DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, April 14, 2011

AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM AKAN DIBUNUH.?


Oleh: anak_muar

"Maafkan saya jika tajuk diatas agak dilihat keterlaluan dan menakutkan khususnya pihak Pakatan Rakyat,namun itulah perkara yang perlu dibimbangkan oleh semua pejuang-pejuang PKR-PR tidak lupa juga khususnya ahli keluarga Anwar Ibrahim.Serangan demi serangan fitnah bertali arus terhadap Anwar sudah tidak terbendung lagi oleh pihak yang memusuhi beliau.

Segala macam fitnah telah dihamburkan kepada Anwar Ibrahim selama ini namun pejuang keadilan dan perubahan Istimewa ini tidak pernah gentar dan mengalah akan bencana fitnah yang terus menerus menimpa beliau.Anwar telah difitnah dengan puluhan tuduhan yang pelbagai tajuk dan kategori namun semua itu kelihatan gagal menghalang dan melemahkan semangat Anwar sebaliknya beliau kelihatan lebih bersemangat dan berani untuk terus berjuangan melakukan perubahan terhadap negara walaupun ancaman terhadap beliau dilihat sudah hampir kepada mengancam nyawanya sendiri.


Namun baru-baru ini Anwar telah menyatakan sekali lagi bahawa hidup matinya bukan ditentukan oleh politik tetapi di tangan Allah SWT.Beliau menyerahkan untung nasib hidupnya kepada Allah SWT.Itulah kehebatan dan keberanian insan yang telah teruji dan terus diuji iaitu Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun keadaan terkini dilihat semakin membimbangkan apabila mendapati pihak yang amat memusuhi Anwar sudah mula melakukan serangan fitnah tanpa belas kasihan lagi.

Pihak musuh menggunakan segala macam cara bagi mematikan karier politik Anwar.Jika segala usaha dan strategi dalam mengekang kebangkitan Anwar dilihat masih gagal dan tidak berkesan maka tiada lagi jalan akhir selain menghentikan hayat Anwar.Mungkin orang lain sudah lama mati diserang penyakit jantung atau barah otak kalau hidup berterusan dengan fitnah dan ancaman namun ia sedikit tidak menjejaskan Anwar malah masih terus tersenyum dan tetap tenang.Ini yang membuatkan pihak musuh sudah mati akal dan bingung dengan ketahanan yang ada pada diri Anwar.

Pendek kata,bagi pihak musuh menghentikan Anwar adalah bermakna mematikan nadi perjuangan PR.Pihak musuh tidak gentar dengan PAS,DAP mahupun PKR yang mereka gentar dan takutkan adalah batang tubuh Anwar Ibrahim sahaja.Pihak musuh Anwar sudah bermasalah besar sejak 13 tahun lalu dengan beliau.Mereka sudah tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan Anwar dalam tempoh 1 atau 2 tahun ini.Maka tunggu dan lihat sahaja babak dasyat buat Anwar selepas ini.Siapakah sebenarnya musuh Anwar? Saya pon masih bingung dengan diri sendiri dan keadaan sekarang.

Sumber : Agen DSAI

KOMEN :

Membaca tulisan anak_muar, kemungkinan itu akan berlaku. Jawapannya ‘YA’. Bila?

Bila tiba masanya UMNO dan Najib mendapati segala usaha jahatnya selama ini yang menemui kegagalan dan beliau dan UMNO menghadapi saat-saat yang cukup genting (nyawa-nyawa ikan) untuk terus kekal berkuasa.

Sementara pula Anwar Ibrahim yang dikianati terus mendapat sokongan rakyat dan pengaruh Anwar melalui Pakatan Rakyat melepasi pengaruh UMNO/BN dan merebak ke seluruh Negara. Maka, tidak ada cara lain bagi memusnahkan Anwar melainkan cara atau kaedah yang dijangkakan oleh anak_muar itu.

Oleh itu, seluruh rakyat dari berbagai peringkat dan agama harus bersiap sedia dari sekarang. Saya pun sudah lama mengeshaki bahawa ini mungkin berlaku pada suatu hari nanti.

Budaya bunuh membunuh ini bukan perkara asing bagi politik UMNO . Untuk menyelamatkan UMNO dan untuk kepentingan diri, UMNO akan melakukan apa sahaja demi sebuah ‘kuasa’. Contohnya, pada Julai 1967, Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Hulu, YB Abdul Samad Gul Ahmad Mianji mati ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang ketika itu Ketua Pemuda PAS diserang ketika sedang membuka pintu keretanya.

Pada 8 Mac 1970, YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis.

Pada 18 Januari 1985, tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli UMNO bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, saudara Osman Talib terbunuh dan dibunuh.

Peristiwa pembunuhan Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya di Memali, Kedah pada 1985 menjadi dalil yang cukup kuat menyatakan UMNO akan melakukan apa sahaja, hatta membunuh sekiranya kuasanya tergugat. Dr Burhanuddin al-Helmi (Presiden Pas ketiga) ditahan sekian lama di dalam penjara (ISA) dan meninggal pada tahun 1969 lama menderita akibat penyeksaan yang dikenakan semasa dalam tahanan.

Jenayah yang dilakukan oleh UMNO ini bukan hanya melibatkan mangsa dari kalangan pemimpin dan ahli PAS sahaja (PKR belum wujud lagi, musuh UMNO hanyalah PAS). Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 14 April 1982 ekoran pertelagahan mereka dalam merebut jawatan dalam mesyuarat Agung Bahagian UMNO Tampin.

Pada 2 Julai 1993 di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Datuk Mazlan Idris dibunuh dan badanya dikerat-kerat oleh 3 orang Juraimi Husin, Affandi Abdul Rahman dan Mona (Maznah Ismail) kerana hendakkan kuasa dan duit.

Kaedah pembunuhan di Malaysia kini maju setapak lagi apabaila Altantuya Shaaribu, dibunuh pada bulan Oktober 2006 dan badanya diletupkan dengan menggunakan bom C4 bagi menghilangkan kesan-kesan bukti. Manakala pada September 2010, Datuk Sosilawati Lawiya, jutawan kosmatik dan tiga lagi iaitu pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, pegawai bank, Noorhisham Mohammad dan peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim dipukul sehingga mati, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai. Hebatkan…

Jadi apa yang diperkata oleh anak_muar itu tidak boleh dipandang ringan termasuklah juga para pemimpin Pakatan Rakyat yang lainnya sama ada dari dikalangan para pemimpin PAS dan DAP wajib bersiap sedia sepenuhnya kerana Malaysia kini diperintah oleh orang ‘GILA’. Orang GILA akan berbuat apa sahaja bagi memuaskan nafsu keGILAannya yang rakus dengan kedudukan, kuasa dan kemewahan. Ianya terjadi di seluruh dunia yang memerintah Negara secara Najib memerintah Malaysia sekarang. Bukan satu perkara yang ajaib atau mustahil berlaku.

Buat masa sekarang Najib belum mengambil langkah tersebut, walaupun ada kemungkian para perancang strategis Najib mulai memikirkan kaedah tersebut bagi menamatkan riwayat Anwar,tetapi masa yang belum sesuai lagi menggunakan pendekatan tersebut. Tunggu dulu, masih menimbangkan secara serious kesan baik-buruknya dan risiko yang terpaksa ditanggungnya.

Usaha beliau sekarang adalah melalui proses undang-undang yang boleh dimanipulasikan untuk memenjarakan semula Anwar dalam jangka waktu yang panjang. Usaha berterusan menelanjangkan Anwar dengan aktiviti-aktiviti seks yang tidak masuk akal, merasuahkan rakyat dan berusaha mencari seberapa ramai yang mungkin bekas orang-orang Anwar untuk berpaling tadah. Kini, Raja Petra Kamaruddin telah pun berpaling tadah, selepas ini tiba pula giliran Balasubramaniam. Kemudian ini ramai lagi kawan-kawan Anwar akan dicari dan dibeli untuk berpaling tadah dan membelasah Anwar khususnya dalam PRU ke-13 nanti. Dengan kuasa dan duit, Najib boleh melakukan apa sahaja yang tidak mampu terfikir oleh benak kita semua. Tunggu dan lihat. Mungkin sehingga akhir hayat Anwar akan terperosok dalam penjara sehinggalah tiba bantuan dari Allah swt.

Untuk Anwar dan seluruh rakyat Malaysia, ingatlah pesan Allah swt : .... dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu"Surah Muhammad 47:31


Perjuangan juga berdepan dengan ruang-ruang bergerak yang semakin disempitkan. Ia bukan disempitkan oleh kongkongan dan akta zalim semata-mata, tetapi disempitkan juga oleh prejudis dan sumbatan minda yang amat kompleks. Perjuangan mempertahankan keadilan dan hak kemanusiaan akan menanggung berbagai mehnah dan cabaran.

“NYAHKAN UMNO, HENTIKAN KEZALIAM, RAKYAT SEJAHTERA”

1 comment:

Monkey Shooter said...

Ingat...! 1 orang pemimpin Vietkong mati di Vietnam, maka akan lahir 1000 orang lagi pemimpin yang akan bangun melawan dan menentang pencerobohan Amerika. Malah lebih ribuan kali ganda hebat tentangan tersebut dari sebelumnya. Inikan pula perbuatan korupsi dari pemimpin sendiri. Nyawa kamu semua pun bukannya besi kursani, kamu semuapun pasti akan mati. Tiada catatan rekod atau rasmi yang mengatakan bahawa manusia akan hidup kekal abadi. Silalah tanya arwah ibu bapa kamu.