Saturday, December 29, 2007

TAHUN 2008 : TIDAK MENJANJIKAN KEMANISAN

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm,wrt.

Bahagian 1


Tahun 2008 akan menjelang dalam tempoh 2 hari lagi. 2008 tidak akan menjanji apa-apa untuk rakyat. Rakyat pada keseluruhannya akan menerima nasib lebih malang lagi di bawah pentadbiran UMNO. Walaupun, Najib Tun Razak ketika merasmikan persidangan tahunan Parti Bersatu Sabah pada 29 Disember kelmarin, menyatakan bahawa hanya BN [baca: UMNO] sahaja yang boleh membawa kebahagiaan [kemakmuran] kepada rakyat. Namun, bagi rakyat yang celik mata hati boleh membuat penilaian terhadap UMNO/BN [dulu Perikatan] yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun. Cakap soal dasar apa pun yang dirangka dan dilaksanakan oleh UMNO semuanya mengalami KEGAGALAN. Dalam tulisan ini saya ambil dua contoh sahaja sebagai renungan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Contoh paling menghiris perasaan orang Melayu [membawa maksud bumiputra lain juga] ialah : Pertama, kegagalan Dasar Ekonomi Baru [DEB]. Setelah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan, ekuiti bumiputra hanya mencapai sekitar 18%, tidak menepati sasarang yang ditetapkan sebanyak 30%. Kalau dulu, British atau pelabur asing yang menguasai ekonomi Malaysia, tetapi sekarang kaum Cina yang menguasai sepenuhnya ekonomi Malaysia.

Berapa banyak harta dan nilai perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu di seluruh bandar-bandar besar di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang [tempat PM sendiri], Johor Bahru [negeri UMNO] dan Ipoh?

Adalah diharapkan Najib dan wakil-wakil rakyat UMNO tolong jawab perkara ini. Jangan menjerit-jerit tidak tentu pasal macam orang gila dirasuk syaitan. Cerminkan diri dulu apabila bercakap mengenai perkembangan ekonomi orang Melayu dan bumiputra lainnya. Kegagalannya adalah berpunca daripada perbuatan kianat para pemimpin UMNO terhadap bangsa Melayu.

Ya, memang benar ada orang Melayu yang menjadi kaya raya melalui DEB, tetapi berapa kerat sahaja orang Melayu yang berjaya. Yang berjaya ialah orang Melayu yang menjadi UMNOPUTRA, yang ada kuasa, yang ada jalinan hubungan kekeluargaan dan yang ada hubungan politik untuk perniagaan. Majoriti orang Melayu masih miskin dan terpinggir daripada arus pembangunan mega di Malaysia.

Para pimpinan UMNO tidak pernah malu kepada rakyat, mereka semuanya terdiri daripada muka-muka tembok. Sudah 50 tahun merdeka, mereka masih lagi bercakap mengenai kemiskinan Melayu. Semakin banyak mereka bercakap mengenai kemiskinan Melayu, maka semakin banyak penyelewengan yang mereka lakukan akan terdedah. Radzi Sheik Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Setiausaha Agung UMNO dalam Berita Perdana RTM pada 29 Disember kelmarin umpamanya sanggop mengarahkan MB Perlis, Shahidan Kassim secara terbuka supaya ditukarkan [atau diberhentikan?].

Shahidan merupakan salah seorang daripada golongan elit politik UMNO yang hidup penuh dengan kemewahan. Ramai lagi para pemimpin UMNO yang sejenama dengan Shahidan yang hidup penuh dengan kepura-puraan yang kononnya merekalah pembela nasib Melayu, tetapi hakikat yang sebenarnya merekalah merupakan orang paling ke hadapan yang merembat [merompak] harta rakyat, pantang ada ruang sedikit. Mereka adalah perasuah dan penyanggak terhormat yang tidak lut dengan undang-undang yang sedia ada. Malas hendak sebut nama-nama pemimpin UMNO/BN yang serupa dengan Shahidan, semua rakyat sudah tahu dari Perlis sampailah ke Sabah.

Kedua, UMNO menjadi pengkianat terhadap dominasi politik Melayu-Islam di dalam negara ini. Kedudukan kuasa politik Melayu-Islam semakin mengecil berbanding dominannya politik Melayu di awal kemerdekaan dahulu sudah hilang. UMNO terpaksa menagih simpati daripada kaum-kaum lain untuk terus berkuasa. Akibatnya maruah Melayu-Islam tercabar, UMNO menjadi penakut dan dayus terhadap kelantangan suara bukan Melayu. UMNO hanya berani bertindak terhadap sesama bangsa dan seagama [rujuk kes isu babi di Bukit Beruang di Melaka dan isu Hindraf dengan isu di Batu Buruk serta penangkapan secara borong terhadap para pimpin PAS dan PKR]. Kuasa politik tawar-menawar dikalangan anggota BN telah hilang daripada tangan UMNO. Kuasa ini telah mulai ditentukan oleh kerabat UMNO dalam BN yang bukan Melayu. Jadi, survival masa depan bangsa Melayu dan agama berada dalam sangat merbahaya, sekiranya UMNO tetap diberi mandat untuk terus memeritah.

Najib ketika berucap di Sabah menyatakan bahawa BN adalah pembela rakyat miskin. Tahun 2008 kerajaan telah membayangkan harga runcit petrol, gas memasak dan tarif elektrik [mungkin tarif air juga] akan dinaikkan. Kenaikan bahan-bahan ini akan menaikkan kos sara hidup rakyat, khususnya rakyat miskin. Bagi golongan berkuasa dalam elit politik UMNO yang memiliki kekayaan mengunung tidak akan merasainya, tetapi bagaimana kehidupan rakyat marhaen, masyarakat petani, nelayan, buruh, yang berkerja sendiri dan yang bergaji tetap. Semuanya ini memeritkan kehidupan rakyat. Dapatkah mereka mengecapi kebahagian seperti yang diucapkan oleh Najib itu?

Pemimpin [mesti UMNOlah] masih lagi meniupkan kata-kata semangat agar rakyat bersabar, berhemah dalam perbelanjaan, senantiasa mengamalkan hidup sederhana dan tidak berboros berbelanja. Hakikatnya, sebenarnya siapa yang boros dalam perbelanjaan ini?

Siapa yang beli jet mewah bernilai RM200 juta, sedangkan kita suda hada 4 buah jet eklusif yang bersiap sedia untuk membawa pemimpin ke seluruh dunia?


Siapa yang berbelanja mengubahsuai rumah rasmi menelan belajan RM20 juta dan satu lagi hampir RM14 juta?

Siapa yang suka berbelanja boros di luar negara?

Siapakah yang sanggop menghabiskan duit beribu ringgit sekadar hendah bermegah membeli sebuah nombor plat kereta mewah?

Siapakah yang sanggop berkelahi dengan pegawai kerajaan bukan dasar kepentingan rakyat, tetapi hanya sekadar sebuah kereta mercedes?


Adakah semua ini dilakukan oleh rakyat marean, wahai Najib?

Kalau engkau anak jantan berbinkan Tun Razak, tolong jawab persoalan di atas secara jujur dan iklas. Jangan ashik melalak tidak tentu pasal. Hentikan sandirawa untuk memperbodohkan rakyat yang telah berjaya dikelabukan oleh maklumat senget sebelah oleh gara-gara kerajaan naungan engkau itu. Ingat, bukan semua rakyat menjadi tunggul kayu mati, hanya ahli UMNO, golongan pengampu dan golongan oportunist yang mampu engkau dan golongan engkau boleh diperbodohkan dan boleh diperlembukan.


Bahagian 2

Adalah lebih eluk kita baca tulisan saudara Amin Iskandar yang bertajuk : “Selamat Tinggal 2007” yang disiarkan oleh Malaysiakini.com
http://www.malaysiakini.com/columns/76398

Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2007. Ia mungkin adalah tahun yang paling bermakna bagi sesetengah pihak dan mungkin juga yang paling malang bagi pihak yang lain.

Ramai juga yang tidak sanggup untuk meninggalkan 2007 kerana “bencana” yang bakal berlaku pada tahun 2008. “Bencana” yang dimaksudkan ialah khabar angin tentang kenaikan harga minyak. Kerajaan dikatakan bakal menaikkan harga minyak pada tahun 2008. Kemungkinan besar harga minyak di Malaysia akan dinaikkan selepas pilihanraya umum ke-12.

Asas kepada kenaikan harga ini sangat kukuh memandangkan harga minyak dunia sekarang ialah AS93.14 setong (harga pada Hari Natal, 25 Disember 2007) dan dijangka mencapai AS100 setong dalam jangkamasa terdekat. Peperangan dan krisis politik yang berlaku di Timur Tengah tidak memungkinkan akan berakhir dalam jangkamasa terdekat ini.

Sebab itu ramai yang sudah mula gusar menghitung hari-hari akhir 2007. Contohnya peniaga-peniaga di Medan Selera Taman Melawati, Kuala Lumpur. Seorang teman lama yang membantu keluarganya mengusahakan sebuah kedai makan di medan selera tersebut merungut tentang masa depan perniagaan mereka.

Dengan kenaikan harga barang yang mendadak dan pelanggan yang semakin berkurangan, amat perit sekali untuk mereka terus berniaga.Untuk menaikkan harga makanan, mereka serba salah dan takut dimarah oleh pelanggan.

Akhirnya merekalah yang menanggung kerugian dari hari ke hari. Bapa teman saya memberitahu saya, jika harga minyak dinaikkan lagi pada tahun hadapan, mereka akan menanggung kos yang lebih besar lagi akibat daripada harga barang-barang mentah yang akan naik seiring dengan kenaikkan harga minyak. Jika itu berlaku, kemungkinan mereka akan menutup kedai dan pulang ke kampung.

Ini adalah salah satu contoh sahaja. Sudah pasti ramai peniaga-peniaga kecil yang mengalami nasib yang sama. Mereka-mereka ini tidak didokong oleh kekuatan modal yang besar seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken, Burger King dan lain-lain.

Dari segi demokrasi, 2007 boleh dikatakan sebagai tahun-tahun gelap demokrasi di Malaysia. 2007 ditutup oleh pemerintah Malaysia dengan memberikan 'signal' bahawa demokrasi akan mati.

Blogger ditahan

Insiden terbaru yang berlaku ialah pada 24 Disember 2007, sehari sebelum Hari Natal dirayakan. Seorang blogger yang menggunakan nama samaran Cucu Mat Kilau telah ditahan oleh polis yang berpakaian preman sewaktu berada di rumah.
Tanpa sebarang waran tangkap dan kenyataan dari polis bahawa beliau ditahan, pintu hadapan rumah blogger yang berusia 36 tahun itu didakwa telah ditendang dan dipecahkan oleh pihak polis pada jam 10 pagi. Ketika beliau baru hendak turun dari rumah, dengan rakusnya polis didakwa telah memegang dan terus menggarinya. Beliau berkali-kali bertanya mengapa beliau ditahan dan apa sebabnya. Tanpa memberikan sebarang jawapan, polis menyuruh beliau mendiamkan diri.

Rumahnya digeledah walaupun waran geledah tidak ditunjukkan. Setelah satu jam, beliau pun dibawa oleh polis.Tiga telefon bimbitnya dan satu komputer riba, turut dibawa oleh pihak polis. Beliau didakwa turut ditampar oleh pihak polis semasa dalam perjalanan ke IPD Kuantan. Apabila tiba di balai polis, beliau didakwa disuruh mengambil ujian air kencing. Setelah keputusan air kencingnya menunjukkan bahawa beliau tidak terlibat dengan dadah, beliau dilepaskan dan kesemua barang-barangnya yang diambil oleh polis dikembalikan.

Persoalannya sekarang, jika beliau hendak ditangkap akibat disyaki menggunakan dadah, di manakah waran tangkapnya? Apa kena menggena komputer riba dengan dadah? Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai berita penahanan beliau, sila layari http://cucumatkilau.blogdrive.com.

Apakah ini salah satu cara kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hendak menakut-nakutkan blogger? Ternyata Abdullah juga bimbang untuk menghadapi 2008. Tambahan lagi 2008 dikatakan sebagai tahun pilihanraya umum ke-12. Oleh kerana terlalu takut dengan penentang-penentangnya, taktik-taktik kotor telah digunakan untuk memastikan beliau akan terus berkuasa.

Lima pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA. Dengan menggunakan seksyen 8 ISA, mereka telah dihantar terus di Kem Kamunting selama dua tahun tanpa perlu “diseksa” selama 60 hari di Bukit Aman. Suwandi Abdul Ghani dan Mohamad Azman Aziz yang ditembak polis dalam “Tragedi Batu Burok” kini merengkok dalam Penjara Terbuka Marang setelah hakim tidak membenarkan mereka diikatjamin pada 9 Disember yang lalu. Manakala polis yang menembak mereka langsung tidak bicarakan dan tidak dipersoalkan tindakan mereka.

2007 tidak mungkin dilupakan oleh ahli keluarga Nurin Jazllin Jazimin dan rakyat Malaysia. Sehingga hari ini - setelah lebih tiga bulan Nurin dirogol dan dibunuh dengan kejam - pembunuhnya masih lagi belum tertangkap. Jika 4,000 orang anggota polis boleh dikerahkan untuk mengawal perhimpunan Bersih pada 10 November yang lalu, takkanlah polis tidak boleh menangkap pembunuh Nurin dengan bantuan yang telah diberikan oleh FBI?

Harga minyak

Sedangkan rungutan pemerintah untuk membungkam musuh-musuh politik mereka dilaksanakan dengan pantas. Realiti semasa telah menunjukkan bahawa polis hanya cemerlang ketika bertindak untuk melemahkan penentang-penentang Barisan Nasional.

Berdasarkan insiden-insiden yang berlaku di atas, saya juga tidak “berani” untuk meninggalkan 2007. Tidak sanggup difikirkan apa yang akan berlaku lagi pada tahun 2008. Berdasarkan apa yang telah berlaku pada tahun 2007, tidak menunjukkan bahawa 2008 akan menjadi lebih baik.

Namun, sebagai orang muda, saya tidak boleh bersikap pesimis. Jika orang muda bersikap pesimis, makin gelap masa depan negara. Dari segi positifnya, penindasan-penindasan yang sebegitu, kemungkinan besar akan disambut dengan perlawanan yang hebat. Reformasi dahulu dikatakan tidak begitu berjaya oleh kerana rakyat Malaysia masih lagi hidup senang.

Sekarang ini, dengan beban kenaikan harga barang yang berterusan, golongan kelas bawah semakin melebar. Jika harga minyak dinaikkan lagi pada 2008, golongan ini akan terus membesar dan golongan kelas menengah akan terus mengecil. Ini akan meluaskan lagi jurang kekayaan di antara miskin dan kaya. Jika ini berlaku, Malaysia akan menjadi seperti Indonesia dan Filipina di mana jurang kekayaan antara yang kaya dengan yang miskin begitu lebar.

Jika benarlah teori yang mengatakan bahawa “apabila masyarakat susah barulah mereka akan melawan”, terutama jika kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, maka 2008 seharusnya menakutkan Barisan Nasional juga. Jika untuk menuntut “pilihanraya yang bebas dan adil” Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh puluhan ribu rakyat, apalagi jika isu yang bersangkut paut dengan kehidupan harian diperjuangkan?

Apapun, selamat tinggal 2007. Semoga 2008 akan memberikan sinar dan harapan baru buat rakyat Malaysia. Ooops…. terlupa pula. Apa berita tentang tahun Melawat Malaysia 2007? Setelah berbilion ringgit dibelanjakan untuk Tahun Melawat Malaysia 2007, apakah pulangannya kepada rakyat Malaysia? Untung atau rugi?

MARILAH SAMA-SAMA KITA BERJUANG MENCARI KAEDAH TERBAIK MENGHAPUSKAN UMNO. INGAT, KITA TIDAK BOLEH HAPUSKAN UMNO MELALUI PILIHANRAYA.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Friday, December 28, 2007

APA MUSLIHAT SPR?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


SPR telah selesai mengemaskinikan daftar pemilih [Rujuk :
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/428/32/] . Sejumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU ke-12 adalah seramai 10,820,650 orang.


Sedikit keraguan yang timbul di hati saya ialah terdapat 21 bantahan dalam Daftar Pemilih Tambahan yang melibatkan 39,868 pemilih. Dari jumlah itu, seramai 11,118 orang pemilih telah dapat diselesaikan yang melibatkan parlimen Marang, Pekan, Rompin dan Sungai Besar di Selangor.


Selebihnya, seramai 28,750 orang pemilih yang melibatkan 17 bahagian pilihanraya belum sempat diselesaikan yang mana PRU ke-12 semakin hampir tiba, bila-bila masa dari sekarang. 13 daripada 17 bahagian yang terlibat kebanyakannya datang daripada negeri Kelantan iaitu parlimen Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Jeli dan Kuala Krai.


Tiga bahagian lagi terdapat di Terangganu iaitu parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun, manakala satu di Pahang, iaitu parlimen Bera.


Persoalannya : Mengapa isu bantahan ini hanya banyak timbul di Terangganu dan Kelantan, tidak berlaku di negeri-lain?


Mungkinkah ada Udang DiSebalik Batu?


Mari sama-sama kita tolong fikirkan.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian .Wallahu'alam bishshawab,
Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

KE MANA KITA : BERPILIHANRAYA ATAU BOIKOT?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Allah berfirman :




"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu" [Surah Al Anfaal : 60]


Saya telah menghadiri Majlis Ijtimak PAS Kedah 2007 yang diadakan di Kompleks PAS, Batu 9, Kota Sarang Semut, Kedah pada hari Ahad, 23 Disember lalu. Majlis perasmiannya dilakukan oleh YB Salahuddin Ayob, Ahli Parlimen Kubang Krian dan penutupnya oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.


Sebelah malamnya pula diadakan ceramah perdana di tempat yang sama yang disampaikan oleh Haji Hadi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pesuruhanjaya PAS Kedah, YB Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga ADUN Sala. Ceramah perdana ini telah dihadiri oleh beribu rakyat Kedah untuk mendengar perkembangan terkini berkaitan isu-isu semasa dan mendengar stail Abdullah Ahmad Badawi yang serba ‘tidak tahu’ menangani berbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara.


Saya hadir dalam kedua-dua majlis tersebut bagi memenuhi kapasiti saya sebagai pemimpin peringkat cawangan. Kesimpulan yang boleh saya buat ialah para pemimpin pembangkang begitu yakin bahawa rakyat akan membuat satu perubahan besar dalam PRU ke-12 nanti. Tanpa mengambil kira factor SPR, pasukan polis, JPN, media dan seluruh institusi kerajaan yang bersiap saga dibelakang UMNO, mereka begitu yakin bahawa rakyat mulai benci kepada UMNO dan BN. Rakyat akan menolak UMNO dalam PRU ke-12 nanti.


Mereka sudah bersedia untuk membuat perubahan terutamanya rakyat daripada keturunan India yang marahkan kerajaan [baca: Abdullah] menggunakan pasukan polis, mahkamah dan undang-undang menghalang para pemimpin Hindraf untuk memperjuangkan nasib kaum India di Negara ini. Walaupun tindakan tersebut dibuat melalui saluran yang dibenar oleh Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia [mana mungkin permit diluluskan] dan kaum Cina mulai bangun memberontak terhadap kegelojohan para pemimpin UMNO dan kroni-kroninya merembat berbagai peluang-peluang ekonomi yang disediakan kerajaan menyebabkan ruang-ruang ekonomi [perniagaan] kaum Cina menjadi bertambah sempit dan perniagaan mereka sukar berkembang seperti sebelumnya dan kaum Cina marah terhadap keceluparan mulut para pemimpin UMNO yang berbau perkauman.


Namun begitu dalam kajian rambang saya menunjukkan bahawa mentaliti kebanyakan orang Melayu terutama di luar bandar [maksudnya : di ulu dan di kampung-kampung] tidak banyak berubah. Mereka masih lagi sayang dan setia terhadap UMNO, walaupun para pemimpin yang mereka pilih dan diberi amanah telah melakukan pembelotan dan kianat terhadap mereka sendiri, bangsa dan agama. Tetapi, orang Melayu luar bandar [termasuk juga golongan elit Melayu dan cendiakawan Melayu yang mencintai 3K] masih lagi menyangjung tinggi dan memberi penghormatan terhadap pemimpin jenis ini. Mereka masih lagi sudi mempertahan dan memberi undi terhadap kerajaan dan UMNO dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi bagi meneruskan penindasan, kezaliman dan tidak ada kepekaan terhadap nasib malang yang menimpa kehidupan majority orang Melayu di luar bandar dan di pinggir bandar.


Majority orang Melayu masih berfikiran sempit dan tidak ada matlamat untuk masa depan, berbanding dengan bangsa-bangsa lain yang lebih pentingkan survival masa depan bangsa mereka melalui perjuangan parti-parti politik yang mereka anuti. Hanya minority orang Melayu yang berfikiran cerdik, bebas dan matang yang akan turut bersama membuat perubahan. Golongan Melayu ini hidup di bandar-bandar besar yang terdiri daripada Melayu golongan pertengahan dan orang Melayu ini yang hidup bebas dari kongkongan UMNO. Mereka mendapat maklumat tepat daripada berbagai saluran. Tidak seperti orang Melayu yang hidup di luar bandar yang bergantung kepada media kerajaan untuk mendapatkan maklumat. Tidak ada parti politik yang ‘bodoh’ dalam perjuangan di dunia ini melainkan parti UMNO. UMNO sanggop mengadai maruah bangsa dan agama. Pemimpin UMNO boleh dibeli dengan umpan wang ringgit.


UMNO merongkai sedikit demi sedikit hak dan kepentingan Melayu dalam berbagai sector, manakala kepentingan hak bukan Melayu semakin bertambah dari masa ke semasa hasil perjuangan para pemimpin mereka yang bijak melalui saluran politik yang sah. Tidak mustahil akan sampai satu masa nanti orang Melayu akan hilang semuanya. Orang Melayu akan mengigit jari. Orang Melayu akan merempat di tanah air sendiri seperti apa yang berlaku terhadap bangsa Palestin.


Mentaliti orang Melayu jumud dan otak beku. Tidak mampu berfikir. Tidak mampu membuat pemilihan yang mana haq dan yang mana bathil. Semua ini terjadi kerana UMNO. UMNO mahu orang Melayu menjadi seperti itu. UMNO tutup semua saluran untuk memperkembangkan minda. UMNO kawal seluruh system kehidupan orang Melayu supaya survival politik UMNO terus kekal berkuasa. UMNO menjadikan orang Melayu sebagai ‘lembu pawah’ yang boleh dicucuk hidung setiap hari, yang boleh disembelih bila-bila masa yang dikehendaki. Pemimpin UMNO pantang dicabar. Mereka semuanya suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Mereka terhindar daripada sebarang dosa dan noda. Mereka maksum.


Dakyah inilah yang disumbatkan ke telinga dan mental orang Melayu setiap hari. Dalam pada itu orang Melayu disalurkan dengan berbagai habuan duniawi agar orang Melayu terus lupakan diri. Orang Melayu tidak akan peduli apa yang berlaku di luar daripada kandang mereka ditempatkan. Keadaan ini menjadikan para pemimpin UMNO bermaharajalela, rakus, gelojoh dan berani bertindak zalim terhadap sesiapa sahaja kerana tidak ada orang yang berani bangun mempersoalkannya. Konsep biarkan, biarkan, si luncai dengan labu-labunya diamalkan sepenuhnya oleh jenis orang Melayu yang saya sebutkan di atas.


Melihat scenario ini, kedudukan orang Melayu luar bandar yang menjadi ‘base’ kepada kekuatan UMNO, UMNO tidak akan hilang sokongan, kemungkinan UMNO akan mengalami sedikit kemerosotan sokongan, tetapi tidak sampai ke tahap UMNO kehilangan kuasa seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina, Thailand dsbnya.



Demokrasi di Negara ini telah lama ‘mati’. Demokrasi bukan hanya diukur kejayaan mengadakan PRU setiap 5 tahun sekali. Ia memerlukan kebebasan setiap rakyat, pertubuhan dan organisasi yang ditubuhkan secara sah untuk bercakap, menulis dan berhimpun secara aman untuk bertukar-tukar pendapat demi kebaikan rakyat dan Negara. Adalah menjadi haq setiap organisasi dan rakyat menyampaikan dasar dan matlamat perjuangan masing-masing. Bukan mengikut fahaman mamak tongkang Zainuddin Maidin, yang bodoh-sombong itu.


Apa erti pilihanraya apabila seluruh kegiatan dan aktiviti rakyat dan pembangkang untuk menyalurkan maklumat pandangan kedua kepada rakyat disekat, diganggu dan diharamkan. Terlalu sukar bagi rakyat dan pembangkang bukan daripada golongan UMNO untuk bergerak dalam Negara ini, tidak seperti UMNO yang ada berbagai saluran yang ada di bumi, di langit, di udara dan di lautan. UMNO mendapat dokongan pelbagai pihak termasuk ‘syaitan dan iblis’.


Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengizinkan rakyat Malaysia untuk bebas menyokong mana-mana parti politik yang berdaftar dalam negara, tetapi UMNO tidak langsung menghormati Perlembagaan negara. Sikap jahat ini samalah dengan sikap dan doktrin Yahudi Zionis yang menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan hala tuju hidupnya sendiri. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang berhak memimpin kerana sifat mereka sebagai `the chosen people of God’.


Bagi mereka demokrasi itu bagus dan murni jika rakyat memberi sokongan kepada mereka [UMNO]. Jika sebaliknya, demokrasi itu harus diabaikan dan rakyat harus dihukum sepertimana yang berlaku terhadap pemerintahan PAS di Terangganu [1963 dan 1999-2004] dan di Kelantan sekarang ini. Akhir-akhir ini, UMNO menjadikan Negara ini sebagai sebuah ‘Negara Polis’ sepertimana mantan PM ke-4 pernah sebutkan dulu. Sila rujuk link yang disediakan ini [http://www.malaysiakini.com/news/58649 dan juga link ini http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4971&Itemid=1]


Ke arah ‘Negara polis’ telah mulai wujud apabila semangat Reformasi ala-Indonesia muncul selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan kerajaan. Ia menjadi bertambah ‘keras’ bila UMNO mengalami kehilangan pengaruh dikalangan orang-orang Melayu pada PRU ke-10 tahun 1999. Selepas itu, bagi mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap UMNO, maka UMNO terpaksa memperalatkan pasukan polis [disamping SPR, JPN dan institusi-institusi kerajaan lainya] supaya bertindak ganas, kejam, zalim dan tidak berperikemanusian terhadap PAS dan juga KeADILan [sekarang PKR].


Pasukan polis mulalah bertindak ganas mulai 1 Julai 2001 [pengharaman ceramah umum di tempat awam dan setiap ceramah perlu mendapat permit polis bagi memenuhi Akta Polis 1967] segala aktiviti dan kegiatan PAS dan KeADILan disekat, dikekang dan dipantau. Para pemimpin, ahli dan penyokong PAS dan KeADILan ditangkap, dipukul, disepak, diterajang, disembur dengan air dan bahan kimia, didakwa dan dihukum oleh mahkamah [pejabat Peguam Negara turut berperanan] berdasarkan percaturan politik UMNO sepertimana yang kita sedang saksikannya sekarang [rujuk peristewa demontrasi menentang kenaikan tol, minyak, tariff elektrik-air, perhimpuan BERSIH, Hindraf, Peace Walk sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia oleh Bar Cauncil dsb] menerima tentangan paling hebat daripada pasukan polis demi menjaga survival UMNO [alasan yang dicipta adalah untuk menjaga keamanan dan kenteraman awam serta perpaduan rakyat berbagai kaum adalah auta].



Dalam konteks ini , PAS pernah menulis surat rasmi kepada YABhg Tun Mohamed Dzaiddin Haji Abdullah Pengerusi,Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM [
http://www.parti-pas.org/modules.php?name=News&file=article&sid=319] pada 12 Julai 2004 mengadu perihal tindak-tanduk pasukan polis yang tidak berprofessional ketika menjalankan tugas, terpengaruh dan mengikut telunjuk UMNO. Budaya ‘lempar batu sembunyi tangan’ bukan asing kepada UMNO kerana budaya inilah yang berjaya dihasilkanya semenjak negara mencapai kemerdekaan 50 tahun lalu dan banyak pula faedahnya kepada UMNO. Kadang-kadang tindakan pasukan polis begitu keterlaluan di luar batas-batas kemanusian dalam konteks Malaysia yang mempunyai hak-hak dan jaminan ini telah ditegaskan oleh Perlembagaan Persekutuan.


Perkara 5 hingga 10 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan jaminan terhadap hak-hak yang berkaitan secara langsung dengan tugas polis. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan khususnya telah menyentuh secara langsung tentang hak-hak politik yang dinikmati oleh rakyat. Secara khusus, Akta Polis 1967 adalah suatu akta yang berkaitan secara langsung dengan tugas-tugas polis. Malangnya beberapa peruntukan dalam akta ini telah melampaui semangat [ultra virus] Perlembagaan Persekutuan terutama Seksyen 27 iaitu berkenaan kuasa polis terhadap perhimpunan ramai.


Oleh sebab itu, Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman pada 12 Disember 2007 lalu menyarankan agar Akta Polis khususnya seksyen 27 ini dimansuhkan kerana ia melanggar Hak Asasi Manusia iaitu Perkara 20 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berpersatuan dan Perkara 21- Kovensyen Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966. Pasukan polis dengan sengaja menyalahgunakan Akta ini untuk kepentingan politik UMNO [tafsiran rakyat masa kini]. Ia berdasarkan tindak-tanduk pasukan polis sendiri yang bertindak melampau. Pasukan polis tidak boleh menyalahkan rakyat untuk membuat tafsiran masing-masing. Mereka berhak membuat tafsiran berdasarkan fakta dan keadaan yang berlaku yang dipaparkan oleh media [bukan media massa arus perdana yang telah dibaruakan dan menjadi tali-barut serta bersedia pula untuk dilacurkan oleh UMNO bila-bila masa yang dikehendaki] dan lain-lain saluran maklumat yang ada di zaman IT ini.


Inilah realiti di dalam sebuah negara yang diberi nama sebuah negara demokrasi tetapi dari sudut praktisnya adalah `the iron law of oligarchy’. Bahkan jika diperhalusi lagi, oligarki itu sebenarnya sekelompok yang dikuasai oleh seorang pemimpin yang bersifat diktator atau pemimpin kuku besi. Georgel Orwell dan Noam Chomsky pernah mengatakan betapa trend politik pada abad ke 21 ini akan menunjukkan ciri-ciri totalitarianisme yang mengawal segala gerak geri rakyat untuk memelihara kepentingan individu dan parti pemerintah dalam sesebuah negara. Inilah trend yang semakin bermaharajalela di arena politik tanahair kita hari ini. Mereka menyembelih mana-mana elemen demokrasi yang memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara menyatakan kebenaran dan keadilan. Biar dari mana suara itu kedengaran, dari mimbar masjid, dewan kuliah universiti, warung, pejabat, cyber cafe mahupun di Dewan Rakyat [tangkapan Dato’ Mustaffa Ali menjadi buktinya].



Abdullah ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Kedah berkata, kerajaan [baca: UMNO] akan memberi perhatian yang lebih [memulihan kenyakinan rakyat terhadap UMNO dan menyelesaikan permasalahan rakyat] terhadap ketiga-tiga buah negeri iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang merupakan kawasan ‘panas’ seperti yang didakwa oleh Tun Daim Zainuddin yang memungkinkan UMNO akan mengalami kekalahan yang teruk dalam PRU ke-12 nanti [rujuk :
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm]


Kenyataan Daim ini mengundang banyak tafsiran di kalangan orang ramai khususnya ahli-ahli politik sama ada daripada UMNO, PAS, PKR dan DAP yang terlalu mengidam untuk menguasai Pulau Pinang. Bagi saya, kenyataan Abdullah itu mengingatkan saya kepada satu kenyataan yang pernah terkeluar dari mulut Dr.Mahathir ketika beliau masih lagi menjadi PM. Ketika berucap dalam satu majlis di Shah Alam pada bulan April 2002, Dr.Mahathir membuat kenyataan bahawa BN [baca:UMNO] akan mendapat majoriti lebih besar dalam pilihanraya akan datang [PRU ke-11 tahun 2004]. Memang benar apa yang disebutkan oleh Dr.Mahathir itu, UMNO berjaya mencapai kemenangan paling besar dalam sejarah pilihanraya di Malaysia dan dalam PRU itu juga telah menjadi catatan sejarah bahawa pengendalian pilihanraya dilakukan secara caca-merba, lintang-pukang, penuh dengan penyelewengan, salahguna kuasa, rasuah, melanggar Perlembagaan dan menjadi paling terburuk dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.


Kenyataan Abdullah itu juga memberi gambaran bahawa UMNO akan melakukan apa sahaja bagi memastikan mereka akan terus mengekalkan kuasa dalam PRU ke-12 nanti. Maka, tidak hairanlah kalau UMNO akan menyerang PAS dan PKR khususnya Anwar Ibrahim dengan lebih agresif lagi menjelang PRU yang semakin hampir ini. Mereka akan mengaibkan individu pemimpin PAS, wakil-wakil rakyat PAS dan kerajaan Kelantan. Mereka akan membuat berbagai tuduhan yang tidak berasas, menimbulkan kontroversi, dan mengulang seribu kali propaganda mereka bagi memburuk-burukkan PAS [dan juga Anwar dan PKR] melalui media cetak dan media eletronik yang mereka kuasai.


PRU ke-12 terpaksa dilakukan pada tahun 2008 mungkin disekitar bulan Mac, ia dibuat dalam keadaan yang serba bermasalah kepada UMNO. Berbagai isu timbul mutakhir ini. Kaum China dan kaum India mula bangkit menentang UMNO yang menjadi tulang belakang BN. UMNO tidak boleh lagi mengharapkan sokongan daripada kedua-dua kaum ini sepertimana yang mereka dapat dalam PRU ke-10 dulu. Ketika itu orang Melayu pakat ramai-ramai menolak UMNO, tetapi pada masa kini dalam kedudukan kawasan pilihanraya yang disusun semula pada tahun 2003, tiada lagi kawasan majoriti Melayu melebihi 80%. Melayu pasti berpecah dua. Sebahagian akan mengundi PAS dan selebihnya akan mengundi UMNO. Ini adalah strategi UMNO untuk mengalahkan PAS kerana untuk menang mana-mana parti mesti mendapat sokongan bukan Melayu. Pada fikiran UMNO pada ketika itu, bukan Melayu pasti menolak PAS kerana PAS berjuang atas tiket agama. UMNO yang secular dan lebih liberal akan tetap menjadi pilihan bukan Melayu. Itu dulu, kini politik kaum China dan India mulai berubah.



Jadi, untuk menang UMNO terpaksa sekali lagi menggunakan kaedah di luar batas-batas amalan demokrasi seperti yang ditunjukkannya dalam siri-siri pilihanraya kecil di Indera Kayangan, Sanggang, Permatang Pasir, Batu Talam, Machap, Ijok dan pilihanraya kampus yang menjadi medan ujian bagi UMNO mencari formula untuk mengulangi kemenangan besar dalam PRU ke-11 lalu. UMNO pastinya tidak akan bergerak secara adil, bebas dan tulus dalam menghadapi PRU ke-12 nanti. Dihadapan kita sekarang sudah ada benteng pertahanan terakhir UMNO iaitu raSHIT yang sudah disambung kontraknya mempunyai MISI penting untuk memenangkan UMNO. Begitu juga dengan JPN, pasukan polis, Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah sedang bersiap sedia untuk menghadapi pembangkang.


Menyedari hakikat tersebutlah, Presiden PAS ketika berucap di Melaka telah memberi amaran bahawa PAS [dan mungkin juga PKR dan DAP] akan tetap menyertai pilihanraya untuk melawan penipuan dan penyelewengan yang bakal dilakukan oleh UMNO, termasuk selepas pilihanraya nanti [Rujuk :
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/pas-tetap-lawan-penyelewengan-umno-walau-lepas-pilihan-raya.html]. Ancaman Haji Hadi ini sedikit pun tidak menjadi kudis buat UMNO. UMNO akan tetap dengan agendanya sepertimana yang kita sudah maklumi modus operandinya yang UMNO lakukan berdekad lamanya. Banyak mana pembangkang hendak mengemukakan bantahan, dipersilakan. UMNO tidak pernah gentar. Sebagai buktinya, rujuk balik berapa banyak saman yang dikemukakan oleh PAS dan KeADILan bagi mencabar kesahihan PRU ke-11 lalu yang dipenuhi dengan pelbagai penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa. KeADILan [sekarang PKR] telah membuat laporan khusus mengenai penyelewengan PRU ke-11 yang bertajuk ‘Sham Democracy’ dan diedarkan ke seluruh dunia melalui duta-duta mereka yang ada di Malaysia.

Hatta secara jelas UMNO dan SPR [tambah masa pengundian di Selangor, daftar pemilih caca-merba] telah melanggar Perlembagaan dan undang-undang. Menurut peraturan undang-undang, UMNO tidak boleh sama sekali menggunakan kemudahan kerajaan untuk berkempen. Perbuatan seperti itu salah dan bersifat penyelewengan serta rasuah. UMNO perlu berkempen berdasarkan kekuatan parti politiknya sendiri seperti parti lawannya, pembangkang. Pemimpin-pemimpin UMNO [baca: BN juga], termasuk Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak dan para menteri, tidak boleh membuat janji-janji untuk memberikan peruntukan pembangunan itu dan ini dengan wang kerajaan kepada para pengundi. Jika didapati pemimpin UMNO [BN juga] berbuat demikian, itu merupakan satu kesalahan rasuah dalam Akta Kesalahan Pilihanraya tahun 1954. Namun, tidak ada satu saman pun dibicarakan di mahkamah terbuka sampai sekarang, ketika kita diambang PRU ke-12 akan menjelma bila-bila masa dari sekarang. UMNO akan terus menggunakan strategi 3Mnya untuk melakukan penipuan, rasuah dan ugutan secara besar-besaran bagi memenangi PRU ke-12. 3M merujuk kepada "Machinery" [Jentera], "Media" [Media] dan "Money" [Wang].


Haniza Talha ada menulis dalam Malaysia Today [http://www.malaysia-today.net/2008/index.php?option=com_content&task=view&id=242&Itemid=32] . Dalam tulisan itu, beliau menyebut bahawa orang Melayu makan duit, mereka tidak makan isu. Timbullah isu apa pun, orang Melayu tidak akan ambil peduli. Apa yang mereka tahu ialah makan, tidur, buat anak dan berhibur. Kecetekan politik orang Melayu ini amat malang bagi ummah, Islam dan Negara. Masalah inilah yang dijumpai oleh Dr. Dzulkifli Ahmad, Pengarah Pusat Kajian PAS Pusat yang menyatakan pemikiran politik orang Melayu telah mencapai tahap ‘tepu’ yang tidak boleh berbuat apa-apa lagi.


Saya juga turut bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Mohd. Sayuti Omar [
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_merah_tinta28.html] bahawa kita patut memulaukan PRU ke-12. Tindakan itu katanya lebih rasional dan dipandang oleh dunia. Kita mengatakan SPR tidak adil tetapi dalam masa sama kita menyertai pilihanraya. Sayuti kata menyertai pilihanraya menunjukkan kita bersetuju dengan apa yang SPR lakukan selama ini. Sikap tidak konsisten inilah menyebabkan orang merasakan protes kepada SPR itu hanya protes olok-olok sahaja. Saya juga bersetuju dengan pandangan beliau bahawa usaha yang dibuat pembangkang dan Bersih berarak [ke Parlimen-bukan perhimpunan 10 November] mendesak agar pindaan akta SPR itu dibatalkan tidak akan membawa apa-apa hasil kerana UMNO menguasai ¾ suara di Parlimen . Ia hanya sia-sia sahaja dan usul tersebut sudah pun diluluskan dan kini berada di Dewan Negara untuk dibincangkan [rubber stamp sahaja].


Tetapi saya tidak bersetuju dengan pandangan Sayuti bahawa kita tidak boleh kritik raShit dan SPRnya. raSHIT memang seorang manusia yang biadap dan kurang ajar. Tidak tahu adat dan bersikap melampau. Jika beliau seorang manusia yang tahu adat, yang duduk di kerusi Pengerusi SPR, sepatutnya ketika beliau bercakap atau memberi pandangan, ia perlu berhati-hati, guna fikiran yang matang, bukan guna kepala lutut agar segala percakapannya tidak mengambarkan yang beliau bersikap ‘bias’ yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain selain daripada golongan UMNO haprak. Biarkan orang luar daripada golongan UMNO melihat dia itu neutral, walaupun pada hakikatnya beliau seorang UMNO lebih daripada UMNO. raSHIT sepetutnya menteladani bekas-bekas Pengerusi SPR yang terdahulu. Semua orang tahu mereka juga adalah penyokong kuat UMNO, kalau tidak, mustahil mereka boleh duduk di kerusi itu. Sikap raSHIT menunjukkan beliau seorang manusia yang tidak ada moral dan tidak berakhlak. Manusia durjana.


Jadi apa pendirian kita : Menyertai pilihanraya atau memboikotnya?


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb









Wednesday, December 26, 2007

APA DAH JADI KEDAH?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Bila membaca laporan di Malaysiakini.com [http://www.malaysiakini.com/letters/76291] saya tersenyum kecil sambil membayangkan kalaulah berita seumpama ini ada hubungkait dengan kerajaan negeri Kelantan, maka seluruh media massa arus perdana[cetak dan elektronik] akan menghighlightkan berita ini menjadi tajuk utama. PAS akan dihentam habis-habisan, depan-belakang, kiri-kanan. Kemudian ia akan dicanang ke seluruh negara oleh para pemimpin UMNO bahawa PAS tidak pandai memerintah negeri yang menyebabkan rakyat menjadi miskin papa kedana. UMNO yang pandai, pandai penipu, pandai rasuah dan berbagai pandai-pandai lagi untuk menjahanamkan masa depan rakyat dan negara.

Sila baca laporan tersebut :

Pendapatan anak Kedah terendah di Malaysia

Alangkah mengecewanya apabila terhurainya statistik bahawa pendapatan anak-anak Kedah adalah yang paling rendah di Malaysia.Sila bayangkan perasaan anak anak Kedah, sedangkan kedua-dua pemimpin yang paling penting dalam sejarah Malaysia, iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir Mohamad berasal dari negeri pengeluar padi ini.

Nyata sekali, banyak kilang di kawasan-kawasan perindustrian di negeri Kedah ditutup dan enggan mengembangkan operasi atas sebab sebab tertentu, kononnya di Sungai Petani, pelabur-pelabuar Taiwan tidak memberi sokongan yang sewajarnya.Apa yang penting sekarang bukannya siapa yang lebih berjaya, tetapi peluang pekerjaan dan projek projek pembangunan.

Kami, penghuni penghuni Sungai Petani, amatlah berharap kerajaan Barisan tidak mengabaikan negeri yang kian lama di bawah naungannya.Ia diharap dapat memberi galakan kepada para pelabur, biarpun Cina, untuk berniaga dan mendirikan kilang kilang dan tapak tapak pengeluaran mereka.

Apa lagi rakyat negeri kedah, buatlah perubahan. Berpuluh tahun nasib anda tidak berubah walaupun UMNO yang memerintah. Jangan takut.

BUATLAH PERUBAHAN DALAM PRU KE-12 NANTI
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
Sekian.Wassalam

Tuesday, December 25, 2007

JASA UMNO

Oleh : Abdul Razak bin Ismail
KAMPUNG ABDULLAH HUKUM TINGGAL DALAM LIPATAN SEJARAH
http://tintapermata.blogspot.com/2007/11/abdullah-hukum-tinggal-sejarah.html


Kampung Haji Abdullah Hukum merupakan salah sebuah penempatan awal orang-orang Melayu di Kuala Lumpur telah diruntuhkan pada awal November baru-baru ini bagi memberi laluan kepada apa yang kononnya dikatakan "pembangunan".

Sumber-sumber mengatakan bahawa perkampungan Melayu 'tengah bandar' yang berusia 200 tahun yang terletak bertentangan dengan ibu pejabat TNB di Jalan Bangsar tersebut, akan dibangunkan bagi pembinaan kondominium, blok-blok bangunan pejabat dan komplek membeli belah.

Ada maklumat mengatakan sebuah hub transit LRT / monorail / tren komuter juga akan dibina di kawasan tersebut.

Kampung tersebut mengambil sempena nama Haji Abdullah Hukum (gambar), yang nama asalnya Muhammad Rukun, berasal dari Kerinchi, Sumatera, Indonesia dan datang ke Malaya pada usia 15 tahun bersama bapanya pada tahun 1800-an.

Beliau telah diberi izin oleh Raja Laut pada masa itu merupakan Raja Muda Selangor untuk membuka tanah pertanian dan kampung-kampung baru di Bukit Nanas dan sebuah kampung di Sungai Putih (kemudiannya dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum di Jalan Bangsar) seperti yang ada sekarang.

Beliau menetap di kampung tersebut hingga menghembuskan nafas terakhir sekitar tahun 1930-an.

Pada era Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri sekitar 1960-an, kerajaan telah mengalakkan orang-orang Melayu luar bandar untuk berhijrah dan bekerja di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur.

Lantaran itu ramailah rakyat luar bandar telah bermastautin ke kawasan-kawasan setinggan yang berselerak di pinggir-pinggir pusat bandar Kuala Lumpur ketika itu.

Dari masa ke semasa ekoran dari pembangunan pesat bandaraya Kuala Lumpur kawasan-kawasan setinggan tadi akhirnya terletak di tengah-tengah kawasan 'urban' perbandaran, dan inilah yang terjadi ke atas Kampong Haji Abdullah Hukum, perkampungan Melayu Pantai Dalam, Kampung Kerinci dan kampung-kampung lain di persekitarannya.

Lebih 300 orang penduduk kampung telah dipindahkan oleh DBKL ke rumah-rumah pangsa miliknya di sekitar Kuala Lumpur.

Mengikut kata Md. Zaman Md. Tasi, Ketua Angkatan Muda Wilayah Persekutuan (juga bekas Ketua AMK Bahagian Lembah Pantai) bahawa ramai penduduk merasa kecewa kerana sebelum ini mereka telah 'dijanjikan' oleh beberapa orang wakil-wakil rakyat UMNO yang silih berganti sebelum ini untuk mendapatkan hakmilik lot-lot tanah di kampung tersebut.

Sebaliknya apa yang terjadi ialah mereka 'tertipu' dan perkampungan tersebut di'rampas' dari mereka dan kemudiannya diberikan kepada tauke-tauke kompleks membeli-belah, pemaju-pemaju kondomium dan hartanah.

Hari ini nama Haji Abdullah Hukum kekal dalam kenangan sebagai antara orang Melayu terawal yang terlibat dalam membangunkan Kuala Lumpur.Penempatan orang Melayu 'dalam bandar' yang diasaskannya 200 tahun lalu sudah lenyap. Yang kekal hanyalah papan tanda ' Abdullah Hukum' di stesen LRT untuk tatapan anak cucu masa mendatang.

Dengan terhapusnya kampung Abullah Hukum merupakan satu jasa besar UMNO terbangsa Melayu. Oleh itu, marilah beramai-ramai kita pangkah UMNO sekali lagi semoga dengan kuasa yang ada itu, bangsa Melayu boleh digadaikannya pula.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA-BOIKOT PRU KE-12"
"PROTES HINGGA TURUN"


Sekian.Wassalam.

AJARAN ISLAM HADHARI

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Apa perasaan anda apabila membaca berita bahawa pada 3 April 2007 lalu, seramai 31 mahasiswa tahun pertama Kejuruteraan Bioproses Universiti Malayaisa Perlis (UniMAP) mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang arak, Carlsberg Brewery Malaysia Bhd di Shah Alam?

Anda suka atau marah atau galakkan para pelajar ini mencari pengalaman baru di kilang arak yang haram hukumnya disisi agama?

Inilah bahananya mengundi UMNO. Tidak tahu haram-halal. Bukan tidak ada tempat-tempat lain di KL yang lebih sesuai dan lebih berfaedah bagi pelajar-pelajar ini membuat lawatan sambil belajar.

Oleh kerana kedangkalan pegawai atasan universiti [sebenarnya sayang kapada kedudukan, pangkat dan harta] tempat seperti ini dicari. Dalam Islam Hadhari hal seumpama ini tidak menjadi masalah besar kerana Imam besarnya pun dibolehkan pegang bahu Michelle Yeoh yang merupakan teman wanita kepada Jean Todt- pemilik pasukan F1 Ferrari. Dalam Islam, ajaran yang dibawa oleh Nabi Mohammad s.a.w mengharamkan sentuhan seumpama itu.

Oleh kerana banggangnya pengurusan tertinggi di ITPA-ITPA tempatan, maka tiada sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai di kalangan 200 universiti terbaik dunia bagi tahun 2007. Ini berdasarkan penarafan yang dibuat oleh Times Higher Education Supplement (THES).Tahun lepas, dua universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia.

Oleh kerana tahun ini pengurusan tertingginya ashik berpolitik untuk menjaga survival UMNO sehinggakan seluruh tenaga dan fikiran ditumpukan untuk mengUMNOkan seluruh para pelajar, maka mutu pelajaran di semua universiti tempatan jatuh merudum. Pada muka. Mereka sedikit pun tidak terasa malu. Sememang ini golongan seperti ini bukan ada harga diri, apatah lagi kemuliaan akhlak dan moral memang tidak ada langsung dihati sanubari mereka ini.




SATU KEJAYAAN :"Cemerlang, Gemilang dan Terbilang"

"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA-BOIKOT PRU KE-12"
"PROTES HINGGA TURUN"


Sekian.Wassalam.

Friday, December 21, 2007

PEMIMPIN KAYA, RAKYAT HAMBA

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,


Boleh dikatakan sebahagian besar pemimpin UMNO mengamalkan rasuah, mengambil komisen, jual-beli tender, permit dsb untuk menjalan kaya-raya secara mudah dan pantas tanpa perlu berusaha. Contohnya Zakaria Md.Derus, ADUN Pelabuhan klang, seorang buta huruf, bekas jaga gate kerata api boleh jadi kaya-raya dan ramai lagi pemimpin UMNO yang serupa dengan Zakaria. Gunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi. Rakyat dipinggirkan. Rakyat penting bagi para pemimpin UMNO hanya datang 5 tahun sekali.


Orang bersih tidak boleh hidup dalam UMNO yang penuh kekotoran najis


Siapa yang benar cabar kenyaaan ini?

Silakan..........

Dibawah ini dijelaskan apa itu rasuah;

Apakah definisi rasuah dalam Islam

Dalam Islam rasuah bermaksud sogokan, wang suap atau yang seumpama dengannya dengan tujuan yang satu iaitu agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus dan menyelesaikan sesuatu hal yang dikehendakinya dengan segera dan menguntungkan.


Berhubung dengan persoalan ini, Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud:"Mereka suka sekali mendengar perkataan yang dusta lagi sangat suka makan yang haram (seperti wang sogokan dan sebagainya)"


Hadis nabi SAW ada menyatakan :"Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum" (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)


Ibnu Mas'ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:"Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga.


Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya :


1. Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia.


2.
Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya.


3. Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya

Lihat poster ini dan fikirlah wahai rakyat Malaysia semuanya tanpa mengira kaum dan agama :


DiPetik daripada : http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_umno_dokpakkagawa25.html


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”





Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Sunday, December 16, 2007

KENAPA SEKEJAM ITU?

Siapa yang bakar kereta Razak?

“BOIKOT PRU KE-12”

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian .Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

IKUT SUKA AKU [ISA]


Teks:

Dia tidak pernah didapati bersalah oleh mahkamah di negara ini.Dia juga tidak pernah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah di dunia ini.Tapi dia mempunyai satu kesalahan.Dia berani menyatakan kebenaran!Keberaniannya membongkar aktiviti haram kerajaan UMNO dan BN,boleh menyebabkan mereka kehilangan kuasa.

Justeru itu dia mesti dikaitkandengan aktiviti pengganas agar penahanannya dapat diterima oleh rakyat yang dungu.Tapi disebalik semua itu sebenarnya ramai lagi yang terseksa.

Anak-anak dan isteri merindui kasih sayang seorang ayah dan suami.Mereka bukan sahaja hilang tempat bergantung...bahkan mereka juga dicaci nista oleh masyarakat yang ditipuoleh media yang menyorok cerita sebenar...Zalim, zalim,zalim... itulah perkataan yang selayaknya.

Hairan sungguh memikirkannya...Mereka sanggup bersubahat dengan pemerintah yang jahat,demi sesuap nasi untuk hidup yang sementara ini. Menyumbat saudara seagama merekake dalam penjara selama bertahun-tahun. Tidak ada rasa bersalah langsung.

Dan yang paling menghairankan.. masih ada yang sanggup memberi kuasa kepadapemerintah yang zalim untuk meneruskan kezaliman mereka.

Syukurlah.. Allah mewujudkan Alam Kubur, Allah mewujudkan Alam Mahsyar,kalau tidak pasti ramai orang yang dizalimi akan mati sia-sia.

Tunggulah kau pemerintah yang zalim, tunggulah kau pengundi yang memberi kuasakepada pemerintah yang zalim... masa pasti akan tiba juauntuk kamu pula merasai siksaan yang Maha Pedih!Dari Allah tuhan yang Maha Adil.

Tun Telanai
Dipetik daripada : Laman Marhaen

“BOIKOT PRU KE-12”


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian .Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

KE MANA KITA?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Untuk rakyat yang mahu berfikir demi agama, bangsa dan Negara tentu terkejut apabila melihat tindakan pihak polis melalui Ketua Polis Daerah Sentul berusaha dan mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Perintah ini penting bagi pihak polis untuk menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen dan menyerahkan memorandum bantahan terhadap pindaan Perlembagaan bagi melanjutkan tempoh persaraan anggota SPR dari 65 tahun kepada 66 tahun.


Pindaan ini bagi mebolehkan Abdul Rashid bin Abdul Rahman @ raSHIT meneruskan peranannya sebagai Pengerusi SPR. Tenaga raSHIT amat penting untuk memastikan UMNO menang besar dalam PRU ke-12 nanti. Beliau salah seorang [ramai lagi] yang pakar berkaitan hal-ehwal pilihanraya khususnya untuk mengatur strategi dan tektik “penipuan pilihanraya” supaya rakyat terbanyak [masyarakat antarabangsa juga] tidak sedar berlakunya penipuan, penyamaran dan lain-lain strategi dan tektik di luar kotak fakir kita untuk UMNO menang. Lagi pun beliau dan SPR adalah anggota yang paling rapat dengan UMNO/BN [Catatan : Penulis ada datang ke SPR, di Putra Jaya pada hari, Jumaat, 30.11.2007 di antara jam 12.00 -12.30 tengah hari , seorang kakitangan lelaki bertugas di kaunter penyambut tetamu berpakaian jeket berwarna biru BN berlambangkan dacing].


Perintah tersebut secara khusus melarang empat individu daripada terlibat dalam program yang dianjurkan oleh BERSIH itu. Mereka ialah pemimpin PAS-Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu, Adenaan Saad dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud. Perintah mahkamah ini penting bagi pihak polis untuk dijadikan alasan mengapa perlunya program tersebut mesti dihentikan.



Pihak polis sedar bahawa program tersebut tetap akan diadakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan oleh BERSIH. Akta Polis 1967 tidak munasabah digunakan bagi membolehkan pihak polis ‘mengganas’ di kawasan Parlimen yang melambangkan Negara ini ditadbir secara demokrasi (?), tambahan pula ada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan rakyat awam berbuat sedemikian. Disebabkan ada arahan daripada pemimpin UMNO [yang pastinya datang daripada Menteri yang menjaga polis, merangkap PM dan Presiden UMNO dan Pengerusi BN], walaupun dengan apa cara sekali pun program BERSIH ini mesti digagalkan. Sesiapa yang engkar [Kata-kata: Saya pantang dicabar-mesti dikotakan] perlu diambil tindakan tegas tanpa memilih bulu [arahan ini hanya untuk pemimpin pembangkang sahaja, bukan untuk pemimpin UMNO/BN] Kaedahnya terpaksa dicari.


Maka, think-thank UMNO pun memilih kaedah undang-undang iaitu mendapatkan dapatkan perintah mahkamah bagi menghalang program tersebut dilangsungkan dan sesiapa yang mengengkari perintahan mahkamah yang dikeluarkan itu, ia boleh ditangkap dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina mahkamah. Jadi, melalui kaedah ini nama Malaysia tidaklah terlalu tercemar di mata dunia sepertimana yang ditunjukkan oleh pasukan polis dalam mengendali Perhimpunan 100 Ribu BERSIH pada 10 November lalu. Senang sangat modus operandinya.


Hasilnya, pemimpin politik veteran dan paling banyak pengalaman [di dalam dan di luar kerajaan] Dato’ Mustaffa Ali turut ditahan, budak 13 tahun dan lebih daripada 20 orang [lelaki dan wanita] ditahan polis kerana menjayakan program tersebut. Pada hakikatnya, pihak polis sebenarnya tidak PERLU langsung [tidak berkudis pun bagi UMNO kerana UMNO yang menguasai ¾ di Parlimen, rang pindaan Perlembagaan tersebut sudah pun diluluskan dengan majority lebih daripada 2/3] untuk berkerja keras, bersungguh-sungguh, bersemangat, bermotivasi tinggi dan bersikap waja menghalang program tersebut diteruskan.


Kalaulah semangat atau sikap sebegini ditunjukkan terhadap pelaku-pelaku jenayah tanpa mengira kecil dan besar, sudah tentu kadar jenayah di Negara kita menurun dan kita sudah boleh senang hati apabila meninggalkan harta benda kita di tempat-tempat tertentu [seperti di rumah, di tempat kerja, di taman-taman rekrasi, di shoping kompleks dsb] khususnya ketika kita perlu balik ke kampung menyambut hari-hari perayaan atau sebagainya. Tetapi, sayang seribu kali sayang, pihak polis tidak dapat melakukan kerja-kerja secara professional kerana terpaksa mengikut arahan politik daripada pemimpin UMNO yang gilakan kuasa, harta dan kekayaan.


Mustafa Ali yang menjadi Pengarah Pilihanraya PAS yang ditahan di bangunan Parlimen yang menjadi lambang Negara ini demokrasi (?) meramalkan bahawa PRU ke-12 nanti akan dijalankan secara paling tidak demokratik, ganas dan lebih buruk buruk daripada PRU ke-11 tahun 2004 lalu. UMNO akan melakukan apa sahaja seperti bidalan Melayu : “Bujur lalu melintang patah” bagi mempertahankan kemenangan besarnya itu.


Lihat dan perhatikan media massa pro UMNO sekarang ini, khususnya RTM. Kempen memburuk-burukkan pemimpin pembangkang, rencana, forum, dokomentari, klip video dan sebagainya telah dilancarkan secara tidak rasmi. Pada pandangan saya, pada waktu ini kakitangan RTM paling sibuk menyediakan bahan-bahan untuk kempen bagi pihak UMNO dan akan disiarkan dalam tempoh berkempen yang paling singkat [telah dibayangkan oleh raSHIT], berkemungkinan masa kempen yang dibenarkan hanya 3 hari 3 malam sahaja, yang menjadi penghalangnya ialah untuk mencetak kertas undi yang perlu mengambil masa sedikit, tetapi ingat UMNO ada kaedahnya untuk mengatasi perkara tersebut kerana seluruh institusi dan jentera kerajaan di bawah genggamannya. UMNO yang mengatur segala-galanya bukan SPR. Nampaknya yang paling malang ialah pihak pembangkang.


Dalam suasana kelam-kabut begini, system pilihanraya yang diuruskan oleh si raSHIT lebih UMNO daipada UMNO itu tidak menjanjikan satu pilihanraya yang bersih dan adil. Semuanya itu telah dibuktikan dalam setiap pilihanraya kecil yang kita lalui yang terakhir di Ijok. Saya secara peribadi tidak tahu apa hendak dikatakan lagi, pihak pembangkang masih lagi berminat untuk menyertai pilihanraya yang sudah kita kenalpasti, ianya dijalankan secara biadap dan kurang ajar. Ia dilaksanakan di luar batas-batas demokrasi, penuh dengan rasuah, penipuan, penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa oleh UMNO.


Saya amat tertarik dengan sebuah tulisan oleh oleh Amin Iskandar, salah seorang kolumis Malaysiakini.com yang disiarkan pada 13 Disember lalu [Rujuk :http://www.malaysiakini.com/columns/75992] . Ikuti tulisannya itu :

GELAP MASA DEPAN PILIHANRAYA DI MALAYSIA

Semenjak negara bebas daripada penjajahan pada tahun 1957, majoriti dua pertiga Barisan Nasional (yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan) hanya sekali sahaja pernah dinafikan, iaitu pada pilihanraya umum 1969 [tidaklah sampai Perikatan tidak boleh bentuk kerajaan [dapat simple majority sahaja], tetapi Pembangkang menang besar di Selangor dan Perak, manakala Pulau Pinang jatuk ketangan pembangkang iaitu Gerakan-Penulis]


Walaubagaimanapun, keputusan pilihanraya tersebut digantung dan darurat diisytiharkan akibat berlakunya rusuhan kaum. Rusuhan yang berlaku empat tahun selepas terbentuknya Malaysia itu telah menyebabkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan dan Tun Abdul Razak Hussein mengambilalih kepimpinan negara daripada Tunku Abdul Rahman.


Selepas itu majoriti dua pertiga BN tidak pernah tergugat. Ini memudahkan BN untuk menggubal atau meminda apa sahaja undang-undang yang ada di negara ini. Semalam [11.12.2007 di Parlimen], sekali lagi BN telah meminda undang-undang untuk membenarkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersara pada usia 66 tahun. Maka, Tan Sri Rashid Abdul Rahman yang seharusnya bersara pada hujung tahun ini, dapat berkhidmat setahun lagi sehingga tahun 2008.


Ertinya, Rashid akan sempat meggendalikan pilihanraya umum ke-12 akan datang. Walaupun telah dikritik hebat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang, kuasa dua pertiga di Parlimen tetap digunakan oleh BN untuk memastikan Rashid terus bertahan. Telah terbukti bahawa Rashid begitu penting bagi BN dalam pilihanraya akan datang. Enam belas ahli Parlimen pembangkang DAP dan PAS telah bertindak keluar dari dewan sebagai memprotes pindaan tersebut serta penangkapan 24 orang penyokong Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil).


Pihak polis mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang rakyat pergi ke parlimen. Pintu masuk ke Parlimen dipenuhi anggota polis dan kawat dawai dipasang untuk menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang cuba hadir memberi sokongan kepada wakil Bersih untuk memorandum bantahan kepada Parlimen berhubung pindaan perlembagaan tersebut.


Tian Chua, Razak Ismail, Dr Hatta, Dr Nasir, Arutchelvan, Dr Lo'Lo', Nasruddin Tantawi dan beberapa orang lagi ditahan dan diheret dengan ganas oleh pihak polis. Apakah dosa besar mereka sehingga diperlakukan seperti penjenayah besar?


Saya menyaksikan sendiri bagaimana mereka ditahan. Tian dan Razak ditahan kerana mereka mahu ke parlimen. Arutchelvan dan Sivarajan ditahan ketika baru sampai di luar parlimen. Manakala Dr Hatta, Dr Nasir, Nashruddin Tantawi, Dr Lo'Lo' serta beberapa orang lagi, termasuk seorang remaja berusia 13 tahun, ditahan ketika bersama-sama dengan Dr Hatta memberikan kenyataan kepada media.Abdullah kelihatan begitu terdesak apabila polis digunakan sepertimana tentera Myanmar dipergunakan oleh Regim Junta untuk menangani aktivis pro-demokrasi. Sekarang telah jelas mengapa Malaysia tidak mengkritik Myanmar apabila tembakan dilepaskan kepada aktivis pro-demokrasi. Di Malaysia taktik yang sama digunakan. Tembakan telah dilepaskan seperti apa yang berlaku di Batu Burok, beberapa bulan yang lalu.


Ketidakadilan pilihanraya


Pilihanraya di Malaysia telah jelas tidak akan dirombak. Kontrak Rashid yang dilanjutkan memberikan tamparan hebat kepada NGO dan parti pembangkang yang bergabung dibawah Bersih. Tuntutan mereka agar pilihanraya di Malaysia dijalankan secara bebas dan adil hanya tinggal harapan. Abdullah dan BN jelas tidak mahu sebarang perubahan terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Bagi Abdullah, dakwat hitam dan peti undi lut sinar sudah cukup untuk menjamin kebersihan pilihanraya.

Tidak ada tanda-tanda bahawa demokrasi di Malaysia ini akan pulih selagi BN terus memegang majoriti dua pertiga di Parlimen. Tidak ada tanda-tanda juga bahawa parti pembangkang akan dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen melalui sistem pilihanraya yang ada sekarang. Tarikh pilihanraya yang hanya diketahui oleh Perdana Menteri adalah satu contoh ketidakadilan pilihanraya. Sekiranya pilihanraya di Malaysia adil, semua pihak seharusnya tahu bila tarikh pilihanraya akan datang, sepertimana pilihanraya yang dijalankan dinegara-negara jiran.


Belum lagi kita bincangkan soal media, penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, perbelanjaan kempen pilihanraya, neutraliti polis dan pegawai kerajaan. Pendek kata, jika Malaysia membenarkan kemasukan pemantau pilihanraya antarabangsa, sudah pasti seribu satu macam kesalahan pilihanraya akan ditemui.Pemantau-pemantau antarabangsa sudah pasti akan mengadu keletihan akibat terlalu banyak yang harus direkodkan. Sedangkan jika memantau pilihanraya di negara-negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Korea Selatan, mereka sering mengadu bahawa sukar untuk mencari kesalahan pilihanraya. Sebab itu - seperti yang dilakukan oleh Regim Junta di Myanma r- Malaysia tidak akan membenarkan pemantau pilihanraya antarabangsa untuk menyaksikan perjalanan pilihanraya di negara ini.


Dalam memorandum yang disampaikan oleh Bersih kepada Parlimen, Rashid dikatakan tidak lagi layak untuk terus mengepalai SPR. Ini akibat daripada daftar pemilih yang masih lagi belum dibersihkan, pemindahan pengundi dari kawasan kubu kuat pembangkang, tindakan Rashid mempertikaikan keputusan mahkamah dalam pilihanraya Likas dan pelbagai lagi sebab.


Sekarang telah jelas, Rashid masih lagi sempat untuk mengepalai SPR dalam pilihanraya umum ke-12. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh NGO dan parti pembangkang yang bergabung dalam Bersih selepas ini? Terus menari mengikut rentak BN atau membuat rentak sendiri?


Memang benar ada pihak yang mendakwa bahawa sama ada Rashid ada atau tidak, sistem pilihanrayanya tetap sama. Akan tetapi apabila melihat sejarah Rashid, memang patut dia dipertikaikan daripada terus mengepalai SPR. Rashid tanpa ragu-ragu telah mempertikaikan keputusan mahkamah dalam pilihanraya Likas.


'Udang di sebalik batu?'


Selain itu, tanpa segan silu Rashid pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti-parti pembangkang tidak akan menang dalam pilihanraya. Bayangkanlah seorang pengerusi SPR yang seharusnya bebas daripada memihak kepada mana-mana parti politik, menggeluarkan kenyataan bahawa parti-parti pembangkang tidak akan menang.Selain itu Rashid juga sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah. Sebelum pilihanraya kecil Batu Talam pada tahun 2006, beliau mengatakan bahawa SPR perlu diberikan lebih kuasa untuk memastikan pilihanraya di Malaysia adil kepada semua pihak. Tidak berapa lama selepas itu beliau pula yang bersungguh-sungguh mengatakan bahawa tidak ada masalah dalam pilihanraya di Malaysia.


Atau mungkinkah kenyataannya sebelum Pilihanraya Kecil Batu Talam adalah "bargaining power" yang digunakan agar kontraknya dilanjutkan lagi? Sekarang Rashid telah berjaya untuk mengepalai SPR dalam tempoh setahun lagi. Apa yang akan beliau lakukan bagi membalas jasa ahli Parlimen BN yang memastikan beliau terus menjadi pengerusi SPR setahun lagi?


Salah satu perkara lagi yang harus dipersoalkan ialah mengapa BN beriya-iya mahukan Rashid terus mengepalai SPR? Apakah ada "udang di sebalik batu"? Apakah hanya Rashid yang mampu memastikan mandat besar yang diperolehi oleh BN pada tahun 2004, dapat dipertahankan?


Apakah perlu satu lagi perhimpunan yang lebih besar sebelum pilihanraya umum ke-12 untuk memastikan agar pilihanraya dapat dibersihkan. Lebih baik ia diadakan sebelum pilihanraya umum ke-12. Jika NGO dan parti-parti pembangkang hanya akan mengambil tindakan selepas keputusan pilihanraya umum ke-12 diumumkan, maka mereka sudah terlambat.


Malahan parti-parti pembangkang akan dikatakan hanya membuat bising selepas kalah dalam pilihanraya. Sekarang masa telah tiba untuk bertindak. Kekuatan rakyat haruslah dimobilisasi agar cita-cita untuk mendaulatkan demokrasi akan tercapai.


JAWAPAN KEPADA SEMUA PERSOALAN DI ATAS :
“BOIKOT PRU KE-12”


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



Sekian .Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Saturday, December 8, 2007

WAJAH-WAJAH SIAPA KAH INI?

CANTIK IMAMKAN SEMBAHYANG

ANAK SIAPA JADI MACAM NI?
CANTIK........


EH,EH, MENANTU SIAPA PULA NI?CANTIK MACAM BERUK

EH,EH....PUTRI JUGA TUMPANG SAMA
CANTIK MACAM BERUK JUGA


Sekian, kita jumpa lagi pada hari Ahad 16.12.2007. InshaAllah

Daripada : Tun Telanai


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Wassalam.




PERDANA MENTERI TIADA KUASA MUTLAK MEMBUBARKAN PARLIMEN

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Semakin dekat dengan tarikh pilihanraya umum ke-12, semakin tidak ketentuan minda Pengerusi SPR [Suruhanjaya Penipu Rakyat], Abdul Rashid [raSHIT] Abdul Rahman. Dalam usaha beliau untuk mempertahankan UMNO agar terus mengekalkan 2/3 kuasa memerintah, maka raSHIT telah bertindak melampaui tugas-tugas beliau sebagai Pengerusi SPR yang kononnya dikatakan bebas, tulus dan adil. Beliau merayau di sana-sini bagaikan seorang yang dirasuk ‘hantu jembalang’. Menyinggung semua parti-parti pembangkang khususnya PAS dan NGO-NGO yang mahu mereformasikan system pilihanraya kita yang tempang dari segala sudut.


RaSHIT nampaknya sudah tidak normal lagi. Sudah dihinggap penyakit ‘gila babi’. Mana mungkin orang yang sudah tidak siuman boleh diamanahkan mengendali pilihanraya umum ke-12 [PRU ke-12] nanti. Usaha kerajaan UMNO untuk meminda Perlembagaan Negara khas untuk melanjutkan tempoh persaraanya ke 66 tahun, dilihat sebagai usaha kerajaan yang ‘gila kuasa’ , tamak dan haloba serta menunjukkan kerakusan serupa dengan iblis laknatullah.


Kerajaan seperti ini tidak memperdulikan etika dan perundangan untuk mencapai kemenangan sanggop menggunakan perkhidmatan orang yang sudah gila dan nyanyok, asalkan raSHIT dengan fikirannya yang ‘kegilaan’ itu berupaya menipu dan memanipulasikan keadaan memihak kepadanya.

RaSHIT dengan minda yang ‘gila’nya itu mula menyerang pembangkang dengan mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu kenyataan yang ‘gila’ juga mengatakan yang beliau tahu bila tarikh PRU ke-12 akan diadakan, sengaja beliau tidak mahu mengumumkannya, tetapi disangkal oleh Abdullah dan Najib [PM dan TPM]. Sebenarnya dari segi Perlembagaan, SPR yang sepatutnya menentukan tarikh pilihanraya, bila tarikh yang paling sesuai diadakan, setelah diambil kira semua factor, bukan Abdullah. Abdullah tidak ada hak dalam soal ini. UMNO tetap UMNO berperangai busuk.


Si raSHIT tidak henti setakat itu sahaja, ia terus melalut sampai mempertikai keputusan mahkamah di Likas, mengugut pembangkang hendak memendekkan tempoh kempen pilihanrya dan yang paling tidak wajar yang keluar daripada mulut raSHIT yang kotor dan berbau busuk itu ialah belum lagi PRU-12 bermula, beliau telah meramalkan bahawa UMNO akan kembali berkuasa, pembangkang akan kalah teruk. Kenyataan ini sungguh biadap dan kurang ajar. Sah beliau adalah agen UMNO di SPR. Adakah beliau salah seorang yang bertanggungjawab mencelarukan PRU ke-11 lalu yang menjadikan PRU terkotor dalam sejarah pilihanraya di Malaysia?


Kenyataan yang terkeluar daripada mulutnya itu membawa tiga maksud yang tersirat. Pertama, membawa maksud bahawa beliau [yang menguasai SPR] dan lain-lain institusi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, pasukan polis, kehakiman, jentera-jentera milik kerajaan, media, peruntukan kewangan yang besar untuk membeli undi dan sebagainya sedang giat merancang, merangka berbagai strategi dan taktik bagi tujuan membuat penipuan, menyeleweng dan menyalahgunaan kuasa untuk mengekalkan kuasa UMNO. Sebagai buktinya yang dapat kita lihat ialah strategi pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain tanpa kebenaran pengundi yang terlibat, pindaan kawasan dan tempat pembuangan undi sesuka hati, membawa masuk pengundi baru ke kawasan-kawasan yang pembangkang menang [seperti di Ipoh Timur untuk mengalahkan Lim Kit Siang dan di Kelantan], daftar pemilih yang caca-merba dan membiarkan UMNO melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1957 tanpa ada sebarang teguran [rujuk kes PR Kecil di Ijok]


Kedua, membawa maksud sekiranya UMNO hendak menang besar seperti dalam PRU ke-11 lalu, pembangkang mesti diwarnai sebagai parti yang kotor dan berulat. Pembangkang perlu ditekan, diganggu dan diganasi dari pelbagai sudut. Kegiatan kempen, ceramah dan aktiviti pembangkang mesti dihadkan, dikekang dan dihalang melalui tindakan undang-undang [Akta Polis-disuruhannya pohon permit, tetapi permit tidak diluluskan hanya untuk main silap mata sahaja-strategi ini mudah faham, nawaitunya untuk mengharamkan sebarang aktiviti yang tidak mendapat permit polis] yang digunapakai oleh pasukan polis, manakala para pengundi akan diugut, diancam dan ditakut-takutkan.


Ketiga, SPR dan pasukan polis sendiri bagi pihak UMNO telah ‘test market’ di Batu Talam, Machap dan di Ijok. UMNO mencapai kemenangan cemerlang [walaupun bukan UMNO yang bertanding]. PRU ke-12 nanti akan berlangsung seperti format yang dilaksanakan dalam pilihanraya kampus [pemilihan dalam UMNO juga dijadikan rujukan] yang dipenuhi dengan ketegangan, kempen kotor, ugut-mengugut, ancam mengancam, provokasi dan sebagainya yang pernah kita alami dalam setiap kali pilihanraya yang kita lalui.


Jadi, UMNO akan terus mendapat perlindungan secekupnya dan kemenangan sudah pun terjamin, tetapi bagi kita terpaksa menghempas pulas untuk mencari peluang dan ruang berceramah dan berkempen menemui para pengundi, namun begitu kemenangan belum terjamin lagi.


Berbalik ke tajuk asal, PM tidak ada kuasa mutlak untuk membubarkan Parlimen. Sesungguhnya dari segi Perlembagaan, Perdana Menteri tidak diberi kuasa secara mutlak membubarkan Parlimen. Parlimen mengandungi tiga kompenan-yang DiPertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara tidak boleh dibubarkan, hanya Dewan Rakyat sahaja boleh dibubarkan. PM tidak boleh sesuka hatinya membubarkan Parlimen, kecuali usia Dewan Rakyat telah genap tempohnya pada Mac 2009 nanti. PM tidak boleh berlagak yang ia mempunyai kuasa multak untuk membubarkan Parlimen mengikut perancangannya sendiri.


Perkara 40 (2)(b) Perlembagaan menyebut : “Yang DiPertuan Agong boleh bertindak mengikut budibicara baginda [untuk] tidak menyetujui permintaan pembubaran Parlimen…..”. Dengan jelas Perlembagaan menyebut perkataan PERMINTAAN bukan NASIHAT. Selain itu, tidak disebut perkataan PERDANA MENTERI. Pembubaran Parlimen dalam semangat Perlembagaan Negara adalah untuk kepentingan nasional, bukan untuk kepentingan UMNO untuk meraih kuasa dan merompak harta rakyat yang dilesenkan oleh kuasa yang ada.


Berdasarkan perkara 40(2)(b) di atas, PM tidak ada kuasa mutlak untuk membubarkan Parlimen, ianya terletak atas kuasa budi bicara Yang DiPertuan Agong sama ada baginda bersetuju atau tidak untuk membubarkan Parlimen bergantung kepada mustahaknya Parlimen dibubarkan demi kepentingan rakyat dan baginda boleh memastikan pilihanraya yang bakal diadakan dilaksanakan secara adil dan saksama. PM hanya boleh meminta dan ianya bukan boleh diberi secara otomatik.Tindakan BERSIH menyembahkan dan memohon perkenan Yang Dipertuan Agong supaya mereformasikan system pilihanraya di Negara ini adalah merupakan satu tindakan yang tepat dan betul kaedahnya. Raja Berperlembagaan bermaksud Raja-raja mempunyai kuasa-kuasa yang terhad, bukan seperti para pemimpin, ahli dan penyokong UMNO seperti lembu dicucuk hidung dan hanya sebagai bertindak sebagai ‘yes man’. Yang DiPertuan Agong bukan boneka kepada pemerintah.


Pendapat Sultan Pahang [komen tentang BERSIH dan pada PRU ke-11] tidak boleh diambil kira dalam Perlembagaan Persekutuan kerana baginda lebih menjaga kepentingan UMNO daripada menjaga kepentingan rakyat yang masih ramai lagi miskin dan papa kedana di Negara yang dikatakan kaya raya ini. Gempa bumi yang melanda kawasan perjudian [di Bukit Tinggi dan Genting, di Pahang] yang terkenal di dunia, walaupun scalanya kecil, tetapi sudah cukup bagi orang-orang yang beriman terus memperkuatkan iman dan memperkukuhkan aqidah dan berwaspada. Ianya merupakan satu amaran daripada Allah s.w.t


Ya, memang Negara ini kaya, tetapi pembahagian kekayaan Negara tidak seimbang di kalangan rakyat terbanyak, hanya para pemimpin, anak-menantu dan kroni-kroninya sahaja yang memiliki kuasa yang mewah dan kaya raya. Kehidupan mereka penuh kepura-puraan. Hidup penuh dengan kemewahan dan membazir. Mereka sanggop membazir beratus ribu ringgit, demi mengejar nombor kereta yang tidak ke mana akhirnya. Ini semua adalah untuk menunjuk kesombongan dan keegoan. Adakah ini hasil daripada ajaran Islam Hadhari yang ada had dan harinya itu?


Dalam masa yang sama, rakyat disuruh berbelanja secara berhemat, sedangkan para pemimpin bersikap boros. Rakyat marhaen terus berada dalam kemiskinan kerana pengkianatan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO yang dipilih oleh rakyat yang buta maklumat. Mereka tidak amanah dan tidak ada akhlak sebagai pemimpin. Rakyat berkerja keras membanting tulang empat kerat dalam suasa Negara menghadapi kenaikan kos belanja hidup yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Tahun 2008, dijangkakan harga minyak akan dinaikkan yang menyebabkan lonjakan harga terhadap barangan dan perkhidmatan. Inflasi akan meningkat sekitar 20% yang menyebabkan rakyat hidup bertambah menderita di bawah pemerintahan UMNO.


Kesimpulannya, kuasa mutlak pembubaran Parlimen bukan terletak di tangan Abdullah sebagai PM, tetapi terletak dibidang kuasa budi bicara Yang DiPertuan Agong berasaskan keperluan semasa demi kepentingan rakyat dan Negara, bukan untuk Abdullah dan kroni-kroninya. Dalam waktu yang sama, kita perlu berusaha memperjuangkan menghapuskan UMNO di muka bumi Malaysia ini dan mengembalikan haq rakyat untuk kembali bernafas selesa.


Pra syarat terpenting bagi mencapai hasrat tersebut ialah pertama, raSHIT mesti dibuang ke dalam tong najis, kedua, system pilihanraya di Negara ini perlu segera dipulihkan, ketiga, memastikan UMNO tidak sewenang-wenangnya menyalahguna kuasa dalam PRU ke12 nanti, keempat, memastikan UMNO tidak menggunakan jentera dan harta awam untuk berkempen dan kelima, masuk ke gelanggang pilihanraya sebagai anak jantan.


Sekiranya perkara asas ini tidak dapat jaminan yang kukuh daripada SPR, maka masuk pilihanraya pada kali ini juga kita akan sembelih lagi. Nabi Mohammad s.a.w selalu berpesan kepada umatnya, jangan biarkan kita dipatok dua kali ditempat yang sama. Kita ada maruah dan harga diri. Adakah kita sanggop mengadaikan maruah dan harga diri apabila kita sudah tahu bahawa system pilihanraya kita dipenuhi dengan penipuan dan penyelewengan?


Ikuti sidang media yang diberikan oleh Dr.Zulkifli Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat :


http://www.malaysiakini.tv/?vid=1520


RASHIT MESTI DIMUSNAHKAN DENGAN APA CARA SEKALI PUN DARIPADA TERUS MENJADI PENGERUSI SPR. KALAU TIDAK, KITA PERLU BERGADING BAHU BERSAMA MEMBOIKOT PRU KE-12 NANTI.BERANIKAH KITA?


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Wednesday, December 5, 2007

PEMIMPIN UMNO PERANGAI SERUPA BABI

Emosi melulu bukan budaya kita, tapi kebiasaan Umno
Assalamu'alaikum wm.wrt,


Tidak begitu mengejutkan apabila insiden serangan ala-kick-boxing semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan Isnin lalu (26 November) tidak dipanjangkan media massa arus perdana.


Meski pun insiden itu boleh disifatkan sebagai "paling ganas" dalam sejarah persidangan DUN mahu pun Parlimen negara ini, laporan atau ulasan media mengenainya hanya sepintas lalu.


Setakat ini tidak ada laporan media yang boleh disifatkan sebagai "negatif" terhadap pelaku utama insiden tersebut. Komen para pemimpin negara dan ahli politik mengenainya hampir tiada langsung.


Sebaliknya, Dato' Nozula Mat Diah (BN-Paloh) sebagai pemain utama babak bersejarah itu diberi liputan positif apabila muncul menyerahkan aduan terhadap kerajaan Kelantan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) keesokan harinya.


Itulah gambaran manipulasi media yang sangat berat sebelah. Ia sentiasa memihak kepada parti pemerintah negara (Barisan Nasional). Apa-apa keburukan atau perkara negatif dicetuskan BN sama ada digelapkan atau dipositifkan. Ketidakadilan media sebeginilah antara yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini agar diperbetulkan.


Rasanya pembaca sendiri tidak sukar untuk membayangkan bagaimana rupa laporan akhbar dan tv sekiranya wakil rakyat yang mencetuskan aksi kick-boxing itu ialah ADUN PAS. Ingat lagi betapa riuh-gegak negara apabila Abdul Fatah Haron (PAS-Rantau Panjang) menyebut perkataan 'gatal' di Parlimen suatu ketika dulu?


Hanya disebabkan satu perkataan itu, tanpa melibatkan apa-apa pergerakan fizikal pun, seluruh Dewan Rakyat riuh-rendah beberapa lama. Ia berlanjutan ke peringkat kutuk-mengutuk, kecaman dan desakan sehingga Ahli Parlimen PAS itu menarik balik perkataan 'gatal' itu.


Episod itu tidak terhenti di Dewan Rakyat sahaja. Ia diseret berjela-jela pula menerusi siaran tv dan akhbar. Ulasan dan komen dari berbagai pihak tingkah-meningkah buat beberapa lama.


Dalam kejadian di DUN Kelantan Isnin lalu, Nozula dirakamkan menerpa ke arah Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) yang duduk selang beberapa kerusi daripadanya. Rakaman aksi tersebut disiarkan beberapa laman web di hari sama.
ADUN BN itu dilihat sempat melepaskan tendangan ke arah ADUN PAS itu. Mulutnya pula tidak berhenti mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat didengar dengan jelas. Apa puncanya menyebabkan beliau hilang sabar dan bertindak melulu?


Laporan akhbar yang cuba merasionalkan tindakan itu mendakwa Mohd Zaki telah mengeluarkan kata-kata kesat ke arah Nozula. Berita Harian, Selasa (27 November), memetik komen Nozula di luar Dewan: "Dia (Mohd Zaki) kata sesuatu yang kesat pada saya. Sepatutnya dia tak berkata begitu."


Apa perkataannya? Utusan Malaysia di hari sama mendakwa perkataan dikeluarkan Mohd Zaki ialah 'jakun'. Bagaimana pun, tidak ada sebarang komen atau penjelasan daripada Mohd Zaki disiarkan kedua-dua akhbar itu.


Itulah yang amat mendukacitakan kita. Paling tidak pun, sepatutnya siarkanlah penjelasan daripada Speaker DUN, Wan Abdul Rahim Abdullah, selaku orang bertanggungjawab mengawal keadaan. Alih-alih pandangan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Annuar Musa pula yang diutamakan.


Jika benar Mohd Zaki telah mengeluarkan perkataan 'jakun' kepada Nozula, ia sesuatu yang patut dikesalkan. Kemuliaan Dewan adalah suatu yang sepatutnya dihormati semua pihak, walau dalam apa keadaan sekali pun.


Tetapi itu tidak bermakna para pemimpin BN-Umno boleh merasionalkan tindakan ganas oleh ADUNnya itu. Kita boleh mengagak, jika ditanya pandangan Perdana Menteri pun, besar kemungkinan orang tua itu akan kata "itu bukan budaya kita!".


Ya, memang! Perbuatan menerpa dan menendang wakil rakyat lain semasa sidang Dewan bukan budaya kita. Bukan budaya Melayu, bukan budaya Islam. Ia tidak pernah berlaku dalam negara ini. Tidak di mana-mana DUN, tidak juga di Parlimen.


Sebagaimana yang penulis sebutkan di awal tadi, kes di DUN Kelantan itu adalah satu catatan sejarah dalam politik negara. Ia adalah yang pertama seumpamanya.


Sungguh pun begitu, kes-kes yang menghampiri kejadian seumpama itu bukanlah sesuatu yang tidak pernah berlaku. Harakah keluaran Disember 2000 lalu pernah menyiarkan satu insiden pergaduhan antara ADUN BN dan ADUN DAP di DUN Selangor.


Menurut laporan itu, dalam sesi soal jawab semasa sidang DUN Selangor November 2000, Exco Kerajaan, Abdul Fatah Iskandar membangkitkan soal kewujudan kilang-kilang haram di Kajang. Teng Chang Kim (DAP-Bandar Klang) membangkitkan istilah 'haram' tidak sepatutnya digunakan kerana pengusaha kilang tersebut mencari rezeki secara halal. Beliau berkata, mengikut hukum agama mencari rezeki secara halal tidak akan menjadi haram.


Fatah berkata itu hanya masalah yang kecil. Teng tidak bersetuju, kerana bagi beliau soal halal dan haram adalah berlainan, sebagaimana berlainannya syurga dan neraka. Maka ia tidak boleh dianggap masalah yang kecil.


Semasa Dewan berehat, dan para ADUN sedang menikmati jamuan ringan, Zakaria Md Deros (BN–Selat Klang) didakwa menjerit ke arah Teng mengatakan dia (Teng) tidak berhak membangkitkan soal halal-haram.
Teng menjawab: "Saya berhak." Lalu Zakaria dikatakan memaki: "Cina babi!" Teng menghampiri Zakaria dengan tujuan meminta Zakaria menarik balik perkataan itu.


Ketika bertengkar-tengkar itu, Zakaria tiba-tiba menepis dan mengenai hidung dan cermin mata Teng. Melihat situasi itu, ADUN-ADUN lain cuba mententeramkan keadaan. Tetapi tiba-tiba seorang pengikut Zakaria menerpa ke arah Teng, menumbuk muka beliau dan terus melarikan diri.


Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Dato' Dr Hasan Ali (PAS-Sungai Burong), Azmin Ali (Keadilan-Hulu Klang), Dr Shafie Abu Bakar (PAS-Kajang) dan Teng sendiri membuat aduan rasmi kepada Menteri Besar. Zakaria meminta maaf kepada Teng di hadapan MB, Speaker Dewan, Timbalan Speaker, Timbalan MB, Setiausaha dan Penasihat Undang-undang Negeri Selangor.


Dalam satu kejadian lain pada 8 November 2000, di Dewan Rakyat, Haji Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengemukakan usul meminta Dewan membahaskan soal keganasan polis terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan 100,000 rakyat anjuran Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di Lebuhraya Kesas, Shah Alam pada 5 November 2000.


Mahfuz yang ketika itu mempunyai locus standi bagaimanapun diganggu dengan kata-kata kesat oleh Shaziman Abu Mansor (BN-Tampin). Mereka bertukar-tukar kecaman sehingga Ahli Parlimen BN itu mencabar Mahfuz bertumbuk. Bagaimana pun, Mahfuz tidak melayan emosi melulu wakil BN itu.


Sikap sama turut ditunjukkan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) di sidang DUN Terengganu. Beliau juga pernah diajak bertumbuk oleh Ahmad Said (BN-Kijal), yang juga seorang anggota Exco negeri.


Untuk penelitian, penulis salin semula patah demi patah aksi berbalas kata antara Exco Ahmad dengan Abdul Wahid dalam satu sidang DUN Terengganu, April 2005 lalu.


Ahmad: Saya pohon penjelasan dan laluan. Inilah sikap wakil rakyat PAS dari Wakaf Mempelam. Melemparkan apa sahaja tuduhan tanpa batas-batas sebagai insan yang bernama Islam. Apakah kerajaan Negeri Terengganu hari ini lebih jahat daripada Yahudi?


Abdul Wahid: Betul, Dato' Yang Dipertua. Saya mengaku dan saya bertanggungjawab. Yahudi, dia rampas tanah orang Palestin tapi dia bina penempatan untuk orang Yahudi. Ini (BN) rampas tanah rakyat sendiri, roboh rumah rakyat sendiri. Itu lebih teruk daripada Yahudi.


Ahmad: Dato'Yang Dipertua, inilah perangai binatang!
(Sebaik Ahmad sebut perkataan 'binatang' itu, Dewan bergemuruh dengan tepukan meja oleh wakil-wakil BN lain. Tanda mereka bersetuju memanggil wakil PAS dengan kalimah itu!)


Abdul Wahid: Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, dia nak kata apa pun, katalah kalau Yang Dipertua terima, saya tak ada masalah.
Ahmad: Saya tak ada masalah jugak, pasal mung jahat. Bila-bila masa, jumpa ah (boleh bertumbuk).


Abdul Wahid: Rupa-rupanya ada orang terasa.


Ahmad: Terasa apa, mung jahat. Muka je pakai songkok. Songkok fesyen apa gini, fesyen iblis!


Speaker: Sila bertenang, Yang Berhormat!


Ahmad: Kabar mung nak (bertumbuk) kat mana. Lepas ni, boleh jumpa lagi.


Abdul Wahid: Inilah Yang Berhormat, orang yang saya hadapi. Bercakap secara gentleman tapi nak ajak gocoh (bertumbuk) semacam.


Ahmad: Gentleman babi apa begitu, Yang Dipertua. Gentleman, cakap gentleman. Kata ikut dang sekali, benda apa ni. Mengarut sekali, bersajak, bersyair. Gila ni, Yang Dipertua.


Itulah contoh bahasa yang menjadi kebiasaan wakil-wakil BN. 'Gila', 'binatang', 'babi', 'jahat', 'iblis' jadi mainan mulut mereka. Kalimah-kalimah lain seperti 'bodoh', 'tak reti' dan 'tak cerdik' dah terlalu lumrah, sehinggakan wakil-wakil PAS di DUN Terengganu sudah kalih mendengarnya.


Maka, apalah sangat sensitifnya kalimah 'jakun' tadi jika dibandingkan dengan kalimah-kalimah yang jauh lebih hina dan kesat tadi? Apalah rasionalnya, semata-mata kerana diucapkan kalimah itu, seorang wakil rakyat terus hilang pertimbangan dan meluru ke arah lawan?


Menyerang lawan dengan emosi melulu di dalam dewan yang mulia memang bukan budaya kita. Bukan budaya kita juga untuk memaki dan menseranah orang lain. Tetapi berdasarkan beberapa kes yang telah berlaku, ia semacam telah menjadi kebiasaan di kalangan wakil-wakil rakyat Umno.


Ia bukan sahaja dilakukan wakil rakyat biasa. MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, dalam sidang DUN Pahang, April 2006 pernah memaki para wartawan dengan katanya, "can go to hell!".

USAH BUANGKAN MASA, HUMBANKAN UMNO KE DALAM LONGKANG DALAM PRU KE-12 NANTI. INSAYAALLAH!

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
Sekian.Wassalam

TUMBANGKAN UMNO-SELAMATKAN AGAMA DAN BANGSA

Iktibar di Thailand: Kuasa Raja berdaulat jatuhkan pemimpin zalim
DiPetik daripada : http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-utama/iktibar-di-thailand-kuasa-raja-berdaulat-jatuhkan-pemimpin-zalim.html

Pemerintahan Thaksin dipenuhi dengan isu dan skandal penyelewengan. Seorang Jutawan telekomunikasi menceburkan diri di dalam politik untuk kemudahan dan kekayaan dirinya. Cuba untuk melahirkan bentuk demokrasi yang mirip seperti demokrasi Malaysia


Berpolitik sambil berniaga. Hampir 90% ahli politik BN di Malaysia mempunyai perniagaan mereka masing masing dan kerana sikap ini lah maka, lahirlah pemimpin yang korup dan mementingkan diri sendiri serta keluarga mereka.
Berikut adalah ciri ciri pemerintahan Thaksin yang mirip sikap pemimpin negara kita.



1. Korup dan menyalahgunakan kuasa
2. Mengerah dan menggunakan pihak berkuasa untuk menekan rakyat
3. Melantik kroni kroni untuk memonopoli perniagaan dan pemerintahan
4. Anak-anaknya menjadi jutawan kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri, rujukan: Skandal anak Thaksin
5. Terlibat dengan pelbagai skandal, rujukan : Skandal Thaksin
6. Menipu di dalam pilihan raya, rujukan : Skandal Pilihan raya



Sepanjang perwajatannya sebagai Perdana Menteri, Thaksin telah menyebabkan banyak kehilangan nyawa di dalam usaha penghapusan etnik yang berlaku di Selatan Thailand.


Pada 28hb April 2004, berlaku tragedi berdarah Masjid Krisek. Pada 16 November 2005, orang awam penduduk kampung - enam wanita dan tiga kanak-kanak - menjadi mangsa pembunuhan kejam. Selain dari itu berlaku banyak kejadian letupan bom yang mengorbankan bukan sahaja rakyat beragama Islam tetapi juga penganut Buddha.


Kisah paling menyanyat hati adalah tragedi Pembunuhan beramai-ramai 25 hb October 2007 di Tabai, Selatan Thailand. Keganasan tersebut telah dilakukan diatas arahan Thaksin pada bulan Puasa pada tahun tersebut.


Melalui peristiwa itu sahaja, Tindakan Thaksin telah menyebabkan kematian yang banyak. Berikut adalah perangkaan terperinci kematian:

Trak yang bernombor 19338, 21 terbunuh;
Trak yang bernombor 19232, 5 terbunuh;
Trak yang bernombor 19263, 6 terbunuh;
Trak yang bernombor 13164, 23 terbunuh;
Trak yang bernombor 531, 5 terbunuh;
Trak yang bernombor 5256, 1 terbunuh;
trak yang bernombor 530, 6 terbunuh dan 11 mati dalam kenderaan yang tak dapat di kesan nombornya.


Berikutan kekejaman dan huru hara yang berlaku, Raja Thailand telah bertindak merampas kuasa menggunakan kuasa tentera yang berlaku pada, 11 September 2006. Ketika itu Thaksin di dalam jadual berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.


Dalam sekelip mata Thailand (Bangkok) berada di bawah naungan kuasa tentera, Panglima Tentera Darat, Jeneral Sondhi Boonyaratglin yang mengetuai rampasan kuasa di Thailand memberi amaran, Thaksin Shinawatra akan didakwa atas tuduhan jenayah jika bekas Perdana Menteri itu pulang ke Bangkok. Sehingga kini, Thaksin tidak pulang kerana bimbang akan nasibnya.


Begitulah kisah pemimpin zalim yang korup di Thailand. Mula menjadi Perdana Menteri pada tahun 2001 dan berakhir pada Sept 2006. Semuanya kerana terlalu tamak dan haloba serta menggunakan kuasa berlebih lebihan sehingga menyebabkan rakyat sengsara.


Ia adalah risiko seorang pemimpin yang melibatkan diri di dalam perniagaan ketika dan sebelum memperolehi kuasa kepimpinan. Berikutan kejatuhan kuasa Thaksin, barisan talibarut talibarutnya turut dilucutkan jawatan.


Namun, kejatuhan Thaksin tidak akan terjadi jika tiada campurtangan dari Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej yang tidak sanggup membiarkan rakyat nya menderita ditekan oleh kuasa politik Demokrasi ciptaan Barat bawaan Thaksin.


Peristiwan tersebut merupakan contoh terbaik kepada semua Raja agar jangan membiarkan pihak yang tidak bertanggung jawab sewenang wenang nya menggunakan kuasa untuk kepentingan diri mereka sehingga menyusahkan rakyat.

Mungkin contoh ini juga boleh dijadikan iktibar kepada pemimpin pemimpin negara lain, kerana sesungguhnya, sabar rakyat ada tempatnya dan perlukah rakyat menanti sehingga terkorbannya banyak nyawa, baru mahu merubah kepimpinan yang ada?


Ciri ciri kepimpinan yang bongkak dan sombong memang sudah ada dimana mana, ciri ciri penyalahgunaan kuasa dan sistem KRONI pun sudah terbukti.
Majoriti? Majoriti boleh dicipta dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan raya dan kuasa media. Maka berjaga jaga kerana sikap sombong pemimpin tidak boleh kekal selamanya. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. - ntbn.wordpress

TUMBANG UMNO SELAMATLAH UMMAH


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam

Tuesday, December 4, 2007

BERSIH PERLU MEREFORMASIKAN PILIHANRAYA DI MALAYSIA



Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


On the 31st of August, 2007, Malaysia celebrated 50 years of independence from British rule. The British ruled Malaysia for their own benefit, exploiting local inhabitants - Malays, Chinese and Indians - to make Britain wealthy. When they left, the hero of independence Tunku Abdul Rahman became Prime Minister under a constitution which promised Westminster style democracy.

It promised that while the Malays, the Monarchies and Islam would be protected, all citizens would be citizens of a new, democratic nation.Westminster democracy has at its core that the people are entitled to choose those who govern them in free and fair elections.

This means not only that elections be held, but that the parliament elected should be broadly representative of the votes taken in the election. People must also be free to vote for who they wish without risking penalties to do so.

Another assumption is that all parties will have access to and be treated equally by the media.Malaysia's democracy has become plainly deficient in each of these respects, despite the fact that elections are held every 4-5 years.1) The composition of parliament should be representative of the votes cast at the election.

This is demonstrably not the case in the Dewan Rakyat (Malaysia's lower house of parliament), which consists of 219 seats. 198 of these (90.4%) are controlled by the government, effectively rendering Malaysia a one-party state until the next election is held. This is despite the government only winning 63.9% of the vote. When one considers the individual parties that make up the government, the unrepresentativeness becomes even more obvious. UMNO (the party of the Prime Minister) won just 35.9% of the vote - yet controls half of the seats in parliament (49.8%). PAS, the opposition party that won the largest number of votes (15.2%), has just 7 seats in parliament (3.2%). Both these parties have mainly Malay Muslim supporters. Looking at the two parties mainly voted for by Chinese, the government's coalition partner MCA won 15.5% of the vote (about the same as PAS) but won 31 seats (14.2% of the parliament, while the opposition DAP won 9.9% of the vote but has just 12 seats in the parliament. The multi-ethnic but mainly supported by Malays opposition PKR won 8.9% of the votes but just 1 seat in the parliament. By contrast the government coalition partner MIC won just 3.2% of the vote, but holds 9 seats in parliament, more than PAS who nearly 5x as many Malaysian's voted for.This means for every seat in parliament the following number of Malaysians voted for them:

GOVERNMENT PARTIES

UMNO - 22,782 voters MCA - 34,652 voters MIC - 24,616 voters

OPPOSITION PARTIES

DAP - 57,278 voters PAS - 150,211 voters PKR - 617,518 voters (Any errors in calculations are typos - source
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Parliament)

These figures speak for themselves. They show that UMNO and the MIC are greatly overrepresented in the parliament according to the support they actually received in the elections. The MCA, and the opposition parties who are in fact voted for by more than 1/3 of Malaysians - even in a landslide election like 2004 - are grossly underrepresented. Chinese who vote for the MCA, and even more so the DAP are treated unfairly by getting less representation that their votes deserve.

However, clearly the people most cheated in Malaysia's parliament are the 1.7 million (mainly) Malays who voted for either PAS or PKR, who got just 8 seats for their votes compared with 109 for the 2.4 million (mainly) Malays who voted for UMNO.

This is despite the claims that UMNO makes that is stands up for the interests of Malays - in fact, it cheats them of fair and honest representation more than anyone else.Among the reasons for this state of affairs, the most important is the drawing up of electoral boundaries is done so that Malays in UMNO voting areas have electorates with much smaller numbers of voters that those in PAS voting areas.

Urban areas which vote for the opposition generally have huge numbers of voters for each electorate. This is called gerrymandering, a term which means manipulating electoral boundaries to favour one group of voters at the expense of others.2) People should be free to vote for who they choose without fear of recrimination.

When Malaysians go to vote, a serial number is recorded on their ballot paper that potentially allows who they voted for to be traced back to their name. This has particular implications for government servants, many of whom believe that if they vote for the opposition this will prevent them from career advancement. I personally know many Malays who have told me they simply don't vote because they don't want to vote for UMNO but are afraid to vote for the opposition because they fear for their government careers.

The traceability of votes back to people also encourages vote-buying, something which is impossible where votes are secret and anonymous.3) Fairness in the media. The Malaysian mainstream media is dependent on the government to issue licenses to allow them to keep publishing.

One former NST journalist (a friend) told me that although the papers uncover many scandals about the government - including corruption on a grand scale at the highest levels - they dare not publish for fear of using their license. In the political context this means that not only are the press highly restricted in criticizing the government, they are expected to not give air to the views of opposition leaders.

This usually means that while the views of government ministers are presented mostly without comment, opposition leaders are seldom quoted in the newspapers and almost never seen on television. This press bias is evident to anyone who has ever seen the media operate in a genuine democratic environment - elections are not free and fair if the government controls the main means by which ordinary citizens gather their information.

All these reasons explain why more than 40,000 Malaysians braved road-blocks, chemical-laced water-cannon and tear-gas to peacefully present a petition to their Ruler (the Agong, the leader of the nation's Sultans and constitutionally the government's boss) asking for a chance to have their votes count.

This blogger believes that ALL people regardless of ethnicity, religion or place of birth deserve to have their votes count. The Malaysian government has been in power for 50 years, and frankly, some of their members are taking the people of Malaysia for fools. I believe they are reading Malaysians wrong, and that the people are starting to realize that they deserve to have a real choice in who governs them, not have that choice made for them in the back-rooms of UMNO.

Malaysia's independence heroes did not fight to be liberated from British tyrants to see their great-grandchildren made fools of by locally-born tyrants such as those who now appear to control UMNO. To those 40,000+ who showed their love for Malaysia by standing up for true 'merdeka', I salute you. To borrow from Shakespeare's Henry IV:And gentlemen in Malaysia now abedShall think themselves accursed they were not here,And hold their manhoods cheap whiles any speaksThat struggled with us upon Malaysia's day

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
”PROTES SAMPAI TURUN”

MUSNAH BANGSA AKIBAT UMNO

DIPETIK DARIPADA : LAMAN MARHAEN

TUNGGU APA LAGI HAPUSKAN UMNO DI DUNIA INI

UMNO MENGHARU-HARAKAN BANGSA

Sunday, December 02, 2007
DIPETIK DARIPADA :http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/


Bila Pemimpin Lemah, Macam-Macam Boleh RAF


Negara kita menjadi huru-hara di bawah pemerintahan Dolah Badawi yang lemah. Sekarang ini, rakyat sudah rasa betul apa kesan negatif dari polisi-polisinya dan mula bersuara hingga perhimpunan haram pun mereka sanggup ambil risiko.Husin tidak suka pun pada demo-demo ini. Tak mendatangkan hasil. ... Susah untuk Husin menjual unta. Sudahlah ekonomi teruk bawah Dolah hingga tak ada chance lagi nak jual orang.


Sekarang ini, berapa banyak kumpulan sudah mogok sejak Dolah membuat tak betul. Orang ramai atau "pembangkang" sudah mogok pasal tol naik.Penggiat ugama bukan Islam atau "pembangkang" sudah mogok kerana orang "Islam" tak boleh tukar ugama. Penggiat ugama Islam atau "pembangkang" sudah mogok kerana orang bukan Islam telah mogok.Orang Cina atau "pembangkang" sudah lama monyok pasal tak boleh cari makan. Orang Melayu atau "pembangkang" lagi marah sejak pelbagai ketirisan dan tuntutan terhadap hak mereka.Peguam atau "pembangkang" sudah mogok sebab video tape. Gabungan NGO atau "pembangkang" telah mogok sebab mahu celup jari dalam dakwat.


Baru-baru ini, orang-orang Hindraf sudah mogok pasal kuil yang jumlahnya sudah melebihi jumlah surau diroboh. Susah Husin nak percaya ... tapi memang orang Hindu suka buka kuil di-mana-mana ada pokok besar. Bila kuil sudah besar dan kasi tidak tenteram pada orang Islam, mereka tidak mahu pindah.Dolah pulak ambil jalan mudah suruh MIC buat kajian ... apa itu MIC buat selama ini?

Tak akan tak tahu masaalah orang India. Peliknya si Dolah bila besoknya baru dia baru nak kata Hindraf melampau. Menantu baru kasi fahamkah?Sekarang India sudah bising dan orang tak sedar mereka sudah ada joint military understanding dengan Singapura baru-baru ini. Anwar Ibrahim pun cari peluang politik ... Amerika sudah bising dan Britain pun sama. Nampak Dolah akan kelam kabut kerana mereka sudah berani.

Dolah mudah tolak ansur apabila setiap tuntutan dan tekanan dibuat keatasnya tanpa memahami samada tuntutan itu masuk akal dan konsisten dengan undang-undang atau perlembagan. Macam kes Hindraf, dia akan ber"dolah dalih" berubah-ubah pendirian dan pandangan seolah-olah tidak tahu apa dan tidak faham isu.Ini yang membuat Husin pening. Husin sudah dapat tahu dari maklumat-maklumat pembeli-pembeli dan pemborong-pemborong unta bahawa pelbagai kumpulan akan melakukan demonstrasi dan rusuhan.


Kita dah tahu pasal Peguam akan berjalan pada Desimber 9hb. Desas desus kata Pekida akan berarak tetapi tidak sudah tak jadi. Ada pulak Damai Malaysia nak berarak ... damai bagus lah tapi bolehkah damai dan tenteram bawah pemerintahan Dolah yang didalang Khairi dan puppetmaster?Banyak kumpulan-kumpulan lain yang sudah bercadang untuk membuat tuntutan dan bearak. Semuanya garang macam Hindraf kerana pengakhir nama pertubuhan mereka adalah RAF atau Rights Actions Force. Oiii ... force tu maknanya main paksa tu. Husin senaraikan berikut:


Teapinraf - Kumpulan Bekas Penuntut Ayah Pin RAF menuntut supaya orang-orang Malaysia berhenti menggunakan cawan dan teko untuk minum kerana ianya adalah alat suci untuk ugama sesat mereka.

Tazkiraf - Kumpulan penyembah pemimpin RAF yang zikirnya berbunyi "saya sokong" walaupun tak tahu apa dia sokong. Mereka menuntut kumpulan mereka didaftarkan dan masuk dalam senarai ugama-ugama yang sah dalam Malaysia.

Utaraf - Kumpulan ugama RAF yang menuntut hak berugama tetapi menuntut untuk membangunkan kerajaan negeri baru.

Jawaraf - Kumpulan Jawa RAF menuntut supaya kawasan Parit Jawa hingga ke air Itam dan Pontian Johor di jadikan satu negeri yang berfiraun ... opps bersultankan seorang radin.

Perliraf - Kumpulan anak Melayu Perlis RAF yang menuntut supaya Raja Perlis bukan dari Orang Arab .... Ini susah ni beb. Boleh dikira menghasut dan masuk penjara kerja berat!!! ... kerana termasuk dalam tindakan-tindakan menghasur yang meliputi hak kewarganegaraan kaum lain dan kedudukan bahasa Melayu, ugama Islam, Raja-Raja Melayu, dan hak keistimewaan orang Melayu.

Musyaraf - Kumpulan Manshester United shareholder RAF menuntut supaya Musyaraf turun sebagai President Pakistan dan digantikan oleh Sir Alex Ferguson dengan Khazanah Nasional Pakistan mengambilalih Manchester United.

Minaraf - Kumpulan Minangkabau RAF menuntut supaya mereka di bezakan dari orang Negeri Sembilan dan hak asasi mereka menjual sikat di tepi jalan dan nasi padang tidak dicabul.

Hainan-raf - Kumpulan Cina Hainan RAF menuntut orang melayu tidak menjual nasi ayam kerana meraka sudah tidak boleh cari makan. Mereka berjanji akan jual daging ayam yang halal dan dibeli dari orang Melayu.

Boyan-raf - Kumpulan boyan penang RAF menuntut agar Wan Zaleha, Dr Mahathir, Tan Sri Tajuddin Ramli dan lain-lain orang ternama dan kaya berhenti naik kuda kerana harga kuda sudah naik harga dan mereka tidak dapat mampu mempunyai kuda lagi.

Cangkuraf - Kumpulan anak yang cangkul dalam peperiksaan SRP RAF menuntut supaya hak mereka untuk hidup mewah dihormati dan mereka diperuntukkan 20% dari jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan, GLC, dan swasta.

Ashraf - Kumpulan perokok-perokok RAF menuntut hak mereka untuk merokok di panggung wayang, restoren, dewan-dewan, pejabat-pejabat dan tempat-tempat awam di hormati. Kata mereka lung cancer sudah menurun dan kanser payudera lebih meningkat. Mereka patut diberikan hak mrokok mereka kembali.

Paraf - Kumpulan penagih dadah RAF menuntut projek bangunan dan rumah yang sudah terbengkalai tidak dipulihkan supaya mereka hak mereka untuk tidak ditangkap polis.

Jampiraf - Kumpulan bomoh-bomoh RAF menuntut supaya profesyen dan teknik perubatan mereka diiktiraf oleh Malaysian Medical Association dan Kementerian Perubatan.

Artiraf - Kumpulan artis-artis muda cantik RAF menuntut suratkhabat media perdana tidak mengkaitkan mereka dalam gosip-gosip dengan Dato-dato dan Tan Sri Tan Sri hartawan.

Rabaraf - Kumpulan GRO-GRO RAF menuntut supaya harga meraba meraka di naikkan dan dikira mengikut kadar jumlah sentuhan dan harga berbeza untuk lain-lain bahagian badan.

Dandraf - Kumpulan Dato Seri gatal RAF menuntut isteri-isteri mereka memberikan mereka keredaan untuk kahwin lagi kerana mereka yang kini lebih diminati oleh artis dan model dari Dato biasa yang sudah terlalu banyak.

Begokraf - Kumpulan blogger yang dipanggil goblog oleh Menteri-menteri RAF menuntut supaya Menteri-menteri tersebut di ISAkan.

Lemporaf - Kumpulan peminat Husin Lempoyang RAF menuntut supaya harga unta dinaikkan supaya orang ramai tidak kena jual dengan Husin Lempoyang.

Remraf - Kumpulan Mat Rempit RAF yang menuntut hak mereka untuk tidak melakukan sesuatu yang bermunafat dan hak mereka untuk membunoh diri di jalanraya.

Raf-raf - Kumpulan Tindakan Tuntutan Hak RAF yang mahu menuntut dan bertindak tetapi tidak tahu apa yang mahu di tuntut lagi.


Tengok! Macam-macam boleh RAF.Sudah diatur tiap-tiap minggu di bandaraya Kuala Lumpru dan bandar-bandar utama dalam Malaysia untuk diadakan demonstrasi aman hingga bukan April.


Husin rasa Dolah seorang pemimpin lemah dan kurang faham akan mudah tolak ansur akan tunduk pada semua tuntutan-tuntutan. Macam mana punya kecoh kalau ini semua dilayan?

Layak lah Jeanne, Khairy, Kamaluddin, Kalimullah, ... Tingkat 4 dan para-para CDM menubuhkan Lahlumraf ... Kumpulan penyokong pemimpin lemah RAF. Khairy yang akan perjuangkan hak orang Melayu ... Diam saja raffff...Aisayman ... banyak susahlah Husin Lempoyang mahu berniaga kerana tidak dapat jual orang dan unta ..... Undur ... Lah! RAF! RAF!
UBATNYA : HAPUSKAN UMNO

INILAH BUDAYA KITA?





















MARILAH KITA PAKAT RAMAI-RAMAI BERJIHAD MENENTANG UMNO
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA NANTI BANGSA HANCUR BERKECAI

DiPetik daripada Laman Marhaen

JAHATNYA UMNO

Isu salib di sekolah Umno mahu babitkan PAS
Oleh : Roslan sms


Baru-baru ini di Dewan Rakyat Timbalan Menteri Pelajaran Noh Omar memaklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat menurunkan salib di sekolah-sekolah "missionary" yang diasaskan oleh pihak gereja.

Ini lanjutan rungutan yang dikemukakan oleh wakil Umno (BN) dari Parit Sulong, Syed Hood Syed Edrus, yang mahukan sekolah-sekolah seumpama ini menurunkan salib dan patung di sekolah-sekolah berkenaan serta memutuskan terus hubungan gereja dengan sekolah-sekolah ini kerana bimbangkan pengaruh dari pihak gereja antarabangsa.

Kata beliau adalah mengaibkan yang masih ada lagi sekolah-sekolah dalam sebuah negara Islam seperti kita ini yang terus dipengaruhi oleh pihak gereja.

Gesaan Syed Hood itu turut disokong oleh wakil Umno (BN) dari Sri Gading Mohammad Aziz.

Walauabagaimanapun menurut laporan yang diterima semasa Timbalan Menteri berkenaan memberikan penjelasan tersebut, kedua-dua ahli berkenaan tidak berada di dalam dewan.Dan hari ini Syed Hood, apabila didatangi pemberita, dah bagaikan nasi disiram air, lembut dan lembik.

Kata beliau, isu ini dibangkitkan atas kehendak rakyat yang diwakilinya. Beliau sekadar mahukan penjelasan dan malah berterima kasih atas sumbangan sekolah-sekolah ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Cuma masalahnya Syed Hood ini dengan sengaja cuba mengalihkan perhatian masyarakat bukan Islam terhadap beliau apabila beliau berkata (sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini):

PAS would play up the issue if no proper explanation was given.
PAS akan memainkan isu ini jika tidak ada penjelasan diberikan.

Lihatlah betapa jahatnya pemimpin Umno. Ketika mereka tersepit, mereka akan membabitkan orang atau pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan onar bikinan mereka. Mengapa heret PAS pula dalam isu ini?


Seingat saya PAS tidak pernah sekalipun membangkitkan berkenaan isu ini kerana percaya pada kebebasan pendidikan.Malah saya teringat baru-baru ini Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sdr. Hu Pang Chow ada menceritakan berkenaan satu insiden yang melibatkan salah sebuah gereja tertua dan terbesar di Kota Bharu iaitu Church of Our Lady Fatima (kebetulan penulis mendapat didikan peringakt tadika pada tahun 1969 di tadika kelolaan gereja berkenaan, ketika itu ayah penulis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan).

Kata beliau, pernah pada satu hari Tok Guru MB bertanya melalui Dato Annuar Tan (EXCO Kerajaan Negeri) kemana perginya salib besar di atas gereja berkenaan? Rupanya Tok Guru perasan yang salib di gereja berkenaan telah tiada.

Kata Sdr Hu, Tok Guru mengarahkan jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak samada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali.

Setelah Sdr Hu pergi menyiasat rupanya menurut pihak gereja ianya diturunkan bagi tujuan pengubahsuaian.Ringkasnya begitulah prihatinnya kerajaan PAS terhadap rumah ibadat agama lain, jadi kenapa dalam hal ini ahli parlimen Umno ini gelabah mahu melibatkan PAS pula? Kalau dah salah tanggung sendiri, jangan capai dan gagau pihak lain lantaran kelemahan dan kesingkatan fikiran kita sendiri. Begitulah Umno!

MARILAH BERSAMA BERJIHAD MENENTANG UMNO. MENENTANG UMNO BERERTI MENGEMBALIKAN HAQ RAKYAT DAN MENEGAKAN AMAL MAKROF NAHI MUNGKAR

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.wassalam