dari kawasan pilihanraya berhampiran dan bukannya penduduk Sekincan.

‘Ia pilihan saya’

Ng menjelaskan, pihaknya telah membuat semakan nama-nama tersebut dengan penduduk, jiran-jiran dan pemilik hartanah di alamat kontroversi tersebut yang dicatatkan dalam rang pengundi tambahan itu - dan yakin 49 'pemilih misteri' tersebut tidak tinggal di kawasan berkenaan.

Salah seorang daripada 'pengundi misteri' yang memberi kenyataan kepada Jailani hari ialah Fan Kee Fong (kanan), 56, yang menukar alamatnya dengan SPR ke salun rambut di Jalan Radin.

Apabila ditemui pemberita selepas memberi kenyataan kepada Jailani, Fan mengakui bahawa beliau tinggal di Tanjung Karang - sebuah kawasan pilihanraya di luar Sekinchan - tetapi menunjukkan slip kertas yang mempunyai kepala surat Jabatan Pendaftaran Negara yang membuktikan dia telah menukar alamatnya secara sah, ke alamat yang baru itu.

“Ia adalah pilihan saya. Saya boleh pilih untuk mengundi di mana sahaja yang saya mahu," Kata Fan, sambil menambah yang undang-undang membenarkan beliau menjadi pengundi malah di Johor sekalipun jika dia mahu berbuat demikian.

Ditanya mengapa dia mahu menjadi pengundi di Sekinchan, Fan menjawab: “Ini kawasan Cina”.

Pakatan politik?

Ng bimbang terdapat lebih ramai 'pengundi misteri' yang belum dikesan pihaknya dan mendakwa kesahihan senarai pemilih tersebut kini boleh dipertikaikan.

Beliau mendakwa, kehadiran pengundi berkenaan adalah satu pakatan parti-parti lawan untuk mengalahkannya dalam pilihanraya umum akan datang.

Ng memenangi kerusi Sekinchan dalam pilihanraya 2004 dengan menewaskan penyandangnya dari MCA, Chia Kim Lem. Dalam 1999, Chia menewaskan Ng dengan 2,044 undi.

Ekoran persempadanan semula kawasan pilihanraya itu sejurus sebelum pilihanraya umum 2004, jumlah pengundi di situ berkurangan dari 14,406 kepada 12,949 orang.

Sekinchan adalah satu daripada dua kerusi DUN DAP di Selangor. Satu lagi ialah kerusi Sungai Pinang, yang diwakili oleh Teng Chang Khim.

Apa yang berlaku di Sekinchan itu menambahkan lagi dakwaan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia telah tercemar.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kes seorang peguam yang secara misteri telah menjadi pengundi di negeri lain
Bukti tidak ada ketelusan dalam pentadbiran SPR. SPR syaitan dan iblis kepada UMNO.
Mari berjuang menentang UMNO dan SPR

MENTERI PENERANGAN, MENTERI LEMBU

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Kini, selepas perhimpunan 10 November, topik kebodohan atau kedunguan Zainuddin Maidin [Zam] menjadi perbincangan dan perbahasan hangat di laman-laman web dan di berbagai jenama blog, malah menjadi bahan ketawa rakyat marhaen yang celik. Semua menudingkan jari, mengutuk dan menyindir Zam kerana kebodohan dan keegonya mempertahankan iklim demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Rakyat Malaysia dan dunia ketawa melihat kebodohan dan kelembuan Zam. Kebodohan atau kebolehpecayaan terhadap prinsip mempertahankan kezaliman kerajaan UMNO ini, beliau cuba hendak paksa ke atas benak rakyat Malaysia dan penduduk dunia yang lebih terbuka dan lebih liberal pemikirannya.

Zam dan barua-barua yang berada dalam kerajaan UMNO hanya berupaya memperlembukan seluruh pegawai-pegawai atasan di IPTA, terhadap rakyat yang buta mata hati, rakyat yang tidak mengenal diri sendiri, rakyat yang miskin dan papa kedana [bukan semua dan tidak ada niat penulis menghina kepada fakir-miskin], tetapi tidak kepada rakyat yang berada di dunia luar yang lebih global [bukan glokal] pemikirannya.

Bagi Zam, UMNO dan media milik atau dibawah kawalan kerajaan sahaja yang memberi fakta yang betul dan berfakta. Bila Zam mamak dajal ini hendak mampus buat menyusahkan orang sahaja. Perangai macam syaitan laknatullah.Hai, Zam berambus engkau balik ke benua India, tempat asal keturunan engkau.Bukan di bumi Malaysia ini. Rakyat Kedah lagi menyampah tenguk muka engkau macam babi hutan.


Saya berusaha mengutip beberapa isu atau episod kebodohan Zam dalam beberapa laman web dan blog tertentu. Sila baca kebodohan dan kedunguan Zam ini dalam soal amalan demokrasi dan kebebasan media.
----------------------------------------------------------

Zainuddin Maidin bila berdepan dengan wartawan dengan Al Jazeera mengenai isu Perhimpunan Bersih, gagal bukan sahaja menjawab dengan baik malah menunjukkan betapa Menteri Penerangan Malaysia itu perlu diganti dengan Menteri yang lebih jitu dalam berhadapan dengan wartawan.

Sikap menuduh dan bercakap “seperti keling karam” ( pepatah untuk menguatkan kenyataan) apabila di soal oleh wartawan Al Jazeera amat memalukan kita rakyat Malaysia. Sepatutnya Zainuddin Maidin perlu ditegur kerana gagal menunjukkan sikap seorang Menteri yang berwibawa, intelektual dan tidak melatah. Kenyataan Zainuddin Maidin hanya menampakkan beliau begitu emosional sehingga tidak menampakkan ciri-ciri beliau seorang Menteri.

Mungkin tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan bahawa Menteri seperti ini perlu diganti dari terus memalukan Malaysia. Beliau nampak tidak mempunyai jawapan kepada soalan Al Jazerra dan jawapan yang diberikan hanya untuk memburuk tetapi tidak mahu memberi justifikasi mengenai perhimpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang adil, bukan untuk menuntut diadakan pilihan raya. Mungkin sudah sampai ketika mereka dalam UMNO menegur Zainuddin Maidin dan MUNGKIN SAMPAI MASA ZAINUDDIN MAIDIN digugurkan dari menjawat jawatan Menteri Penerangan [dipetik daripada Laman UMNO-Reform]


Transcript of Malaysia's Information Minister's interview with Al Jazeera News on the Bersih Protest.

Minister: I commend yo-yo-your journalists trying to project... to exaggerate more than what actually happened. That-that-that-that's it. We are not the-the and I-I congratulate your journalists behaving like an actor, that-that's it...

Reporter: As you say that, sir, we're watching scenes of protesters being sprayed by chemical-filled water!

Minister: YA! I am watching! I'm here! You've been trying... trying to do it this - to do this everywhere but in Malaysia people are allowed to, you know? We know our police head our colleague... Police have whatever allowed the procession to go to the Istana Negara, you know? Do police, first police, like, they handle them, they attack them, they... the police don't, don't, don't fire anybody?

Reporter: Our correspondent came back to the office, sir, with chemicals in his eyes!

Minister: You-you-you-you are here with the idea, you are trying to project, what is your mind! You think that we Pakistan, we are Burma, we are Myanmar. Everything you-you are thinking! WE ARE DIFFERENT! We are totally different!

Reporter: Well unfortunately when you refuse to let people protest, it does appear so.

Minister: Ya ya we are not like you! You-you have earlier perception, you come here, you want to project us like undemocratic country. This a democratic country!
Reporter: So why can't people protest then, if it's a democratic country?

Minister: YES, PEOPLE PROTEST! People do-do... of course they protest. We are allowing them protest, and they have demonstrated. But we just trying to disperse them, and then later they-they-they don't wanna disperse, but later our police compromise. They have compromised and allowed them to proceed to Istana Negara! Police, our police have succeeded in handling them gently, right? Why do you report that? You take the opposition, someone from opposition party you ask him to speak. You don't take from the government, right?

Reporter: Why did you not break up these protests...

Minister: Pardon? Pardon? Pardon?

Reporter: Why did you not break up these protests more peacefully?

Minister: I can't hear you! I can't hear you!

Reporter: Why did you not break up these protests more peacefully?

Minister: No we-we are! We... this protest is illegal! We don't want..this... the... NORMALLY...

Reporter: OK, so let me return to my former question. Why is this protest illegal?

Minister: YA! It's a illegal protest because we have the erection in Malaysia. It's no-no point on having a protest! We are allowing to every erection... every five years never fail! We are not our like, like Myanmar, not like other country. And, and you are helping this. You Al-Jazeera also is helping this, this forces. The, you know, these forces who are not in passion, who don't believe in democracy!

Reporter: Alright, many thanks for joining us.

Minister: I don't, ya, you, Al-Jazeera, this is, is Al-Jazeera attitude. Right?

Perhatikan Menteri Penerangan kita seperti lembu menangani wartawan Al Jazera. Malunya ... tak steady langsung. Dahlah tu rupanya dia gagap dan tak tahu cakap orang putih. Baik hantar dia ke kelas Sains dan Matematiks di sekolah. Kalau dapat hantar ke sekolah dan menguasai bahasa Inggeris pun, macam mana nak betulkan gagapnya.Itu pun nasib baik dia tak sengau. Bayangkan ... nyo nyo ...Dah lah menjadi Menteri Penerangan dalam kerajaan UMNO macam tu. ]

Perdana Menteripun lebih kurang sama tak tahu memberi penerangan juga.Inilah dia yang YB Dato Shabery Chik cakap jemaah Menteri terbesar di dunia. Besar saja harap, akai tak ada. Gelabah pulak tu. Macam mana dia dapat anugerah Tokoh Wartawan?

Kalau Husin Lempoyang PM dan Presiden UMNO, Husin tak akan cakap di Persidangan UMNO tapi masa sidang akhbar. Nasib Husin baik sedikit kerana tak ada menantu yang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO. Polisi Husin adalah anak dan menantu tak dibenarkan pegang jawatan dalam UMNO.Lain pula Pak Lah, menantu cakap pasal perhimpunn, dia pun nak ikut cakap apa yang menantu cakap. Nampak sah ikut cakap menantu. Budak hingus tu tak tahu beza urusan kerajaan dan parti, pasal dia kaup semua ... baik kerajaan punya atau syarikat punya. Tuan Penasihat 20%!!!!Sebagai Presiden UMNO, Husin akan kata UMNO pun menyokong pilihanraya yang bersih. Husin akan minta polis membenarkan perarakkan dan hantar ahli-ahli, Pemuda, Puteri dan Putera untuk sama-sama berarak. Habis apa pembangkang nak cakap lepas tu. Tumpul terus hujah-hujah mereka [petikan daripada Laman Husin Lempoyang]


GELOMBANG KUNING MELANDA NEGARA

Pak Lah kata jangan heret raja
Najib kata bukan budaya kita
Ini bukan demokrasi namanya
Lebih 100,000 berkumpul di ibu kota
Warna kuning memenuhi jalanraya
Polis menghalang masuk Dataran Merdeka
Namun suara rakyat terus bergema
Memorandum diserah kepada wakil istana

Apa guna kalau kita ada Raja
Cuma jadi rubber stamp semata-mata?
Rakyat nak mengadu hal pada siapa
Nak harap kat pengkhianat bangsa
Nak harap kat perampok harta negara
Nak harap kat perasuah di Putrajaya
Nak harap kat Suruhanjaya Pilihanraya
Atas telunjuk siapa persempadanan semula

Apakah salah untuk rakyat bersuara?
Secara aman tidak timbul huru hara
Demokrasi bermakna hak untuk bersuara
Apa lagi cara kalau media dikawal selia
Bukan parti pembangkang saja yang ada
Badan bukan kerajaan juga ikut turut serta
Apakah demonstrasi bukan budaya kita?
Apakah mereka lupa sejarah negara
Umno menentang Malayan Union di jalanraya
Apakah lupa rempuh masuk dewan oleh Pemuda
Apakah lupa demonstrasi di Kedutaan Amerika

Zam juga mengutuk al Jazeera
Apabila pemberita menemuduga
Kata Malaysia bukan Pakistan atau Burma
Marah sangat kat stesen TV dari Doha
Yang juga pilih berpengkalan di Malaysia
Wahai Zam nampak sangat hang tak tau apa
Demostrasi cara aman diiktiraf badan dunia la
Juga diiktiraf oleh badan Hak Asasi Manusia
Pi duduk diam jaga Klasik Nasional cukup la

Monkey Business

Bersih demo rekindles back old memory
During 1998 the era of Reformasi
Thousands demonstrators flooded the city
Chanting God is Great and Reformasi
One of the biggest Rakyat rally
Nobody in UMNO then called us monkey
But someone in UMNO by the name of Khairi
Who thinks he is smart and witty
But in actual fact was rude and unmannerly
He who hide under his Father-in-Law al Badawi
Without his FIL and Nuri he is just nobody
He used “the protection” as he admitted recently
Besides bloggers, he said demonstrators are monkey
He should be in the same camp with Badarudin and Nazri
The MP who made sexist remarks as Umno Pengerusi
So Khairy don’t be like those two MP
Since you wish to be Perdana Menteri
Otherwise you can be PM for Darul Monkey


Keris Silau
12 November 2007

Marilah kita bersama-sama berjihad menentang UMNO, tunjukkan jalan secara sopan supaya UMNO dapat berjalan keluar dari tampok kekuasaan pada PRU ke-12 nanti.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam


Wednesday, November 14, 2007

CATATAN DARI MASJID JAMEK

Oleh : Dr.Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR
Dibawa Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum.wm.wt,

Perhimpunan 10 November telah berlalu dan telah mencipta sejarahnya tersendiri. Berbagai pandangan positif dan negatif telah diperbincangkan dari pelbagai perspektif. Walau bagaimana pun ia telah mencapai sasaran dan matlamatnya. Abdullah dan menantunya, Khairy amat terasa bahang penentangan rakyat terhadap SPR yang melaksanakan sistem pengurusan pilihanraya yang tidak adil.

Ikuti catatan Dr.Syed Husin Ali yang mengikuti perhimpunan tersebut dari dekat :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apabila keluar dari rumah selepas Zohor semalam untuk bertemu Rosli dan kawan-kawan lain yang berjanji hendak pergi bersama ke perhimpunan Bersih, hati saya menaruh dua kebimbangan.


Pertama, bimbang tidak ramai hadir, akibat gertak Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan ugutan pihak Ketua Polis Negara.


Kedua, berikutan gertakan dan ugutan itu, bimbang pihak berkuasa akan bertindak ganas ke atas peserta perhimpunan. Seorang teman lama mengingatkan saya supaya hati-hati jaga keselamatan. Kami kurang pasti ke mana hendak dituju. Akhirnya kami memilih untuk ke Masjid Jamek, sebab itu paling dekat dengan Dataran Merdeka, pusat pertemuan yang asal. Kami menaiki LRT dan turun di stesyen Pasar Seni kerana diberitahu Lat dan Hasrul bahawa polis sudah berkawal ketat di stesyen Masjid Jamek.


Dari sana kami terus menuju destinasi dengan melintasi bangunan Pasar Seni. Di merata tempat kami lihat sudah banyak kumpulan polis yang berjaga. Kami berjalan terus tanpa gangguan. Hujan sangat lebat. Tetapi kami sudah bersedia dengan payung dan topi. Selain itu saya membawa jaket hujan. Kami berhenti sekejap untuk menukar pakaian dengan baju-T Bersih berwarna kuning. Jalan menuju ke Masjid Jamek sudah penuh sesak dengan manusia - lelaki perempuan, tua muda dengan pelbagai warna baju, selain warna kuning. Semakin menghampiri masjid itu, semakin luas melaut warna kuning. Saya anggar lebih 6,000 orang sudah berhimpun di dalam dan luar masjid. Kami dengar seramai itu juga sudah berada di Masjid Negara, Sogo, Masjid India dan kurang sedikit di Pasar Seni.


Hujan lebat


Saya lihat juga beberapa buah trak FRU dan berpuluh, jika tidak beratus anggota polis berkawal dengan senjata dan perisai. Mereka menyekat semua jalan yang boleh menuju ke Dataran Merdeka.


Jalan basah kerana hujan lebat dan nampak buih-buih, agaknya bekas air pancut berkimia dan “bom gas” yang ditembak dari trak-trak tersebut. Saya menghidu bau gas dan mata merasa sedikit pedih.


Seorang yang berdiri dengan kawan-kawannya di sebelah saya, tanpa ditanya berkata dengan pelat Kelantan, “Mereka baru bede (bedil) tadi. Wah, tok leh benapah (bernafas).” Keadaan waktu itu kelihatan tenang. Hujan semakin lebat - hujan rahmat yang dapat mengurangkan kesan buruk gas pemedih mata. Kami diberitahu bahawa beberapa orang sudah dicekup polis. Kemudian, perlahan-lahan perwira Bersih - kebanyakannya anak muda - mulai mengasak laksana gelombang kuning ke arah tembok pertahanan polis.


Laungan “Allahu Akbar” dan “Lailaha illallah” bergema. Semangat naik dan lebih ramai mara. Yang berteduh dalam masjid pun mulai keluar. Yang tinggal cuma beberapa orang perempuan berumur dan kanak-kanak. Pihak polis bedebah membalas dengan menghujani tembakan air pancut dan juga “bom gas” yang disasarkan rendah-rendah. Ada yang kena kaki atau badan sesetangaha peserta. Saya tidak boleh bernafas, mata pedih susah dibuka. Saya terlupa membawa tuala kecil, walaupun sudah mengingatkan diri sebelum bertolak dari rumah.


Saya basahkan sapu tangan dan menutup hidung. Di sekeliling ramai yang berundur, kebanyakan berjalan dengan teratur dan sedikit saja yang berlari, sambil terbatuk-batuk. Saya rasakan gas kali ini lebih teruk daripada yang pernah saya alami dalam beberapa perhimpunan sebelumnya.


Tembakan 'bom gas' Ada seorang mengedarkan garam untuk dikemam dan kawan-kawan saya mengatakan mereka merasa lega selepas itu. Bila merasa boleh bernafas seperti biasa semula, ombak kuning yang terdiri daripada sebahagian rakyat yang berkumpul di tepi jalan, bergerak semula.


Sekali lagi mereka menemui serangan dari pihak polis dan tembakan pancutan air dan “bom gas” dari trak mereka. Kami berundur semula. Kami dengar ada lagi yang kena pukul dan ditangkap. Saya teringat kepada keganasan polis semasa siri demo Reformasi kira kira 10 tahun dulu, walaupun tidak seteruk itu. Suasana tenang semula. Kami mendapat berita bahawa keadaan di tempat tempat lain tidak seburuk di Masjid Jamek. Kami dengar juga perarakan dari Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni sudah bermula menuju ke Istana Negara. Ramai pemimpin parti dan badan bukan kerajaan (NGO) ikut serta dalam perarakan itu.


Saya dengar beberapa orang pemimpin dari Masjid Jamek, termasuk Dr Hatta Ramli, Shamsul dan Dr Badrul Amin sudah cuba meloloskan diri untuk ke Istana Negara juga. Saya dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk tidak bergerak, selagi masih ramai belum pergi. Tidak lama kemudian tiga orang pegawai FRU meminta untuk menemui wakil-wakil perhimpunan rakyat di situ. Mereka memberitahu, polis akan memberi laluan jikalau yang berhimpun membuka baju kuning mereka dan terus balik. Wakil-wakil yang muncul secara spontan menolak tawaran ini.


Ada sebilangan kecil yang mengambil peluang berundur. Tetapi majoriti terus bertahan di Masjid. Di depan Istana, ramai sudah berkumpul, kebanyakannya adalah mereka yang terus menuju ke sana.


Anwar telefonKami dengar dari teman-teman yang sudah sampai depan Istana bahawa perhimpunan di sana semakin besar. Sdr Anwar Ibrahim menelefon, mengatakan jalannya ke Istana banyak disekat dan oleh itu beliau mengambil keputusan untuk naik motosikal ke sana.


Beliau memang sudah banyak pengalaman menjadi pembonceng dalam keadaan sesak seumpama ini. Beliau selamat sampai dan khabarnya mendapat sambutan gemuruh. Pada masa itu saya melihat Sdr Fuziah menasihat beberapa orang supaya bergerak dari Masjid Jamek ke Istana Negara. Saya dan kawan-kawan pergi dari satu kumpulan ke kumpulan lain, menasihat supaya mereka keluar dengan alasan hendak balik, tanpa buka baju kuning, tetapi mesti melencong ke Istana.


Saya dapati ramai daripada mereka datang dari Kelantan, Pahang dan Johor. Mereka tidak tahu jalan ke Istana. Kami meminta mereka cari orang yang tahu dan ikut saja. Apabila mereka sudah bergerak, barulah kami mengikut jalan Masjid India dan lepas itu terus melalui Taman Tasek. Kami melalui sisi Dataran Merdeka dan melihat ia dikawal begitu ketat. Kami terus menuju ke Masjid Negara, akan tetapi dekat Daya Bumi, kami disekat oleh FRU dan trak-trak merah mereka. Beribu-ribu berkumpul dekat Daya Bumi dan Pos Ofis Besar. Kami menunggu jikalau ada arahan. Tidak lama kemudian Lat menelefon memberitahu bahawa perhimpunan yang dianggar seramai lebih 30,000 di depan Istana Negara, sudah mulai beredar pulang ataupun menuju ke Masjid Negara. Memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sudah diserahkan oleh delegasi termasuk Anwar, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.


Kemudian Anwar menelefon saya pula, menasihat semua kumpulan beredar pulang secara aman. Susah hendak mendengar suaranya oleh sebab ketika itu sebuah helikopter polis terbang rendah di atas kami.


Memang berjaya


Saya sampaikan kepada kawan-kawan pesan Anwar, dan mereka memanjangkannya pula kepada yang lain. Jadi, tidak sempat ke Istana. Akhirnya semua beredar perlahan-lahan secara teratur dan aman. Sampai di stesen LRT, kawasan sesak dengan mereka yang beratur untuk mendapatkan tiket pulang. Ramai berbaju kuning. Mereka bertanya, mengapa sekarang ini tidak ada tiket ulang-alik? Saya jawab, mana pernah kemudahan awam di bawah Umno BN mudah untuk orang awam?


Lantas saya terima SMA Faisal dari sekretariat Bersih, memberitahu 80 orang ditahan di IPK Hang Tuah. Tetapi sudah terlewat dan saya tidak terdaya ke sana. Bila saya tanya Lat, yang berada di sana, dia memberitahu sebenarnya kira-kira 24 orang saja yang ditahan. Mereka dibebaskan selepas jam 10 malam. Pagi semalam, saya baca dalam semua media kenyataan Ketua Polis Negara. Katanya 245 orang ditahan untuk soal siasat. TIdak tahu dari manakah beliau memetik bilangan ini. Hendak menyedapkan hati PM dan menantunyakah bahawa polis bertindak tegas?


Selanjutnya beliau berkata bilangan perhimpunan cuma 4,000 orang saja. Semua media Bahasa Malaysia dan Inggeris yang saya baca memberikan angka yang sama. Cukup setia. Hendak menyedapkan lagi hati pemimpin yang sama juga? Selain itu ada pula yang menyebarkan SMS bohong, kononnya pemimpin-pemimpin PKR tidak turun. Kesemua mereka ini tidak boleh menerima hakikat bahawa kira-kira 50,000 menyertai perhimpunan bersejarah ini.


Pemimpin, ahli dan penyokong semua pihak sama-sama berbasah kuyup di tempat-tempat berlainan, walaupun kebanyakannya berkumpul di depan Istana Negara, untuk memastikan perhimpunan ini berjaya. Memang berjaya. Rakyat jangan dicabar. Kebimbangan awal saya terus lenyap.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMTAKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
Sekian.Wassalam.

PILIHANRAYA BERAT SEBELAH SAMA SEPERTI TIADA DEMOKRASI

Oleh : Dr.Lo' Lo' bt Ghazali_AJK PAS Pusat
Dipetik daripada : MalaysiaToday.net
Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum.wm.wrt.


Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO masih tidak mahu mengaku bahawa perjalanan demokrasi di negara ini penuh dengan ketidakadilan dari berbagai sudut. SPR telah disetkan untuk melakukan berbagai penipuan melalui daftar pemilih, daftar yang tidak up-date [dipenuhi dengan nama-nama orang yang telah mati dan nama-nama orang yang tidak dikenalpasti identitinya], undi pos yang sudah tidak relevan lagi, kekangan media dan kebebasan UMNO memperkudakan jentera-jentera kerajaan, termasuk melakukan berbagai kegiatan jenayah, rasuah, menyalahgunaan kuasa dan menggunakan kedudukan untuk terus kekal berkuasa.


Tulian Dr.Lo' Lo' Ghazali mengambarkan keadaan ini, sila baca tulisan beliau sepenuhnya :
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pilihanraya yang tidak adil dan berat sebelah adalah sama dengan tiada demokrasi kerana system pilihanraya yang berat sebelah hanya akan melahirkan natijah yang serupa dengan sekiranya tiada pilihanraya : pengekalan regim yang serupa.


Dalam dua tiga hari ini kita melihat berbagai2 respon datang dari pimpinan2 UMNO sebagai reaksi kepada Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Di sini suka saya memberi komen kepada beberapa komen yg telah dilayangkan oleh pemimpin2 UMNO.


Komen pertama dari Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin (
http://www.youtube.com/watch?v=o4ZTHXn5g7Y&NR=1):“Demonstrasi tidak perlu kerana kita sudah ada piliharaya di dalam Negara kita”


Respon saya: Mungkin Datuk Zam kurang memahami dan memperlihatkan kurang-cerdiknya kerana tidak celik apa itu demokrasi. Sekiranya kenyataan Datuk Zam ini benar, mengapa di keseluruhan Negara Barat yang mempraktik demokrasi, rapat umum dan demonstrasi dibenarkan?


Bukan sahaja Negara Barat, jiran kita Indonesia rakyatnya berhimpun dan berdemonstrasi, jiran kita Thailand, rakyatnya demo sampai berminggu sehingga PM dia terpaksa lari keluar negara. Malah Negara Korea Selatan yang begitu berdisiplin rakyatnya berdemo dengan teratur, siap menyanyi dan berpakaian seragam.


Orang London berdemo beratus ribu keluar kejalan raya beberapa hari kerana masalah duit pencen sahaja.Datuk Zam nampaknya amat dangkal di dalam memahami demokrasi. Demokrasi tidak terbatas kepada pilihanraya semata-mata.

Demokrasi juga bergantung kepada kebebasan bersuara, kebebasan berfikir, kebebasan menulis dan menyebarkan maklumat, kebebasan berkumpul dan beraktiviti dsbnya.Umpama, demokrasi adalah sebuah kereta, pilihanraya adalah enjinnya, kebebasan bersuara adalah tayarnya. Tanpa tayar, walau semana kuat dan bagus enjin, kereta tetap tidak bermakna.

Datuk Zam juga sepatutnya sedar bahawa yang dipersoalkan sekarang adalah system pilihanraya di Malaysia. Sistem pilihanraya di Malaysia adalah berat sebelah, korup, tidak adil dan tidak telus. Bagaimana sebuah system pilihanraya yang tidak adil seperti di Malaysia boleh dijadikan hujjah oleh Datuk Zam?


Komen kedua dari Datuk Nazri Aziz (
http://www.malaysiakini.com/news/74681);“Kami menyokong demonstrasi Myanmar kerana di Myanmar tiada pilihanraya, tiada demokrasi. Di Malaysia, kita ada pilihanraya dan ada demokrasi”

Respon saya: Apa bezanya sistem pilihanraya yang berat sebelah dengan tiada pilihanraya. Kedua2 nya mempunyai natijah yang serupa, yakni pengekalan rejim yang sedia ada.Pilihanraya bertujuan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang mereka kehendaki untuk memerintah mereka.


Sekiranya system pilihanraya itu sendiri songsang dan berat sebelah, suara rakyat sudah tiada makna sama sekali. Keluarlah rakyat kesemuanya untuk mengundi namun natijahnya tetap serupa. Samalah seperti di Myamar.


Komen ketiga dari Khary Jamaluddin (
http://www.youtube.com/watch?v=Z-hU3bHjSIQ):“That’s why we have seen in the last few elections they’ve been given more access in the media, before there was almost none, of course they would like more in the main stream media but they enjoyed a lot more in their party organs, in their web sites they publish in web sites that supports them. These are all editorial preferences and it’s the same in the West as well”


Komen : Apa yang saudara Khairy Jamaluddin tidak sebut ialah di Negara Barat, sesiapa sahaja mempunyai kebebasan untuk menubuhkan serta menjalankan media mereka sendiri, tidak seperti di Malaysia.


