DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, June 27, 2007

SIAPA FIR'AUN BARU ?

Oleh : Tun Telanai

Assalamu'alaikum wm.wrt



I. Gaya Hidup Islam Hadhari







PakLah dengan isteri baru







Abdullah dan Najib


Gaya hidup tunggang-terbalik.Tidak mengenal batas-batas halal-haram.Yang salah dikatakan benar dan yang benar dikatakan salah.


Ada menteri mencadangkan agar indusri seks diberi lesen perniagan yang sah supaya pemantauan [penjagaan kesihatan] senang dilakukan dan hukum agama menghalalkan pelacuran sekiranya berada dalam darurat. Sekali lagi, menteri ini [Mashitah Ibrahim] menghina hukum hudud yang dikatakannya tidak sesuai dengan zaman global kini.



Seorang menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor [tengku palsu dan taukeh judi] sanggup mencadangkan Malaysia dijadikan pusat hiburan bagi Asia untuk mengambilalih peranan yang dimainkan oleh Thailand. Tujuannya bagi menggalakkan pelancung-pelancung dalam [menjelajah tempat-tempat menarik di Malaysia] dan luar negeri membanjiri Malaysia sempena tahun melawat Malaysia 2007.


Ada wakil rakyat [Mohd.Said Yusuf-UMNO Jasin] boleh mengarahkan Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja menutup sebelah mata supaya beliau mengelak cukai untuk negara=untuk rakyat hasil eksport-import kayu balak. Lebih malang lagi rakyat kawasan Jasin yang pangkah pilih dajal ini sebagai Ahli Parlimen. Beliau bukan membela nasib rakyat sanggup berkelahi dengan pegawai-pegawai kastam kerana sifat egonya hendakkan kereta mercedes jenis COMPRESSOR dengan harga paling murah, mercedes brand lain katanya dia sudah ada.Padan muka pengundi-pengundi di Parlimen Jasin. Pilih lagi dajal ini pada PRU ke-12 nanti.


Said dan Bung Mokhtar Radin [BN-Kinabatangan] merupakan beruk di Parlimen. Mereka tidak menggunakan aqal dalam setiap perbahasan, tetapi menggunakan kepala lutut untuk berhujah. Contohnya, semasa perbahasan hangat tentang kebocoran yang diusulkan oleh Fong Poh Kuan [DAP-Batu Gajah] di bangunan Parlimen pada pada 9 Mei lalu, mereka berdua mengeluarkan perkataan "Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga". Inikah rupa-bentuk seorang manusia? Pastinya. Begitu juga dengan A.Nazri Aziz [Menteri di JPM jaga Parlimen], Badruddin Amiruldin [UMNO-Jerai] dan ramai lagi AP-AP UMNO yang merupakan beruk sarkis di Parlimen.


Pemimpin-pemimpin jenis ini yang dipilih oleh rakyat yang 'digilakan dan disasaukan' oleh regim yang melakukan rasuah, zalim, melakukan ketidakadilan, tidak ada pegangan agama yang kuat dipilih menjadi pemimpin bukan kebaikannya dan kecerdikannya, tetapi kerana takut dengan kezalimannya [rakyat diugut, diancam dan dirasuahkan] dengan menyingkirkan para pemimpin yang bersih dan mempunyai nilai ketaqwaan kepada Allah yang tinggi. Pemimpin jenis ini [baik dan berakhlak] dibuang dan dilongkang.








1. Isteri Najib, Rosmah Mansor berciuman dan bergesel pipi dengan seorang artis Bollywood. Tidak menjadi menjadi kesalahan ikut tafsiran Islam Hadhari
















2. Imam Besar berpegang-pegangann tangan dengan bintang Bollywood juga tidak menjadi satu kesalahan. Dihalalkan.







Apa pandangan Dato' Seri [belum lagi, tahun depan pasti dapat] mufti Perlis dalam kontek isu di atas dan yang dinyatakan dibawah ini?

Hendak ikut al-Quran atau hendak ikut tafsiran Islam Hadhari?


II. Wajah-wajah yang telah dituduh melakukan amalan rasuah :





1. Rafidah Aziz, Menteri MITI
Kenduri saham anak-beranak

dan isu AP
















2. Khalil Yaakob,
YDP Melaka
Isu balak dilapor

kepada polis
oleh Fauzi

Abdul Rahman






3. Dr.Khir Toyo,
MB Selangor
[bapa para iblis-
syaitan [JAIS]
dan ketua lanun.
Banyak laporan
dibuat, satu
pun tidak menjadi.




















4. Taib
Mahmod,
KM Serawak.
Nilai eset
peribadi
bernilai
berbillion
ringgit











5. Isa Samad dan
Mohd.Ali Rustam
Bekas MB
Negeri Sembilan
dan bekas menteri
WP dan KM Melaka



















6. Muhamad Mohd.Taib,
Ketua Penerangan UMNO,
Bekas MB Selangor
dan kini Senator.
Jaga-jaga penyamun
tarbus ini akan
kembali merompak
selepas PRU ke-12 nanti.
Pernah bawa lari duit
berjuta ringgitke Australia.
Bawa lari KU YAH
kahwin di Selatan Thailand.
jaga-jaga PUTRI.






7. A.Nazri Aziz, Menteri di JPM .
Menteri paling biadap dan kurang ajar,
akhlak paling buruk, rupa macam babi,
bodoh dan tolol bila berhujah ikut emosi
bukan ikut aqal yang waras seorang manusia.
Kes 6000 permit diluluskan kepada

seorang individu, macamana
kedudukannya sekarang ini?


Lihatlah dan renunglah wajah-wajah pemimpin kita. Sejahat mana pun perangai mereka macam IBLIS-SYAITAN sekali pun, mereka tetap dipilih sebagai pemimpin kerana mereka berjaya memperbodohkan dan memperlembukan sebahagian besar rakyat Malaysia. Rakyat tidak mampu berfikir lagi. Mereka amat berjaya dalam program membisukan dan membutakan hati rakyat terhadap persekitaran politik yang meraka amalkan begitu huduh lagi bobrok.


III. Sejarah al-Quran

Al-Quran adalah sumber petunjuk bagi manusia. Petunjuk-petunjuk Ilahi ini disampaikan dengan pelbagai cara. Sebahagiannya secara langsung berbentuk perintah dan larangan. Dan ada pula yang berbentuk tidak langsung misalnya melalui kisah dan sejarah bukan sekadar untuk berlipurlara atau sekadar untuk diketahui, tetapi lebih dari itu sebagai mesej petunjuk yang membawa ayat-ayat mengajak umat manusia supaya merenung nasib umat yang terdahulu sambil menilai diri dengan penuh keinsafan bahawa nasib yang sama boleh menimpa sesiapa sahaja atau sesuatu ketamadunan yang memiliki cirri-ciri dan faktor yang sama.

Al-Quran bersifat universal dan abadi serta releven sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Begitu juga tabiat manusia, tetap sama tidak berubah sepanjang zaman. Demikianlah kedurjaan dan petualang manusia apabila mereka merasai kecukupan serta mampu memiliki kekayaan dan kekuasaan, maka mereka mudah lupa akan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Watak-watak dalam Al-Quran seperti Namrud, Fir'aun, Qarun dan lain-lain lagi itu sebagai individu merupakan watak-watak masa lalu yang sudah beribu-ribu tahun menghilangkan diri dari pentas sejarah. Tetapi watak dan perangai mereka senantiasa muncul sepanjang zaman. Fenomena sosial-budaya kenamrudan, kefir'aunan dan keqarunan senantiasa timbul dari masa ke semasa.


Hakikat ini saya telah lukisan dalam blog saya [http://tuntelanai.blogspot.com/] bertajuk : “DI ANTARA DUA DARJAT” untuk sama-sama kita merenunginya agar ianya menjadi satu teladan yang boleh diimami sepanjang melayari bahtera kehidupan di dunia fana ini, sebelum kita dipanggil mengadap Yang Empunya bumi ini dengan segala makhlukNya.

Permasalahan yang timbul dari dahulu sehingga sekarang ialah penguasaan NAFSU yang tidak dikawal oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah dan RasulNya. Sebaliknya, NAFSU ini dikuasai oleh iblis-syaitan yang setiap waktu merayu umat manusia agar menentang Allah dan RasulNya melalui kaedah merebut-rebut kedudukan,kekuasaan dan kekayaan bersama-sama dengan wanita dan arak untuk melengkapkan kehancuran tamadun manusia itu sendiri.

Lihatlah para pemimpin kita di pentas politik sekarang ini. Apa yang mereka perjuangkan untuk rakyat? Tidak sedikit pun mahu mengambil teladan daripada khalifah Umar Al-Khatab dan khalifah Omar Abdul Aziz. Kedua-dua khalifah ini memerintah dengan menggunakan aqal bukan nafsu yang dikawal oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah dan RasulNya.

Oleh sebab itu, masyarakat yang ada pada masa itu hidup penuh dengan kerahmatan dan keberkatan, suasana aman-damai dan sejehtera, tidak seperti yang kita alami sekarang ini. Di Negara kita, Malaysia ini sudah wujud keadaan yang tidak selamat untuk rakyat bernaung di bawah kepimpinan yang korup.

Bermacam masalah timbul. Gejala murtad dan kadar jenayah sudah bermaharajalela di kalangan umat Islam, berbagai penyakit social tumbuh macam cendewan selepas hujan tidak dapat di atasi walaupun kita menggunakan peruntukan kewangan yang banyak, menggunakan kepakaran otak manusia yang maha hebat, namun masalah social tetap muncul satu demi satu. Bencana banjir besar yang berlaku di negeri Johor dan banjir kilat yang kerap berlaku akhir-akhir ini di Bandaraya Kuala Lumpur adalah amaran awal daripada Allah. Allah dari awal lagi telah memberi amaran bahawa kerosakan di laut, di bumi dan di udara adalah akibat dari tangan-tangan ganas manusia sendiri. Gejala pergaduhan sesama kaum dan agama telah mula memunculkan diri kesan daripada tindakan zalim dan ketidakanadilan yang dilakukan seperti yang ditunjukkan di pilihanraya kecil Batu Talam dan di Ijok. Kebangkitan kemarahan rakyat akan tercetus bilamana para pemimpin sibuk merebut-rebut kekayaan dan kemewahan hidup sesama mereka dan membiarkan rakyat terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.

Semuanya ini adalah tanda-tanda bala yang didatangi oleh Allah secara perlahan-lahan agar manusia kembali insaf. Kejadian seumpama ini pernah terjadi pada genarasi terdahulu, tidak terkecuali akan berlaku di Malaysia [masih ego dan sombong] untuk menghancurkan umat Islam di Malaysia ini sepertimana yang diceritakan dalam al-Quran itu kerana keengganan kita untuk kembali menunaikan perintah Allah s.w.t. Lebih malang lagi, kita menunjukkan kita lebih bijak lagi daripada Allah dengan mencipta mazhab baru [walaupun kita sudah 4 mazhab yang diiktiraf] yang dinamakan Islam Hadhari.


Mazhab baru ini benar-benar menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Ianya salah dari berbagai sudut. Kita ambil contoh yang paling jelas, Imam besarnya boleh memegang bahu wanita yang bukan muhrimnya, bermesra dan berpesta sakan di dalam majlis-majlis hiburan dan maksiat. Isteri timbalan imam besar boleh bekucupan dan bergeseran pipi dengan pipi dengan lelaki bukan muhrim di atas pentas terbuka tanpa merasa malu dan silu, malah terasa bangga dan megah. Isteri imam dan timbalan imam sendiri berpakaian tidak menutup aurat, amat memalukan. Apatah lagi kehidupan social keluarga kedua-dua mereka imam dan timbalan imam. Ekuran daripada itu, keseluruhan pemimpinnya [bapa borek, anak rintik, bapa kencing berdiri anak kencing berlari] mengamalkan rasuah [sedikit benar, tidak sampai 1% yang bersih] kerana mereka mengaggap bahawa amanah yang diberi itu merupakan platform mencari kepentingan diri.

Marilah kita merenung peristewa yang diceritakan dalam al-Quran yang mana kisah yang diceritakan itu telah mulai muncul dalam kepimpinan sekarang ini.

Namrud

Al-Quran menceritakan tentang Namrud sebagai raja yang sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s . Kerana terlalu lama berkuasa ia menjadi lupa diri. Nafsunya besar tidak puas sekadar menjadi raja dan mahu menjadi tuhan, lalu meminta rakyat mengakui dan menyembahnya sebagai tuhan mereka. Tanpa malu-malu [ sesudah Namrud berjaya menguasai sepenuhnya fikiran rakyat dan rakyat patuh apa saja perintah yang keluar dari mulutnya, sesiapa yang membantah akan menerima hukuman yang berat, iaitu hukum bunuh] Namrud mendakwa beliau mampu melakukan sesuatu (menghidup dan mematikan) yang hakikatnya hanya Tuhan yang sebenar mampu melakukannya.

Dalam dialognya dengan Nabi Ibrahim a.s, nabi Ibrahim a.s. berkata bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa ialah yang boleh memati dan menghidupkan. Namrud yang ingin menjadi tuhan merasakan ia perlu memiliki ciri ketuhanan yang sama sambil mendakwa ia juga mampu menghidup dan mematikan sesiapa yang dikehendakinya.Maka beliau memanggil dua orang pesalah yang telah dijatuhkaan hukuman mati. Seorang daripada pesalah tersebut dilepaskan dan seorang lagi itu dihukum bunuh. Dengan bangga Namrud berkata siapa lebih berkuasa sekarang yang mana dia juga berkuasa boleh mematikan dan menghidupkan seperti tuhan.


Kemungkinan Nabi Ibrahim a.s merasa tidak ada guna berdebat dengan orang yang tolol tentang erti sebenar menghidup dan mematikan, maka Nabi Ibrahim a.s mengubah cara berhujahnya dengan mengatakan, Tuhanku menerbitkan matahari dari sebelah timur, cuba anda terbitkan dari sebelah barat pula. Kali ini Namrud tidak boleh menjawab dan terpinga-pinga bercampur marah kerana selama ini tidak sesiapa yang berani mencabarnya. Namrud terjerat dalam kesombongan dan ketololannya sendiri.

Sehebat mana pun kekuasan dan kekayaan Namrud miliki, namun akhirnya beliau mati hanya diserang oleh seekor nyamuk. Apa yang hendak dibanggakan dengan regim Abdullah Ahmad Badawi jika dibandingkan dengan Namrud, kedudukanya seperti langit dengan bumi.

Fir'aun

Dia adalah merupakan Raja Mesir yang bermaharajalela dengan kuasa dan kekayaan dan merasa tergugat dengan kemuculan nabi Musa a.s.yang semakin popular di kalangan kaumnya. Untuk membendong arus sokongan rakyat dari terus berpihak kepada Nabi Musa a.s.maka Fir'aun bertindak mengeksploitasikan kebodohan rakyat, mengabui mata mereka dengan mempamerkan kehebatannya sebagai pemilik kerejaan dan bumi Mesir dengan segala sungai-sungainya. Sementara itu, Nabi Musa a.s dihina, ditekan diperas ugut dan dipenjarakan serta dihina sebagai orang yang tidak mempunyai apa-apa malah berbicara pun tidak petah.

Rakyat yang berfikiran sempit dan singkat serta telah rosak jiwa dan mindanya dengan propaganda gaya Fir' aun mudah diperdayakan, malah Fir'aun mengunakan segala kekayaan dan kemewahannya untuk membiayai program-program menyesatkan rakyatnya. Memperbodohkan dan mengelirukan rakyat massa memang menjadi amalan mana-mana pemerintah yang zalim. Menguasai semua media dan menutup semua saluran maklumat supaya rakyat tidak mengetahui fakta yang sebenar dan tidak berminat untuk mencarinya, cukup dengan menelan apa saja yang disogokan. Dengan itu mudahlah mereke dibuli, diperalat, dikerah, dan diarah mengikut telunjuk para pemimpin.

Tidak cukup dengan itu, Fir' aun juga berusaha untuk menguasai dan memperalatkan golongan cendiakawan yang terdiri daripada ahli-ahli sihir yang terkemuka. Ini dilakukan dengan menawarkan ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yang bersedia berkhidmat memperkukuhkan kekuasaan Fir'aun. Motifnya ialah mereka sanggup melawan mukjizat Nabi Musa a.s. Tetapi setelah kalah, sebahagian mereka ini menjadi pengikut Nabi Musa a.s dan bersedia menghadapi risiko kemarahan Fir'aun. Mereka diseksa dihumban dalam penjara ditarik balik segala kemewahan yang diberi dan sebagainya, tetapi masih ada sekelompok yang tidak boleh diperbodohkan. Apabila tersua dengan isu hak dan batil, hati nurani mereka berkata mereka tidak sanggop melawan kebenaran untuk mendakap kebatilan.


Demikian kuasa, setelah puas menjadi raja, dia juga mahu menjadi tuhan sepertimana Namrud. Ia mahu rakyatnya mempertuhankannya disamping menjadi raja. Sambil dia berkata kepada rakyatnya, aku tidak nampak ada tuhan lain bagi kamu selain aku.

Selama masa Fir'aun memerintah Nabi Musa a.s banyak menerima siksaan sehingga Nabi mengadu kepada Tuhan, 'Ya Tuhan kami sesunggugnya engkau telah berikan segala macam perhiasan dan kekayaan kepada Fir'aun dan orang-orangnya, ya Tuhan kami mereka (telah menyalahgunakan anugerah-Mu) untuk menyesatkan(dan menyelewengkan orang lain) dari jalan (petunjuk) -mu. Sebaik-baik sahaja kezalimannya mencecah tahap yang ditentukan, Tuhan merentap tanpa sebarang amaran, Fir'aun dengan sekelip mata sahaja hilang tenggelam di perut laut.

Qarun

Dalam era ini juga digawatkan dengan kemunculan watak Qarun citra kerakusan hartawan lupa daratan. Al-Quran memperkenalkan Qarun sebagai orang yang berketutunan dari kaum Nabi Musa a.s, tetapi mereka tidak sehaluan. Nabi Musa a.s adalah pemimipin dan pembela kaumnya, Qarun pula penindas dan pemeras kaumnya sendiri.Qarun memang seorang yang kaya dan mendakwa kekayaannya diperolehi dari hasil kemahiranya sendiri, tetapi sebenarnya ia diperolehi secara zalim dengan memeras dan merampas hak bangsanya sendiri.Dalam keadaan sekarang orang sebut kroni dan amalan nepotisim atau dady kasi.

Dalam pada itu, Qarun juga mempunyai posisi politik yang cukup strategik sebagai seorang anggota karbinet Fir'aun yang mempunyai peluang yang cukup luas untuk memperkayakan diri dan kuncu-kuncunya. Selain itu, dia juga mempunyai cita-cita politik untuk mengambilalih kedudukan Nabi Musa a.s sebagai pemimpin kaun bani Israel. Oleh itu, ia mempunyai kekayaan untuk digunakan membiayai rancangan memusnahkan kepimpinan Nabi Musa a.s sehingga dia sanggup mengupah seoarang wanita mengaku bahawa dia biasa membuat perhubungan sex dengan Nabi, tetapi rancangan ini gagal kerana semasa keterangan proses pembuktian hendak dilakukan, wanita itu mengaku yang ia diupah oleh Qarun.

Al-Quran juga menceritakan bahawa Qarun suka menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan strategi untuk menarik perhatian orang ramai supaya orang ramai tertarik akan kemewahan ia miliki dan menjadikannya sebagai tokoh atau idola dan menghantar mesej bahawa dia sanggup membiayai apa saja dan berapa sahaja untuk mencapaikan cita-citanya dan memberi amaran jangan sesiapa yang berani mencabarnya.


Akhirnya, fenomena keqarunan adalah kehancuran kerana Qarun mengakhiri hayatnya sangat tragik, hancur lebur ditelan bumi. Al-Quran memberi penjelasan bagaiman Qarun terbenam ke dalam bumi bersama-sama rumahnya dan harta kekayaannya.

Saudara-saudara sekelian renunglah dan hayatilah cerita di atas semoga kita semua bersatu hati menentang orang yang berjiwa, berwatak dan berkelakuan seperti watak Namrud, Fir'aun dan Qarun yang hdup sepanjang zaman. Kehancuran pasti tiba kepada mereka ini. Begitu juga dengan regim yang memerintah sekarang, pasti di suatu hari nanti regim ini akan hancur. Tunggu dan lihat kezaliman, ketidakadilan yang berlaku, rasuah yang berkembang luas dalam masyarakat dan menyalah kedudukan dan menyeleweng amnah yang diberikan. Pastinya hancur.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

KETUANAN MELAYU: SIAPA PEMBELA DAN SIAPA PENGKHIANATNYA?

Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Suara hati anak muda yang mempunyai pandangan jauh ke hadapan, apa akan terjadi terhadap nasib agama, bangsa dan negara 50 tahun akan datang. Ketika itu, usia kemerdekaan kita telah mencapai satu abad. Bagaimana kedudukan orang Melayu ketika itu?

Apakah bangsa Melayu masih lagi berpegang kuat terhadap agamanya?
Bagaimana pula kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu ketika itu?
Dan, masih wujud lagikah orang Melayu yang akan mempertahankan budaya dan bahasanya?


Bahasa melambangkan bangsa, hilang bahasa, maka hilanglah bangsa itu.

Tiga persoalan ini perlu dijawab secara jujur oleh orang Melayu yang masih cinta dan kasih kepada bangsa dan agamanya.




Tulisan ini akan dibahagikan kepada dua siri :

Siri pertama, menyiarkan tulisan Mohd Nazree Mohd Yunus, Mantan Presiden PMIUM 05/06 yang juga Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 05/06. Pandangan beliau mewakili generasi muda memperlihatkan kebimbangan survival bangsa bagi menghadapi berbagai kecalaruan cabaran masa depan akibat tindakan tanduk kepimpinan politik sekarang ini yang tidak jujur, tidak ikhlas dalam perjuangan, mementingkan diri sendiri dan melakukan berbagai kecurangan terhadap amanah yang diberikan oleh orang Melayu.

Siri kedua, menghuraikan kebimbangan yang diluahkan oleh Nazree itu mempunyai asas yang kukuh, memang ada tanda-tanda bahawa bangsa Melayu akan hilang dari di dunia ini [di Malaysia]. Kehilangan yang dimaksudkan ialah orang Melayu ketika itu telah hilang identiti kemelayuannya dari segi pegangan agama, pendidikan, ekonomi dan khususnya sosio-budaya sendiri telah lenyap ditelan zaman.
Pertama ikuti tulisan Nazree yang bertaju :

KETUANAN POLITIK MELAYU :
ANTARA UMNO ATAU PAS YANG MENJADI TERAJU


Ambang sambutan kemerdekaan yang ke-50 sudah semakin hampir. Semakin detik kemerdekaan melanjutkan usia, semakin resah kita sebagai anak muda melihat dan mengamati suasana. Semakin tua usia kemerdekaan maka semakin tua juga usia pergerakan pola politik negara. Berdasarkan senarai 10 rakyat Malaysia yang terkaya. Orang Melayu hanya pada kedudukan yang ke-9 iaitu Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC) dengan kekayaan 1bilion. Robert Kuok (Kuok Group, 5.6b), Ananda Krishnan (Astro, 4.6b), Teh Hong Piow (Public Bank, 2.1b), Lee Shin Cheng (IOI, 2.05b), Quek Leng Chan (Hong Leong, 2b), Lim Goh Tong (Genting, 1.5b), Yeoh Tiong Lay (YTL, 1.1b), Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau, 1.05b) dan Lim Kok Thay (Chairman, Genting Group, 440m) .

Apa yang signifikan antara senarai 10 orang terkaya Malaysia dengan persoalan ketuanan Melayu. Orang Melayu masih di belakang. Namun tuntutan kaum yang lain masih lagi bernafsu besar. Isu Lina Joy, artikel 11, Penghantaran memorandum oleh 11 Menteri non-muslim terhadap Pak Lah tentang isu artikel 11. Perebutan anak dan pengurusan jenazah antara muslim dan non-muslim. Jelas perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam ambang sambutan kemerdekaan yang ke-50. Rakyat perlu faham tentang Islam dan menghormatinya. Mungkin juga ini berlaku kerana pemimpin sendiri sudah tidak mengendahkan Islam dan pihak yang memperjuangkan Islam seperti PAS sudah ketandusan idea untuk menyebarkan dakwah Islam. Ini semua tanggungjawab kita bersama di samping bebanan yang lebih besar untuk bertanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh pemerintah.

50 tahun liku-liku perjuangan kemerdekaan turut melibatkan jatuh bangun pemimpin. Namun pada ketika Malaysia menarik nafas mendetikkan nadi, golongan anak muda, mahasiswa dan belia juga tidak terkecuali daripada mencorakkan dan mematerikan diri dalam lipatan sejarah negara.
Perkembangan politik di Malaysia semenjak kemerdekaan hingga hari ini masih didominasi oleh politik perkauman. Hal ini demikian kerana berbagai-bagai-bagai kelompok etnik sentiasa mengemukakan tuntutan yang bertentangan dan sukar dipenuhi. Analoginya mudah, jika tetamu datang ke rumah, tuan rumah boleh membuat kopi untuk tetamu sebagai menghormati tetamu tetapi apabila tetamu mengarahkan tuan rumah untuk membuat kopi, adakah situasi ini boleh diterima. Orang Melayu sudah memberi sebagai penghormatan kepada bangsa lain. Namun apabila diminta dengan rakus sehingga hak orang Melayu pun terancam sudah pasti permintaan tidak akan ditunaikan.

Bak kata Tunku

“....orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu...”

Mahasiswa dan golongan anak muda melihat perbalahan antara agama dan kaum ini sebagai suatu perkembangan sebagai yang tidak sihat dan tidak mempunyai makna. Apa makna 50 tahun merdeka kalau yang di atas terus tidak mengendahkan apa yang berlaku di bawah. Prejudis antara agama dan kaum semakin meruncing. Kita anak muda mahu situasi ini diperbetulkan.

Hari ini kita mahu memperingatkan anak muda supaya bangkit untuk melihat isu-isu semasa yang berlaku dalam negara secara makro dan mikro. Golongan cerdik pandai mahasiswa harus bangkit untuk kembali menjadikan suara mahasiswa adalah suara rakyat. Mahasiswa adalah jurucakap masyarakat bukan jurucakap bagi UMNO, PAS, KEADILAN, DAP, MCA, MIC, GERAKAN ataupun PPP. Hari ini mahasiswa dan golongan belia mahu golongan elit politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang terutamanya UMNO dan PAS untuk melihat dan menangani secara serius masalah agama dan bangsa kita. Tidak ada ertinya membincangkan tentang politik ketuanan Melayu jika agama dan bangsa tergadai.

Dalam aspek yang lain, gerakan mahasiswa perlu mempunyai prinsip untuk bergerak secara bebas. Disebabkan ketidakbebasan menyebabkan kita tidak lagi bertindak sebagai loceng amaran buat pemimpin. Untuk membentuk kesedaran dan menghidupkan jiwa anak muda, pembudayaan ilmu perlu dipasakkan di dalam jiwa mahasiswa dan belia. Budaya jurnalisme wajib dibugarkan semula. Teks-teks usrah harus dikembangkan menjadi teks yang masyarakat umum boleh mendapat manfaat daripadanya. Teks usrah yang membincangkan tentang akidah, ibadah dan muamalat wajib sampai seberapa segera yang mungkin buat masyarakat kita yang kian nazak menanti maut dalam jeritan ketuanan Melayu masih nyaring dilaungkan. Tanggungjawab ini ada pada mahasiswa. Sebarkan ilmu yang benar walau sedikit seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah.

Kegagalan teks-teks usrah yang sepatutnya menjadi rujukan masyarakat mengakibatkan kemungkaran yang lebih besar telah berlaku. Lihat kemungkaran Lina Joy dalam mencabar Islam. Bagi kita sebagai anak muda Islam, Lina Joy bukan mempertahankan haknya tetapi mencabar hak orang Islam untuk mempertahankan agama. Perbincangan isu Lina Joy atas landasan kebebasan agama dan hak asasi manusia adalah suatu yang tidak relevan.

Mana mungkin Islam sebagai agama yang berlainan dengan agama yang lain harus mempunyai kayu ukur undang-undang yang sama dengan agama lain. Perkara ini antara kandungan terpenting yang perlu diberi faham kepada pencinta agama lain. Kita bukan menghalang untuk penganut agama lain mengamalkan agama mereka tetapi apabila mereka sudah mula mempersoalkan amalan dan undang-undang Islam kita, maka penerangan perlu diberi dan pencarian kefahaman adalah tanggungjawab mereka untuk memahami Islam dalam kaca mata konteks undang-undang Islam bukannya hanya dari kaca mata undang-undang atau hak asasi manusia semata-mata. Hak asasi manusia tidak akan bernilai apabila nilai hak asasi itu bertentangan dengan nilai dan undang-undang Islam. Bezanya Islam ialah kita mempunyai undang-undang kita yang berpandukan Al-Quran dan Al-Sunah. Ayuh fahamilah Islam dengan “actualknowledge” bukan hanya secara surface. Islam tidak memusuhi sesiapa.

Agenda untuk membentuk satu peradaban bangsa dan negara yang benar-benar utuh dan jitu bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai. Yang penting, hubungan interaktif dan dinamik perlu dimiliki oleh setiap barisan kepimpinan dan cendekiawan negara.


Tahap pemikiran yang cemerlang dengan idea yang bernas dan merentas bidang pengetahuan lain mampu untuk memacu dan membentuk peradaban manusia yang seiring dengan kemajuan intelektual. Golongan intelek perlu diizinkan untuk membentuk persekitaran negara. Namun AUKU ternyata membunuh potensi mahasiswa dan belia yang cerdik pandai yang berada di Universiti.

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 Perkara 20(1) Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas menunjukkan bahawa setiap individu (rakyat) mempunyai kebebasan untuk berpersatuan termasuk mahasiswa. Di bawah AUKU seksyen 15, hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman, hak berpersatuan dan hak bersuara langsung dinafikan.

Akibat golongan cerdik pandai tidak beroleh upaya untuk membentuk persekitaran, kita melihat antara kelompok yang boleh memelihara dan membentuk suasana adalah kelompok politik.

Landskap politik Malaysia jelas menunjukkan hanya ada dua parti politik yang berteraskan keahlian Melayu secara “genuine” adalah antara UMNO dan PAS. KEADILAN tidak boleh dimasukkan dalam kelompok ini kerana parti itu merupakan sebuah parti yang multiracial. Justeru kepentingan Melayu tidak dapat dibawa melalui parti tersebut.

Membincangkan tentang polimik siapakah yang lebih layak untuk melabelkan diri sebagai pejuang Melayu dan siapakah yang akan menjadi jaguh pejuang Islam akan kita bahaskan. UMNO dan PAS perlu memperakui bahawa perjuangan berasaskan kalimah tauhid adalah perjuangan yang kekal. Percayalah bahawa perjuangan tanpa mengambil kira kalimah tauhid tidak akan kekal.

Namun, dalam arena politik Malaysia kita juga perlu memperakui bahawa perjuangan memartabatkan bangsa tanpa menindas bangsa lain juga adalah perjuangan yang tidak boleh dikesampingkan. Ini bukan bermakna kita mahu berjuang semata-mata kerana bangsa. Islam tidak menuntut untuk kita berjuang hanya semata-mata kerana bangsa tetapi mempertahankan bangsa demi survival agama adalah yang wajib kita cermati dalam konteks politik Malaysia.

Kepimpinan yang berjaya untuk menambat hati rakyat ialah kepimpinan yang menegakkan agama serta mempertahankan bangsa dengan membantu bangsa lain juga. Keadilan sosial perlu diwujudkan melalui keselesaan sosial. Hari ini UMNO yang menjerit mempertahankan Melayu sudah lagi tidak cakna dengan masalah orang Melayu dan PAS yang menjerit tentang negara Islam sudah hilang taringnya untuk melaung dan bertindak menyelamatkan Islam walaupun diakui usaha kedua-dua parti ada. Usaha itu perlu lebih dinamik dan holistik. Anak muda akan bersama dengan kepimpinan yang dinamik dan holistik dalam membawa agenda Islam dan Melayu.

Kedua-dua situasi ini berlaku kerana ada saling perkaitan antara UMNO dan PAS. Perjuangan UMNO untuk bangsa tidak boleh dilihat secara rasialis dan perjuangan PAS untuk Islam tidak boleh ditolak sama sekali dan mengatakan mereka ekstremis agama, tetapi yang menjadi ketidaksefahaman antara penggerak kedua-dua parti ialah UMNO takut kehilangan kuasa jika mengiakan apa jua berkaitan Islam disebabkan kerana kemungkinan ramai pemimpin UMNO tidak berlatarbelakangkan pengajian Islam kecuali Pak Lah. PAS pula terlalu takut untuk membicarakan tentang kepentingan Melayu kerana takut dicop sebagai meniru langkah perjuangan UMNO yang berteraskan bangsa. Adakah memperjuangkan bangsa di samping agenda teras Islam bertentangan dengan agama?

Sebenarnya situasi seperti ini hanya akan merugikan Islam dan bangsa Melayu. Akhirnya UMNO akan tersepit dan PAS juga tidak akan ke mana. UMNO perlu juga menjerit untuk Islam di dalam Parlimen dan PAS juga perlu menjerit tentang Melayu di dalam Parlimen. Kita faham dengan perjuangan Islam adalah merangkumi semua, tetapi cara PAS mempersembahkan pendekatan itu yang perlu lebih holistik dengan mengambil kira demografi Malaysia.

Kajian & observasi yang dilakukan jelas menunjukkan 75.7% reponden mahasiswa dan belia Melayu mengatakan bahawa apabila membicarakan tentang agama/Islam adalah berat. Puncanya bukan Islam itu yang salah tetapi pendekatan kita yang kurang sesuai. Sebab itu PAS selaku parti yang memperjuangkan Islam harus melihat pendekatan Melayu dalam masa yang sama berpegang kepada teras Al-Quran dan Al-Sunah sebagai rujukan utama. UMNO juga perlu begitu, perjuangan bangsa Melayu tanpa mempertahankan agama mereka adalah satu perjuangan yang sia-sia.

Jika 50 dahulu tidak ada yang berani mencabar Islam dengan undang-undang disebabkan mereka faham tentang Islam walaupun tidak menerimanya. Namun pada hari ini, ada yang sudah berani mengatakan tidak pada Islam secara terangan. Di manakah maruah kepimpinan UMNO selaku parti yang memerintah secara bersama dalam BN? Di mana pula peranan PAS. Hilang Islam maka hilanglah Melayu kerana Melayu itu ditafsirkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Ketuanan Melayu akan hilang apabila generasi muda sudah jauh daripada agama.

Fikirkanlah wahai pemimpin. Kita tidak punyai banyak masa. Di saat generasi muda bangsa lain sudah berfikir secara matang tetapi anak muda Melayu dilalaikan dengan hiburan. Bukan kita melarang langsung hiburan kerana agama juga membenarkannya, tetapi apakah makna hiburan kalau perkara tersebut memusnahkan jati diri, adab sopan dan maruah agama dan bangsa.

UMNO akan boleh bertahan lama jika mempertahankan Islam secara “genuine” dan PAS juga akan bertambah kekuatan “mainstream”nya apabila membawa imej Melayu.

Sebenarnya eksperimen ini telah berjaya kita lakukan dalam formula politik kampus. PMIUM telah membawa secara vokal Islam tetapi imej kepimpinan Melayu yang dibawa menyebabkan kepimpinan PMIUM sesi 05/06 telah diterima oleh masyarakat kampus. Pihak pentadbiran begitu “inteam” dengan kita. Kita tidak pernah menggadaikan prinsip kita untuk membawa makruf dan menentang mungkar di kampus. Jika PAS sudah meniru strategi boikot PMIUM, sekali lagi strategi membawa imej Melayu perlu diketengahkan.

Sudah tiba waktu PAS untuk memulakan kemenangan di bandar – bandar metapolitan. Jika UMNO mahu mengekalkan kuasa, bawalah secara jujur agama kita. Ketuanan Melayu bukan tiket untuk kita menidakkan peranan agama dalam perjuangan. Jika tidak mahasiswa dan generasi muda akan menolak parti yang tidak membawa agenda Islam dan Melayu. Kita yakin bahawa formula membawa agenda Islam dan Melayu secara tulen akan membantu membina negara Malaysia yang lebih harmoni dalam erti kata yang sebenar.

Keselesaan sosial yang sebenar adalah apabila kita dilayan dengan mengikut hubungan perasaan saling hormat-menghormati sesama manusia. Kepada generasi muda dan mahasiswa, ayuh kita kayakan minda. Kemiskinan minda menjadikan masyarakat kurang kesedaran sosial dan tidak peka dengan keadaan sosial semasa. Keadaan ini menjurus kepada kepincangan sosial.
Kata-kata Prof. Dr. Hamka: Orang yang bersahabat dengan “orang di atas” janganlah takut menyatakan cacat dan kekurangan yang harus diperbaiki. Kerana tiga orang yang beroleh celaka di atas dunia dan diancam oleh bahaya besar iaitu sahabat raja yang tidak mahu menerangkan kepada raja, apa cacat kerajaan. Orang sakit yang tidak mahu menerangkan kepada doktor apa macam penyakitnya. Dan seorang teman yang tidak mahu menyatakan rasa hatinya kepada sahabatnya. Ketiga-tiga orang itulah ialah orang yang khianat kepada dirinya sendiri.


Kita sebagai generasi muda jangan sesekali meletakkan diri kita sebagai orang yang khianat pada diri sendiri. Jika UMNO atau PAS tidak ada upaya untuk melakukan perubahan untuk agama dan bangsa, jangan terkejut jika mahasiswa bangkit menentukan perjuangan ini. Kita pastikan kekaburan yang ada disinari kebenaran dan perjuangan atas landasan politik sempit dilebarkan agar yang berjaya adalah Melayu itu sendiri dan Islam sebagai pegangan abadi. Salam Perjuangan mahasiswa.



[Mohd Nazree Mohd Yunus, Mantan Presiden PMIUM 05/06, Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 05/06
Rujukan :http://arahkita.blogspot.com/2007/06/ketuanan-politik-melayu-siapa-peneraju.html]


"SELAMATKAN NEGARA DAN SELAMATKAN RAKYAT"
"PROTES HINGGA TURUN"

Sekian.Wassalam.

Sunday, June 24, 2007

TUN RAZAK HUSSEIN SEORANG SOSIALIS?



DiPetik Daripada Blog :http://sangkelembai2006.blogspot.com/
Oleh : Tun Telanai

Assamu'alaikum wm.wrt,







Satu simposium yang dinamakan sebagai " LEGASI TUN RAZAK " anjuran Pemuda UMNO di PWTC telah diadakan pada minggu lalu. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Timbalan Presiden UMNO iaitu Najib yang juga merupkan anak sulung Tun. Semasa berucap, mengenang sejarah hidup dan perjuangan Tun untuk bangsa, agama dan negara, Najib menangis tersesak-esak. Menangis begitu bukan merupakan satu kesalahan, tetapi menunjukkan bahawa sang anak masih sayang dan kasih terhadap arwah yang sudah lama meninggalkan kita.


Sebahagian besar pemimpin veteran UMNO yang pernah berkhidmat di bawah Tun seperti Tengku Razalegh Hamzah dan Musa Hitam turut hadir dan memberi ucapan penghargaan terhadap sumbangan dan jasa Tun kepada bangsa dan negara. Keseluruhan intipati ucapan para jemputan simposium berucap mengenai isu-isu menjurus ke arah tersebut.


Tetapi ada satu artike yang ditulis oleh Zaharin Md.Yassin [yang dipecat daripada UMNO] melalui blognya-Sang Kelebai agak menarik yang mana intisari tulisannya menentang arus. Sila ikuti tulisan beliau selanjutnya :


Pemuda UMNO mengadakan seminar legasi Tun Razak Hussein dan beberapa orang yang pernah bekerja atau mengenal beliau dijemput untuk memberi pandangan. Maka seminarnya itu bertukar menjadi majlis nostalgia termasuk oleh anaknya sendiri Najib Tun Razak. Tidak ada seorang pun pengkaji politik yang dijemput membentangkan kertas kerja atas sikap dan pendirian politik Tun Razak Hussein.Pemuda sebagai orang muda, di saat kematian Tun mungkin baru berusia empat tahun dan tidak mengerti apa-apa terhadap kematian itu.


Sekiranya benar pengerusi penganjur seminar itu Khairi Jamalludin berkata, bahawa baru dia sedar kenapa Allahyarham ayahnya yang menjadi duta ke Kuwait terlalu sedih dan hiba pada 14hb Januari 1976 apabila Boeing 707 milik MAS yang menghantar pulang jenazah Tun Razak singgah di Kuwait kerana mengisi minyak. Semua orang tahu bahawa Khairy Jamalludin baru berusia 30 tahun sekarang dan Tun Razak Hussein telah meninggal 31 tahun. Bagaimana agaknya dia mampu ingat. Kalau dia berumur 40 tahun sekali pun jika dia boleh ingat maka memanglah dia seorang genius.

Satu perkara yang tidak di ambil ingatan dan tidak dipedulikan orang yang mendengar Berita di TV3 akan kisah Tun Razak Hussein ialah beliau pernah berjalan kaki dan berkaki ayam bila bersekolah di kampung asal di Langgar Pekan, Pahang. Bagi orang yang berfikiran waras, mereka akan bertanya, bukankah Tun Razak Hussein anak seorang pembesar Pahang yang bergelar Orang Kaya Indra Shahbandar, antara orang berempat Keluarga Diraja Pahang? Kenapa dia begitu miskin dan tak mampu membeli kasut?



Di sinilah sepatutnya kita ambil kira sikap politik Tun Razak Hussein. Beliau bukan sahaja idola, mentor atau sumber inspirasi kalangan orang politik tetapi juga kepada anak-anak yang terbiar. Jarang hendak diperkatakan orang bahawa ayahnya Dato Hussein Bin Mohd. Taib walau pembesar di Negeri Pahang tetapi berkahwin dua.



Semenjak dia beristeri baru di Bentong, Pahang dan telah mendapat anak, antara anaknya adalah Zainun Hussein yang menjadi isteri kepada Hamzah Abu Samah, Bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-undang. Keluarga Tun Razak Hussein mempunyai seorang adik perempuan lagi yang kemudian berkahwin dengan Mohamad Jusuh dan pernah menjadi Menteri Besar Pahang. Malangnya ini tidak diambil kisah oleh ayah Tun Razak Hussein dan dia membesar dengan pemberontakannya terhadap sikap ayahnya sendiri.Itu sebab bila belajar di England, Tun Razak menyertai Parti Buruh dan dengan minat yang mendalam dalam soal-soal politik, bila dia balik ke Malaya dan dia telah menyertai MCS-Malayan Civil Service.



Tun Razak Hussein menyertai UMNO kerana galakan kerajaan penjajah masa itu supaya pegawai-pegawai kerajaan termasuk MCS menyertai UMNO bagi mengaburkan mata orang-orang Melayu bahawa UMNO sebuah parti yang disokong oleh kerajaan dan siapa menyertai UMNO akan dikira selamat kerana, di luar UMNO terdapat beberapa parti lain termasuk gerakan berhaluan kiri yang ditekan oleh British termasuk PKMM yang diharamkan.


Perlu di ingat Tun Razak Hussein bukan Tunku Abd. Rahman Putra kerana Tunku terus meletakan jawatan sebagai pegawai Jabatan Kehakiman atau masa itu hendak ditukarkan menjadi Pegawai Pendakwa Raya. Sebaliknya Tun Razak Hussein kekal sebagai pegawai MCS walau seketika menjadi Menteri Besar Pahang.


Tun Razak Hussein memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan kemudian bertukar jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan Sardon Jubir dan meletakan jawatan MCS bila beliau dipilih bertanding dalam PRU- Pilihan raya Umum 55 dan kemudian dilantik menjadi Menteri Pelajaran.Jawatan Menteri Pelajaran kekal selepas Merdeka dan beliau tidak pernah secara automatik dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaik sahaja Malaya merdeka.



Tunku Abd. Rahman Putra tidak melantik Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana semasa itu sudah terdapat desakan supaya lantikan seorang Timbalan Perdana Menteri adalah perlu dari orang bukan Melayu. Akhirnya Tunku membuat helah untuk bercuti kerana hendak berkempen menghadapi PRU 1959 dengan meletakan jawatan dan melantik Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri dan selepas kemenangan itu, Tun Razak Hussein terpaksa menyerah balik jawatan Perdana Menteri kepada Tunku dan baru Tunku Abd Rahman mengumumkan Tun Razak Hussein sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Timbalan Perdana Menteri.


Pendedahan Tun Razak Hussein sebagai anggota Parti Buruh banyak membantu beliau menguruskan dasar pembangunan negara ini. Kerana dia faham sangat bahawa sebuah negara demokrasi yang mana sistem kekuasaan di tangan rakyat dan jika rakyat hendak menyokong kepada suatu parti maka prinsip negara bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyat mestilah dilaksanakan.


Walau pun Tun Razak Hussein dilihat sebagai "otoritet" dalam menguruskan pembangunan negara ini, beliau melaksanakan kepentingan bersama atau lebih tepatnya "kepentingan negara"Garisan panduan DEB-Dasar Ekonomi Baru melalui serampang dua matanya jelas menunjukkan ada pemakaian sistem sosialis, di dalam sosialisme yang mana setiap orang diperlakukan sama oleh negara dan tidak ada kekuatan lain yang selain kekuatan negara.


Bagi melaksanakan DEB, satu mekanisme sokongan diwujudkan yang dinamakan RUKUN NEGARA. Ini memberi maksud apa yang dilakukan mesti dalam garis lima prinsip yang ada dengan mukadimah masyarakat adil dan kemajuan berasaskan sains dan teknologi.


Prinsip tersebut hampir menyerupai dan hampir dengan prinsip komunisme yang dikembangkan oleh Karl Marx dan Friederich Engels. Marx dan Engel memutlakkan prinsip sosialis dengan mengatakan bahawa keadilan dan berkemakmuran hanya tercipta kalau dalam masyarakat tidak ada kategori atas dasar kelas, lebih tepat disebut sebuah "masyarakat tampa kelas" (no class society)


Tun Razak Hussein menyedari dari segi Malaysia, sebelum atau selepas Merdeka tetap tidak boleh menerima fahaman komunis tetapi mungkin beliau memikirkan sama seperti yang ditulis oleh William Ebenstein di dalam bukunya Today Isms bahawa ideologi sosialis dalam negara yang baru hendak maju sangat penting. Maka Tun Razak Hussein membina DEB berlandaskan fahaman sosialis kerana menyedari Malaysia hendak mencapai pertumbuhan ekonomi yang cepat. Tanpa kemajuan ekonomi bererti Malaysia tidak akan ada kemerdekaan politik dan kepimpinan internasional yang sejati.


Bila Abdullah Hj Ahmad mengatakan dia ahli politik yang dilahirkan oleh Tun Razak Hussein, apa yang kita lihat bertentangan dengan akuan yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad. Beliau hanya seorang pegawai MCS yang berketuakan Ketua Pegawai Eksekutif MAGERAN yang dipegang oleh Jeneral Ibrahim Ismail dan beliau bukan orang yang membuat dasar serta jika tahu apa yang di bincang dalam MAGERAN itu hanya kerana dia hadir di dalam mesyuarat-mesyuarat itu sebagai Pembantu Peribadi, sebab bila MAGERAN di mansoh kenapa dia dihantar menjadi Pengarah Belia, kenapa tidak ke Jabatan lain khasnya di Jabatan Elit Unit Perancang Ekonomi.


Percantuman idea sosialis itu yang menuntut sebuah kerajaan demokrasi supaya melaksanakan "negara memenuhi keperluan rakyat" atau sebuah negara yang dipanggil “walfare state” dan bukan terjemahan langsung negara kebajikan tetapi negara kesejahteraan. Dan sebuah negara kesejahteraan memiliki pandangan bahawa negara harus memberi subsidi kepada keperluan pokok iaitu rakyat terutama di bidang-bidang yang terbabit dalam mengolah dasar mendasar seperti pendidikan, pengangkutan awam, minyak dan makanan keperluan utama sapersi yang di sasarkan oleh William Ebenstein.


Bila Abdullah Hj Ahmad dalam kerajaan tiga beranaknya sekarang menarik semula subsidi yang pernah dijadikan dasar oleh Tun Razak Hussein, maka jelaslah dia bukan ahli politik yang dilahirkan oleh Tun Razak Hussein. Jika Najib Tun Razak sendiri yang punya DNA Tun Razak tidak punya genetik Tun Razak, siapa Abdullah Hj Ahmad yang hanya sekadar imam besar mazhab Islam hadhari yang sudah pasti jika sudah tidak menjadi Perdana Menteri, mazhab itu akan dibawa bersama ke kuburnya dan tidak diteruskan seperti berlaku kepada Anwar Ibrahim dengan masyakat madaninya.


Sang Kelembai: Kalau Abdullah Hj Ahmad rapat dengan Tun Razak dan dia jenis membaca dan bukan kaki tidur sudah pasti dia akan terjumpa satu catatan Tun Razak Hussein selepas balik dari lawatan pertama ke China sebelum PRU 1974, bahawa dia hanya hendak menjadi Perdana Menteri sepenggal sahaja dan selepas itu bersara dan balik ke Pahang. Tidak macam dia yang marah-marah bila rakyat mengatakan dia hanya layak menjadi Perdana Menteri sepenggal.




