DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, October 24, 2007

SIAPA DSP BORHAN DAUD?

Dibawa Khas Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

DSP Borhan Daud adalah seorang pegawai polis yang bertanggungjawab menangkap, menahan dan menyiksa Abdul Malek Hussin selama 57 hari, sebelum Malek dibebaskan dari tahanan ISA pada tahun 1998. Malek baru-baru ini telah memenangi kes samannya terhadap kerajaan Malaysia dan mahkamah mendapati penahanan beliau di bawah ISA adalah tidak sah dan mempunyai ‘niat jahat’.

Cucu Mat Kilau telah menceritakan siapa dia Borhan ‘binatang ganas berwajahkan manusia’ ini. Ikuti tulisan beliau seterusnya :

Terlebih dahulu Cucu mengambil peluang untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Abdul Malek Hussin, bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), diatas kemenangan dalam kes saman RM2.5 jutanya baru-baru ini. Kemenangan yang jelas dan nyata membutkikan serta membuka mata kerajaan yang memerintah supaya menghapuskan akta zalim dan tidak berperikemanusiaan itu. Sesungguhnya, dengan kemenangan ini kita harapkan semoga ianya akan terusmembakar semangat kepada kita untuk meneruskan perjuangan bagi menegakkan Islam dan keadilan di bumi Malaysia ini.

Membaca luahan Saudara Malek dalam artikel Malek: Pengalaman ngeri sebagai tahanan ISA sesungguhnya tidak tergambar difikiran kita bahawa beginikah buruknya sifat yang ditunjukkan oleh "penguasa-penguasa" yang diberikan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat marhaen selama ini. Bukankah semua anggota polis yang terlibat mendera Malek Hussin adalah beragama Islam. Apa guna lambang "Allah" dan "Muhammad" pada topi yang dipekai oleh mereka !! Sungguh zalim dan biadap sekali. Selama ini kita hanya mendengar rintihan dan luahan yang disampaikan oleh beberapa orang tahanan ISA yang didera secara umum dan tidak terlalu detail seperti yang berlaku kepada Malek Hussin. Apakah begini sikapnya mereka yang berkuasa dalam negara Islam Hadhari seperti Malaysia ini. Dimanakah letaknya harga diri mereka sehingga tergamak menyiksa seorang manusia yang menyokong parti pembangkang dengan sebegitu teruk sekali. Cucu tidak dapat membayangkan perkara sebegini boleh terjadi dalam sebuah negara yang bertamadun hari ini.

Kita biasa mendengar tentang kekejaman dan penyiksaan yang dilakukan oleh tentera dan polis Israel terhadap umat Islam di Palestin selama ini. Sangkaan kita mereka itu sudah terlalu zalim, bahkan perlakuan dan sikap yang ditunjukkan langsung tidak mencerminkan manusia yang beradap dan berperikemanusiaan. Ditindas, dizalimi, disiksa dan dibunuh bagaikan haiwan.

Namun jika manusia seperti Malek Hussin juga dizalimi seperti itu, maka apakah bezanya anggota polis dan tentera Malaysia dengan Israel? Hari ini kita dapat melihat anggota polis banyak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral dan diluar sifat kemanusiaa, Lihat sahaja apa yang berlaku kepada kes Altantunya yang mana turut melibatkan anggota polis UTK yang dipercayai bersubahat untuk meletupkan wanita warga Mongolia itu. Di Batu Buruk Trengganu, anggota polis sanggup menembak dengan sewenang-wenangnya rakyat yang tidak bersalah dengan peluru hidup.

Itu belum lagi termasuk cerita-cerita ganas dan geri yang kita dengan di penjara dan mereka-mereka yang pernah disoal siasat dalam kes-kes jenayah atau pun sebagainya.

Sebagai manusia yang waras, kita tidak marah dan geram sekiranya perlakuan yang dibuat terhadap Malek Hussin atas kes-kes seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Namun Malek hanya menyertai suatu perhimpunan dalam sebuah negara demokrasi seprti Malaysia ini. Mengapa harus beliau didera sebegitu rupa !! Ditumbuk, ditapar, dihenyak-henyak, ditempeleng dan apa yang lebih memeranjatkan lagi diberi minum air kencing dan makan tahi anjing.

Masya Allah... Inikah dia pihak berkuasa yang ditugaskan menjaga keselematan dan kesejahteraan rakyat dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia ini. Bahkan apa yang mereka lakukan saling tak tumpah seperti apa yang berlaku kepada nenek moyang kita semasa penjajahan Jepun dan era komunis dulu. Kita biasa mendengar kes dipaksa minum air sabun dan sebagainya.

Itu zaman Jepun !! Kini zaman moden era globalisasi ... masih ada manusia yang tergamak memberi insan lain meminum air kencing !!! Jika beginilah rupanya pihak penguasa keselamatan di Malaysia ini, memang sah dan benarlah telahan banyak pihak bahawa pihak polis dinegara kita adalah Paksa Dera Rakyat Marhaen (PDRM). Mereka bukan mahu menggunaka undang-undang untuk menegakkan kebenaran dan sebagainya, sebaliknya mereka memaksa dan mendera individu-individu yang tidak sebulu dan sealiran dengan parti pemerintah (UMNO-BN). Apa nak jadi tanahairku ini. Justeru itulah kita tidak hairan semakin hari generasi muda semakin kurang ajar dan berani melakukan kesalahan-kesalahan jenayah.

Terbaru, kes bunuh seorang kanak-kanak berumur 7 tahun di Kapar, Kelang. Secara logiknya tidak mungkin seorang budak berumur 15 tahun sanggup membunuh seorang kanak-kanak hanya kerana mengganggu binatang peliharaannya. Namun mengapakah ini berlaku? Mungkin kerana mereka meniru dan mengikut apa yang mereka lihat selama ini. Sesuatu perlu dilakukan jika kita mahu melihat generasi akan datang dapat hidup dalam sebuah negera yang aman dan harmoni seperti yang kita idam-idamkan. Negara kita kini sudah tidak selamat lagi, penuh dengan penjenayah di sana sini.

Berbalik kepada kes Malek Hussin, kemenangan beliau itu seharusnya dapat membuka mata kerajaan bahkan dunia akan kepincangan yang berlaku dalam amalan demokrasi di negara ini sebenarnya. Apa guna kita berbangga menghantar manusia ke bulan sedangkan sikap dan habitat binatang masih berada dalam naluri mereka-mereka yang berkuasa. Biarpun agak lama baru keputusan diterima. Namun sesungguhnya kemenangan Malek ini akan memberi jalan dan harapan untuk lain-lain tahanan ISA .

Saman yang difailkan pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia itu sebenarnya memberi tamparan hebat buat kerajaan dan UMNO sendiri. Mereka merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena kepada badan kehakiman, lantaran kini keputusan yang jelas berlandaskan keadilan telah dibongkar satu persatu. Biarpun hampir 8 tahun baru keputusan diterima, tetapi sekurang-kurangnya ia berjaya memberi semangat dan moral kepada rakyat untuk meneruskan perjuangan selepas ini.

DSP Borhan Daud Jatuh Payung Terjun

Dalam kes saman Malek ini sebenarnya, ramai yang tertanya-tanya siapakan ASP Borhan Daud dan mana hilangnya manusia ini. Rahim Noor, umum sudah kenal dan tahu kisahnya terutamanya dalam Kes Anwar Ibrahim. Tetapi siapakah Borhan Daud, orang yang bertanggung jawab menjadi master mind untuk mendera dan menyiksa Malek Hussin. Mana hilangnya beliau selama ini.

Al-Kisahnya,pada tahun 2006 lalu Cucu telah ditakdirkan untuk bertemu secara tidak sengaja dengan manusia bernama DSP Borhan Daud ini. Cucu juga pernah menjenguk ke rumah beliau. Dan kali terakhir Cucu bertemu beliau ialah sekitar awal tahun 2007 lalu. Lokasinya biarlah Cucu rahsiakan.

Persoalannya, mengapakah Cucu boleh terbertemu dengan DSP Borhan ini. Sedangkan Cucu sendiri tidak mengenali beliau secara jelas. Namun namanya dan kelibatnya amat sinonim dengan gerakan reformasi dulu. Terutamanya ketika tragedi penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara dulu. Wajahnya juga ada dipaparkan dalam beberapa buah laman reformasi dan juga akhbar. Kerana DSP Borhan adalah antara anggota polis cawangan khas yang paling berwibawa. Lantaran itu beliau sering diberi tugas yang besar terutamanya dalam membendung pengaruh Anwar selepas pemecatannya 2 September 1998 itu.

Bagaimanakah Cucu boleh kenal secara dekat dengan DSP Borhan. Kisahnya adalah kerana urusan perniagaan. Cucu merupakan salah seorang usahawan dalam sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan di bidang telekomunikasi. Syarikat terbabit sering mengadakan roadshow usahawan ke seluruh negara. Cucu menyertai perniagaan tersebut setelah melihat pasaran bidang telekomunikasi begitu meluas ketika itu. Maka sebagai usahawan Cucu sering hadir dalam setiap kali program yang diadakan di tempat Cucu. Dipendekkan cerita, semasa program tersebutlah Cucu berkenalan dengan seorang wanita muslimah sejati (bertudung bulat labuh).

Wanita tersebut merupakan salah seorang usahawan yang cukup berjaya terutamanya dalam perniagaan bercorak jualan langsung di tempat Cucu. Perkenalan Cucu dengannya menyebabkan kami sering berbincang dan mengatur strategi bersama-sama untuk membangunkan perniagaan yang kami ceburi. Pendek kata setiap hari Cucu akan bersama beliau kemana sahaja menjalankan urusan perniagaan tersebut.

Apa yang menghairankan Cucu ialah, biarpun beliau bertudung labuh dan berjilbab namun beliau bebas keluar dengan lelaki siang dan malam. Cuma bula jam menghampiri pukul 12.00 malam beliau akan bergegas pulang kerana khuatir suaminya akan marah. Maka nak menjadikan cerita, pada suatu hari Cucu bertanyalah kepada beliau "Suami akak tak marah ke, akak selalu kelaur rumah". Jawanya "Suami akak tak kisah janji dia tahu akan jujur dalam bisnes". Tertarik dengan jawapan itu, Cucu bertanya pula "Suami akan ada di mana, saya tak pernah nampak pun akan bawak dia setiap kali program.. asyik datang sorang-sorang jer?" Dia menjawab "suami akan sakit sekarang ni...dah dekat 3 bulan terbaring atas katil.. terjatuh payung terjun".

Cucu jadi bertambah minat untuk tahu siapakah suami wanita terbabit, terutamanya perihal jatuh payung terjun. Maka Cucu berkata "Datu hari nanti bolehlah saya berjalan rumah akak, saya nak gak kenal-kenal dan tau cerita suami akak".

Tidak lama selepas itu, setelah mengaturkan pertemuan pada suatu hari selepas selesai program Cucu teringin untuk ke rumah wanita terbabit. Ada dua perkara yang ingin Cucu lakukan, pertama nak bertemu dan berkenalan dengan suami wanita terbabit dan kedua untuk mengambil dan memberi beberapa produk kesihatan daripadanya. Dalam perjalanan ke rumah beliau yang jaraknya hanya 2km dari pusat bandar, Cucu tertanya-tanya siapakah suami wanita terbabit. Sesampai di rumah beliau sebelum masuk ke rumah, Cucu bertanya suaminya mana? Beliau menjawab kalau Cucu tengok mungkin Cucu kenal. Terfikir pulak Cucu siapa dia? Artis ke? Juatwan ke? Hartawan ke?. Cucu pun dipersilakan masuk ke dalam rumah. waktu itu sekitar jam 10.30 malam.

Belum sempat duduk, Cucu sudah terperanjat dan terkejut beruk apabila melihat satu keratan akhbar yang diframekan pada dinding rumah. Antara lain kelihatan perkataan DSP Borhan Daud disebelahnya ada gambar beliau. Masya Allah kata Cucu "Aku kenal manusia ni !! Dialah yang membelasah Malek Hussin dulu ketika ditahan ISA". Oleh kerana Cucu menjadi penulis siber semenjak 1998 lagi, maka wajah-wajah SB yang popular memang "amatku kenali" termasulah DSP Borhan Daud. Ketika itu wanita terbabit pergi membuat air minuman untuk dihidangkan. Cucu membelek-belek album gambar, memang sah banyak gambar beliau dalam kes reformasi, termasuk ketika tangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam hati Cucu terngiang-ngiang... "Rupanya akak ni isteri DSP Borhan Daud.. Tapi pelik pakai tudung labuh macam muslimah PAS... Patutlah masa berbual, aku kutuk kerajaan dia marah".

Cucu menenangkan fikiran dan duduk, semasa berbual Cucu pun bertanya tentang suaminya. Katanya suaminya ada diatas dalam bilik, terbaring jer.. kalau nak berjalan perlu dipapah. Hobi suaminya ialah main "Kereta Control" dan beliau gemar membuat aktiviti payung terjun. Namun begitu ketika menjalankan aktiviti terbabit di Melaka tak silap Cucu, semasa penerjunan dibuat, payung terjunnya tidak dapat dibuka sehingga beliau mengucap beberapa kali dan akhirnya terbuka juga namun dalam jarak yang rendah. Ini menyebabkan suaminya terjatuh pada rimbunan pokok-pokok berdekatan tempat latihan tersebut. Beliau tercedera dan tidak sedarkan diri, kakinya patah dan tak silap Cucu suaminya telah dimasukkan ke wad kecemasan akibat kecederaan serius ketika itu. Mujurlah suaminya masih dapat terus hidup katanya. Namun begitu pembedahan dibuat dan pihak hospital memasukkan besi bagi menyambung tulang-tulangnya yang patah. Masuk hari terebut, semasa Cucu dirumahnya sudah lebih 3 bulan suaminya terlantar.

Dalam hati Cucu, Masya Allah ... inilah agaknya balasan Allah terhadap kekejaman DSP Borhan Daud selama ini. Sebelum ini kita dengar Dr.Ristina meninggal, kemudian peguan Mokhtar Abdullah dan beberapa orang lagi perancang konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat bala dari Allah SWT. Macam-macam cerita yang kita dengan, sememangnya menunjukkan bala Allah itu diberi percuma ketika didunia lagi. Maka dalam hati Cucu, inikah balasan untuk DSP Borhan, mujurlah dia masih boleh bernyawa dan payung terjunnya masih boleh kembang walaupun dia sudah hampir menempah maut ketika itu. Mungkin untuk memberi keinsafan dan kesedaran terhadap dosanya selama ini.

Dipendekkan cerita, selang beberapa hari selepas itu Cucu datang lagi menjenguk rumahnya dan kali ini Cucu dapat berjumpa dan bercakap sendiri dengan manusia yang bernama DSP Borhan Daud. Susuk badannya agak kurus sikit ketika itu, beliau kelihatan agak pucat. Namun air mukanya kelihatan seperti tidak segarang dan seganas yang disangka. Dari perbulan demi perbualan maka sahlah yang manusia yang Cucu temui itu adalah manusia yang membelasah dan menyiksa Malek Hussin selama ini. Mungkin takdir dan rezeki Cucu untuk bertemu beliau. Dari perbualan demi perbualan memang benar, selepas kes Anwar beliau mendapat sedikit habuan dan dinaikkan pangkat dan bertukar ke Melaka kemudian ke tempat Cucu. Beliau merupakan antara pemayung terjun yang cukup pakar, namun takdir menentukan akhirnya beliau hampir menghembuskan nafas yang terakhir akibat kejadian tersebut. Pendekkata, banyak hal juga yang Cucu tanya kepada beliau tentang politik dan sebagainya.

Cucu mula terputus hubungan dengan isteri beliau dan beliau sendiri selepas tidak lagi menjalankan perniagaan dalam syarikat terbabit. Namun begitu Cucu pernah terserempak kali terakhir dengan beliau pada tahun 2007 ini, ketika berlangsungnya Pekan Fest di Bandar Di Raja Pekan. Dalam pertemuan singkat itu Cucu bertanya, adakah beliau sudah sihat... beliau berkata kini sudah boleh berjalan seperti biasa setelah berehat hampir 6 bulan terlantar di rumah. Cucu bertanya lagi, apa yang dibuat sekarang... terutamanya di Pekan ketika itu. Menurutnya beliau mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mengadakan lawatan ke Pekan Fest waktu itu. Sejak itu, Cucu tidak lagi bertemu dengan beliau hingga ke hari ini. Apapun Cucu masih ingat dan tahu rumahnya, kenderaannya dan semua yang melibat beliau. Itu pun jika beliau tidak berpindah dari lokasi terbabit. Ini bermakna beliau kini menyambung kembali tugasnya, dan mungkin menjadi pengiring Najib agaknya.

Dengan kisah yang Cucu paparkan ini, maka sama-samalah kita mengambil ikhtibar bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang hambanya lakukan. Selama ini Cucu pernah terniat untuk menulis cerita DSP Borhan ini. Namun memikirkan Cucu dan isterinya adalah sahabat perniagaan maka Cucu lupakan niat tersebut. Namun kini, bila membaca apa yang beliau lakukan terhadap Malek Hussin, sesungguhnya menjadi tanggungjawab Cucu untuk memaparkan kisah beliau ini agar ia menjadi iktibar kepada manusia yang zalim dan tidak berperikemanusiaan seperti ini.

Apakah tindakan Abdul Malek Hussin selanjutnya?

Adalah dicadangkan Malek mengambil tindakan-tindakan seperti berikut :

1. Mengambil tindakan mahkamah terhadap Borhan dan Abdul Rahim berdasarkan keputusan bertulis daripada mahkamah.

2. Malek dan seluruh keluarganya hendaklah melakukan munajat kepada Allah s.w.t memohon supaya kedua-dua orang ini serta keluarga mereka ditimpakan bala-bencana yang amat pedih di dunia dan diakhirat kelak.

3. Malek dan keluarganya jangan memberi kemaafan di atas perbuatan kebinatangan mereka itu. Tunggu perbicaraan dihadapan Allah diakhrat nanti.

4. Ajak bersama seluruh umat Islam yang prihatin mengerjakan sembahyang hajat beramai-ramai agar seluruh keturunan mereka berdua tidak mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Biarkan mereka senantiasa berada dalam kehinaan disebabkan kezaliman yang mereka telah lakukan terhadap sesame insane yang tidak berdosa.

5. Rahim sudah pencen dan sudah tua. Pastinya beliau tidak mempunyai kekuatan fizikal lagi. Manakala Borhan semakin sampai penghujung usia. Gunakan kekuatan fizikal balas balik sepertimana mereka berdua telah lakukan terhadap saudara. Pepatah Melayu ada menyebut :”Hutang darah pastikan dibayar dengan darah jua”.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

50 TAHUN MERDEKA: BANGANGNYA PASUKAN POLIS NEGARA KITA - SIRI 3

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Satu laporan yang disiarkan oleh Detikdaily : [http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name =News&file=article&sid=931 ] sangat melucukan apabila pasukan polis khususnya SB Sungai Siput kawasan Parlimen S.Samy Vellu, Menteri Kerja Raya menitahkah Majlis Daerah Kuala Kangsar menurunkan semua baner yang dipasang oleh Parti Sosialis Malaysia, Cawangan Perak.
Laporan penuh seperti berikut :

BANNER RAYA PSM DITURUNKAN ATAS ARAHAN SB SUNGAI SIPUT
SUNGAI SIPUT,
17 OKTOBER 2007:
Kesemua Baner Hari Raya Parti Sosialis Malaysia (PSM) diturunkan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Kangsar atas arahan Cawangan Khas Sungai Siput kerana turut memaparkan ayat " Bersatulah Menentang Penswastaan Air dan Hospital ".

Ahli PSM diberitahu oleh pegawai MDKK (Sg Siput U) bahawa pihak Cawangan Khas Sg Siput telah mengarah MDKK menurunkan baner Hari Raya kami pada 11hb. Oktober 2007 walaupun pihak parti telah mengikut peraturan MDKK dan memperolehi permit sebelum mengikat baner tersebut.

Pegawai MDKK memberitahu bahawa Cawangan Khas berpendapat perkataan di baner ini bersifat anti-kerajaan dan tidak dapat dipamirkan. Selaras dengan ini ahli PSM Sungai Siput telah membuat aduan polis pada 13hb. Oktober 2007 terhadap perkara ini.

Ahli PSM diminta menutup baner itu untuk membolehkan ia dinaikkan semula. Namun demikian pihak PSM terus memaparkan Banner di Pejabat PSM. Pihak MDKK sekali lagi meminta ahli PSM menurunkan baner tersebut tetapi PSM meminta MDKK untuk meminta pihak polis membawa isu ini terus kepada pihak PSM dan tidak diperalatkan oleh pihak Cawangan Khas Sungai Siput.

Tindakan polis dan MDKK terbukti bercanggah dengan Hak dan kebebasan bersuara dan meluahkan perasaan seperti termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Negara. Mungkinkan baner tersebut menjejaskan pandangan angkasawan kita yang berada di angkasa pada masa itu.
ULASAN :

Sekali pandang minded pasukan polis kita lebih UMNO daripada UMNO. Sayang seribu kali sayang, walaupun sudah berusia dua abad, namun anggota pasukan polis kita masih lagi mengekalkan fikiran kolot, mundur dan jauh kebelakang. Masih lagi hidup di zaman batu yang tidak ada hubungan dengan dunia luar. Hidup dalam dunia sendiri-sendiri.

Mentaliti pasukan polis kita masih lagi kalut, berserabut dalam lingkaran ganas system feudal yang diamalkan di abad ke-15 [walaupun sekarang ini kita berada dalam abad ke-21, di zaman ITC dan sudah ada rakyat kita yang sudah berjaya menjadi angkasawan] yang mana ketika itu Raja memiliki kuasa mutlak yang memerintah negeri-negeri majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu contohnya di negeri Melaka yang cemerlang, gemilang dan terbilang ketika itu. Setiap perintah Raja mesti diakur, tidak boleh dibantah. Sesiapa yang berani menyangah perintah Raja, maka orang itu telah dianggap sebagai ‘penderhaka’ yang akan dihukum seberat-beratnya. Hukum mati.

Sesiapa [rakyat] yang membantah akan dihukum pancung sampai mati, hatta sekali pun kalau Raja itu mahu merampas isteri kita untuk dijadikan sebagai gundiknya, kita sebagai rakyat tidak ada hak untuk membuat sebarang bantahan, kita mesti taat dan menyerah kalah. Kisah silam telah mencatatkan satu peristewa yang tidak boleh dilupakan oleh sejarah ialah pembunuhan beramai-ramai keluarga Tun Fátimah atas sifat membalas dendam. Tun Fátimah adalah anak gadis lepada Bendahara Tun Mutahir. Tun Fatimah yang cantik jelita ini telah dikahwinkan dengan Tun Ali.

Tun Ali, Bendahara Tun Mutahir sendiri dan seluruh keluarga Tun Fatimah telah dibunuh atas titah perintah Raja. Pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan bagi memenuhi hasrat nafsu jahat Raja untuk memperisterikan Tun Fatimah. Atas alasan yang direka-rekakan [mengadu-domba bagi kepentingan diri] oleh pembesar-pembesar istana, Bendahara dan keluarganya telah dituduh hendak menderhaka. Tuduhan tersebut adalah palsu semata-mata bagi membolehkan Raja bertindak tanpa usul periksa seperti ‘orang mengantuk disorong bantal’ untuk membalas dendam ke atas Bendahara yang bertindak mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali tanpa pengetahuan baginda yang teringin untuk beristeri. Raja menjadi murka kerana Bendahara kerana tidak menyembahkan Tun Fátimah kepada baginda untuk dijadikan sebagai isteri, sebaliknya Bendahara mengahwinkan Tun Fatimah dengan Tun Ali.

Begitu juga kisah persahabatan dan kekeluargaan Hang Tuah dengan Hang Jebat berkecai akibat daripada Raja terpengaruh dengan hasutan dan provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam istana yang senantiasa mengelilingi Raja pada waktu itu. Ketaatan dan kesetiaan membuta tuli yang dilakukan oleh Hang Tuah menyebabkan ikatan persahabatan dan persaudaraan yang dijalinkan semenjak dari kecil telah terburai menyebabkan keselamatan dan keamanan Melaka menjadi lemah dan Goyah. Kelemahan ini diambil kesempatan oleh pihak luar [termasuk unsur dalam negeri yang rasuah, menyeleweng dan menyalahguna kuasa dan kedudukan] menyebabkan Melaka jatuh dan Rajanya melarikan diri ke negari orang lain.

Kini suasana seperti itu timbul kembali, tetapi dalam bentuk yang berbeza, hanya formatnya tetap sama dan kekal. Mentality kebanyakan orang Melayu masih lagi tebal dipengaruhi oleh sistem feudal seperti di zaman dahulu-kala. Mereka tidak berani bangkit membuat sebarang bantahan atau perubahan terhadap dasar-dasar atau peraturan yang dibuat oleh kerajaan yang amat jelas merugikan mereka seperti baner yang dipasang oleh PSM yang mengajak rakyat berjuang bersama menghalang kerajaan menswastakan air dan hospital. Penswastaan ini merugikan rakyat, rakyat terpaksa menanggung kos dan terpaksa bayar lebih. Kos belanja hidup rakyat akan meningkat, tetapi penswastan ini akan memberi faedah segelintir golongan yang ada hubugan dengan elit yang berkuasa. Rakyat tetap berada dalam lingkaran ganas kemiskinan. Mentaliti seperti ini amat sukar untuk diubah, apatah lagi mengharapkan mereka berjuang mengantikan kerajaan yang lebih bertanggungjawab.

Amat malang bagi kita sebagai rakyat Malaysia, pasukan polis ang kita harapkan menjaga keselamatan dan keamanan, tetapi mentality pasukan ini masih lagi terkongkong dalam sistem feudal ini. Pasukan polis kita menerima arahan dripada UMNO seperti menerima perintah Raja di zaman kegemilangan Melaka dahulu kala. Mereka taat membuta tuli, bertindak tidak menggunakan aqal yang waras, seolah-olah mereka telah dijelmakan semacam seekur lembu yang dicucuk hidungnya. Senantisa mahu menurut perintah tuannya, yang kadang-kadang perintah itu merugikan rakyat dan Negara.

Buktinya kita lihat tiga peristewa terdekat, pasukan polis kita mempunyai ikatan yang erat dengan elit politik UMNO yang berkuasa. Pertama, kisah Abdul Malik Hussin yang dianugerahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebanyak RM2.5. juta adalah hasil kejahatan, kezaliman, kekejaman dan brutalnya pasukan polis kita ketika mengendalikan kes-kes yang melibatkan Orang Kena Tuduh [OKT] khasnya yang ditahan di bawah akta ISA seperti Malik itu.

Kedua, peristewa hitam 8 September di pantai Batu Buruk, Terangganu. Seorang anggota polis melepaskan tembakkan peluru hidup terhadap orang ramai ketika hendak menyuraikan satu perhimpunan kecil ceramah politik yang izinkan oleh Negara yang sesungguhnya mengamalkan budaya dan mengamalkan prinsip demokrasi yang bersih.

Ketiga, peristewa pihak polis tidak berani dan takut, kecut batang ‘p_l_r dan t_lo_’ kerana berhadapan dengan penternak babi di Paya Mengkuang, Melaka. Adalah menjadi satu kesalahan apabila orang awam menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi. Tetapi, malangnya tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap dalang yang menganjurkan demontrasi tersebut. Begitu kontras sekali apa yangb terjadi di Batu Buruk, malah di Paya Mengkuang, penternak babi diberi peluang seluas-luasnya untuk memindahkan ternakan mereka secara beransur-ansur.

Apabila munculnya ayat "Bersatulah Menentang Penswastaan Air dan Hospital" di baner-baner yang dipasang oleh PSM, secepat kilat [tentunya dipengaruhi oleh unsur-unsur politik] pasukan polis [SB Sungai Siput] membuat tafsiran yang tidak tepat menyatakan bahawa ayat ini adalah anti-kerajaan, yang tidak boleh dipasang di mana-mana tempat yang senang dilihat oleh rakyat.

Persoalan ini di sini ialah apakah ayat itu mengajak seluruh rakyat menentang penswastaan air dan hospital untuk kebaikan rakyat dikatakan anti-kerajaan? Pasukan polis kita, pada keseluruhan masih belum faham atau masih bodoh dan banggang dalam pengertian amalan atau pemerintahan Negara secara demokrasi. Fikiran mereka masih terikat dengan system feudal dan terpengaruh dengan ajaran komunis yang menyebut semuanya yang datang dari kerajaan itu benar dan sahih, yang lain-lain itu mesti salah dan tidak benar.

Mengajak rakyat menentang dan menjatuhkan UMNO dengan berbagai kaedah berjihad sama ada melalui PRU ke-12 nanti atau lain-lain kaedah yang diizinkan oleh perlembagaan bukan merupakan satu kesalahan dalam sesebuah negara yang amalkan demokrasi. Apa bezaya tindakan UMNO berhempas pulas sekarang ini untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelatan dan pada tahun 2004, UMNO berjaya merampas Terangganu daripada tangan PAS dengan berbagai helah dan strategi termasuk bermacam-macam penipuan yang mendapat bantuan secara langsung dan tidak langsung daripada institusi-institusi kerajaa.

Sampai bilakah mentaliti pasukan polis kita mahu berubah?

Tidak ada cara lain, melainkan kita sama-sama berjihad memberi ruang dan jalan keluar secara sopan kepada UMNO pada PRU ke-12 nanti. InsyaaAllah.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

Sunday, October 21, 2007

50 TAHUN MERDEKA: PROFESIONALISME PDRM HANCUR-BERKECAI

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t terutamanya dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan Ramadhan al-mubaraq. Allah menjanjikan pahala yang maha besar kepada ummat Nabi Muhammad yang menjalankan ibadah puasa di siang hari, disebelah malamnya melakukan amal solleh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t sepertimana yang dijelaskan dalam al-Quran. Rayuan dan peringatan seumpama ini sering diperkatakan kerana sifat mukmin yang sejati itu, taqwa dan imannya sentiasa meningkat manakala kefasikan dan kemaksiatan sentiasa dijauhi dan ditinggalkan.


