DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 25, 2011

PEMIMPIN UMNO DAN BN DI MALAYSIA BERUNTUNG

Membaca ulasan dan analisis Mubarak, Taib Mahmud dan 2Malaysia oleh Ooi Heng,Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) yang diterbitkan oleh MalaysiaReview sangat menarik. Beliau membuat satu analisis perbandingan mengenai regim dictator Zei al-Abidin bin Ali Tunissia dan Hosni Mubarak Mesir, malah termasuk di Taiwan Presiden Taiwan Chen Shui-bian dan isterinya Wanita Pertama" Taiwan Wu Shu-chen digulingkan oleh rakyat kerana terlibat dengan masalah yang sama.


Beliau telah menyimpulkan persamaan-persamaan antara regim Tunisia dan regim Mesir yang juga merupakan ciri-ciri negatif sebilangan regim dunia Islam dan Arab secara padat (termasuk di Taiwan). Beliau membuat kesimpulan "Kedua-dua rejim ini ( di Taiwan dan lain-lain negara seperti Indonesia, Filipina, Iran, Iraq dll-termasuk di Malayisa?-penulis) mempunyai persamaan yang dibenci rakyat mereka: ketidakadilan; penyalahgunaan kuasa; keangkuhan; rasuah; tamak haloba; kronisme; 'rompakan' kekayaan negara; kekerasan rejim; kezaliman terhadap rakyat mereka sendiri; jurang antara kaya dan miskin yang membesar; pengangguran; dan pencabulan hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara."


Di Malaysia juga serupa. Para pemimpin UMNO dan BN yang berkuasa mempunyai unsur-unsur yang sama. Mahathir Mohamad yang berkuasa selama dua dekad dan Taib Mahmod memerintah selama tiga dekad melakukan berbagai kegiatan rasuah, mengambil komisyen bernilai jutaan ringgit, penyalahgunaan kuasa, rompak kekayaan Negara untuk peribadi, anak-anak dan kroni, kezaliman terhadap rakyat dan pencabulan hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara. Dalam sejarah tiada ada seorang pun pemimpin UMNO yang bersih. Semuanya kaki putar-belit dan penipu. Mereka selamat tidak diusir oleh rakyat kerana sebahagian besar masyarakat Malaysia adalah ‘masyarakat lembu pawah’ yang boleh dikawal rapi oleh UMNO.


Yang menarik kata Ooi Heng ialah perkembangan terbaru di Malaysia berdasarkan laporan pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Switzerland, Tabung Bruno Manser (BMF), yang telah mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan keluarganya.


Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.


Kini persoalannya adalah, mungkinkah Taib Mahmud terlibat dalam penggubahan wang haram? Mungkinkah Taib Mahmud terlibat dengan skandal aliran keluar wang haram dari Malaysia berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008? Siapa lagi dalam kalangan rejim pemerintah yang terlibat dengan skandal sebegitu besar?


Kini jelas bahawa terdapat persamaan antara regim Tunisia, Mesir, Taiwan dan Malaysia apabila merujuk kepada pemimpin tertentu. Yang tidak jelas ialah, apakah penjelasan rejim pemerintah Malaysia berhubung dakwaan GFI dan BMF? Apa pula reaksi rakyat terhadap skandal yang sebegitu besar?


Ooi Heng turut menyebut laporan dan pendedahan melibatkan rejim Taib Mahmud yang dikemukakan dalam laman web
SarawakReport, namun sehingga hari ini tiada tindakan siasatan diambil oleh pihak berkaitan dan kerajaan hari ini. Tiada juga laporan siasatan dikemukakan bagi menafikan segala dakwaan serius yang dibangkitkan dalam laporan-laporan SarawakReport. Perkara ini berlaku kerana ia diperintah oleh 'dajal' bermata satu yang mengamalkan dasar pecah-perintah dan dasar meng’double standard’kan system pentadbiran Negara dengan mengkategorikan rakyat kepada dua kategori.


Kategori pertama, golongan atasan, yang berkedudukan, berkuasa, elit politik, kaya-raya dan ternama. Kategori kedua, golongan rakyat biasa yang tidak diperdulikan (kecuali untuk meraih undi ketika pilihan raya). Perlaksanaan undang-undang pun bergantung kepada golongan mana yang terlibat. Oleh sebab itulah dalam system perundangan Malaysia wujudnya ‘pendakwaan terpilih’ dan hukuman yang dijatuhkan juga berbeza pada kesalahan yang sama.

Golongan atasan ada imuniti. Kita boleh rujuk kes Johari Baharom, Rafidah Aziz, Abdul Rahim Chek, Samy Vellu, anak kepada Ling Liong Sik, Eric Chia, Razak Baginda, Osu Sukam, Mohamad Mohd Taib, Abdul Rahim Nor dll panjang senarainya dan bandingkan kes yang dihadapi oleh Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan seangkatan dengannya.


Oleh sebab itulah pendedahan yang melibatkan regim Mahathir sepanjang pemerintahannya tidak diambil tindakan serius oleh pihak berkaitan dan kerajaan hari ini. Masih ingatkah buku tulisan Barry Wain bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" yang menimbulkan kontroversi kerana dakwaan-dakwaan dalam buku tersebut melibatkan regim Mahathir dengan beberapa skandal?


Antara skandal yang dibangkitkan dalam buku tulisan Barry Wain termasuk skandal Bank Bumiputra. Ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu mengapa sebuah bank yang telah ditubuhkan bertujuan membangunkan Bumiputera akhirnya memberi bantuan yang luar biasa kepada sebuah syarikat hartanah di Hong Kong? Apakah penjelasan regim pemerintah yang kononnya membela kepentingan Melayu dalam hal ini?


Tahun 1970-an, Bumiputra Malaysian Finance Ltd (BMF), sebuah syarikat subsidiari Bank Bumiputra di bawah Kumpulan Carrian telah malabur di pasaran saham Hong Kong dan mengalami kerugian amat besar akibat spekulasi pemulangan Hong Kong kepada China. Kumpulan Carrian membuat pinjaman besar-besaran daripada BMF.


Kerugian RM973.6 juta pada tahun 1983 ketika krisis Bank Bumiputra merupakan satu jumlah kerugian yang terbesar dalam sejarah sistem perbankan di Malaysia. Menurut kajian
KPRU, penyelamatan kerajaan ke atas Bank Bumupitra dalam tempoh 15 tahun dijangka menelan perbelanjaan sejumlah RM16.2 bilion.
'
Tindakan kerajaan 'dajal bermata satu ini amat dikesali ialah membakulsampahkan cadangan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes video Lingam. Nama Mahathir bersama 5 orang lagi disebut terlibat dalam kes berkenaan yang melibatkan kes rasuah berlaku dalam system kehakiman di Malaysia. Nazri Aziz dengan penuh angkoh dan sombong menolak cadangan suruhanjaya tersebut dengan menyebut tiada bukti kukuh untuk diambil tindakan selanjutnya dan kes ditutup.Ini bermakna kerja-kerja yang dibuat oleh para suruhanjaya yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong itu menjadi sia-sia malah membazirkan masa dan wang ringgit. Ianya tidak menghargai payah susah para suruhanjaya yang berkerja siang-malam menyiapkan laporan tersebut.


Yang paling celaka, penolakan cadangan tersebut bermakna kerajaan ‘dajal’ bermata satu ini tidak mengiktiraf dan memperkecilkan kewibawaan, kebolehpercayaan dan intergri bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor (sebagai Pengerusi Suruhanjaya), bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguamcara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh, Dato' Mahadev Shankar dan Prof Emeritus, Khoo Kay Kim dan menghina dan memperlecehkan Suruhanjaya yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong.


Analisa selanjutnya di sini


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SELAMAT”
“LAKUKAN PERUBAHAN SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA DAN RAKYATNYA”

Thursday, February 24, 2011

SEKALI LAGI NEGARA GEMPAR DENGAN AKHLAK MENTERI KARBINET NAJIB TUN RAZAK

Negara dikejutkan lagi dengan satu sumber berita dari internet menyebut “A GAY MINISTER IN CABINET AND JOHOREAN ...


Looking at the progress at Jalan Duta, there will be a prima facie case against Anwar Ibrahim and he has to prove himself as innocent.Anwar is up against DNA forensic evidence, and Saiful steady testimony in court to be supported by the three doctors that attend to Saiful, other witnesses and the CAMERA.

He will need to prove he has alibi to claim he is somewhere else. Can he proof the camera wrong? Can his six alibis show they were around with Anwar when the camera proves otherwise?Anwar is set for Bamboo River. Sodomy is a crime punishable by imprisonment.

Back in 1998, Tun Dr Mahathir dismiss him from Cabinet on a justifiable reason of moral and indecent behaviour before Anwar was brought to trial.Will Najib dismiss a member of his cabinet if found to be gay?

Dato Seri ... as far as we can remember, this talk have been going on for more than three years.There is a Cabinet Minister from Johor that is in the habit of going out socially with pretty young boys to restaurants and nite clubs in Kuala Lumpur and Johor baru.

Source from his UMNO Division described him as intimately close with his Political Secretary, described as jambu by fellow youth member in the Division.The Minister could be seen as touching the thigh of his Setpol and massaging his neck and shoulders with soft sensuous touch that made those witnessing as uncomfortable.

One reliable source claim that there is a particular pretty boy that is particularly close with teh Minister.They pretty boy used to work for at the corporate affair department of a major Bank in Kuala Lumpur but have moved to an International Invesment company.

The source claim to personally view an intimate telephone conversation between the 20 something former bank corporate affair officer and the Minister on the other side of the conversation.The source verified the handphone number at the receiving end.The conversation was intimate as they talked about indiscreet subject like performing the mandi wajib.

The pretty boy was so close with the Minister that he could request for RM20,000 with ease.The pretty boys revealed to our source that he used to meet the Minister at Nikko Hotel.

He had laid bare his shirt to massage the Minister.But the source's story stop short at the interesting part.There will be no name revealed.In case, anyone is guessing as Dato Seri Hishamuddin Hussein because this blog used to call him pondan for his indecisions at MInistery of Internal Affirs.

Our answer is No. It is not Hishamuddin.The story is already much talked within UMNO Johor. Don't tell me Najib doesn't know. In case he doesn't, he should get this investigated.If Anwar had to face many ordeals for his criminal sexual orientation, this Minister can't stay on. He could be a major embarassment to Najib's transformational cabinet.Morality must never be set aside.


KOMEN :


Jika diteliti gambar yang disiarkan dalam blog ini, pastinya ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein.


Cuba bandingkan dengan gambar ini :




Jangan lupa pada tahun 2009, menteri ini didakawa menghadiahkan sebuah kereta jenis MPV mewah bernilai RM1.5 juta kepada seorang seorang penyanyi lelaki popular yang amat diminatinya.


Perlakuan menteri itu tersebar dalam dunia blog dan internet dan menjadi topik perbualan di kalangan wartawan.Ini kerana artis berkenaan menonjolkan hadiah keretanya dikhalayak ramai, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai bagaimana dia memiliki kenderaan jenis MPV itu.


Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad dalam tulisan blognya,
Kuda Kepang, bertarikh 21 Januari 2008 mendedahkan kewujudan DVD yang memaparkan seks songsang seorang Menteri, yang ketika itu menganggotai kabinet mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ruhanie memetik tulisan blogger Datuk Kamal Amir yang mendakwa seorang menteri terbabit dalam isu "percaturan moral sewaktu kunjungannya ke Singapura" ketika itu. Malah menteri berkenaan kini memikul jawatan lebih kanan dalam karbinet Najib


Tidak berapa lama kemudian sebuah blog bernama ‘Selamatkan UMNO’ mendedahkan
Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain.


Kes itu hilang begitu sahaja kerana yang melakukan perkara itu ialah Hishammuddin, sepupu kepada Najib Tun Razak yang menguasai Malaysia kini.


Apakata yang melakukan perbuatan itu bukan saudara atau musuh politik Najib. Pihak polis, SPRM dan Peguam Negara merupakan orang yang paling sibuk, berusaha sedaya-upaya mencarinya sampai ke lubang cacing mengumpul bukti secara sah atau tidak sah tidak menjadi soal, asalkan orang yang dituduh itu didakwa di mahkamah, ditelanjangkan semahu-mahu dan dipenjarakan.


Dalam kes terbaru ini pun, saya penuh yakin apabila Hishammudin tampil membuat penafian, maka berakhirlah kes itu di situ. Trend ini kini sudah menjadi amalan dan budaya (seperti perlakuan rasuah, menyalahgunaan kuasa dan merompak harta rakyat) para pemimpin UMNO yang dituduh terlibat dalam sesuatu skandal, yang dituduh itu akan tampil membuat penafian dan skandal itu pun ditutup kerana tidak kes untuk dibuat pendakwaan selanjutnya.

UMNO, khususnya Najib tidak memerlukan pasukan polis, PSRM untuk membuat penyiasatan, Najib juga tidak perlukan Peguam Negara dan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman, memadai orang yang tertuduh itu sendiri akan menjadi polis, PSRM, Peguam Negara dan mahkamah menyatakan yang ia tidak bersalah dan apa yang beliau cakap itu adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.


YA ALLAH YA TUHAN KU. Engkau lihatlah betapa zalimnya UMNO memerintah. Undang-undang dipermainkan. Kami hidup cukup tersiksa dibawah regim UMNO memerintah. Pendawaan dilakukan secara terpilih. Begitu juga hukuman dijatuhkan tidak adil. Orang-orang bawahan seperti kami ini dan musuh-musuh politik UMNO akan dihukum berat, manakala orang-orang kaya, berkedudukan dalam masyarakat dan berkuasa yang menjadi kroni elit politik yang berkuasa dibela dan dibebaskan. Mahkamah telah dijadikan kandang sarkis dan tempat untuk ‘pembersihan’ pembesar UMNO yang dituduh melakukan berbagai skandal.


Kami memohon pada Mu Ya Allah, Engkau hancurkanlah para pemimpin UMNO dan UMNO itu sendiri dari turus menzalimi kehidupan kami. Para memimpin UNNO siang-malam memperbodohkan dan memperlembukan kami seluruh rakyat Malaysia. Mereka penipu, memakan harta rakyat dengan sewenang-wenangnya, menyalahgunaan kuasa dan pecah amanah serta jual amanah yang rakyat berikan. Meraka hidup dilingkungi dengan kekayaan dan kemewahan berlimpah-ruah, sedangkan kami rakyat hidup semakin susah diperhambakan oleh para pemimpin UMNO.


Ya Allah runtuhkanlah regim UMNO yang sudah 54 tahun memerintah, agama MU dipinggirkan. Engkau hancurkanlah seperti Engkau meruntuhkan regim Zine El Abidin Ben Ali, di Tunissia dan regim Hosni Mubarak di Mesir.

Ya Allah kami bersyukur kedapa MU sekiranya Engkau hancurkan regim UMNO sepertimana Engkau hancurkan tentera Abrahah, kami yakin dengan pertolongan Mu Ya Allah. Pada Mu kami berserah.

AMIN. YA RABALL ALAMIN.

Wednesday, February 23, 2011

NAJIB PEMIMPIN PERALIHAN, BUKAN PEMIMPIN PERUBAHAN

Meskipun "transformasi" menjadi istilah yang sering diungkapkan Perdana Menteri Najib Razak, namun beliau lebih dilihat sebagai pemimpin dalam zaman peralihan, dan bukannya pemimpin perubahan. Najib tidak menunjukkan kepimpinan untuk menyelesaikan isu yang berbangkit sejak zaman Reformasi, dan mungkin mengulangi nasib Abdullah Ahmad Badawi - pemimpin peralihan yang terpaksa berundur.


Demikianlah penilaian ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong terhadap Perdana Menteri yang hampir dua tahun menerajui tampuk kerajaan ini. Pemimpin muda DAP ini melihat Najib cuba menampilkan diri sebagai "pengurus" (manager) yang cekap, tetapi apa yang lebih diinginkan rakyat sekarang adalah kepimpinan (leadership).


Liew Chin Tong memberi contoh bagaimana Najib mengambil alih peranan Setiausaha Agung UMNO, misalnya mengadakan perjumpaan dengan ahli parlimen, ADUN, wakil rakyat di Sarawak dan Ketua Bahagian UMNO - kerja-kerja yang sebelum ini dikendalikan Setiausaha Agung UMNO. Liew menganggap pendekatan "manager" ini tidak berguna, apabila situasi ekonomi menuntut satu perubahan atau transformasi.


Sambil mendakwa tiada pertikaian bahawa kita memerlukan reformasi (a need to reform), Liew Chin Tong melontarkan satu persoalan, "Sama ada Najib adalah pemimpin perubahan (transformasi), atau pemimpin peralihan (transition) seperti Abdullah Ahmad Badawi?"


Perbandingannya menggunakan nama Abdullah Ahmad Badawi menggelakkan kira-kira 150 orang yang hadir untuk forum "Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?" anjuran
MerdekaReview, bersama Free Public Forum dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Liew Chin Tong mengulas sedemikian ketika mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan senario di Malaysia.


Isu yang sama sejak zaman Reformasi


Abdullah Ahmad Badawi adalah PM keempat di Malaysia, selepas Mahathir Mohamad berundur berikutan tekanan gerakan Reformasi di tanah air pada akhir tahun 1990-an. Abdullah yang mengambil alih jawatan PM pada akhir tahun 2003 cuba menampilkan diri sebagai pembawa perubahan, bagaimanapun gagal berbuat demikian, malah terpaksa berundur setelah kekalahan UMNO-BN (hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen, dan lima kerajaan negeri) dalam PRU pada tahun 2008.


Liew Chin Tong berkata, untuk 12 tahun sejak zaman Reformasi, rasuah, ketidaksamarataan, keterbukaan, reformasi politik, kebebasan media, reformasi sistem pilihan raya adalah antara isu yang berulang kali dibangkitkan, sehinggalah hari ini. Bagaimanapun, beliau menganggap isu-isu yang sama ini tidak pernah diselesaikan secara terbuka, walaupun dalam zaman pemerintahan Najib.


Beliau memberi amaran bahawa Najib mungkin dijatuhkan seandainya tidak berhati-hati dalam menyelesaikan isu-isu tersebut. Liew mengambil Mahathir pada awal tahun 1990-an sebagai contoh bandingan "pemimpin perubahan", sungguhpun dipertikaikan kemudiannya.


Mahathir wujudkan suasana "perubahan"


Tiga bulan selepas pilihan raya umum pada tahun 1990, Mahathir mengumumkan Wawasan 2020-nya. Ini kerana keputusan PRU kelapan itu menyedarkan Mahathir bahawa seandainya kehilangan undi Cina secara mendadak, sementara pengundi Melayu berpecah di tengah-tengah (50:50), maka beliau akan hilang kuasa, ulas Liew Chin Tong.


Walaupun "transformasi" Mahathir didapati "palsu" kemudiannya, namun Liew Chin Tong tetap menganggap bahawa beliau berjaya mewujudkan suasana "perubahan", sehingga masyarakat Cina yang melihat Mahathir sebagai ekstremis pada tahun 1980-an, berubah persepsinya sebagai "wira" pada zaman 1990-an. Zaman 1990-an mewujudkan satu suasana di mana ekonomi bertambah baik, ada keterbukaan dan kemajuan.


Bagaimanapun, pandangan Liew Chin Tong mencungkil respon hadirin, Josh Hong yang cuba memberi konteks zaman pemerintahan Mahathir, berbading zaman Najib. Menurut Josh Hong dalam sesi soal-jawab, pesaing Mahathir pada tahun 1990-an ialah Tengku Razaleigh Hamzah, yang kurang berkarisma banding Mahathir. Malah, pakatan pembakang tidak semantap hari ini, dengan PAS yang kurang progresif ketika itu dan DAP yang dilihat kurang mesra untuk Melayu pada zaman 1990-an.


Liew Chin Tong bagaimanapun bersetuju dengan pandangan Josh Hong, di mana kerjasama pembangkang hari ini lebih mantap dan matang berbanding zaman 1990-an, dan kini pembangkang menggalas tugas untuk menggarap imaginasi pengundi middle ground.


Senario sedemikian sememangnya berbeza dengan zaman di mana DAP lebih dilihat sebagai pembangkang Cina, dan PAS yang membina kubunya di Utara Semenanjung Malaysia. Liew Chin Tong berkata, senario sedemikian menuntut Najib untuk menjadi pemimpin transformasi, namun beliau tidak menganggap bahawa Najib mampu melakukannya.


Beliau berkata, BN, khususnya UMNO masih menganggap bahawa keputusan PRU 2008 sebagai sesuatu yang luar biasa, dan mereka masih menginginkan kemenangan besar seperti tahun 2004, yang dianggap "normal" dari kaca mata UMNO-BN. Beliau menganggap pemimpin UMNO-BN masih tidak insaf dari PRU 2008. Justeru itu, beliau melihat Najib lebih sebagai "pemimpin peralihan", dan bukannya "pemimpin perubahan".


Sumber : Lim Hong Siang _
MalaysiaReview

Monday, February 21, 2011

HARAM JADAH SUNGGUH PEMIMPIN INI

LAPORAN: Malaysiakini


BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia
NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di sel
uruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.


Negara-negara UNCACDokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.

PEMIMPIN UMNO DAN BN MELAKA SEMUANYA BANGSAT-SIRI 1

Orang Melayu Melaka, selepas Johor dan Pahang, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada golongan manusia ‘bangsat’, bodoh bagaikan lembu, buta mata hati, otak otak udang tidak mampu berfikir dan masih tebal dengan fikiran JAHILLIAH (hanya sebahagian kecil sahaja yang cerdik menerima hidayah dan dibuka mata hati oleh Allah swt), tetapi tidak kepada bukan Melayu khususnya di kalangan kaum Cina yang politiknya lebih cerdik dan licik.

Melayu Melaka adalah Melayu bangsat semenjak dari sejarah kesultanan Melaka sampailah ke hari ini, fikiran mereka masih tetap tidak berubah, mentaati memimpin melebihi mentaati Allah dan RasuNya. Perkataan yang saya gunakan ini sangat kasar dan menaikkan darah orang Melayu Melaka, tetapi itulah hakikat yang patut mereka terima dari persepsi Melayu luar dari negeri-negeri yang saya sebutkan itu.

Sejak Melaka di bawah pemerintahan beraja, Melayu Melaka boleh menentang Hang Tuah yang banyak berjasa kerana fitnah pembesar yang dengki-kianat dan memusuhi Hang Jebat yang bangkit menentang kezaliman dan ketidakadilan dan membela kehidupan mereka. Melayu Melaka boleh menyangjung dan mendaulatkan Sultan Mahmud Shah yang zalaim membunuh Tun Perak yang bijaksana bersama keluarganya sekali (kecuali Tun Fatimah kerana Sultan gilakan seks). Melayu Melaka boleh menerima seorang Bendahara yang lumpuh (Tun Mutahir) demi tidak mahu menderhaka kononya. Akibat kezaliman dan penindasan yang melampau, serta tiada ada seorang pun rakyat Melaka yang berani bangkit menentang kezaliman tersebut, maka Allah swt mendatangkan bala bencana dihapuskan system beraja Melaka dan seterusnya Melaka dijajah oleh bangsa barat selama 400 tahun.

Sekarang, ala pemerintahan kesultanan Melaka kembali muncul di tanah air kita, tetapi dalam bentuk yang berlainan. Penjajah telah memperkenalkan system demokrasi menggantikan system beraja untuk mentadbir Negara ini. Kuasa raja-raja telah beralih tangan kepada UMNO yang dipimpin oleh oleh orang-orang berperangai dan berkelakuan seperti Raja-raja dahulu kala berkonsepkan “beraja di mata, bersultan di hati”.

Oleh kerana PRK DUN Merlimau, Melaka akan diadakan pada 6 Mac nanti, maka tulisan ini akan cuba menyingkap kembali sejarah lama bagi menunjukkan kepada umum bahawa fikiran Melayu Melaka masih lagi kekal bersama fikiran dengan datuk moyang mereka dahulu tetap menyembah raja zalim, walau pun raja itu zalim memperhambakan rakyat. Begitulah, Melayu Melaka sekarang pun tetap menyokong kepimpinan yang zalim, rasuah dan menyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi. Bermula dengan Yang DiPertuanya, pada 3 April 2001, Fauzi Abdul Rahman, ketika itu ADUN Beserah (beliau juga bekas Timbalan Menteri) telah membuat laporan polis terhadap Khalil Yaakob, ketika itu Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan juag bekas MB Pahang di balai polis Kuantan. Ketua Polis Daerah Kuantan masa itu, ACP Ghazali Md Amin telah menerima laporan tersebut. Fauzi juga melaporan kepada BPR bahawa Khalil dituduh mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara ketika memimpin Pahang antara 1986 hingga 1999. Akibat perbuatannya itu menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai kerajaan Pahang sebanyak di antara RM300 juta hingga RM900 juta setahun. Kes ini tidak disiasat dan hilang entah ke mana. Adakah Allah swt terlepas pandang kes ini di akhirat kelak (makan harta rakyat) sebagaimana UMNO menggunakan kuasanya melepaskan kes ini di dunia.

Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam lebih dashat lagi, tetapi UMNO terlepas pandang juga kerana kuasa ada ditangannya sepertimana Firaun gunakan kuasanya bertindak mengatasi kuasa Allah swt. Mohd Ali Rustam, ketika ia Naib Presiden UMNO pada 18 Mc 2009 didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya. Atas kesalahan itu, Mohd Ali dikenakan larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti pada tahun 2009. Mohd Ali bersama 14 lagi anggota UMNO yang didapati bersalah termasuk Naib Ketua Pemuda UMNO masa itu, Khairy Jamaluddin, hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding Ketua Pemuda UMNO (begitulah sikap double standardnya UMNO kerana Khairy adalah menantu Pak Lah dan Pak Lah adalah Presiden UMNO ketika itu.

Kita buka balik laporan yang dibuat kepada polis dan BPR supaya satu penyiasatan rapi dibuat dan buat pembetulan ynag mana salah. Tujuan membuat laporan polis dan BPR bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi sebaliknya ia sebagai teladan kepada pemimpin lain supaya tidak melakukan kerja terkutuk dan paling hina disisi Allah swt yang telah dilakukan oleh Mohd Ali kerana ia tidak amanah terhadap rakyat dan negerinya.

Berulang kali Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Wong, Ketua Pembangkang di DUN Melaka (ADUN Sungai Durian) membuat laporan polis dan BPR terhadap Mohd Ali selaku Ketua Menteri yang menyalahgunakan kedudukan dan melakukan amalan rasuah.

Ali juga didapati membazirkan duit rakyat sebanyak RM250,000 setiap tahun dengan memberi setiap ADUN [termasuk Exco] RM13,000.00 untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut hari perayaan lainnya. Ini adalah wang rakyat, wang saudara-saudara, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana ia dibelanjakan untuk tujuan politik. Sepatutnya kos makanan dan minuman ADUN dan Exco yang mengeluarkannya, tetapi sebaliknya bukanlah keluar dari kocek mereka, tetapi daripada wang rakyat sendiri.


Mari kita rujuk laporan Ketua Audit Negara 1998. Menyelewengkan duit Yayasan Melaka berjumlah RM1.2 juta. Mendapat perolehan sebanyak RM640,000 tanpa tender terbuka dan membuat perolehan tanpa sebut harga sebanyak RM254,000.00 Perbelanjaan barangan mewah dalam tahun 1997 dan 1998 adalah seperti berikut:


2,500 unit beg sekolah @RM21/unit sebanyak RM52,500 dan 2,800 unit beg sekolah @RM19/unit sebanyak RM53,200 untuk sumbangan pelajar miskin berjumlah RM105,700;
600 helai tali leher sutera @RM98 sehelai berjumlah RM58,800;
500 unit tie-clips/cuff-links/key chain/gold-plated brass c/w designer box @ RM175 each berjumlah RM87,500;
Percetakan: 3,000 brochure untuk Auditorium RM24,210 dan4,000 naskah buletin Yayasan RM25,210
200 helai tudung sutera RM14,000
25 unit Pierre Cardin Briefcase@RM1,550 seunit RM38,750


Floor Mat untuk bilik tandas RM11,000
27 pasang blazer @ RM1,650 sepasang RM44,550
58 helai blazer@RM676 sehelai RM39,234
10 helai lounge suits@RM1,250 sehelai RM12,500
2 unit akuarium marin dan kelengkapan akuarium RM20,040.
Menukar dan memasang satu pintu pejabat Yayasan RM25,000.
Menyalahi Peraturan Kewangan Dengan Tidak Memanggil Sebutharga Dan Tender.


Perbelanjaan Atas Kegunaan Peribadi Dan Urusan Tidak Rasmi Projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat seperti:

• Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh adalah 4 lorong kereta;
• Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta;
• Projek air terjun Bukit Bruang sebanyak RM 1.7 juta;
• Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta;
• Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta;
• Satu yunit tandas sebanyak RM 125,000/-
• Bandaraya Mall (Taj Mahal di Bangunan MBMB) sebanyak RM 4.5 juta;
• Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8 juta atau RM 300 sekaki;
• Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;
• Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2 juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.


Pemberian wang peruntukan kawasan yang tidak ada akauantibilti menyebabkan banyak penyelewengan berlaku seperti berikut:


Contohnya pada 2001 DUN Bandar Hilir, Durian Daun dan Tengkera masing-masing diberikan RM 50,000 manakala DUN Duyong memperolehi RM 150,000/-. Cara ia dibelanjakan sungguh tidak bertanggungjawab sekali contohnya dalam tahun 2001 bagi:


a) DUN Tengkera sebanyak RM 50,000RM 26,400 untuk pergi melancong dan melawat, termasuk ke negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS ataupun lebih 50% daripada peruntukan tahunan; dan jamuan makan dan kenduri sebanyak RM 6,000/-.


b) DUN Bandar Hilir sebanyak RM 50,000Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000; danMembeli 11 pasang lounge suit ahli Persatuan Angkat Berat sebanyak RM 6,160 atau RM 560 sepaang dari peruntukan DUN Bandar Hilir;


c) DUN Durian Daun sebanyak RM 50,00Membiayai aktiviti kumpulan tarian dan kebudayaan MCA Melaka yang diterima oleh Encik Chong Yong Keong sebanyak RM 2,000/- dari DUN Durian Daun; dan Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000;


d) DUN Duyong sebanyak RM 150,00010 pasang lounge suits untuk ahli atlet Persatuan Angkat Berat Negeri Melaka sebanyak RM 5,600/- atau RM 560 sepasang;


55 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 2,200/-; dan RM 37,000 untuk makan angin di Sarawak.


Pada tahun 2000, RM 1,770 dibelanjakan dari peruntukan DUN Duyong untuk membeli telefon bimbit untuk pejabat ADUN Duyong pada masa itu. Jelas sekali penyalahgunaan sedemikian amat ketara sekali sehingga membeli hamper, makan angina, jamuan makan, telefon bimbit untuk kepentingan pejabat peribadi dan juga untuk tujuan politik MCA.


Apa faedah kepada rakyat?

Berjuta-juta ringgit digunakan untuk elaun dan tuntutan Ketua Menteri, Ahli EXCO dan ADUN setiap tahun.


YAB Ketua Menteri mendapat elaun bulanan RM 6,750 daripada menghadiri mesyuarat dan subsidi perbelanjaan Hari Raya adalah mengikuti perbelanjaan sebenar yang boleh sampai RM 50,050 pada tahun 2000.


Speaker dan Ahli-ahli EXCO menerima subsidi perbelanjaan hari perayaan masaing-masing RM 10,000 setiap orang, dan untuk ADUN BN sahaja RM 5,000 setiap orang. Malah subsidi hari perayaan setiap tahun hampir RM 250,000/- membazirkan wang rakyat tanpa memberikan sebarang faedah.kecuali membolehkan setiap ahli EXCO dan ADUN BN untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut Hari Raya masing-masing secara percuma.


Memandangkan ia adalah wang rakyat, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana membolehkan ia dibelanjakan untuk tujuan politik BN. Rumah terbuka yang diadakan oleh ADUN BN adalah wang rakyat. Disamping itu, tuntutan elaun perjalanan oleh ADUN-ADUN Melaka.


Contohnya menurut jawapan rasmi dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka oleh YAB pada 4hb April 2001, ADUN Duyong Datuk Wira Gan Boon Leong telah membuat tuntutan elaun perjalanan bukan atas kerja awam tetapi kepentingan peribadi.


Sekiranya benar, ia boleh dianggap sebagai satu penyalahgunaan wang awam yang sukar direstui umum. Elaun perjalanan sepatutnya dibuat atas urusan rasmi. Adalah keterlaluan sekiranya tuntutan elaun perjalanan disalahgunakan sehingga merangkumi urusan peribadi atau urusan yang dijalankan di dalam rumah sendiri seperti: mempengerusikan sidang akhbar di rumah sendiri;menghadiri majlis perkahwinan;menghadiri mesyuarat politik parti MCA di Kuala Lumpur;melawat kawasan berhampiran rumahnya;melawat pesakit di hospital; danmenerima rawatan sebagai pesakit di hospital.


Tuntutan pakaian, elaun perjalanan dan pembaikan kereta dari YAB Ketua Menteri, Ahli EXCO, ADUN dan setiausaha politik dan setiausaha sulit untuk 2001 dan 2002 melebihi RM 1.2 juta. Elaun perjalanan sahaja untuk YB Macap ialah RM 45,658.85 pada tahun 2001.


Dengan elaun, tuntutan dan penyalahgunaan peruntukan pembangunan sedemikian tepatlah peribahasa Cina, “Jadi wakil rakyat, jadi kaya”, di mana slogan pilihanraya besar MCA, “orang dalam kerajaan senang buat kerja” patut diubah kepada “orang dalam kerajaan senang cari makan”

.
Jualan Kereta mewah dengan harga rendah :


Pembeli


Datuk Seri Abu Zahar Hj Isnin, Datuk Noordin bin Hj Yaani, Datuk Hj Mohd Sharif Mohd Drus, Datuk Hj Yasin Mohd Sharif, Datuk Gan Boon Leong


No Kereta


ML 3 , MAF 5 , ML 4, MU 9 dan ML 9


Model :

Mercedes E230(A) Mercedes E220(A) Mercedes E220(A) Mercedes E230(A) dan Mercedes E230(A)


Tarikh Daftar : 14.8.96, 14.9.95, 30.9.95, 21.8.96, dan 7.8.96
Harga Beli (RM) : 181,522, 140,133, 140,133, 181,522 , 181, 522, dan 824,832 (A)


Harga Pasaran JKR (RM): 114,000, 79,000, 77,000, 100,000, 114,000 dan 484,000 (B)


Harga Yang Dijual Kpd EXCO


68,400 , 47,800 , 46,200 , 60,000 , 68,400 dan 290,800 (C)
Perbezaan(A-B) 45,600 31,200 30,800 40,000 45,600 dan 193,200 (D)
Nilai No. Kereta 20,000, 20,000 – 20,000 , 20,000, 80,000
Jumlah Kerugian(C+D) 65,600 ,51, 200, 30, 800, 60,000, 65,600, 273,200


Diskaun yang diberikan adalah 40% daripada harga pasaran*
penjualan tidak termasuk nombor pendaftaran


Kalau nilai nombor kereta bertuah sebanyak RM80,000 diambilkira, kerajaan negeri dan rakyat Melaka telah rugi sekurang-kurangnya RM273,000.


Akan tetapi, isu yang lebih besar adalah betapa tidak bermoral dan tidak beretika untuk membenarkan bekas Ahli EXCO menikmati harga jualan yang begitu rendah ini.


Penyelewengan Tabung Kebajikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebanyak RM 908,243.33 sejak 19 Disember 2001.YAB Ketua Menteri Melaka telah mendirikan satu Tabung Kebajikan peribadi di atas nama peribadinya sendiri demi membolehkan bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan.


Adalah difahamkan sejak 19.12.2001 bila RM 5,000 dimasukkan, sebanyak RM 908,242.33 telah dimasukkan dan digunakan sehingga 31 Mac 2005 iaitu:. RM 122,950 pada tahun 2001/2002;. RM 286,000 dalam tahun 2003;. RM 449,292.33 dalam tahun 2004; dan. RM 50,000 setakat 31 Mac 2005. Sumber wang Tabung misteri ini berasal dari UMNO Negeri Melaka sebanyak RM 368,283.82 dan bakinya sebanyak RM 539,958.51 adalah diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh YAB Ketua Menteri Melaka.


YAB Ketua Menteri mendakwa di suratkhabar berkali-kali bahawa Tabung ini diselenggarakan oleh Southern Hospital (kini digelarkan Hospital Putra) untuk membolehkan orang awam yang miskin memohon bantuan kewangan perubatan baik di hospital swasta atau kerajaan.Akan tetapi siasatan ke atas maklumat yang diperolehi bahawa sepanjang tiga tahun Tabung misteri ini beroperasi, lebih daripada RM 590,000 (65%) digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri.


RM 365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluarga YAB Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan allahyarharmah emaknya. Manakala RM 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk. Amat menghairankan mengapa ahli keluarga seperti isteri dan anak perlu mengambil kesempatan dalam tabung misteri ini dan menafikan hak orang miskin bila rawatan perubatan memang diberikan secara percuma oleh kerajaann kepada ahli keluarganya selaras dengan kedudukannya sebagai YAB Ketua Menteri Melaka.


Isu ini adalah berkepentingan awam kerana melibatkan tiga perkara penting:


a) Sumber wang adalah daripada orang awam dan dikutip atas matlamat murni membantu orang miskin dan golongan tidak berada;

b) Bantuan wang tidak dihulurkan semua kepada orang miskin dan golongan tidak berada sebaliknya kepada golongan berada bergelar Datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri; dan

c) Tidak ada sebarang pengumuman awam bahawa pesakit miskin boleh memohon bantuan atau kriteria kelayakannya sehingga orang awam hanya tahu tentang tabung misterinya selepas tiga tahun didirikan.


Siri kedua Kisah Abdul Rahim Tamby Chek pula.InsyaAllah.


“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Sunday, February 20, 2011

MAHATHIR PUJI KEMAL ATATURK

Mahathir membuktikan bahawa apa sahaja sanggup dilakukan olehnya demi mempertahankan Perjuangan Ketuanan Melayu yang didukung olehnya selama ini walaupun dia sendiri bukan orang Melayu.

Tulisan yang dipetik dari blognya benar-benar memeranjatkan. Pemimpin yang mengaku mempertahankan Islam, sebaliknya memuji musuh Islam secara terang-terangan di dalam blognya.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam. [
Blog Mahathir]

Sejak bila Agama Islam di Turki terpelihara kerana Kamal Atartuk? Malah Kamal Atartuklah yang menghancurkan Islam.

Apakah tujuan Mahathir memuji orang yang mengharamkan pemakaian tudung di bangunan-bangunan kerajaan di Turki ini? Apa tujuan Mahathir menaikkan nama Kamal Atartuk yang mendakwa undang-undang Islam adalah undang-undang lapuk dan perlu digantikan dengan peradaban Eropah yang kononnya canggih. Maka, undang-undang syariah digantikan dengan undang-undang Switzerland yang telah diterjemah secara verbatim?

Apa muslihat Mahathir memuji orang yang memaksa azan dilaungkan di dalam bahasa Turki, memaksa penggunaan topi Eropah, melarang umat Islam di Turki dari mengerjakan haji, menukar tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf-huruf Arab kepada rumi, memberi kebebasan kepada wanita termasuk untuk mendedahkan aurat mereka, mengharamkan pendidikan agama di sekolah-sekolah, mengharamkan pakaian khas bagi wanita Turki ‘sharshaf’ (seperti abayah hitam), melarang sejarah kegemilangan kerajaan Islam yang lepas daripada didedahkan kepada orang ramai dan juga mewasiatkan bahawa selepas kematian beliau, Turki hendaklah dipimpin oleh British.

Malah inilah orangnya yang menutup beberapa buah masjid, malah mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah muzium! [
Wikipedia]Selepas kematiannya Kemal Atartuk digelar sebagai Laknatullah alaih (Laknat Allah ke atas mu).


[Sumber:
Kamal Atartuk Laknatullah alaih]

Banyak lagi tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kamal Atartuk ini yang jelas sekali menghancurkan Empayar Islam terakhir Turki. Anda boleh google sendiri di internet.

Adakah Tun Mahathir tidak tahu sejarah ini? Atau Mahathir sengaja ingin mengelirukan para pembaca dan penyokongnya? Adakah Tun Mahathir sememangnya menyokong Kemal Atartuk yang menghancurkan Islam ini?


source:
http://milosuam.blogspot.com/2011/02/demi-ketuanan-melayu-mahathir-sanggup.html#ixzz1EWAtPla7

NEGARA MALAYSIA MASIH ‘DALAM PEMBENTUKAN’

Oleh Shuhaimi Said

Melihat dari apa yang sedang berlaku di negara ini, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan bertamadun masih belum wujud.


Sekiranya Malaysia bergerak mengikut perlembagaan Persekutuan, ia adalah sebuah negara yang baik. Tetapi akta-akta yang dibuat dibawah Perlembagaan itu menghakis dasar-dasar murni yang cuba diterapkan oleh Perlembagaan.


Malaysia adalah sebuah negara carcr marba dan masih dalam proses pembentukan. Malaysia dikatakan sebuah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Konsep ini cukup baik dan boleh merangsang kesetiaan, perpaduan, keadilan dan kebebasan.


Malangnya wujud lebih banyak undang-undang yang tidak mengizinkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan.


Kuasa Eksekutif di negara ini mengatasi kuasa-kuasa Kehakiman dan Pentadbiran. Parlimen/Kehakiman dan Pentadbiran melutut kepada Eksekutif . Kuasa-kuasa yang hanya tinggal sedikit kepada Raja-Raja, juga terpaksa melutut kepada Eksekutif.


Apa yang tinggal dan dikatakan sebagai demokrasi hanyalah pilihanraya. Dan pilihanraya itu pula tidak berlandaskan kepada demokrasi kerana parti yang memerintah boleh menyalahgunakan kuasa tanpa perlu akur kepada Undang-Undang dan Mahkamah.


Rasuah politik secara terbuka dan besar-besaran dilakukan tanpa sebarang kekangan. Mahkamah tidak berupaya, seolah-olah tidak ada kuasa yang boleh menyekat dan menghalang rasuah politik yang melampau.


Semua cabang pentadbiran dipergunakan oleh parti pemerintah. Tidak berlaku dalam pilihanraya, persaingan yang saksama di antara parti-parti politik.


Bahkan apa yang berlaku adalah perlawanan di antara parti pembangkang dengan parti Barisan Nasional yang dibelakangnya terdiri dari jabatan kerajaan. Manakala, segala harta benda rakyat dijadikan habuan untuk memancing undi bagi pihak Barisan Nasional.


Perkara seumpama ini tidak berlaku di negara-negara demokrasi. Bahkan di negara tersebut, penyalahgunaan kuasa seumpama ini adalah jenayah yang boleh menjatuhkan parti yang melakukan salahguna tersebut.


Institusi yang sepatutnya menjadi bebas seperti Polis dan SPR jelas memihak kepada parti yang memerintah. Jauh berbeza sikap mereka terhadap parti pembangkang.


Dasar yang baik demi membangunkan satu-satu kaum yang ketinggalan disalahgunakan oleh parti pemerintah untuk mengayakan anak buah, pemimpin serta kroni mereka, sehingga boleh menjadi jutawan dan kaya-raya, sementara kaum yang ketinggalan itu tetap ketinggalan.


Hak rakyat untuk berdemonstrasi hanya dibenarkan jika ia dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional, tetapi ditentang dengan ganas jika dilakukan oleh pembangkang.


Kebebasan hanya dibenarkan untuk media-media pro-kerajaan, tetapi ditapis dan dihalang kepada media pembangkang.


Pelajar-pelajar yang memihak kepada Umno dan Barisan Nasional tidak dilarang tetapi kepada mahasiswa yang mahu memihak kepada Pembangkang dihalang oleh bukan sahaja oleh Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti), bahkan juga oleh pihak Polis.


Perpaduan kaum yang luhur tidak pernah wujud di negara ini kerana Barisan Nasional yang berteraskan parti-parti perkauman. Mereka menperluaskan dasar perkauman apabila berhadapan dengan ahli-ahli mereka yang hanya terdiri daripada satu-satu kaum,


Mereka cuba pula memecah-belahkan pembangkang dengan isu-isu perkauman. Mereka itu hanya akan hidup kerana meniupkan isu-isu perkauman, dan dengan penuh kepuraan-puraan bersatu di peringkat tertinggi semata-mata untuk mengaut harta-benda negara untuk pimpinan mereka.


Hakikatnya, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat masih terlalu jauh dan belum wujud jika negara ini terus menerus diperintah oleh Barisan Nasional!


“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

SENARAI PANJANG 22 TAHUN DR MAHATHIR MOHAMAD MEMERINTAH

Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang ia seorang negarawan tulin yang kononnya ia mementingkan kebajikan rakyat dan kepentingan Negara sepanjang 22 tahun ia memerintah.

Memandangkan usianya semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Langkah pertamanya ialah dengan
menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan beliau terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Adalah dijangkakan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah.

Di bawah ini saya perturunkan perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:


• Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.


• Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

• Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

• Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.

• Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

• Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

• Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

• Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

• Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

• Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

• Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

• Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

• Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

• Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

• Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

• Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

• Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

• Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

• Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
• Memaksa Petronas membeli saham Proton.

• Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

• Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

• Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

• Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

• Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

• Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

• Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

• Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

• Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

• Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).


5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa


• Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
• Mengganggu penyiasatan BPR
• Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
• Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

• Keruntuhan makmal computer;
• Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
• Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
• Keretakan PULAREK; dan
• Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

• Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
• Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
• Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
. Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

• Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.

• Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

• Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

• Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

• Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

• Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
• Kerugian pelaburan Tabung Haji;
• Kerugian RM15b Bank Negara;
• Kerugian RM40 juta AIM;
• Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
• Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

• Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
• Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
• Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
• Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
• Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
• Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera


• Menutup dua MRSM di Terengganu;
• Menutup sekolah agama rakyat; dan
• Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

• Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

• Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;

• Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

• Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan


• Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.


“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Friday, February 18, 2011

MALAYSIA SEBUAH 'NEGARA POLIS'?


Salam hormat dan selamat bertemu kembali. Maaf kerana kesibukan tugas rasmi selama 7 hari blog ini tidak sempat dikemaskini. Banyak isu-isu semasa tidak sempat diulas.


Isu yang saya kira paling menonjol ketika ini ialah perbicaraan Anwar Ibrahim, banyak kejutan yang dibuat dalam perbicaraan itu. Dalam tulisan ini saya mahu mengulas isu mengenai sikap Dr.Mahathir Mohamad berkaitan Operasi Lalang tahun 1987.


Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan dan paling berkuasa selama 22 tahun. Amalan beliau yang keji (seperti pembohong, rakus dengan kuasa, memutar-belitkan isu, menyalahkan orang lain, dirinya sahaja yang suci dsb) telah diwarisi oleh bekas penggantinya dan penggantinya sekarang. Penggantinya sekarang giat memperalatan seluruh system pentabiran Negara untuk memperkukuhkan kedudukan beliau dan menyelamatkan UMNO sepertimana yang beliau lakukan ketika beliau berkuasa dulu.


Mahathir tanpa segan silu mempergunakan institusi eksekutif (seperti pasukan polis, SPR, BPR (kini SPRM), media massa dan jentera-jentera kerajaan), mahkamah dan parlimen bagi melindungi segala perbuatan salahlaku para pemimpin UMNO, UMNO dan dirinya sendiri. Sebelum itu, PM-PM terdahulu tidak mencampuri urusan ketiga-tiga badan ini. Mereka bebas bergerak dan tidak mencampuri bidang tugas orang lain. Masing-masing ada peranan dan bidang kuasa masing-masing. Di era beliau, badan eksekutif paling berkuasa, ia masuk campur, mempengaruhi, menguasai dan memperalatan badan kehakiman dan parlimen bagi kepentingan beliau dan UMNO, bukan untuk kepentingan Negara dan rakyat.


Salah satu sifat buruknya, beliau suka menyalah pihak lain. Perangai ini juga turut terbawa-bawa dan diperkukuhkan oleh pengganti-penggantinya terutama Najib Razak sekarang. Najib lebih berbisa dan mencengkam segenap bidang kehidupan rakyat jika dibandingkan dengan beliau, tetapi bezanya Najib bertindak melalui orang lain, melalui pintu belakang. Mahathir berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, berani untuk bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab. Tidak kepada Najib. Najib penakut dan dayus. Isterinya, Rosmah mengawal segala tanduknya mentadbir dari A sampai Z.


Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, beliau menyalahkan pasukan polis. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Terbaru, beliau mendakwa bahawa beliau bercadang menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi ditolak oleh pihak polis dengan alasan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.


Jadi, siapa mengawal siapa? Ikut logic Mahathir tindakan pasukan polis dulu dan kini yang melakukan berbagai tindakan ganas terhadap pembangkang adalah atas rasa hati peringkat tertinggi dalam institusi kepolisan, kadang-kadang tindakan pasukan polis ini lebih melampau dan boleh dikira sebagai lebih ‘kuah dari sudu’ atau lebih UMNO dari UMNO demi menjaga kuasa UMNO supaya tidak terjatuh ke tangan pembangkang.


Persoalannya : Adakah Malaysia ini diperintah oleh pasukan polis (polis state)?
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘negara polis’? Secara mudahnya negara polis dapat diertikan sebagai sebuah negara yang terlalu menitikberatkan persoalan keselamatan dalam perjalanan pentadbirannya. Konsep keselamatan yang difahami oleh negara adalah terlalu menyeluruh dan inklusif. Ianya terlalu menyeluruh sehinggakan keselamatan negara tidak dapat dipisahkan dari kestabilan politik. Lebih teruk keselamatan dikaitkan secara langsung dengan kelangsungan politik parti yang memerintah dan dalam kes Malaysia kelangsungan atau survival politik UMNO.


Kelangsungan parti pemerintah dipastikan dengan terlantiknya pegawai Cawangan Khas (SB) yang begitu ramai dalam perkhidmatan polis. Mengikut Saudara Saari Sungip yang banyak menulis tentang SB menganggarkan terdapat sekitar 20,000 hingga 30,000 SB di Malaysia dan angka ini merupa 1/3 dari jawatan dalam perkhidmatan polis. SB-SB ini bergerak secara rahsia, terdiri dari pelbagai jantina dan kepakaran, memantau pergerakan individu dan kumpulan yang dianggap boleh membawa masalah keselamatan.


Pemantauan mereka begitu terperinci: tempat yang selalu dikunjungi oleh individu/kumpulan yang dimaksudkan, bahan bacaan yang dibaca, program televisyen yang diminati, laman web yang dilawati, surat-menyurat juga dipantau, perbualan telefon termasuk telefon bimbit dirakam, e-mail dan SMS dipantau. Malah secara umumnya tingkah-laku, cara hidup dan cara berfikir individu dipantau. Kadang-kadang saya terfikir, apa yang dibuat oleh individu berkenaan dalam tandas pun dipantau.


Di Malaysia tiada Akta-akta yang boleh menghalang mana-mana individu, kumpulan, malah pihak kerajaan dari menceroboh 'privacy' atau kerahsiaan hidup individu lain. Kita tidak musykil sekiranya pemantauan yang dibuat adalah secara khususnya mengenai keselamatan negara. Perlu dibeza antara keselamatan negara dengan keselamatan parti politik yang memerintah. Kalau pun hendak sokong parti politik yang memerintah, pastikan kepimpinan yang terbaik yang memerintah negara, bukan golongan perasuah, penzalim, penindas kehidupan rakyat dan menyalahgunaan kuasa mengumpul kekayaan peribadi seperti yang berlaku di Mesir dan di Tunissia yang mana para pemimpinnya korup.


Di Malaysia sendiri banyak pemimpin jenis ini, tak kan SB-SB sebegitu ramai buta mata hati tidak dapat mengenal yang mana satu pemimpin yang kaki rasuah, kaki betina, kaki botol, kaki judi dan macam-macam kaki lagi. Takkanlah pula SB-SB ini mata buta kerana sebahagian besar para pemimpin UMNO hidup dalam keadaan serba mewah berbanding dengan pendapatan. Berkuasa baru setahun jagung, sudah berupaya memiliki harta bernilai jutaan malah ada yang mencapai angka billion ringgit. Takkanlah tidak tahu siapa Razak Baginda, Adnan Mansor, Ali Rustam, Musa Aman, Khir Toyo, Taib Mahmud, Mahadzir Khalid, Mohamad Mohd Taib, Rafidah Aziz, Abdul Rahim Tamby Chek, Zakaria Md Deros dan, dan ramai lagi. Balik-balik selak kain dan melondeh pakaian para pemimpin dari parti pembangkang. Gila punya kerja.


Di Malaysia, betapa dominannya aspek keselamatan dalam negara diburukkan lagi dengan wujudnya pelbagai Akta yang mengikat kebebasan asasi warganegara. Hak untuk bersuara, hak untuk berpersatuan, hak untuk berdemonstrasi secara aman. Tidak puas dengan yang ada cadang hendak pinda pula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan supaya ia mencakupi tulisan-tulisan yang disiarkan di intenet. UMNO ingat semua rakyat bodoh macam Melayu kampung dan Melayu Felda yang masih tebal dengan fikiran JAHILLIAHnya.


Melayu jenis itu bolehlah UMNO kencing. Melayu lain dan rakyat Cina tidak mudah untuk UMNO kencing. Demi untuk mengawal kuasa, UMNO sanggup memperbodohkan rakyat dengan menyekat menyebaran maklumat supaya rakyat tidak boleh membuat pemilihan yang tepat. UMNO melihat jangka pendik yang mana kesannya nanti tidak wujud pemikiran yang kritis dan kreatif di kalangan masyarakat. Matlamat untuk membentuk rakyat berfikiran global ‘first clase’ bertaraf dunia akan gagal. Siapa yang rugi? Sudah tentu rakyat dan Negara yang menerima padahnya.


Adalah mustahil dasar-dasar yang digubal oleh manusia tidak mempunyai kelemahan-kelemahannya tersendiri kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Sempurna. Ini bermakna dalam konteks kebebasan bersuara, kerajaan UMNO masih tidak membenarkan pandangan yang berbeza dan hak untuk tidak bersetuju (Right of Dissent). Adalah sesuatu yang biasa dalam kehidupan manusia untuk berbeza pendapat tentang pelbagai perkara. Peribahasa Melayu mengatakan ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Rasullullah saw pernah bersabda ‘perbezaan yang wujud di kalangan ummatku adalah merupakan satu rahmat’. Bersetuju untuk tidak bersetuju perlu dilihat sebagai sesuatu yang natural.


Sekiranya kerajaan yakin bahawa ia berada di pihak yang benar maka pertahankanlah kebenaran ini dengan fakta dan hujah yang menyakinkan, secara terbuka dan secara berlapang dada. Bukankah budaya Melayu bersandarkan kepada prinsip ‘berani kerana benar dan takut kerana salah’? Bukan dengan cara senang lagi mudah dengan menghantar beribu pasukan FRU menghalang dan mengepong ceramah umum, perhimpunan dan demontrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, permit yang dipohon tidak dikeluarkan, tetapi apabila pihak UMNO anjurkan, ia dibiarkan berlangsung tanpa sebarang gangguan.


Wujudnya prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ atau Right of Dissent adalah merupakan satu kayu pengukur terpenting matangnya sesebuah sistem demokrasi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Di Malaysia, system demokrasinya lebih teruk. Tidak bertamadun. Kembali ke zaman batu. Tidak terbuka, bebas dan adil. Rakyat dipaksa menerima ketidakadilan ini berlaku.


UMNO melakukan amalan rasuah setiap kali pilihan raya diadakan, tidak kira sama ada PRU atau atau pilihan raya kecil. Beli undi secara terang-terangan di Hulu Selangor dan Batu Sapi, tidak diambil sebarang tindakan bagi mengelak berlakunya budaya baru di kalangan generasi akan datang. Setiap kali pilihan raya kecil diadakan di sesuatu kawasan, duit dan projek-projek pembangunan turun mencurah-curah bagaikan daun-daun kering berguguran di musim kemarau. Takkan itu pun hendak kata ‘KEBETULAN’. 1 Malaysia idea Najib kebetulan dengan 1 Malaysia Israel bolehlah diterima kerana Najib merupakan orang tercerdik di dunia.


Akibat dari terlalu menekankan aspek keselamatan dalam sistem politik dan pentadbiran negara ia sekaligus terdedah kepada mempolitikkan pentadbiran (politicization of administration). Pengawai tadbir yang memegang jawatan penting dipastikan orang yang pro-UMNO atau pro-BN. Pegawai yang berkecuali (sekaligus ditafsir sebagai pro pembangkang) dinafikan pelbagai kemudahan seperti tidak dinaikkan pangkat sungguhpun ia layak. Begitu juga rakyat di bawah yang bukan UMNO, dinafikan hak untuk menikmati berbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan (bukan UMNO).


Mempolitikkan pentadbiran ini dijalankan bagi menjamin kelangsungan hayat UMNO. Kesan negatif dari pendekatan ini adalah kaburnya sempadan yang memisah ‘parti’ dan ‘kerajaan’ dalam erti kata pada pandangan parti yang memerintah adalah sinonim dengan kerajaan yang memerintah. Ianya boleh diterima dari sudut ilmu sains politik sekiranya dikatakan parti yang memerintah adalah sinonim dengan kabinet yang memerintah.


Kabinet yang mentadbir negara terdiri dari parti-parti komponen BN tetapi kerajaan yang memerintah atau dalam bahasa yang berbeza tetapi maknanya sama-parlimen, terdiri dari bukan sahaja parti-parti BN tetapi juga pembangkang. Ini adalah ilmu sains politik yang paling asas yang diajar kepada pelajar-pelajar tahun pertama di universiti yang mengambil kursus pengantar sains politik. Nampaknya wakil-wakil rakyat UMNO dan BN lebih teruk dari pelajar tahun pertama universiti.


Kekeliruan yang timbul menyebabkan projek-projek pembangunan dilabel sebagai ‘Ini satu lagi projek Barisan Nasional’ Seolah-olah cukai negara dipungut dari penyokong-penyokong UMNO dan BN sahaja dan penyokong-penyokong pembangkang terlepas dari membayarnya. Disebabkan UMNO begitu lama memerintah negara dan sistem politik dan pentadbiran negara telah dilenturkan mengikut acuan dan selera UMNO dengan memanipulasi sistem yang ada (dalam kes pilihan raya melalui SPR), maka sistem parti politik dan seterusnya sistem politik Malaysia dikenali dengan sistem parti dominan (dominant party system) yang melahirkan sistem politik yang juga dominan.


Secara bandingannya sistem parti dominan adalah berada satu tangga lebih baik dari sistem Komunis yang bersifat satu parti (one-party sistem) dan dari segi ukuran demokrasi sistem satu parti adalah yang paling tercorot. Sebagaimana yang dimaklumi, di negara Komunis, parti adalah sinonim dengan kerajaan. Di sini terdapat persamaan dengan apa yang berlaku di Malaysia iaitu adanya kecenderungan untuk melihat parti adalah sinonim dengan kerajaan.


Kecenderungan ini adalah sesuatu yang amat merbahaya kepada sistem demokrasi kerana sekiranya tidak dihalang ia akan menggelongsor ke arah sistem politik yang bersifat totalitarianisme yang dicirikan oleh penguasaan yang total, memesong pemikiran rakyat (brainwashing) dan pemujaan terhadap negara dan pemimpin secara berlebihan. Sekarang sudah nampak trend itu berlaku secara berluasa di bawah Najib. Najib mengepong semua kebebasan rakyat, menidakkan kebebasan akhbar, maklumat dikawal, menutup semua saluran maklumat kecuali saluran dari UMNO (kerajaan) dan pada PRU ke-13 nanti kita akan menyaksi ramai bloger-bloger akan didakwa di mahkamah kerana menulis perkara-perkara yang bertentangan dengan kerajaan pimpinan Najib yang mahukan puji-pujian, puja-memuja dan bodek-membodek kepimpinannya seperti apa yang terjadi kepada bloger-bloger yang menulis tentang istana telah ditangkap dan sedang didakwa di mahkamah kerana UMNO menyanjung tinggi institusi istana. Jadi, bolehlah dihujahkan bahawa sistem politik yang bersifat totalitarianisme sebagaimana yang terdapat di negara Komunis yang dikuasai oleh seorang diktator, boleh dilabelkan sebagai sebuah negara polis yang total.


Secara rumusannya dan berdasarkan perbincangan ringkas di atas, dapatlah dikatakan bahawa Malaysia layak dikategorikan sebagai sebuah negara polis dimana pertimbangan keselamatan begitu dominan sehingga ia melanggar asas-asas yang rasional.


Pemerintah Malaysia berkecenderungan untuk tidak membezakan antara parti dan kerajaan sebagaimana yang berlaku di negara Komunis. Sekiranya kecenderungan ini berterusan dan tidak dihalang oleh satu gerakan masyarakat sivil yang berkesan, maka dibimbangi ia akan bergerak ke arah mewujudkan satu sistem politik totalitarianisme yang pada waktu ini wujudlah satu negara polis yang juga total.


“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Friday, February 11, 2011

APA DISEBALIK KEJATUHAN HOSNI MUBARAK

Saya memetik tulisan Dr. Mujahid Yusof Rawa yang disiarkan oleh Harakahdaily.net. Tujuannya untuk pembaca membuat satu perbandingan di antara permainan politik di Mesir dengan di Malaysia. Saya berpendapat apabila membaca rencana ini keseluruhannya, ia mempunyai titik-titik persamaan yang wujud di Malaysia.

Di antaranya, saya petikan beberapa contoh di sini :


Kalau dahulu yang berkumpul hanya di sekitar beratus orang sahaja kali ini perkumpulan tidak lebih dari puluhan ribu manusia. Kalau dahulu perhimpunan hanya melibatkan kumpulan tertentu yang mendesak sesuatu, seperti perhimpunan Ikhwan, tetapi kini semua jenis manusia berkumpul tanpa mengira usia tua atau muda, kumpulan politik atau orang biasa, lelaki dan wanita.


Perhimpunan berbagai bentuk latarbelakang ini menghimpun berbagai spektrum pemikiran dari gerakan sivil, gerakan Islam dan golongan liberal. Kali ini ia bukan kebangkitan Ikhwanul Muslimin seperti lazimnya malah rakyat yang berhimpun menafikan Ikhwan yang menjadi dalang utamanya, mereka mengatakan ini adalah Kebangkitan Semua, Kami Cintakan Mesir, Kami Benci Pengkhianat.


(Ulasan : Trend ini mula berlaku di Malaysia.Contoh perhimpunan bersih pada tahun 10 November 2007 dan perhimpunan anti kenaikan harga pada tahun pada tahun 2008. Apa yang perlu dibuat ialah perancangan yang rapi yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan. Elakkan berlaku rusuhan dan kerosakan harta benda awam. Ianya menampakkan hasil yang memusakan. Buktinya UMNO dulunya sangat benci dengan demontrasi, kini merekalah yang mnejuarainya pula. Binatang- cakap tidak serupa bikin).


Apa maknanya semua ini? Para penganalisis menyebutnya sebagai ‘unprecented in the history of modern Egypt’. Mereka menamakannya sebagai Kebangkitan Rakyat bersifat Nasional yang bosan dengan kengkangan dan kawalan ketat kepada naluri kebebasan rakyat Mesir.


(Ulasan : Ini berlaku di Malaysia. Semua saluran media alternatif ditutup,akhbar parti pun UMNO haramkan, dibiarkan majalah dan akhbar picisan berlambak di pasaran kerana ia tidak membincangkan keburukan UMNO. Bincang pasal seks, hantu dan gossip berkaiatan artis tidak bolehkan. Parti yang tidak sehaluan dengan UMNO, tidak ada saluran yang sah untuk menyampaikan maklumat pandanangan kedua kepada rakyat. UMNO memiliki dan mengawal keseluruhan media cetak dan elektronik, kini UMNO merancang hendak kawalan internet pula.Setiap hari UMNO menghentam lawannya, tetapi lawannya tidak dibenarkan menjawap balik di atas berbagai tuduhan yang dilemparkan itu. Rakyat Mesir telah rasa keperitan ini.)


Mubarak cuba menghidupkan sentimen bahayanya puak Islam jika menguasai negara. Tetapi lebih besar daripada itu ia tentang kezaliman, menyekat kebebasan, keganan polis, salah guna aparatus pemerintah untuk kepentingan kroni dan rasuah yang berleluasa. Semua pihak sudah muak dengan semua gejala ini sehingga mereka tidak lagi mengambil kira perbezaan pemikiran sebagai halangan, malah sanggup berganding bahu merentasi aliran pemikiran menuntut berakhirnya regim diktator ini.


(Ulasan : Kaedah ini amat popular digunakan oleh para pemimpin UMNO. Meniti dari mulut ke mulut di kalangan para pemimpin UMNO dan pengikutnya. Satu lagi UMNO suka sangat bangkitkan soal perkauman. Ketuanan Melayulah, Islamlah perlu dijaga kononnya dan mengungkit asal usul bangsa seperti kata Ketua UMNO Bukit Bendera, SU Politik PM sendiri dan Menteri Pertahanan mempersoalkan kesetiaan bukan Melayu. Lihatlah dalam kempen PRK DUN Tenang. UMNO boleh sokong ucapan pemimpin bukan Islam yang menghentam, menghina dan memperlecehkan Islam, bukan sekadar PAS yang dihina, tetapi ISLAM itu sendiri turut dihina dan diperlecehkan.Gila kepada kuasa, UMNO rela lakukan apa sahaja tanpa mengambikira berapa kos yang perlu dibayarnya).


Apa yang lebih penting sekarang ialah menjayakan misi penunjuk perasaan iaitu menggulingkan dahulu Mubarak. Kedua, kebangkitan rakyat mesti tidak dicemari dengan perpecahan sesama golongan penentang Regim kerana kerapuhan ini memberi ruang kepada regim untuk terus menguasai keadaan. Ketiga, keseluruhan rakyat Mesir mesti diyakinkan bahawa kebangkitan ini adalah untuk mereka dan bukan kepentingan mana-mana kumpulan mahupun Ikhwan sendiri dan akhirnya satu bentuk konsensus kepada siapakah yang mewakili penentangan ini adalah penting supaya kebangkitan rakyat ini tidak tersasar dari tujuan asalnya.


Namun apa yang lebih utama ialah melakarkan halatuju pasca kejatuhan Mubarak, apa akan terjadi, bagaimanakah peta baru yang akan dilakarkan kea rah demokrasi berpilihanraya, demokrasi berparlimen, kebebasan media, pemulihan institusi kepolisian, pelan memerangi rasuah dan lebih penting ialah pembelaan terhadap kemiskinan yang menular di Mesir.Keseimbangan antara pemulihan dan kesan jangkamasa transformasi kepada perubahan regim melibatkan kepedulian berbagai aspek antaranya keselamatan, pemulihan ekonomi, trauma kebebasan setelah dikongkong begitu lama dan peranan kepimpinan transformasi bagi memudahcarakan transisi ini. Sehingga kestabilan benar-benar muncul , Mesir mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan.


(Ulasan : Perenggan ini amat penting. Seluruh rakyat wajib difahamkan mengenai matlamat dan hala tuju Pakatan Rakyat selepas ia berjaya mengulingkan regim UMNO. Program 100 hari adalah baik, tetapi berapa ramai rakyat yang sudah faham mengenainya. Jadi, peranan seluruh jentera dan kepimpinan Pakatan perlu turun padang sekarang bertemu rakyat , terangkan kebaiknya berbanding tawaran yang dibuat oleh UMNO yang sudah memerintah setengah abad. Jangan lengah-lengah lagi. Masa tidak menunggu kita. Turun bertemu dengan setiap rakyat dari rumah ke rumah seperti kempen pilihan raya. InsayaAllah kita akan berjaya).


Bacaan seterusnya di
sini


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

RAKYAT MESIR BERPESTA KEJATUHAN HOSNI MUBARAK

















Adakah suasana begini akan terjadi di Malaysia pada suatu masa nanti yang mana seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bangun bersama-sama meraikan kejatuhan regim UMNO yang sudah memerintah ke-54 tahun pada tahun ini?

Kita berharap Allah makbulkan doa kita terutama orang-orang yang pernah dizalimi oleh UMNO.

INSYAALLAH. Masa akan menentukannya.


"NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"