“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalam

Saturday, June 23, 2007

ADAKAH KITA SUDAH MERDEKA?

DiPetik daripada Blog :http://www.kerissilau.blogspot.com/

Negara kita akan menyambut 50 tahun merdeka
Banyak yang dicapai sebagai sebuah negara
Kita ada menara berkembar tertinggi di dunia
Proton pengeluar kereta kebanggaan negara
Kita juga ada F1 litar sirkit lumba kereta
Rumah papan sudah diganti rumah pangsa
Pusat kerajaan sudah dipindah ke Putrajaya
Pembangunan negara menjadi agenda utama

Sungguh pesat pembangunan di merata-rata
Sehingga terpaksa impot buruh Indonesia

Dulu jalan sempit sekarang ada lebuhraya
Dulu kedai runcit sekarang pasaraya
Dulu hospital kerajaan sekarang hospital swasta
Dulu tv hitam putih sekarang sudah ada tv warna
Dulu ada satu dua channel sekarang tak terkira
Dulu baca akhbar sekarang ada siber raya
Dulu panggung Rex sekarang Golden Screen Cinema
Kehidupan mewah dinikmati semua bangsa

Tidak kira Melayu Cina atau India
Tapi itu semua pembangunan fizikal semata-mata
Janganlah kita terlalu berbangga
Di sebalik merdeka kita masih jadi hamba
Lihatlah statistik yang disiarkan media
Orang Melayu masih duduk di tempat pertama
Jadi hamba kepada dadah ganja dan marijuana
Di Pusat Serenti yang paling ramai orang bumiputra
65% dari penagih ialah Melayu Bumiputera

Kadar jenayah sudah setanding negara Amerika
Tiap-tiap hari ada kes bunuh dilapurkan di media
Kita tak dapat bayangkan anak bunuh ibubapa
Tapi sekarang sudah jadi macam perkara biasa
Baik di bandar maupun di desa

Kita jadi hamba kepada material dan dunia
Agar tercapai impian sanggup lakukan apa saja
Hatta makan rasuah dan komisen berjuta-juta
Rasuah sudah jadi sebati dengan mereka
Kerana rasuah tak dapat dikawal pihak berkuasa
Jenayah terancang masih bergerak bebas sentiasa
Indeks rasuah semakin teruk malu kat
SingapuraIndeks moral juga tidak ke mana-mana

Pelacuran sudah tidak dapat dikawal berleluasa
77% kes anak luar nikah ialah Melayu Bumiputera
Majalah dan video lucah ada di mana-mana
Bahan-bahan yang merosak minda remaja
Sepatutnya lebih banyak universiti di Malaysia
Semakin kuranglah jumlah penjara
Namun penjara sesak macam pasaraya

Hiburan melampau sudah melanda kita
Tengoklah pengaruh Akademi Fantasia
Sanggup menangis kerana Mawi atau Mila
Artis terkinja-kinja tanpa nilai jadi idola
Bukan saintis, negarawan atau ahli sastera

Remaja sudah kurang minat untuk membaca
Kalau perpustakaan ditutup buat sementara
Siapa pun tak marah atau demonstrasi di jalanraya
Tapi kalau kita tutup semua TV sehari sahaja
Alamat yang bagi cadangan kena pukul kepala

Merdeka bukan setakat mengibar bendera
Bukan setakat menyebut Merdeka Merdeka
Bukan naik motosikal ramai-ramai keliling kota
Bukan hanya tunjuk kekuatan polis dan tentera
Atau cuma pandai anjurkan konsert terbuka
Sehingga tengah malam artis terkinja-kinja
Syarikat arak pula sponsor arak percuma
Ini bukan cara kita sambut merdeka

Walaupun dihadiri oleh pemimpin negara
Tetapi jiwa kita masih belum merdeka
Kemerdekaan hendaklah diisi ikut agama
Hendaklah bersyukur kepada Allah Maha Esa

Lihat semula perjuangan Nabi kita
Bagaimana sahabat nabi kecapi merdeka
Merdeka dari penghambaan sesama manusia
Bilal ibni Rabah satu contoh cukup nyata
Hamba tetapi mempunyai jiwa yang merdeka
Setelah menerima nur dan hidayah Allah taala
Itulah generasi al Quran yang terulung di dunia
Islam membebaskan mereka dari cengkaman manusia
Rom dan Parsi tumbang kepada Iman dan Taqwa
Padahal sebelum itu mereka cuma pengembala

Di ambang 50 tahun Merdeka,
Keris Silau21 Jun

Friday, June 22, 2007

DI ANTARA DUA DARJAT

Oleh : Tun Telanai


Assalamu'alaikum wm.wrt,


I. KEMISKINAN RAKYAT YANG DIPIMPIN


Menara Petronas


Menara petronas adalah lambang keegoan pemimpin. Kekayaan negara melalui keuntungan perniagaan petronas setiap tahun [NOTA: Petronas mencatakan keuntungan kira-kira RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004-2005 iaitu satu kadar yang jika dibahagi jumlah warganegara Malaysia maka setiap individu akan memperolehi RM1,500 seorang bagi setahun. Keuntungan ini tidak termasuk RM3.12 billion yang dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti dan pembayaran royalti. Dan adalah dijangkakan bagi tahun berakhir 2005-2006 pula pendapatan ini akan mencecah RM50 billion bermakna setiap rakyat Malaysia akan menerima RM2,000 seorang] dibelanjakan tidak ketahuan hala dibazirkan, tidak digunakan secara berhemah untuk membantu rakyat yang miskin dan daif. Sejak ditubuhkan pada awal 70an sehingga tarikh rencana ini ditulis, tidak ada satu sen pun duit keuntungan petronas digunakan untuk faedah orang miskin melalui sistem zakat. Perbelanjanya tidak bertunjangkan kepada kebajikan rakyat. Ianya untuk memuaskan nafsu pemimpin yang gila kuasa, kedudukan dan kekayaan. Malah, rakyat dibebankan dengan kenaikan harga petrol tertinggi dalam sejarah tanah air pada tahun 28 Februari 2006 sebanyak RM0.30, manakala LPG naik 30 sen sekilogram.
Sebenarnya duit petronas dihabiskan melalui projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat [hanya menguntungkan pemimpin UMNO dan kroni-kroninya] seperti disenarai di bawah :
i.Membail-outkan Bank Bumiputra [kini CIMB] dua kali bernilai 4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada intergriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman [peminjam kecil dicari sehingga ke lubang cacing].
ii.Membeli bon kerajaan sendiri bernilai 3.8 billion.
iii.Membina gelanggang formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.
iv.Beli HICOM [Proton] berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.
v.Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga 22 billion
vi.Membail-outkan MAS sebanyak RM668.8 juta
vii.Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak 4.56 billionviii.Membina KLCC berharga 1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 jutaix.Membina KLIA sebanyak 9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta dan maintenance sebulan RM75 juta.
Kenaikan ini turut mempengaruhi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. kemudian diikuti dengan kenaikan kadar tarif elektrik dan air. Kenaikan ini menyebabkan kehidupan rakyat tertekan dan dihimpit dengan kemiskinan yang melampau. Cara berfikir orang yang menguruskan negara ini seperti orang gila berfikir. Ketika harga minyak di pasaran antarabangsa meningkat sampai USD72.00 setong menyebabkan kantung Petronas juga turut mendapat keuntungan kerana Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak dunia yang terkenal [menjadi ahli OPEC], tetapi nasib rakyat Malaysia amat malang mendapat pemimpin 'gila'.
Apakan tidak, sepatutnyalah harga minyak diturunkan, tetapi dengan tiba-tiba arahan dikeluarkan untuk menarik balik subsidi minyak kira-kira RM4.4 bilion [kononya kerajaan tidak mampu lagi]. Wang subsidi yang dapat dijimatkan itu akan dibelanjakan bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk menjaga kepentingan Kamarudin Abdullah yang mendapat kontrak memperbaiki sistem pengangkutan di negara ini yang dikatakan sangat buruk itu, tetapi sampai sekarang sudah hampir 2 tahun tidak nampak sebarang projek pun dilaksanakan. Apa yang kita lihat ialah sistem pengangkutan di negara ini bertambah buruk. Tengoklah, semua laluan di lebuhraya semakin sesak dan sendat dengan berbagai jenis kenderaan.

Inilah sikap orang gila. Harga naik dapat untung banyak, bolehlah tolong rakyat yang miskin, tetapi sebaliknya harga minyak dan gas dinaikan [untuk tambah keuntungan], lebih biadap lagi subsidi pula ditarikbalik [kononnya untuk pembangunan]. Sekarang, harga minyak di pasaran rendah di antara USD30-40 setong, harga minyak tidak diturunkan untuk menampung keuntungan petronas supaya tidak terjejas. Ini pun rakyat tidak boleh faham. Tunggu hendak mampus dikerjakan oleh para iblis yang memegang tampok kuasa.

Memang menjadi dasar UMNO memang mahu rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputra lainnya senantiasa berada dalam kemiskinan dan buta huruf [bukan dalam ertikata tidak boleh membaca dan menulis], golongan UMNOPUTRA mahukan mereka sahaja yang cerdik putar alam untuk menjadi kaya-raya [sebab itu golongan ini mahukan DEB diteruskan bagi membolehkan mereka merembat harta rakyat sepuas-puasnya, dulu kekayaan yang mereka dikumpul melalui DEB musnah akibat masalah keruntuhan ekonomi dunia]. Golongan otak lembu ini tidak mampu untuk berkomunikasi [tidak pandai berhujah-diajar sebagai burung kakak tua] tidak mampu berfikir untuk membuat pemilihan yang tepat.

Oleh itu, senang bagi UMNO [bila dalam kemiskinan] melakukan ugutan, ancaman, tekanan dan sebagainya. Senang juga bagi UMNO untuk menyumbat mata dan telinga mereka dalam kelompok ini mendengar penerangan daripada UMNO sahaja, melalui media 100% dikawalnya. Disebabkan mereka bodoh, mereka senang ditipu selama-lamanya dan tidak mampu berfikir yang mana lebih baik bagi mereka untuk membela nasib mereka sendiri.

Mereka senang diperdaya dengan lakonan dan sandiwara yang mengashikkan. Berlagak wara', jadi orang baik-baik, lagak dermawan memberi rasuah sekupang-dua, gula-kopi, beras, kain batik dan sebagainya. Inilah kesannya yang dinikmati oleh rakyat yang BODOH memilih pemimpin:


1. Rumah mereka dirobohkan sesuka-hati untuk memberi laluan taukeh-tauteh kaya membuat pembangunan di situ.













2. Masih guna air perigi walaupun sudah 50 tahun merdeka








3. 50 tahun merdeka, rumah masih lagi macam reban ayam [pemimpin rumah bagaikan istana], masih sokong parti dan para pemimpin semacam iblis





























Persoalannya ialah: Salah siapa?
Salahkan diri sendiri, jangan salahkan ibu yang mengandung.


II. KEKAYAAN MELAMPAU PARA PEMIMPIN


Saya paling sedih melihat rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputra lainnya[orang Cina paling cerdik berpolitik] paling BODOH dan HAPRAK bila mereka berpolitik seperti yang saya sebutkan di atas. Mereka memberi kuasa dan amanah kepada orang-orang yang tidak bermoral, tidak berakhlak dan tidak ada pegangan agama yang kuat [iman mudah goyah akibat dugaan dunia] menyebabkan mereka yang dipilih ini menggunakan kesempatan sebagai pemimpin asyik merebut peluang-peluang kekayaan dan kemewahan hidup yang melampaui batas-batas tatasusila seorang pemimpin seperti yang dikehendaki oleh Islam. Rakyat dilupakan dan diabaikan.

Islam mengajar ummatnya supaya bersederhana dalam serba-serbi dalam melayari kehidupan yang penuh cabaran ini. Terutama dalam kehidupan sosial pemimpin. Semasa beliau sebagai pemimpin, adalah berdosa besar pemimpin itu menunjuk-nunjukan kekayaan dan kemewahan yang beliau miliki. Kereta mewah dan sederhana melebihi daripada keperluan. Rumah bernilai jutaan ringgit, malah ada pemimpin yang memiliki rumah bernilai billion ringgit. Bayangkan kemewahan yang ia miliki itu. Tentunya, semua harta yang ia miliki menjangkau berbillion-billion ringgit. Semua ini berlaku semasa ia memjadi pemimpin. Ia memegang amanah rakyat. Membela rakyat, bukan menjadi raja kepada rakyat. Rakyat telah menjadi hamba kepada pemimpin. Itulah apa yang terjadi dikalangan pemimpin Melayu kini.

Lihat gambar-gambar yang disertakan:
Begitu mewah kehidupan para pemimpin yang dipilih oleh rakyat yang miskin papa kedana.Salah seorangnya ialah Zakaria Md.Deros kehidupannya penuh kemewahan, membina rumah bagaikan istana bernilai jutaan ringgit. Asal kehidupan seorang 'pariah' jaga gate keretapi. Sekarang beliau anak-beranak hidup mewah secara melampau, tetapi beliau selamat kerana mendapat perlindungan politik yang kuat menyebabkan BPR terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Zakaria tidak rasuah [bersih] tidak ada bukti yang ianya melakukan rasuah dan menyalahgunaan kedudukan untuk kepentingan diri. Sebenarnya BPR buta dan pekak.

Zakaria Mat Deros, ADUN Pelabuhan Klang















































































Kesimpulannya, ada tiga ciri penting untuk melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin. Pertama, idealisme iaitu kombinasi kepercayaan dan pendirian yang tegas, jelas dan berlandaskan kecintaan kepada nilai murni dan pada masa yang sama kebencian kepada perkara yang negatif. Nilai murni ialah kebenaran, keadilan dan persaudaraan. Perkara buruk pula ialah perpecahan, permusuhan, peperangan dan kezaliman.

Ciri pemimpin kedua ialah aktivisme, iaitu kesediaan berkorban apa saja untuk merealisasikan idealisme. Ketiga intelektualisme, iaitu kekuatan ilmu yang mendasari perjuangan, tindakan dan pengorbanan. Ketiga-tiga ini mesti ada kerana ia saling lengkap melengkapi. Kalau ada idealisme dan aktivisme saja, kita tidak akan maju kerana kita tidak ada unsur ilmu. Kita hanya rajin dan bersemangat, tetapi kita masih tidak ke mana.


Sesuatu pasukan kepemimpinan mesti ada ketuanya. Ketua mesti ada ciri-ciri yang melebihi daripada anak buahnya. Antara yang diperlukan ialah pertama, ketua mesti ada wawasan untuk memandu arah pasukan ke alam yang jelas. Kedua, dia mesti mempunyai pemikiran strategik [bandingkan pemerintahan Abdullah dengan pemerintahan Dr.Mahathir] . Jika ada wawasan saja, tanpa ada pemikiran strategik, ia hanya tinggal fantasi, tidak berpijak di bumi nyata. Ketiga, dia mesti mempunyai pengalaman kerana ilmu boleh dipelajari, boleh dituntut, tapi pengalaman adalah sesuatu yang sangat mahal. Daripada pengalaman datangnya kebijaksanaan, kematangan dan hikmah. Ujian seorang pemimpin itu ialah adakah wawasannya realistik, bolehkah ia merealisasikan wawasannya. Apabila dia berhadapan dengan cabaran, adakah dia mempunyai hikmah.
Keempat, ketua tidak mudah dipengaruhi oleh orang-orang yang rapat dengannya atau orang-orang yang senantiasa mengelilinginya setiap masa khususnya keluarga terdekat. Setiap keputusan yang dibuat hendaklah secara bermusyawarah [bukan secara diktator] bertujuan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi dan kelompok tertentu. Kelima, ketua mesti tahu membezakan di antara hak rakyat [khazanah negara diuruskan secara berhemah] dengan hak peribadi. Tidak boleh mengakui hak rakyat menjadi hak kita dan hak kita tetap menjadi hak kita juga. Kerajaan [peruntukan kewangan dan lain-lain perkhidmatan] adalah hak untuk semua rakyat tanpa mengambilkira faktor kefahaman politik, tetapi parti menjadi hak orang-orang yang menyertinya sahaja, tidak melibatkan keseluruhan rakyat dalam sesebuah negara.
Dalam kontek negara ini, kerajaan bukan UMNO dan UMNO bukan kerajaan. Apa yang terjadi sekarang ialah fahaman rakyat bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu adalah UMNO. Akibat daripada fahaman ini, maka muncullah berbagai menyalahgunaan kuasa yang menyebabkan para pemimpin UMNO/BN menggunakan harta kerajaan dengan sewenang-wenangnya tanpa sedikit pun merasa bersalah dan berdosa.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam