DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, June 13, 2011

PAS: BERSIH CERMINKAN AZAM RAKYAT MAHU PRU ADIL

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar pandangan wadah milik UMNO, Mingguan Malaysia apabila menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai tindakan 'kotor' anjuran Pakatan Rakyat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah tegas beliau, perhimpunan Bersih yang dianjurkan menggambarkan tuntutan dan kebangkitan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

"Pandangan Utusan itu adalah pandangan yang terlalu jauh ketinggalan zaman, yang tidak subur dalam konteks demokrasi kerana apa yang Bersih tuntut adalah satu perhimpunan aman yang kita mahu perjelaskan tentang satu fenomena pilihan raya yang adil dan bersih."

Jelasnya himpunan BERSIH juga bertujuan "membersihkan" kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya supaya tidak terpalit dengan persepsi yang boleh menjejaskan kewibawaannya sebagai satu badan di bawah nangan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu TV Selangor bahawa pihak penganjur memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman tanpa sebarang ketegangan yang boleh mencetuskan huru-hara sekiranya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang baik.

Perhimpunan Bersih pada tahun 2007 di Dataran Merdeka disertai oleh 100, 000 orang. Kali ini penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ada pihak meramalkan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan sewal bulan depan atau selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Hasrat penganjur Bersih menimbulkan kegusaran kepada Putrajaya dan beberaka kumpulan pro-Umno membuat laporan polis mendesak perhimpunan itu dibatalkan.

"Ia satu tekanan yang telah berjaya kita berikan kepada pihak kerajaan untuk kita galas satu pilihan raya yang adil dan bersih, jadi ini merupakan satu respon yang menujukkan mereka bimbang terhadap kebangkitan rakyat semakin menuntut hak mereka untuk melihat satu pilihan raya yang benar-benar menepati ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan demokrasi."

Beliau turut kecewa dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan perhimpunan tersebut boleh mengakibatkan huru-hara.

"Satu pandangan yang saya rasa tidak sepatutnya lahir daripada seorang Menteri seperti Hishamuddin, dia tidak boleh menuduh perkara itu tanpa perhitungan yang adil. Ini jelas menunjukkan sikap terdesak beliau bila kita mahu mengadakan satu perhimpunan yang aman tetapi dia telah buat kenyataan yang memberikan kesalahan sebelum perhimpunan itu diadakan."

Sumber : DISINI

8 comments:

Pakatansial said...

BERSIH PUNGGUNG ANUWAR TU DULU, DARIPADA PI SIA2 BUAT TENGAH JALAN CMANI. YANG MALU MELAYU JUGAK.. ADE KER CINA..BODOH PUNYA PUNYA PAS.GUNA AKAI LA..TAK PERLU PUN WAT DEMO TAK PUAS HATI HANTAR MEMORANDUM.. NI NAMPAK JAGA BUNTOT ANUWAR NI...

Anonymous said...

Rosaklah negara...dah sah demo nak jaga buntot anwar ni..

AnuwarAl juburi said...

Ni dah menang 5 negeri masih puas hati ker? alahai.. Mengapa bodoh sangat PAS. Dah lah Bodoh banggang pulak tu...

Anonymous said...

Daripada berdemo-demo camni kan, baik duduk rumah tengok tv..mcm DAP.. Tgk jer org2 PAS2 demo...

MatSabu said...

Kecewa aku ngan PAS ni tak sedar-sedar diri..Mohon dijauhkan dari DEMO yang tak sihat ni.. AMIN..

SokongPKRasuah said...

Apa kata perhimpunan bersih 2.0 nanti buat kat Bukit Bintang? Agaknya DAP bagi ker tak.

Raziman said...

kalau yer pun nak buat perhimpunan bersih pun buat jer kt kelantan..banyak tandas2 kotor kt sana..pi bersihkan..kan lagi bagus..

Anti-PAS said...

aku tak suka orang buat kecoh2 wat demo tak tentu halayang malu melayu jugak.Apasal Ahli2 Pas ni bongok sgt.ini semua Plan Anwar kalau kita sedar.. tak lain tak buat demo nak buat rakyat benci kerajaan selain nak elak dari rakyat fokus kat kes Anwar al-juburi..itupun Ahli2 pas tak nampak ker???