Semua pihak menerima konsep “editorial preference” yang dinyatakan oleh Khairy. PAS sebagai contoh tidak mempunyai masaalah sekiranya akhbar NST hendak menyokong UMNO 100%.Apa yang menjadi masaalah ialah mengapa Kerajaan Malaysia menghalang kami untuk menubuhkan media kami sendiri. Juga, kes yang sama kepada pihak2 lain.


Sebagai contoh, sekiranya Malaysia benar2 mempraktik kebebasan bersuara, mengapa:a. Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengadakan stesen radio sendiri tidak diluluskan sehingga sekarang?b. Harakah tidak dibenarkan diterbitkan dua kali seminggu.


Permohonan Akhbar “Purnama” tidak diluluskan sehingga sekarang. Permohonan Malaysiakini untuk menerbitkan versi cetak tidak diluluskan sehingga sekarang.



Hakikatnya Khairy Jamaluddin cuba bermain wayang kerana kebebasan media tidak wujud di Malaysia. Dan, antara tuntutan Bersih yang utama adalah supaya kebebasan media diberikan kepada semua pihak yang bertanding dan tidak bertanding di dalam pilihanraya. Tanpa kebebasan media, tidak jauh bezanya pilihanraya di Malaysia dengan keadaan ketiadaan pilihanraya di Myanmar.


Komen keempat adalah dari Khairy Jamaluddin (
http://www.youtube.com/watch?v=-FybbGOvvjo)”“Selama-lama ini mereka bertanding tapi hari ini mereka menutut untuk pilihanraya yang bersih”


Komen saya: Sekiranya pilihanraya benar2 bersih nescaya selama ini pembangkang tidak kalah di dalam bertanding di dalam pilihanraya.


Komen kelima: Dato Azalina kata peserta Himpunan Bersih dayus.....


Komen saya: Kesian saya pada Dato kerana tidak faham makna dayus. Dayus maknanya seseorang yang tidak berani, penakut, tidak mahu dan tidak berusaha untuk melunasi tanggung jawabnya.
Contoh seorang suami yang tidak memeberi nafkah kepada isteri kerana malas hendak bekerja. Contoh seorang suami yang juga pemimpin Negara yang biar isteri dia berlaga pipi dengan selebriti.
Contoh seorang bapa yang membiarkan anak perempuannya diusung oleh lelaki sana-sini. Contoh orang Islam UMNO yang membiarkan masjid dan surau dirobohkan walaupun ada kuasa. (Samy Vellu lebih berani dan tidak dayus sehingga membatalkan semua hari terbuka deepavali demi membela kuil yang dirobohkan).
Contoh ahli UMNO/BN yang takut untuk berhadapan dengan parti” pembangkang dalam pilihan raya yang adil dan telus. Itulah contoh2 dayus sebenarnya.


Kami yang turun beratus ribu pada 10 Nov meski pun diugut dan dihalang begitu hebat adalah rakyat yang berani, tidak dayus dan bukan penakut macam perwakilan UMNO yang hendak bercakap perkara benar isu semasa dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Sebenarnya dayus ialah apabila sebuah parti politik menggunakan jentera kerajaan, undang-undang, polis dan tentera dsbnya untuk memenangi plihanraya. Tidak mahu bergantung kepada usaha dan kudrat sendiri, terpaksa bergantung kepada jentera milik raykat untuk memenangkan diri sendiri.


Itulah sebenarnya definisi dayus.Sekiranya UMNO tidak dayus, nescaya UMNO tidak akan menggunakan polis untuk menggagalkan perhimpunan 10 November 2007.

Komen Keenam dari Datuk Johari Baharom:“Perhimpunan ini adalah perhimpunan haram”
Komen saya : Kalau hendak diikutkan perhimpunan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 dahulu pun adalah perhimpunan haram. Mengapa sehingga hari ini UMNO meraikan ulangtahun “perhimpunan haram” menentang Malayan Union?

UMNO kini berada dalam kekalutan. Bergelut bagi memastkan terus dapat dikekalkan, maka ia terpaksa bergantung kepada tongkat [seperti pasukan polis, JPN, SPR, Kehakiman dan organisasi kerajaan] untuk berdiri. UMNO sebenarnya lemah, ia tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri, tanpa sokongan daripada pihak-pihak yang saya sebutkan itu.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam.