DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, December 29, 2007

TAHUN 2008 : TIDAK MENJANJIKAN KEMANISAN

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm,wrt.

Bahagian 1


Tahun 2008 akan menjelang dalam tempoh 2 hari lagi. 2008 tidak akan menjanji apa-apa untuk rakyat. Rakyat pada keseluruhannya akan menerima nasib lebih malang lagi di bawah pentadbiran UMNO. Walaupun, Najib Tun Razak ketika merasmikan persidangan tahunan Parti Bersatu Sabah pada 29 Disember kelmarin, menyatakan bahawa hanya BN [baca: UMNO] sahaja yang boleh membawa kebahagiaan [kemakmuran] kepada rakyat. Namun, bagi rakyat yang celik mata hati boleh membuat penilaian terhadap UMNO/BN [dulu Perikatan] yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun. Cakap soal dasar apa pun yang dirangka dan dilaksanakan oleh UMNO semuanya mengalami KEGAGALAN. Dalam tulisan ini saya ambil dua contoh sahaja sebagai renungan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Contoh paling menghiris perasaan orang Melayu [membawa maksud bumiputra lain juga] ialah : Pertama, kegagalan Dasar Ekonomi Baru [DEB]. Setelah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan, ekuiti bumiputra hanya mencapai sekitar 18%, tidak menepati sasarang yang ditetapkan sebanyak 30%. Kalau dulu, British atau pelabur asing yang menguasai ekonomi Malaysia, tetapi sekarang kaum Cina yang menguasai sepenuhnya ekonomi Malaysia.

Berapa banyak harta dan nilai perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu di seluruh bandar-bandar besar di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang [tempat PM sendiri], Johor Bahru [negeri UMNO] dan Ipoh?

Adalah diharapkan Najib dan wakil-wakil rakyat UMNO tolong jawab perkara ini. Jangan menjerit-jerit tidak tentu pasal macam orang gila dirasuk syaitan. Cerminkan diri dulu apabila bercakap mengenai perkembangan ekonomi orang Melayu dan bumiputra lainnya. Kegagalannya adalah berpunca daripada perbuatan kianat para pemimpin UMNO terhadap bangsa Melayu.

Ya, memang benar ada orang Melayu yang menjadi kaya raya melalui DEB, tetapi berapa kerat sahaja orang Melayu yang berjaya. Yang berjaya ialah orang Melayu yang menjadi UMNOPUTRA, yang ada kuasa, yang ada jalinan hubungan kekeluargaan dan yang ada hubungan politik untuk perniagaan. Majoriti orang Melayu masih miskin dan terpinggir daripada arus pembangunan mega di Malaysia.

Para pimpinan UMNO tidak pernah malu kepada rakyat, mereka semuanya terdiri daripada muka-muka tembok. Sudah 50 tahun merdeka, mereka masih lagi bercakap mengenai kemiskinan Melayu. Semakin banyak mereka bercakap mengenai kemiskinan Melayu, maka semakin banyak penyelewengan yang mereka lakukan akan terdedah. Radzi Sheik Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Setiausaha Agung UMNO dalam Berita Perdana RTM pada 29 Disember kelmarin umpamanya sanggop mengarahkan MB Perlis, Shahidan Kassim secara terbuka supaya ditukarkan [atau diberhentikan?].

Shahidan merupakan salah seorang daripada golongan elit politik UMNO yang hidup penuh dengan kemewahan. Ramai lagi para pemimpin UMNO yang sejenama dengan Shahidan yang hidup penuh dengan kepura-puraan yang kononnya merekalah pembela nasib Melayu, tetapi hakikat yang sebenarnya merekalah merupakan orang paling ke hadapan yang merembat [merompak] harta rakyat, pantang ada ruang sedikit. Mereka adalah perasuah dan penyanggak terhormat yang tidak lut dengan undang-undang yang sedia ada. Malas hendak sebut nama-nama pemimpin UMNO/BN yang serupa dengan Shahidan, semua rakyat sudah tahu dari Perlis sampailah ke Sabah.

Kedua, UMNO menjadi pengkianat terhadap dominasi politik Melayu-Islam di dalam negara ini. Kedudukan kuasa politik Melayu-Islam semakin mengecil berbanding dominannya politik Melayu di awal kemerdekaan dahulu sudah hilang. UMNO terpaksa menagih simpati daripada kaum-kaum lain untuk terus berkuasa. Akibatnya maruah Melayu-Islam tercabar, UMNO menjadi penakut dan dayus terhadap kelantangan suara bukan Melayu. UMNO hanya berani bertindak terhadap sesama bangsa dan seagama [rujuk kes isu babi di Bukit Beruang di Melaka dan isu Hindraf dengan isu di Batu Buruk serta penangkapan secara borong terhadap para pimpin PAS dan PKR]. Kuasa politik tawar-menawar dikalangan anggota BN telah hilang daripada tangan UMNO. Kuasa ini telah mulai ditentukan oleh kerabat UMNO dalam BN yang bukan Melayu. Jadi, survival masa depan bangsa Melayu dan agama berada dalam sangat merbahaya, sekiranya UMNO tetap diberi mandat untuk terus memeritah.

Najib ketika berucap di Sabah menyatakan bahawa BN adalah pembela rakyat miskin. Tahun 2008 kerajaan telah membayangkan harga runcit petrol, gas memasak dan tarif elektrik [mungkin tarif air juga] akan dinaikkan. Kenaikan bahan-bahan ini akan menaikkan kos sara hidup rakyat, khususnya rakyat miskin. Bagi golongan berkuasa dalam elit politik UMNO yang memiliki kekayaan mengunung tidak akan merasainya, tetapi bagaimana kehidupan rakyat marhaen, masyarakat petani, nelayan, buruh, yang berkerja sendiri dan yang bergaji tetap. Semuanya ini memeritkan kehidupan rakyat. Dapatkah mereka mengecapi kebahagian seperti yang diucapkan oleh Najib itu?

Pemimpin [mesti UMNOlah] masih lagi meniupkan kata-kata semangat agar rakyat bersabar, berhemah dalam perbelanjaan, senantiasa mengamalkan hidup sederhana dan tidak berboros berbelanja. Hakikatnya, sebenarnya siapa yang boros dalam perbelanjaan ini?

Siapa yang beli jet mewah bernilai RM200 juta, sedangkan kita suda hada 4 buah jet eklusif yang bersiap sedia untuk membawa pemimpin ke seluruh dunia?


Siapa yang berbelanja mengubahsuai rumah rasmi menelan belajan RM20 juta dan satu lagi hampir RM14 juta?

Siapa yang suka berbelanja boros di luar negara?

Siapakah yang sanggop menghabiskan duit beribu ringgit sekadar hendah bermegah membeli sebuah nombor plat kereta mewah?

Siapakah yang sanggop berkelahi dengan pegawai kerajaan bukan dasar kepentingan rakyat, tetapi hanya sekadar sebuah kereta mercedes?


Adakah semua ini dilakukan oleh rakyat marean, wahai Najib?

Kalau engkau anak jantan berbinkan Tun Razak, tolong jawab persoalan di atas secara jujur dan iklas. Jangan ashik melalak tidak tentu pasal. Hentikan sandirawa untuk memperbodohkan rakyat yang telah berjaya dikelabukan oleh maklumat senget sebelah oleh gara-gara kerajaan naungan engkau itu. Ingat, bukan semua rakyat menjadi tunggul kayu mati, hanya ahli UMNO, golongan pengampu dan golongan oportunist yang mampu engkau dan golongan engkau boleh diperbodohkan dan boleh diperlembukan.


Bahagian 2

Adalah lebih eluk kita baca tulisan saudara Amin Iskandar yang bertajuk : “Selamat Tinggal 2007” yang disiarkan oleh Malaysiakini.com
http://www.malaysiakini.com/columns/76398

Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2007. Ia mungkin adalah tahun yang paling bermakna bagi sesetengah pihak dan mungkin juga yang paling malang bagi pihak yang lain.