Pasukan Polis DiRaja Malaysia [PDRM] yang bertugas untuk menjaga keselamatan negara dan agama adalah pekerjaan yang disanjung tinggi oleh Islam. Ia termasuk dalam ertikata ibadat dan jihad fi-sabilillah. Sekiranya dilaksanakan dengan mengikut peraturan dan etika yang ditetapkan oleh Islam. Di negara kita Malaysia pada setiap tarikh 25 Mac telah diisytiharkan sebagai "Hari Polis Negara" hari untuk memperingati kembali pengorbanan perwira-perwira tanahair kita samada yang bertugas di dalam atau di luar negara. Pasukan polis di Malaysia sudah berusia 200 tahun pada 25 Mac yang lalu. Dalam usianya yang mencecah 2 abad ini sudah tentulah ia merupakan pasukan keselamatan yang pertama dan tertua di tanahair. Dalam usia setua ini sudah banyak cabaran pahit maung yang mereka tempuhi. Sesungguhnya khidmat bakti dan jasa mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta benda.


Justeru itu, sebagai umat Islam yang bermoral dan bertanggungjawab kita berasa wajib untuk menghormati dan mengenang kembali jasa pasukan polis di negara kita kerana di dalam kitab al-Quranul Karim Allah s.w.t telah memuji dan mengiktiraf sesuatu golongan ummat Islam yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk berjihad fi-sabilillah menjaga keselamatan agama dan negara dari musuh-musuh umat Islam.


Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 95 bermaksud:

" Tidaklah sama antara mukmin yang duduk sahaja tanpa pergi berperang dengan tidak mempunyai apa-apa keuzuran dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah s.w.t dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanyan mengatasi orang yang duduk (kerana uzur) dengan satu darjat. Kepada mereka masing-masing Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk tanpa keuzuran dengan pahala yang amat besar".

Jika ditinjau dari perspektif syarak, berjihad kerana menegakkan keadilan serta mempertahankan kesucian agama dan kedaulatan negara, untuk menjadikannya sebuah negara yang aman adalah fardhu kifayah. Bahkan menjadi fardhu ain setelah agama kita dinodai dan negara kita dicerobohi. Dengan ertikata lain, wajib ke atas setiap individu muslimin dan muslimat bersedia untuk mempertahankan kesucian agama dan kedaulatan negara dengan segala kekuatan yang mereka miliki.


Sejarah telah membuktikan sesungguhnya dunia ini tidak pernah sunyi daripada kekacauan dan pertelingkahan sesama manusia. Semakin maju manusia dengan tamadun kebendaan, maka semakin banyak tercetusnya krisis sesama manusia.
Kemajuan kebendaan menjadikan manusia mudah rakus dan hilang pertimbangan. Semakin jauh kita daripada al-Quran dan al-Hadith, maka semakin teruk kita dilanda berbagai masalah dalam berbagai sector kehidupan kemanusiaan.


Sektor politik dan ekonomi merupakan dua sector yang amat penting bagi kelangsungan kehidupan ummat manusia di dunia ini. Politik adalah platform untuk mengurus kehidupan manusia dalam sesebuah Negara secara bertamadun bagi memenuhi sifat manusia itu sebagai khalifah di bumi sepertimana yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Manakala sector ekonomi pula ialah alat bagi memenuhi kehendakan ummat manusia supaya dapat meneruskan kehidupan di dunia ini, disamping dapat pula mengabdikan diri kepada PenciptaNya. Islam telah menetapkan kaedah tertentu bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan perekonomian bagi kepentingan ummat manusia.


Persaingan dalam dua sector ini menjadikan ummat manusia dan Negara itu menjadi kekacauan dan pertelingkahan sesama manusia. Dalam konteks dalam Negara kita, Malaysia, UMNO menguasai kedua-dua sector ini. UMNO mahu kekal berkuasa sampai ke hari Allah mengulung dunia ini seperti mengulung tikar. Untuk itu UMNO akan berusaha secara halal dan haram untuk mengekalkan kuasanya. Dengan kuasa, UMNO boleh menguasai ekonomi dan memfaraidkan khazanah Negara [hak rakyat] yang dikurniakan oleh Allah s.w.t secara haram dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan sunnah Nabi. UMNO dan para pemimpinannya mengunakan nafsu serakah bernabikan syaitan laknatullah dalam menguruskan kedua-dua sector tersebut.


50 tahun merdeka, kebinatangan UMNO ini semakin jelas terbentang dihadapan mata rakyat, walaupun UMNO berusaha menutup seluruh ruang yang ada di bumi, di laut dan di udara, namun bau busuk hasil perbuatan banjingannya itu tetap terhidu oleh rakyat yang mempunyai deria yang sensitive dengan perubahan. Kelemahan dan kebodohan kepimpinan, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan, kealpaan terhadap Allah [berpegang kuat dengan mahzab Islam Hadhari yang sesat], kerakusan dan ketamakan kuasa telah menghasilkan berbagai bentuk penyelewengan, menyalahgunaan kuasa dan rasuah di sana-sini telah mengakibatkan rakyat hidup dalam kesengsaraan, tetapi para pemimpin hidup dalam suasana kaya-raya.


Kesan daripada natijah tersebut, rakyat mula bangun mempersoalkan ke mana perginya ‘amanah’ yang diberi bagi membela rakyat, bangsa, agama dan Negara. Tidak ada sebuah parti pun di dunia ini SEBODOH parti UMNO. Mana-mana parti pun yang berjuang untuk mendapatkan apa atau hak yang ia tidak miliki, tetapi UMNO menghapuskan apa atau hak yang ia miliki. Bagi menutup kebodohan UMNO ini, maka pasukan polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat dipergunakan untuk menjaga survival UMNO.


Jadi, persoalannya sekarang : Adakah PDRM yang telah menyambut hari lahirnya ke 200 pada bulan 25 Mac lalu itu menegakkan keadilan kepada semua pihak, mempertahankan kesucian agama dan kedaulatan Negara?


Persoalan ini akan dijawab dalam siri ke dua nanti. InsyaAllah.

“SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Catatan : Artikel telah disiarkan dalam Laman Marhaen dan Laman Tranungkite.net pada 25 September 2007 lalu.Disiarkan semula dalam blog saya sebagai rujukan seteusnya.


50 TAHUN MERDEKA: PDRM PASUKAN MOSSAD ISRAEL?-SIRI 2
Oleh : TunTelanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Berwajah Baru

Masa terlalu cemburu dengan aktiviti jemaah dan tugas rasmi saya setiap hari. Artikel saya terakhir disiarkan oleh Laman Marhean [
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai013.html dan Tranungkite.net [http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3888] pada 25 September lepas. Tulisan saya itu berakhir dengan satu persoalan yang akan dijawab melalui tulisan siri ketiga akan datang.InsyaAllah.

Untuk siri ke dua ini ada isu lebih penting dan masih hangat diperbincangkan ialah isu Abdul Malik Hussin, bekas tahanan ISA dan kini Pengerusi MAFREL sebuah NGO yang sering membuat memantauan pilihanraya di Negara ini dan juga di luar Negara mendapat gantirugi sebanyak RM2.5 juta. Yang penting dalam kes ini ialah cara tindakan pasukan polis kita mengendali Malik yang ditahan di bawah ISA selama 57 hari. Cara atau kaedah polis kita bertindak adalah ala pasukan polis elit Israel iaitu MOSSAD yang bertindak ganas, kejam dan zalim terhadap penduduk-penduduk Palestin.

Sukacita juga saya hendak memaklumkan bahawa Blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/ telah ditukarkan dengan penampilan tema yang baru. Tema lama : Jebat : “Raja Adil Raja DiSembah, Raja Zalim Raja DiSanggah_Kembalikan Haq Rakyat telah ditukar tema menjadi : “ GERAM [Gerakan Anti UMNO]_Jihad Hapuskan UMNO Dan Kembalikan Haq Rakyat”.

Tema ini dipilih kerana dua sebab. Pertama kerana selepas kita semua selesai mengerjakan ibadah puasa dan menyambut Aidil Fitri [kemudian akan diikuti dengan ibadah haji], maka gerakerja kita sekarang ialah menumpukan sepenuh perhatian terhadap pilihanraya umum ke-12 yang akan menjelang tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang. Perkara ini walaupun, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri mengatakan tempoh bagi UMNO untuk terus berkuasa memerintah akan tamat pada 20 Mac 2009, namun cakap-cakap Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu perangkap samar, tambahan pula perhimpunan agung UMNO akan diadakan pada 7 hingga 9 November nanti. Dalam perhimpunan ini berbagai perkara akan dibincangkan dan akan diputuskan lebih-lebih lagi untuk memotivasikan ahli-ahli supaya mereka bersemangat serta mempunyai keyakinan tinggi akan keupayaan UMNO menghadapi PRU ke-12 nanti.

Kedua, salah laku para pemimpin UMNO sudah keterlaluan daripada batas-batas moral dan akhlak. Rasuah, menipu, menyeleweng, pecah amanah, zalim, menyalahgunaan kuasa, menyalahgunaan kedudukan bagi kepentingan diri, gila kuasa, kekayaan dan kemewahan keterlaluan sehingga meminggirkan sebahagian besar rakyat yang memerlukan pembelaan dari wakil yang mereka pilih, yang ada kuasa dan menggunakan kuasa tersebut bagi kepentingan rakyat, bangsa, agama dan Negara. Mereka sanggop menjual maruah agama, bangsa dan Negara demi mengejar pembangunan yang menguntungkan segelintir elit politik yang berkuasa dan selebihnya rakyat terbanyak khususnya orang Melayu-Islam akan terpinggir dan terus menjadi hamba abdi di Negara sendiri dalam arus pembangunan seperti di Wilayah Pembangunan Iskandar, di Selatan Negeri Johor akan ditakloki oleh Singapura. Manakala pelabur-pelabur asing dan bukan Melayu akan menguasai pula pusat-pusat pertumbuhan Pembanguan Ekonomi Wilayah Utara, Pantai Timur, Sabah dan Serawak. Di mana kedudukan orang Melayu-Islam ketika itu? Tidak ada satu jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO.

Jadi, bagi mengelak berlakunya malapetaka yang lebih besar terhadap bangsa Melayu-Islam dan untuk memulihkan kembali system pengurusan Negara yang telah rosak teruk akibat perangai buruk para pemimpin UMNO, maka setiap rakyat dalam Negara ini, lebih-lebih lagi orang-orang Melayu-Islam WAJIB bangun bersama dan berjihad dengan berbagai kaedah yang ada bagi menentang serta menghapuskan UMNO yang telah melakukan berbagai kemungkaran sejak Negara ini merdeka 50 tahun lalu.

Sehubungan itu, saya terpaksa memaksakan diri menyediakan satu saluran untuk mencurahkan pendapat dan pandangan menyedarkan rakyat bersama-sama tolong bantu dan tunjukkan jalan keluar secara bersopan kepada UMNO pada PRU ke-12 nanti. Melalui blog ini akan dimuat tulisan-tulisan saya sendiri bersandarkan kepada faktan [bukan fitnah], diadaptasikan daripada penulis-penulis siber yang lain yang akan dikutip daripada laman-laman web lain yang dianggap berfaedah untuk dibaca, dicetak dan diedarkan kepada orang ramai. Selain itu, blog ini juga akan memetik laporan, rencana dan isu-isu yang dibawa oleh akhbar-akhbar arus perdana dan akan diberi ulasan mengikut pandangan kedua.

Sebagai permulaan saya memetik isu sensasi yang dilaporkan oleh semua media berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2007 lalu. Mahkamah telah menetapkan bahawa kerajaan perlu membayar RM2.5 juta sebagai gantirugi kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA] iaitu Abdul Malek Husin amat menyentak perasaan saya yang sedang berenak-enakan menikmati hidangan raya.

Keputusan Hakim Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dalam kes itu membuatkan fikiran saya terkenang kembali peristewa pembebasan Abdul Ghani Harun dan Gobalakrishnan yang turut ditahan di bawah ISA. Hakim ini jugalah yang membuat keputusan yang sangat berani ketika itu dengan memberi amaran kepada pihak polis jangan cuba-cuba menahan mereka berdua di bawah akta yang sama iaitu ISA. Jadi, mereka tidak tahan semula dan mereka bebas memulakan penghidupan yang baru.

Hakim Mohd Hishamuddin Mohd Yunus melalui Mahkamah Tinggi Luala Kumpur menetapkan bahawa penahanan Malek Husin semasa demonstarsi reformasi di hadapan Masjid negara adalah bertentangan dengan undang-undang. Mahkamah juga menetapkan dalam penghakiman bahawa ketika ditahan Malek dinafikan hak untuk mendapatkan peguamnya.

Malek ditahan di bawah ISA pada 25 September 1998 selepas berhimpun dalam satu perhimpunan aman reformasi di hadapan Masjid Negara.Dalam samannya ke atas kerajaan, Malek menyatakan bahawa polis telah menderanya secara mental dan fizikal dalam penahanannya di bawah ISA.Dalam keterangannya bagi kes samannya itu Malek juga menyatakan di telah ditampar, ditendang dan ditumbuk selain penderaan seksual.

SIAPA YANG JADI MANGSA ISA?

ISA digunakan untuk berbagai-bagai tujuan selain keselamatan, walaupun tujuan ISA diwujudkan oleh kerajaan pada tahun 1960 adalah bagi menghadapi ancaman komunis dan kegiatan subversif terhadap negara, namun akta ini telah digunakan untuk bermacam-macam tujuan selain daripada tujuan yang asal. Sejak itu, kerajaan telah menjustifikasikan tindakannya menahan pelbagai lapisan rakyat negara ini di atas sebab telah memudaratkan dan mengancam keselamatan negara.

Senarai Mangsa ISA

Senarai mereka yang pernah ditahan di bawah ISA sejak tahun 1960 terdiri daripada mereka yang dikatakan telah mengancam keselamatan negara dengan pelbagai tuduhan. Antaranya adalah:

1. Aktivis-aktivis NGO yang menentang pembinaan empangan Bakun di Sarawak 2. Pembuat pasport palsu
3. Pengklon telefon bimbit
4. Pengklon kad pra-bayar telefon awam
5. Ahli forum yang bercakap untuk menyokong penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan
6. Pembuat IC (kad pengenalan) palsu
7. 'Penyebar khabar angin' melalui internet
8. Ahli-ahli parti pembangkang terutama Parti Buruh dan Parti Rakyat pada tahun 1960an bagi tujuan menghalang mereka mencapai kejayaan dalam pilihan raya yang diadakan pada masa itu
9. Ahli kumpulan yang dituduh mengamalkan ajaran sesat
10. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kumpulan Al-Arqam
11. Penganut ajaran Syi'ah
12. Ahli-ahli akademik
13. Wartawan dan aktivis kebebasan media
14. Ahli-ahli politik disebabkan aktiviti dan kepercayaan politik mereka
15. Aktivis dan pemimpin pelajar
16. Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan Ketua Pembangkang di Parlimen
17. Oang yang disyaki terlibat sebagai komunis
18. Ativis masyarakat yang membangkang pembinaan plaza tol di Cheras
19. Pnulis laporan peristiwa Memali menurut versi beliau sendiri sebagai sanggahan terhadap versi kerajaan
20. Ali-ahli politik dan individu-individu yang didakwa terbabit untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia
21. Pemimpin dan ahli kumpulan yang didakwa mahu menegakkan negara Islam di Malaysia
22. Aktivis kesatuan sekerja yang mengambil tindakan industrial dalam kes Sistem Penerbangan Malaysia dan kesatuan buruh-buruh estet
23. Orang yang terlibat memiliki atau mendapatkan senjata api
24. Mengedar risalah anti-Amerika dengan berdemonstrasi anak beranak seramai dua orang!
25. Penyokong Reformasi yang mendapatkan khidmat bomoh untuk menjatuhkan Dr. Mahathir!!
26. Setiausaha Perdana Menteri yang dituduh menjadi ejen KGB, Rusia
27. Aktivis reformasi yang dituduh mahu mendapatkan bom
28. Aktivis agama yang didakwa mahu menyebarkan ajaran Kristian
29. Pembuat syiling palsu
30. Orang-orang yang terlibat dengan kegiatan tekong dan pendatang tanpa izin (PATI)
31. Beberapa orang yang didakwa sebagai ahli Pertubuhan Pengganas Antarabangsa
32. Ahli-ahli UMNO yang berpihak kepada Team B semasa krisis UMNO 1987 Tokoh politik yang didakwa menyokong tuntutan Brunei terhadap Limbang di Sarawak
33. Dua orang timbalan menteri yang dituduh ada hubungan dengan wartawan Singapura, membuat ucapan-ucapan di televisyen serta ada hubungan dengan pihak berkuasa Soviet di Kuala Lumpur
34. Ahli politik yang mengkritik dasar pilih kasih kerajaan dalam memberi kontrak dalam projek Lebuhraya Utara-Selatan
35. Pemimpin-pemimpin NGO yang telah berjaya mendapatkan injunksi mahkamah terhadap UEM, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan UMNO daripada terus menerima projek-projek penswastaan daripada kerajaan
36. Aktivis alam sekitar yang menentang kerja-kerja pembalakan di Sarawak
37. Seorang menteri kabinet yang didakwa terlibat menyokong Indonesia semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia
38. Seorang pengarah bank yang didakwa melakukan pecah amanah
39. Orang yang berniat meletupkan empangan
40. Orang yang terlibat dalam kontroversi tentang pemilihan dan perlantikan pengetua-pengetua sekolah jenis kebangsaan Cina yang tidak memiliki kelayakan dalam Bahasa Mandarin
41. Orang yang didakwa menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963
42. Seorang ahli politik dan guru agama yang hendak ditahan dengan menggunakan kekerasan tetapi berakhir dengan pembunuhan di atas alasan beliau melindungi aktivis komunis!
43. Seorang yang menyumbang wang sebanyak RM130.00 kepada umat Islam di Mindanao melalui MILF dan dituduh pengganas
44. Penyokong-penyokong parti politik yang didakwa terlibat dalam isu kafir mengkafir
45. Lima orang ditahan kerana dikaitkan dengan siri kebakaran yang berlaku di bandaraya Kuching, Sarawak
46. Seorang yang terselamat daripada hukuman gantung sampai mati dalam satu kes perbicaraan, setelah mahkamah membebaskannya, beliau ditahan di bawah ISA. Beliau ditahan selam 12 tahun di bawah ISA47. Anwar Ibrahim setelah matanya lebam dibelasah oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, tidak pada saat beliau ditahan pada malam 20 September 1998.

Pun Boleh Masuk Dalam Senarai

Di samping itu secara terbuka dari semasa ke semasa, kerajaan juga mengancam untuk menggunakan ISA terhadap:

1. Penganalisis kewangan yang membuat laporan yang tidak berpihak kepada kerajaan tentang perkembangan ekonomi negara pada tahun 1998
2. Aktivis-aktivis NGO yang menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa oleh polis
3. Mereka yang terlibat dan mereka yang mengedarkan album-album cetak rompak
4. Mereka yang terlibat dalam penipuan saham di Bursa Saham
5. Mereka yang dituduh sebagai pengkhianat politik
6. Mereka yang menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik
7. Mereka yang menganjurkan fanatik agama di kalangan orang-orang Islam
8. Mereka yang terlibat dalam kumpulan yang digelar "anti-hadith"
9. Mereka yang terlibat mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan program-program kerajaan di kalangan kumpulan minoriti, pekebun, buruh dan peneroka bandar (setinggan)
10. Mereka yang menyebar khabar angin bahawa terdapat 'pengait' yang sedang bermaharajalela di Sabah
11. Mengedarkan risalah yang menjejaskan keamanan dan membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat yang boleh menjurus kepada rusuhan kaum
12. Orang yang ditahan bagi tujuan tawar-menawar bagi membuat pengakuan untuk mendapatkan 'bukti'
13. Ahli-ahli akademik bagi menghalang mereka membincangkan isu jerebu yang melanda negara
14. Wartawan-wartawan asing yang tidak melaporkan 'dengan benar' kes perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti kisah Abdul Malek Hussin dan temubualnyanya yang disiarkan oleh Malaysiakini.com

SAMAN K'JAAN: BEKAS TAHANAN ISA DAPAT RM2.5 JUTA
Soon Li TsinOct 18, 07 8:10pm
Malaysiakini.com : http://www.malaysiakini.com/news/73720

Bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin, 51, hari ini menang dalam samannya terhadap kerajaan berhubung penangkapan dan tindakan membelasahnya pada 1998. Dia mendapat gantirugi RM2.5 juta.


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, dalam satu penghakiman bersejarah, memutuskan bahawa penangkapan Malek ketika kemuncak demonstrasi reformasi adalah tidak sah dan dia kemudiannya dibelasah semasa dalam tahanan.


Katanya, penangkapan dan penahanan mengikut Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan itu dibuat dengan niat jahat. “Tujuan soalsiasat itu jelas untuk tujuan politik dan tidak ada kena mengena dengan kebimbangan tulen terhadap keselamatan negara," kata Hishamudin.


Abdul Malek ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - yang membenarkan penahanan tanpa bicara - pada 25 September 1998, selepas berucap di satu demonstrasi sebelumnya di Masjid Negara.


Ini diikuti dengan pemecatan dan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu. Abdul Malek ditahan di bawah ISA selama 57 hari sebelum dia dibebaskan tanpa sebarang tuduhan.


Beliau memfailkan saman sivil pada Mac 1999, dengan menamakan anggota cawangan khas, Borhan Daud, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dipukul hingga pengsan

Sebelum ini, Abdul Malek memberi keterangan bahawa beliau telah dibogelkan dalam bilik berhawa dingin, ditutup mata sewaktu disoalsiasat, dibelasah secara fizikal sehingga 60 kali, dipukul hingga pengsan, dipaksa minum air kencing serta salahlaku seksual. Dalam keterangan itu juga, Abdul Malek berkata dia ternampak Rahim menumbuk dagunya ketika di bilik soalsiasat apabila penutup matanya terjatuh secara tidak sengaja.


Menurut Hishamudin lagi, keengganan pihak pendakwa mendakwa Abdul Malek kerana membuat dakwaan palsu terhadap Rahim, menunjukkan ada kebenaran dalam dakwaan tersebut. Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan tidak membenarkan Abdul Malek menghubungi peguamnya adalah melanggar perlembagaan.


Ketika mengumumkan bayaran gantirugi, Hishamudin menganggap tingkahlaku Rahim itu sebagai memalukan dan merupakan satu contoh buruk kepada jabatan dan para anggotanya.


Katanya, pampasan itu diberikan sebagai menunjukkan rasa benci mahkamah terhadap perbuatan salahguna kuasa oleh pihak polis dan penggunaan ISA. Di luar mahkamah, Abdul Malek disambut dengan tepuk gemuruh para penyokongnya termasuk Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, Yap Swee Seng dari Suaram dan Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor. Isteri Abdul Malek - Faridah Ishak dan dua orang anaknya - turut hadir



MALEK: PENGALAMAN NGERI SEBAGAI TAHANAN ISA
Oct 20, 07 11:22pm

Abdul Malek Hussin, bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), tidak akan dapat melupakan buat selama-lamanya peristiwa buruk yang telah berlaku ke atas dirinya sembilan tahun yang lalu.


Abdul Malek, 51, telah menang dalam samannya terhadap kerajaan kerana menangkap dan menyeksanya pada tahun 1998. Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya. Beliau memfailkan saman tersebut pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.


Abdul Malek yang juga pengerusi badan pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) ditahan di bawah ISA sembilan tahun yang lalu. Beliau menceritakan kepada Malaysiakini setiap saat pahit yang dilaluinya sewatku menjadi tahanan ISA.


Berikut adalah petikan temubual beliau dengan Malaysiakini:


Sudah sembilan tahun berlalu, bolehkah anda menceritakan apa yang berlaku, apakah yang telah mereka lakukan terhadap anda, dan perasaan anda ketika itu?

Apabila (bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat oleh kerajaan kerana dituduh terbabit dalam aktiviti tidak bermoral, maka ramai rakyat yang tidak puashati dengan ketidakadilan (penangkapan Anwiar), dan sebagai seorang rakyat, saya menyokong pejuangan untuk menegakkan keadilan untuk Anwar. Saya adalah antara mereka yang tidak senang dengan cara kerajaan pimpinan Dr Mahathir mengguna dan menyalahgunakan kuasa ketika itu, untuk memecat Anwar dan saya mengambil keputusan untuk menunjukkan sokongan (kepada Anwar).


Saya terbabit dalam gerakan reformasi sejak hari pertamanya lagi pada 4 September 1998. Selepas penangkapan Anwar, saya telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar dan peletakan jawatan Dr Mahathir dan Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Rahim Noor. Saya kemudiannya mengetuai perhimpunan di Masjid Negara pada 25 September, lima hari selepas Anwar ditangkap.


Saya ditangkap di rumah saya di Ampang pada kira-kira jam 10-11 malam. Saya pulang (ke rumah) dengan menaiki kereta yang dipandu oleh seorang rakan. Dia menurunkan saya kira-kira 200 meter dari rumah saya dan polis menangkap saya ketika saya berada di pintu pagar. Saya digari dan dipaksa membuka pintu pagar rumah saya oleh pasukan polis yang diketuai oleh ASP Borhan Daud.


Mula-mula dia memaksa saya membuka (pintu rumah) dan tentunya saya bertanya, "Mengapa saya digari?" dan dia berkata, saya ditahan di bawah ISA. Saya kemudiannya bertanya, "Mengapa anda perlu menggari tangan saya?" dan saya bertanya kepadanya "Apakah sebab saya ditahan", (dan dia berkata) "ISA" dan dia menjawab seperti robot, semuanya adalah (di bawah) ISA. Dia kemudiannya berkata, dia mahu menggeledah rumah saya, dan saya bertanya mana warannya. Malah, saya bertanya waran untuk menangkap saya di bawah ISA. Dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa, dan dia berkata, ISA, dan dia berkata, saya sepatutnya tahu.


Dia mahu menggeledah rumah saya dan saya bertanya di mana warannya, dan sekali lagi, dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa dan dia berkata ISA. Saya memanggil anak-anak saya dan keluarga saya membuka pintu dan anggota polis masuk dengan memakai kasut, terus ke tingkat bawah dan tingkat atas rumah saya. Mereka kemudiannya masuk ke bilik mentelaah saya, serta menggeledah dan memeriksa semua dokumen saya. Mereka kemudian masuk ke bilik tidur saya di mana isteri dan anak-anak saya sedang tidur. Isteri saya terkejut dan bertanya kepada saya apa yang berlaku dan saya menunjukkan kepadanya (tangan yang bergari) dan apabila dia bertanya mengapa, saya menjawab "ISA".


Kemudian, mereka merampas beberapa dokumen dan mereka juga merakamkan dokumen-dokumen tersebut. Selepas 40 minit berada di dalam rumah saya, mereka mengarah saya mengikut mereka. Mereka kemudiannya bertanya di mana kereta saya. Borhan memaksa saya menunjukkan kepadanya di mana kereta saya dan saya berkata, saya dihantar pulang oleh seorang rakan dan saya turun kira-kira 200 meter (dari rumah). Saya menunjukkan kepada Borhan tempat saya turun dari kereta. Rakan saya sudah beredar dari situ. (Borhan) naik marah dengan jawapan saya sehingga dia bertindak menampar saya di situ juga dan sakitnya dapat dirasai hingga ke hari ini. Saya rasa saya telah kehilangan lebih 40-50 peratus deria pendengaran di telinga kiri saya. Apabila mahkamah diberitahu mengenai perkara itu, Borhan menafikannya.


Selepas itu, dia memaksa saya masuk ke dalam kereta, bukan kereta polis, ia kereta biasa. Saya diarah memakai (kacamata) tertentu bervisi kelabu, tetapi kemudiannya saya menyedari bingkai di sini (sebelah kiri) telah patah dan saya memberitahu mereka yang ianya telah patah dan mereka mengarahkan saya (menanggalkan) kacamata saya dan salah seorang pegawai (membuka) baju-t hitam yang dipakainya dan menyerkupnya menutup kepala saya. Anda bayangkanlah bau baju t-shirt itu yang agaknya telah dipakainya sejak pagi hingga tengah malam. Ia amat busuk dan mereka memaksa saya masuk ke dalam kereta. Saya melutut dan diarah supaya tidak melihat ke mana-mana kerana mereka tidak mahu saya tahu ke mana mereka membawa saya.


Kemudiannya mereka membawa saya pergi dari situ dan kira-kira beberapa minit kemudiannya, kereta tersebut berhenti. Saya tidak tahu di mana. Mereka kemudiannya membawa saya naik anak tangga sebuah bangunan yang kemudiannya saya mendapat tahu (Ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur). Mereka membawa saya ke sebuah bilik dan saya diarah menandatangani (sekeping) kertas yang disediakan oleh Borhan yang menyatakan bahawa saya ditahan di bawah ISA, jadi Borhan adalah pegawai yang melakukan tangkapan.


Selepas itu mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian - menanggalkan baju dan seluar saya. Saya ingat ok kerana saya tahu tahanan ISA akan diberi pakaian tahanan khas (iaitu) berwarna biru. Jadi saya ingat saya akan diberi pakaian tersebut. (Selepas) saya menanggalkan kesemua pakaian, tiba-tiba seorang pegawai menggari tangan saya dari belakang dengan kuat sekali, dan di situ terdapat enam hingga lapan orang pegawai di depan saya dalam sebuah bilik kecil di tingkat satu. Saya digari dan mereka menutup mata saya dengan dua (keping) kain hitam dan saya bingung sepenuhnya. Saya tidak tahu siapakah mereka, jadi saya mengagak mereka semua adalah pegawai yang melakukan tangkapan yang diketuai oleh Borhan. Kemudian Borhan menendang dan menumbuk saya dan saya boleh dengar suaranya betul-betul di depan saya kerana dia yang menangkap saya dan saya boleh kenal suaranya. Seorang pegawai akan mengambil satu objek keras dan memukul kaki kanan saya, seorang pegawai lagi akan memukul kaki kiri saya dan mereka kemudiannya menumbuk muka saya. Saya kemudiannya kena 'flying kick', 'side kick' dan mereka kemudiannya memaksa saya berdiri.


Sejurus kemudian saya terjatuh dan tidak sedarkan diri untuk pertama kali dan mereka menuangkan air dan memaksa saya berdiri lagi dan saya jatuh pengsan sekali lagi - semuanya sebanyak lima kali. Dan saya juga mengira dengan jari saya berapa kali saya dipukul [...] semuanya 63 kali. Selepas itu saya tidak tahan lagi dan tidak sedarkan diri. Itulah yang dapat saya ingat ketika masih sedar...


Salah satu pukulan itu amat kuat sekali dan tiba-tiba kain yang menutup mata saya terjatuh dan betul-betul di depan saya adalah (Abdul) Rahim Noor yang memakai sarung (tinju) berwarna merah. Dia memakai (baju) batik Indonesia, berseluar hitam dan kasut berkilat warna perang. Saya masih ingat dan saya menceritakannya secara terperinci di mahkamah. Dan kerana (kain penutup mata) terjatuh, saya terkejut dan dia juga terkejut kerana saya dapat mengenalinya dan dia terus beredar, begitu juga dengan semua pegawai lain yang turut beredar dari situ kerana tidak mahu mereka dikenali.


Kemudian mereka pusing saya menghala ke dinding dan sekali lagi menutup mata dan saya terus dibelasah hingga tidak sedarkan diri. Apabila saya sedar semula, waktunya masih belum jam 4 pagi. Mereka mengarah saya pergi ke bilik lain yang hawa dingin dibuka dengan kuat. Saya masih bertelanjang dan badan saya sakit akibat dipukul. Penghawa dingin itu terletak di tengah-tengah bilik dan setiap beberapa minit mereka mencurah air sejuk ke kepala saya. Dalam keadaan anda telah diseksa dan cedera, dicurahkan pula dengan air sejuk dan saya menggeletar kesejukan. Mereka bertanya sama ada saya sejuk dan saya menjawab iya dan mereka akan mencurah lebih banyak lagi air sehingga kira-kira jam 4.30 pagi. Mereka kemudian berhenti dan tidak lagi bertanya sebarang soalan. Semasa diseksa mereka, Borhan bertanya kepada saya sama ada saya dahaga dan saya menjawab "tentulah dahaga". Kemudian secara tiba-tiba seseorang memegang saya dari belakang dan seorang lagi menggunakan jarinya untuk membuka mulut saya seluas-luasnya. Mereka kemudiannya menuang cecair yang rasanya hanyir dan kotor, ke dalam mulut saya. Ia adalah air kencing dan mereka memberitahu saya ia adalah air kencing. Air kencing mereka, bukan air kencing saya. Mereka bergilir-gilir kencing dan secara paksa menuang kira-kira dua tin air kencing mereka.


Bila mereka bertanya sama ada saya lapar atau tidak, saya jawab "Tentulah saya lapar". Borhan meminta pegawainya menyediakan tahi anjing untuk saya. Ia dekat dengan mulut saya, saya dapat menghidu baunya. Dan dia mengugut saya yang dia akan menggunakan penyuntik yang mengandungi virus HIV dan menyuntiknya ke badan saya kerana saya telah berkata kepadanya "Lebih baik awak bunuh saya. Apa gunanya? Apa yang awak cuba buktikan? Apa yang awak buat di sini? Mengapa awak begitu kejam," saya bertanya kepada mereka.


(Dia berkata) "Oh awak mahu mati, oh jadi kita akan bunuh awak secara perlahan-lahan, kita akan masukkan virus HIV ke badan awak". Tentulah mereka tidak melakukannya.


Dan kemudiannya selepas kira-kira jam 5 pagi, mereka berhenti membelasah saya. Saya rasa mereka juga keletihan dan pulang ke rumah.


Pada 26 September, pada waktu tengahari, saya dibawa ke Bukit Aman dan dimasukkan ke tempat kurungan dan hanya dapat melihat matahari pada hari ke-28 penahanan saya. Maka, jika anda bertanyakan perasaan saya mengenainya, (ia) sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan. (Polis) bukan manusia. Saya rasa binatang ada rasa belas kasihan. Malah anjing pun kenal tuannya dan tidak menggigit orang lain. Mereka lebih terusk daripada anjing. Jika orang kata mereka adalah anjing kerajaan, saya rasa pada masa itu, mereka lebih teruk daripada anjing.

Bagaimanakah anda dilayan di sana (di Bukit Aman)?


Saya tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Beberapa hari kemudiannya sebelum hari ke-28 (dalam tahanan) , mereka bertanya sama ada saya mahu berjumpa dengan keluarga saya. Sudah tentulah, sebelum berjumpa dengan keluarga, mereka akan mengatur satu sesi khas supaya saya tidak menceritakan apa-apa tentang apa yang terjadi pada diri saya, supaya tidak membayangkan yang saya telah diseksa dan supaya menunjukkan kepada keluarga saya yang semuanya ok dan supaya meyakinkan keluarga saya supaya (tidak memfailkan) permohonan habeas corpus atau saya tidak akan dibebaskan.


Dan saya memberitahu pegawai penyiasat saya di Bukit Aman bahawa saya telah diseksa di IPK dan saya mahu membuat laporan polis terhadap Borhan, mereka berkata, "Tidak, kamu tidak perlu berbuat demikian - kami telah mengambil tindakan terhadap Borhan". Sedangkan ianya tidak benar. Saya tidak diberi peluang untuk membuat laporan, tidak diberi peluang untuk bertemu peguam saya, tidak dapat hubungi keluarga dan saya hanya diberi rawatan perubatan beberapa hari kemudiannya di Bukit Aman.


Saya memberitahu doktor dan beliau memeriksa saya dan ia disahkan dalam laporan perubatan mengenai lebam-lebam di kaki kiri, kaki kanan, di bahagian perut dan terdapat kecederaan. Saya mengadu kepada Dr Vasantha Ponniah mengenai apa yang berlaku terhadap diri saya dan beliau telah memberi keterangan di mahkamah mengenai keadaan saya berdasarkan kepada kecederaan pada diri saya. Metodologi cawangan khas ialah memberi layanan paling keras pada hari pertama sebagai satu ingatan kepada tahanan bahawa mereka akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk lagi sekiranya gagal memberi kerjasama. Ia lebih berbentuk psikologi. Dan sudah tentulah di Bukit Aman, ia telahpun diinstitusi dari segi bagaimana mereka mengendalikan tahanan. Saya dimasukkan ke dalam bilik kurungan seorang diri, tiada cahaya matahari, saya tidak tahu sama ada ianya pagi, saya tidak tahu langsung. Pada hari ke-28, ketika dikunjungi keluarga semasa saya dibawa dari Bukit Aman ke IPM, saya begitu menghargai cahaya matahari, ianya amat indah sekali. Cukup indah.

Bagaimanakan anda disoalsiasat?


Saya disoalsiasat selama 17 hari di tingkat tiga bangunan tersebut. Mereka bertanya soalan dari pagi, tengahari, petang, sehingga malam, dan kadang-kadang hingga lewat malam. Pada satu ketika apabila mereka tidak puas hati dengan apa yang berlaku di luar di mana orang ramai masih berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dan) di Kampung Baru, mereka tidak senang lalu, memanggil saya lewat malam untuk disoalsiasat hingga awal pagi.


Sewaktu disoalsiasat oleh pegawai Bukit Aman, soalan-soalan yang mereka tanya setiap hari, soalan mengenai gerakan reformasi, mengenai Anwar Ibrahim, hubungannya dengan orang ini dan orang itu. Kemudian Nurul Izzah menemui (Presiden Filipina ketika itu, Joseph) Estrada di Filipina dan (bekas Setiausaha Negara Amerika) Madeline Albright. Saya berada di dalam dan semua itu berlaku di luar sana, dan mereka bertanya mengenai Gerak yang ditubuhkan, dan mengenai pembaharuan politik, mengenai PAS, mengenai sama ada ISA patut dimansuhkan atau tidak. Saya rasa tidak perlu anda menangkap saya di bawah ISA untuk bertanya soalan-soalan tersebut.


Mereka menafikan saya peralatan yang ada sekiranya mereka dapati saya tidak bekerjasama sepenuhnya. (Mereka akan) mengambil balik tilam atau bantal. Selepas dikunjungi keluarga, mereka bagi tahu saya yang saya hanya akan ditahan selama sebulan dan mereka akan membebaskan saya. (Mereka kata) jika saya tidak diberi perakuan untuk dibebaskan, maka mereka akan melanjutkan tahanan dan ianya berterusan sehingga hari ke-57.


Ada juga hari-hari di mana mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka akan menghantar makanan dan pada masa itu, saya mendapat makanan, ia seperti nasi bungkus bersama ikan yang berulat. Itu bermakna, ianya dilakukan dengan sengaja. Maksud saya kami adalah tahanan dan makanan ini sepatutnya disediakan oleh kerajaan dan ini bermakna negara menyediakan makanan busuk kepada saya.


Apa yang berlaku selepas anda dibebaskan?

Saya dibebaskan pada 21 November dan tertakluk kepada pengawasan cawangan khas yang memantau aktiviti-aktiviti saya. Saya perlu melaporkan kepada mereka dan malah mereka mengugut bahawa saya boleh ditangkap semula, saya mesti bekerjasama dengan mereka dan psikologinya ialah mereka mempunyai kuasa untuk menangkap saya semula. Jadi, wujud rasa takut yang saya akan ditangkap semula. Saya mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kekuatan dan keberanian untuk membuat laporan polis dan saya membuat keputusan tersebut pada bulan Mac (1999). Apa yang mempengaruhi saya adalah apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat kes mata lebam Anwar) apabila kita membaca mengenai testimoni oleh Dr Vasantha Ponniah. Kemudian saya teringat, "Baiklah, itulah wanita yang merawat saya". Jadi, saya ingat adalah sedikit bantuan. Saya ingat dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu, akan wujud ruang untuk membuat aduan.


Sejak dari itu, semasa saya disoalbalas di mahkamah, mereka bertanya kepada saya mengapa saya mengambil masa yang begitu lama. Ini bukanlah satu kemalangan jalanraya. Ini adalah sesuatu di mana anda telah diseksa. Anda perlu untuk membina semula keberanian.


Adakah anda takut? Adakah anda pernah berasa seperti telah putus asa?

Saya cuba supaya tidak kelihatan takut walaupun (sebenarnya) saya amat takut sekali. Saya rasa (anggota) cawangan khas berada di mana-mana sahaja. (Saya rasa) terancam tetapi untuk pulih semula, anda perlu berjumpa dengan orang, anda perlu bercakap dengan orang. Lama kelamaan, saya mula menceritakan kepada orang apa yang berlaku ketika dalam tahanan.


Mereka amat terkejut. Kemudian rakan-rakan telah meyakinkan saya untuk bercakap mengenainya dan pada bulan Februari saya menceritakan pengalaman tersebut dalam satu majlis anjuran Gerak (Gerakan Rakyat Malaysia untuk Keadilan) oleh (bekas Presiden PAS) Datuk Fadzil Noor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada Februari 1999. Saya memperolehi semula keberanian saya. Dan anda perlu faham bahawa anda boleh dituduh membuat laporan palsu. Saya terpaksa menyediakan laporan polis yang panjang dan begitu terperinci serta satu afidavit untuk memfail saman sivil.

Bagaimanapun perasaan keluarga anda mengenai semua itu? Mereka sudah biasa yang apa saya lakukan. Mereka menyokong aktiviti-aktiviti saya. Malah, isteri dan anak-anak saya sudah tahu mengenai keazaman saya untuk melaporkan aktiviti-aktiviti demi hak rakyat, aktiviti politik dan aktiviti social.

Kesimpulannya, PDRM merupakan sebuah pasukan polis yang gagal melaksanakan peranannya untuk menjaga keselamatan rakyat. PDRM dilihat umum sebagai sebuah pasukan yang menjaga survival UMNO. Pasukan ini menjadi pakar dalam soal menghalang, mengekang, menceroboh, memukul, menumbok, menyepak, melepaskan water cannon dan gas pemedih mata terhadap ahli-ahli dan penyokong PAS yang hanya ada ‘pistol hidup dengan dua butir peluru’ dícelah kangkang ketika datang untuk menyertai aktiviti dan juga untuk mendengar ceramah politik sebagai amalan biasa dalam negara demokrasi [kononnyalah] seperti peristewa Batu Buruk pada 8 September lepas. Mereka bukan main lagi tunjuk gagah perkasa terhadap orang sebangsa dan seagama.


Tetapi, mereka jadi pengecut dan lembik apabila berhadapan dengan orang bangsa lain yang bersenjata lengkap seperti peristewa isu ternakan babi di Paya Mengkuang, di Melaka. Mereka boleh bertolak ansur pula. Orang yang benar-benar menghalang [yang menjadi dalang] pegawai awam menjalankan tugas tidak dicari seperti seperti di Batu Buruk dicarinya sampai ke lubang cacing.


Jadi, apa hendak hendak dihairankan apabila kadar jenayah dalam berbagai kategori meningkat mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rasuah berlaku berluasa dalam PDRM sehingga ketuanya dituduh terlibat dengan rasuah, tetapi nasib baik Abdul Ghani 4tahil bertindak sebagai pegual, pendakwa dan hakim membebaskan Musa Hassan dari tuduhan rasuah [tetapi bagaimana dengan kenyakinan orang ramai?]. Kes pembunuhan kejam seorang kayak-kanak bernama Nurin Jazlin jazimin, 8 tahun sudah dua bulan berlalu, mulai 20 Ogos 2007 sehingga sekarang pasukan polis masih gagal untuk mengesan apatah lagi untuk menahan, menangkap dan mendakwa siapakah yang terlibat dalam pembunuhan kejam tersebut. Apakah pasukan yang tidak professional dalam menjalankan tugasnya ini boleh diharapkan untuk menjaga keselamatan rakyat? Tepuk dada, tanyalah selera masing-masing
.


Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/

Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

Wednesday, October 10, 2007

PARTI DAJAL LAKNATULLAH

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Parti DAJAL UMNO laknatullah bukanlah merupakan sebuah parti yang ada kekuatan pada dirinya sendiri. UMNO barua ini tidak boleh berdiri di atas kakinya sendiri. UMNO babi ini bergaya, bertenaga dan nampak hebat kerana ia masih memegang kuasa. Dengan kuasa itu, UMNO haram jadah ini menggunakan kuasa tersebut mempengaruhi dan memperalatan seluruh institusi-institusi kerajaan khususnya pasukan polis, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara yang berperanan memberi kad pengenalan kepada warga asing untuk mengundi memangkah regim BN yang seangkatan dengan regim Yahudi yang senantiasa mengekang kebangkitan rakyat Palestain yang memperjuangkan haknya. JPN juga berperanan menukar dan memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain atau dari satu negeri ke negeri yang lain yang mana kelihatan pembangkang, iaitu PAS kelihatan kuat di situ.

Para pemimpinnya, pada keseluruhannya bangang, kaki bodek, kaki ampu dan kaki rasuah. Tidak pernah gunakan aqal ketika hujah, aqal mereka semuanya diselimuti oleh selut, shit dan sampah sarap yang berbau hanyir algi membusukan-otak udang. Oleh itu, mereka bukan berani berhujah di depan publik. Mereka gunakan orang tengah. Mereka lagak samseng lebih daripada perangai Yahudi laknattullah, yang dihina oleh Allah s.wt.

Apabila mereka takut kalah berhujah, gagal persoalan yang dibangkitkan oleh pembangkang, maka pasukan polislah sebagai gelang gantinya. Pasukan polis ini macam anjing, taat setia pada tuannya tanpa usul periksa-berfikir, terus bertindak, biasanya menganggu, menceroboh, provokasi dan melakukan tindakan ganas seperti yang ditunjukkan di Pantai Batu Buruk.

Dengan kuasa itu, mereka dengan senang menuduh pihak lawan yang melakukannya. Hakikatnya merekalah yang mensebotaj segala aktiviti pembangkang khususnya PAS. Politik baling batu, sembunyi tangan dan mengkambinghitamkan pihak lawan adalah budaya yang dibawa oleh parti UMNO dajal ini.

Terbaru, parti haram jadah ini menghacker laman web PAS dan rangkaiannya. Itulah perangan dajal ini, bila dia rasa dia tidak boleh bersaing di alam siber ini, UMNO babi akan merosakkan harta orang lain. Dajal ini mahu seluruh rakyat Malaysia ini mahu turut cakap dia selama-lamanya. Babi sungguh parti ini.

Lihat kerja-kerja UMNO dajal ini :
Hackers tajaan Umno mula godam laman web PAS
Harakahdaily
Wed Oct 10, 07 2:10:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Hackers atau pengodam internet pagi ini menyerang laman-laman web yang berada di bawah domain pas.org.my menyebabkan ke semua laman web PAS termasuk webtv PAS tidak dapat dicapai

Hackers yang dipercayai didalangi Umno menyerang server yang menempatkan laman-laman di bawah domain dan sub-domain pas.org.my.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Pihak Bantuan IT PAS memaklumkan, mereka sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Dalam masa yang sama pihak IT PAS, juga akan menilai kadar kerosakan dan sebarang isu-isu keselamatan lain yang mungkin timbul.

Pihak IT PAS juga akan mengambil tindakan untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan.

Ini bukanlah kejadian kali pertama - malah laman2 pas.org.my sering menjadi sasaran pihak2 yang cemburukan kemampuan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dlm memanfaatkan teknologi IT dan khususnya internet.

Bagaimanapun, pihak IT PAS memberitahu, terdapat kemungkinan semua data-data laman adalah terjejas disebabkan oleh aktiviti hackers ini dan sebarang masalah yang timbul adalah amat-amat dikesali.

Ini adalah kerana prasarana yang ada tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk back-up dan perkara ini masih belum diselesaikan walaupun telah dimajukan dan dimaklumkan kemungkinan masalah dan risiko yang dihadapi.

Sehingga masalah ini diatasi, kerjasama dan kesabaran pelayar internet semua amatlah diharapkan. Rujuk link ini :
Berjuanglah dengan jihad -dengan nama Allah untuk memusnahkan UMNO dajal ini di bumi ini. Kelaziman yang dilakukan selama ini telah melampaui.

Selamat mengerjakan Ibadah Puasa semoga mendapat hidayah dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Aidil Fitri-maaf zahir dan batin.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

Tuesday, October 9, 2007

DUNGUNYA PENGIKUT ISLAM HADHARI

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,




Pertama, di majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri pada 16 September lepas di sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan. Ketika tiba waktu berbuka, dipasangnya tape azan bang subuh. Apa dajalnya ustaz-ustaz Islam Hadhari tidak tahu membezaan waktu maghrib dengan waktu subuh. Kesilapan tersebut mengambar begitu tidak bergunanya ustaz-ustaz dan imam-imam yang memegang fahaman Islam Hadhari yang sesat lagi menyesatkan. Mereka semuanya seperti sampah yang tidak berguna untuk pembanguan Islam yang lebih bertamdun.Fahaman mereka ini boleh disamakan dengan fahaman George Bush mengenai Islam. Apa yang mereka tahu ialah bodek dan mengampu-mencintai dunia takutkan mati.


Kedua, majlis tersebut tidak mendapatsambutan penduduk kampung. Penduduk Kelantan dan juga rakyat di negeri lain naik meluat dan menyampah melihat muka para pemimpin yang korup dan tidak ada akhlak Islamiah. Lihat kerusi-kerusi yang tersusun lebih ramai daripada penghuni. Hapraknya pihak penganjur memalukan umat Islam lainnya.


INGAT : MENENTANG UMNO ADALAH SATU JIHAD. BERJUANGLAH DENGAN APA CARA YANG KITA MAMPU
Selamat mengerjakan Ibadah Puasa semoga mendapat hidayah dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Aidil Fitri-maaf zahir dan batin.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.