DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, May 28, 2007

JASA UMNO 50 TAHUN MERDEKA

Dipetik daripada : http://n32.blogspot.com/


Oleh : Tun Telanai

Assalamu'alaikum wm.wrt,


Tahniah kakitangan awam yang bakal menikmati kenaikan gaji bermula bulan Julai ini. Sementara itu rakan-rakan disektor swasta samada para buruh di ladang, tenaga pekerja kilang, kerani, para pegawai dan eksekutif dan para pengurus menunggu-nunggu bila pula giliran mereka. Adakah pihak majikan akan faham akan isyarat yang cuba diberikan melalui kenaikan gaji sektor awam itu, atau adakah mereka akan terus terpinggir?




Gaji yang selesa kini penting memandangkan kenaikan kos hidup yang semakin mencengkam masing-masing diri dan keluarga. Kerana itu tuntutan sektor awam dan swasta memang semestinya dilayan kerana apa guna kita bermegah dengan kemajuan dan kemakmuran negara sedangkan rakyat jelata perit menderita.Dalam pada kita ribut memperkatakan darihal nasib yang dialami oleh para pekerja sektor awam dan swasta ini rupa-rupanya ada segelintir dari kita memiliki kekayaan lebih kaya dari kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia!

Akhbar THE STAR hari ini menyiarkan senarai 40 individu yang terkaya dalam negara sebagaimana yang diterbitkan oleh majalah Forbes Asia keluaran terbarunya. Menurut laporannya jumlah kekayaan mereka ini mencecah USD43billion iaitu bersamaan RM145.77 billion!Tan Sri Robert Kuok tetap unggul sebagai individu yang terkaya dalam negara dengan aset bernilai USD7.6 billion (RM25.76 billion) diikuti Ananda Krishanan RM7.4 billion (RM25.08 billion) dan ketiga Jutawan Judi Tan Sri Lim Goh Tong USD4.3 billion (RM14.57 billion).


Kalau kita perhatikan kenaikan gaji kakitangan awam yag diumumkan baru-baru ini, menurut PM akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM6.8 billion yang kalau contohnya dibiayai oleh Robert Kuok maka beliau masih akana da lebihan RM18.96 billion dalam kantungnya!Sekadar untuk renungan juga pada tahun 2006 pendapatan kerajaan dari pengeluaran minyak adalah sebanyak RM45.5 billion iaitu menyamai kurang sedikit dari aset Robert Kuok dan Annada Krishnan yang digabungkan.


Demikianlah betapa luasnya jurang antara masyarakat terkaya dalam negara dengan orang awam seperti kita. Kita tidak cemburu dan dengki dengan kekayaan mereka ini cumanya betapa kita perlu menerima hakikat bahawa sesudah 50 tahun meredeka ada kakitangan awam yang pendapatan pokonya adalah RM691 iaitu masih di bawah Paras Kemiskinan sedangkan manusia terkaya dalam negara memiliki aset yang begitu besar sehingga mampu membayar gaji sepekerja tadi selama lebih 3juta tahun.

Dalam pada itu dari 40 yang tersenari tadi saya cuma mengesan 9 orang Melayu/Bumiputera yang masuk dalam kategori ini, demikianlah rekod pencapaian Umno, parti Melayu terbesar dalam negara, yang berjuang untuk memartabatkan ketuanan Melayu, memajukan ekonomi Bumiputera dan lain-lain yang hebat-hebat belaka. Tetapi pencapaiannya setelah hampir 50 tahun berkuasa hanya 22peratus orang Melayu yang duduk dalam senarai rakyat Malaysia yang terkaya, mengapa tidak 50 peratus, mengapa tidak lebih dari itu?Tepuk dada tanya Umno!
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sunday, May 27, 2007

DUA EKOR BERUK TERLEPAS ADA DI PARLIMEN

Oleh : Telanai









Jaga-jaga dua ekor beruk ini sangat merbahaya. Yang seekor tu mata buta sebelah. Kaki rasuah dan temberang.


Seekor lagi tu, beruk bodoh dan tolol






Tengok tu bukan main hebat beruk-beruk ni. Pada mulanya tak nak minta maaf kononnya untuk mempertahankan maruah kerajaan. Mempertahankan maruah kerajaan kepala otak. Pooorahhhh!
Boleh jalan la. Meluat tengok muka beruk-beruk ini.
Last-last mohon maaf kerana takut miss suru.
Beruk-beruk ini jantan, tetapi bukan ada 'batang'.
Batang kayu balak adalah yang dicuri dari Indonesia.

Thursday, May 24, 2007

KERJASAMA AAB DAN MUHAMMAD MUHD.TAIB MEMUSNAHKAN MELAYU?

Oleh Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt.,



Amat meranjatkan apabila Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri [PM], Abdullah Ahmad Badawi [Abdullah] melantik Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd.Taib [Muhammad] sebagai Senator pada hari Jumaat 17 November 20067 lalu. Muhammad bukanlah manusia yang layak untuk dipertimbangkan ke jawatan tersebut. Beliau termasuk golongan ‘iblis’ yang kerjanya merompak khazanah rakyat semahu-mahunya dan menyalahguna kedudukan serta berlindung disebalik kuasa yang ada sedikit masa dahulu.

Keazaman politik beliau selepas upacara angkat sumpah jawatan Senator adalah mainan kata-kata sahaja. Beliau merupakan seorang manusia hipokrit. Cakap tidak serupa bikin. Manusia pengkianat bangsa dan memalukan umat Islam kerana berperangai macam syaitan semasa diberi amanah dan kuasa sedikit waktu dahulu.Rakyat kenal benar siapa Muhammad, beliau adalah lanun dan perompak berdaulat. Meminggirkan rakyat dan menghimpun kekayaan peribadi dan keluarga.

Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm]


Berdasarkan Perlembagaan Malaysia merujuk perkara 45 [2] : Yang DiPertuan Agong diberi kuasa oleh perundangan untuk melantik Ahli Dewan Negara yang disebut sebagai ‘Senator’ yang terdiri daripada 2 orang ahli tiap-tiap satu negeri, termasuk 2 orang bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang bagi WP Labuan. 40 lagi ahli dipilih dan disaring [menjaga kepentingan UMNO di situ] oleh PM Abdullah. Berasaskan perkara 45 [2] ini, Muhammad tidak layak dilantik sebagai Senator. Beliau hanya layak berkhidmat dalam UMNO [seperti sekarang ini] yang penuh dengan seribu kekotoran. UMNO boleh diibaratkan sebagai tong najis. Di sinilah tempat yang paling sesuai bagi Muhammad yang kononnya untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Muhammad pernah diberi amanah sebagai wakil rakyat, ADUN Batang Kali dan dilantik sebagai Menteri Besar [MB] Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. Sepanjang beliau berkuasa, beliau telah mempergunakan kuasa tersebut sepenuhnya untuk kepentingan peribadi dan kaum-kerabatnya, bukan untuk kepentingan rakyat yang terus merana dan merempat serta papa-kedana di bumi Selangor yang dikatakan mewah dan maju itu sehingga ke saat ini.


Rakyat Selangor yang miskin dan papa-kedana [pemimpinnya hidup dengan penuh kemewahan hasil rasuah dan menggunakan kedudukan bagi mencari kepentingan peribadi] dijadikan seperti binatang. Rumah-rumah setinggan yang didirikan oleh rakyat marhaen untuk berlindung dari hujan dan panas diroboh dan diranapkan tanpa peri kemanusian bagi memberi laluan kepada orang kaya untuk menjadi bertambah kaya. Dalam masa yang sama, rumah-rumah mewah milik pemimpin UMNO dibina tanpa mengikut undang-undang dibiarkan tidak disentuh seperti kes ketua samseng dan perompak bertaraf high level, Zakaria Mat Deros, ADUN Pelabuhan Klang tidak dirobohkan. Yang miskin papa-kedana, biarkan dalam kemiskinan bagi memudahkan pemimpin-pemimpin yang korup mendapat milege politik pada masa pilihan raya nanti.

Muhammad yang pernah menjadi pemimpin nombor satu di Selangor amat bijak mengamalkan berbagai bentuk penyelewengan, menyalahguna kuasa dan kedudukannya sebagai MB yang mempunyai kuasa eksekutif untuk memperkayakan diri sendiri dan kaum kerabatnya.

Sebelum beliau tertangkap di Lapanganterbang Brisbane, Australia pada 22 Disember 1996, rakyat khususnya ahli-ahli UMNO yang merupakan ‘tunggul kayu’ hidup menganggap beliau adalah pembela bangsa Melayu dan agama. Hero Melayu selepas era Allahyarham Dato’ Harun Idris.

Muhammad bukan berasal dari golongan bangsawan yang hidup dilimpahi dengan kemewahan semenjak turun-temurun seperti yang dinikmati oleh Najib Tun Razak dan Hishamuddin Hussein. Muhammad berasal dari keluarga petani yang hidup serba sederhana ala kekampungan seperti kebanyakan rakyat biasa yang lainnya. Beliau berkelulusan sastra dari Universiti Malaya [UM] yang layak untuk makan gaji sebagai guru biasa. Beliau berkahwin dengan Asbi Rohani Binti Asnan yang juga sebagai seorang guru yang sama-sama mengajar di sekolah yang sama, sebelum beliau melibatkan diri sepenuhnya dalam politik UMNO yang kotor lagi bernajis.

Muhammad seorang yang bijak menguasai suasana, pandai memperdayakan dan memperbodohkan rakyat yang dalam kedudukan ‘buta dan pekak’ yang tidak dapat membuat pertimbangan dan pilihan yang tepat kerana kekurangan maklumat [UMNO adalah penjenayah terhadap kebebasan maklumat], yang mana satu intan dan yang mana satu pula kaca akibat daripada tekanan, ugutan dan ancaman serta rasuah politik yang berluasa [money politic-tidak diiktiraf sebagai rasuah mengikut tafsiran yang dibuat oleh UMNO] yang menenggelamkan yang haq dan menimbulkan yang bathil.

Muhammad telah berjaya memunapulasikan agenda perjuangannya yang bertemakan ‘Melayu Baru’. Agenda peribadi beliau ini amat mempersonakan kepada sesiapa yang tidak mengerti dan faham apa yang tersurat dan apa yang tersirat dalam agenda peribadinya itu untuk menang [beliau memang menang] dalam pemilihan Naib Presiden UMNO dalam team Wawasan pimpinan Anwar Ibrahim pada tahun 1996.

Ramai tokoh-tokoh ekademik [professor kangkong] yang memberi ulasan, menganalisa dan membuat penilaian terhadap agendanya itu, seperti biasa [sehingga kini begitulah perangai mereka membodek dan mengampu untuk mencari kekayaan dan pangkat] memberi gambaran bahawa Muhammadlah pembela bangsa Melayu tulen. Muhammadlah pemimpin Melayu yang akan memperbaikki dan menaikkan taraf kehidupan majoriti orang-orang Melayu yang berada dalam kehidupan yang amat daif.

