DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, May 29, 2008

TUJUH JAHANAM, BUKAN ENAM JAHANAM

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Saya amat tertarik dengan satu berita yang disiarkan dalam Harakahdaily bertarikh 28 Mei lalu, bertajuk “Peguam Negara lebih minat Batu Buruk daripada Pulau Batu Puteh” . Berita itu ditulis oleh Intan Abdullah merujuk kata-kata sinis yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu [
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14796&Itemid=28].


Sepertimana yang kita sudah maklumi, dalam kes Batu Buruk, di Terangganu yang berlaku pada 8 September tahun lepas, Abdul Ghani Patail [lebih popular disebut dengan jolokan ‘Abdul Ghani 4Tahil] menjadi kuda tunggangn UMNO untuk memusnahkan imej PAS. Insiden itu berlaku, menurut kata Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terangganu adalah provokasi daripada UMNO yang dirancang oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Wan Farid yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan adik kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Wan Hisham.


Ghani 4Tahil ini berhempas pulas, beliau sendiri turun padang dan sanggop merendahkan kedudukannya sebagai Peguam Negara semata-mata bagi kepentingan UMNO.Ghani 4Tahil bertindak sedemikian bagi memastikan kedua-dua pemuda yang terkena tembakan ini didakwa di mahkamah. Untuk makluman, di Terangganu pada kebiasaannya, Ketua Polis Negeri [KPN] akan berganding bahu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada UMNO untuk terus mengekalkan kuasa. Oleh itu, senang bagi Ghani 4Tahil menjalankan peranannya bagi pihak UMNO. Dulu pun semasa PAS memerintah, KPN Terangganu ialah Othman Talib turut bekerja kuat untuk UMNO. Kemudian akibat desakan kuat daripada kerajaan negeri pimpinan PAS, maka Othman telah ditukarkan ke Pulau Pinang. Ada kemungkinan telah menjadi salah satu syarat yang tidak tertulis berkehendakan sesiapa jua yang menjawat jawatan KPN di Terangganu mesti terlebih dahulu menjadi ahli UMNO atau sekurang-kurangnya condong keoada UMNO.


Suwandi Abdul Ghani dan Muhammad Azman Aziz dapat juga didakwa di mahkamah dan tidak dibenarkan diikat jamin. Maka, berdua pun merengkoklah dalam penjara hampir dua bulan. Begitulah jahatnya Ghani 4Tahil ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kedua-dua pemuda seolah-olah seorang penjenayah yang amat merbahaya setaraf dengan Botak Chin dan Batong Kali. Ghani 4Tahil telah menggunapakai kaedah yang dilakukan oleh regim Yahudi-Israel dalam mempertahankan pegawai polis yang melepaskan tembakan dan mencederakan Suadi dan Azman atas alasan yang paling rapoh iaitu ‘mempertahankan diri’. Pegawai polis yang melepaskan tembakan itu, Azmi Hussein dibebaskan daripada sebarang tuduhan. Itulah sistem keadilan yang dilaksanakan di Malaysia yang kita sama-sama cintai ini.


Oleh kerana [maksud sebenar Mohamad Sabu itu] kesibukannya menjadi ‘kuda tunggangan UMNO’ inilah yang menyebabkan pihak Pejabat Peguam Negara tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat kajian secara mendalam, berkerja sambil lewa dan cuai dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara seperti apa yang dilaporankan dalam berita tersebut. Dan, akhirnya Pulau Batu Puteh menjadi milik Singgapura dan Malayia berputih mata.


Dalam masa yang sama, Allah s.w.t menimpakan bala ke atas kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO selama ini. Walaupun, tiga buah Institusi [Jabatan Peguam Negara, Jabatan Polis dan SPR] mencuba sedaya upaya dengan mencipta pelbagai helah yang dirancang begitu rapi untuk menyelamatkan UMNO, namun usaha-usaha tersebut gagal. UMNO kini berada diambang kehancuran. Marilah [yang cintakan keadilan dan bencikan kepada kezaliman] bersama-sama kita berdoa kehadrat Allah s.w.t semoga riwayat UMNO cepat dilenyapkan di muka bumi ini.


Biarkanlah Ezam Mohd Noor dengan tujuh pengikutnya yang tidak ada prinsip perjuangan yang jelas menyertai UMNO semula. Mereka ini adalah manusia-manusia yang ‘oportunist’ dan hipokrit. Meludah ke langit dan akhirnya menimpa dibatang hidung sendiri. Manusia-manusia seperti Ezam dan segolongan dengannya tidak boleh pegang kepada janji dan sumpah setia yang dibuatnya. Mereka adalah pengkianat bangsa dan negara ini. Akhirnya mereka kembali menjadi hamba kepada UMNO dan gurkha UMNO buat selama-lamanya. Mereka akan merasai apa yang telah dirasai dan dialami oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang banyak berjasa pada bangsa dan negara ini, pun tetap menjadi gurkha UMNO dan melukut di tepi gantang, apatah lagi mereka ini yang tidak pernah buat jasa kepada bangsa dan negara sebesar habuk.


ii. Isu Skandal Klip Video Linggam


Saya menyertai banyak pandangan mengatakan bahawa Abdul Ghani 4Tahil tidak layak untuk menjalankan penyiasatan terhadap enam orang seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja yang menyiasat kes ini. Terlebih dahalu orang yang patut didakwa di mahkamah ialah Ghani 4Tahil sendiri, bukan enam jahanam yang dimaksudkan dalam laporan tersebut. Ghani 4Tahil terlibat dalam kes yang boleh diketegorikan sebagai jenayah kerana melakukan perbuatan mengugut saksi dalam kes perbiaraan rasuah Anwar Ibrahim.


Ghani 4Tahil tidak layak dilantik sebagai Peguam Negara kerana beliau terlibat dalam beberapa peristewa penting yang menimbulkan kontroversi bagi sistem keadilan di Malaysia. Beliau juga sepatutnya dimasukkan dalam senarai enam jahanam yang disebut dalam laporan Suruhanjaya DiRaja itu. Beliau terlibat melakukan pendakwaan yang menghitamkan sistem keadilan di Malaysia seperti pendakwaan terhadap Lim Guan Eng [sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang], Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Irene Fernandez serta tata-kelakuan peribadinya dalam kes menghina mahkamah Zainur Zakaria di samping laporan polis tentang rasuah yang dibuat oleh Anwar Ibrahim terhadap beliau.


Mari kita mengimbau kembali peranan Ghani 4Tahil yang melacurkan sistem keadilan di negara ini. Pada 30 November 1998, Hakim S. Augustine Paul menyabitkan peguam Anwar Ibrahim, iaitu Zainur Zakaria, bersalah kerana menghina mahkamah dan beliau dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas hakim memutuskan bahawa permohonan Anwar [dalam perbicaraan kes rasuahnya itu] untuk mengenepikan Ghani 4Tahil dan Azahar Mohamad terus menjadi pendakwa dalam kesnya itu, tetapi ditolak oleh mahkamah dengan alasan yang tidak berasas.


Permohonan tersebut dibuat berdasarkan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh peguam Manjeet Singh Dhillon bertarikh 9 November 1998 dan sepucuk surat yang Manjeet tulis kepada Peguam Negara [Mokhtar Abdullah ketika itu] bertarikh 12 Oktober 1998 menuduh Ghani 4Tahil dan Azahar mengugut anak-guamnya, S. Nallakaruppan dan menyuruh serta memaksa Nallakaruppan memalsukan bukti terhadap Anwar [merancang bagi memastikan Anwar tetap bersalah dan dihukum].


Pada 27 Jun 2001, Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Steve Shim, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Haidar Mohd Noor, membebaskan Zainur daripada sabitan menghina mahkamah.


Di dalam penghakimannya, Shim berkata bahawa Ghani 4Tahil sepatutnya memberikan penjelasan peribadinya mengenai dakwaan bahawa beliau telah mengugut Nallakaruppan supaya memalsukan bukti terhadap Anwar, tetapi Ghani 4Tahil tidak berbuat sedemikian.


Berhubung kes satu lagi, Anwar membuat suatu laporan polis pada Julai 1999 terhadap Ghani 4Tahil dan beberapa orang lain, mendakwa berlakunya gangguan keadilan dalam melindungi Menteri Perusahaan dan Perdagangan Antarabangsa ketika itu Rafidah Aziz daripada didakwa di mahkamah di atas lima tuduhan rasuah. Anwar merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara, bertarikh 14 Mac 1995, ditandatangani Ghani 4Tahil sendiri, yang diserahkan kepada Anwar ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri oleh Peguam Negara ketika itu Mokhtar Abdullah menjelang penghujung tahun 1995.


Dokumen itu dengan jelas menyatakan bahawa terdapatnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah Aziz, selaku Menteri Perusahaan dan Perdagangan Antarabangsa, di atas lima tuduhan korupsi di bawah seksyen 2(2) Ordinan 22, 1970. Anwar berkata dalam laporan polis tersebut bahawa Peguam Negara berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah dan bersedia mendakwa Rafidah berhubung tindakan meluluskan syer bumiputera istimewa kepada anak dan iparnya.


Dalam kontek kepentingan akauntabiliti, ketelusan dan integriti awam, khasnya bagi jawatan pegawai perundangan tertinggi negara, Ghani 4Tahil wajar disiasat dan diambil tindakan sewajarnya sepertimana arahan yang dikeluarkan terhadap orang-orang yang terlibat dalam skandal klip video Linggam.


Kepada pihak-pihak yang lebih arif, terutamanya ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat, saya merayu supaya Ghani 4Tahil ini disiasat segara yang melibat dua isu penting:


1. Tuduhan serius mengugut Nallakaruppan supaya memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim


2. Campur tangan dalam menghalang proses keadilan dengan tidak mendakwa Rafidah Aziz yang mengakibat Ezam UmnoBaru terperosok dalam penjara dua tahun.


Jadi, sebagai kesimpulannya terdapat TUJUH JAHANAM dalam negara ini, bukan ENAM JAHANAM seperti yang diwar-warkan selama ini.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih


Wednesday, May 28, 2008

‘BILA BADAN DIMAMAH USIA, KENYATAAN ADALAH MAINANNYA’

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,


Saya ambil rencana daripada Asiaweek yang diterjemahkan oleh MarhaenTua yang disiarkan oleh Tranungkite.net pada tahun 2001. Tujuannya ialah untuk melihat curak pemikiran Dr.Mahathir Mohamad dulu dan sekarang. Nampaknya, curak atau gaya pemikiran Dr.Mahathir tidak banyak berubah. Apabila beliau menghadapi sesuatu masalah yang melibatkan individu tertentu atau pun organisasi tertentu, beliau akan bertindak dengan apa cara sekali pun agar individu atau organisasi terbabit akan musnah. Beliau tidak pernah mahu mengaku sebarang salahlaku yang telah dia perbuatkan sepanjang beliau memerintah selama 22 tahun. Semua kesalahan tersebut akan ditelakkan kepada orang lain.


Begitulah apa yang telah terjadi kepada Anwar Ibrahim dan kini Abdullah Ahmad Badawi mengahdapi suasana sukar sepertimana Anwar rasakan. Mahathir akan sanggup buat apa sahaja agar hatinya puas. Kini, beliau sudah tidak ada kuasa lagi. Kalau kuasa masih ada ditangannya, nasib Abdullah akan menyerupai nasib yang menimpa Anwar.


Imbas kembali kenangan lama temubual Mahathir dengan Asiaweek. Inilah pemikiran sebenar yang ada dalam diri manusia yang bernama Dr.Mahathir bin Mohamad:


When You Grow Old, You Face Reality’
Oleh: Salman Wayne Morrison, Dorinda Elliot, Arjuna Ranawana
Asiaweek: Januari 26, 2001 Vol.27 No.3


Rakyat Malaysia memang mempunyai perasaan kasih dan benci terhadap Perdana menteri Mahathir Mohamad. Namun, tidak ramai yang menafikan bahawa beliau mempunyai semangat juang yang kental. Demikianlah sentimen itu setakat ini. Namun, Mahathir yang kini menghampiri ambang usia 75 tahun, ternyata sudah semakin kehilangan semangat juang yang dianggap sebagai satu legenda itu. Ketika Editor Dorinda Elliot, managing Editor Salman Wayne Morrison dan Wartawan Arjuna Ranawana mengadakan wawancara dengan beliau di pejabatnya di Putrajaya, Mahathir duduk terperusuk di kerusinya dan ternyata keletihan kerana dihenyak dengan pelbagai kutukan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Dia mengaku begtapa partinya UMNO (Baru) telah kehilangan wibawa dan dia sendiri pun tidak lagi mampu bertindak sebagai mahaguru untuk melakar destini negaranya.


Asiaweek (AW): Perkauman menjadi isu hangat lagi. Kumpulan etnik Cina telah meminta meritokrasi. Tiga puluh tahun setelah DEB (Dasar Ekonomi baru0 dimulakan, ketegangan kaum masih kekal. Apakah DEB itu sudah gagal?


Mahathir (M): Beberapa kumpulan Cina memang bersifat ekstrim. Mereka membuat tuntutan yang tidak masuk akal, sehingga mencemarkan kontrak sosial yang disetujui ketika kemerdekaan dicapai. Namun, ramai lagi orang Cina yang masih toleran. Mereka faham bahawa alasan yang kita buat mengenai perbezaan yang positif. Mereka sudah lihat apa yang berlaku di negara lain di mana tidak ada usaha untuk mensetarakan kemajuan masyarakat yang berbilang kaum dan bagaimana orang lain mengganyang masyarakat Cina kerana geram.Tetapi ada satu persepsi bahawa orang Melayu itu sudah berpecah dan inilah masanya untuk mereka membuat tuntutan itu.


AW: Bukankah perpecahan Melayu itu disebabkan UMNO dan juga keseluruhan system Malaysia Inc. yang tercemar oleh kronisme?


M: Kronisme ialah satu istilah yang bukan lahir di sini. Ia mula muncul di akhbar asing, termasuk Asiaweek. DEB telah memberi manfat kepad sekita 7 juta orang Melayu. Bukannya hanya satu juta ataupun dua – tetapi 7 juta Melayu. Kami telah menjajikan kesetaraan di antara orang Cina dan kaum bumiputra di semua tahap. Di tahap yang paling atas, dalam bidang perniagaan besar memang tidak ramai orang Melayu. Mereka terpaksa dikutip dan dididik supaya ada perkongsian yang setara dalam pembangunan negara ini. Jika tidak, orang akan berkata bahawa kami hanya mengongsi kemiskinan dan tidak kekayaan. Apabila syarikat mula mengagihkan saham, kita ambil peluang itu untuk mengagihkan saham kepada segelintir orang Melayu yang mampu menunjukkan bakat mereka. Masalahnya sesiapa sahaja yang diberikan saham itu, sama ada dia terkenal ataupun tidak, menonjol ataupun tidak, terus dicop sebagai kroni. Kami menjadi mangsa segala tuduhan yang kami mempunyai kroni. Tetapi, kepada siapakah yang kami beri semua itu?


AW: Kalau anda terus melindungi Bumiputra melalui pemberian hak istimewa apakah Malaysia tidak akan tertinggal kebelakang dalam putaran ekonomi global?


M: Kami terpaksa melindungi mereka kerana ini adalah untuk kebaikan stabiliti negara. Memang ramai pakar antaraabngsa dan juga pakar ekonomi bahawa hak keistimewaan itu adalah tidak baik. Ada yang beranggapan kalau orang miskin biarlah dia terus miskin dan sekiranya orang itu kurang kepandaian janganlah dia dibantu. Apakah anda mahu melihat Malaysia dengan kumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk terbesarnya dipinggirkan?


AW: Ramai rakyat Malaysia yang muda-muda naik meluat dengan sistem itu.


M: Saya pernah menjadi muda satu ketika dulu. Apabila badan dimamah usia, kenyataan adalah mainan kita. Kita mesti terima hakikatnya bahawa ada banyak benda yang tidak termampu kita laksanakannya.


AW: Apakah usaha menyusun semula syarikat yang besar-besar itu melembabkan pemulihan ekonomi negara?


M: Tidak. Kita telah mengalami kemajuan yang lebih baik daripada negara lain. Apabila nilai matawang menurun hingga setengah harga asalnya, dan kemudian itu berlaku pula penurunan harga saham sehingga terhakis 90% nilainya, sudah tentu setiap syarikat yang tergugat itu akan gagal juga. Tidak kiralah betapa cekap pengurusannya. Kerajaan Amerika pernah mengeluarkan dana sekitar USD2 billion, sebagai hadiah semata-mata, kepada Chrysler ataupun GM ataupun Ford, kalau saya tidak silap akan nama sebenarnya. Pemberian itu adalah satu pertolongan jika tidak syarikat itu gulung tikar. Kepada saya itu adalah usaha menyelamat bersifat “bailing out”. Bukannya saya tidak mengaku betapa adanya korupsi di Malaysia. Tetapi, kalau anda sebut kronisme, saya tentu akan membantahnya. Saya tidak membantu orang kerna merka kroni saya. Saya membantu mereka kerana mereka ada bakat.


AW: Pelaburan asing di Malaysia semakin berkurangan. Tetapi anda terus mengkritik Barat, yang merupakan sumber dana yang masuk melabur.


M: Kita telah mengkritik negara asing sejak dulu lagi. Tetapi pelaburan asing tidak berhenti. Orang lain masih lagi melabur di negara ini kerana mereka sukakan stabiliti negara dan mereka suka dengan cara kita menguruskan matawang.


AW: Tetapi pelaburan terus menurun?


M: Keadaan ini berlaku di seluruh rantau ini. Banyak dana yang masuk ke Eropah, ke Amerika dan sedikit sahaja yang masuk ke rantau ini. Ekonomi Jepun sedang merudum kerana itu mereka tidak melabur di sini. Bukannya dasar dalaman Malaysia ataupun dasar luar yang agresif yang memudaratkan pelaburan. Kalu ada pun, tidak banyak.


AW: Apakah anda akan mengubah sistem mengekang ringgit?


M: Saya tidak faham kenapa semua orang terus mengemukakan soalan ini. Sehingga hari ini sistem matawang kita telah banyak membantu kita. Selagi sistem kewangan antarabangsa tidak diubah, untuk menyekat pemusnahan ekonomi negara oleh orang yang mahu membuat duit darinya, saya tidak akan merobah sistem matawang kami.


AW: UMNO sudah kehilangan sokongan pada pemilu 1999 dulu, dan terus kehilangan sokongan itu. Kenapa?


M: Banyak sebabnya. Cara menggunakan isu Anwar telah memainkan peranan yang besar, terutama sekali gambar mata lebam, seolah-olah saya yang membaham matanya itu. Pihak pembangkang tidak pernah menjelaskan bahawa mata lebam itu bukannya kerja saya. Orang lain yang membuatnya. Bukannya saya mempunya kuasa menyekat perbuatan yang menggila orang bawahan saya. Tetapi saya yang menerima tuduhannya, begitu juga dengan parti yang diseranah sehingga kami kehilangan sokongan kerananya.


Kemudian, kita mempunyai PAS yang mengugut orang yang tidak arif dalam ajaran Islam, dengan mengatakan kalau mereka memangkah UMNO, mereka akan masuk neraka jahanam. Ramai wanita UMNO yang selama dulu memangkah UMNO tetapi sanggup berkata kini: aku sudah tua sekarang ini dan mungkin mati tidak lama lagi. Aku akan mula pangkah PAS sebagai jaminan tidak masuk neraka. Mereka menakut-nakutkan orang. Mereka tanam bibit kebencian terhadap kerajaan. Untuk pertama kalinya kita dapati rakyat yang berpendidikan tinggi, para professional yang membenci kerajaan. Mereka menuduh kerajaan sebagai korup, tidak telus dan mengamalkan kronisma. Tetapi, mereka adalah golongan yang menikmati segala dasar itu.


AW: Kebencian itu bermula daripada politik di Malaysia. Anda singkir timbalan anda Anwar Ibrahim, yang dihukum oleh proses kehakiman yang ramai orang Malaysia kata terlalu zalim. Bukankah ini yang merangsang rakyat marhaen berhimpun di jalanraya?


M: Orang ini telah naik kerana saya. Saya yang melantik dia menjadi timbalan saya, tetapi dia berkerja sendirian sahaja. Kecenderongan awalnya ialah untuk menjadi ahli PAS. Tetapi dia memasukki UMNO kerana dia nampak lebih awal lagi betapa dia tidak ada peluang yang baik dalam PAS. Memang tidak ada sebab kenapa PAS akan melantiknya menjadi perdana menteri. Dia memasuki UMO kerana beranggpan dia akan mampu memperalatkannya. Selama itu dia berencana. Saya tersilap memandang remeh keupayaannya untuk mencetuskan huru-hara.


AW: Tetapi, anda berdua sedang bermain satu lakonan. Anda bawa Anwar menganggotai UMNO kerana anda memerlukan UMNO yang mempunyai wajah keIslaman.


M: Saya bawa dia memasukki UMNO agar tidak menjadi ahli Pas dan setrusnya mencetuskan kekecohan. Apabila anda menjadi ahli UMNO anda harus menerima perjuangannya itu. Dia telah memperalatkan UMNO untuk matlamat sendiri. Dia wujudkan sel-sel (cabang klandestin) di setiap organisasi, dalam perkhidmatan polis, tentera, perkhidmatan awam, di kalangan pelajar, pensyarah universiti tempatan dan di seberang laut. Dia telah membangunkan satu sistem yang taat setia kepadanya dengan menggunakan kuasa yang ada. Apabila dia menjadi timbalan perdana menteri tindakan seterusnya ialah untuk menggulingkan saya. Saya memang tidak terbayangkan bahawa seorang yang pernah saya bantu mahu melakukan semua itu.


AW: Selain daripada Anuar sebagai pemangkinnya, pihak pembangkang telah mendapat modal politik berasaskan persepsi bahawa UMNO adalah untuk kumpulan elitis dan berteraskan wang.


M: Saya telah menasihatkan UMNO agar berubah sikap. Sejak beberapa tahun yang lalu, kejayaaan negara ini telah membuatkan ramai rakyat yang bersifat kebendaan. Saya akui ini adalah satu cabaan yang besar untuk diperjuangkan.


AW: Apakah anda menang?


M: Segelinir ahli UMNO di akar umbi berkata, kami hanya dapat sedikit duit sahaja. Orang yang kami pilih membalun lebih banyak wang ringgit lagi untuk diri mereka sendiri – kenapa anda tempelak kami sendangkan yang kami dapat hanyalah sedikit sahaja. Kalau kami enggan menerimanya, orang lain akan melakukannya. Bagaimana anda boleh berdebat dalam perkara itu? Pemikiran begini memang salah. UMNO menjadi lemah sekarang ini kerana sudah ketiadaan semangat berjuang seperti dulu. Tujuan menjadi ahli UMNO bukanlah untuk menjadi menteri ataupun membuat harta. Tujuannya ialah bekhidmat.


AW: Ramai orang yang kagum dengan anda pada masa lalu, merasakan anda akan mengakhiri kerjaya itu dalam suasana yang dingin; sebagai seorang otokrat anda telah musnahkan timbalan anda, menyuburkan kronisme dan sengaja menentang penubuhan globalisasi. Apakha perkara ini tidak menyedihkan anda?
M: Saya tidak peduli semua itu. Saya lakukan apa yang saya fikirkan mesti dilakukan. Dan saya puashati dengan keputusannya. Saya tahu apa yang orang kata mengenai saya adalah tidak benar, tetapi saya tidak boleh lakukan sesuatu agar mereka sedar. Saya tidak kisah kalau mereka tuduh saya seorang diktator kerana saya tahu saya bukannya diktator. Kalau mereka menuduh saya mengamalkan kronisme, saya tahu saya tidak melakukannya. Dalam hidup harian seorang ahli politik, memang ada manusia yang bersedia memberitahu dunia bahawa inilah insan yang paling hebat di dunia, namun ada juga manusia yang mahu membunuh saya. Sedarkah anda betapa meraka kerap menyebut di setiap majlis UMNO, perdana menteri yang dikasihi dan lain-lain lagi? Saya jawab, janganlah puji-puja saya. Saya tahu satu hari nanti anda juga yang akan membenci saya ini. Yang pentingnya ialah apa yang kita lakukan bersama dan apa yang telah kita sempurnakan. Kalau anda lakukan perbandingan di antara apa yang dilaksanakan di negara ini dengan apa yang terlaksana di negara membangun lain, anda akan mendapat ilham apakah sudah tercapai kejayaan itu ataupun tidak.


AW: Kalau anda merenung masa silam, apakah sesalan anda?


M: Mungkin saya menyesal memasuki politik. Sepatutnya saya terus kekal sebagai seorang doktor. Ketika saya mengamalkan bidang perubatan, saya memang sudah popular. Rakyat kasihkan saya.


AW: Apakah yang fikiran anda yang akan menjadi ingatan orang terhadap anda?


M: Saya tidak kisah pun.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
"PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih


Wednesday, May 21, 2008

SEKITAR MAJLIS DIALOG DI ANTARA PENDUDUK KAMPUNG BARU PADANG SANAI DENGAN AHLI PARLIMEN PADANG TERAP

Oleh : Tun Telanai




Pada hari Ahad, 18 Mei lalu, saya berkesempatan menghadiri satu program yang melibatkan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria dalam satu majlis dialog dengan penduduk Kampung Baru Padang Sanai, Kuala Nerang. Majlis dialog itu diadakan ekuran masalah pengambilan tanah yang dilakukan oleh pihak berkuasa khususnya Syarikat Gula Padang Terap [SGPT]. Syarikat ini dipercayai dipunyai oleh seorang tokoh koporat dan usahawan terkenal di Malaysia, malah mencapai tahap orang terkaya di ASIA, beliau yang dimaksudkan ialah Syed Bokhari Syed Mohamad.

Beliau dipercayai melalui SGPT membeli tanah-tanah disekitar perkampungan orang-orang Melayu dan Siam yang di sini.Penduduk di sini terkepung di tengah-tengah. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini ialah cadang kerajaan untuk membangunan Pusat Penyelidikan Getah Malaysia di kawasan tanah yang diusahakan oleh penduduk kampung.

Dahulunya, mereka telah pun hilang banyak tanah yang ditanam dengan pokok-pokok getah dan buah-buahan tempatan. Tanaman mereka dimusnahkan oleh PKNK dan PKNK bertindak merampas tanah mereka untuk membangunkan projek Ladang Rakyat. Pampasan yang diberi oleh pihak SGPT dan PKNK sangat rendah tidak sepadan dengan kos belanja hidup sekarang ini.


Amat mendukacitakan sekali penduduk di kampung ini dijadikan seolah-olah sebagai pelarian di tanah air sendiri. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain setelah tanah mereka dirampas oleh pihak berkuasa. Berkali-kali penduduk di sini memohon mendapatkan hak milik, tetapi ia tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO yang memerintah Kedah dulu


YB Nasir Zakaria mendengar segala penderitaan yang ditanggung oleh penduduk di kampung ini dan beliau berjanji akan berusaha sedaya mungkin bagi menyelesaikan dengan membawa perkara ini kepada YAB Menteri Besar bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


Majlis dialog ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan tanah


YB Ustaz Nasir sedang mencatat sesuatu

YB Ustaz Nasir sedang memberi penjelasan


Sebahagian penduduk yang hadir dalam majlis
dialog tersebut

Seorang penduduk sedang menyampaikan
masalah yang terbuku dihati


"SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

Friday, May 16, 2008

UMNO TIDAK HORMATI KONSEP FEDERALISME

Oleh : YB Mahfuz Omar-Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat
Dipetik:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14471&Itemid=60


Satu masa dahulu orang-orang Melayu diketuai Umno mengadakan bantahan keras terhadap British apabila Malayan Union atau Kesatuan Malaya ditubuhkan pada 1946. Bahkan, penubuhan Umno sendiri mempunyai kaitan dengan reaksi politik orang Melayu ketika itu sehingga boleh dikatakan Umno tidak akan lahir jika tidak kerana Malayan Union.


Orang Melayu menolak negara kesatuan kerana ia menjejaskan kuasa Raja-raja Melayu, sehingga ada sejarawan berpendapat itulah kali pertama seluruh Tanah Melayu benar-benar dijajah melalui Malayan Union. Hasil penentangan menyeluruh orang Melayu, maka pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip federalisme.


Kewujudan persekutuan ini mungkin antara sumbangan Dato? Onn Jaafar yang boleh rakyat negara ini hargai. Tetapi malangnya, Umno yang diasaskan oleh Dato? Onn pada 1946 (kemudian meninggalkannya pada 1951) telah mengkhianati prinsip federalisme yang menunjangi pembentukan negara Malaysia hari ini.


Dahulu, negeri-negeri Melayu pada asalnya adalah terpisah antara satu sama lain mengikut kerajaan negeri masing-masing sehingga mudah kuasa asing menyerang dan menjajah negeri Melayu. British cuba menyatukan negeri-negeri tersebut melalui Malayan Union, tetapi orang Melayu mahukan persekutuan supaya setiap negeri kekal dalam kuasa autonomi masing-masing dan Sultan Melayu terus berdaulat.
Secara prinsipnya, konsep persekutuan atau federalisme merupakan satu proses hubungan pusat-pinggir (negeri) di mana bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dinyatakan dengan jelas.
Dalam amalan kebanyakan negara federal yang lain, negeri diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urusan-urusan di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan. Di Malaysia, amalan federalisme ini dinyatakan melalui agihan kuasa secara jelas sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Satu set senarai bidang kuasa yang dikenali sebagai Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama menjelaskan agihan bidang kuasa ini.


Walau bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada kerajaan pusat untuk mengetepikan kuasa kerajaan negeri jika kerajaan pusat berpandangan ia boleh menjejaskan kesejahteraan keseluruhan persekutuan.


Selepas kemerdekaan negara pada 1957, asas federalisme yang dibina pada 1948 telah menjadi tunjang pembentukan negara kita. Umno dan Perikatan (kemudian BN) diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk melaksanakan prinsip federalisme ini dalam sistem politik Malaysia.


Maka, sejak itulah timbul pelbagai cerita dan kisah bagaimana satu demi satu hak rakyat dicabul sama ada hak yang dijamin oleh Perlembagaan dari aspek hak politik dan sivil, begitu juga hak-hak negeri dalam menjamin agihan kuasa yang jelas antara kuasa pusat dan kuasa pinggir. Yang paling ketara dicabul ialah kuasa Dewan Negara yang dahulunya diwujudkan untuk mengimbangi peranan Dewan Rakyat seperti mana peranan Dewan Tinggi di Britain.


Dahulu Dewan Negara menghendaki ahli-ahlinya dua orang mewakili setiap DUN (bermakna 26 orang ditambah 4 orang wakil Wilayah Persekutuan) untuk memastikan hak negeri sentiasa dijamin. Tetapi Umno telah meminda Perlembagaan dengan memberikan hak kepada Yang di-Pertuan Agong (baca: kerajaan pusat) melantik 39 orang ahli.


Yang di-Pertuan Agong juga turut berkuasa melantik empat orang wakil Wilayah Persekutuan menjadikan 43 orang berbanding 26 wakil negeri. Umno/BN sebagai kerajaan pula mencalonkan pemimpin-pemimpin mereka sebagai Ahli Dewan Negara sehingga hampir seluruh ahli dewan tersebut adalah anggota BN. Amat kecil peratusan ahli yang mewakili minoriti seperti wartawan, buruh, orang kurang upaya, Orang Asli dan lain-lain.


Negeri yang dikuasai BN melantik wakil di kalangan ahli BN, manakala kerajaan pusat juga demikian, maka jadilah Dewan Negara sebagai rubber stamp? pencabulan pertama ke atas federalisme! Isu federalisme ini berbangkit sejak akhir-akhir ini kerana kekalahan BN di beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat. Antaranya, masalah pentadbiran awam di peringkat terkecil (mukim dan kampung), tadika Kemas, membatal MoU dengan kerajaan negeri hinggalah kuasa sultan melantik menteri besar. Anehnya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam segera menegaskan bahawa adalah menjadi hak kerajaan pusat tentang urusan pekerja asing apabila kerajaan Selangor bercadang mengenakan levi kepada pekerja asing di negeri itu. Kerajaan Pusat yang dikuasai BN cuba mempertahankan hak bidang kuasa mereka apabila dicabar oleh negeri, tetapi mereka sendiri secara sewenang-wenangnya mengabaikan hak-hak kerajaan negeri.
Krisis bermula apabila Umno dengan tiba-tiba mengosongkan kelas-kelas tadika Kemas di premis kerajaan negeri sebagai satu taktik mengelirukan rakyat bahawa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menganiaya pelajar tadika seperti yang mereka lakonkan di Terengganu dahulu. Tetapi isu ini cepat selesai apabila kerajaan-kerajaan Pakatan rakyat menafikan dan mengarahkan kelas tadika berjalan seperti biasa.


Isu yang lebih jelas timbul apabila Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mengeluarkan ?watikah? perlantikan menteri besar yang kemudiannya tidak direstui oleh istana. Kuasa melantik menteri besar dan memberi watikah adalah hak negeri atau sultan, bukannya hak pusat. Perdana Menteri cepat menuduh Sultan Terengganu melanggar Perlembagaan apabila menolak Idris Jusoh, sedangkan hak sultan adalah amat jelas. Di Perlis juga berlaku hal sama apabila Raja Perlis menolak Shahidan Kassim.
Kisah Umno memperlekehkan sultan-sultan ini bukan isu baru dalam politik negara. Umno ketika ditubuhkan dahulu kononnya untuk mempertahankan sultan-sultan Melayu kerana kebanyakan pemimpin Umno adalah rakyat sultan yang menjadi pembesar dan hidup di bawah naungan istana. Apapun, usaha Umno ketika itu telah menyelamatkan institusi beraja ini.


Tetapi pada 1983, kuasa raja yang dahulunya cuba dihapuskan oleh British, telah dihapuskan sendiri oleh Umno, diikuti oleh tindakan Umno ?membogelkan? Raja-raja Melayu dalam krisis 1989. Kini Raja-raja sudah tidak berimuniti lagi. PAS menyokong supaya semua orang saksama di sisi undang-undang, tetapi ternyata undang-undang kita memberi imuniti kepada pemimpin BN pula.


Saya sendiri agak terkejut apabila Pengerusi Perhubungan Umno Selangor mengadakan pertemuan dengan lebih 300 orang penghulu di Selangor baru-baru ini. Atas kapasiti apa dia berbuat demikian, dan mengapa para penghulu menghadiri perjumpaan tersebut? Bukankah semua penghulu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukannya di bawah Umno walaupun penghulu tersebut ahli Umno.


Saya tidak kisah jika mereka datang atas nama Ketua Cawangan Umno, tetapi atas nama penghulu. Ini adalah satu pencabulan ke atas kuasa kerajaan negeri yang dilakukan oleh menteri yang pernah membawa berkilo-kilo wang ke luar negara. Dia memang ?buta? undang-undang kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar tidak mempunyai bidang kuasa ke atas para penghulu.


Di beberapa negeri yang lain, termasuk di Kelantan dan pernah berlaku di Terengganu, kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk menyaingi penghulu dan ketua kampung lantikan kerajaan negeri. Bahkan, jabatan-jabatan persekutuan tidak mengiktiraf penghulu negeri sehingga timbul istilah ?Penghulu PAS? dan ?Penghulu Umno?.


Adakah kerajaan pusat tidak faham bahawa semua pentadbiran awam pada peringkat yang lebih rendah daripada kerajaan negeri adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Dan tindakan kerajaan pusat membentuk JKKK di bawah Kementerian Luar Bandar dan Rukun Tetangga di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat tanpa persetujuan kerajaan negeri adalah mencabul kuasa kerajaan negeri. Adakah kerajaan pusat melihat lantikan penghulu kerajaan negeri ini menjejaskan kesejahteraan keseluruhan persekutuan sehingga terpaksa melantik JKKK di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.


Perbuatan mencabul konsep federalisme berterusan apabila Menteri Pelancongan membatalkan MoU berkaitan program pelancongan di lima negeri berkaitan kerana kononnya tidak bersefahaman. Adakah rakyat lima negeri ini bukan rakyat Malaysia atau Azalina Othman sudah hilang kewarasan.


Dahulu, Umno pernah membatalkan perjanjian royalti minyak di Terengganu sedangkan hasil bumi adalah jelas hak negeri. Kini MoU pula dibatalkan. Selepas ini mungkin banyak lagi sabotaj yang akan dibuat oleh kerajaan pusat untuk melemahkan kerajaan negeri.


Ini tidak mustahil kerana Umno di Pulau Pinang sudah mendesak supaya pelbagai projek pusat dibatalkan termasuk Jambatan Kedua, NCER dan juga Rapidpenang. Tindakan yang sama pernah berlaku di Kelantan apabila Umno mendesak kerajaan pusat membatalkan semua projek di Kelantan, termasuk melambatkan bayaran geran wajib dan ia diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir dan Datuk Mustapa Mohamad.


Sebagai sebuah parti yang memerintah semenjak 1957, Umno/BN tidak sepatutnya bertindak begitu dangkal dengan melanggar semangat dan prinsip persekutuan ini yang dahulu dibina atas persetujuan semua kerajaan negeri. Pusat harus sedar bahawa mereka tidak memiliki apa-apa jika negeri memboikot pusat. Ini bukan soal boikot atau sabotaj, tetapi masalah amalan dan perhormatan terhadap konsep federalisme.


Pemikiran kepartian yang sempit tidak wajar dijadikan asas untuk menindas rakyat yang wang cukai mereka digunakan untuk membayar gaji menteri. Adakah kerajaan pusat akan membuat sesuatu yang ?gila? seperti memindahkan tiga lapangan terbang antarabangsa di KLIA, Pulau Pinang dan Langkawi ke negeri yang dikuasai BN. Jika Azalina benar-benar tidak bersefahaman lagi, saya mencabar beliau berbuat demikian supaya pelancong tidak lagi melawat negeri Pakatan Rakyat.


Kedangkalan seperti ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin Umno/BN sebenarnya tidak berjiwa sebagai seorang negarawan, sebaliknya hanyalah pemimpin kampungan yang mengamalkan undang-undang rimba.


Kekecohan dan krisis dalaman Umno biarlah Umno sendiri yang tanggung, dan ia tidak perlu dibebankan kepada rakyat melalui pendekatan politik yang begitu sempit dan tidak bermaruah seperti ini.
Saya berharap lima buah kerajaan Pakatan Rakyat dapat mengaturkan satu koridor ekonomi lima negeri ini secara lebih tersusun untuk berhadapan dengan ?sekatan ekonomi? yang dilakukan oleh kerajaan pusat yang ?buta federalisme?

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



Sekian.Wallahu'alam bishshawab.Terima Kasih.

Tuesday, May 13, 2008

LONTARAN IDEA BERNAS DARIPADA RAJA PETRA KAMARUDIN-MARI SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN

Bagaimana Menyerang Balik dan Kaunter-Sabotaj
(How To Strike Back And Counter The Sabotage)
Oleh Raja Petra Kamarudin
Petikan daripada Laman Marhaen : http://www.marhaen.org/v1/mar_a_tag2403.html


Fikirkanlah. Dalam Islam Zakat adalah wajib. Ini bermakna anda akan memenuhi tugas keIslaman anda dan turut membantu negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan menafikan UMNO wang tersebut. Ini adalah laksana menggunakan serampang tiga mata.


Sedarkah anda bahawasanya jentera pembohongan UMNO dipimpin oleh seorang penjenayah tersohor bernama Muhamad bin Muhamad. Inilah penyangak yang terlepas dalam kegiatan menyeludup wang keluar negara kerana entah macam mana dia berjaya menipu dan meyakinkan mahkamah Australia bahawa dia tidak boleh bercakap bahasa Omputih.


Memanglah dia sungguh meyakinkan kalau diambil kira betapa dia berjaya membohongi Almarhum Yang DiPertuan Agong dahulu yang dia tidak menikah dengan anak puteri Baginda. Sedangkan pada hakikatnya puteri itu sudahpun berlenggang sana sini dengan perutnya yang buncit dan si janinnya sentiasa menendang lasak dalam perutnya.


Sedarkah anda bahawa mahkamah Australia yang membebaskan si Ketua Penerangan UMNO yang baru itu telah berbuat silap? Si Muhamad bin Muhamad amat bernasib baik kerana pendakwa raya tidak boleh merayu menentang keputusan mahkamah, jika tidak Interpol tentu telah diminta untuk menangkap beliau dan bawa balik ke Australia untuk dibicarakan semula. Biarlah mahkamah Australia telah melepaskan beliau tetapi dalam keputusan seterusnya ada keputusan yang mengatakan bahawa mahkamah telah tersilap.


Secara teknikalnya dalam rekod si Muhammad bin Muhammad memanglah bersalah walaupun telah dibebaskan atas satu kesilapan teknikal. Butiran kesilapan mahkamah Australia itu adalah seperti berikut:

Australian Judge Erred In Case Of Malaysian Politician


An Australian judge made legal errors in directing a jury which acquitted a top Malaysian politician of Australian currency law breaches involving foreign cash worth A$1.3 million, a superior court ruled Tuesday.


The ruling won't have any effect on the politician's acquittal because under Australian law an acquittal cannot be appealed and a person cannot be tried again on a charge of which they have been acquitted.

Muhamad Muhamad Taib, 52, was acquitted by a Queensland state District Court jury in May this year on one count of knowingly making a false currency report when entering Australia on Dec. 16, 1996, and another of failing to declare currency when leaving six days later. (Source: AP, 13 October 1998)


THE CASE REPORT SUPREME COURT OF QUEENSLAND
C.A. No. 219 of 1998.
Brisbane Before Pincus J.A. Thomas J.A. Ambrose J.
[R v. Taib ; ex parte Cth DPP]
THE QUEEN

v. MUHAMMAD BIN MUHAMMAD TAIB REFERENCE BY COMMONWEALTH DIRECTOR OF PUBLIC PROSECUTIONS PURSUANT TO SECTION 669A OF THE CRIMINAL CODE


Judgment delivered 13 October 1998


Separate reasons for judgment of each member of the Court; each concurring as to the orders made.


THE REFERENCE TO BE ANSWERED AS FOLLOWS:


1. THE LEARNED TRIAL JUDGE WAS CORRECT IN HIS RULING THAT IN ORDER TO ESTABLISH THE REQUISITE KNOWLEDGE OR MENS REA FOR AN OFFENCE AGAINST S.15(1) OF THE FINANCIAL TRANSACTION REPORTS ACT 1988 (CTH) THE PROSECUTION MUST PROVE THE ELEMENTS - (I) THAT HE (THE ACCUSED) KNEW THAT HE HAD IN HIS POSSESSION $5,000 OR MORE; (II) THAT HE KNEW THAT HE HAD TRANSFERRED THE CASH OUT OF AUSTRALIA; (III) THAT HE KNEW THAT HE HAD NOT REPORTED THAT TRANSFER.


2. THE LEARNED TRIAL JUDGE WAS NOT CORRECT IN HIS RULING THAT IN ORDER TO ESTABLISH THE REQUISITE KNOWLEDGE OR MENS REA FOR AN OFFENCE AGAINST S.15(1) OF THE FINANCIAL TRANSACTION REPORTS ACT THE PROSECUTION MUST ALSO PROVE - (I) THAT THE ACCUSED KNEW THAT THERE WAS AN OBLIGATION TO REPORT SUCH TRANSFER OF $5,000 OR MORE.


3. IT WAS NOT NECESSARY FOR THE PROSECUTION TO PROVE THAT THE ACCUSED KNEW THAT THERE WAS ANY OBLIGATION WHETHER IMPOSED BY THE FINANCIAL TRANSACTION REPORTS ACT OR OTHERWISE, TO REPORT SUCH TRANSFER OF $5,000.


Demikianlah halnya. Insan yang ada dua Muhammad pada namanya telah dibebaskan secara khilaf, tetapi keputusan yang kedua mengatakan bahawa HAKIM YANG ARIF TELAH TERSILAP DALAM MEMBUAT PENGADILANNYA.


Ulasan Penulis :

Sayang, Abdullah yang mewakili UMNO yang telah tua berumur 62 tahun masih menaruh kepercayaan dan memilih manusia seperti ini menjadi menteri, disamping dilantik sebagai Ketua Penerangan. Manusia 2M ini hendak terang apa kepada rakyat kerana badannya sendiri pun penuh dengan lumpur. Manusia 2M ini tidak ada maruah dan harga diri. Raja lagi dia sanggop menderhaka, apa lagi terhadap engkau wahai Pak Lah. Di depan Sultan dia sanggop berbohong, apatah lagi di depan engkau wahai Pak Lah. Kasihan engkau Pak Lah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Idea Raja Petra ini perlu diberi perhatian yang serious :

Berbalik kita kepada isu usaha untuk merampas kembali Selangor daripada pihak pembangkang, apakah anda sedar bahawasanya Selangor tidak pun kelihatan bersih semacam sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 dahulu? Apakah ini disebabkan kerajaan baru Pakatan Rakyat tidak seberkesan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Khir Toyo? Tidak betul, kerana ada beberapa usaha yang serius untuk mensabotaj kerajaan yang baru ini agar kelihatan semacam tidak berkesan.


Kita harus tidak lupa bahawasanya syarikat yang kini menikmati kontrak penswastaan untuk 25-30 tahun bagi kerja-kerja selia jalan, kilang penapis air, kutipan sampah, sapu jalan dan sebagainya, adalah syarikat milik UMNO ataupun milik kroni UMNO. Tentunya mereka akan terus melakukan kerja-kerja sabotaj penyeliaan jalan, bekalan air, sapu jalan, kutipan sampah dan sebagainya, dengan niat untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat dan menghakiskan keyakinan para pengundi terhadap kerajaan baru ini. Apakah ini satu kenyataan hasutan? Saya harap tidaklah begitu.


Kalaulah syarikat demikian meneruskan kerja busuk mereka tentunya ini akan membebankan Rakyat yang membayar cukai yang menjadi penyumbang kepada pendapatan mereka. Dengan demikian saya cadangkan kita mulakan satu petisyen meminta kerajaan Selangor membatalkan kontrak mereka dan buka semula tender tersebut berasaskan tender terbuka. Mana tahu, kerajaan akan menerima tawaran yang lebih rendah, dan dengan itu dapat menjimatkan beratus juta wang pembayar cukai dan wang ini boleh digunakan untuk projek lain.


Kepada Muhamad bin Muhamad dan semua syarikat seperti Alam flora, Puncak Niaga dan sebagainya, eloklah terima perkara ini sebagai amaran terakhir. Kalau anda terus membuat helah, membuang masa dan tidak membaiki jalan raya kita, membersihkan jalan raya, ataupun mengosongkan tong sampah kami, maka dengan ini, kami Rakyat akan melancarkan Petisyen Rakyat untuk membatalkan semua kontrak anda. Kami juga akan mendesak agar diadakan tender terbuka dan mendesak supaya dokumen tender dibuka di Stadium Shah Alam supaya ribuan rakyat akan menjadi saksi kepada proses tender tersebut.


Saya ingin berikan jaminan, dengan berbuat demikian kerajaan Negeri Selangor akan menjimatkan beratus juta wang dan mungkin juga berbilion ringgit setahun. Dengan demikian anda tidak lagi perlu bantuan wang daripada kerajaan Pusat. Oleh kerana Kerajaan Pusat tidak mahu memberikan wang kepada negeri pimpinan Pakatan Rakyat, tentunya ini bukan menjadi masalah lagi kepada kita. Dengan semangat yang sama, saya mendesak semua penganut Islam agar membayar zakat dan fitrah mereka kepada salah satu daripada lima negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Adakah anda sedar bahawa anda boleh membayar zakat sebagai ganti membayar cukai pendapatan? Anda pula boleh memohon agar pemotongan dibuat daripada gaji anda dan dikirimkan kepada pejabat zakat dan tidak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini bukanlah pengecualian daripada cukai seperti seolah-olah anda menyumbang kepada tabung amal yang dikecualikan cukai.


Inilah bayaran zakat selain cukai. Ini bererti apabila anda bayar zakat anda tidak perlu membayar cukai pendapatan anda.


Katakanlah anda perlu membayar RM1,000 pendapatan cukai setiap bulan (ataupun RM12,000 setahun kalau anda bayar sekali gus). Anda hanya perlu bayar wang itu kepada pejabat zakat sahaja dan kirimkan resit bayaran anda kepada LHDN dan anggaplah bahawa cukai pendapatan anda sudah pun dilunaskan. Kenapa perlu berbuat demikian? Kalau anda bayar kepada LHDN wang itu pergi pada Kerajaan Persekutuan dan UMNO akan gunakan wang itu. Akan tetapi kalau wang zakat dibayar kepada kerajaan negeri, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri yang simpan duit tersebut dan tentulah UMNO tidak dapat merasa wang itu.


Fikirkanlah. Dalam Islam Zakat adalah wajib. Ini bermakna anda akan memenuhi tugas keIslaman anda dan turut membantu negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan menafikan UMNO wang tersebut. Ini adalah laksana menggunakan serampang tiga mata.


Baiklah, zakat hanya merupakan 2.5.% (inilah dia zakat harta ataupun zakat pendapatan. Cukai pendapatan adalah lebih tinggi lagi. Jadi bayarlah angka yang lebih tinggi. Sebab anda terpaksa membayarnya juga. Bayangkanlah berapa ramai orang miskin dan papa kedana, yang tidak berumah tangga, kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan ataupun biasiswa, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang tua yang tidak daya bekerja, orang kurang upaya dan sebagainya. Mereka ini semuanya boleh dibantu dengan wang zakat.


Buat masa kini, Selangor mengutip kira-kira RM200-RM250 juta setahun ataupun sebanyak lebih kurang RM20 juta sebulan. Saya anggarkan bahawa Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak boleh mencecah lebih kurang RM1 bilion setahun. Kalau kita gandakan kepada RM2 bilion, disebabkan Kerajaan Pusat enggan membantu orang-orang ini, sehinggalah lima negeri ini kembali ke pangkuan Barisan Nasional, marilah kita Rakyat jelata membantu negeri-negeri ini pula. Apa yang kita perlu buat ialah membantu mereka dengan duit yang sepatutnya kita bayar kerana kalau kita tidak bayar zakat bererti LHDN akan sapu wang itu untuk membayar kapal selam dan jet pejuang.
Saya pelawa para pembaca lancarkan kempen skim membayar ZAKAT di LIMA NEGERI PIMPINAN PAKATAN RAKYAT. Bercakaplah kepada ahli keluarga dan sahabat handai. Sebarkan kempen ini seluas mungkin. Marilah kita sama-sama buat sasaran mengutip wang zakat sebanyak RM2 bilion untuk Kelantan, Kedah, Penang Perak dan Selangor (tetapi tidak di Kuala Lumpur). RM2 bilion dapat digunakan untuk membantu golongan miskin dan papa kedana, yang tidak berumah, pelajar yang memerlukan bantuan kewangan dan biasiswa, anak-anak yatim piatu, ibu tunggal, orang tua-tua, orang kurang upaya dan sebagainya.


Lakukan ini untuk lima negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk Islam dan Untuk Allah. Kemudian laungkan: KITA TIDAK PERLUKAN WANG KERAJAAN PUSAT. KITA RAKYAT BOLEH URUSKAN DIRI SENDIRI.


Apa jadinya kepada Persekutuan Tanah Melayu yang dianggotai oleh Selangor pada 31 Ogos, 1957? Apakah kita sebahagian Malaysia ? Ooops.... hasutan ke ini?

Kita tunggu ulasan kerajaan Pakatan Rakyat, apa respon mereka terutama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi abang sulung kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan. Kita boleh.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

AGENDA PERPADUAN MELAYU SANDIWARA UMNO-SIRI 4 [AKHIR]

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’laikum wm.wrt,


Isu 2: UMNO Memusnahkan Kedaulatan Politik Orang Melayu


Pesempadanan semula kawasan pilihan raya yang dipinda pada tahun 2003 menunjukkan niat jahat UMNO untuk memecahkan kawasan yang mempunyai pengundi majoriti Melayu. Sekarang ini seluruh semenanjung tidak terdapat lagi kawasan majoriti Melayu melebihi 80 peratus. Sebahagian besar kawasan di bawah persempadanan semula itu meletakkan kawasan yang majoriti Melayu diubahsuai di bawah paras 75 peratus. UMNO membawa ramai pengundi bukan Melayu ke kawasan Melayu contohnya seperti yang berlaku di Parlimen Pokok Sena, Baling dan Kuala Kedah di Negeri Kedah.


Dendam kesumat UMNO terhadap PAS dilihat melalui proses persempadanan semula tersebut ketika itu tidak menunjukkan prinsip “satu orang, satu undi” sekurang-kurangnya dalam dua aspek. Aspek yang pertama ialah iaitu negeri yang mempunyai pemilih yang paling ramai tidak diperuntukkan kerusi yang paling banyak iaitu negeri Selangor yang mempunyai pemilih berdaftar sebanyak 1,368,693 hanya mempunyai 22 kerusi Parlimen berbanding negeri Johor yang mempunyai hanya 1,223,532 pemilih berdaftar, pula diperuntukkan 26 kerusi Parlimen.


Aspek kedua ialah, satu undi di kawasan luar bandar mewakili lebih daripada 3 undi di kawasan bandar. Contohnya, dalam kawasan Parlimen Lenggong di negeri Perak, 22,187 pemilih diwakili oleh seorang Ahli Parlimen. Namun, kira-kira 78,000 pemilih di Parlimen Ipoh Timur juga diwakili oleh seorang Ahli Parlimen sahaja. Jika prinsip “satu orang, satu undi” dipratikkan, kawasan Ipoh Timur sepatutnya diwakili oleh 3 orang Ahli Parlimen.


Apabila UMNO mendapati banyak kawasan pilihan raya di seluruh Negara di awal Kemerdekaan mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi, maka ia berusaha meramaikan pengundi bukan-Melayu dengan tujuan menghalang dan menyukarkan PAS untuk memenangi sebarang pilihan raya yang diadakan. Malangnya bila setengah kawasan ramai pengundi bukan-Melayu, maka ia menyulitkan pula calon-calon bukan-Melayu dalam BN untuk menang kerana bukan-Melayu khususnya orang-orang Cina menyokong DAP. Bagi memastikan bukan Melayu terus berada dalam Parlimen dan menganggotai karbinet, maka kerusi-kerusi majoriti Melayu diserahkan kepada rakan sejawat bukan daripada golongan Melayu seperti MCA, MIC, PPP dan sebagainya.


Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun 2003 itu, negeri-negeri yang PAS mendominasi seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak ditambah sebarang kerusi Parlimen dan DUN, kecuali negeri Kelantan mendapat tambahan dua kerusi DUN di Gua Musang dan di Jeli. Sebaliknya, UMNO menambah kerusi di negeri yang ia kuat dan gagah seperti di Johor ditambah 6 Parlimen dan 14 DUN, Selangor 5 Parlimen dan 6 DUN, Sabah 5 Parlimen dan 12 DUN, Pahang 3 Parlimen dan 4 DUN, Pulau Pinang 2 Parlimen dan 5 DUN, Perak 1 Parlimen 7 DUN, Negeri Sembilan 1 Parlimen 4 DUN, Melaka 1 Parlimen 3 DUN dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga turut mendapat 1 Parlimen baru, iaitu Parlmen Putrajaya.


Akhirnya, senjata makan. Dalam PRU ke-12 lalu, pengundi bukan Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada UMNO/BN lagi sepertimana mereka lakukan pada PRU ke-10. Mereka beralih arah memberi sokongan kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya kaum India. Hanya orang Melayu yang buta hati dan buta maklumat sanggop memberi undi kepada UMNO haprak yang sedikit demi sedikit semenjak negara bebas daripada penjajahan British telah bertindak memusnahkan imej agama dan bangsa sekali gus menghancurkan ketuanan Melayu.


Dalam pilihan raya lalu, UMNO hanya menang 78 kerusi, PAS 23 dan PKR 20, menjadikan suara orang Melayu di Parlimen sekarang hanya diwakili oleh 121 orang dan selebihinya dimiliki oleh orang bukan Melayu diwakili sebanyak 101 suara. Orang Melayu hanya lebih 20 suara sahaja. Suara Melayu memerlukan 27 kerusi lagi menjadi 148 kerusi [majoriti 2/3 daripada 222 kerusi dalam Parlimen] bagi memperkuatkan kedudukan ketuanan Melayu di tanah air sendiri. Angkara siapa ini? Jawapanya ialah UMNO. UMNO yang memerintah sejak dari negara mencapai kemerdekaan sampai sekarang.


Tanpa sokongan pengundi miskin, kehidupan yang daif dan buta huruf di Sabah dan di Serawak, UMNO pasti kehilangan kuasanya sekarang dan di Parlimen sudah tentu Abdullah Ahmad Badawi sekarang adalah Ketua Pembangkang,bukan Wan Azizah Wan Ismail. Walaupun, begitu keadaan politik dalam UMNO yang kucar-kacir kini, UMNO boleh kuasa bila-bila masa sahaja dari sekarang. Kebangkitan semula Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat akan memusnahkan kerajaan UMNO yang sudah memerintah lebih daripada 50 tahun.


Isu 3: UMNO Gagal Memartabatkan Bangsa Melayu


UMNO telah diberi peluang memerintah selama 50 tahun lebih, tetapi UMNO gagal membela nasib orang Melayu. Dalam usia UMNO masuk ke 62 tahun, ia gagal membela nasib Melayu. Masih ramai orang Melayu yang miskin papa kedana. Masih tidak berumah dan masih tinggal di rumah-rumah setinggan yang serba serbi kekurangan kemudahan asas.


Hasrat menghapuskan kemiskinan melalui Dasar Ekonomi Baru gagal [DEB]. DEB tidak mencapai matlamat yang ditetapkan. 35 tahun dasar ini berjalan, pencapaian orang Melayu hanya 19 peratus. Begitu juga perlaksanaan Dasar Pembangunan Nasional [DPN] pada tahun 1990 juga turut gagal mencapai sasarannya.


Perlaksanan DEB dan DPN gagal kerana para pemimpin UMNO dan kerajaan memberi kekayaan kepada segelintir orang Melayu dan bukan-Melayu melalui amalan kronisme dan korupsi. Di kalangan orang Melayu sendiri masih wujud jurang di antara yang kaya dengan yang miskin, di antara penduduk kota dengan penghuni desa dan di antara orang kuat UMNO dan BN. Sesungguhnya, ia amat memalukan berbanding bangsa bukan Melayu lainnya terus maju, tetapi Melayu masih bercakaran sesama sendiri akibat perbezaan ideologi. UMNO bertindak kejam tehadap Melayu di luar lingkunan kuasa UMNO.


Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi memberitahu Parlimen pada 3 Julai 2006 bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB.Puan Teresa Kok Suh Sim [Parlimen Seputeh] menyatakan bahawa berasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan yang baru dan perangkaan daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah terkini tahun 2004, bilangan isi rumah miskin mengikut negeri adalah seperti disebelah:

Abdullah juga memaklumkan kepada Parlimen bilangan isi rumah miskin mengikut kumpulan etnik pula adalah seperti dibawah

Berdasarkan jadual di atas, jelas negeri-negeri majoriti Melayu seperti Terangganu, Kedah dan Kelantan mempunyai kadar bilangan isi rumah termiskin lebih tinggi, berbanding dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh UMNO [kecuali Kelantan]. Sabah mempunyai bilangan isi rumah yang miskin tertinggi [114,200 orang], diikuti Serawak [31,800 orang]. Dua buah negeri rakyatnya termiskin, tetapi para pemimpinnya kaya-raya seperti Musa Aman dan Taib Mahmood, rakyatnya miskin papa kedana.

Bilangan isi rumah termiskin juga dipelopori oleh kaum Bumiputra [kebanyakanya orang Melayu] yang teramai [286,100 orang]. Rakyat yang kekal berada dalam kemiskinan dan buta huruf seperti ini sangat penting bagi kepentingan politik UMNO dan kuncu-kuncunya. Pilihan raya lalu, rakyat kedua-dua negeri ini [Sabah dan Serawak] menyumbang 40 peratus kerusi Parlimen kepada UMNO, iaitu 55 kerusi daripada 140 kerusi itu.

Kesimpulannya, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu [BBPM] yang dikepalai oleh Osman Bakar dan Gapena yang terajui oleh Ismail Hussein tidak usahlah membuang masa bercakap mengenai ‘perpaduan dan ketuanan Melayu’ hanya membuang masa sahaja. Lebih baik NGO-NGO yang bergabung dengan dua badan ini bercakap berterus terang iatu untuk mengekalkan Abdullah dan UMNO terus memerintah negara ini, jangan sekali-kali memperalatkan orang Melayu untuk bersatu demi survival UMNO yang hampir pasti akan terkubur tidak berapa lama lagi.

UMNO telah diberi peluang 50 tahun lebih untuk memerintah Malaysia, tetapi nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak terbela. Inilah realiti yang telah menimpa nasib orang Melayu sepanjang hampir 50 tahun di bawah kepimpinan UMNO. Kini, usia UMNO semakin meningkat ke 62 tahun. UMNO semakin bertambah tua, kekurangan tenaga [energy] dan mulai diserang penyakit pelupa dan nyanyuk. Masa inilah yang paling sesuai bagi UMNO untuk mengundurkan diri buat sementara waktu. Berehatlah sambil menarik nafas lega untuk kembali semula dengan semangat yang lebih muda dan baru. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menunjukkan kebolehan memerintah negara ini, mungkin lebih baik daripada UMNO perbuatkannya selama ini.


Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.

Monday, May 12, 2008

KHAIRY TAKUT BERI LALUAN, DEWAN RAKYAT KECOH 25 MINIT



Parlimen, 12 Mei (SK) – Dewan Rakyat hari ini kecoh selama hampir 25 minit apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang telah mengasak dan menyerang pihak Pakatan Rakyat dalam ucapan perbahasannya bertindak enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat untuk mencelah bagi menyoal dan meminta penjelasan.


Dalam ucapan tersebut, menantu kepada Perdana Menteri itu telah diberi masa selama 30 minit dan dalam ucapan tersebut beliau telah mengasak dan menyerang pemimpin serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Ini termasuklah tindakan beliau yang menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan dakwaan bahawa tindakan pemimpin tersebut tidak menaikkan minyak disebabkan harga dunia bagi bahan mentah tersebut berada di paras yang rendah ketika itu. Khairy juga turut menuduh betapa tokoh politik tersebut adalah punca kepada kegagalan negara ketika menghadapi krisis kewangan 1997.


Tuduhan Khairy ini telah menyebabkan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun untuk mencelah namun tidak diberikan peluang untuk meminta penjelasan dalam sesi perbahasan tersebut. Berikutan daripada tindakan tersebut beberapa suara kedengaran yang menyahut ‘Takut ke?’. Namun pemimpin tersebut mencabar untuk berdebat di luar dewan. Keadaan menjadi tenang seketika selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat segera menenangkan ahli-ahli dewan. Khairy kemudiannya menyambung semula ucapan beliau.


Beliau kemudiannya telah menyerang parti-parti dalam Pakatan Rakyat di mana beliau melabelkan PKR sebagai mengaitkannya sebagai Projek Khinzir Raksasa sekalipun kemudiannya menafikan niatnya itu, Pakatan Rakyat (PR) sebagai Public Relation dengan dakwaan parti-parti Pakatan Rakyat yang sering berpura-pura berpakat dihadapan rakyat. Khairy turut menyerang PAS dalam isu Negera Islam yang kini tidak menjadi agenda utama PAS hanya semata-mata mahu ‘menjaga hati’ DAP.


Khairy juga telah menyifatkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan sebagai dengan Islamic State, Kerajaan Pulau Pinang sebagai dengan Malaysian Malaysia, dan Kerajaan Perak sebagai ‘Kerajaan Boneka’.


Tunduhan melampau tersebut sekaligus telah menyebabkan kebanyakan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah bangkit untuk memohon celah tetapi Khairy tetap enggan untuk memberikan lalu. Tindakan sekatan untuk bersuara tersebut mengakibatkan dewan kecoh apabila Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berdiri bersuara kerana tidak berpuashati dengan tindakan Khairy yang bacul untuk memberi laluan untuk disoal.


Kekecohan ini berlaku selama 25 minit dengan ditambahkan dengan suara-suara sumbang ahli parlimen BN yang sukar dikawal oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat sehinggakan Khairy sendiri akhirnya tidak dapat meneruskan ucapan tomahannya kepada pihak Pakatan Rakyat.


Ulasan :


Untuk selamatkan Malaysia, seluruh rakyat perlu bersatu menghapuskan Khairy Jamaludin daripada arus politik negara dengan apa cara sekali pun. Khairy tidak sesuai untuk hidup di dunia politik yang memerlukan etika dan moral yang berteraskan agama Islam yang menjadi prinsip dan pegangan sebahagian besar orang Melayu, kecuali orang Melayu yang berada dalam lingkungan UMNO.

Khairy seorang pemuda yang tidak berakhlak dan moralnya amat rendah, serendah beruk-beruk dan monyet-monyet [sebutan yang paling popular bagi dirinya] yang berkejar-kejaran di hutan rimba. Merembat apa sahaja yang ada di hadapan, tidak ada kira sama ada kebun buah-buahan itu hak orang atau atau pun tidak. Khairy akan kebas semuanya.

Malaysia akan hancur sekiranya manusia yang bernama ‘Khairy’ ini diberi peluang untuk naik lebih tinggi lagi dalam heiraki politik di negara ini. Kejayaan seseuah negara terletak di tangan pemuda-pemudi yang beraklak dan bermoral, bukan manusia seperti ini. Khairy dan geng mamaknya yang berada tingkat 4 di Putrajaya bakal menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Langkah pertama untuk keselamatan negara ini ialah berusaha bersungguh-sungguh dengan Pakatan Rakyat bersama rakyat seluruh kaum dan agama meruntuhkan kerajaan Abdulah Ahmad Badawi dan mengantikan dengan sebuah kerajaan yang lebih berakhlak, yang tulus, beramanah dan ada rasa pertanggungjawapan terhadap rakyat dan negara.

Apabila jatuhnya kerajaan pimpinan Abdullah [kerajaan 3 beranak], maka secara langsung Khairy dan gengnya akan turut terbukur.

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.

Thursday, May 8, 2008

SI PENDERHAKA YANG MAHU MEMBELA ISTANA

Oleh : Ahmad Tajdid
Petikan daripada Sumber Harakahdaily.net
:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14360&Itemid=50

Tiba-tiba negara digemparkan dengan teriakan para hulubalang. Masing-masing menghunus keris dan menjulang-julangnya ke udara. Rakyat menjadi gamam. Apa pula gerangan isunya hingga para hulubalang itu menjadi gempar dan mengamuk tidak tentu haluan.

Baru sebulan lalu, para hulubalang di negeri sebelah Timur berdemonstrasi di hadapan istana. Membuka langkah menghantar memorandum tidak berpuas hati dengan Majlis Pemangku Raja. Watikah bantahan dihantar mempersoalkan tindakan majlis melantik bendahara negeri yang tidak diperkenan parti para hulubalang.

Di masa yang sama, puluhan perajurit memegang kain pemidang bertulis "Kami mahu Deris binatang!", "Kami sokong Deris sebagai bendahara", "Kami tak mahu Md Said". Banyak lagi kain pemidang yang ditayangkan di hadapan istana. Semuanya berunsur menghina dan menderhakai istana.

Selepas menghantar memorandum bantahan, para hulubalang itu bergerak ke kediaman rasmi bendahara dan membuat pengumuman penting.

Antaranya, jurucakap hulubalang mahu calon yang dipersetujui Yang Dipertua parti hulubalang diangkat sebagai bendahara. Jika calon lain diangkat istana, maka para hulubalang akan memberontak dan paling kurang pun meletakkan jawatan.

Begitulah tekad hulubalang. Apabila dingatkan sang warta bahawa hasrat para hulubalang untuk meletakkan jawatan akan menyebabkan mereka kehilangan jawatan itu buat seumur hidup, maka jurucakap para hulubalang penderhaka itu pun dengan gugup gagapnya berkata: "Errr... kami akan mengkaji semula hasrat kami itu, kami acah-acah aja..."

Kesudahan ceriteranya, hasrat para hulubalang itu tidak kesampaian, dan calon yang dipilih Majlis Pemangku Raja terus kekal sebagai bendahara.

Di sebuah negeri di utara Semenanjung, gegak gempita pemilihan bendahara juga berlaku. Calon daripada parti hulubalang mengamuk sakan kerana jawatan yang sepatutnya dianugerahkan kepadanya diberikan kepada orang lain.

Maka hulubalang itupun menghunuskan kerisnya ke udara mahu Yang Dipertua parti hulubalang bertegas melantiknya ke jawatan itu.

Watikah perlantikan telah diterima dan istana tiada hak mengetepikan watikah daripada parti hulubalang, jelasnya kepada sekumpulan sang warta.

Maka gegak gempita lah seluruh negara. Yang pekak datang bertanya. Yang bisu ternganga-nganga. Yang cacat datang bertongkat. Yang lumpuh berkerusi roda. Yang jahil menggeleng tak tahu apa-apa.

Akhirnya calon istana dipilih jua dan si hulubalang terpaksa menumpang rumah abang kakak kerana hilang tempat berteduh, setelah rumah rasmi diambil alih bendahara baru.

Tiba-tiba para hulubalang berbuat bising lagi. Kali ini angkara seorang bai tua berkerusi roda yang didakwa menghina istana. Bai itu dianggap biadap dan tak tahu adat Melayu kerana mempersoalkan titah Raja.

Ada seorang Melayu DKK yang punyai ilmu undang-undang menyifatkan si bai boleh didakwa kerana menghasut. Ada seorang Hulubalang Melayu DKA menuduh si bai sebagai biadap dan mencabar kedaulatan sultan. Maka si bai dianggap sombong dan bongkak setelah menang dalam pemilihan umum lalu.

"Parti hulubalang tidak pernah mempertikaikan titah istana. Kalau kita tak setuju pada istana, kita pergi menghadap sultan dan beritahu secara berbahasa," kata hulubalang Melayu DKA kononnya.

Ramai pemimpin Melayu tulen parti hulubalang turut masuk campur. Ada yang sanggup mempertahankan istana dari kebiadapan si bai walaupun mereka tahu si bai hanyalah seorang tua yang lumpuh berkerusi roda.

Ada juga pemimpin pelajar penyokong parti hulubalang yang memberikan tarikh lupus kepada si bai untuk menarik balik kenyataannya. Jika tidak keris mereka akan bermandi darah.

Begitulah gegak gempitanya parti hulubalang "mempertahankan kedaulatan istana" yang konon-kononnya kini tidak selamat kerana dicabar si bai berkerusi roda.

Komen paling keras datangnya daripada mantan Yang Dipertua parti hulubalang. Hulubalang tua itu menakutkan rakyat tentang gambaran sebenar masa depan rakyat jika parti-parti sekutu si bai tua diberi mandat besar oleh rakyat untuk menerajui negara.

Ada cubaan untuk mengaitkan parti muslim, sekutu parti si bai dalam kancah isu penderhakaan itu.

Bagaimanapun dua pemimpin kanan parti muslim dilaporkan sang warta mengambil pendekatan berhati-hati dengan tidak memberikan sebarang ulasan berhubung isu itu.

Ialah. Sikap pemimpin parti muslim itu difahami kerana sang warta mahir dalam kepandaiannya memutarbelitkan kenyataan pemimpin parti lawan parti hulubalang.

Seorang pemimpin Melayu tulen pernah dianggap murtad dan menggadai agama kerana memakai sigah kaum kadazan yang berlambang salib. Hasilnya, parti pemimpin Melayu tulen itu kalah teruk dalam pemilihan umum.

Bagaimanapun kemajuan teknologi siber menjadikan rakyat benar-benar celik isu.

Dalam hingar bingar sang hulubalang menghunus keris dan menjulangnya ke udara kerana kononnya mahu membela istana; hamba rakyat tertanya-tanya.

Bagaimana mungkin hulubalang yang berpakat mengurangkan kuasa para sultan ketika mereka di puncak kuasa boleh dipercayai untuk membela istana?

Bagaimana mungkin perajurit-perajurit hulubalang yang menghina istana dan sultan dengan lafaz kata "binatang" boleh lebih dibela dan diberi muka berbanding seorang bai tua yang hanya mahukan penjelasan tentang batas kuasa istana?

Bagaimana mungkin penghulu hulubalang yang menghunus keris mahu mengamuk ke saentero negeri kerana tidak dipilih sebagai bendahara, tiba-tiba mahu mendabik dada sebagai pembela istana?

Bagaimana mungkin hulubalang yang membawa lari puteri raja untuk dinikahinya di seberang negeri, kemudian diceraikan sesuka hati, mampu memelihara maruah istana dan raja negeri?

Bagaimana mungkin parti penderhaka boleh menjadi pelindung institusi raja-raja?

Maka si pekak, si bisu, si lumpuh dan si jahil yang pada mulanya geram menatap Utusan Warta, mencampak akhbar itu jauh-jauh dan berkata: "Kita tertipu lagi rupanya. Mana mungkin si penderhaka boleh jadi Sang Setia!"

Maka mereka pun pulang ke rumah membuka TV dan menonton rancangan "akademik fantasia" dan "jom buat-buat heboh".

Nota: Cerpen pendek ini hanyalah saduran peristiwa semasa. Watak dan latar belakang kejadian hanyalah rekaan dan tiada kena-mengena dengan mereka yang masih hidup atau meninggal dunia.
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN


Sekian.Wassalam.

APAKAH ABDULLAH TIDUR LENA SELEPAS INI?

Oleh :Mazelan Harron
Sumber
:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14293&Itemid=82


Assalamu’alaikum wm.wrt,
Keputusan pilihan raya umum (PRU) ke 12 yang lalu telah mengubah senario pilitik khususnya tunjang parti pemerintah Barisan Nasional ( BN ) sejak 50 tahun yang lalu iaitu Umno.


Dalam tempoh dua bulan dari tarikh PRU ke 12 lalu , macam-macam hal yang berlaku . Rentak tarian Umno semakin jauh dari tempo dan semakin sumbang geleknya.


Masing-masing mengikut rentak sendiri dengan irama yang bercampur-aduk menjadikan penarinya semakin penat dan akhirnya keletihan .
br>
Gambaran kekecewaan jelas terbayang di wajah Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang seolah-olah 'dipukau' ketika menerima keputusan pilihan raya tempoh hari.

Dengan keputusan hanya 'cukup makan', Abdullah nampak suram dan keletihan apabila lensa kamera dihadapkan ke wajah beliau ketika mengikuti pengumuman keputusan PRU ke 12 di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ).


Abdullah seolah-olah seperti 'orang baru ' dalam politik yang belum pernah menghadapi keputusan pilihanraya apabila nampak terpinga- pinga , tak tahu nak buat apa ( yang sepatutnya ) . Berita kekalahan teruk BN itu diterima dengan penuh 'terkedu ' apabila BN dapat membentuk kerajaan hanya dengan majoriti mudah .


Rentetan dari keputusan yang mengecewakan itu , bermulalah 'episod demi episod luka' yang menjadi parasit dan semakin mem- barah dalam batang tubuh Umno . Parti MCA , MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk ( PPP ) yang menjadi sekutu paling kanan dalam keluarga BN juga mengalami kekalahan merudum dalam sejarah PRU sejak pilihanraya umum pertama .


Ramai pimpinan parti-parti komponen utama itu mengalami ke- kalahan dan ditolak oleh rakyat ( pengundi ) , kecuali Presiden MCA , Dato' Seri Ong Ka Ting yang dapat mempertahankan kerusinya di Pulai , Johor . Namun , Presiden PPP , Dato' M. Kayveas hilang kepercayaan sebahagian pengundi di Taiping , Presiden MIC , Dato' Seri S . Samy Vellu tersungkur di tempat tradisinya Pantai Remis dan Tan Seri Dr Koh Tsu Koon , Presiden Gerakan pula kecewa apabila di- hukum pengundi apabila mencuba nasib di Parlimen Batu Kawan .


Selain daripada pemimpin utama parti-parti komponen yang ke- cundang dalam pilihan raya kali ini , badi kekalahan juga menimpa beberapa orang mantan Menteri Kabinet sesi lalu termasuklah Dato' Seri Shahrizat Jalil di Lembah Pantai manakala Dato' Zainuddin Maidin mengakhiri karier politiknya di Sungai Petani ( sekadar beberapa contoh ) .


Selain Menteri kabinet beberapa orang Menteri Besar juga hilang jawatan termasuklah hilang keistimewaan dan hidup mewah selepas pilihanraya lepas termasuklah mantan Menteri Besar Selangor , Perak , Kedah , Pulau Pinang , Terengganu dan Perlis .


Kemenangan Pakatan Rakyat, ( PAS , DAP , PKR ) yang berjaya membentuk kerajaan campuran di Selangor , Kedah dan Pulau Pinang di samping mengekalkan Kelantan , mencipta lembaran baru untuk dinilai oleh semua rakyat ( pengundi ) dan mengubah 'lanskap' politik negara .


Spekulasi mengenai perebutan parti-parti pembangkang untuk me- nerajui kerajaan negeri berakhir dengan pemuafakatan dan kerjasama akrab parti-parti Pakatan Rakyat menafikan tuduhan dan tohmahan Umno . Akhirnya , yang menjadi masalah ialah perlantikan MB Perlis dan MB Terengganu .


Kedua-dua negeri ini bukan saja melibatkan pemimpin Umno malahan turut mengheret Institusi Raja yang menjadi simbol , lambang dan tonggak sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia .
Insiden dicop sebagai derhaka terhadap sultan Perak kerana meng- arahkan ahli-ahli Yang Berhormat DAP Perak memboikot majlis di Istana Bukit Chandan , mencetuskan kemarahan pelbagai pihak .


Lim Kit Siang dihentam oleh ramai pimpinan Umno khususnya dan mendapat liputan meluas pihak media arus perdana atas kebiadap- annya itu . Namun , maruah Lim Kit Siang terserlah kembali apabila sanggup memohon maaf kepada pemangku Raja Perak , Raja Dr Nazrin Shah di atas ketelanjurannya itu .


Apa yang malang dan menyedihkan ketuanan Melayu yang di- junjung oleh Institusi Raja tergugat apabila mantan Menteri Besar Perlis , Tan Seri Shahidan Kassim mempertikaikan perkenan Raja ke atas Dato' Dr Md. Isa Sabu dalam urusan perlantikan MB Perlis.


Paling mengecewakan ialah kebiadapan 23 Adun Terengganu yang berdiri teguh di belakang Dato' Seri Idris Jusoh , mantan Menteri Besar Terengganu . Mereka membelakangi keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja ( MPPR ) yang menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kijal , Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang baru .


Perlantikan tersebut mengenepikan Idris Jusoh yang mendapat watikah perlantikan sebagai MB bagi penggal kedua daripada PM , Abdullah berikutan kemenangan mempertahankan kerajaan BN di Terengganu selepas PRU ke 12 yang lalu .


Ekoran daripada itu 23 Adun yang diketuai oleh Dato' Rosol Wahid bercadang mengusulkan undi tidak percaya kepada MB baru dan mengatakan bahawa Dato' Ahmad Said akan dipecat dari keahlian Umno kerana 'menderhaka kepada Umno'.


Soal 23 Adun Umno menderhaka kepada sultan pula bagaimana ? Krisis yang berlaku ini melibatkan Penguam Negara , Tan Seri Abdul Gani Patail yang mengeluarkan kenyataannya bahawa urusan perlantikan MB terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan MPPR , Yang di-Pertuan Agong , Sultan Mizan Zainal Abidin tidak ada peruntukan dalam mencampuri urusan perlantikan tersebut .


Akhirnya Presiden Umno terpaksa akur setelah menghadap Tuanku Mizan untuk menyelesaikan krisis perlantikan MB Terengganu dan keputusannya Adun Kijal Yang Berhormat Dato' Ahmad Said di- lantik menjadi MB yang baru .

Belum pun sempat 'tidur lena' menyelesaikan masalah Perlis dan Terengganu , Abdullah terpaksa pula bergegas ke Sarawak dan Sabah bertemu dengan ahli parti-parti komponen BN di sana apabila desas-desus mengatakan ahli Parlimen akan menyertai pembangkang .
Ahli Parlimen BN Sarawak seramai 30 orang dan BN Sabah se- ramai 24 orang itu dilihat akan menyertai pembangkang membentuk kerajaan pusat .


Abdullah terpaksa memujuk ke semua anggota Parlimen kedua- dua negeri tersebut dengan menjanjikan berbagai-bagai jawatan di peringkat pusat . Akhirnya terlantiklah beberapa orang wakil rakyat BN dari Malaysia Timur itu termasuklah Dato' Anifah Aman dan Dato' Abdul Ghafur yang akhirnya menolak perlantikan sebagai Timbalan Menteri.


Pun begitu , Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru dilantik juga adalah orang Sabah iaitu Tan Seri Pandikar Amin Mulia . Bukan sekadar Yang Dipertuanya orang Sabah , bahkan kedua-dua timbalannya juga orang Sabah . Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar , wakil rakyat Santubong yang mendapat 157 undi dan Dato' Ronald Kiandee, wakil rakyat Beluran pula mendapat 140 undi .


Secara simboliknya pemilihan Yang diPertua Dewan Rakyat dan kedua-dua timbalannya itu seolah-olah untuk memenuhi janji PM tempohari pada pertemuannya itu . Terbukti apabila kedua-dua calun jawatan itu dicadang oleh Abdullah dan disokong oleh timbalannya , Najib Tun Razak .
Lanjutan daripada 'road show ' Penasihat Umum Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri A

nwar Ibrahim ke Sabah tempohari , ter- cetus idea untuk menggubal undang-undang anti lompat parti seperti yang disarankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Senator Dato' Zaid Ibrahim kepada kabinet .


Alasannya untuk menjaga kepentingan awam serta tidak menyusahkan pentadbiran sesebuah negeri .
Dalam tempoh dua bulan pentadbiran Abdullah menjadi PM bagi penggal kedua teruji lagi apabila ada desakan 'peralihan kuasa' antara Abdullah dengan timbalannya , Dato' Seri Najib Tun Razak .


Walaupun ikrar Najib untuk terus membantu pucuk pimpinan mengukuh kan parti yang kini berdepan dengan cabaran getir selepas PRU ke 12, membayangkan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku .


Lakonan Najib nampak bersahaja apabila mengulas hasrat Ahli Parlimen Gua Musang , Tengku Razaleigh Hamzah berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan agong parti itu nanti .
Sama ada rasa tergugat ataupun tersentak dengan kenyataan tersebut , itulah reaksi Najib dan beliau menegaskan bahawa Umno masih stabil walaupun akhirnya memerlukan suntikan semangat bagi mengembalikan keyakinan untuk menebus semula kekalahan dan menjadi teras pemerintahan negara , tegas beliau ketika menemui pemberita sejurus menyampaikan wang ehsan kepada 480 mangsa banjir di Pekan penghujung Mac lalu .


Siapakah pencetus idea peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak kisah . Ironisnya , sudah ada pihak yang berani bersuara bukan sekadar dalam kepompong sendiri malah ada yang menggunakan saluran media arus perdana untuk menyalurkan maklumat .


Bukan soal pengukuhan parti , sebaliknya ada individu sudah tidak sabar untuk merasai tampuk pemerintahan tertinggi itu .


Mungkin kerana kemenangan majoriti besar yang diperolehi di Pekan dalam PRU yang lalu . Lain pula pendapat mantan Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan supaya Umno mempunyai Majlis Penasihat Presiden .
<>
Katanya , majlis berkenaan perlu diberi kuasa bermusyawarah dan meluluskan keputusan yang diambil Presiden Umno bagi mengelak pencabulan kuasa . Majlis tersebut hendaklah dianggotai oleh kalangan profesional dan ahli Umno yang berwibawa dan bertindak dengan fungsinya bebas tanpa berpihak kepada mana-mana individu .


Cubaan Dr Mahathir itu sebenarnya adalah rentetan desakan anaknya Dato' Mukriz , Ahli Parlimen Jerlun yang mahukan Abdullah bertanggungjawab atas kekalahan teruk BN serta meletakkan jawatan. Namun , pandangan dan pendapat mantan PM itu dipandang sepi tanpa ulasan panjang lebar media arus perdana .


Peranan media hanya sekadar mengangkat pandangan itu sebagai 'bola tanggung' untuk dilibas oleh sayap kanan , jika diibaratkan sebagai bermain di gelanggang sepak takraw .


Maka ramailah khalayak memberi komen sinis dan membidas secara terbuka terhadap pendapat Tun itu . Rata-rata ingin menunjuk- kan taat setia dengan pembelaan terhadap Presiden .


Pun begitu, Tun Mahathir bukanlah orang yang mudah mengalah . Beliau terus mengkritik Abdullah dengan mengatakan Presiden Umno bukan sekadar ditolak oleh ahli-ahli Umno ( ada Bahagian Umno yang sudah mengadakan mesyuarat khas ) tetapi juga ditolak oleh rakyat biasa serta Raja-Raja Melayu .


Pendapat Tun Mahathir bukan tuduhan semberono tapi terbukti dengan senario yang berlaku seperti yang penulis jelaskan di awal tulisan ini .


Terakhir setakat ini, arahan yang dikeluarkan oleh Abdullah meminta semua bahagian Umno tidak mengadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa ( EGM ) bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan .
Katanya , sebaliknya meminta semua pihak memusatkan tumpu- an kepada urusan menyelesaikan masalah rakyat . Kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi ( MT ) Umno di Menara Dato? Onn , PWTC hujung april lalu .


Beliau menyeru supaya semua ahli mengukuhkan perpaduan dan mem- beri sokongan padu kepada kerajaan .


Itu yang berlaku dalam rumahtangga BN , bagaimana pula yang berlaku dalam negara ? Kenaikan harga bahan makanan utama umpamanya , juga menguji keberkesanan Pemerintahan Abdullah .


Harga beras yang melambung tinggi di pasaran tempatan , cuba disembunyi- kan sebabnya berlaku dalam negara tetapi difokus di peringkat global oleh media arus perdana .


Apapun , yang terbeban adalah rakyat bawahan , terpaksa menanggung kos kenaikan mendadak harga makanan asas . Persoalannya , dengan berbagai hal yang berlaku dalam tempoh kurang lebih dua bulan itu , mampukah Abdullah 'tidur lena' walaupun umumnya mengetahui Abdullah sentiasa 'terlelap ' ( lena ) apabila menghadiri majlis rasmi di mana-mana jua . Antara tidur lena dengan sentiasa terlelap , tidaklah menunjukkan perbezaan yang ketara . Tetapi tidur lena lebih lega sikit daripada terlelap .


Apapun , tidur lena atau terlelap bagi Abdullah mungkin sesuatu yang sama saja , tidak ada perbezaan .


Kalau Abdullah nak tidur lena , tak mau memikirkan masalah yang melanda samada parti atau kerajaan pimpinannya , Abdullah perlu undur dari jawatan dan kalau ada undi tak percaya terhadap Abdullah di Parlimen , sekiranya berjaya , tentunya Pakatan Rakyat akan menguasai kerajaan yang baru . Abdullah lepas ini tentunya dapat tidur lena selagi tidak diambil tindakan membongkar 'misteri kekayaan' anak menantunya dan penyelewengan lain yang berlaku semasa pemerintahan kurang lebih empat tahun itu .


Dalam hal ini , pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan , apabila ditanya wartawan apa komen beliau terhadap kabinet baru kerajaan yang diumumkan oleh Abdullah beberapa hari selepas keputusan PRU ke 12 .


Dengan nada sinis , Tuan Guru tidak memuji atau meletakkan sebarang harapan terhadap anggota kabinet yang dikemukakan oleh Abdullah itu . Sebaliknya , Tuan Guru Menteri Besar Kelantan itu menjawab spontan , golongan dan perjuangan yang berteraskan sekular akan musnah dan hancur bila tiba masanya kelak .


Apakah 'masin' mulut Tok Guru itu akan terjadi berdasarkan senario yang berlaku kini , tunggu dan lihat apa kesudahannya


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wassalam