DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, September 30, 2010

BUKU 'THE MARCH TO PUTRAJAYA' DIHARAMKAN


Kementerian Dalam Negeri telah mengenakan perintah larangan terhadap sebuah buku tulisan Kim Quek yang boleh menghasut pembaca untuk membenci Perlembagaan.Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku bertajuk 'The March to Putrajaya-Malaysia's New Era Is At Hand' tidak sesuai untuk bacaan umum."

Bahan penerbitan itu dikenakan Perintah Larangan kerana isi kandungannya mempunyai unsur-unsur tohmahan dan spekulasi serta tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara serta boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat."Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan kepentingan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahmood berkata mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.Buku "The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand" itu yang mengandungi 361 muka surat dikatakan memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan.

KOMEN :

Apa hendak jadi dengan negara ini. Setiap hari kebebasan rakyat untuk bercakap, berbincang, mengeluarkan pendapat, berdebat, menulis, berhimpun, berceramah dan berbagai aktiviti lagi telah menerima kekangan dan halangan yang paling hebat di abad ke 21 ini, di era IT ini maklumat di hujung jari. Pihak berkuasa di negara ini bersungguh-sungguh untuk mematian dan menguburkan amalan demokrasi yang sihat yang menjadi sanjungan bagi setiap negara yang mengakui dirinya bertamadun.

Minggu lalu, buku karton Zunar dirampas dan Zunar dtahan. Kini tiba pula giliran Kim Quek pula. Buku tulisannya dirampas kerana adanya gambar Anwar Ibrahim dan cerita-cerita yang berkaitan dengan beliau serta mengandungi cerita-cerita yang Najib Tun Razak tidak mahu dengar. Najib mahu seluruh saluran media massa di negara ini memuja dan memuji beliau selama-lamanya.


Adalah mustahil. Kritik mengkritik sudah wujud sejak dari Nabi Adam lagi. Apakah Najib hendak mematikan budaya yang sihat ini bagi menjaga UMNO dan pemerintahannya kekal. Kritikan amat dialu-alukan oleh pemerintahan yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya. Contohilah para sahabat Nabi saw seperti Khalifah Umar Al-Khatab.

Alasan yang diberikan oleh Mahmood Adam bahawa buku 'The March to Putrajaya-Malaysia's New Era Is At Hand' tidak sesuai untuk bacaan umum.

Apa yang suai?


Adakah buku-buku, suratkhabar, majalah-majalah (keluaran Utusan Melayu contohnya seperti Mastika, URTV, Wanita dll) tabloid dan berbagai lagi bahan-bahab bacaan yang menghidangkan bahan-bahan bacaan berbentuk tahyol, hantu, soal jawab berkaiatan hubungan seks, cerita-cerita berunsur seks, hiburan dengan artis wanita berpakaian seksi berpelukan dengan penuh warna-warni dan berbagai lagi itu yang bercambah di pasaran sesuaikah dengan bacaan umum?

Belilah Utusan Malaysia, Metro dan sebagainya, kita sangat malu pada anak-anak kita yang sedang remaja tenguk isi kandungannya yang sangat memualkan dan memalukan. Kandungannya sesuaikah dengan budaya Melayu dan ajaran Islam yang kita amalkan?

Jadi, alasan yang diberi oleh Mahmood merupakan pembohongan yang besar dan amat nyata. Tujuannya semata-mata melaksankan arahan bukan untuk menegakkan amal makrof nahi mungkar. Tujuannya untuk menjaga kepentingan para pemimpin UMNO daripada dikritik oleh rakyat yang mengeluarkan pendapat ke dua sebagai satu bahan untuk mereka bermuhasabah. Tulisan itu tidak boleh memudaratkan keselematan negara.

Alasan para pemimpin negara (yang korup dan tidak beramanah) akan menimbuhan kebencian dan kemarahan masyarakat adalah betul kerana negara ini ada parti-parti pembangkang dan ada parti pemerintah yang tidak pernah sehaluan (perbezaan) dari segi ideologi dan pandangan serta pendekatan dalam berbagai isu.


Kenapa pihak KDN tidak mengambil tindakan terhadap suratkhabar dan majalah yang memburuk-burukkan para pemimpin dalam Pakatan Rakyat (terutama UM). Bukankah ini juga boleh menimbulkan kebencian masyarakat terhadap para pemimpin parti-parti seperti PAS, PKR, DAP dan lain-lainnya. Janganlah menjadi seorang manusia yang munafik.

Hakikatnya UMNO dan para pemimpin itu bukannya bersih. Allah tidak menurunkan mereka dari langit untuk memerintah bumi Malaysia ini.


Akhirnya ke mana hala tuju negara ini hendak di bawa?

Adakah keseluruhan kehidupan rakyat Malaysia hendak dikongkong dan dipaksa berundur kebelakang. Atau adakah pemerintahan negara ini akan akan bertukar dari sistem demokrasi kembali ke sistem lampau yang berunsurkan sistem autokritik atau diktator atau komunisme atau kembali ke sistem feudal bagi menjamin UMNO terus berkuasa selama-lamanya.

Saya amat percaya kepada kuasa yang ada pada Allah swt. Allah TIDAK pernah mengekalkan sebuah pemerintahan pun di dunia ini yang akan kekal selama-lamanya. Sampai masanya ia akan tumbang seperti kerajaan-kerajaan terdahulu yang banyak didedahkan dalam al-Quran dan buku-buku sejarah. Saya syorkan pada Mahmood bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui kehancuran tamadun dan kerajaan-kerajaan terdahulu sebagai teladan dan peringtan.

Hanya masa akan menentukan kehancuran UMNO dan para pemimpinya.

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Monday, September 27, 2010

AMBILLAH INI, TAPI UNDI PAS




BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK

PILIHLAH PAS :


Jangan Pilih UMNO, Jadi begini :




WATAK YANG AKAN DITEMUI DI ADUN GALAS NANTI







SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL DI ADUN GALAS


Pertama sekali marilah kita sama-sama membaca AL-FATIHAH untuk dihadiahkan kepada Allahyarham Che Hashim bi Sulaima yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya bersama-sama dengan orang-orang solehin. Amin.


Che Hashim berjaya merampas DUN Galas dari UMNO pada PRU ke-12 lalu dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya dari BN, Mohd Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi
.Pada tahun 2004, Che Hashim tewas kepada Saufi dengan majoriti 1,729 undi. Saufi mendapat 4,184 undi manakala Che Hashim memperolehi 2,455 undi. Kerusi Galas yang terletak dalam kawasan parlimen Gua Musang itu merupakan kubu kuat Umno.

KOMEN :

Rakyat hendak tengok UMNO merayakan kawasan ADUN Galas. Strategi tidak akan berubah dulu, kini dan selama-lamanya. Semuanya ada dalam kocek seluar seluruh kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

Kita semua sudah tahu, UMNO akan digunakan strategi umpan duit (dan juga - - rit melalui Putrinya-maaf terlalu marah dengan gelagat UMNO seperti ditunjukkannya di Bagan Pinang, NS dan di ADUN Galas nanti). Projek-projek mee segera. Media akan digunakan sepenunya menghentam Pakatan. Pasukan polis kita sudah tahu peranannya selama ini.

Rayuan saya, mulai sekarang seluruh rakyat ADUN Galas perlu merancang untuk memohon projek sana, projek sini. Habiskan duit UMNO. Pastinya berjuta ringgit akan terbang di sini bagaikan daun getah gugur di musim kemarau.

Jangan lupa PRK Manik Urai dan Hulu Selangor dan Kuching.

LAWAN TETAP LAWAN

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Saturday, September 25, 2010

ZAINUDDIN MAIDIN (ZAM): SEORANG OPORTUNIST DAN ANTI PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA-SIRI 3 (AKHIR)

Oleh : Tun Telanai
Assalamualaikum wm wbt



ZAINUDDIN MAIDIN ANTI PERKEMBANGAN ISLAM?



Zainuddin Maidin ketika diwawancara dalam UMNO On-line.com, kemudian disiarkan oleh Malaysiakini.com mendakwa bahawa perpaduan UMNO dengan PAS (mustahil akan berlaku) tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya kekuatan tiga parti UMNO (tunggak kerajaan dan pengasas BN), MCA dan MIC adalah perpaduan yang sebenar (hakiki) yang akan membawa rakyat Cemerlang, Gemilang dan Terbilang (pandangan penulis: termasuk ke syurga di akhirat nanti). Yang penting kata beliau ketiga-tiga parti itu perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru untuk menjamin masa depan negara. Mengakhiri wawancara tersebut, beliau sekali lagi menuduh PAS adalah musuh sebenar rakyat Malaysia (fahaman penulis).


Semenjak dari dahulu lagi beliau berprangsaka buruk terhadap PAS. Bencinya terhadap PAS tidak terhitung sehinggakan beliau sanggup memberi komen dan memerli PAS soal remeh isu bersongkok dengan berkopiah dalam ucapan aidil fitri tahun 2007. Berulang kali beliau menuduh PAS memperalatkan agama untuk kepentingan politik, tetapi beliau sendiri terlupa bahawa UMNOlah yang sebenarnya yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam kosmistik, penuh berpura-puraan.


Sepanjang UMNO memerintah, orang bukan Islam semakin buta tentang Islam. Orang bukan Islam tidak didedahkan tentang kebaikan Islam, sebaliknya UMNO menimbulkan perkara-perkara yang mengelirukan persepsi orang bukan Islam terhadap Islam dan perkara-perkara yang boleh menakutkan orang bukan Islam untuk mendekati Islam.


Contoh : Apabila Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan (AMT PKR), ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming (Setiausaha DAP Perak), memetik ayat suci al-Quran dalam ucapan mereka, berduyun-duyun fanatik UMNO membuat laporan polis kononnya mereka menghina Islam, sedangkan kebanyakan para pemimpin UMNO (termasuk Zainuddin Maidin) jahil tentang Islam kerana mereka tidak mengaji tentang Islam yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat kelak.


Mereka pinggirkan Islam dalam sektor kehidupan bermasyarakat, berpolitik dan berekonomian. Mereka hanya faham Islam setakat sembahyang, puasa, zakat (amat dititikberatkan kerana ia mampu memperkayakan orang yang terlibat dalam pengurusan zakat, tetapi penerima zakat berterusan berada dalam kemiskinan) dan haji sahaja.


Demikian juga apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerap bercakap mahu meniru kebaikan Khalifah Umar Abdul Aziz, mereka juga turut membuat bising kerana mereka juga jahil tentang sejarah keagungan pemerintah Islam yang zuhud, tinggi nilai ketaqwaannya, adil, amanah dan senantiasa takut kepada Allah swt. Tidak seperti para pemimpin UMNO seperti binatang membaham semua benda yang ada di sekeliling tanpa mengambil kira halal-haram. Harta rakyat dijadikan harta pusaka, difaraidkan sesama mereka yang berkuasa, rakyat dinafikan haq untuk sama-sama menikmati kekayaan negara.


UMNO kerap memberi gambaran Islam yang tidak benar kepada orang bukan Islam. Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah , UMNO dan juak-juaknya riuh seluruh pelusuk negara kerana ia menghina kesucian Islam kononnya. Kita pun tidak faham bila masa pula UMNO membela kesucian Islam. Dr.Mahathir Mohamad sering berucap menghina sunnah Nabi Muhammad dan hukum Allah swt (termasuk Najib Tun Razak sendiri), UMNO tidak ambil pusing untuk membela Nabi saw dan hukum Allah. Menghina hukum Allah dan sunnah Nabi bererti menghina Allah swt sendiri.


Apabila Adun Sri Andalas (PKR),
Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Serdang (DAP), Teo Nie Ching turun ke surau Surau Al-Huda, Kajang dan Ahli Parlimen Selayang (PKR), William Leong Jee Keen mengunjungi pula Masjid at-Taqwa, di Selayang Baru dengan tujuan untuk menghulurkan sumbangan, mereka mendapat kecaman, cacian dan kutukan daripada berbagai pihak dalam UMNO dan media (termasuk MAIS dan JAIS yang menjadi kuda tungangan UMNO) kononnya ia mencemarkan kesucian Islam, sedangkan hukum Islam tidak mengharamkan bukan Islam memasuki masjid atau surau atas niat yang baik.


Mengunjungi dan mengimarahkan masjid atau surau bukan budaya para pemimpin UMNO, apatah lagi untuk mengharapkan mereka menadah kitab mengaji bagi memperdalamkan lagi ilmu Islam, sebaliknya para pemimpin UMNO menjadikan lounge hotel-hotel sebagai budaya baru untuk bersembang-sembang sambil minum-minum (ada setengahnya mabuk-mabuk seperti JJ) berbincang soal-soal politik dan perniagaan (soal duniawi). Tetapi, apabila terdapat bukan Islam masuk masjid atau surau bercakap mengenai kebaikan dan keadilan yang dibawa oleh Islam, maka mereka terkejut beruk dan mereka terasa diri mereka dicabar, diperleceh dan dihina kerana mereka selama ini yang mengaku Islam lalai dan lupakan masjid atau surau untuk dijadikan pusat menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarkatan kerana mereka hanya datang seminggu atau setahun sekali ke masjid.


Dalam pada itu, UMNO menyebarluaskan doktrin bahawa sekiranya Islam memerintah negara akan menjadi mundur, ekonomi tidak berkembang. Ini katanya akan menjejaskan peluang-peluang perniagaan, perdagangan dan sebagainya yang rakyat menikmatinya selama ini. Manakala, golongan wanita pula akan menjadi warga kelas ke dua, didiskriminasikan dalam berbagai sektor kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi, terkurung, tertindas dan hanya menjadi alat memuaskan hawa nafsu lelaki sahaja.


Sejak merdeka UMNO memerintah, UMNO tidak pernah berusaha mengajar rakan-rakan bukan Islamnya dalam komponen Barisan Nasional (BN) (ahli-ahli MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya) akan kandungan Islam dan isi al-Quran. Ini kerana UMNO tidak mengamalkan semua hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran itu. UMNO adalah parti perkauman nasionalis yang memperjuangkan kepentingan Melayu (bukan kepentingan Islam), digabungkan dengan parti perkauman juga seperti MCA dan MIC yang masing-masing memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Matlamat gabungan parti-parti perkauman ini yang dulunya dikenali Perikatan dan selepas 1969 sebagai Barisan Nasional adalah untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun.


UMNO sengaja tidak mendedahkan kandungan ajaran Islam sepenuhnya demi kepentingan politiknya. Sekiranya bukan Islam memahami ajaran Islam sebenar secara automatiknya ‘Umno akan bungkus’.Apabila orang bukan Islam tahu akan ajaran Islam yang asas seperti tidak boleh berlaku zalim, tidak boleh melakukan rasuah, tidak boleh memfaraidkan harta rakya sesama sendiri, tidak boleh melonggokkan kekayaan melimpah ruah di kalangan elit politik berkuasa, tidak boleh menindas orang berlainan bangsa dan agama, apatah lagi sesama bangsa dan seagama, tentunya mereka akan menolak UMNO yang mengamalkan politik perkauman kerana Islam menyuruh berlaku adil dan membuat kebaikan kepada semua manusia.


Kini, kita amat bersyukur selepas stunami politik berlaku dalam PRU ke-12 lalu, orang bukan Islam sudah mulai belajar akan kandungan Islam termasuk daripada al-Quran. Itulah sebabnya pemimpin seperti Gobalakrisnan kerap mengucapkan ayat 54 Surah Ali Imran yang bermaksud: “Mereka (orang jahat) membuat perancangan jahat, Allah juga membuat perancangan dan Allah-lah sebaik-baik membuat perancangan.” Nga Kor Ming pula memetik Ayat 90 Surah An-Nahl yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan membuat kebajikan…”Apabila pemimpin Umno mendengar orang bukan Islam memetik ayat-ayat Quran ini dalam ceramah-ceramah umum yang dihadiri beribu manusia, maka mereka menjadi takut, panik dan menggigil ketakutan. Tentulah orang Islam sejati yang biasa membaca dan berusaha untuk mengikuti perintah Allah, bersikap biasa saja tetapi mereka yang menyeleweng, berlaku jahat, tidak berlaku adil dan menyembunyikan makna ayat-ayat ini akan ketakutan, bukan takut kepada Yang Maha Kuasa sebaliknya takut akan kehilangan kuasa.


Dasar dan amalan inilah yang dipertahankan oleh Zainuddin Maidin yang menjadi juru cakap UMNO
semenjak ia bertugas di Utusan Melayu lagi. Alhamdulillah, berita terbaru yang kita dengar mengatakan ada krisis besar sedang berlaku di Utusan, kita doakan semoga akhbar Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang acap kali membakar api perkauman, penghasut dan menyiarkan berita berunsur fitnah akan cepat dikuburkan kerana tidak siapa yang sudi menatap dan ingin membacanya lagi.


Zainuddin Maidin amat anti kepada pergerakan Islam (harakah Islamiah), beliau hanya mahukan Islam itu setakat mengerjakan ibadah khusus sahaja yang melibat individu dengan tuhannya. Islam lain. Politik lain. Islam tidak boleh dicampur dengan politik. Apatah lagi keinginan masyarakat Islam yang hendak memertabatkan Islam menjadi ad-din dalam kehidupan muslim di dalam semua sektor dalam negara ini, tentu ia akan ditentang habis-habisan. Beliau telah pun menggunakan kuasa yang ada padanya ketika baliau menjadi Menteri Penerangan dulu. RTM dan media (cetak dan elektronik) di bawah kawalan UMNO diperalatkan habis-habisan untuk menentang kebangkitan Islam dalam negara ini.


Beliau cukup senang Islam yang dibawa oleh UMNO. Pendekatan UMNO tentang Islam tidak menyeluruh sepertimana yang diajar oleh Nabi Muhammad saw. UMNO mengambil Islam sekerat-sekerat, dipotong-potongnya sehingga Islam tidak menjadi agama yang suci lagi sepertimana yang diperturunkan oleh Allah swt kepada Rasullullah saw. Islam dicampur adukkan dengan perkara-perkara mungkar yang ditengah oleh Allah.


Dalam tulisan beliau dalam Mingguan Malaysia (MM) 15 November 1987 dalam ruangan pojok-pojok Awang Selamat, beliau mengkritik hebat Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam yang ideanya di bawa oleh Anwar Ibrahim dan dilaksanakan diera Dr.Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4. Kecenderungan masyarakat Melayu ketika itu (termasuk anak-anak orang Melayu yang sedang menuntut di universiti-uiversiti tempatan) memperdalamkan ilmu-ilmu Islam melalui berbagai saluran berkembang meluas dalam masyarakat sangat membimbangkan beliau. Beliau berpendapat perkembangan tersebut sangat bahaya kepada masyakarat Melayu dalam arus pembangunan negara dan trend sedemikian perlu disekat. Bertolak dari itu, perkembangan Islam di kampus-kampus, di pejabat, masjid, surau dan di mana sah dikekangkan melalui berbagai peraturan dan undang-undang dan akhirnya perkembangan Islam ditempat-tempat yang disebut itu semakin malap.


Zainuddin Maidin cukup anti kepada wanita berpakaian yang menutup aurat. Dalam tulisannya pada 15 Januari 1989 dalam ruangan yang sama, beliau membidas wanita yang menutup kepala dan memakai mini telekong yang menyebabkan berlakunya kekurangan wanita Islam melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan (maksudnya bersosial) dan mengkritik orang Melayu yang lebihkan masa ke masjid atau surau sehingga terlupakan untuk melibatkan diri dalam pertubuhan-pertubuhan, bersukan dan sebagainya. Semuanya ini mengikut pendapat beliau akan merugikan bangsa dan menyebabkan orang Melayu akan ketinggalan ke belakang.


Di Utusan Malaysia Zainuddin Maidin meneruskan kegiatan melawan arus perdana kesedaran Islam vs Sekularisme dengan meletakkan penulis-penulis upahan seperti penulis kelahiran Selatan Thailand bernama Astora Jabat @ Asae Toramae yang tergamak mem’fatwa’kan memakai tudung tidak lagi relevan dengan zaman semata-mata untuk membela cara pemakaian anak isteri pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Beliau percaya sekiranya orang Melayu kuat beragama, mereka akan tetap berada dalam kemiskinan kerana agama sebagai batu penghalang untuk membawa orang Melayu keluar dari kepompong dan beliau juga mengkritik golongan tabligh yang berpakaian kotor dan membawa periuk belanga ke sana-sini seperti orang bangsat menjatuhkan maruah Islam dan menodai kesucian Islam.


Tulisan beliau selanjutnya pada 26 Februari 1989 mengkritik hebat kejayaan Ayatollah Khomeini menyahkan Shah Iran dari tahta kekuasaan dan mengelar Khomeini sebagai orang tua nyanyuk yang mana di tangannya berjaya menjatuhkan jet Amerika Pan Am yang membunuh 270 penumpang. Sebelum itu, Amerika menembak jatuh jet penumpang Iran di ruang udara selat Hormuz pada Julai 1988 bersama-sama penumpang seramai 290 orang. Beliau menyalahkan para pemimpin Iran mengelar Amerika sebagai negara syaitan, tetapi syaitan sebenar katanya ialah orang Islam sendiri kerana revolusi Iran (dan lain-lain negara Islam seperti Algeria, Libya, dan Afghanistan) mengambarkan agama Islam sebagai satu ajaran bercirikan bom, senapang dan pembunuhan berdasarkan persepsi barat.


Selepas revolusi itu, menurut pandangan beliau berlakulah suatu keruntuhan Islam yang paling besar dalam sejarah Islam. Beliau juga turut menyokong Salman Rushdie yang menulis buku The Sanati Verses dan membantah Khomeini menawarkan hadiah pembunuhan Rushdie yang mengambarkan Islam sebagai agama yang kejam dan dahagakan darah.


Beliau juga turut menempelak PAS kerana meniru kejayaan revolusi Iran dan cuba melaksanakannya di Malaysia dengan menuduh PAS memperalatkan agama untuk kepentingan diri dan politik. Mengunakan hadis dan ayat-ayat Quran untuk menakutkan manusia yang menentang mereka (PAS) dan sekiranya mereka berkuasa (ditujukan kepada para pemimpin PAS) mereka lebih dashat apa yang regim UMNO lakukan sekarang ini.


Beliau sanggup membariskan Haji Abdul Hadi Awang, ketika itu sebagai Timbalan Yang DiPertua dan kini sebagai Presiden PAS (MM, 24 Jun 1990) menyamakan dengan diktator Romania, Nicolae Ceausescu yang pernah mempengaruhi gereja supaya mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan dasar dan peraturan yang digubal oleh kerajaan Nicolae Ceausescu ketika itu adalah sama dengan apa yang pernah dibuat dalam ucapan oleh Haji Hadi mengkafirkan orang bukan PAS. Sifat orang fanatik agama apa pun sama sahaja katanya.


Perkataan yang paling keji yang pernah diucap oleh Zainuddin Maidin ialah beliau menyamakan Islam dengan candu. Kenyataan beliau yang menghina Islam ini dibuat ketika beliau mengulas fatwa Majlis Mufti-Mufti berhubung dengan pengaruh buruk filem Bollywood terhadap masyarakat. Beliau menuduh Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang juga menggunakan agama sebagai “candu” mempengaruhi fikiran rakyat Kelantan dan Terangganu menerima PAS (bukan UMNO) untuk menjadi pemerintah dan menyukarkan UMNO untuk mengambil balik kuasa khususnya di Kelantan.


Ketika kenyataan itu di buat masyarakat Malaysia khususnya masyakarat Melayu sangat ketagih menonton filem-filem Bollywood yang disiarkan oleh kebanyakan saluran tv kita, masing-masing bersaing hebat untuk mendapat rating yang paling tinggi dan mendapat laba yang menguntungkan hasil daripada pengiklanan. Trend ini sangat membahayakan kerana filem-filem Bollywood yang disiarkan membawa kesan buruk terhadap remaja. Oleh itu, timbul bantahan dari orang ramai dan NGO-NGO supaya pihak berkuasa di tv mengurangkan siaran filem-filem tersebut sehingga memaksa pihak mufti mengeluarkan fatwa mengharamkannya (seperti sure heboh Tv3).


Pengharaman ini menimbulkan kemarahan Zainuddin Maidin. Dalam satu kenyataan amat menghina Islam ini dilaporkan oleh Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001 dalam artikel oleh Wan Hamidi Hamid bertajuk : “Two fears behind Bollywwood film row”. Manusia celaka ini memberitahu Straits Times, Singapura: ‘In Kelantan and Terengganu especially, men are glued to the TV set at the coffeshops for at least three hours, that’s the normal length of a feature Hindi movie. First, religion has become an opium to the people in the east coast of the peninsula, now Bollywood movies are also becoming opium for them”.


Adalah jelas dari kenyataan Zainuddin Maidin itu bahawa ‘religion’ yang beliau maksudkan itu adalah agama Islam. Dan amalan agama Islam yang kuat diamalkan ialah di kalangan orang-orang Kelantan dan Terengganu. Pemikiran Zainuddin Maidin ini sangat membahayakan kerana beliau merupakan orang kedua di dunia yang mengatakan agama adalah candu. Orang pertama mengatakan agama adalah candu ialah Karl Marx. Karl Marx adalah bapa ideologi komunis. Pemikiran Zainuddin Maidin adalah sama dengan pemikiran Karl Marx menganggap agama adalah candu yang mesti dimusnahkan dengan apa cara sekali pun supaya masyarakat tidak bersandarkan kepada agama dalam menjalani kehidupan bernegara. Jadi, secara jelas beliau menganuti fahaman komunis bersamaan dengan Karl Marx (bapa ideologi komunis ) menganggap agama itu candu yang mesti dipisahkan dari kehidupan manusia, apatah lagi untuk dijadikan dasar negara sekiranya sesebuah negara itu ingin menjadi negara maju.


Beliau sepatutnya sudah lama ditangkap dan disumbat dalam penjara kerana beliau membawa fahaman komunis ketengah-tengah masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah orang Melayu beragama Islam menganut fahaman sunnah wal jama’ah bermazhab imam Shafei. Beliau ketika itu sangat membahayakan ketenteraman dan keselamatan awam yang boleh mencetusan ‘perang saudara’ (pergaduhan sebangsa dan seagama), tetapi Mahathir melindunginya kerana di antara Mahathir dan beliau merupakan golongan sekapal dan anti kemajuan Islam hakiki khususnya yang dibawa oleh PAS untuk semua rakyat Malaysia yang boleh memberi ancaman terhadap UMNO.


Tulisan-tulisan golongan sekular seperti Dr Farish A.Noor, Akbar Ali dan golongan anti hadis seperti Kassim Ahmad terus diberi tempat di akhbar-akhbar perdana. Zainuddin Maidin juga tergamak memberi penghormatan kepada Dr Farish A.Noor untuk mengendalikan program ‘Point of View’ di RTM dalam masa ulama-ulama giat mengkritik golongan yang menghina Nabi Muhammad saw. Tindakan beliau itu boleh dibaca sebagai sengaja mencabar dan menaikkan kemarahan golongan ulama.


Beliau yang begitu berang dengan institusi ulama membuat kenyataan di dalam akhbar menuduh mufti gagal melaksanakan tugas membela agama dari dipolitikkan oleh pihak tertentu. Namun mulut Zainuddin Maidin tertutup tutup rapat apabila ditangkis oleh beberapa ulama dengan jawaban sinis kerana yang menjadi halangan ialah kerana wujudnya pihak tertentu yang mengacau dan menghalang kerja-kerja mufti dan ulama.


Halangan-halangan ini contohnya ialah di dalam isu halal haram Amanah Saham Nasiona (ASN). Disebabkan begitu banyak kekeliruan di dalam masyarakat maka Majlis Fatwa pada masa itu telah berjumpa dengan pihak PNB berkenaan isu ini. Memandangkan majoriti ahli Majlis Fatwa merasakan perlaksanaan ASN adalah tidak mengikut syariat, maka Mahathir telah mengeluarkan arahan melarang sebarang hukum dikeluarkan mengenai ASN oleh Majlis Fatwa. Bagi menjawab komen Zainuddin Maidin itu maka institusi ulama membuat kesimpulan bahawa yang menggagalkan tugas mufti-mufti sebenarnya adalah kerajaan BN sendiri.


Mufti Perak Harussani Zakaria (sekarang Haru Sana Haru Sini, dulu kain, kini lain) pula menyentuh bagaimana usaha-usaha mufti untuk memperbetulkan masyarakat dikritik hebat oleh media-media seperti Utusan Malaysia melalui penulis-penulis yang memperjuangkan sekularisme. Ceramah beliau di Masjid Jame’ Ampangan, Seremban Negeri Sembilan pada 7 Jun 2002 menyebut “….mereka ini cukup kuat hentam ulama’….terutama sekali Astora Jabat….ketika saya kritik isu bollywood saya dihentam teruk….Akhbar Ali kata Mufti-Mufti ni tak berfikiran jauh sebab serban mereka tebal sangat tak boleh masuk oksigen dalam kepala…..saya (selaku Pengerusi Lembaga Penapis Buku-Buku Islam) telah memanggil mereka ini untuk memberi nasihat tapi tak semua yang hadir….”


Ulasan-ulasan mufti-mufti negeri yang berlawanan dengan kehendak pemerintah di’black-out’ oleh RTM, sebaliknya dipilih-pilih, di’edit’ dan diputar belit supaya nampak menyokong bulat-bulat dasar-dasar UMNO. Zainuddin Maidin bermusuh secara peribadi dengan institusi ulama di negara ini. Kerana itulah pendekatan ZAM nampaknya lebih banyak menyerang dan menyakiti ulama melalui media-media yang dipengaruhi oleh beliau terutamanya RTM dan Utusan Malaysia.


Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya tuliskan berkenaan manusia yang bernama ZAINUDDIN MAIDIN ini. Banyak lagi gerakan anti Islamnya yang saya tidak masukkan dalam tulisan kerana ia terlalu panjang untuk dibaca, saya harap ada penulis lain akan bertindak berbuat sedemikian. Segala tindakan, ucapan, tulisan dan pemikiran beliau menjurus mengekang kebangkitan Islam yang hakiki dan matlamat akhirnya untuk menghancurkan PAS. Pada beliau, Islam yang betul ialah Islam yang dibawa oleh UMNO yang mencampur-adukan yang halal dan haram dalam satu kawah.Walau pun begitu, segala usahanya itu gagal kerana Allah swt tidak mengizinkan.


PAS terus hidup dan semakin berkembang dalam arus politik dalam negara ini. Kini, masyarakat bukan Islam sudah tidak takut lagi kepada Islam. Mereka mulai faham apa itu Islam dan apa yang ada dalam kandungan hukum hudud yang sering dimain-mainkan dan diputarbelitkan oleh UMNO untuk menakut-nakutkan bukan Islam. Hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak melibatkan yang bukan Islam. Ia seperti amalan-amalan yang dilakukan oleh orang Islam selama ini tidak akan menggangu-gugat kehidupan bukan Islam. Ia hanya tohmahan UMNO untuk menjaga kepentingan politiknya sahaja. Oleh itu, semakin ramai rakyat bukan Islam mendekati PAS dan boleh menerima PAS sebagai pengganti UMNO yang semakin hari semakin tua dan insyaAllah akan menemui ajalnya dalam sedikit waktu lagi. UMNO semakin ngeri melihat perkembangan ini. Insya Allah PAS dalam Pakatan Rakyat berupaya mengganti UMNO memerintah negara ini dengan adil dan saksama.


”UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Monday, September 13, 2010

ZAINUDDIN MAIDIN (ZAM): SEORANG OPORTUNIST DAN ANTI PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA-SIRI 2

Oleh : Tun Telanai
Assalamualaikum wm wbt



SIAPA ZAINUDDIN MAIDIN?


Zainuddin Maidin dilahirkan di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau bukan dari ke
turunan Melayu jati, tetapi berdarah campuran keling/mamak dengan Melayu. Amat menghairankan apabila UMNO menganugerahkan beliau dengan gelaran Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010. Apa jasanya terhadap bangsa Melayu dan Islam. Saya belek buku sejarah tokoh-tokoh pejuang tanah air, namanya tiada pun tercatat di situ. Saya juga semak senarai nama orang-orang yang telah membuat jasa terhadap agama, bangsa dan negara (termasuk bukan Melayu) pasca kemerdekaan, namanya juga tidak tercatat. Tidak ada satu pun jasanya kepada bangsa dan agama yang boleh dikenang oleh genarasi akan datang Jasanya pada pandangan saya ialah beliau pandai melakukan pembohongan demi pembohongan untuk menyelamatkan UMNO (sila baca pembohongan beliau selepas ini). Beliau hanya mampu berkokok menghentam PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. PAS menjadi musuh tradisinya dari dulu, kini dan selama-lama.


Zainuddin Maidin memulakan kariernya di Utusan Melayu pada tahun 1960 sebagai stringer di Alor Setar. Beliau meningkat naik di dalam Utusan kerana sokongan politik bukan kepada kepandaiannya. Beliau menulis artikel-artikel mengampu dan memuji-muji orang politik. Sebahagian besar hayatnya dihabiskan dalam bidang kewartawanan. Kerjaya wartawannya adalah proksi UMNO (Utusan adalah suara UMNO, bukan suara rakyat Melayu) bagi mempertahan dan memperjuangkan survival UMNO melalui media. Ia menulis tanpa mengambil kira perjuangan UMNO itu selari atau tidak dengan matlamat asal penubuhan UMNO pada tahun 1946 bagi meningkatkan martabat Melayu dan Islam dalam negara ini.


Beliau menceburi politik secara langsung apabila dilantik sebagai senator pada tahun 1998 oleh Dr Mahathir Mohamad dan menjadi Ahli Parlimen Merbok pada PRU ke-11 tahun 2004 dan dilantik menjadi Menteri Penerangan mulai 14 Februari 2006 hingga 8 Mac 2008, sebalum itu sebagai Setiausaha dan Timbalan Menteri di Kementerian yang sama. PRU ke-12, beliau dikalahkan oleh Johari Abdul dari PKR dengan majoriti besar yang amat memalukannya sebagai menteri yang tidak bernilai di mata rakyat.


Semasa beliau memegang jawatan dalam kerajaan, Zainuddin gagal untuk mengubah kedudukan Melayu yang masih lagi lemah dan ketinggalan dalam berbagai sektor berbanding dengan kemajuan yang dicapai oleh bangsa bukan Melayu. Apa sebab Melayu lemah dan ketinggalan? Jawapannya : UMNO sebagai tunggak kerajaan yang memerintah sudah 53 tahun, tetapi UMNO masih lagi belum baligh dalam berpolitik. UMNO melakukan berbagai tindakan penindasan dan kezaliman terhadap bangsa dan seagama dengannya hanya sekadar perbezaan fahaman politik.


Melayu bukan UMNO (termasuk kerajaan negeri yang diperintah oleh Melayu bukan UMNO) diasak kiri-kanan, ditekan atas-bawah, disekat dari menerima berbagai sumbangan, bantuan, pinjaman perniagaan, lot-lot kedai yang dibina oleh agensi kerajaan di pekan dan di bandar diagih-agihkan hanya kepada golongan elit berkuasa dalam UMNO dan kroni-kroninya sahaja. Melayu bukan UMNO juga dinafikan haq untuk mendapatkan projek, tender, lesen, permit dan sebagainya. Zainuddin Maidin mendiamkan diri kerana jiwa dan raganya dipenuhi dengan hasad dengki dan kianat terhadap bangsa sendiri, tidak seperti pemainan politik bukan Melayu. Mereka bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi memenuhi matkamat perjuangan bangsanya.


Siapakah yang mendapatkan habuan semuanya ini? Zainuddin Maidin tahu jawapannya.Tentunyalah golongan UMNO yang berkuasa dan kroni-kroninya. Tidak sesiapa pun boleh menafikan hakikat ini. Melayu lain terlopong. Lebih malang lagi, apabila golongan UMNO yang tidak ada kemahiran berniaga dan tidak ada kepakaran dalam sektor pembinaan diberi peluang dan dianugerah berbagai projek, lesen, permit atau sebagainya hanya semata-mata berdasarkan hubungan politik, maka penerima anugerah tersebut menjual projek dan mengambil keuntungan di atas angin dengan meng’alibaba’kan anugerah-anugerah tersebut. Faktor itulah mengakibat Melayu masih mundur dan terbelakang dari bukan Melayu. Sekarang kenapa kita hendak memusuhi bukan Melayu yang lebih berjaya dari Melayu kerana kesilapan UMNO sendiri mencipta dasar songsang.


Lebih teruk dari itu, UMNO sanggup merampas tanah-tanah milik Melayu dengan pembayaran pampasan yang paling rendah nilainya atas alasan untuk pembangunan (bukan untuk kepentiang awam), kemudian dijual semula selepas ditukar syarat kepada taukeh-taukeh besar dengan nilaian yang berlipat kali ganda. Contohnya urusniaga tanah di Zon Bebas Pelabuhan klang (PKFZ) oleh orang UMNO, rampasan tanah sawah di Kerpan Kedah di era Osman Arof memerintah dan di era Mahazir Khalid memerintah pula, hampir-hampir beribu ekar tanah sawah subur milik Melayu di daerah Yan Kedah nyaris-nyaris tergadai ke tangan bangsa asing bagi mendirikan projek petrokimia. Takdir Allah membantu menyelamatkan harta Melayu itu dengan memberi kemenangan kepada PAS dan rakan Pakatannya memerintah Kedah sekarang.


Sungguh celakanya para pemimpin UMNO menjadi kaya-raya di atas keringat dan air mata rakyat Melayu. UMNO tidak berani menyentuh langsung haq dan harta kepunyaan bukan Melayu. UMNO pengecut. UMNO hanya berani bertindak sebagai jaguh ketika menentang bangsa seagama. UMNO sanggup melakukan apa sahaja terhadap bangsa sendiri sehingga sanggup membunuh (contoh: Othman Talib, di Lubuk Merbau, Kedah dan Samad Gol di Kelantan). UMNO juga pernah melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam peristewa Memali pada November 1985 dan sampai sekarang kes tersebut belum dapat diselesaikan tergantung tanpa tali di mahkamah begitu juga kes penggambilan balik tanah di Kerpan juga tersangkut di mahkamah.


Sebab apa? Sebab kedua-dua kes ini menjejaskan kepentingan politik UMNO. Selagi UMNO masih berkuasa, dua kes ini tidak akan diselesaikan. Semakin lama kes-kes ini ditangguh, maka semakin rumit untuk diselesaikan kerana ia melibatkan saksi-saksi yang banyak telah meninggal dunia. Jadi, kedua-dua kes ini akan ditangguhkan sampai dunia kiamat, sepert yang saya kata tadi ia menjejaskan kepentingan UMNO.


Kita juga sewajarnya patut mengambil tahu siapa yang menjadi ketua hakim di Malaysia sekarang ini? Saya sedikit pun tidak mempercayai ketulusan dan keadilan sistem kehakiman di negara ini sekiranya ia melibatkan kepentingan UMNO dan para pemimpin besarnya kerana situ adanya Mohd Zaki Tun Azmi. Zaki menghabiskan sepanjang kerjaya sebagai peguam adalah berbakti dan menjaga kepentingan UMNO. Darah yang mengalir di tubuh Zaki adalah biru pekat. Di samping itu, moral Zaki boleh dipersoalkan kerana beliau terlibat dalam kes mahkamah shariah di Perlis dan isu rasuah seperti yang dilaporkan oleh Karpal Singh.


Begitulah betapa BANGSATNYA amalan politik yang diamalkan oleh UMNO selama ini. Politik menghancurkan bangsa dan agama. Politik mengkayakan elit berkuasa dalam UMNO dan kroni-kroninya. Politik memiskin dan mempapakedanakan sebahagian besar Melayu bukan UMNO sebagai satu hukuman yang ingkar untuk memberi taat setia tanpa berbelah bagi kepada UMNO tanpa mengira jenis pemimpin yang dipilih untuk memimpin. Politik mengtuhankan UMNO, wang dan kuasa. Politik menghasut, mengadu-domba, mengancam dan mengugut rakyat dengan dasar penjajah Inggeris ‘pecah-perintah’ menggugat keharmonian rakyat berbagai kaum dan agama dengan metosnya tanpa UMNO negara akan hancur dan rakyat menderita. Politik membodohkan rakyat-UMNO itu kerajaan, kerajaan itu UMNO, duit kerajaan dikatanya duit UMNO. Zainuddin Maidin tidak mampu membetulkan keadaan yang songsang dan sesat ini kerana beliau berada dalam tong najis yang sama.


Zainuddin Maidin senantiasa menghentam pembangkang dengan memberi gambaran yang buruk dan negatif kepada rakyat. Dalam masa yang sama beliau tidak pernah menegur keburukan dan kelemahan UMNO yang terlibat dalam berbagai skandal, rasuah dan sebagainya yang rakyat dapat menghidu kebusukan dari batang tubuh UMNO sendiri. Serentak itu beliau berperanan menegakkan benang besah mempertahankan UMNO, walaupun beliau sendiri tahu bahawa UMNO itu diselubungi dengan najis yang amat busuk.


Sasaran utamanya ialah parti PAS. RTM dijadikan bilik gerakan UMNO apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Penerangan oleh Mahathir. Sejak itu siaran-siaran propaganda UMNO disiarkan tanpa segan dan malu-malu lagi. Bermacam-macam strategi dirancang untuk memburukk
an PAS. Percubaan beliau untuk mengaitkan nama PAS dengan keganasan melalui dokumentari-dokumentari merapu mengenai Taliban yang cuba dikaitkan dengan PAS menemui kegagalan kerana PAS membuat serangan balas melalui perbahasan di parlimen, di internet, akhbar-akhbar alternatif, akhbar-akhbar milik parti, majlis-majlis penerangan, ceramah-ceramah di markas(di tempat awam diharamkan, di markas pun kadang dikepung oleh pasukan polis) dan sebagainya.


Zainudin Maidin mencuba lagi melalui RTM menayangkan klip video di dalam isu Memali untuk mengambarkan kepada rakyat bahawa perjuangan PAS itu ganas. PAS melalui Presidennya, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mengetuai kempen menyerang balas isu Memali yang diputarbelitkan oleh mamak ini. Ustaz Fadzil membawa isu ini ke parlimen dan dibahaskan bagi membetulkan kenyataan yang dibuat oleh Zainuddin melalui RTM.


Serentak itu, para pemimpin PAS lainnya turun dan bergerak ke seluruh negara bertemu rakyat menjelaskan kepada rakyat isu Memali yang sebenar. Walau pun ada para pemimpin PAS yang kena tangkap, didakwa, dibelasah, dikepung, disembur dengan gas pemedih mata serta dicurah dengan air asid kimia ketika menjelaskan isu itu kepada rakyat oleh pasukan polis yang tidak pernah jemu-jemu merelakan pasukan yang dihormati menjadi perkakas dan kuda tunggangan UMNO sampai kini.


Serangan balas yang hebat dilakukan oleh PAS memaksa UMNO menghentikan serta merta tayangan klip video ini dengan mendapat malu besar kerana dituduh memainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan negara. Angkara yang dilakukan oleh Zainuddin menyebabkan UMNO tersepit. Maka sekali lagi Majlis Fatwa Kebangsaan diseret dalam kancah mainan politik UMNO untuk mengelakkan UMNO dari terus dimalukan oleh PAS.


Zainuddin Maidin tidak terhenti di situ, beliau mengulangi kepakaran mencipta fitnah sewaktu menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu dengan memetik dan meng’edit’ ucapan-ucapan pemimpin pembangkang, mengutip gambar-gambar, menselang-seli gambar-gambar penyokong Barisan Alternatif dengan gambar-gambar keganasan, memutarbelit sejarah dan sebagainya.


Sifat hipokrit (munafik) dan opportunist Zainuddin Maidin lebih terserlah dalam isu penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik yang dicetuskan oleh idea Mahathir untuk memperkenalkan semula Sekolah Aliran Inggeris. Hairan, beliau boleh menyokong dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 oleh Mahathir, sedangkan beliau dikenali umum sebagai pejuang mendaulatkan Bahasa Melayu.


Kita tahu beliau menyokong PPSMI bukan terbit dari hati nuraninya, tetapi kerana beliau terhutang budi pada Mahathir yang mengutip beliau balik dan diberi kedudukan dalam kerajaan. Beliau dilantik sebagai senator yang kemudiannya dilantik pula sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, sedangkan pada satu ketika beliau pernah mengkritik Mahathir menggunakan Bahasa Inggeris ketika diwawancara di Indonesia walaupun wartawan Indonesia menggunakan Bahasa Melayu. Amat memalukan bila Utusan Malaysia beberapa hari selepas itu terpaksa menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan kepada Perdana Menteri (Mahathir) serentak dengan perletakan jawatan Zainuddin Maidin. Tempat beliau sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu lalu diganti oleh Johan Jaafar.


Kita juga tahu bahawa ketika itu, Zainuddin Maidin hendak menonjolkan diri yang beliau sebagai jaguh memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu. Kesan ia menegur Mahathir, ia ditentang keluar dari Utusan Melayu. Ketika ia terpinggir itulah beliau pergi ke London untuk menulis buku bertajuk Mahathir Di Sebalik Tabir. Tujuannya adalah untuk mengampu Mahathir supaya Mahathir dapat memaafkan ketelanjurannya itu dan mengutip beliau balik. Harapannya tidak sia-sia, Mahathir mengutipnya balik dan memberi kedudukan yang selesa.


Banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji di beberapa universiti tempatan menunjukan dasar PPSMI banyak mendatangkan kerugian kepada anak-anak Melayu di luar bandar (miskin), berbanding dalam bandar banyak kemudahan, keluarga yang berpendidikan tinggi dan yang berada banyak tinggal di bandar-bandar. Oleh sebab itu golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan bangkit menentang perlaksanaan PPSMI. Mereka ialah Prof.Diraja Ungku Aziz, Sastrawan Negara A.Samad Said, Prof. Muhammad Hj Salleh, Anwar Ridhwan dan ramai lagi tokoh-tokoh bahasa, cendiakawan, sastrawan dan budayawan tulin bersama-sama dengan Pakatan Rakyat berjuang menuntut kerajan memansuhkan dasar PPSMI ini dan akhirnya Menteri Pelajaran yang juga TPM mengumumkan pada 8 Julai 2009 bahawa dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.


Di manakah engkau pada waktu itu wahai Zainuddin Maidin? Adakah rakyat Malaysia yang berilmu boleh mempercayai apa yang didakwa oleh manusia munafik ini terhadap PAS?. Tepuk dada tanya iman masing-masing.


Zainuddin Maidin seorang manusia yang suka dipuji dan suka masuk bakul angkat sendiri. Contoh : Selepas ia ditendang keluar dari UM, beliau diberi peluang menulis sebagai penulis tamu di UM. Bagi memadamkan memori memalukan itu (ditendang kerana mengkritik Mahathir), beliau cuba menaikkan semula harga dirinya di mata masyarakat melalui tulisan-tulisannya di Utusan. Dalam artikel ‘Sebuah catatan jati diri Utusan’ (Utusan Malaysia 5 April 2001) beliau cuba mengangkat dirinya sebagai wartawan sejati yang penuh dengan profesionalisme dan tidak bias. Dalam artikel tersebut beliau menulis: “Mungkin saya sekarang berada dalam keadaan yang sama, yang sekalipun telah dilihat sebagai seorang ahli politik tetapi masih merasakan diri sebagai seorang wartawan bebas dengan perwatakan dan nilai profesionalisme yang melampaui fahaman dan ikatan politik.”


Apa penilaian pembaca blog ini terhadap diri Zainuddin Maidin berdasarkan petikan kata-kata terebut.


Setelah gagal memainkan isu Taliban dan Memali untuk memburukkan PAS, Zainuddin Maidin meneruskan dengan projek barunya bertajuk ‘Rahsia Besar Taib Azamuddin’. Rahsia besar itu ialah mengenai pengakuan bervideo seorang pensyarah UiTM di hadapan YB Mohd Taib Azamuddin bekas Imam Besar Masjid Negera, kini Ahli Parlmen Baling mengenai kononnya 'hubungan' pensyarah itu dengan Anwar Ibrahim. Beberapa keratan rakaman video itu disiarkan secara meluas di setiap ceramah UMNO di seluruh negara.


Namun, beliau gagal lagi untuk menipu rakyat. Kesudahan projek ‘Rahsia Besar Taib Azamuddin’ adalah amat tragis kepada Zainuddin Maidin dan beberapa orang pemimpin UMNO. Bodohnya mereka kerana menyangka sepanjang Taib Azzamuddin menjadi Imam Besar Masjid Negara hanya isu itulah sahaja yang dirujuk kepadanya. Akibatnya mereka ini menyorok malu. Justeru kes yang dirujuk kebanyakannya adalah mengenai kisah-kisah skandal seks yang melibatkan ramai pemimpin UMNO.


Namun, Taib Azzamuddin harus dipuji kerana tidak mendedahkan nama sebenar mereka yang terlibat bagi menghindarkan keaiban yang berpanjangan. Cukuplah sekadar untuk menutup mulut mamak seekor ini sahaja. Projek Zainuddin Maidin gagal lagi lalu dinamakan sebagai ‘projek Makan Tuan’ atau ‘projek Menjolok Sarang Tebuan’ atau meminjam ungkapan mendiang MGG Pillai sebagai ‘Throwing Stones from The Glass Houses’. Projek ini jugalah menyebabkan si penyangak ini diketawakan oleh musuh-musuhnya di luar UMNO dan juga di dalam UMNO.


Zainuddin Maidin tidak berputus asa, beliau terus berusaha bagi membuktikan bahawa beliau boleh menghancurkan PAS. Beliau memperkenalkan pula slot-slot ‘Kelantan dalam Gerhana’ bagi merosakkan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Beliau sangka dapat menipu pemikiran rakyat. Tindakan beliau ini dianggap lebih kepada menghina pemikiran orang ramai dan protes terhadap beliau begitu banyak disuarakan di dalam media-media alternatif lebih-lebih lagi di parlimen.


Selepas kalah dalam pilihan raya lalu, beliau mengakui bahawa sudah sampai masanya untuk UMNO insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu sebagai suatu usaha yang sia-sia. "Wang" yang begitu banyak dilonggokkan di Kelantan selama ini kononnya di bawah agenda untuk merampas kembali Kelantan telah mnejadi racun dan duri hingga menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin UMNO di negeri itu. Komen beliau yang disiarkan oleh Bernama.


Semua tindakannya itu lebih mendatangkan kebencian rakyat Kelantan terhadap media kerajaan lebih-lebih lagi bila mereka mendapat maklumat bahawa nasib Melayu Pulau Pinang telah tergadai di bawah kepimpinan UMNO Pulau Pinang. Bahkan nasib orang Melayu Pulau Pinang disamakan dengan nasib bangsa Palestine oleh Profesor ekonomi USM, Dr. Amir Hussin Baharuddin. Dr Amir menyatakan dalam wawancaranya dengan Mingguan Utusan bahawa orang Melayu beransur-ansur meninggalkan pulau itu hinggakan Perkampungan Melayu Sungai Nibong Kecil telah lenyap dari muka bumi Pulau Pinang. Katanya lagi UMNO Pulau Pinang akan turut lenyap sebaik sahaja baki 28% orang Melayu yang masih tinggal di pulau itu pupus terus.


Ramalan Dr. Amir menjadi kenyataan apabila PRU ke-12 lalu menyaksikan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menjadi Ketua Menteri. Kejatuhan kerajaan UMNO/BN di Pulau Pinang menjadikan para pemimpin UMNO di negeri tidak senang duduk macam cacing kepanasan. Tidak ubah macam orang gila babi menyerang kerajaan Pakatan atas berbagai isu dari sekecil-kecilnya pun diangkat menjadi isu besar dan dikontroversikan bagi menarik perhatian rakyat yang kononnya rakyat Melayu Islam di negeri ini diabaikan dan terpinggir dan didiskriminaskan oleh Ketua Menteri Cina dari DAP. Bantahan ini macamlah Pulau Pinang ini dulu diperintah oleh UMNO. Macamlah mereka itu dulu-dulu betul-betul berjuang untuk rakyat.


Hakikatnya rakyat sedar, mereka dulu semasa mereka berkuasa 53 tahun tidakbuat buat apa-apa pun. Asyik mengejar dan merebut projek sana, projek sini. Rasuah sana, rasuah sini, komisyen sana, komisyen sini, hanyun sana, hanyun sini, asyiklah berboria sampai ke pagi sehinggakan Melayu Pulau Pinang sekarang ini tinggal gigi dengan lidah dan kain sehelai sepinggang, tetapi cuba tenguk gaya kehidupan para pemimpinnya. Mereka hidup mewah dan kaya raya. Patutlah Allah swt menghukum Melayu Pulau Pinang kerana tersalah memilih pemimpin yang kaki kuropsi.


Zainuddin Maidin bukan sahaja ditempelak di dalam negara malahan pernah ditempelak oleh rakan-rakan wartawan sendiri di luar negara kerana lagak bagaikan kadok naik junjung. Manusia bernama Zainuddin Maidin ini tergamak menggelarkan rakan-rakan wartawan dari Filipina dan Thailand sebagai ‘agents of Western media imperialists’, tidak cukup dengan itu menganggap Thailand dan Filipina sebagai 'negara tahi'. Inilah yang diucapkan oleh Zainuddin Maidin semasa merasmikan satu forum anjuran NUJ Cawangan Utusan. Protes besar-besaran dibuat oleh The Southeast Asian Press Association (Seapa) terhadap kenyataan Zainuddin Maidin tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut lebih merupakan kebodohan sendiri demi mempertahankan kredibiliti Mahathir yang jadi PM ketika itu sudah pun teruk di mata masyarakat antarabangsa.


Zainuddin Maidin juga pernah diprotes oleh Kedutaan Indonesia di negara ini akibat bahasa kurang ajarnya terhadap rakyat negara itu dengan menulis ungkapan “rakyat Malaysia sedang menyuapkan nasi ke mulut berjuta rakyat Indonesia” di dalam Utusan Malaysia. Saudara Fachry Sulaiman iaitu Sekretaris Ketiga, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur ketika itu dengan nada sayu, sedih dan kecewa menyifatkan kata-kata Zainuddin Maidin itu sebagai “kalimat tersebut tidak benar kerana rakyat Indonesia tidak meminta sedekah tetapi bekerja menjual tenaganya yang memang sangat diperlukan oleh berbagai pihak untuk mempercepatkan pembangunan di Malaysia”.


Begitulah serba sedikit perangai dan watak Zainuddin Maidin yang kita perlu sedari dan faham. Beliau seoarang manusia munafik. Tuduhan beliau terhadap PAS yang PAS memohon perkenan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk ‘merampas’ harta-harta orang Cina dan PAS bertindak menyokong Indonesia untuk mengambil Malaysia ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia meletus adalah satu pembohongan dan cuba direkacipta (seperti saya dedahkan di atas) olehnya bagi kepentingan beliau sendiri yang masih berminat dan menaruh harapan untuk kembali berfungsi dalam UMNO dan juga dalam kerajaan khususnya di negeri Kedah yang menghadapi krisis dalam yang teruk. Beliau memerhati situasi tersebut dengan rapi dan beliau percaya terdapat ruang yang membolehkan beliau menyelitkan dirinya kembali dalam UMNO Kedah dan di peringkat nasional.


Kita amat mengalu-galukan dan akan memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Lajnah Guaman PAS, saudara Mohamed Hanipa Maiden untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zainuddin Maidin. Jangan takut kerana beliau umpama ayam jantan berkokok, tahi penuh dipunggung. Beliau hanya sebuah tin kosong


Bersambung pada siri ke-3 : ZAINUDDIN MAIDIN ANTI ISLAM?


"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Saturday, September 11, 2010

ZAINUDDIN MAIDIN (ZAM): SEORANG OPORTUNIST DAN ANTI PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai
Assalamualaikum wm wbt


Zainuddin Maidin atau Zam selepas kalah yang amat memalukan dalam PRU ke-12 lalu terus hilang lenyap dari arus politik perdana negara. Beliau telah dikalahkan di Parlimen Sungai Petani di tangan Johari Abdul dengan majoriti 11,381 undi. Beliau mendapat 24,441 undi, manakala Johari memperolehi 33,822 undi. Kekalahan Zam itu menunjuk bahawa rakyat khususnya di Parlimen Sungai Petani sangat benci dan meluat tenguk muka beliau seolah-olah penyangak besar di Malaysia.


Sejak dari itu Zainuddin Maidin menyepi diri dalam arus politik negara. Beliau membiarkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dijatuhkan secara terhormat tanpa memberi sebarang komen. Begitu juga kenaikan Najib Tun Razak mengambilalih tampok kuasa dari tangan Abdullah beliau masih lagi berdiam diri, tetapi dengan tiba-tiba pada pada 29 Ogos lalu, dua hari sebelum kita menyambut hari kemerdekaan negara kali ke 53, beliau muncul dalam satu wawancara dengan UMNO-Online menuduh PAS hendak merampas harta-harta orang Cina ketika berlakunya peristewa 13 Mei 1969 dan PAS menyebelahi Indonesia ketika berlakunya Konfrontasi Malaysia-Indonesia supaya Indonesia bertindak mengambilalih Malaysia.


Apa tujuan beliau bua
t kenyataan seumpama itu. Tujuan beliau pertama adalah untuk menonjolkan diri kerana sudah lama menyepi diri dan hampir dengan PRU ke-13. Mudah-mudahan kebangkitan yang mengejutnya itu membeliak mata Najib untuk memilihnya sebagai calon pada pilihan raya akan datang memandangkan situasi UMNO di Kedah sekarang ini menghadapi krisis dalaman yang parah. Tambahan pula rakyat telah bernasur-ansur mulai melupakannya (Melayu Mudah Lupa- kata Mahathir), sedangan beliau yang kononnya banyak memperjuangkan hak Melayu selari dengan anugerah yang diterimanya sebagai Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010.


Tujuan kedua beliau ialah beliau ingin melihat masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina menaruh pra sangka buruk terhadap PAS. Beliau sendiri melihat PAS semakin diterima oleh masyarakat bukan Melayu. Masyarakat bukan Melayu sudah tidak takut lagi dengan dakyah yang dimainkan oleh UMNO selama ini sesuai dengan slogan baru PAS iaitu PAS Untuk Semua. Malah dalam muktamar PAS baru-baru ini ada usul mencadangkan supaya bukan Melayu diletakkan sebagai calon bagi mewakili PAS dalam PRU ke-13 nanti. Semua ini sangat membimbangkan hati beliau kerana sejak dari azali lagi beliau adalah anti PAS dan anti Islam yang dibawa oleh PAS (bahagian ke 2, saya akan bincangkan). Sekiranya, agenda ini berjaya dilaksanakan oleh PAS dan diterima baik oleh seluruh lapisan rakyat di negara ini, maka alamat buruk menanti UMNO.


Tujuan beliau ketiga ialah untuk melaksanakan dasar strategi ‘pecah dan perintah”. Memecah dan mencelarukan kesatuan politik dalam Pakatan Rakyat yang wujud pada masa kini. Matlamat Zainuddin Maidin membolehkan UMNO menguasai dan memelihara kuasa UMNO yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang yang dimilik oleh Pakatan Rakyat berpecah dan terburai ikatan kerjasama yang wujud dan akan kembali kepada perjuangan asal parti-parti PAS, PKR dan DAP. Bertengkar di antara satu sama lain disebabkan perbezaan ideologi parti masing-masing. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan (Pakatan Rakyat) yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan dan mengelak Pakatan bergabung menentang UMNO. Manaka UMNO yang melaksanakan strategi itu akan terus kuat dan berupaya menguasai pemerintahan dan menentukan hala tuju Pakatan Rakyat seperti yang dikehendaki. Jika strategi pecah dan perintah ini akan berjuang berasingan bagi mencapai matlamat politik masing-masing.


Sebagai pengetahuan pembaca, salah satu faktor Kekalahan UMNO/BN dalam PRU ke-12 lalu adalah disebabkan faktor Zainuddin Maidin. Beliau ketika itu adalah Menteri Penerangan yang menguasai seluruh rangkaian berita dan maklumat dalam negara ini, baik surat khabar, radio, tv dan organisasi penerangan milik kerajaan. Beliau dikecam hebat apabila beliau mempertahankan kerajaan (UMNO) yang memperalatan pasukan polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Beliau telah dihubungi oleh agensi berita Timur Tengah Al-Jazeera yang membuat liputan mengenai peristiwa tersebut dan beliau menafikan laporan itu. Beliau mengutuk Al Jazeera kerana membesar-besarkan cerita itu untuk mengelirukan orang dari luar. Seluruh saluran media di Malaysia tidak melaporkan peristewa tersebut secara benar kerana media telah diarah berbuat demikian, tetapi sebaliknya media yang dikawal itu melaporkan dalam tajuk kecil berita kaki yang meghentam, mengkeji, menghina dan memperlekehkan penganjur perhimpunan tersebut.


Pada 5 November 2007, ketika sesi penggulungan perbahasan bajet 2008 di parlimen, Lim Kit Siang menyatakan bahawa Malaysia jatuh merudum sebanyak 32 anak tangga dari kedudukan 92 hingga 124 dalam indeks kebebasan media kerana faktor Zainuddin Maidin. Zainuddin Maidin bertindak menyekat kebebasan media. Beliau telah mengarahkan akhbar-akhbar utama dan media elektronik supaya menyembunyikan sesetengah berita benar yang menampakkan imej buruk kerajaan. Begitu juga ketika timbulnya isu Perhimpunan Hindraf besar-besaran yang menuntut supaya kerajaan berusaha memperbaiki taraf hidup kaum India di negara ini juga disembunyikan dari pengetahuan rakyat jelata.

Tindakan tersebut mengakibatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Krisis keyakinan ini membawa kaum Cina (tidak puas hati kerana terhadnya peluang-peluang perniagaan kerana dibolot oleh elit politik yang berkuasa dan kroni-kroninya) dan India berpaling tadah menyokong pembangkang. Akhirnya, beliau ditewaskan di Parlimen Sungai Petani dan buat pertama kalinya dalam sejarah UMNO tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Sila lihat klip video yang disiar di sebelah kiri blog ini bagi menunjukan kebodohan Zainuddin Maidin.


UMNO tidak pernah serik. Di bawah pentadbiran Najib Tun Razak, media massa yang memberi pandangan kedua dinafikan haqnya untuk menyalurkan berita dan maklumat kepada rakyat. Najib mengulangi apa yang bekas PM ke-4 lakukan. Dr.Mahathir Mohamad cukup anti pada kebebasan maklumat. Mahathir pernah bertindak mengharamkan semua perhimpunan dan ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang mulai 1 Julai 2001. Beliau juga bertindak mengharam dan menghadkan sebarang penerbitan yang tidak sehaluan dengan kerajaan pimpinannya.


Tindakan itu diambil ekuran kekalahan teruk UMNO pada PRU ke-10 tahun 1999 di tangan pengundi Melayu. Banyak kawasan yang dimenangi oleh UMNO jatuh ke tangan PAS. Undi Melayu ketika itu beralih kepada PAS, parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO. UMNO dapat diselamatkan oleh pengundi bukan Melayu. PAS telah berjaya menjadi parti terkuat ketika itu dan mengetuai pembangkang di parlimen. PAS yang berada dalam gabungan Barisan Alternatif (PAS, Keadilan dan DAP) telah berjaya menerajui perkembangan politik negara dan UMNO menghadapi krisis dalaman yang amat teruk.


Pola pengundi Melayu berubah pada ketika itu kerana mereka memperolehi banyak maklumat tentang keburukan UMNO dan kerajaan daripada berbagai sumber terutama kaedah UMNO gunakan untuk menyelesaikan kes Anwar Ibrahim yang dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 2 September 1998. Mahathir melihat kebebasan menuntut ilmu agama diberbagai di institusi yang dibenarkan di kalangan umat Islam, kebebasan berceramah, berkarya, berhimpun dan mengeluarkan pendapat sebelum itu telah membawa natijah yang buruk pada UMNO, maka beliau terpaksa mengambil pendekatan yang drastik dengan mengharamkan semua bentuk aktiviti tersebut. Pasukan polis digunakan sepenuhnya bagi mengekang dan memalapkan perkembangan politik pembangkang dalam negara ini bagi menjamin kelangsungan politik murahan UMNO.


Kini, Najib terpaksa menuruti nasihat Mahathir bagi memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan dengan bertindak menutup semua saluran maklumat yang ada dengan alasan pembangkang (Pakatan Rakyat) membawa unsur-unsur hasutan, fitnah dan menghentam kerajaan yang kononnya kerajaan pimpinannya bersih, adil dan tulus. Sebenarnya Najib takut Pakatan membongkar lebih banyak lagi kes-kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan berbagai kejahatan serta kezaliman yang dilakukan oleh UMNO terhadap rakyat dan negara ini. Najib mahukan semuanya itu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.


Kaedah pengurusan berita dan maklumat yang dilaksanakan oleh UMNO sekarang ini adalah meniru kaedah yang digunapakai oleh Joseph Goebbels, iaitu Menteri Propaganda Nazi, di zaman Adoft Hitler berkuasa di German dahulu sudah lapok dan tidak sesuai digunapakai lagi. Zainuddin Maidin adalah salah seorang Menteri Penerangan yang menggunakan kaedah tersebut secara paling agresif. Beliau sejak dari azali lagi adalah pendukung kuat kewujudan UMNO. Beliau begitu taksub pada UMNO. Begitu juga dengan Goebbels adalah pendukung utama Hitler juga merupakan pendukung gerakan anti-Semit yang aktif. Goebbels bergabung secara resmi dengan Nazi pada tahun 1924.


Berlatarbelakang itulah Adoft Hitler melantik beliau sebagai Menteri Propaganda Nazi. Sebagai seorang propagandis, beliau dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda moden. Teknik yang beliau gunakan diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik “Big Lie” atau teknik “pembohongan besar”.


Prinsip dari tekniknya itu adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa di bawah kawalan Nazi sebanyak mungkin dan memanipulasikan sesuatu berita atau maklumat supaya ia senantiasa berpihak kepada kepentingan Nazi dan ia sering diulang-ulang menerjah ke kotak fikir rakyat. Sumber berita lain diharamkan dan dinafikan beredar di tengah-tengah masyarakat German ketika itu. Digubal berbagai undang-undang dan peraturan mengawal berita atau maklumat daripada sumber lain (pandangan ke dua) sehingga berita atau maklumat yang palsu atau pembohongan yang disiarkan oleh kerajaan Nazi ketika itu dianggap sebagai suatu kebenaran.


Berita atau maklumat yang disiarkan atau diterbitkan secara sederhana (bukan secara over kill) yang boleh menarik perhatian umum dan yang peliknya ia dapat mematikan pandangan kedua yang diterbitan secara haram dan secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan kerajaan Adoft Hitler oleh golongan penentang Nazi. Malah berita bohong dan palsu ini dengan kebijaksanaan Goebbels berjaya menjadikannya suatu persepsi awam yang benar. Beliau juga mempelopori penggunaan siaran radio sebagai media propaganda. Dengan menggunakan radio gelombang pendek yang mampu menjangkau berbagai belahan bumi, maka doktrin Nazi dapat disebarluaskan ke seluruh peringkat atau berbagai kelas rakyat German ketika itu. Goebbels menjadi orang ketiga yang paling berkuasa dan popular di German selepas Adoft Hitler dan Martin Bormann (penasihat dan mastermind untuk Adoft Hitler).


Kaedah inilah yang paling popular yang digunakan oleh kebanyakan negara yang dahulunya diperintah secara diktator bagi menentang musuh-musuh politiknya seperti di Indonesia di bawah pemerintahan Suharto, di Filipina ketika Ferdinand Marcos berkuasa, di Iran di zaman pemerintahan Shah Iran dan di Iraq di bawah pemerintahan Saddam Hussein.


Kini, kerajaan-kerajaan yang disebut itu sudah tiada ada lagi kerana rakyat di negara-negara terlibat telah berjaya mengulingkan pemerintah diktator dan menggantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi. Memberi ruang kebebasan yang lebih luas kepada rakyat untuk meluahkan pandangan dan kritikan membina kepada kerajaan yang memerintah. Memerdekakan saluran penyampai maklumat kepada rakyat bagi membolehkan minda rakyat terbuka dan berupaya berfikir secara rasional dan matang bagi membolehkan setiap rakyat tidak tersilap memilih pemimpin. Melalui sistem demokrasi yang betul, mereka bebas membuat pilihan tanpa ragu-ragu dan takut-takut. Rakyat tidak dipaksa, tidak ancam atau diugut untuk memilih mana-mana pemimpin atau parti yang dipercayainya yang berkemampuan menentukan hala tuju negara masa depan demi kepentingan rakyat yang memilihnya.


Yang masih tinggal terkontang-kanteng seorang diri mempertahankan dasar lapok itu hanyalah Malaysia. Malaysia di bawah pemerintahan UMNO masih lagi mengamalkan dasar zaman batu (siapa kuat, dialah raja) dan rakyat masih dibelenggu dengan sistem yang tidak bertamadun itu dan sikap kerajaan pimpinan UMNO menindas rakyat dan juga kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak sehaluan dengannya dalam berbagai sektor amat memalukan di era globalisasi ini dan di zaman ICT. Malaysia lebih baik sedikit dari segi pembangunannya berbanding dengan negara Cuba yang diperintah oleh Fidel Castro melalui sistem Komunisnya yang mengamalkan dasar tutup pintu, tetapi kerajaan pimpinan UMNO baik sedikit kerana ia banyak menjalinkan hubungan dengan negara luar.


Bersambung pada siri ke-2 : SIAPA ZAINUDDIN MAIDIN?


"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Friday, September 10, 2010

OK KAH NEGARA KU NI?



Karton ini (dipetik daripada laman Merdekareview) mengambarkan kedunguan dan kebodohan para pendokong UMNO yang mempergunakan isu agama (yang tidak pun menyalahi hukum syarak) mensensasikan isu pemimpin bukan Islam menjalinkan hubungan baik dan membuat kebajikan kepada rakyat yang beragama Islam atas platform keagamaan. Bagi UMNO ia merupakan satu kesalahan yang amat berat dan ia (pada fikiran UMNO) tergolong salah satu amalan yang berdosa besar kerana ia mencemarkan imej serta menghina kedudukan dan kemulian Islam. Itu pendapat UMNO. UMNO cukup anti kepada sesiapa sahaja yang mahu memperdalami ilmu-ilmu Islam lebih-lebih lagi orang bukan Islam. Kebanyakan para pemimpin UMNO menjauhkan diri dari majlis-majlis ilmu (masjid dan surau), tetapi mendekatkan diri dengan majlis-majlis pesta-pestaan.


UMNO sikapnya kalau boleh ia mahukan seluruh rakyat jahil tentang ilmu-ilmu Islam, kecuali berkaiatan dengan ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji seperti yang dilaksanakan sekarang. UMNO sedar sekiranya sebahagian besar rakyat termasuk yang bukan Islam memahami hakikat Islam sebenar dengan kedudukan UMNO sekarang ini dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, maka nyawa UMNO akan tercabut dari jasadnya dengan kadar yang lebih cepat lagi. Tersungkur menyembah bumi.


Jadi, apabila ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching membuat lawatan dan memberi sumbangan derma di surau A-Huda, Kajang Sentral, Kajang pada pertengahan Ramadhan lalu, UMNO mempolitikkan sepenuhnya isu tersebut macam orang gila. Sememangnya pun, hakikatnya UMNO sekarang sudah jadi mereng dan gila. Cuba perhatikan orang gila sebenar, ia kerap bercakap-cakap dan ketawa bersendirian. Berjalan-jalan ke sana ke mari (membuat bermacam-macam perkara di luar fikiran yang rasional) tanpa haluan. Itulah gelagat UMNO yang boleh kita perhatikan sekarang ini. Hendakan sangat sokongan rakyat, UMNO sanggup menjadikan dirinya sebagai orang “gila” sehinggakan ia rela rakyat melebelkannya sebagai “Juara” menabur fitnah.


Di mana harga diri UMNO selama ini. 53 tahun memerintah, imej, ukuran kematangan ia berpolitk, maruah dan harga diri telah pun dicampakkan ke dalam tong najis. Ia sudah tidak memperdulikan semua itu lagi asalkan ia dapat mengekalkan kuasa.



Oleh itu, UMNO tanpa henti-henti membuat berbagai fitnah ditaburkan serata alam dengan bermacam-macam isu. Yang tiada, diadakan, yang kecil, diperbesar-besarkan untuk meraihkan keuntungan politik jangka pendik, walaupun ia sedar yang ia telah dicop sebagai sebuah parti yang bangkrap idea, tidak bertanggungjawab serta cuba merosakan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini.


UMNO masih lagi berusaha dan mahu memperbodohkan rakyat yang kini sudah memiliki sumber maklumat yang cukup (kecuali rakyat Melayu yang masih tinggal di ulu-ulu kampung yang miskin papa kedana dan ketinggalan dari arus pembangunan negara dan para barua yang sanggup menjadi pencacai kepada UMNO demi keduniaan) untuk meranapkan masa depan UMNO.


Contohnya, rakyat yang waras dan rasional tidak dapat menerima fitnah UMNO yang mengaitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk diagih-agihkan kepada orang Islam. Ini adalah kerja-kerja orang-orang celaka, syaitan berwajahkan manusia. Gambar Lim Guan Eng disuperimposekan dengan gambar Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak. Inilah fitnah yang paling dashat yang dilakukan oleh UMNO laknatullah setakat ini.


Pastinya, UMNO tidak akan berhentikan setakat itu sahaja. Di kepala syaitan-syaitan UMNO ada senarai gambar-gambar para pemimpin Pakatan Rakyat yang boleh disuperimposekan bagi tujuan memalu dan mencalarkan imej pemimpin terbabit dan memberi kesan yang positif kepada UMNO.



Jadi, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Murshidul Am PAS, Lim Kit Siang, Penasihat DAP dan lain-lainnya bersedialah dari sekarang. Kemungkian besar gambar-gambar pemimpin Pakatan yang disuperimpose ini akan berterbangan apabila hampir dengan PRU ke-13 nanti.


Rakyat sendiri boleh bayangkan (berdasarkan siri rangkaian bertali arus fitnah yang diatur oleh UMNO terhadap Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Selangor) apa yang akan diperbuat oleh syaitan-syaitan UMNO ini terhadap Haji Hadi, Haji Nik Aziz dan Lim Kit Siang. Ia tentunya menjurus ke arah mencemar imej peribadi, parti, Islam, Melayu dan negara. Anwar Ibrahim sedang melaluinya sekarang dan para pemimpin lain akan menunggu masa dan giliran masing-masing mengikuti jejak Anwar. Oleh itu, berhati-hatilah dan awasilah dari sekarang.



"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Thursday, September 9, 2010

MENANGANI POLA PEMIKIRAN POLITIK MELAYU

Di Malaysia tidak tidak kurangnya, apabila hal seperti doa, bukan Islam memasuki masjid isu kalimah Allah dan isu-isu lain yang melibatkan agama Islam dan bukan Islam tidak diwacanakan secara rasional dan matang di dalam masyarakat majmuk. Kita didorong oleh pimpinan BN dan media arus perdana dengan pemahaman Islam yang songsang dan hanya membawa emosi dalam menjawap permasalahan agama.Umat Islam hanya sekitar 55 peratus di Malaysia, merupakan jurang yang tipis. Kita tidak boleh merasa membuta tuli tanpa mengetahui isu asas dan ilmu yang dalam berhubung agama.

Adalah penting bagi rakyat mengetahui bahwa Pakatan Rakyat secara kukuh dan ampuh mendokong perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara. Berasaskan perlembangaan negara ia menjamin hak dan keharmonian semua pihak termasuk Islam dan bukan Islam. Sekali lagi ingin ditegaskan seluruh parti di dalam Pakatan Rakyat berpegang bahawa Islam adalah agama persekutuan yang mana kedaulatannya dan keistimewaannya terjamin


Sebuah analisa yang baik untuk dibaca. Sila ke
sini untuk memahami pemikiran poltik Melayu.


"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

SELAMAT MENYAMBUT AIDUL FITRI 1431

Kepada pengunjung blok ini yang tidak puas hati atau terluka di hati kerana komen-komen dan tulisan saya yang melampau menghentam UMNO dan sekutunya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri dan memohon Maaf Zahir dan Batin.

Sesungguhnya blok ini adalah blok anti UMNO dan sekutunya. Apa yang dipaparkan di blog ini adalah fakta yang jelas dan bukan berbentuk fitnah atau rekaan yang sengaja diada-adakan. Ia adalah pandangan ke dua penulis bagi mengimbangi propaganda media massa yang dimiliki oleh UMNO. Harap maklum.

SALAM AIDUL FITRI DARIPADA PEMIMPIN KITA

Setiap kali tibanya hari-hari kebesaran umat Islam dan hari-hari yang bersejarah yang tercatat dalam kalendar, maka para pemimpin silih berganti akan menyampaikan perutusan kepada para rakyat yang dipimpinya supaya menghayati sesuatu peristewa berkenaan, dijadikan teladan dan pedoman.


Tidak terkecuali, Hari Raya Aidul Fitri yang akan disambut pada Hari Jumaat, 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431, maka Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pas dan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS turut berbuat demikian. Mari kita ikuti salam Aidul Fitri mereka.


Anwar Ibrahim dengan nada kesal melihat kepada sebaran fitnah yang dimainkan oleh UMNO tanpa mengira batas halal-haram terutama dalam bulan yang mulia lagi berakah ini, dengan nada sinis beliau berkata : “Malangnya sepanjang Ramadhan, masih ada yang menabur kebencian, fitnah dan berharap untuk memecah belahkan sesama kita. Menuduh dan menuding menjadi amalan dan budaya. Tatkala masyarakat menginginkan jurang perbedaan dirapatkan, fitnah dan kebencian disemai rekayasa golongan pelampau yang alpa akan fitrahnya sebagai makhluk. Keangkuhan meresapi diri kerana merasa tidak terkalahkan dan ramai”


Seterusnya beliau mengungkap sejarah yang difirmankan oleh Allah swt dalam al-Quran : “Keangkuhan menjalar dan merasuk! Seperti yang kita semua ketahui, umat Islam kalah pada pusingan awal sehinggalah ampunan dan pertolongan dari Allah SWT tiba merubah kekalahan yang sebelumnya hampir pasti. Turunlah ayat 25, Surah at Taubah yang menegur dan mengingatkan umat Islam:

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri."

Allah SWT menempelak sikap yang tergelincir jauh dari fitrah, iaitu gagal bersikap merendah hati dan pemurah serta mengasihani. Mengakhiri pesan ringkas sempena sambutan hari yang penuh keberkatan ini, saya nukilkan pesan dari Quran yang mulia, ayat 128, Surah al Nahl, buat menjadi pedoman untuk saya dan semua,


"sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan"


Seterusnya baca di sini.


Mankala Tuan Guru Haji Abdul Hadi pula menyebut : “Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.


Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.


Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.


Seterusnya Haji Hadi berkata di sini


Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat seterusnya menambah keyakinan, keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt dalam usaha kita menentang UMNO laknatullah yang zalim dan ganas memporak-perandakan kehormonian kaum melalui kuasa yang ada bagi terus mengekalkan kuasa.

Beliau berhjah : “Asas kehidupan manusia yang beriman dan bertaqwa sudah pasti berpandukan agama. Ini kerana ajaran agama menyediakan perlembagaan hidup yang sebenar. Maka kehidupan orang yang taqwa sudah pasti hidupnya selari dengan agama, yakni perlembagaan hidup yang berteraskan agama. Justeru kehidupan seorang yang beragama adalah terlalu jauh bezanya dengan kehidupan berpandukan perlembagaan buatan (digubal) manusia. Ini kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din). Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang menggubal perlembagaan, apakah mereka dapat menjamin bahawa roh perlembagaan yang digubal manusia itu dapat memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT? Tanpa ada sebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatan itu dapat menyelamatkan seseorang manusia itu daripada neraka Allah SWT?


Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya.


Seterusnya di sini

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Sunday, September 5, 2010

UMNO MAHA SYAITAN

Program lawatan Anwar ke Batu Pahat pada 31 Julai lalu sebenarnya tidak berjalan lancar kerana diganggu pihak polis. Anwar dijadualkan berucap di Markaz PAS Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat selepas menghadiri majlis makan malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di Restoran Grand Sea View, di Jalan Tanjung Labuh.

Sepanduk yang digantung di sebuah dewan, tempat Anwar dijadualkan berceramah turut diturunkan pihak polis walaupun ia tidak memaparkan wajah sultan. Pihak penganjur terpaksa membatalkan ceramah

Tujuh orang termasuk peniaga ditahan di Balai Polis Rengit tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokan paginya.Bila polis masih sibuk mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat di saat indeks jenayah negara semakin meningkat, kita tentunya maklum pihak di sebalik arahan itu.Walau apa pun motif kejadian tersebut, nyata ada pihak yang tidak begitu senang dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Johor.

Kerja-kerja sabotaj ini bukanlah suatu yang asing bagi BN dan Umno.Lihat sahajalah bagaimana Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah dijadikan sasaran fitnah Umno dan BN seminggu sebelum pilihan raya umum 1990 berlangsung.Pada waktu itu, Tengku Razaleigh yang memimpin dua gagasan politik, Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat mempunyai peluang besar bagi menewaskan BN. Tengku Razaleigh berjaya mendapatkan sokongan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dato' Joseph Pairin Kitingan dan menjadikan kedudukan BN bagaikan telur dihujung tanduk

Seterusnya baca di
sini


KOMEN:


UMNO kini bagaikan cacing kepanasan.Untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadapnya, UMNO akan melakukan apa sahaja bagi mencapai hasrat tersebut. Sesuai perjuangan politiknya tidak berasaskan Islam, maka UMNO akan melakukannya tanpa memikirnya dosa dan pahala, syurga-neraka. Baginya semua boleh. Matlamat menghalal cara. Politik gila babi.


Oleh sebab itu kita dapat saksikan tindakan gila babi yang ditunjukkan golongan hapra dalam UMNO ini khususnya usaha untuk menjatuhkan kerajan Pakatan Rakyat di negeri Selangor dan Pulau Pinang,

Berbagai usaha dilakukan kadang-kadang kita melihat bagaikan perangai kanak-kanak yang berebut coklat.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”