Kebetulan beliau juga merupakan jaguh yang terlibat dalam krisis UMNO-MCA pada tahun 1987 yang membabitkan isu ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Lee Kim Sai yang ketika itu merupakan Ketua Pemuda MCA. Kesan daripada isu tersebut, berlakunya penangkapan secara borong pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Operasi Lalang. Sayang, seribu kali sayang, rupa-rupanya Muhammad adalah pengkianat bangsa dan agama. Jadi, janganlah percaya apa yang beliau ucapkan pada hari beliau menggangkat sumpah sebagai senator pada hari Jumaat 17.11.2006 yang lalu. Beliau mempunyai agendanya tersendiri dalam keadaan kepimpinan Abdullah yang lemah dan bermasalah.

Keburukan peribadinya dan tujuan beliau berjuang dalam UMNO terbongkar apabila beliau tertangkap di lapanganterbang Brisbane, Australia kerana beliau membawa masuk wang tunai dalam jumlah yang besar ke Australia tanpa membuat sebarang declaration, maka terburailah hati busuknya itu yang selama ini berselindung disebalik semangat perjuangan yang berpura-pura dan palsu.

Rakyat Malaysia amnya dan khususnya ahli-ahli UMNO yang haprak terkejut beruk kerana Muhammad baharu sahaja memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Dalam kejadian tersebut, rakyat melihat dan menilai kekayaan yang dimiliki oleh Muhammad dan keluarganya ketika itu dan membuat kesimpulan bahawa beliau dan keluarganya merupakan dikalangan pemimpin UMNO yang terkaya di Malaysia ketika itu. Dalam brife casenya sahaja mengandungi wang tunai berjumlah RM2.4 juta, itu tidak termasuk harta-harta dan simpanan dalam bank-bank yang ditinggalkan di Malaysia. Berapa billion agaknya harta Muhammad dan keluarganya di Malaysia khususnya di negeri Selangor yang dikatakan darul ehsan itu?

Seorang penulis bernama Sean Parnell telah menulis dalam The Brisbane Courier Mail bertarikh 28 Jun 1997 di bawah tajuk : "Politician’s property empire still growing", beliau telah menyatakan bahawa Muhammad Muhd.Taib :

"The international property empire of an embattled Malaysian politician continues to grow despite concerns over how he funds the massive land purchases.

"Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, a vice president of the ruling United Malays National Organisation, resigned as chief minister of Selangor in April citing The Courier-Mail’s reporting of his activities as a reason for his decision.

"On December 22 last year, Mr. Muhammad was detained at Brisbane International Airport as he was about to board a plane to New Zealand with the equivalent of A$1.26 million in Singapore, Malaysian and New Zealand currency in his luggage.

"Customs officials have alleged that they were not told about the cash, and Mr. Muhammad will appear in committal proceedings in Brisbane’s Federal Court on August 19 on charges of failing to declare cash above A$5000 and making a false declaration.

"The Courier-Mail has revealed Mr. Muhammad and his wife spent a week in Australia - checking on a luxury house being built on the Gold Coast and a 4500ha property in western Queensland - then flew to New Zealand for two weeks after Mr. Muhammad had appeared in court.

"The properties - registered to his wife in her maiden name of Asnan - were purchased last year for more than $3 million.

"It has been discovered more than $3 million of property has been purchased in New Zealand over the past year and registered to Ms Asnan…

"Land title searches have revealed six properties on New Zealand’s north island - in total more than 140 ha - registered to Ms Asnan.

"Documents show a 4573 sq m property in Pakurunga was purchased on June 18 last year; a 1713 sq m property in Otahuhu was bought on November 27 last year for $550,000; and four properties in Mataitai, totalling 144ha, were bought between November 29 last year and March 11 this year.

"Purchase price for the Pakurunga and Mataitai properties were not disclosed on transfer documents, although stamp duty payments indicate a total transaction for the Mataitai properties of about $2.1 million.

"The Pakurunga property was purchased from Hasan B.M.Taib of Singapore, who is Mr. Muhammad’s younger brother. Hasan purchased the property in 1990 for $520,000."

Tambah laporan itu lagi :

1. that the RM2.4 million cash for which he was arrested in Brisbane was intended to purchase furniture and fittings for his new Gold Coast home;

2. that he is building a RM2 million Gold Coast home at Sovereign Islands in the name of his wife, Asbi Rohani Binti Asnan;

3. a RM5 million ranch in Queensland in the name of his wife, Asbi Rohani Binti Asnan; and

4. that he had paid RM16 million as a divorce settlement with Tengku Puteri Zahariah Bte Sultan Abdul Aziz Shah (Ku Yah).

Sebut nama Ku Yah [anak ke 5 hasil perkahwinan bekas Yang DiPertuan Agong dan bekas Sultan Selangor Almarhom Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan Raja Nur Saidatul Ihsan binti Tengku Bendahara Badar yang merupakan sepupu baginda], mengambarkan Muhammad Muhd Taib merupakan seorang yang tidak ada moral dan mempunyai akhlak yang buruk serta mempunyai nafsu seks yang kuat. Sebagai pemimpin ketika itu [MB selangor], beliau sanggop menipu Sultan dan membawa lari Ku Yah berkahwin di Selatan Thailand. Tidak pernah mendapat restu daripada Sultan dan akhirnya mereka bercerai setelah nafsu serakahnya puas setelah mendapat seorang anak lelaki. Beginikah budi pekerti seorang pemimpin, Kalau Sultan dia sanggop bercakap bohong dan menipu, apatah lagi dengan rakyat marhaen di bawah.

Akhirnya, tembelang Muhammad pecah. Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia tidak boleh ditutup [walaupun dirasuah sebanyak mana pun]. Perkahwinan Ku Yah dengan Muhammad ini menimbulkan kemurkaan yang amat sangat ke bawah Duli Allahmarhom Sultan. Allahmarhom tidak mahu berjumpa muka dengan beliau dalam apa jua acara rasmi atau pun tidak rasmi. Pentadbiran kerajaan negeri terjejas, maka dilantik seorang Timbalan MB yang menjadi penghubung di antara kerajaan dengan Sultan bagi melincinkan pentadbiran gara-gara nafsu iblis yang terlekat pada badan si Muhammad ini.

Pertembungan Muhammad dengan Sultan Selangor dapat dipulihkan apabila ada campur tangan daripada mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad [yang kini dikeji dan dihina oleh para pemimpin UMNO termasuk Muhammad sendiri yang mengambil kesempatan menyokong Abdullah]. Kebetulan ketika itu, Sultan baru kematian Sultanah Tengku Ampuan Rahimah yang mangkat pada tahun 1993. Sultan yang kesunyian ini diketemukan dengan Siti Aisyah Abdul Rahman, maka hubungan Sultan dengan Muhammad kembali pulih seperti sedia kala.

Kembali kepada kisah Muhammad yang kena tahan di Australia, beliau telah didakwa di mahkamah di Australia, tetapi mahkamah menerima dan membebaskan beliau dengan alasan bahawa beliau adalah seorang buta huruf dalam Bahasa Inggeris dan tidak faham peraturan dan undang-undang Australia yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Beliau juga dibebaskan oleh mahkamah di Malaysia yang melibatkan kes rasuah sebidang tanah kerana tidak cukup bukti. Walaupun begitu, manusia yang bernama Muhammad bin Muhd.Taib ini mempunyai sejarah hitam dalam kerjaya politiknya yang penuh penipuan, penyelewengan, menyalahguaan kedudukan untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

Akibat perangai hapraknya itu, beliau pernah menerima usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri selangor pada 14 April 1997 yang dikemukakan oleh YB Teng Chang Khim ADUN Bukit Gasing, Ketua Pembangkang dari DAP. Beliau tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada EXCO [di kalangan anggota UMNO, kecuali dari MCA] dan lain-lain ahli dewan. Dari 23 ADUN [termasuk dirinya sendiri dan speaker dewan] yang hadir [jumlah ADUN seramai 48 orang], beliau menerima 3 undi menyokong dan 28 undi menentang [speaker tidak layak mengundi dan MB, beliau sendiri berkecuali]. Keputusan ini memaksa beliau melepaskan jawatan MB yang disandangnya hampir 10 tahun itu pada hari yang sama.

Perlantikan beliau sebagai Senator ada kaitan dengan desas-desus menyatakan bahawa Abdullah akan mengadakan rombakan karbinet dan akan membawa masuk semula Muhammad dalam kerajaan bagi mengambil tempat yang akan dikosongkan oleh Nor Mohamed Yakcop yang akan tamat tempoh dua penggalnya nanti [satu penggal 3 tahun]. Perkara ini berasaskan perlantikan semula Nor Mohamed Yakcop sebagai Senator berkuatkuasa pada 8 Januari tahun 2007 seperti diperuntukan oleh Perlembagaan perkara 45 [3A]. Kalaulah perkhabaran ini menjadi kenyataan, maka penuhlah karbinet Abdullah dengan manusia-manusia yang bersifat iblis yang bergelomang dengan amalan rasuah, menyalahgunaan kuasa dan menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi serta keluarga.

Manusia macam Muhammad ini tidak perlu diberi peluang sekali lagi untuk diberi kuasa kerana dengan kuasa yang ada sekali lagi itu, takut nanti beliau akan menyalahgunaan kuasa tersebut untuk kepentingan peribadi, tambahan pula dalam Islam Hadhari yang ada had dan harinya membenarkan rasuah politik berlaku [tidak memberi kuasa kepada BPR untuk menyiasat dan melindungan perasuah yang berprofil tinggi], menggunakan kedudukan mengejar kekayaan dan kemewahan [rujuk kes-kes yang melibatkan anak-menantu dan kenalan Abdullah serta ahli karbinetnya] dan mengekploitasi institusi-institusi milik kerajaan untuk kepentingan peribadi. Bak kata bidalan : Anjing kalau tidak makan tahi, dihidunya juga.

Generasi lama, kini dan akan datang akan mengenangnya sebagai satu-satunya bekas MB [setakat ini] yang dikutip semula untuk diberi kuasa. Dalam kepala orang Melayu perasuah adalah satu perbuatan yang jijik dan kotor sekali. Perasuah samalah dengan perogol atau penzina. Mereka yang terlibat dengan jenayah itu tidak mudah untuk dimaafkan. Semuanya akan musnah,jika individu yang korup menjadi PM atau ahli karbinet.

Rakyat telah mendengar, membaca dan melihat apa yang berlaku ke atas pentadbiran Negara ini. Pentadbiran Negara bercelaru. Berbagai masalah muncul satu demi satu. Kadar jenayah meningkat, penyakit social yang melibatkan muda-mudi membimbangkan, kadar pengangguran tinggi, kemasukan ke ITPA-ITPA ditambah berlipat kali ganda, pembinaan kampus-kampus baru IPTA diperhebatkan tidak selaras dengan peluang-peluang pekerjaan yang ada, perkembangan politik dan ekonomi tidak menentu. Para pemimpin UMNO berlumba-lumba menunjukkan kekayaan dan kemewahan masing-masing. Merujuk kepada kekayaan yang mereka miliki, tidak sepadan apa yang mereka terima daripada hasil gaji dan elaun yang mereka dapat.

