DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, October 6, 2007

PILIH UMNO BERERTI RAKYAT SENGSARA

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Dihadapan kita sekarang ini ada tiga perkara besar akan muncul pada tahun 2008. Pertama, pilihanraya umum ke-12 akan diadakan. Kedua, kenaikan tol Utara-Selatan [PLUS] dan lain-lain lebuhraya bertol yang tidak terlibat dalam kenaikan pada tahun 2007 lalu. Ketiga ialah kenaikan harga minyak dan gas.

Semua ini akan terus membebankan rakyat. Kehidupan rakyat akan bertambah sengsara, sebaliknya kehidupan para pemimpin politik khususnya UMNO dan suku-sakatnya akan terus menikmati kemewahan kerana mereka masih boleh menerima komisen bernilai jutaan ringgit daripada pelbagai projek pembangunan yang sedang dilaksanakan sekarang khususnya Projek Pembangunan Wilayah Iskandar, di Selatan Johor dan Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dibiayai oleh syarikat multinasional negara, Petronas. Disamping itu mereka juga boleh melakukan amalan rasuah dengan mudah kerana mereka akan dilindungi oleh undang-undang Negara.

Petronas telah menghantar memorandum kepada kerajaan untuk menaikan harga minyak. Setakat ini kerajaan sedang mencari alasan dan keadaan yang sesuai untuk menaikan bahan tersebut. Harga minyak mentah terus meningkat hingga mencecah paras AS$80 setong di pasaran antarabangsa dan terdapat spekulasi harga komoditi itu akan mencecah paras AS$100 menjelang hujung tahun ini.

Bayangan telah ada disuarakan oleh Rafidah Aziz dan Najib Tun Razak menanti hari yang suai ‘serangan di waktu subuh’ seperti yang terjadi pada 28 febuari 2006 lalu, dinaikan selepas pukul 12.00 malam tanpa pengumanan rasmi dibuat. Sudah pasti pihak pasukan polis sudah bersiap sedia menghadapi kemarahan rakyat. Mungkin berlori-lori water canon, gas pemedih mata telah siap diatur untuk digunakan bila-bila masa sahaja dari sekarang dan berkemungkinan besar pada kali pihak polis akan menggunakan peluru hidup sepertimana mereka gunakan di Pantai Batu Buruk, Kuala Terangganu pada 8 September lepas bagi menghadapi rakyat yang bangkit menentang kerajaan.

Apa kata A.Kadir Jasin dalam blognya yang disiarkan oleh Harakahdaily.net

Siapa yang hendak kita percayai: Najib atau Samy Vellu?
A Kadir Jasin Thu Oct 04, 07 10:22:37 pm MYT

Ada sesetengah pembesar yang mewakili kabinet dan perkhidmatan awam nampaknya tidak sabar-sabar menghebahkan perkhabaran buruk kepada rakyat jelata.

Manakala yang lain pun bermati-matian menafikan kesahihan berita itu.

Pihak yang pertama nampaknya tidak dapat lagi menunggu sehingga selepas musim perayaan untuk menyampaikan berita-berita yang mendukacitakan itu.

Apa pun tujuan mereka, berita-berita itu pastinyalah menjadi bahan hangat perbualan pada perayaan Aidilfitri, Deepavali dan Krismas nanti apabila rakyat Malaysia berduyun-duyun balik kampung atau keluar bercuti.
Kadar tol naik

Pada 30 September, Menteri Kerja Raya S Samy Vellu mengumumkan yang kadar tol lebuh raya akan naik 10 peratus di kesemua lapan lebuh raya bertol tahun hadapan.

Beliau berkata pemegang konsesi memohon kenaikan 10 peratus mulai awal tahun hadapan tetapi kementeriannya sedang memikirkan formula yang sesuai agar kenaikan itu dikongsi bersama oleh pengguna dan kerajaan.

Semestinyalah begitu kerana di masa sahaja kita melalui lebuh raya baru sedang dibina atau yang sedia ada dinaikkan taraf, terpampang papan-papan tanda yang berbunyi "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional".

Kemudian pada 3 Oktober, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Markiman Kobiran berkata pengusaha pengangkutan awam telah memohon untuk menaikkan kadar tambang antara 100 hingga 600 peratus mulai tahun depan dengan alasan kos operasi yang semakin meningkat.

Utusan Malaysia memetik beliau sebagai berkata, kadar tambang baru untuk semua jenis pengangkutan awam akan diumumkan pertengahan tahun depan dengan mengambil kira kenaikan kos operasi.
Kita tidak akan terima bulat-bulat pandangan mereka. Banyak penilaian perlu dibuat tetapi kita juga mengambil kira kenaikan kos operasi terutamanya bahan api yang mencecah sehingga 60 peratus

Kabinet belum buat keputusan

Tiga hari selepas Samy Vellu membuat pengumuman itu, Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bertanya mengapa perlu membuat spekulasi mengenai hal itu kerana kabinet belum membuat apa-apa keputusan.

Jadi siapa yang hendak kita percayai Mohd Najib atau Samy Vellu?

Apa juga kesudahannya, kenaikan kos dua komponen utama pengangkutan ini “ tambang dan tol sudah pasti anak menaikkan lagi kos pengangkutan yang sekali gus akan memberi kesan buruk kepada kos sara hidup.

Anehnya pihak berkuasa terus mendakwa kadar inflasi yang rendah – malah semakin rendah -- sedangkan harga hampir semua barangan dan perkhidmatan pengguna telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kalau anda bergiat dalam dunia perniagaan, anda pasti tahu bahawa kos hampir semua faktor pengeluaran semakin meningkat manakala permintaan berkurangan dan hutang lapuk bertambah.
Kenaikan harga pengguna dan kadar inflasi mungkin antara punca mengapa kadar kenaikan jualan runcit lembap tahun ini berbanding tahun lalu.

Mungkin pemerintah perlu menyegerakan bancian bagi menyusun semula komposisi yang digunakan untuk mengira indeks harga pengguna agar lebih mencerminkan keadaan sebenar.

Tiada gunanya mendakwa kadar inflasi yang rendah jika nilai mata wang merosot dan kuasa membeli merudum. Pengguna akan tahu juga keadaan sebenar setiap kali mereka membeli belah.

Saya yakin Mohd Najib yang mempunyai cukup pengetahuan mengenai pengurusan ekonomi makro dan mikro sedar bahawa perangkaan yang menyimpang daripada keadaan sebenar tidak berintegriti dan boleh menyebabkan ketempanganan ekonomi (economic distortion). - kadirjasin.blogspot.com

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/rencana-&-pendapat/siapa-yang-hendak-kita-percayai-najib-atau-samy-vellu.html

Sampai bila rakyat di negara ini mahu menjadi hamba abdi kepada para pemimpin UMNO pemngkianat bangsa, agama dan negara?
Masa depan bangsa dan agama terletak dalam tangan rakyat dalam negera ini yang akan mengundi pada PRU ke-12 nanti.
Pilih UMNO bererti "mengali liang kubur sendiri" untuk terus hidup merempat dalam negara sendiri.
Selamat mengerjakan Ibadah Puasa semoga mendapat hidayah dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Aidil Fitri-maaf zahir dan batin.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih

4 comments:

Anonymous said...

...please where can I buy a unicorn?

Anonymous said...

Nach meiner Meinung irren Sie sich. Es ich kann beweisen. Schreiben Sie mir in PM. viagra rezeptfrei cialis rezeptfrei [url=http//t7-isis.org]levitra online[/url]

Anonymous said...

Entre nosotros hablando, prueben buscar la respuesta a su pregunta en google.com [url=http://csalamanca.com/tag/sin-receta/ ]viagra generico espana [/url] Pienso que no sois derecho. Puedo demostrarlo. Escriban en PM. http://csalamanca.com/tag/sin-receta/ la viagra

Anonymous said...

I have removed this idea :)