Ramai juga yang tidak sanggup untuk meninggalkan 2007 kerana “bencana” yang bakal berlaku pada tahun 2008. “Bencana” yang dimaksudkan ialah khabar angin tentang kenaikan harga minyak. Kerajaan dikatakan bakal menaikkan harga minyak pada tahun 2008. Kemungkinan besar harga minyak di Malaysia akan dinaikkan selepas pilihanraya umum ke-12.

Asas kepada kenaikan harga ini sangat kukuh memandangkan harga minyak dunia sekarang ialah AS93.14 setong (harga pada Hari Natal, 25 Disember 2007) dan dijangka mencapai AS100 setong dalam jangkamasa terdekat. Peperangan dan krisis politik yang berlaku di Timur Tengah tidak memungkinkan akan berakhir dalam jangkamasa terdekat ini.

Sebab itu ramai yang sudah mula gusar menghitung hari-hari akhir 2007. Contohnya peniaga-peniaga di Medan Selera Taman Melawati, Kuala Lumpur. Seorang teman lama yang membantu keluarganya mengusahakan sebuah kedai makan di medan selera tersebut merungut tentang masa depan perniagaan mereka.

Dengan kenaikan harga barang yang mendadak dan pelanggan yang semakin berkurangan, amat perit sekali untuk mereka terus berniaga.Untuk menaikkan harga makanan, mereka serba salah dan takut dimarah oleh pelanggan.

Akhirnya merekalah yang menanggung kerugian dari hari ke hari. Bapa teman saya memberitahu saya, jika harga minyak dinaikkan lagi pada tahun hadapan, mereka akan menanggung kos yang lebih besar lagi akibat daripada harga barang-barang mentah yang akan naik seiring dengan kenaikkan harga minyak. Jika itu berlaku, kemungkinan mereka akan menutup kedai dan pulang ke kampung.

Ini adalah salah satu contoh sahaja. Sudah pasti ramai peniaga-peniaga kecil yang mengalami nasib yang sama. Mereka-mereka ini tidak didokong oleh kekuatan modal yang besar seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken, Burger King dan lain-lain.

Dari segi demokrasi, 2007 boleh dikatakan sebagai tahun-tahun gelap demokrasi di Malaysia. 2007 ditutup oleh pemerintah Malaysia dengan memberikan 'signal' bahawa demokrasi akan mati.

Blogger ditahan

Insiden terbaru yang berlaku ialah pada 24 Disember 2007, sehari sebelum Hari Natal dirayakan. Seorang blogger yang menggunakan nama samaran Cucu Mat Kilau telah ditahan oleh polis yang berpakaian preman sewaktu berada di rumah.
Tanpa sebarang waran tangkap dan kenyataan dari polis bahawa beliau ditahan, pintu hadapan rumah blogger yang berusia 36 tahun itu didakwa telah ditendang dan dipecahkan oleh pihak polis pada jam 10 pagi. Ketika beliau baru hendak turun dari rumah, dengan rakusnya polis didakwa telah memegang dan terus menggarinya. Beliau berkali-kali bertanya mengapa beliau ditahan dan apa sebabnya. Tanpa memberikan sebarang jawapan, polis menyuruh beliau mendiamkan diri.

Rumahnya digeledah walaupun waran geledah tidak ditunjukkan. Setelah satu jam, beliau pun dibawa oleh polis.Tiga telefon bimbitnya dan satu komputer riba, turut dibawa oleh pihak polis. Beliau didakwa turut ditampar oleh pihak polis semasa dalam perjalanan ke IPD Kuantan. Apabila tiba di balai polis, beliau didakwa disuruh mengambil ujian air kencing. Setelah keputusan air kencingnya menunjukkan bahawa beliau tidak terlibat dengan dadah, beliau dilepaskan dan kesemua barang-barangnya yang diambil oleh polis dikembalikan.

Persoalannya sekarang, jika beliau hendak ditangkap akibat disyaki menggunakan dadah, di manakah waran tangkapnya? Apa kena menggena komputer riba dengan dadah? Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai berita penahanan beliau, sila layari http://cucumatkilau.blogdrive.com.

Apakah ini salah satu cara kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hendak menakut-nakutkan blogger? Ternyata Abdullah juga bimbang untuk menghadapi 2008. Tambahan lagi 2008 dikatakan sebagai tahun pilihanraya umum ke-12. Oleh kerana terlalu takut dengan penentang-penentangnya, taktik-taktik kotor telah digunakan untuk memastikan beliau akan terus berkuasa.

Lima pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA. Dengan menggunakan seksyen 8 ISA, mereka telah dihantar terus di Kem Kamunting selama dua tahun tanpa perlu “diseksa” selama 60 hari di Bukit Aman. Suwandi Abdul Ghani dan Mohamad Azman Aziz yang ditembak polis dalam “Tragedi Batu Burok” kini merengkok dalam Penjara Terbuka Marang setelah hakim tidak membenarkan mereka diikatjamin pada 9 Disember yang lalu. Manakala polis yang menembak mereka langsung tidak bicarakan dan tidak dipersoalkan tindakan mereka.

2007 tidak mungkin dilupakan oleh ahli keluarga Nurin Jazllin Jazimin dan rakyat Malaysia. Sehingga hari ini - setelah lebih tiga bulan Nurin dirogol dan dibunuh dengan kejam - pembunuhnya masih lagi belum tertangkap. Jika 4,000 orang anggota polis boleh dikerahkan untuk mengawal perhimpunan Bersih pada 10 November yang lalu, takkanlah polis tidak boleh menangkap pembunuh Nurin dengan bantuan yang telah diberikan oleh FBI?

Harga minyak

Sedangkan rungutan pemerintah untuk membungkam musuh-musuh politik mereka dilaksanakan dengan pantas. Realiti semasa telah menunjukkan bahawa polis hanya cemerlang ketika bertindak untuk melemahkan penentang-penentang Barisan Nasional.

Berdasarkan insiden-insiden yang berlaku di atas, saya juga tidak “berani” untuk meninggalkan 2007. Tidak sanggup difikirkan apa yang akan berlaku lagi pada tahun 2008. Berdasarkan apa yang telah berlaku pada tahun 2007, tidak menunjukkan bahawa 2008 akan menjadi lebih baik.

Namun, sebagai orang muda, saya tidak boleh bersikap pesimis. Jika orang muda bersikap pesimis, makin gelap masa depan negara. Dari segi positifnya, penindasan-penindasan yang sebegitu, kemungkinan besar akan disambut dengan perlawanan yang hebat. Reformasi dahulu dikatakan tidak begitu berjaya oleh kerana rakyat Malaysia masih lagi hidup senang.

Sekarang ini, dengan beban kenaikan harga barang yang berterusan, golongan kelas bawah semakin melebar. Jika harga minyak dinaikkan lagi pada 2008, golongan ini akan terus membesar dan golongan kelas menengah akan terus mengecil. Ini akan meluaskan lagi jurang kekayaan di antara miskin dan kaya. Jika ini berlaku, Malaysia akan menjadi seperti Indonesia dan Filipina di mana jurang kekayaan antara yang kaya dengan yang miskin begitu lebar.

Jika benarlah teori yang mengatakan bahawa “apabila masyarakat susah barulah mereka akan melawan”, terutama jika kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, maka 2008 seharusnya menakutkan Barisan Nasional juga. Jika untuk menuntut “pilihanraya yang bebas dan adil” Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh puluhan ribu rakyat, apalagi jika isu yang bersangkut paut dengan kehidupan harian diperjuangkan?

Apapun, selamat tinggal 2007. Semoga 2008 akan memberikan sinar dan harapan baru buat rakyat Malaysia. Ooops…. terlupa pula. Apa berita tentang tahun Melawat Malaysia 2007? Setelah berbilion ringgit dibelanjakan untuk Tahun Melawat Malaysia 2007, apakah pulangannya kepada rakyat Malaysia? Untung atau rugi?

MARILAH SAMA-SAMA KITA BERJUANG MENCARI KAEDAH TERBAIK MENGHAPUSKAN UMNO. INGAT, KITA TIDAK BOLEH HAPUSKAN UMNO MELALUI PILIHANRAYA.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

1 comment:

Anonymous said...

order an LsZvPDux [URL=]burberry tie[/URL] to take huge discount UMhImwuq [URL= ] [/URL]