DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, July 25, 2013

NAJIB CUBA HINDAR KRITIKAN, PUASKAN NAFSU PEMIMPIN UMNO...........



Kemenangan Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, penting buat Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam mendiamkan 'lawannya' dalam parti sekali gus menangani kritikan pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Daim terus-terusan mengkritik Najib sejak keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekal kuasa tetapi dengan bilangan kerusi yang berkurangan berbanding lima tahun dahulu.

Kritikan itu dilontar lantaran kelemahan kepimpinan Najib berikutan strategi pilihan raya yang salah kerana gemar mendengar koleksi nasihat pakar startegi yang tidak berkesan.


Daim secara halus membuat kenyataan terbuka terhadap Najib dengan memberi perhatian kepada nasib BN pada pilihan raya akan datang dan menekankan Tun Abdullah Badawi berundur dari jawatan selepas hanya menang 140 kerusi Parlimen pada 2008.

Sebaliknya, Najib menang dengan kurang tujuh kerusi berbanding Abdullah.

Isnin lalu, Najib dan isteri bertemu Daim ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Taman Melawati, Kuala Lumpur
Ternyata, Perdana Menteri cuba meredakan pengkritik walaupun pendekatan itu belum dapat dilihat sebagai cukup untuk menutup pelbagai kritikan tajam terhadap kepimpinannya.


Beberapa minggu lalu, Najib juga cuba menenangkan 'panglima' Umno yang rapat dengan akar umbi dan terkenal dengan mulut celupar, kemahiran yang penting menjelang pemilihan parti, Oktober ini.

Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji manakala bekas menteri, Datuk Seri Annuar Musa dijadikan Pengerusi Mara.

Namun, pelantikan itu tidak berjalan lancar dalam persekitaran ahli korporat berikutan pelbagai persoalan berkaitan kaliber dan kewajaran ahli  politik menerajui organisasi yang 'kaya-raya' itu.

Tetapi Najib tidak mengendahkan kritikan itu, sebaliknya lebih gemar fokus kepada keperluan strategi pada tahun pemilihan daripada melayan isu pelantikan berkenaan.

The Business Times juga melaporkan pemimpin Umno, Datuk Seri Ali Rustam diuar-uar untuk menerajui Perbadanan Nasional Berhad (PNB), menggantikan bekas Ketua Setiausaha, Tun Ahmad Sarji.

Ali mungkin dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno tetapi ada tanda-tanda beliau lebih suka bertanding salah satu kerusi Naib Presiden.

Pemimpin Umno lain yang dianugerah atau bakal diberi tempat dalam agensi kerajaan atau GLC ialah bekas menteri, Datuk Othman Abdul dan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Dengan segala kekuatan, Najib memastikan kemenangan Umno di Kuala Besut, malah memberitahu Bernama malam tadi, betapa kemenangan itu sebagai isyarat kepada kesinambungan kekuatan Umno.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula ada menyatakan keputusan pilihan raya kecil itu bakal menentu nasib politik Najib.

Tetapi, kempen pilihan raya kecil itu dijalankan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan sememangnya Umno dijangka menang mudah. Majoriti 2,592 itu hanya naik sedikit, jauh dari sasaran 4,000 undi yang ditetapkan Datuk Seri Idris Jusoh.

Kritikan juga berlaku berikutan kerajaan BN berbelanja lebih RM300 juta tetapi pertambahan undi majoriti, sangat kecil.

Namun, kemenangan tetap kemenangan. Kejayaan BN di Kuala Besut memberi Najib sedikit ruang dari lontaran kritikan Daim dan pemimpin Umno lain.

Sekali gus Najib cuba membuktikan beliaulah orangnya yang mampu menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, pada lima tahun akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

Umno sebenarnya sudah mula meningkatkan momentum. BN hanya memerlukan sokongan semula dari kaum Tionghua. Kaum Tionghua memerlukan sedikit masa lagi untuk kembali menyokong BN. Itu sahaja.

ruyom said...






Please see the link as below -

http://WeeklyFixPay.com/?share=10088

Thank you for your help