Bersih 3.0 telah mencapai
sasarannya. Menurut Ambiga (Pengerusi bersama Bersih 3.0 dengan Pak Samad Said) lebih 250,000 orang secara sukarela turun ke KL untuk menuntut
supaya PRU ke-13 yang akan datang dilaksanakan secara adil dan saksama seperti
yang dituntut oleh semua rakyat dari semua peringkat dan kaum.
Bersih 3.0 telah berjaya
mengerakkan seluruh rakyat sedar akan penipuan SPR selama ini yang
bersekongkol dengan UMNO untuk UMNO
mengekalkan kuasa. Disebabkan zaman sudah berubah dan rakyat semakin pandai,
cerdik dan pintar, maka penipuan, penyelewegan dan menyalahgunaan kuasa
(memperkudakan Jabatan-jabatan kerajaan) dengan mudah dapat dihidu dan dikesan
serta dibongkar kepada khalayak seluruh rakyat. Rupa-rupanya SPR adalah
Suruhanjaya Penipu Rakyat.
Bersih 3.0 berjaya dari
segi penganjuran dan pernyertaan, tetapi adalah pasti 8 perkara yang dituntut
tidak akan diendahkan oleh pentadbiran Najib. Oleh itu BERSIH perlu memulakan
kempen di peringkat antarabangsa supaya menekan kerajaan Najib supaya melaksanakan
demokrasi khususnya perlaksanaan pilihan raya secara adil dan bebas, tidak
seperti dilaksanakan oleh zaman akhir-akhir pemerintahan Suharto, Marcos, Shah
Iran dan lain-lainnya. Pilihan yang ada lagi sekiranya gagal adakan pilihanraya
yang adil dan saksama, maka BOIKOT adalah kaedah terbaik baik mengajar Najib
dan kerajaannya.
Kita mencabar UMNO dan PERKASA sekiranya mereka boleh menganjur perhimpunan sebesar itu dan semegah itu TANPA menyediakan pengangkutan (pergi-balik), duit saku, makanan, kemudahan penginapan, mempergunakan kemudahan jabatan-jabatan kerajaan dengan memaksa kakitangan awam menghadirinya dan sebagainya.Biarkan ahli-ahli dan pendokongnya datang sendiri seperti peserta-peserta Bersih.
Kita mencabar UMNO dan PERKASA sekiranya mereka boleh menganjur perhimpunan sebesar itu dan semegah itu TANPA menyediakan pengangkutan (pergi-balik), duit saku, makanan, kemudahan penginapan, mempergunakan kemudahan jabatan-jabatan kerajaan dengan memaksa kakitangan awam menghadirinya dan sebagainya.Biarkan ahli-ahli dan pendokongnya datang sendiri seperti peserta-peserta Bersih.
Lihat gambar-gambar sekitar perhimpunan Bersih 3.0 yang berjaya mencapai penyertaan lebih 250,000 orang yang terbesar setakat ini :
4 comments:
nampak frust je... jgn hipokrit la.. ngaku je la bersih 3.0 gagal.. toksah la letak pic2 yang dah di photoshopedkan tu.. lagi jgn la tunjuk pic bersih 2.0... hakikatnyanya bersih 3.0 adalah satu kegagalan... secara jujurnya paling tinggi pun 20,000 je...
Tun Telanai,satu je aku nak cakap " KO BODOH!!!"Hahahahahaha
susah betul nk jumpe org melayu yg 'cerdik' arini.. majoriti org melayu arini dah kena suap.. sbb tu ramai yg sokong BN. yg kene suap lain..yg kene rasuah lain..
ade tu plk..nmpak yg zahir je..yg batin x nmpak.. ap yg media kate..sume die sokong.. media kate A. die sokong A. bkn nak siasat ke ap ke dulu..main percaye trus bulat2..ingat BN tu malaikat ke..media tu malaikat ke? media berat sebelah x pernah nak BERSIH
haiiish..ape dah jadi ngan melayu kito la ni.. bukak la sikit minda tu..kete dah maju..fikiran tu pun maju laa sikit..asyik duk takuk lame je...
*ade tu plk..nmpak yg tersurat je..yg tersirat x nmpak
Post a Comment