BERPOLITIK BUKAN BEGITU CARANYA.
BERSOPANLAH
Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat ‘tahi manusia’ kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Jurucakapnya Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, replika kek seakan ‘tahi manusia’ tersebut layak dihadiahkan kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang, pada hari ini.
“Orang lain tak boleh bagi (hadiah ‘tahi manusia’), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam ‘pulau tahi’,” ujarnya di G
Beliau turut menyifatkan Guan Eng sebagai ‘pondan’ kerana tidak bersemuka dengannya walaupun diberitahu bahawa Guan Eng masih dalam lawatan rasmi di Taiwan.
Tidak cukup dengan itu katanya, ‘tahi manusia’ berkenaan ditaja oleh pemimpin DAP negeri sendiri yang didakwanya menentang Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam reaksi spontan menganggap tindakan pembangkang itu menghina kakitangan kerajaan serta kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.
“Jika berdendam dengan Ketua Menteri sekalipun, tidak perlulah sampai menghina kakitangan kerajaan sama ada Melayu atau bukan Melayu dengan memberi hadiah (‘tahi manusia’) sebegitu.
“Menerima hadiah bersifat peribadi pun bukan menjadi amalan Ketua Menteri Pulau Pinang, hadiah sebegitu (‘tahi manusia’) dia (Guan Eng) tak terima,” ujar beliau.
Kepsyen:
1. ‘Tahi manusia’ dihadiahkan demi menghina Lim Guan Eng sempena Hari Lahir Ketua Menteri itu.
2. Ghani sanggup menghina kakitangan kerajaan dengan memberi ‘tahi manusia’ kerana berdendam dengan Guan Eng.
3. Ghani sanggup menghina Pegawai Keselamatan yang menasihatkannya untuk menghentikan provokasi.
Ulasan :
Para pemimpin UMNO di Pulau Pinang sudah mula gila babi. Sudah tidak tahan pemerintahan DAP yang adil dan saksama kepada seluruh rakyat Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik dan kaum serta agama. Semua dilayan sama rata tidak seperti UMNO-Gerakan-BN memerintah yang memilih bulu dalam mengagihkan bantuan. Kerana Mu UMNO, Melayu Pulau Pinang merempat.
Mereka sudah tidak ada kerja lain lagi. Peluang hendak merembat harta rakyat sudah tiada ada peluang lagi, maka dibuatlah provokasi, satu demi satu provokasi dibuat bagi mengeruhkan suasana, sedangkan perkara yang mereka perjuangkan sekarang ini tidak pernah dilaksanakan oleh para pemimpin UMNO ketika mereka berkuasa lebih 52 tahun dulu.
Menyampah melihat muka-muka bangsat para pemimpin UMNO Pulau Pinang.
2 comments:
inilah buktinya pemimpin pencacai BN yang amat tak bertamadun beranikah mereka menghantar bendah seperti kepada PM? umno MEMANG KELAS PALING TERRENDAH DARI SEGI AKHLAK.
sungguh memalukan bangsa Melayu dan agama Islam......
Inilah sikap dan perangai Melayu UMNO yang tidak berpegang pada ajaran Al-Quran sebaliknya berbangga dengan keturunan bangsa....
Semoga Allah memberi petunjuk dan pembalasan atas sikap tidak siuman UMNO ini.....
Post a Comment