Indeks rasuah Malaysia terus merudum, kali ini menggelungsur ke tangga 44 daripada 163 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International yang diumumkan baru-baru ini. Kedudukan Malaysia tahun lalu ialah pada tangga ke 39 dari 158 negara. Malaysia hanya mendapat lima mata sahaja dari 10 mata maksimum tahun ini, dari 5.1 mata tahun lalu. Kedudukan negara pada tahun 2004 juga pada tangga ke 39, merudum dari tangga ke 37 tahun 2003.

Mjalah antarabangsa The Economist [melalui The World in 2007, sebuah terbitan tahunan] menerbitkan Indeks Demokrasi 2006. Indeks ini mengukur tahap demokrasi 167 buah negara di dunia. Pengukuran tahap ini melibatkan lima indikator atau petunjuk iaitu yang melibatkan proses pilihanraya, hak asasi dan kebebasan, proses pengurusan kerajaan, penglibatan politik dan budaya politik.

Dari ukuran yang dibuat kajian ini telah mengkelaskan 167 buah negara itu kepada 4 kategori iaitu: pertama negara demokrasi penuh iaitu melibatkan 28 buah negara, kedua negara yang demokrasinya tercemar iaitu melibatkan 54 buah negara, ketiga negara yang bercampur-campur amalan demokrasinya iaitu melibatkan 30 buah negara dan akhirnya negara otokratik atau kuku besi iaitu melibatkan 55 buah negara. Negara yang berada di tangga teratas adalah Sweden manakala negara di tangga tercorot adalah Korea Selatan. Malaysia berada ditangga ke 81. Iaitu lebih teruk dari India [35], Mongolia [56], Sri Lanka [57], Filipina [63], Indonesia [65 dan Bangladesh [75].

Adalah dipercayai seksyen 27 Akta Polis 1967 menjadi penyebabnya. Akta ini membelenggu dan mengekang kebebasan dan demokrasi khususnya terhadap kegiatan parti-parti politik pembangkang, tetapi sebaliknya UMNO bebas dan terlepas dari sebarang peraturan serta diberikan keistimewaan [sila rujuk kes terbaru yang berlaku pada malam 2.11.2006, program Ceramah Kebangkitan Rakyat Terengganu, di Batu Burok, Kuala Terengganu yang melibatkan Anwar Ibrahim]. Hakikatnya, melalui Akta ini, UMNO telah mempergunakan dan memperalatkan pasukan polis bagi mengekang dan menghalang kegiatan parti-parti pembangkang.

Kesimpulannya, Abdullah apa sudah jadi? Ucapan berdegar-degar di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 15 November 2006 yang berbunyi “Kata dikota, Janji Dilaksana” mungkin merupakan satu illusi semata-mata, sekiranya factor Muhammad Muhd.Taib dan kebebasan bersuara, kebebasan media dan kebebasan berhimpun tidak diambil peduli asyik dengan bangga mengaku :




“AKU SEORANG PERDANA MENTERI”. Negara ini akan hanyut ditelan zaman.



“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



Tulisan asal saya disiarkan oleh Laman Marhaen pada 29.11.2006:


UMNO DAN PARA PEMIMPINYA PEMBELA RAKYAT?

Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt.

Pada hari Selasa,17 April 2007 yang lalu di Parlimen, YB Fong Po Kuan [DAP-Batu Gajah, Perak] telah mengemukakan soalan bertulis bertanyakan Ahli Parlimen [MP] mana yang kerap ke luar Negara menjalankan tugas-tugas rasmi mewakili pihak kerajaan [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/66072]

Secara tidak langsung maksud tersirat soalan DAP Batu Gajah ini untuk menunjukkan bahawa terdapat setengah AP-AP ini mementingkan tugas luar Negara yang lebih berprestej, lebih menyeronokan boleh juga melancung ke sana ke mari secara percuma, disamping dapat pula menuntut berbagai elaun, daripada tugas membela rakyat yang miskin yang amat memerlukan pembelaan MP-MP ini.

Jawapan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berdasarkan ranking adalah seperti berikut:

1. Dr Rozaidah Talib [doctor gigi] UMNO-MP Ampang] 11 kali –RM141,391.06
2. Dr Rahman Ismail [UMNO-MP Gombak] 5 kali-RM116,834.26
3 Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar [UMNO-MP Larut] 4 kali-RM RM100,955
4. Markiman Kobiran [UMNO- MP Hulu Langat] 8 kali-RM69,440.72
5. Dr Junaidy Abdul Wahab [UMNO-MP Batu Pahat] 8 kali-RM60,812.27
6. Syed Razlan Syed Putra Jamalullail [UMNO-MP Arau) 6 kali-RM38,659.28
7. Idris Haron [UMNO-MP Tangga Batu) 3 kali-RM33,686.808.

8. Wan Junaidi Tuanku Jaafar [PBB-MP Santubong] 2 kali-RM14,312
9. Razali Ibrahim [UMNO-MP-Muar] 2 kali-RM17,395.75
10. Tan Lian Hoe [BN-Bukit Gantang] 3 kali-RM9,597.50


Berikut adalah senarai pemimpin yang masih diragui dan dikaitkan berhubung kes rasuah manakala hasilnya menimbulkan persoalan pelbagai pihak khususnya rakyat Malaysia.


1.Ketua Pengarah BPR, Zulkifli Mohd Noor

2.Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Johari Baharom

3.Ketua Menteri Sabah Musa Aman

4.Ketua Menteri Sarawak, Muhammad Taib Mahmud.

5.Mantan Menteri Besar Pahang, Khalil Yaakob

6.Osu Sukam

7.Ketua Penerangan Malaysia, Muhammad Muhd Taib

8.Naib Presiden Umno [yang digantung] Isa Samad

9.Mantan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kasitah Gaddam [masih dibicarakan]

10. Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo

Kes rasuah Rafidah Aziz.

Laporan yang dibuat oleh Anwar pada 9.7.1999 [Jumaat] di Balai Polis Tun H.S Lee berkaitan kenduri saham oleh Rafidah Aziz yang ketika itu beliau sebagai Pengerusi Pembahagian saham Bumiputra di MITI. Dalam laporan polisnya itu, Anwar merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara yang bertarikh 14.3.1995 yang ditandatangani oleh Abdul Ghani Patail [kini sebagai Peguam Negara] yang jelas menyatakan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah atas tuduhan rasuah di bawah seksyen 2(2), Ordinan 22, 1970 sepertimana yang dikenakan tuduhan terhadap Anwar yang tidak melibatkan wang sesen pun, tetapi dikenakan hukuman penjara 6 tahun, iaitu:


1. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI. Menteri yang paling malas hadir ke Parlimen. Beliau hanya hadir 31 hari dalam tempoh enam tahun atau 400 kali Parlimen bersidang.Rafidah adalah Pengerusi Jawatankuasa yang mengagihkan saham-saham kepada bumiputra Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, beliau telah meluluskan 1.5 juta saham Syarikat Leader Universal Holding Berhad kepada anak menantunya yang bernama Fazrin Azwar bin Mohd. Nor

2. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 450,000 unit saham berkenaan.

3. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 315,000 unit saham berkenaan.

4. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 335,000 unit saham berkenaan.

5. Beliau meluluskan pengagihan 4,173,190 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar.

Pendedahan kes ini mengakibatkan Ezam Mohd. Noor, mantan Ketua Pemuda Keadilan [kini Pengerusi GERAK] didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi [OSA ] dan didapati bersalah dan dihukum penjara dua tahun, merengkok dalam penjara Kajang dan beliau kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.


Kes rasuah Rahim Tamby Chik.


Anwar juga telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 12:20 tengahari di Balai Polis Tun H.S Lee Kuala Lumpur berhubung tuduhan rasuah oleh Jabatan Peguam Negara yang disahkan oleh Abdul Ghani Patail mengenai pertuduhan terhadap Rahim Tamby Chik bertarikh 10 Jun 1994. Dokumen tersebut menyatakan bahawa terdapat kes prima facie rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Rahim Tamby Chik mengikut seksyen 2(1) Ord.22 1970, keterangan dan pertuduhan dikemukakan seperti berikut:


Tuduhan Pertama: Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembahagi Tanah beliau telah meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk memecah sempadan Lot 902 dan tidak mengistiharkan kepentingannya.


Tuduhan Kedua: Meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk menukar Syarat Lot


Tuduhan Ketiga: Tidak mengisytiharkan harta seperti yang diarah oleh BPR dan Jabatan Peguam Negara.


Tuduhan Keempat: Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengisytiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 199 kanun keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum dibawah seksyen 193.


Harta dan kepentingan Dalam Syarikat:


Hasil siasatan BPR; didapati Rahim mempunyai akaun dalam puluhan Bank. Syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam:


• Hotel Ayer Keroh D'Village.

• Stesen Pam Minyak Shell.

• Lot 706 yang dijual kepada EON

• 17 anak syarikat Daya Promile

• 53 ekar dusun durian di Bertam.

• Rumah kedai di Mesjid Tanah

• 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya

• Peringgit Point.

• Taman Buaya Melaka

• Taman Mini Malaysia dan Mini Asean

• Taman Ikan Melaka

Kereta-Kereta mewah:


• BMW 525 harga RM 180,000.00

• Porche 928 harga RM 448,495.00

• Mercedes Benz 300 harga RM 190,000.00

Sehingga 31 Mei 1993, harta yang beliau miliki berjumlah RM 39,782,772.69.

Kes skandal Perwaja


Laporan polis juga dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 19.7.1997 [Isnin ] di balai Polis yang sama berhubung dengan skandal PERWAJA. Secara detail kes ini boleh dilihat dalam sebuah yang diterbitkan oleh saudara Baharudin Ismail. Dalam buku ini terkandung dokumen-dokumen penting dan maklumat berharga bagaimana skandal ini boleh berlaku. Kes telah disebut di mahkamah ketika di ambang pilihan raya umum ke 11 yang lalu untuk mengelirukan fikiran dan mata rakyat dan Eric Chia yang didakwa terlibat dalam skandal ini berjaya di bawa ke mahkamah untuk membuat satu lakonan teragung kerana sehingga kini kes tersebut masih lagi dibicarakan di mahkamah.

Kes rasuah Daim Zainuddin

Laporan Anwar juga di Balai Polis yang sama pada 30.7.1999 [Jumaat] berhubung dengan Daim Zainuddin menerima RM600 juta daripada Tajudin Ramli, Halim Saad dan Wan Azmi. Terbaru Daim juga turut dikaitkan dengan Halim dan Annuar Othman dalam kes mengambil pampasan berjumlah RM32.5 juta daripada Metramac Corporation Sdn. Bhd. (Metramac). Kes ini menjadi kes paling kontroversi hasil dari hujah penghakiman Hakim Gopal Sri Ram dan ianya masih lagi menunggu untuk dibicarakan di Mahkamah Rayuan.


Kes projek Empangan Bakun


Laporan Anwar juga pada 12.11.1999 di BP yang sama berhubung dengan skandal Projek Empangan Bakun yang melibatkan anak-anak KM Sarawak, anak bekas PM ke 4 dan proksi orang-orang politik tertentu.


Kes rasuah Ketua Pengarah EPU


Laporan Anwar juga di Balai Polis Tun H.S. Lee Jalan Stadium pada 12.11.1999 [Jumaat] berhubung dengan akuan bersumpah Dato’ Shafei Yahya, bekas KP BPR yang mana Mahathir menghalang BPR menyiasat dan menutup kes bekas KP Unit Perancang Ekonomi, JPM Dato’ Ali Abdul Hassan Sulaiman [ yang kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara ].


Kes ini di buat laporan polis di seluruh Negara :

i. Mahfoz Omar buat laporan di Balai Polis Jalan Stadium, Alor Setar pada 15.6.2000.


ii. Tian Chua, Dr.Sanusi Osman dan Dr. Zulkifli Ahmad buat laporan di BP Dang Wangi pada pukul 3.51 petang pada 25.6.2000 dengan 310 tandatangan.


iii. Roslan Kassim di BP Seremban dengan 177 penyokong pada 7.7.2000.


iv. Saifudin Nasution di buat BP Jitra [ Kes ini sama dengan kes tuduhan Anwar menghalang tugas polis dalam kes penyiasatan terhadap beliau yang membabitkan Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar]

Kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Khalil Yaakob.


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah Datuk Fauzi Abdul Rahman pada 23.3.2001 telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan di hadapan ACP Ghazali Md.Amin berhubung salah guna kuasa mantan Menteri Penerangan dan mantan Setiausaha Agong UMNO Khalil ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Pahang telah mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan oleh Dasar Perhutanan Negara ketika memimpin Pahang di antara tahun 1986 hingga 1999 yang katanya boleh menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai kerajaan negeri Pahang sebanyak RM300 juta hingga RM900 juta setahun yang sebab dibuka lebih awal.


Bekas Setiausaha Agung Umno dan kini YDP Melaka Khalil Yaakub mendapat tanah seluas 4,517.01 hektar di Pahang dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 11.12.2005 untuk membolehkan badan itu menyiasat bagaimana ia boleh berlaku.


Pada 11 Disember 2003 lalu, Adun Jengka [ketika itu], Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man bersama Adun Chini, Mohd Jafri Ab Rashid dan Adun Kuala Pahang, Mohd Iqbal Hamdi Rusdy membuat laporan tersebut sekali lagi di Pejabat BPR di Wisma Persekutuan, Kuantan. Laporan berkenaan adalah berkaitan dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas Adun Jengka di Dun Pahang dan disahkan ‘betul’ oleh Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakub. Salinan Rekod Ketuanpunyaan yang diserahkan kepada Ketua Unit Siasatan BPR Pahang, Wan Ramli Wan Abdullah mencatatkan nama bekas Menteri Besar dan dua orang timbalannya sebagai pemegang amanah.


Mereka ialah Dato’ Haji Mohd Khalil bin Yaacob (no k/p 4067914), Dato’ Haji Abd Rashid bin Abd Rahman (no k/p 0939462) dan Dato’ Haji Hasan bin Ariffin (no k/p 530428-06-5189). Tanah yang mempunyai hasil hutan itu terletak di mukim Kuala Kuantan, Kuantan, Pahang dengan nombor lotnya PT 18178. Tuan Ibrahim dalam aduannya kepada BPR menggesa agensi berkenaan menyiasat sama ada tokoh-tokoh Umno berkenaan ada di dalam mesyuarat semasa meluluskan permohonan tanah tersebut. Jika ada, mereka perlu diambil tindakan seperti mana yang pernah dikenakan ke atas Dato’ Muslim di Kedah dan Dato’ Harun Idris di Selangor. Mereka tidak sepatutnya berada di dalam mensyuarat yang meluluskan tanah balak itu kepada mereka sendiri. BPR juga diminta menyiasat cara hasil hutan itu dikeluarkan serta kepada siapa hasil itu dibayar. Salinan Borang 11AK Kanun Tanah Negara mencatatkan cukai yang sepatutya dibayar oleh mereka ialah sebanyak RM158,099.00 setahun.


Kes rasuah Menteri Besar Selangor.


Laporan kes rasuah terhadap Dr.Khir Toyo, Menteri Besar Selangor ini dibuat secara terperinci dan dilakukan penyelidikan secara teliti dan diserahkan kepada BPR, di Putrajaya oleh Ahmad Lutfi Othman pada 23.10.2001. Sekali lagi pada 8.11.2003 setelah sumber dari BPR Putrajaya menyatakan laporan Lutfi pada 23.10.2001 hanyalah sebagai maklumat bukan aduan rasmi.


Sekali lagi Lutfi membuat laporan pada 9.11.2001 di BPR Shah Alam kepada Penguasa Azni Yahya. Aduan tambahan pada hari Selasa 4.12.2003 jam 10.30 pagi berkaitan pembelian tapak banglo di lot no.14 jalan 2/1 G. Lagi laporan dibuat laporan polis dan BPR pada bulan Mei 2002 terhadap salahurus pembelian kereta rasmi MB dan exco yang tidak mengikut peraturan.


Di antara dakwaan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman ialah:


i. Pembinaan projek Jalan Cross Ban 4 di Sungai Panjang [ B44 ] oleh Syarikat Meram Holding Sd. Bhd yang bernilai RM92.5 juta.


ii . Mesyuarat EXCO pada 20.12.2000 yang dipengerusikan oleh Dr.Khir Toyo meluluskan permohonan tanah di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada 4 syarikat yang berbeza, tetapi mempunyai seorang pengarah yang sama.


iii. Mesyuarat EXCO pada 4.7.2001 yang dipengerusikan oleh Dr. Khir Toyo meluluskan kepada 4 pemohon berumur awal 20an tanah seluas 50 ekar setiap satu.


Persoalan yang timbul bagaimana pemohon yang sama boleh berjaya mendapat tanah lebih dari sekali .


Kes rasuah Azalina Othman Said.


Ketika Pemilihan Ketua Puteri UMNO pada 1 November 2002 yang lalu. Azalina ketika itu sebagai Ketua Penaja Putri dan kini Menteri Belia dan Sukan telah didakwa melakukan pelbagai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadinya sebagai Ketua penaja Puteri. Salah seorang AJKnya, Elly Zalilah Yusof telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfeilds mengenai kepincangan yang dilakukan oleh Azalina. Azalina didakwa mendaftar 4 buah van milik Puteri UMNO di bawah nama orang yang tidak ada kaitan dengan pergerakan itu. 2 buah van tersebut didaftar dengan nama abangnya dan dua buah lagi, didaftar dengan seorang sahabat karibnya. Di samping itu, Azalina juga dituduh membuka tiga akaun berasingan pergerakan itu untuk kepentingan peribadinya.

Kes rasuah Adnan Yaakob.


Pengerusi Syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd, Lee Sin telah membuat laporan polis dua kali terhadap Menteri Besar Pahang, yang juga pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang didakwanya telah "melanggar undang-undang dan menipu" syarikat berkenaan berjumlah RM320,000 yang dibayar kepada dua orang rakan Adnan.

Kes rasuah dan menyalahgunaan kuasa Mohd. Ali Rustam.

Berulang kali Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Wong, Ketua Pembangkang di DUN Melaka [ADUN Sungai Durian] membuat laporan polis dan BPR terhadap Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri yang menyalahgunakan kedudukan dan melakukan amalan rasuah. Ali dikatakan merupakan salah seorang yang dikatakan terlibat politik wang dalam pertandingan Naib Presiden UMNO, tetapi beliau diselamatkan dengan menutupan segera kes tersebut oleh Najib kerana beliau tidak mengugat sesiapa, tidak seperti apa yang berlaku ke atas Isa Samad yang mendapat undi tertinggi, tetapi disebabkan komplot yang dirancang oleh Khairy, maka Isa dikorbankan.

Ali juga didapati membazirkan duit rakyat sebanyak RM250,000 setiap tahun dengan memberi setiap ADUN [termasuk Exco] RM13,000.00 untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut hari perayaan lainnya. Ini adalah wang rakyat, wang saudara-saudara, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana ia dibelanjakan untuk tujuan politik. Sepatutnya kos makanan dan minuman ADUN dan Exco yang mengeluarkannya, tetapi sebaliknya bukanlah keluar dari kocek mereka, tetapi daripada wang rakyat sendiri.

Laporan Ketua Audit Negara 1998.


Menyelewengkan duit Yayasan Melaka berjumlah RM1.2 juta. Mendapat perolehan sebanyak RM640,000 tanpa tender terbuka dan membuat perolehan tanpa sebut harga sebanyak RM254,000.00.


Perbelanjaan barangan mewah dalam tahun 1997 dan 1998 adalah seperti berikut:


i. 2,500 unit beg sekolah @RM21/unit sebanyak RM52,500 dan 2,800 unit beg sekolah @RM19/unit sebanyak RM53,200 untuk sumbangan pelajar miskin berjumlah RM105,700;

ii. 600 helai tali leher sutera @RM98 sehelai berjumlah RM58,800;

iii. 500 unit tie-clips/cuff-links/key chain/gold-plated brass c/w designer box @ RM175 each berjumlah RM87,500;

iv. Percetakan: ,000 brochure untuk Auditorium RM24,210 4,000 naskah buletin Yayasan RM25,210

v. 200 helai tudung sutera RM14,000

vi. 25 unit Pierre Cardin Briefcase@RM1,550 seunit RM38,750
vii. Floor Mat untuk bilik tandas RM11,000
viii. 27 pasang blazer @ RM1,650 sepasang RM44,550
ix. 58 helai blazer@RM676 sehelai RM39,234
x. 10 helai lounge suits@RM1,250 sehelai RM12,500
xi. 2 unit akuarium marin dan kelengkapan akuarium RM20,040
xii. Menukar dan memasang satu pintu pejabat Yayasan RM25,000
Menyalahi Peraturan Kewangan Dengan Tidak Memanggil Sebutharga Dan Tender, Perbelanjaan Atas Kegunaan Peribadi Dan Urusan Tidak Rasmi.


Projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat seperti:


• Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh adalah 4 lorong kereta;

• Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta;

• Projek air terjun Bukit Bruang sebanyak RM 1.7 juta;

• Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta;

• Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta;

• Satu yunit tandas sebanyak RM 125,000/-

• Bandaraya Mall(Taj Mahal di Bangunan MBMB) sebanyak RM 4.5 juta;

• Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8 juta atau RM 300 sekaki;

• Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;

• Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2 juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.

Pemberian wang peruntukan kawasan yang tidak ada akauantibilti menyebabkan banyak penyelewengan berlaku seperti berikut:


Contohnya pada 2001 DUN Bandar Hilir, Durian Daun dan Tengkera masing-masing diberikan RM 50,000 manakala DUN Duyong memperolehi RM 150,000/-. Cara ia dibelanjakan sungguh tidak bertanggungjawab sekali contohnya dalam tahun 2001 bagi:


a) DUN Tengkera sebanyak RM 50,000
RM 26,400 untuk pergi melancong dan melawat, termasuk ke negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS ataupun lebih 50% daripada peruntukan tahunan; dan
Jamuan makan dan kenduri sebanyak RM 6,000/-.


b) DUN Bandar Hilir sebanyak RM 50,000
Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000; dan Membeli 11 pasang lounge suit ahli Persatuan Angkat Berat sebanyak RM 6,160 atau RM 560 sepaang dari peruntukan DUN Bandar Hilir;


c) DUN Durian Daun sebanyak RM 50,000
Membiayai aktiviti kumpulan tarian dan kebudayaan MCA Melaka yang diterima oleh Encik Chong Yong Keong sebanyak RM 2,000/- dari DUN Durian Daun; dan
Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000;


d) DUN Duyong sebanyak RM 150,000
10 pasang lounge suits untuk ahli atlet Persatuan Angkat Berat Negeri Melaka sebanyak RM 5,600/- atau RM 560 sepasang;
55 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 2,200/-; dan
RM 37,000 untuk makan angin di Sarawak.


Pada tahun 2000, RM 1,770 dibelanjakan dari peruntukan DUN Duyong untuk membeli telefon bimbit untuk pejabat ADUN Duyong pada masa itu. Jelas sekali penyalahgunaan sedemikian amat ketara sekali sehingga membeli hamper, makan angin, jamuan makan, telefon bimbit untuk kepentingan pejabat peribadi dan juga untuk tujuan politik MCA. Apa faedah kepada rakyat?

Berjuta-juta ringgit digunakan untuk elaun dan tuntutan Ketua Menteri, Ahli EXCO dan ADUN setiap tahun. YAB Ketua Menteri mendapat elaun bulanan RM 6,750 daripada menghadiri mesyuarat dan subsidi perbelanjaan Hari Raya adalah mengikuti perbelanjaan sebenar yang boleh sampai RM 50,050 pada tahun 2000. Speaker dan Ahli-ahli EXCO menerima subsidi perbelanjaan hari perayaan masaing-masing RM 10,000 setiap orang, dan untuk ADUN BN sahaja RM 5,000 setiap orang.


Malah subsidi hari perayaan setiap tahun hampir RM 250,000/- membazirkan wang rakyat tanpa memberikan sebarang faedah, kecuali membolehkan setiap ahli EXCO dan ADUN BN untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut Hari Raya masing-masing secara percuma. Memandangkan ia adalah wang rakyat, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana membolehkan ia dibelanjakan untuk tujuan politik BN. Rumah terbuka yang diadakan oleh ADUN BN adalah wang rakyat


Disamping itu, tuntutan elaun perjalanan oleh ADUN-ADUN Melaka. Contohnya menurut jawapan rasmi dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka oleh YAB pada 4hb April 2001, ADUN Duyong Datuk Wira Gan Boon Leong telah membuat tuntutan elaun perjalanan bukan atas kerja awam tetapi kepentingan peribadi. Sekiranya benar, ia boleh dianggap sebagai satu penyalahgunaan wang awam yang sukar direstui umum.


Elaun perjalanan sepatutnya dibuat atas urusan rasmi. Adalah keterlaluan sekiranya tuntutan elaun perjalanan disalahgunakan sehingga merangkumi urusan peribadi atau urusan yang dijalankan di dalam rumah sendiri seperti:


�mempengerusikan sidang akhbar di rumah sendiri;
�menghadiri majlis perkahwinan;
�menghadiri mesyuarat politik parti MCA di Kuala Lumpur;
�melawat kawasan berhampiran rumahnya;
�melawat pesakit di hospital; dan
�menerima rawatan sebagai pesakit di hospital.


Tuntutan pakaian, elaun perjalanan dan pembaikan kereta dari YAB Ketua Menteri, Ahli EXCO, ADUN dan setiausaha politik dan setiausaha sulit untuk 2001 dan 2002 melebihi RM 1.2 juta. Elaun perjalanan sahaja untuk YB Macap ialah RM 45,658.85 pada tahun 2001. Dengan elaun, tuntutan dan penyalahgunaan peruntukan pembangunan sedemikian tepatlah peribahasa Cina, “Jadi wakil rakyat, jadi kaya”, di mana slogan pilihanraya besar MCA, “orang dalam kerajaan senang buat kerja” patut diubah kepada “orang dalam kerajaan senang cari makan”!.

Jualan Kereta mewah dengan harga rendah

Pembeli

Datuk Seri Abu Zahar Hj Isnin
Datuk Noordin bin Hj Yaani
Datuk Hj Mohd Sharif Mohd Drus
Datuk Hj Yasin Mohd Sharif
Datuk Gan Boon Leong

No Kereta
ML 3
MAF 5
ML 4*
MU 9
ML 9

Model
Mercedes E230(A)
Mercedes E220(A)
Mercedes E220(A)
Mercedes E230(A)
Mercedes E230(A)

Tarikh Daftar
14.8.96
14.9.95
30.9.95
21.8.96
7.8.96

Harga Beli
181,522
140,133
140,133
181,522
181,522
824,832


A.) Harga Pasaran JKR
114,000
79,000
77,000
100,000
114,000
484,000


B.) Harga Yang Dijual Kpd EXCO
68,400
47,800
46,200
60,000
68,400
290,800


C)Perbezaan(A-B)
45,600
31,200
30,800
40,000
45,600
193,200


D) Nilai No. Kereta
20,000
20,000
-
20,000
20,000
80,000


Jumlah Kerugian(C+D)
65,600
51,200
30,800
60,000
65,600
273,200


Diskaun yang diberikan adalah 40% daripada harga pasaran*penjualan tidak termasuk nombor pendaftaran.


Kalau nilai nombor kereta bertuah sebanyak RM80,000 diambilkira, kerajaan negeri dan rakyat Melaka telah rugi sekurang-kurangnya RM273,000. Akan tetapi, isu yang lebih besar adalah betapa tidak bermoral dan tidak beretika untuk membenarkan bekas Ahli EXCO menikmati harga jualan yang begitu rendah ini.


Penyelewengan Tabung Kebajikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebanyak RM 908,243.33 sejak 19 Disember 2001.


YAB Ketua Menteri Melaka telah mendirikan satu Tabung Kebajikan peribadi di atas nama peribadinya sendiri demi membolehkan bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan. Adalah difahamkan sejak 19.12.2001 bila RM 5,000 dimasukkan, sebanyak RM 908,242.33 telah dimasukkan dan digunakan sehingga 31 Mac 2005 iaitu:


i. RM 122,950 pada tahun 2001/2002;.

ii. RM 286,000 dalam tahun 2003;.

iii. RM 449,292.33 dalam tahun 2004; dan.

iv. RM 50,000 setakat 31 Mac 2005.


Sumber wang Tabung misteri ini berasal dari UMNO Negeri Melaka sebanyak RM 368,283.82 dan bakinya sebanyak RM 539,958.51 adalah diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh YAB Ketua Menteri Melaka.


YAB Ketua Menteri mendakwa di suratkhabar berkali-kali bahawa Tabung ini diselenggarakan oleh Southern Hospital (kini digelarkan Hospital Putra) untuk membolehkan orang awam yang miskin memohon bantuan kewangan perubatan baik di hospital swasta atau kerajaan.Akan tetapi siasatan ke atas maklumat yang diperolehi bahawa sepanjang tiga tahun Tabung misteri ini beroperasi :


1. lebih daripada RM 590,000 (65%) digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri.


ii. RM 365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluarga YAB Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan allayaharmah emaknya.


iii. Manakala RM 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk. Amat menghairankan mengapa ahli keluarga seperti isteri dan anak perlu mengambil kesempatan dalam tabung misteri ini dan menafikan hak orang miskin bila rawatan perubatan memang diberikan secara percuma oleh kerajaann kepada ahli keluarganya selaras dengan kedudukannya sebagai YAB Ketua Menteri Melaka.


Isu ini adalah berkepentingan awam kerana melibatkan tiga perkara penting:


a) Sumber wang adalah daripada orang awam dan dikutip atas matlamat murni membantu orang miskin dan golongan tidak berada;


b) Bantuan wang tidak dihulurkan semua kepada orang miskin dan golongan tidak berada sebaliknya kepada golongan berada bergelar Datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri; dan


c) Tidak ada sebarang pengumuman awam bahawa pesakit miskin boleh memohon bantuan atau kriteria kelayakannya sehingga orang awam hanya tahu tentang tabung misterinya selepas tiga tahun didirikan bila didedahkan saya.


Kes rasuah ke atas Musa Aman, Ketua Menteri Sabah


Tuduhan Pertama : Musa menggunakan kedudukannya meluluskan kontrak penswastaan skim bekalan air Sandakan Fasa 11 Secara 'Design & Build kepada syarikat proksi, City Best Corporation Sdn Bhd bernilai RM450juta. Musa secara sedar mengetahui syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan modal menjalankan projek berkenaan melainkan surat jaminan kredit sejumlah EM 3.4 juta dengan bank berkenaan berbanding modal berbayar syarikat berkenaan hanya RM 63,000 kepada proksinya.


Tuduhan kedua : Mengarah setiausaha tetap kementerian kewangan negeri Sabah, Dato' S. Abdillah S.Hassan mempengaruhi Pengarah JKR Sabah, Dato' David S.S Chiu supaya memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-jalan JKR di Sabah selama 15 tahun tahun bernilai RM 600 juta bernilai tanpa Tender Terbuka kepada syarikat proksinya, Globanico Sdn. Bhd yang dimiliki Lawrence Chu Jan Tow.


Tuduhan ketiga : Konsesi kontrak HQ 120/2003(S) Penyelenggaraan Jalan Pantai Meligan di Sipitang Sabah selama tiga tahun bernilai RM18 juta tanpa tender terbuka kepada syarikat proksinya, Jatrayisan Corporation Sdn.Bhd


Tuduhan keempat : Konsesi kontrak HQ 193/2003(S) Penyelenggaraan Jalan Nabawab-Sepulot-Agis di Keningau Sabah selama tiga tahun bernilai RM10 juta tanpa tender terbuka.


Tuduhan kelima : Mengarah Kementerian Kerja Raya menyenaraikan projek Mimbina Jalan dari Donggongon-Papar Spurs secara 'Design and build' bernilai RM200 juta tanpa tender terbuka kepada syarikat proksi Kenatex Sdn Bhd.


Tuduhan keenam : Kontrak penyelenggaraan Jalan Jeroco, Lahad Datu, Sabah selama tiga tahun bernilai RM9.5 melalui pengecualian tender kepada syarikat proksi, City Best Corporation Sdn Bhd.


Tuduhan ketujuh : Memberi tekanan kepada Menteri Kewangan kedua Tan Sri Noor Mohamed Yaakub agar membatalkan kelulusan projek membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bernilai RM800 juta yang telah dianugerahkan kepada Tan Sri Ting Pek King (setelah menyiapkan pembinaan Terminal 11 Air Asia dan memberikan projek berkenaan kepada syarikat proksinya WCT Sdn Bhd).


Tuduhan kelapan : Melantik syarikat proksi Sagajuta( Sabah) Sdn Bhd untuk membangun kompleks membeli belah bernilai RM120 juta.


Tuduhan kesembilan: Mengarahkan Yang Dipertua Persatuan Islam Sabah Bersatu melantik syarikat proksinya Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd bekerjasama dengan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd membangunkan Kompleks Beli Belah bernilai RM1 bilion


Tuduhan ke-10: Meluluskan konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada tiga syarikat yang diketuai oleh seorang China yang berasal dari Filipina . Menjadi dalang utama yang mendaftar pendatang asing tanpa izin sebagai ahli dan pengundi. Musa meluluskan konsesi Pembalakan di Benta Wawasan dan kesemua mereka telah membayar sejumlah RM70 juta kepada Musa sebagai imbalan meluluskan 82,000 ekar konsesi kayu balak.


Tuduhan ke-11 : Melantik seorang wanita tanpa izin (Pati) yang mendapat kad pengenalan projek daripada taske Forse Umno, Rahmawati sebagai kerani di Yayasan Sabah. Musa telah membayar sejumlah Rm5,000 kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Abdul Rauf Sani untuk mendapatkan kad pengenalan berkenaan. Musa turut mempunyai skandal seks dengan gadis tersebut sehingga melahirkan 'anak luar nikah' yang dihantar ke Banjar Masin untuk menutup rahsia.


Tuduhan ke-12: Mengarahkan nomineenya arkitek Melvinyeo Kiandee dan Terence Chu Shen Taur memajukan Semenanjung Emas iaitu Tanah Seluas 70 ekar di Sutera harbour dimiliki Danaharta amnagers Sdn Bhd.


Tuduhan ke-13: Musa telah mencemarkan imej kerajaan negeri Sabah dan kedudukannya dengan 'menjual sendiri' 150 lot bungalow dan menyalah guna Pejabat Ketua menteri Sabah dan Instrument kerajaan untuk kepentingan diri.


Tuduhan ke-14: Mengarahklan pemilik syarikat Actaland Sdn bhd yang memajukan tanah TL 0175448866 berkenaan memungut deposit 50% daripada nilai harga banglo berkenaan pada masa menandatangani kontrak jual beli sedangkan pembinaan belum dimulakan.


Tuduhan ke-15 : Bertanggungjawab ke atas sayap pelaburan kerajaan negeri Suria Capital Holding Berhad mengarahkan Sabah Port Sdn Bhd melantik anak saudaranya, Mohd Hasnol Ayub Aman sebagai Pengarah pada 17 Jun 2002. Hasnol yang juga pengarah S.P Satria Sdn Bhd membolot semua kontrak kerja di Lembaga Pelabuhan Sabah tanpa sebarang tender.


Tuduhan ke-16: Memungut derma untuk membina bangunan Umno berdekatan Wisma BSN di Karamunsing , Kota Kinabalu tanpa permit polis dan telah mengumpul sejumlah RM 160 juta dan tidak mengisytiharkan pungutan tersebut kepada Bendahari Umno dan Majlis Tertinggi Umno Malaysia.

Tuduhan ke-17 : Mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Dato' KY Mustafa melanjutkan tempoh perkhidamtan Setiausaha tetap Kementerian Kewangan , Dato' Abdillah Hassan yang sepatutnya bersara wajib kontrak. Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen (2) Ordinan 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1970 kerana melanjutkan tempoh perkhidmatan berasaskan keuntungan untuknya.


Tuduhan ke-18 : mengarahkan kerajaan persekutuan membatalkan khidmat Femoma Sdn Bhd (agensi pemeriksaan kesihatan pekerja asing di Sabah) dan melantik syarikat proksinya Growarisan Sdn bhd menjalankan tugas berkenaan.


Tuduhan ke-19 : membelanjakan RM2 juga untuk membiayai pemberian 822,000 kad pengenalan projek kepada Pati yang diselia oleh Jabar Khan Napi. Turut memberikan RM10 juta untuk urusan membawa pengundi hantu ke kawasan pilihan raya di seluruh Sabah dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1054.


Tuduhan ke-20 : Meluluskan konsesi kayu balak di Benta Wawasan kepada 18 syarikat kroninya tanpa tender dan penjualan kayu balak bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat kroni dan nomineenya.


Tuduhan ke-21 : Bersubahat dengan Samsudin Yahya mengupah tiga orang lelaki mendatangkan kecederaan dengan niat terhadap rakan kongsi Musa, Lue Sue Seng hingga luka parah kerana mendedahkan rahsia hubungan sulit Musa kepada umum. Sebagai balasan Musa telah melantik Samsudin yang merupakan bekas pemandu teksi sebagai calon BN bagi Dun Sekong pada pilihan raya umum 2004.


Tuduhan ke-22: Membayar sejumlah tertentu kepada ketua Polis Daerah Sandakan, Ilyas Ibrahim untuk menutup kes jenayah yang dilakukan Samsudin dan tiga orang lagi terhadap Lue Sue Seng. Musa juga telah melantik Ilyas sebagai Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta dilanjutkan selama dua tahun bagi membalas jasa Ilyas menutup kes siasatan jenayah dan subahat berkenaan.


Tuduhan ke-23 : Bersama Ketua Umno Bahagian Petagas, Dato' Yahya Hussin dan pegawainya, Kahar Mohd Zain cuba merasuah dan menghalang saksi yang disapena oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai integriti, Jabar Khan Napi.


Tuduhan ke-24 : mempengaruhi dan menghalang Pengarah BPR menerima laporan yang dibuat Dr Jeffrey Kitingan terhadapnya pada 9 Februari 2007 dan mengarahkan Jeffrey datang pada 12 Februari 2007.


Tuduhan ke-25 : Mempengaruhi dan merasuah sejumlah wang kepada Ketua Pengarah BPR Malaysia, Dato' Zulkipli Mat Nor dalam perjumpaan sulit di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur agar melengahkan siasatan berhubung Skandal Wisma Bandaraya. Dalam laporan itu, Musa juga didakwa menghalang tugas pegawai awam terbabit dengan rasuah dan menyalah guna kuasa mengikut seksyen 2(1) dan Seksyen 2(2) Ordinan 22 (kuasa-kuasa perlu) Darurat, 1970: Seksyen 12(1), (a), (b),(c), (d) Bahagian 111 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 15(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


Tuduhan ke-26: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kuamut, Kinabatangan, seluas 8,000 hektar dan 12,000 hektar lagi di Konsesi Yayasan Sabah Sandakan kepada syarikat Melur Azim Sdn.Bhd. Musa juga telah menerima sejumlah RM20 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-27: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Penge-rusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah melulus-kan konsesi pembalakan di kawasan Konsesi Yayasan Sabah (FMU 15a) berdekatan Hutan Simpan Sg. Pinangah, Tongod seluas 12,005 hektar kepada brokernya, Admund Looi melalui syarikat Gasing Selatan Sdn. Bhd dan telah menerima sejumlah RM13 juta daripada Admund Looi. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-28: elah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan ¡®Monopoli¡¯ konsesi pembalakan di kawasan Cerun Curam melebihi 25 darjah menggunakan helikopter dan kawasan diharamkan pembalakan seperti reparian dan takungan air di Blok YLH-B, Lahad Datu seluas 6,470 hektar dan 40,000 hektar di seluruh Sabah kepada syarikat Asiatic Lumber Industries Sdn. Bhd. Musa sedar, Dasar Kerajaan Negeri Sabah mengharamkan kegiatan pembalakan di kawasan bercerun 25 darjah kerana mencemarkan alam sekitar, ekosistem, kitaran hidrologi, kawasan tadahan air dan hakisan tanah, namun telah meluluskan kegiatan pembalakan menggunakan helikopter Skycrane iaitu Sikorsky S64E pada Jun 2004 secara ’Blanket Approval’ kononnya untuk melaksanakan Sistem Pembalakan Impak Rendah dan Pelan Penuaian Terperinci. Musa juga telah menerima sejumlah RM60 juta daripada Pengarah syarikat tersebut, John Nip Wing Hon dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-29: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kalabakan seluas 10,093 hektar kepada syarikat Golden Vision Development Sdn.Bhd. dan telah menerima sejumlah RM8 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-30: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Konsesi Pembalakan Yayasan Sabah (Coupe YS 2/06) Hutan Simpan Sungai Pinangah, Tongod seluas 4,500 hektar kepada syarikat Rimba Kita Sdn.Bhd. dan telah menerima sejumlah RM5 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-31: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Tangkulap, Telupid seluas 5,000 hektar kepada syarikat Ketara Cekap Sdn.Bhd. dan telah menerima sejumlah RM5 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-32:Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Bonggaya, Beluran seluas 3,960 hektar kepada syarikat Gemara Sdn.Bhd. dan telah menerima sejumlah RM2 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-33: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Sungai Talankai, Hutan Simpan Kelas II, Pensiangan, Nabawan seluas 986.04 hektar kepada saudara maranya, Mohd Ali Razali Bin S A Rashid (720907-12-5027) melalui syarikat Himpunan Tenang Sdn. Bhd. dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-34: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di Coupe YS 4/06, YS 8/06 dan YS 9/06 di kawasan konsesi Yayasan Sabah Lahad Datu 12,500 hektar kepada syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM2 iaitu Onbumi Sdn.Bhd dan menerima sejumlah RM13 juta. Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-35: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di Coupe YS 3/06, YS 5/06 dan YS 7/06 di kawasan konsesi Yayasan Sabah Lahad Datu 12,500 hektar kepada syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM4 iaitu Hormat Jadi Sdn.Bhd dan menerima sejumlah RM13 juta daripada syarikat berkenaan. Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Tuduhan ke-36: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan konsesi Yayasan Sabah Lahad Datu 7,745 hektar kepada syarikat Megabountiful Sdn.Bhd dan menerima sejumlah RM7 juta daripada syarikat berkenaan. Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


Kes rasuah Taib Mahmod


Pengerusi PKR Sarawak, Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan Chong Chieng Jen (DAP -Bandar Kuching) telah membuat laporan di balai polis pusat Kuching dan ibupejabat BPR, yang menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Japan Times.Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak membuat laporan polis dan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung dakwaan skandal sogokan membabitkan RM32 juta. Eksport kayu balak Sarawak dikuasai oleh kerajaan negeri melalui Dewaniaga Sarawak yang diketuai oleh adik lelaki Taib. Taib, yang merupakan pemimpin yang paling lama menjadi Ketua Menteri, dipercayai salah seorang ahli politik Malaysia yang terkaya. Keluarganya mempunyai kepentingan perniagaan yang besar di Sarawak sejak Taib memegang kuasa 26 tahun yang lalu. Antaranya ialah syarikat tersenarai Cahaya Mata Sarawak yang mempunyai kepentingan perniagaan dalam bidang perankan, perkhidmatan kewangan dan pembinaan dan banyak lagi anak-anak syarikat di mana isteri Taib–Laila – mempunyai pegangan yang besar. , isteri Taib (Laila) memilik 27 juta saham dalam (pengeluar simen terbesar) CMS, dan anaknya (Sulaiman) pula memilik 22 juta saham. Adalah dianggarkan bahawa keluarga Taib bernilai sekurang-kurangnya RM2 bilion, walaupun ianya tidak disahkan secara rasmi.


Lain-lain laporan rasuah yang direkodkan


1. Laporan polis oleh Ezam Mohd. Noor berhubung dengan Penswastaan Rumah Masak Tentera kepada Syarikat Desatera Sdn, Berhad kepunyaan Kamaluddin Abdullah anak Abdullah Ahmad Badawi. Dan pada tahun 1999 dan 1 November 2006 lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh bekas Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor mengenai dokumen "MILITARY COOKHOUSE PRIVATISATION AGREEMENT" antara Kerajaan Malaysia dan Desatera Sdn Bhd. Katanya, pemberian kontrak tersebut yang berjumlah ratusan juta itu melibatkan kepentingan besar Kamaluddin, anak Abdullah, Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Desatera Sdn Bhd merupakan syarikat usahasama Dewina Food Services Sdn Bhd dan Wira Maju Sdn Bhd. Dewina memegang 70 peratus saham Desatera Sdn Bhd dan Wira Maju Sdn Bhd memegang 30 peratus saham dalam Desatera Sdn Bhd. Terbukti, Kamaluddin Abdullah yang menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Desatera Sdn Bhd adalah juga orang yang mempunyai kepentingan dalam Dewina Food Services Sdn Bhd, sebuah syarikat milik keluarga Abdullah Ahmad Badawi.


2. Laporan polis oleh Jawatankuasa DAP mengenai JE FUND yang mengumpul sumbangan RM16 juta dan pemberiannya tidak mengikut peraturan dan orang yang tidak berhak, tetap menerima habuan masing-masing.


3. Laporan polis oleh Lim Kit Siang pada 13.6.1997 berhubung kekayaan melampau yang dimiliki oleh anak Dr. Ling Leong Sik, Ling Hee Leong. Kes mahkamah Dr. Ling vs Soh Chee Wen [ bekas pemimpin MCA Selangor dan rakan perniagaan anak dan isteri Ling Leong Sik belum berakhir, tetapi beliau telah meletakkan jawatan menteri dan Presiden MCA. Bagaimana kedudukan kes ini sekarang.


4. Kes kerugian dan salahurus MAS dan pembelian balik oleh kerajaan telah dibuat laporan polis pada 27.1.2001 di BP KLIA oleh Ezam Mohd. Noor. Mahfuz Omar dan Faisal Sanusi bersama-sama dengan 1,336 tandatangan.


ii. Roslan Kassim dan Ibrahim pada 17.2.2001 di BP Seremban. iii. Nga Kor Miang melaporkan di BPR Ipoh, pegawai yang menerimanya ialah Abu Kasim Mohamad.

5. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Azmi Khalid buat laporan polis dan BPR pada 21.11.2001 penyelewengan peruntukan PPRT sebanyak RM40 Juta. Projek penetasan ayam di gading Galoh, Kok Lanas RM20 juta. Projek ternakan ikan hiasan dan tanaman orkid di bukit Sireh, Kuala Krai RM15 juta, projek ayam telur di Gading, Galoh RM5.69 Juta dan pilihan raya 1999. Menterinya bebas, tetapi bekas KSUnya didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman.


6. Laporan polis untuk menyiasat bangunan yang didirikan dengan menggunakan duit kerajaan di atas tanah lot 1431 Mukim Bukit Kampung Chengal Daerah Kadak atas nama Annuar bin Musa No. KP: 4978615.


7. Laporan polis atas penyelewengan wang ihsan pada 19.12.2001 oleh Abd. Manaf Ahmad dari Kg Peris Ajil [ mewakili 20 orang yang berhak ] di Balai Polis Kuala Brang.


8. Penyusunan semula TimeDotCom dan disenarai di BSKL, sahamnya tidak dilanggani menyebabkan ia mengalami kerugian. Penanggung utama tidak mahu menanggung kerugian tersebut [ seperti yang dijanjikan ], kerajaan terpaksa masuk campur dengan menggunakan duit KWSP, KWAP dan Dana Harta bagi membeli saham yang tidak dilanggani itu. Perkara ini dilaporkan oleh akhbar The Sun pada 12.3.2001. Berasaskan laporan The Sun, Lim Kit Siang membuat laporan polis untuk menyiasat penyusunan semula itu di BP Tun H.S Lee, Jalan Stadium. Ini bersamaan dengan kes Ezam Mohd. Noor yang mana pada 14.3.2001, Mingguan Malaysia melaporkan yang Ezam akan mengerakkan rakyat seluruh Negara untuk mengadakan demonstrasi. Laporan ini digunakan oleh Zulkifli Alwi [ agen pemuda UMNO ] dan Yusri pemberita yang terlibat dalam melaporkan berita itu terus membuat laporan polis dan Ezam ditangkap pada malam raya haji dan disoalsiat serta didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di mahkamah.


9. Laporan polis dan BPR mengenai sekumpulan pegawai atasan PUNB yang memasarkan bon bernilai 19.0 Billion [ USR5 B] di pasaran kewangan London, siapa yang terlibat.


10. Laporan polis dan BPR oleh Lim Jak Wong [ ADUN Bachang], Sim Tong Him [ADUN Bandar Hilir] dan Goh Liong San [ADUN Tenggara] pada 12.5.2001 mengenai 157 tuntutan T&T yang bernilai RM168,099.00. Ini bukan tugas rasmi, sebaliknya tugas parti berkempen di Lunas 1,500 KM 4 hari berturut dan urusan peribadi seperti meraikan bakal-bakal haji dan menghadiri majlis perkahwinan yang dilakukan oleh 18 orang BN termasuk Ali Rustam KM Melaka. Terbaru laporan BPR oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Ali Rustam berhubung menyalahgunakan tabung kebajikan [kesihatan] untuk kepentingan peribadi.


11. Laporan polis dan BPR oleh Mazlan Aliman dan Exco pemuda PAS Johor [kini Naib Ketua Pemuda PAS Pusat] terhadap Ketua Pegawai Eksekutif, Zainal Abidin Osman yang juga merupakan ADUN Endau berhubung salahurus kewangan KPYPJ pada 6.8.2002 di Balai Polis Central JB.

12. Pada 13 September 2005, sebuah syarikat dari Singapura Parkway Holdings Limited membeli saham Pantai holdings Berhad sebanyak 31 peratus saham Pantai Holdings Berhad telah dibeli dengan harga RM311.58 juta.Kemudian pada 28 Ogos 2006, pihak media melaporkan Parkway mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada pembelian semula saham Pantai oleh Khazanah Nasional. Ini bermakna, Parkway telah membuat keuntungan modal kira-kira RM83 juta dalam masa tidak sampai setahun [Parkway membelinya dengan harga RM312 juta dan kemudian menjualnya semula dengan harga RM394.9 juta]. Anak syarikat Pantai Holdings Berhad–iaitu Fomema dan Pantai Medivest khabarnya akan dijual kepada sebuah syarikat swasta. Siapa pemilik yang bertuah itu?

13. Naib Ketua Pemuda UMNO, Khary Jamaluddin telah meminjam RM9.2 juta daripada seseorang untuk membeli saham dalam ECM Libra. Penggabungan antara Avenue Capital dan ECM Libra Avenue Capital sebelum penggabungan dimiliki oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan dengan pemilikan saham sebanyak 29.7%. Menteri Kewangan Diperbadankan dengan itu adalah pemegang saham terbesar. Seperti diketahui, Menteri Kewangan Diperbadankan adalah langsung di bawah bidang kuasa dan kawalan Menteri Kewangan, iaitu Abdullah Ahmad Badawi. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah bagaimana seorang tokoh muda seperti Khairy mampu meminjam wang begitu banyak untuk membeli saham-saham ECM Libra. Kira-kira sebulan selepas Khairy memiliki saham dalam ECM Libra, kerajaan telah meluluskan cadangan penggabungan antara bank saudagar itu dengan firma kewangan dan perbankan milik kerajaan, Avenue Capital Resources Berhad. Entiti baru itu dikenali dengan nama ECM Libra Avenue. Urusniaga itu menarik minat ramai terutamanya dari aspek percanggahan kepentingan dengan Abdullah kerana beliau juga merupakan Menteri Kewangan yang mengawalselia syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.


14. Keluarga Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dinamakan sebagai terlibat menyeleweng bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada Iraq melalui program 'oil-for-food'. Adik ipar Abdullah, Noorasiah Mahmood dan bekas suaminya, Faek Ahmad Shareef dinamakan oleh badan penyiasat PBB sebagai terlibat menyeleweng skim tersebut. Dalam sekatan ekonominya, PBB membenarkan Iraq menjual sebahagian minyaknya kepada syarikat tertentu dan sebagai ganti, syarikat tersebut disyaratkan membeli makanan untuk keperluan rakyat Iraq. Dalam siasatan yang diumumkan akhir Oktober 2003, PBB melaporkan, Noorasiah melalui syarikatnya, Mastek membayar 10 juta USD kepada Presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein untuk mendapat hak memperdagangkan minyak tersebut. Mastek tidak membantu rakyat Iraq membeli makanan sebaliknya menjual minyak untuk kepentingan sendiri. Melalui baucer yang dikesan pada tahun 2000, syarikat itu memperoleh keuntungan USD 1.3 juta melalui penjualan 1,949,900 tong minyak. Laporan asal juga menyebut nama Abdullah tetapi didapati tidak terlibat, namun Faek mengakui bahawa Abdullah hanya menulis 'surat pengenalan'. Jawatankuasa penyiasat yang diketuai oleh Paul Volcker mengambil masa 18 bulan untuk menyiasat penyelewengan yang turut melibatkan 2,200 syarikat dari 66 negara itu. Laporan itu juga menamakan Petronas, bekas duta dan dua syarikat Malaysia lain sebagai terbabit.


15. Pada hari Abdullah dilantik menjadi PM menggantikan Mahathir, pada hari itulah juga Brahim LSG Sky Chef Holdings Sendirian Berhad telah menandatangani kontrak sebagai pembekal katering penerbangan (in flight catering) untuk semua penerbangan keluar dari KLIA, termasuklah MAS. Syarikat ini merupakan syarikat JV ataupun usahasama antara kepentingan Lufthansa (penerbangan Jerman) dan Dewina Holdings Sendirian Berhad. 51 peratus dari saham syarikat ini dimiliki oleh DATUK IBRAHIM HJ AHMAD BADAWI, adalah adik kepada Abdullah Ahmad Badawi.

16. Dua laporan polis dan BPR telah dibuat oleh Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor di Balai Polis Dang Wangi pada 1 November dan 4 Disember 2006 lalu terhadap Abdullah Ahmad Badawi dan Dr.Mahathir Mohamad mengenai amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme dengan menganugerahkan projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit kepada ahli keluarga terdekat. Ini menyalahgunakan kedudukan dan amanah rakyat bagi mengkayakan anak mereka semasa mereka berkuasa. Tidak ada perkembangan langsung kes ini, sedangkan Abdullah sendiri membuat pengakuan bahawa ia memberi projek-projek kerajaan kepada anaknya, tetapi dengan nilai yang rendah, berbanding dengan Mahathir yang memberi projek-projek yang lebih tinggi kepada anak-anak dan keluarganya.

17. Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Pertahanan juga dituduh terlibat dalam kes pembunuhan model berbangsa Mongolia, Altantuya Sharibuu yang menjadi orang tengah dalam urusan di dalam pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis oleh kerajaan Malaysia dalam perjanjian bernilai RM4.6 bilion . Skandal komisyen pembelian senjata bernilai RM920 juta yang mana Adib Adam [mantan Ketua Menteri Melaka] dilantik sebagai broker pembelian jet pejuang Sukhoi Russia yang melibatkan pembayaran komisyen berjumlah RM400 juta. Setakat ini Najib, pihak polis dan BPR diam tidak berkata. Pasukan polis dan BPR termasuk Peguam Negara memang menjadi barua dari dulu, kini dan selama-lamanya menjaga kepentingan UMNO dan golongan IBLIS ini daripada menjaga kepentingan rakyat.

18. Kes rasuah dan menyalahgunaan kedudukan sebagai Ahli Palimen Jasin, Mohd. Said Yusof kerana menyalahgunakan kuasanya dengan meminta Jabatan Kastam dan Eksais untuk “tutup sebelah mata” dalam penguatkuasaan undang-undang demi kepentingan peribadi. Said telah meminta Jabatan Kastam dan Eksais pada 14 April 2006 untuk “tutup satu mata” berkaitan dengan balak bergergaji syarikat tertentu yang telahpun dirampas dan melebihi had yang dibenarkan. Paling biadap dan kurang ajar seorang Ahli Parlimen yang merupakan penggubal undang-undang meminta jabatan kerajaan “tutup sebelah mata” semasa menguatkuasakannya.


Pada awalnya beliau menyatakan beliau hanya membantu sebuah syarikat dalam kawasan pilihanrayanya yang menghadapi masalah balak bergergaji yang dirampas. Kemudian beliau mengakui bahawa salah satu syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk balak tersebut adalah Binyu Sof Enterprise, di mana beliau mempunyai kepentingan. Ini bercanggah dengan kenyataan beliau pada 5 Mei 2006 dalam New Straits Times, Said menyatakan beliau tidak ada seberang kepentingan dalam agen syarikat yang membawa masuk balak bergergaji berkenaan. Tetapi lapuran New Straits Times 6 Mei 2006, beliau mengakui bahawa balak bergergaji yang dibawa masuk oleh Binyu Sof Enterprise telah dirampas oleh Jabatan Kastam dan Eksais.


19. Amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh syaitan-iblis [lebih hebat] ADUN Pelabuhan Klang, Zakaria @ Zainal Md Derus menyalahgunaan kuasa yang dilakukan sebagai seorang Wakil Rakyat, Ketua UMNO Bahagian Klang, Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Ahli Majlis membuat `istana’ tanpa mengikut `peraturan dan undang-undang’, anak buah’ juga turut melakukan perkara yang sama. Begitu juga tindakan Zakariamembenarkan’ anak-anaknya membina restoran tanpa kelulusan MPK’ dianggap satu bentuk penyalagunaan kuasa yang jelas. BPR telah menolak kes kerana kekurangan bukti.


20. Mohd.Nazri A.Aziz, Menteri di JPM [yang jaga Parlimen] ketiga beliau menjadi Menteri Perusahaan Utama pernah bergaduh dengan Pengarah Siasatan BPR Dato’ Nordin Ismail mengenai mengenai dakwaan yang seorang individu mendapat 6,000 permit teksi. Nazri dalam Berita Perdana jam 8 malam, telivisyen Malaysia pada 7 Disember 2003. Dalam NST 8 Disember pula, Nazri dilaporkan akan meminta kabinet memecat Ketua Pengarah BPR berkenaan kerana kenyataan tegas Dato' Nordin yang menyebutkan pihaknya boleh mengeluarkan waran tangkap termasuk kepada menteri yang enggan bekerjasama.


21. Kes rasuah di AIROD.Pada 5hb Jun 2003 ini, lewat jam 2.00 petang, Parti Rakyat Malaysia (PRM) berserta Parti Keadilan Nasional (keADILan) membuat laporan polis di Bukit Aman terhadap dakwaan korupsi yang dilakukan oleh seorang bernama Tan Sri Ahmad bin Johan. Laporan dibuat oleh peguam Sivarasa Rasiah. Beliau disertai oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden keADILan, Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM dan Dr Sanusi Osman, Setiausaha Agung PRM [ketika tahun 2003].


Mengikut rekod, sehingga tahun 2002, TS Ahmad memimpin beberapa buah syarikat penting, antaranya sebagai: Presiden AIROD Sdn Bhd, Pengerusi/ Pengurus Besar Kumpulan AIM (sekarang NADI), Pengerusi Pengarah PJSI Sdn Bhd, Pengarah SME AVIATION Sdn Bhd, Pengerusi Pengarah QUALITY RANCH Sdn Bhd, dan Pengarah FABEL (UK) Ltd. Beliau masih memegang jawatan-jawatan ini, melainkan dalam Quality Ranch. Beberapa amalan korupsi didakwa dilakukan oleh TS Ahmad. Akan tetapi laporan polis ini menumpu kepada tiga kes saja seperti diringkaskan di bawah ini:


(a) Kontrak yang diberi kepada AIROD oleh TUDM untuk membaik pulih dua buah pesawat C130 berharga RM80 juta sebuah. TS Ahmad telah menubuhkan syarikat QUALITY RANCH Sdn Bhd; antara pengarahnya ialah anak, setiausaha dan pembantu peribadi beliau. Peranan syarikat ini ialah sebagai perunding untuk “stretch mode programme” (baik pulih), walaupun syarikat tidak mempunyai kelayakan dalam sebarang bidang penerbangan. Perundingan sebenar dilakukan oleh Lockheed. QUALITY RANCH telah menuntut dan dibayar RM5.7 juta.


(b) TS Ahmad telah mendaftar syarikat FABEL Ltd di UK. Beliau, anaknya Edron Hayata, menantunya Mohd Elkany Ahmad, Michael Yii Hieng Phang yang juga mengetuai Jabata Pembeli AIROD, dan Datuk Yuji Kawara SVP Manufacturing PJS Industries juga pengarah AIROD, kesemuanya adalah dalam lembaga pengarah. Tujuan syarikat ini ialah untuk membeli dan membekalkan alat-alat baik pulih yang diperlukan oleh kerja-kerja AIROD untuk TUDM. Sebelum TS Ahmad menjadi Presiden AIROD, semua alat ini dibeli secara langsung dari vendor, iaitu pembuat alat-alat asal. Ini lebih murah. Jadi, akibatnya sekarang, harga alat-alat yang perlu dibayar oleh AIROD dan TUDM lebih mahal.


(c) TS Ahmad menyalahgunakan kuasa sebagai Presiden AIROD dengan mengeluarkan 34 keping cek, tiap-tiap satu bernilai RM100 ribu, bagi membayar dirinya sendiri. Kami mempunyai bukti cek-cek ini, kesemuanya berjumlah RM3.4 juta. Tiap-tiap cek yang dikeluarkan bernilai RM100 ribu, kerana beliau tidak boleh menandatangani cek bernilai lebih dari itu tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Mengikut sebuah notis yang dikeluarkan oleh TS Ahmad bertarikh 1hb April 2003 (No. Rujukan PJSI/HRD/AIM-RESTRUCTURE/33), “PJSI Sdn Bhd memegang 90% saham manakala Kementerian Kewangan 10% saham dalam Aerospace Industries Malaysia Sdn Bhd” (iaitu AIM). Saham Kementerian ialah melalui KHAZANAH. Dalam pada itu, AIM Sdn Bhd menguasai AIROD, yang memberi khidmat servis dan “overhaul” untuk pesawat terbang TUDM, dan ATSC, yang memberi khidmat servis untuk MIG 29. Selain itu, beberapa anak syarikat di bawah AIM, melalui SMEI Sdn Bhd, mengeluarkan alat-alat senjata. Antaranya:
SMEA, mengeluarkan rifle (terutama Styer jenis AUG) dan komponen pesawat terbang; SMEO, mengeluarkan peluru, mortar, bom tangan; SMEAv, merekabentuk dan memajukan MD3.


AIROD telah membuat pembayaran RM 100, 000 kepada Abdullah Ahmad, seorang pegawai tentera bersara-yang berpadanan dengan cek yang ditulis Abdullah sendiri; RM 100, 000 kepada pengurus kanan Airod sebagai sebahagian daripada bayaran RM 665, 000 untuk kemajuan pemasaran gear box utama; dan sebuah memo yang tidak disahkan tetapi mempunyai lambang Kementerian Pertahanan dan meminta bayaran RM 8,000 untuk membekalkan buah kurma kepada bahagian-bahagian UMNO di Johor.


Apa yang boleh diharap oleh rakyat terhadap kepimpinan seperti ini. Amat malang rakyat Malaysia keseluruhannya, Allah s.w.t. menurun balanya dengan menganugerahkan kepada kita dengan para pemimpin seperti ini. Oleh itu, pastinya kita akan terus menerima bencana dalam berbagai bentuk seperti yang kita alami sekarang. Berbagai masalah akan muncul satu persatu tanpa ada tanda-tanda penamatnya sehinggalah kita sebagai rakyat ini insaf dan bertindak menukar pemimpin yang lebih bersih, amanah dan bertanggungjawab terhadap Tuhan dan rakyat yang dipimpinya.

Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa WAJIB bangun menolak kepimpinan yang rakus terhadap harta rakyat. Persoalanya berapa lama kita terpasa menunggu pertolongan dari Allah menghapuskan golongan ini? Hanya Allah yang maha mengetahui. Kita hanya merancang, tetapi Allah s.w.t maha hebat perancangannya.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

“PROTES HINGGA TURUN”


Sekian.Wassalam


Tulisan asal saya disiarkan oleh Laman Marhaen pada 21.4.2007 [Khas Pengundi Ijok yang berlangsung pada 28.4.2007] :