DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, December 25, 2007

JASA UMNO

Oleh : Abdul Razak bin Ismail
KAMPUNG ABDULLAH HUKUM TINGGAL DALAM LIPATAN SEJARAH
http://tintapermata.blogspot.com/2007/11/abdullah-hukum-tinggal-sejarah.html


Kampung Haji Abdullah Hukum merupakan salah sebuah penempatan awal orang-orang Melayu di Kuala Lumpur telah diruntuhkan pada awal November baru-baru ini bagi memberi laluan kepada apa yang kononnya dikatakan "pembangunan".

Sumber-sumber mengatakan bahawa perkampungan Melayu 'tengah bandar' yang berusia 200 tahun yang terletak bertentangan dengan ibu pejabat TNB di Jalan Bangsar tersebut, akan dibangunkan bagi pembinaan kondominium, blok-blok bangunan pejabat dan komplek membeli belah.

Ada maklumat mengatakan sebuah hub transit LRT / monorail / tren komuter juga akan dibina di kawasan tersebut.

Kampung tersebut mengambil sempena nama Haji Abdullah Hukum (gambar), yang nama asalnya Muhammad Rukun, berasal dari Kerinchi, Sumatera, Indonesia dan datang ke Malaya pada usia 15 tahun bersama bapanya pada tahun 1800-an.

Beliau telah diberi izin oleh Raja Laut pada masa itu merupakan Raja Muda Selangor untuk membuka tanah pertanian dan kampung-kampung baru di Bukit Nanas dan sebuah kampung di Sungai Putih (kemudiannya dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum di Jalan Bangsar) seperti yang ada sekarang.

Beliau menetap di kampung tersebut hingga menghembuskan nafas terakhir sekitar tahun 1930-an.

Pada era Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri sekitar 1960-an, kerajaan telah mengalakkan orang-orang Melayu luar bandar untuk berhijrah dan bekerja di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur.

Lantaran itu ramailah rakyat luar bandar telah bermastautin ke kawasan-kawasan setinggan yang berselerak di pinggir-pinggir pusat bandar Kuala Lumpur ketika itu.

Dari masa ke semasa ekoran dari pembangunan pesat bandaraya Kuala Lumpur kawasan-kawasan setinggan tadi akhirnya terletak di tengah-tengah kawasan 'urban' perbandaran, dan inilah yang terjadi ke atas Kampong Haji Abdullah Hukum, perkampungan Melayu Pantai Dalam, Kampung Kerinci dan kampung-kampung lain di persekitarannya.

Lebih 300 orang penduduk kampung telah dipindahkan oleh DBKL ke rumah-rumah pangsa miliknya di sekitar Kuala Lumpur.

Mengikut kata Md. Zaman Md. Tasi, Ketua Angkatan Muda Wilayah Persekutuan (juga bekas Ketua AMK Bahagian Lembah Pantai) bahawa ramai penduduk merasa kecewa kerana sebelum ini mereka telah 'dijanjikan' oleh beberapa orang wakil-wakil rakyat UMNO yang silih berganti sebelum ini untuk mendapatkan hakmilik lot-lot tanah di kampung tersebut.

Sebaliknya apa yang terjadi ialah mereka 'tertipu' dan perkampungan tersebut di'rampas' dari mereka dan kemudiannya diberikan kepada tauke-tauke kompleks membeli-belah, pemaju-pemaju kondomium dan hartanah.

Hari ini nama Haji Abdullah Hukum kekal dalam kenangan sebagai antara orang Melayu terawal yang terlibat dalam membangunkan Kuala Lumpur.Penempatan orang Melayu 'dalam bandar' yang diasaskannya 200 tahun lalu sudah lenyap. Yang kekal hanyalah papan tanda ' Abdullah Hukum' di stesen LRT untuk tatapan anak cucu masa mendatang.

Dengan terhapusnya kampung Abullah Hukum merupakan satu jasa besar UMNO terbangsa Melayu. Oleh itu, marilah beramai-ramai kita pangkah UMNO sekali lagi semoga dengan kuasa yang ada itu, bangsa Melayu boleh digadaikannya pula.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA-BOIKOT PRU KE-12"
"PROTES HINGGA TURUN"


Sekian.Wassalam.

No comments: