DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, October 31, 2010

MANA DIA PESAKA DAN PEMIMPIN UMNO PINANG?

RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?


Hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.


Seterusnya di
sini.


KOMEN :


Menanti penuh harapan “Golongan Hantu Raya” bertindak untuk membersihkan kantung kerajaan pusat dari mempergunakan wang hasil judi untuk bayar gaji kakitangan awam dan kebajikan rakyat. Kalau golangan ini berdiam diri mereka sebenarnya adalah terdiri daripada “GOLONGAN IBLIS” yang kerja mereka hanya pandai menghasut anak cucu Nabi Adam untuk berbuat jahat selama-lamannya.


Umno peralat agama, orang agama untuk politik

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo, Monarco pada 9 Ogos 2010, orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur.


"Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)?," soalnya.


D sini
lagi


Michael yang dikatakan rapat dengan Ketua Menteri Sabah, di tahan di di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram didalam mata wang Singapura berjumlah RM16 juta.


Laporan polis kes Michael Chia


Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, titah Raja-raja Melayu.


Lagi di
sini


Jadi, “UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Friday, October 29, 2010

SATU KES PERCUBAAN YANG BERANI

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keengganan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasannya.


Katanya : “Pada 29 Mei tahun lepas (2009), beliau telah mengemukakan permohonan bertulis agar sebahagian daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tahun 2009 untuk kawasan Sungai siput digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang disyorkan beliau sebagai ahli parlimen kawasan itu. Permohonan itu ditolak sedangkan Dalam Dewan rakyat ada dinyatakan bahawa sejumlah antara RM 1 juta hingga 2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek-projek kecil bagi setiap kawasan”


Beliau berkata lagi :”Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri perak mengatakan bahawa mereka meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, PIBG Methodist dan Asrama Anak yatim Nurul Ihsan, Talang Tengah,tetapi pihak terbabit memaklumkan kepada beliau bahawa mereka tidak pernah menerima peruntukan yang dinyatakan tersebut."Jadi ke mana wang ini?

Oleh kerana tidak jelas ke mana wang itu disalurkan, kemungkinan ada pihak menyalahgunakan peruntukan ini" tanya beliau.

Seterus di sini


KOMEN :


Satu kes percubaan yang amat berani untuk menegur perbuatan kianat dan zalim UMNO selama ini. Kita tahu dan Dr. Jeyakumar Devaraj juga tahu bahawa beliau akan kalah dalam kes ini kerana suasana mahkamah Malaysia bukan berdiri di atas kebenaran dan keadilan. Rujuklah kes liwat II Anwar Ibrahim. Sepanjang kes itu dibicarakan, mulai di mahkamah seksyen sehingga kini, Anwar tetap gagal untuk mendapat apa yang beliau pohon. Mahkamah mengagalkan usahanya untuk mendapatkan satu pembelaan yang adil. Terbaru Anwar pohon mendapatkan laporan perubatan yang hakim menentukan keputusannya pada 22 November ini, yang pasti Anwar akan tetap menerima nasib yang malang seperti mana permohonan Anwar yang lalu. Semuanya gagal. Mahkamah untuk Anwar bukan tempat beliau mencari keadilan. Ia hanya merupakan satu formaliti untuk menghumban beliau ke penjara.

Selepas itu, kita akan tunggu pula kes liwat III yang melibatkan Anwar sekali lagi(walaupun ketika itu usia Anwar mencecah 100 tahun) sekiranya Allah membiarkan UMNO terus berkuasa dan Anwar masih berjuang menentang UMNO,hidup Anwar tidak akan selamat. Kes liwat akan berulang semula.Itu ramalan saya.

Kes liwat II tidak akan muncul semula sekiranya Anwar menyokong UMNO dan memberi taat setia kepada UMNO dan para pemimpinnya. Atau Anwar berdiam diri dan biarkan UMNO dan para pemimpinnya melakukan apa sahaja yang mereka mahu lakukan kerana negara ini adalah harta mak bapak mereka.Negara ini harta pusaka keluarga elit politik berpengaruh di zaman dulu dan kini.

Hakim mana yang berani untuk memenangkan Dr. Jayakumar dan hakim mana yang berani membekalkan maklumat seperti yang diminta oleh Anwar untuk satu perbicaraan yang adil dan saksama. Saya masih memegang prinsip: "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA KITA BERNIAT SEMBUNYI SESUATU BAGI TUJUAN JAHAT". PERSOALANNYA KENAPA TAKUT?

Rakyat sudah masak dengan perangai UMNO dan mahkamah di Malaysia dan juga agensi-agensi yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang. Apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO dan para pemimpinnya adalah sah, walaupun ia nampak bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan Negara.


Rasuah dan politik wang yang diamalkan UMNO selama ini pun dianggap sah dan mengikut undang-undang sehingga diberi tafsiran baru bahawa rasuah dan politik wang dalam parti ditafsirkan bukan rasuah. Itulah standar pemikiran sebahagian hakim-hakim di Malaysia kini. Di kalangan rakyat rasuah tetap rasuah, walau di mana ianya berlaku.


Macam bersetubuh dengan seorang wanita bukan isteri kita. Ia tetap dikira sebagai berzina sama ada ia dasar suka sama suka atau dipaksa. Ia tetap dalam Islam hukumnya berdosa besar. Begitu juga berjudi, hukumnya tetap berdosa sama ia dilesenkan atau tidak. Tidak perlu bermain dengan kata-kata untuk menghalalkannya.

UMNO beraja di mata dan bersultan di hati.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Thursday, October 28, 2010

BAJET QARUN


"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan".


"Karun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karana ilmu yang ada padaku," dan apakah ia tidak mengetahui, bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka."


Seterusnya


Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen pada hari Isnin yang memaparkan segala cerita-cerita gerun mengenai pembaziran, salah urus, salah guna dana awam dan korupsi - sepertimana yang diserlahkan oleh tajuk-tajuk utama berikut:


1. Federal Government debt hits five-year high;
2. KTMB mired in RM1.4 billion debt;
3. Only 18/2% of pupils bring free eBooks to school;
4. Stimulus funds used for chandeliers, home theatre, government audit shows;
5. PTPTN to face whopping RM46 bil deficit;
6. PTPTN okayed RM23 mil to students who didn't apply;
7. Millin-ringgit scanner stuck in KLIA, under utilisation woes;
8. "Sandwich kosong" for school kids, sardines missing.

Seterusnya baca di
sini


Projek Pembinaan Politeknik Muadzam Shah yang tidak siap biarpun hampir 10 tahun dimulakan, kini mengalami peningkatan kos sejumlah RM75.74 juta, iaitu 34.6% berbanding kos asal. Malah, kos ini belum mengambil kira kos perkhidmatan perunding yang perlu dibiayai kerajaan berjumlah RM10.55 juta. Apa yang menarik, projek ini terletak di daerah Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.


Boleh
percaya lagikah UMNO mermerintah.


Konsensus Bebas bermengkal hati apabila membaca kerugian berjumlah RM1.45 billion yang ditanggung oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) seperti yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Hakikatnya, kerugian ini ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibiayai oleh wang dan dana rakyat. Begitu teruk sekali situasi KTMB, sehinggakan Ketua Audit Negara melaporkan bahawa prestasi kewangan KTMB "mengecewakan".


Pembaziaran oleh agansi milik kerajaan

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

SIAPA TOKOH ITU?

Seorang Tokoh Umno Kelantan Siap Untuk Meninggalkan Parti


NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alias pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat.

Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur.Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno.

Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaan Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan?

Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat 'nan mungkin' tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti.

REGIM UMNO AKAN HANCUR?


Rejim UMNO-BN akan tumpas dan hilang kuasa. Hujah ini berlandaskan kepada realiti hukum alam dan saintifik. Mana-mana satu pemerintahan dan sistem tidak boleh memerintah sehingga akhir atau secara kekal. Perubahan pasti berlaku dari dalam (pereputan struktur dalaman) dan ditambah dengan tuntutan perubahan dari luar, pastinya UMNO tidak dapat bertahan lama.


Ahli Falsafah Hegel akan mengariskan ini sebagai hukum dialetiks iaitu pertembungan antara Tesis dan Anti-thesis. Hari ini kita dapat melihat bahawa UMNO-Barisan Nasional semakin lemah dan semakin hari menghitung hari penguburannya. UMNO-BN sudah hilang momentum politik, di mana pada satu masa kedudukan mereka seperti tidak boleh digoyang langsung, tetapi kini keadaan mereka semakin goyang.


Pada tahun 1969, Parti Perikatan menghadapi nasib yang sama, tetapi mereka berjaya hidup semula dengan "repackaging" baru dengan nama Barisan Nasional. BN wujud setelah peristiwa berdarah 13 Mei, darurat dan penahanan beramai-ramai di bawah ISA. BN hidup semula dengan bergabung dengan parti pembangkang pada masa itu, termasuk Parti GERAKAN, PAS dan PPP, dan ini telah memberikannya nafas baru kepada hegemoni UMNO untuk terus kekal dan memerintah selepas itu.


Kini BN menghadapi zaman kehancurannya sekali lagi. Adakah UMNO BN akan cuba "repackaging" balik, dan siapakah yang akan tampil ke depan untuk menyelamatkan mereka? Dua cadangan "repackaging" telah dikemukakan, iaitu: satu, menjadikan BN satu parti pelbagai kaum (multiracial) diusulkan oleh PPP selepas Tsunami 2008 dan mendapat sokongan beberapa parti komponen BN termasuk Parti Gerakan, tetapi tidak direstui oleh UMNO. Najib mahukan 1Malaysia tetapi tidak mahu 1Parti pelbagai kaum.


Bacaan seterusnya di
sini

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Thursday, October 14, 2010

PERMOHONAN MAAF KEPADA PENGUNJUNG

SAYA MEMOHON BERBANYAK-BANYAK MAAF DARIPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI KERANA HAMPIR DUA (2) SAYA TIDAK BERUPAYA MENGUP-DATEKAN BLOG INI SEBAB TALIAAN STREAMIX SAYA DOWND SEMENJAK 7.10.2010.

SAYA TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK STMB PADA 9.10.2010.
PAGI INI , 15.10.2010 BARU BOLEH ACCESS INTERNET. AMAT MENDUKACITAKAN PIHAK STMB SANGAT LEMBAB BERTINDAK UNTUK MEMPERBAIKI TALIAN. STMB MERUPAKAN SEBUAH SYARIKAT GCL PADA PANDANGAN SAYA RRESTASINYA DI BAWAH PARAS 4 SKLA SAHAJA. IA PALING LEMAH DAN PENARAFAN (PKI) YANG PATUT KITA BERIKAN TIDAK MELEBIHI 40% KERANA STMB GAGAL BERTINAK MEMAUSKAN HATI PELANGGANNYA.

Monday, October 4, 2010

PENCERAMAH BIADAP, UMNO BESUT DIGESA MOHON MAAF

BESUT, 4 Okt: PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila).


Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk ‘DAP Anti Islam’ di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu ‘gilo’ berulang kali.


Sekiranya, Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengah hari 5 Oktober (Selasa), maka PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.


Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap.


“Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.


“Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya.


Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.


Justeru itu, katanya PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.


Menurutnya, parti politik berkenaan secara jelas mempunyai tendensi serta kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat.

Rujukan : Harakahdaily.net

KOMEN :

Tidak perlu risau dan gundah gulana kerana sudah menjadi tabii bahawa orang yang baik (Tok Guru) mengajak orang buat memang dilaknat oleh orang jahat. Berkali-kali Tok Guru kata beliau tidak hairan orang hendak gelar atau hendak kata apa pun pada beliau, biarkan kerana kata Tok Guru Nabi Muhammad saw orang jahilliah kata macam-macam kepada Baginda. Baginda pernah dihina dan dikeji dengan perbuatan dan dengan perkataan seperti Baginda dituduh gila, suka memecahkan kaum dan masyarakat main sihir, gila kuasa, bernafsu buas dan berbagai.

Kalau kita perhatikan watak penceramah Abdullah Sa'amah ini, sudah tentu kita boleh buat satu kesimpulan bahawa Abdullah ini hidup-matinya macam BABI. Beliau adalah anak haram jadah.Makan benda-benda yang haram.Rasuah, salah guna kuasa dan tipu sana, tipu sini adalah mainannya. Abdulah lebih celaka dari babi dan syaitan-iblis laknatullah. Sebab itulah perangainya lebih daripada BINATANG.

Orang macam ini lebih merbahaya. Abdullah lebih merbahya daripada BABI dan lebih GILA dari orang yang gila.


Gambarannya UMNO semakin hendak mampus di muka bumi ini. Rakyat semakin BENCI DAN MELAUAT dengan UMNO.


"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"