DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, April 7, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DALAM PRK-BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU

Rakyat tolak politik kotor BN
Oleh:Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020236&Itemid=85


Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.


Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.


Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan s
eterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.


Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan d
an kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.


Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.


Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.


BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.


Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato? Seri Azizan Abdul Razak.


Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

KEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT: UMNO BERTAMBAH GILA

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt
,


Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama berdoa [mengikut ajaran agama masing-masing] semoga Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil [PRK] Bukit gantang [P.59]. Pergilah ke mana-mana pun di seluruh pelusuk tanah air, semua yang ditemui berdoa dan mengharapkan semuga PAS akan menang dalam PRK itu. Hanya UMNO laknatullah dan media-media yang dibawah
taklokkannya sahaja yang enggan menerima hakikat bahawa mereka kini sedang melalui jalan menuju ke alam baqa’.


Kemenangan Nizar dengan majoriti 2,789 undi [Nizar- 21,860 undi dan Ismail Saffian [UMNO]-19,071] amat bermakna sekali kerana ia merupakan satu referendum rakyat menolak kaedah UMNO latnattullah itu berpolitik. UMNO menurut kata Lim Kit Siang ialah sebuah parti gila, gila kuasa. Saya amat bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang. Oleh sebab ia sebuah parti gila, maka ia bertindak pun cara orang tidak siuman [gila] juga.


Sekiranya UMNO parti yang bermoral dan tidak gila, maka ia tidak akan melakukan kerja-kerja jahat merampas kuasa secara haram dan tidak demokratik. Memperalatkan istana bagi memenuhi nafsu serakah sehingga sanggup melanggar perlembagaan yang diciptanya sendiri.


Adat pahlawan pantang menentang lawan tanpa senjata, tetapi bagi Najib Tun Razak, ketika Timbalan PM sanggup melakukan apa sahaja [halal dan haram tidak dipersoalkan] asalkan kemenangan berpihak kepada UMNO dan dirinya sendiri yang telah banyak dimalukan dengan berbagai dakwaan salah laku moralnya.


Najib sanggup menepikan suara 3,864,034 atau 49.79 peratus [UMNO/BN hanya memperolehi 4,021,750 atau 50.21 peratus daripada jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 7,885,784 dalam PRU ke-12 lalu] yang memberi undi kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan di Perak.


Apabila Najib berjaya membentuk kerajaan haram di Perak dengan melantik Dr zamry Abdul Kadeer sebagai MB, maka Allah telah melakukan perancangan yang maha hebat dengan memanggil balik hambanya Roslan Shaharom menemuiNya. Ini bagi membuktikan bahawa tindakan Najib dengan memperalatkan Sultan Perak itu salah dan Sultan sendiri telah melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah baginda sebagai Raja yang perlu adil kepada kedua-dua belah pihak.


Dengan kemenangan ini dan jua kemenangan calon PKR, S Manikumar di Bukit Selambau dengan majoriti 2,403 undi mengalahkan calon BN daripada MIC, S Ganesan membuktikan bahawa :


i. UMNO sudah tidak releven lagi dalam arus politik di negara ini. UMNO akan menemui ajalnya tidak berapa lama. Berdasarkan teori RAHMAN, pemimpin UMNO terakhir berpengkalkan ‘N’-iaitu Najib.


ii. UMNO dibenci oleh rakyat kerana seluruh kepimpinannya dilanda budaya rasuah, menyalahgunaan kuasa dan menyeleweng amanah rakyat untuk kepentingan peribadi.


iii. Rakyat marah kepada UMNO kerana untuk kepentingan politiknya, UMNO sanggup melacurkan seluruh institusi di negara ini untuk membolehkan ia terus berkuasa.


iv. Dasar UMNO yang tidak mengamalkan budaya mesra rakyat. Mendekati rakyat ketika pilihan raya, di waktu lain hilang lesap mengejar kekayaan dan kemewahan diri, keluarga dan kroni.


vi. Rakyat meluat dan benci kepada UMNO kerana UMNO mengamalkan sindrom penafian dan suka menyalahkan pihak lain. Dirinya sahaja yang betul dan bersih. Orang lain semua jahat dan kotor.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih